kajian tindakan contoh

2
Kajian Tindakan (kemas kini): Panduan Menganalisis Data Berbentuk Teks Atau Transkrip (kualitatif) Kebanyakan pelajar, yang sempat saya temui, telah menggunakan instrumen seperti temubual, pemerhatian, rekod anekdot, nota lapangan dan jurnal reflektif untuk mendapatkan maklumat / data dalam kajian tindakan yang dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan murid (responden) tentang aplikasi kaedah serta teknik pengajaran mereka (apakah bentuk inovasi pdp yang boleh dan sesuai atau terbaik untuk dilaksanakan dan bagaimana melaksanakannya). Sekiranya pemerhatian berstruktur sepenuhnya (tersedia jawapan atau pengkaji hanya mahu melihat kekerapan sesuatu tingkahlaku) dilakukan, maka analisis menggunakan statistik numerikal adalah relevan. Tetapi sekiranya data direkodkan dalam bentuk teks atau transkrip, maka analisis menggunakan statistik numerikal menjadi tidak tepat. Sebagai panduan ringkas, diperjelaskan di sini, prosedur melakukan analisis data kualitatif (seperti data dalam bentuk teks). Pendekatan deduktif: melibatkan penggunaan struktur atau kerangka yang telah ditentukan lebih awal untuk menganalisis data. Contohnya pengkaji ingin meneroka pandangan atau perasaan murid (responden) tentang alasan tidak dapat mengikuti pelajaran atau tidak aktif dalam pembelajaran, maka temubual dilakukan untuk meneroka alasan atau sebab-sebabnya. Pengkaji boleh mengesan kategori (jenis / tema) alasan tersebut (kualitatif) dan kekerapan setiap alasan yang diberikan (kuantitatif). Pengkaji boleh saja memilih hanya jenis atau kategori alasan sahaja tanpa mengambil kira kekerapan setiap alasan (khususnya apabila bilangan responden adalah terlalu kecil iaitu antara 2 hingga 6 orang). Pendekatan induktif: proses menganalisis data tidak melibatkan struktur / kerangka / teori yang ditetapkan lebih awal. Pendekatan ini lebih komprehensif dan paling kerap digunakan untuk menganalisis data kualitatif. Terdapat banyak kaedah untuk mengaplikasi pendekatan induktif dan yang paling lazim ialah dengan menggunakan kaedah analisis kandungan berdasarkan tema (thematic content analysis) Transkrip temubual, nota lapangan dan pemerhatian menyediakan data diskrptif tetapi bukan penjelasan atau interpretasi. Pengkaji sendiri yang akan meneroka dan membuat interpretasi data.

Upload: szuhady-penie

Post on 20-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

harap ia berguna

TRANSCRIPT

Kajian Tindakan (kemas kini): Panduan Menganalisis Data Berbentuk Teks Atau Transkrip (kualitatif)

Kebanyakan pelajar, yang sempat saya temui,telah menggunakan instrumen sepertitemubual, pemerhatian, rekod anekdot, nota lapangan dan jurnal reflektifuntuk mendapatkan maklumat / data dalam kajian tindakan yang dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan murid (responden) tentang aplikasi kaedah serta teknik pengajaran mereka (apakahbentuk inovasi pdp yang boleh dan sesuai atau terbaik untuk dilaksanakan danbagaimanamelaksanakannya). Sekiranya pemerhatian berstruktur sepenuhnya (tersedia jawapan atau pengkaji hanya mahu melihat kekerapan sesuatu tingkahlaku) dilakukan, maka analisis menggunakanstatistik numerikaladalah relevan. Tetapi sekiranya data direkodkan dalam bentuk teks atau transkrip, maka analisismenggunakan statistik numerikal menjadi tidak tepat.

Sebagai panduan ringkas, diperjelaskan di sini, prosedur melakukan analisis data kualitatif (seperti data dalam bentuk teks).

Pendekatan deduktif:melibatkan penggunaan struktur atau kerangka yang telah ditentukan lebih awal untuk menganalisis data. Contohnya pengkaji ingin meneroka pandangan atau perasaan murid (responden) tentang alasan tidak dapat mengikuti pelajaran atau tidak aktif dalam pembelajaran, maka temubual dilakukan untuk meneroka alasan atau sebab-sebabnya. Pengkaji boleh mengesan kategori (jenis / tema) alasan tersebut (kualitatif) dan kekerapan setiap alasan yang diberikan (kuantitatif). Pengkaji boleh saja memilih hanya jenis atau kategori alasan sahaja tanpa mengambil kira kekerapan setiap alasan (khususnya apabila bilangan responden adalah terlalu kecil iaitu antara 2 hingga 6 orang).

Pendekatan induktif:proses menganalisis data tidak melibatkan struktur / kerangka / teori yang ditetapkan lebih awal. Pendekatan ini lebih komprehensif dan paling kerap digunakan untuk menganalisis data kualitatif. Terdapat banyak kaedah untuk mengaplikasi pendekatan induktif dan yang paling lazim ialah dengan menggunakan kaedah analisis kandungan berdasarkan tema (thematic content analysis)

Transkrip temubual, nota lapangan dan pemerhatian menyediakan data diskrptif tetapi bukan penjelasan atau interpretasi. Pengkaji sendiri yang akan meneroka dan membuat interpretasi data.

Peringkat 1:Kenal pasti tema atau kategori(idea, konsep, terminologi, kata kunci) yang boleh diperolehi daripada teks / transkrip. Proses mengenalpasti ini dikenai sebagaipengekodan terbuka(open coding). Tujuan mengenalpasti tema atau kategori ini adalah untuk memilih perkataan atau frasa yang relevan dan diperlukan. Langkah seterusnya ialah mengumpulkan perkataan dan frasa dalam tema atau kategori tadi di atas kertas kosong (data display) dalambentuk jadual atau peta mindadan mula memotong maklumat berulang. Proses ini dikenali sebagai prosespengurangan data(data reduction).

Peringkat 2:Kategori yang terhasil akandisemak semulauntuk memastikan tidak terdapat kategori yang sama (tetapi menggunakan perkataan yang lain seperti seronok dan gembira). Seronok dan gembira boleh dimasukkan dalam satu kategori perasaan dengan sub kategori positif dan negatif (untukperasaan bosan, tidak seronok dan sebagainya). Proses mengaitkan antarakategori dan sub-kategoriini dinamakanaxial coding.

Peringkat 3:Data yang terpapar(displayed data) seterusnya dibuatinterpretasiberdasarkan kepadailmu pengetahuan (asas teori) dan pengalaman. Sebaiknya, pengkaji melibatkan pihak ketiga (third party) sepertirakan sejawat(untukpeer review) ataurakan kritikaluntuk mengesahkannya (memastikanrigourdantrustworthyyang lebih tinggi).

Peringkat 4:Mula menulis (menghurai atau merumus) dapatan kajian untuk menjawab soalan kajian. Sebaiknya dikaitkan dengan dapatan kajian awal (jika ada).

Peringkat 3 dan 4 dinamakan prosesmenghasilkan rumusan dan pengesahan(conclusion drawing and verification)