kanak-kanak harapan negara rabi’ul awal · (30 november 2018 / 22 rabi’ul awal 1440h) 2 ......

9
1 . ﴿ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯSIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH, Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Pada hari yang penuh keberkatan ini, mimbar akan membicarakan khutbah berkenaan Kanak-Kanak Harapan Negaraseiring dengan prinsip Islam sebagai agama yang membawa rahmat ke seluruh alam termasuk kalangan kanak-kanak. Imam al-Termizi meriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda: Mafhumnya: “Bukan daripada kalangan kami orang yang tidak ada sifat rahmat (kasih sayang) terhadap golongan kanak-kanakKANAK-KANAK HARAPAN NEGARA(30 November 2018 / 22 Rabi’ul Awal 1440H)

Upload: doandang

Post on 25-Mar-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KANAK-KANAK HARAPAN NEGARA Rabi’ul Awal · (30 November 2018 / 22 Rabi’ul Awal 1440H) 2 ... kanak-kanak sama ada mereka akan terus kekal dengan fitrah kelahiran atau ... Isilah

1

.

﴾ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ﴿

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi

sekalian, marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan

bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan

segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keberkatan

hidup di dunia dan di akhirat. Pada hari yang penuh keberkatan ini, mimbar akan

membicarakan khutbah berkenaan “Kanak-Kanak Harapan Negara” seiring

dengan prinsip Islam sebagai agama yang membawa rahmat ke seluruh alam

termasuk kalangan kanak-kanak. Imam al-Termizi meriwayatkan daripada Anas

bin Malik bahawa Rasulullah bersabda:

Mafhumnya: “Bukan daripada kalangan kami orang yang tidak ada sifat rahmat

(kasih sayang) terhadap golongan kanak-kanak”

“KANAK-KANAK HARAPAN NEGARA” (30 November 2018 / 22 Rabi’ul Awal 1440H)

Page 2: KANAK-KANAK HARAPAN NEGARA Rabi’ul Awal · (30 November 2018 / 22 Rabi’ul Awal 1440H) 2 ... kanak-kanak sama ada mereka akan terus kekal dengan fitrah kelahiran atau ... Isilah

2

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKELIAN,

Malaysia sentiasa berusaha gigih dalam memastikan kesejahteraan hidup

kanak-kanak di negara ini agar hak-hak mereka sentiasa diberi pengiktirafan. Ini

selaras dengan Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak yang diterima pakai

oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang telah ditandatangani oleh

Kerajaan Malaysia pada 28 Disember 1994. Melalui persetujuan penggunaan

instrumen antarabangsa itu, Malaysia dari semasa ke semasa sentiasa

memastikan kanak-kanak memiliki sewajarnya Hak Untuk Kehidupan, Hak

Untuk Perkembangan, Hak Untuk Perlindungan dan Hak Untuk Penyertaan.

Namun, usaha Kerajaan ini pasti kurang membuahkan hasil sekiranya ibu

bapa tidak memberi sokongan padu. Ibu bapa perlu berusaha gigih dalam

membina potensi diri kanak-kanak dengan memberi didikan yang sebaiknya

agar kanak-kanak mampu membuat penilaian sesuatu sama ada ia baik atau

sebaliknya. Ia perlu bermula seawal usia kanak-kanak boleh dididik di rumah

agar ia tersemat kemas di dalam hati dan sanubari mereka selaras dengan nasihat

Imam al-Syafie yang berbunyi:

“Hendaklah kamu (ibu bapa) perbaiki diri dahulu sebelum memperbaiki anak-

anak, kerana mata mereka sentiasa memerhatikan kamu. Baik dan buruk bagi

mereka adalah mengikut penentuan kamu, ajarlah mereka al-Quran (syariat

Islam) dan jangan abaikan mereka, nescaya mereka akan terpesong”

Nilai-nilai baik yang perlu dijadikan amalan hidup merupakan apa yang

dianjurkan oleh syarak seperti amanah, rajin berusaha dan bercita-cita tinggi.

Manakala nilai-nilai buruk yang perlu dijauhi pula adalah apa yang dilarang oleh

syarak untuk didekati seperti khianat, rasuah, malas dan hidup tanpa motivasi.

Melalui didikan terhadap nilai-nilai baik dan buruk ini, ia mampu memimpin

arah kanak-kanak dalam membentuk aspirasi mereka yang berkualiti. Bukan

sekadar itu sahaja, ia pasti akan mampu direalisasikan oleh mereka dengan

penuh integriti walaupun akan berhadapan dengan liku-liku kehidupan yang

penuh dengan ranjau dan cabaran nanti.

Page 3: KANAK-KANAK HARAPAN NEGARA Rabi’ul Awal · (30 November 2018 / 22 Rabi’ul Awal 1440H) 2 ... kanak-kanak sama ada mereka akan terus kekal dengan fitrah kelahiran atau ... Isilah

3

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Rasulullah merupakan suri teladan yang terbaik dalam semua perkara

termasuk dalam mendidik kanak-kanak. Pelbagai panduan dan nasihat yang

disampaikan oleh Baginda sentiasa relevan untuk digunapakai dan

diamalkan. Antara panduan yang diberikan oleh Baginda adalah kaedah yang

pelbagai dalam mendepani kanak-kanak sesuai dengan usia mereka. Oleh yang

demikian, Rasulullah telah menggariskan tiga tahap dalam menyampaikan

pendidikan kepada kanak-kanak iaitu:

Tahap Pertama: Kanak-kanak yang baru lahir sehingga mereka mumayyiz

(iaitu dapat membezakan antara perkara baik dan

buruk) atau berusia enam tahun; Pada tahap ini, mereka

perlu dididik dengan belaian kasih sayang dan gurauan;

Tahap Kedua: Kanak-kanak yang berumur tujuh tahun sehingga

mencapai tahap baligh (iaitu telah matang); Pada tahap

ini, mereka perlu dididik dengan arahan dan disiplin. Mereka

juga perlu diberi tanggungjawab agar mampu dapat dilatih

untuk memenuhinya.

Tahap Ketiga: Kanak-kanak yang berumur 15 tahun sehingga mencapai

usia dewasa; Pada tahap ini, didiklah mereka dengan

menjadikan mereka kawan dan saling bertukar-tukar

pandangan. Apa yang diutarakan oleh mereka perlu

dihormati selagi mana ia tidak bertentangan dengan Syarak.

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Kaedah pendidikan kanak-kanak juga perlu bervariasi dan berperingkat, hal

ini dijelaskan oleh Dr. Abdullah Nasih ‘Ulwan (عبد هللا ناصح علوان) dalam

karyanya yang berjudul Tarbiyatul Aulad fil Islam (Pendidikan Kanak-Kanak

Menurut Islam) bahawa antara kaedah mendidik yang efektif ialah Pendidikan

Melalui Teladan, Kebiasaan, Nasihat, Pemerhatian dan Hukuman.

Page 4: KANAK-KANAK HARAPAN NEGARA Rabi’ul Awal · (30 November 2018 / 22 Rabi’ul Awal 1440H) 2 ... kanak-kanak sama ada mereka akan terus kekal dengan fitrah kelahiran atau ... Isilah

4

Pendidikan Melalui Teladan merupakan kaedah yang paling berkesan

kepada kanak-kanak. Ini kerana, apabila kanak-kanak melihat contoh ikutan

yang baik pada ibu bapanya, mereka akan mengikut prinsip-prinsip yang baik

dan akhlak Islam juga. Jika ibu bapa ingin melihat anaknya bersifat jujur,

amanah, penyayang dan menjauhi perkara batil, maka ibu bapa perlu

memberikan contoh yang baik iaitu dengan melakukan kebaikan, menjauhi

kejahatan, berakhlak mulia, mengikut kebenaran dan meninggalkan kebatilan.

Rasulullah telah menunjukkan teladan yang sangat mulia dengan kanak-

kanak apabila Baginda meraikan mereka sekalipun ketika solat. Imam

Ahmad dan Nasa’i meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah sujud terlalu

lama kerana cucunya berada di atas belakang Baginda . Apabila ditanya oleh

para sahabat, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “ketika itu cucuku ini

berada di atas belakangku dan aku tidak mahu mengganggunya hingga dia

selesai.”

Pendidikan Melalui Kebiasaan pula ialah melalui pengaruh persekitaran

kanak-kanak sama ada mereka akan terus kekal dengan fitrah kelahiran atau

sebaliknya. Bagi memastikan kanak-kanak terus membesar dengan fitrah,

didikan dengan segala kebiasaan yang baik amat perlu. Ibu bapa perlu

mewujudkan persekitaran yang baik bagi membentuk mereka. Imam Bukhari

meriwayatkan bahawa Rasulullah

Bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam). Kemudian

kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani, atau

Majusi”.

Manakala Pendidikan Melalui Nasihat pula berupaya membuka minda

kanak-kanak terhadap hakikat sesuatu perkara dan mendorong mereka

melakukan perkara yang mulia, menghias diri dengan akhlak terpuji serta

Page 5: KANAK-KANAK HARAPAN NEGARA Rabi’ul Awal · (30 November 2018 / 22 Rabi’ul Awal 1440H) 2 ... kanak-kanak sama ada mereka akan terus kekal dengan fitrah kelahiran atau ... Isilah

5

memahami kepentingan pendidikan Islam. Nasihat yang berhikmah amat perlu

diberikan kepada kanak-kanak dalam mendidik mereka. Gunakanlah variasi

teknik nasihat kepada mereka antaranya nasihat melalui cerita; nasihat melalui

dialog dan soal jawab; nasihat dengan gurau mesra; nasihat dengan

perumpamaan dan lain-lain.

Setertusnya Pendidikan Melalui Pemerhatian yang bermaksud menjejaki,

menemani, memerhati dan mengawasi kanak-kanak dalam membentuk akidah,

akhlak, psikologi dan sosialnya. Ia dapat dilaksanakan dengan sering bertanya

tentang keadaan kanak-kanak dalam aspek jasmani mahupun pencapaian

akademik. Pendidikan seperti ini adalah anatara asas utama untuk melahirkan

insan yang seimbang, sempurna dan mampu menunaikan hak kepada yang

berhak dalam kehidupannya serta mampu mendorong mereka menjalankan

tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Akhirnya, Pendidikan Melalui Hukuman yang hanya boleh dilaksanakan

sekiranya kaedah-kaedah lain telah dibuat. Ini kerana dalam mendidik kanak-

kanak, ia perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Jika dirasakan sesuatu

hukuman mampu menjadi alat mendidik, maka hukuman itu perlu dipastikan

tidak akan mencederakan zahir dan batin kanak-kanak. Ini bagi memastikan

kanak-kanak agar dapat terus dididik dan tidak lari daripada pendidiknya.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah kita bersama-sama menjaga

dan mendidik anak-anak dengan kehidupan beragama, agar mereka dapat

berbakti kepada keluarga, masyarakat, negara dan bakal penerus kepada

perjuangan Islam yang didokongi oleh ibu bapa. Isilah masa kehidupan mereka,

termasuklah sepanjang cuti persekolahan yang sudah bermula ini, dengan

perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri mereka. Semoga

dengan itu, Malaysia akan menjadi negara aman dan sentosa bukan sekadar pada

Page 6: KANAK-KANAK HARAPAN NEGARA Rabi’ul Awal · (30 November 2018 / 22 Rabi’ul Awal 1440H) 2 ... kanak-kanak sama ada mereka akan terus kekal dengan fitrah kelahiran atau ... Isilah

6

hari ini, tetapi insya-Allah akan terus berkekalan selama-lamanya apabila ia

telah diwariskan kepada anak-anak kita kelak.

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ ک ک ک ک گ گ گ ﴿

﴾گ ڳ ڳ ڳMaksudnya : “Dan orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya

dengan keadaan beriman, Kami hubungkan dengan mereka; zuriat mereka dan

Kami tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap

seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.”

(Surah al-Tur : ayat 21)

Page 7: KANAK-KANAK HARAPAN NEGARA Rabi’ul Awal · (30 November 2018 / 22 Rabi’ul Awal 1440H) 2 ... kanak-kanak sama ada mereka akan terus kekal dengan fitrah kelahiran atau ... Isilah

7

KHUTBAH KEDUA

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ﴿

﴾ڇ

“Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat kepada Nabi; wahai orang

yang beriman, bersalawatlah kamu kepadanya serta mohonkanlah

kesejahteraan dengan sepenuh penghormatan.”

Page 8: KANAK-KANAK HARAPAN NEGARA Rabi’ul Awal · (30 November 2018 / 22 Rabi’ul Awal 1440H) 2 ... kanak-kanak sama ada mereka akan terus kekal dengan fitrah kelahiran atau ... Isilah

8

فادوك بضيندا يغ دفرتوان اضوغ يغ

غي غي اضوغغي

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kami memohon agar dengan rahmat dan

perlindungan-Mu, Negara kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam

keamanan dan kesejahteraan,

Tanamkanlah rasa kasih sayang diantara kami,kekalkanllah perpaduan dalam

kalangan kami, semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, makmur

dan selamat sepanjang zaman.

Page 9: KANAK-KANAK HARAPAN NEGARA Rabi’ul Awal · (30 November 2018 / 22 Rabi’ul Awal 1440H) 2 ... kanak-kanak sama ada mereka akan terus kekal dengan fitrah kelahiran atau ... Isilah

9

﴾ائ ەئ ەئ وئ وئ ۇئ ۇئ ۆئ ۆئ ۈئ ۈئ ېئ ېئ ېئ ىئ ىئ﴿

﴾ۈ ٴۇ ۋ ۋ ۅ ۅ ۉ ۉ ې ې ې﴿

چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ﴿

﴾ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ