kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

25
Nama: Alia Husna Bt. Abd Halim Kelas: 6 budi Nama guru:Pn. Wan Anom

Upload: aliahusna298

Post on 12-Jun-2015

18.361 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

Nama: Alia Husna Bt. Abd Halim

Kelas: 6 budi

Nama guru:Pn. Wan Anom

Page 2: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan stinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Wan Anom yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan projek kajian tempatan 2009 ini .

Ribuan terima kasih yang tak terhinnga kepada bapa saya Encik Abd. Halim dan juga ibu saya Puan Latifah kerana member kerjasama dan bantuan dalam membentuk moral untuk saya menyiapkan kajian ini .

Akhir sekali tidak lupa kepada rakan-rakan saya yang telah memberi sokongan serta kerjasama di samping berkongsi maklumat

Isi kandungan 2

Page 3: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

Tajuk: Muka surat:penghargaan 2Bangunan-bangunan bersejarah:--bangunan stadthuys-istana Negara-tugu negara-muzium negara

4-56-89

10-11Objek-objek bersejarah:--watikah pengisytiharaan kemerdekaan-batu bersurat-artifak-senjata lama

1213-14

1516

Pemeliharaan & pemuliharaan warisan sejarah

19

penutup 20-21

3

Page 4: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

BANGUNAN STADTHUYS

Nama : Bangunan StadthuysLokasi : Jalan Kota, Melaka Melaka Tengah, Melaka, Bandar Melaka, MelakaHakmilik Bangunan / Tanah : Tahun Dibina : 1650 Latar Belakang Sejarah : Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus. Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan di mana pada abad ke 19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya. Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua \'Malacca Free School\' yang pertama ialah Encik T.H. Moore. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis dan Bahasa Cina juga diajar. Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut daripada

4

Page 5: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

golongan paderi dan menamakannya \'Malacca High School\' atau Sekolah Tinggi Melaka. Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong. Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang. Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi. Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.

ISTANA NEGARA

5

Page 6: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

Gambar 1: Pandangan Hadapan Istana Negara

Nama : Istana NegaraLokasi : Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, Kuala LumpurNo. Lot : 404, 403, 32, 55, 502, 503 & 97Hakmilik Bangunan / Tanah : Kerajaan PersekutuanTahun Dibina : 1928  Latar Belakang Sejarah : Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13, Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Istana Negara pada 26 April 2007 yang lepas dijangka menjadi upacara pertabalan terakhir yang diadakan di situ sebelum Istana Negara berpindah ke kompleks baru Jalan Duta yang dijangka siap pada tahun 2009.

Istana Negara yang terletak di lereng Bukit Petaling, Jalan Istana berhadapan Jalan Syed Putra dan Sungai Klang merupakan tempat bersemayam rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sejak negara mencapai kemerdekaan.

Istana yang pada mulanya merupakan sebuah banglo milik jutawan dari China, Chan Wing, dibina pada 1928 dengan kos RM150,000 di kawasan seluas 11.34 hektar, mempunyai sejarah yang tersendiri.

Pada zaman pemerintahan Jepun pada tahun 1940an, banglo itu dijadikan pusat pemerintahan tentera dan sebagai mes pegawainya, dan selepas tentera Jepun berundur dari Malaya, bangunan

6

Page 7: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

itu dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai Istana Bersemayam Sultan Selangor, Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah yang kembali bertakhta apabila pendudukan Jepun berakhir.

Bangunan indah itu kemudian dibeli oleh kerajaan Persekutuan pada 1957 dengan kos RM1.4 juta, dan diubahsuai dengan kos sebanyak RM328,000 bagi memastikan ia sesuai sebagai tempat bersemayam raja memerintah sebuah negara yang baru merdeka.

Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad adalah yang pertama bersemayam di Istana Negara, bangunan putih ditandai dua kubah kuning diraja itu, beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan.

Senibina istana ini diubahsuai oleh E.K Dinsdale, arkitek Jabatan Kerja Raya, sementara kerja pengubahsuaian oleh kontraktor tempatan hanya mengambil masa empat bulan meliputi keseluruhan bangunan tanpa menyentuh struktur utamanya.

Hasil pengubahsuaian bangunan itu yang mempunyai 13 bilik, kini mempunyai 20 bilik, dapur besar yang boleh memuatkan 100 orang, dewan menghadap, empat bilik tetamu yang luas, dua dewan masuk dan sebuah dewan santapan.

Pembinaan Balairong Seri sementara untuk digunakan pada hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong menelan belanja sebanyak RM170,000 tetapi pada akhir 1957 ia dirobohkan dan diganti dengan Dewan Persidangan yang lebih besar.

Pada tahun 1980, Istana Negara diubahsuai lagi secara besar-besaran bagi mengangkat martabatnya sebagai kediaman rasmi pemerintah tertinggi negara dengan penambahan Balairong Seri Utama yang menempatkan singgahsana. Ianya merupakan singgahsana pertama dibina dalam Istana Negara untuk majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong kerana sebelum itu acara pertabalan diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman di Jalan Ampang.

Singgahsana baru telah dibina di bawah perancangan arkitek kanan Jabatan Kerja Raya Kapt. David Wee, yang telah menggabungkan lambang kebesaran raja-raja di negara ini.

Pertabalan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar sebagai Yang di-Pertuan Agong Ketujuh pada 1980 merupakan pertabalan pertama diadakan di Balairong Seri yang baru siap ini.

Selain untuk upacara pertabalan, Balairong Seri juga digunakan bagi jamuan negara, majlis keputeraan dan penganugerahan pingat, tempat bersembahyang terawih dan syarahan agama.

7

Page 8: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

Istana Negara juga mempunyai satu lagi singgahsana kecil, diwujudkan di tingkat atas bagi Yang di-Pertuan Agong menerima dan menyerah watikah perlantikan duta dan pesuruhjaya tinggi.

Di Bilik Duta yang terletak di tingkat bawah adalah tempat Seri Paduka beramah mesra dengan duta dan pesuruhjaya tinggi yang baru dan ia juga digunakan bagi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri menghadap Seri Paduka setiap pagi Rabu sebelum mereka mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet.

Istana Negara juga mempunyai Dewan Kecil tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong dengan raja-raja lain, sementara Bilik Permaisuri pula adalah tempat kaum kerabat Diraja menghadap Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong dan juga bagi acara tidak rasmi.

Di sebelah Balairong Seri ialah Bilik Mesyuarat Raja-Raja, tempat berlangsungnya mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu setiap tahun sementara Bilik Menteri pula adalah merupakan tempat menunggu sebelum dipanggil menghadap.

Selain bilik-bilik khas itu, dewan badminton yang terletak di perkarangan istana juga digunakan untuk majlis yang melibatkan bilangan besar orang ramai seperti majlis penyampaian hadiah kepada fakir miskin yang diadakan setiap bulan Ramadan.

Tempat rekreasi lain yang disediakan dalam perkarangan istana ialah gelanggang tenis, gimnasium dan kolam renang.

Istana Negara juga mempunyai Balai Polisnya sendiri selain pengawal yang istana terdiri daripada anggota Batalion Pertama Askar Melayu Diraa sejak tahun 2001. Pengawal berkuda disediakan untuk mengawal pintu masuk dari pukul 8 pagi hingga 5 petang yang turut menjadi tarikan pelancong.

Istana Negara, dan istana-istana raja di Malaysia adalah lambing keunggulan institusi diraja dan akan terus menjadi kemegahan Negara

8

Page 9: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

TUGU NEGARA

Gambar 1: Pandangan Hadapan Tugu Negara

Nama : Tugu NegaraLokasi : Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Kuala LumpurNo. Lot : Hakmilik Bangunan / Tanah : Dewan Bandaraya Kuala LumpurTahun Dibina : 1966  Latar Belakang Sejarah : Tugu Negara Malaysia atau turut dikenali sebagai Tugu Peringatan Negara telah siap dibina pada 8 Februari 1966 sebagai tanda penghormatan kepada jasa para perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960).Ia terletak berhampiran bangunan Parlimen. Tugu tersebut adalah diperbuat daripada gangsa. Ia direkabentuk oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC di Virginia, Amerika Syarikat. Kompleks Tugu Negara terletak di Taman Tasik Perdana. Ia turut memasukkan Taman Peringatan sebagai menghormati perwira negara yang telah berkorban demi kemanan negara.  

9

Page 10: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

MUZIUM NEGARA

Gambar 1: Pandangan Sisi Muzium Negara

Nama : Muzium NegaraLokasi : Jalan Damansara, Kuala Lumpur, Kuala LumpurNo. Lot : 55Hakmilik Bangunan / Tanah : Jabatan Muzium MalaysiaTahun Dibina : 1906  Latar Belakang Sejarah : Objektif utama penubuhan Muzium yang di kenali sebagai Muzium Negara ini adalah untuk mengumpul dan menempatkan semua warisan sejarah, kebudayaan, kesenian, dan spesimen flora dan fauna di samping beroperasi sebagai pusat pendidikan, pembaik pulih, pusat penyelidikan dan pembangunan khazanah negara yang diilhamkan oleh

10

Page 11: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

Perdana Menteri Pertama, YAM Tunku Abdul Rahman Putra Al � Haj menjelang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu bermula 16hb. September 1958.

Terletak di pinggir Taman Tasik Perdana di lot 55, seksyen 59 Bandar Kuala Lumpur, tapak ini dahulunya adalah bekas Muzium Selangor pada tahun 1906 tetapi musnah akibat terkena bom yang digugurkan oleh pesawat pengebom B.29 Tentera Bersekutu (Allied Force) semasa Perang Dunia Kedua dalam bulan Mac, 1945.

Muzium Negara ini adalah lambang prestij dan kebanggaan rakyat Malaysia. Konsep rekabentuk terulung pada pembinaannya memaparkan keindahan senibina Melayu yang berasaskan istana Raja � Raja Melayu berlandaskan hasil seni kerja dan pertukangan tempatan yang estetik. Konsep ketersergamannya menggunakan bahan bahan moden pada seni binanya memberikan satu imej yang bertaraf antarabangsa. Dari perspektif nilai estetika, gaya dan ragam hias, arkitek Ho Kok Hoe telah mengambil kira segala aspek agar ia tergolong mengikut ciri � ciri dan kelas yang unggul dan tersendiri.

Seperkara yang menarik pada fasad hadapan Muzium ini adalah hiasan dua lukisan mural berukuran 115� panjang, hasil rekaan Chong Lai Tong yang mengambarkan sejarah dan kebudayaan Negara. Media yang diguna adalah cantuman kecil gelas halus (fine venation glass) bernilai $100,000 yang di import dari Itali. Kedua, terdapat hiasan jubin khas sumbangan kerajaan Pakistan, terletak di lantai dewan tengah bangunan.

Kerja pembinaan Muzium Negara bermula dalam tahun 1962 oleh Syarikat kontraktor Yew Lee dengan kos binaan sebanyak $1.5 juta dan siap di bina dalam bulan Ogos 1963 sebelum dirasmikan oleh D. Y. M. M Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong ke III, Tunku Syed Putra Al � Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullai pada 31 Ogos 1963, jam 5.30 petang sempena menyambut penubuhan Malaysia.

11

Page 12: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

WATIKAH PENGISYTIHARAAN KEMERDEKAAN

Gambar 1: Pandangan Hadapan Watikah Pengisytiharaan Kemerdekaan

Kategori : Objek Warisan KetaraButiran Warisan : Watikah Pengisytiharaan Kemerdekaan

12

Page 13: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

Jenis :   Latar Belakang Sejarah : Sebuah dokumen yang menyatakan bahawa semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu akan menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka serta berpegang kepada prinsip-prinsip demokrasi. Negara baru ini dinamakan Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Dokumen ini dibacakan buat pertama kalinya sempena pengisytiharaan kemerdekaan oleh YAB Perdana Menteri Malaya (Malaysia) Tunku Abdul Rahman Putra pada 31 Ogos 1957.

Batu Bersurat TerengganuDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu

bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia

membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh

tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun

1899.

Sejarah

Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan.

Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit

untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit

Puteri.

Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang

jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat

13

Page 14: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa

Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.

Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala

Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles

Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium

menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran

di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu

Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu

Kandungan

Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini

menyebut Islam sebagai agama rasmidan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala

kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun

1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib

Negara pada tahun 60-an.

14

Page 15: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

Artifak merupakan bahan atau perkakas yg digunakan oleh orang pada zaman dahulu..

15

Page 16: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

Antaranya termasuklah tembikar seperti pinggan mangkuk yg ditemui di Lembah Bujang dan Gua

Nia dan juga tembikar Ch

Senjata Lama

16

Page 17: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

Senjata lama adalah alat yg digunakan untuk mempertahankan diri & menentang musuh.

Keris merupakan senjata utama pahlawan melayu dahulu yg juga melambangkan keteguhan & kekuatan

Keris dan lembing kini menjadi lambing budaya melayu dan kebesaran diraja

17

Page 18: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

Mengekalkan Warisan Sejarah, Terengganu, Malaysia

Bangunan Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Terengganu yang terletak di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu kini dalam proses pemuliharaan bagi mengekalkan sejarah warisan Negara

Mahkamah berwajah baru

Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebelum dan selepas pemuliharaan.

18

Page 19: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

PenutupMenghargai sejarah warisan adalah sesuatu yang masih longgar dan tidak kukuh dalam kalangan masyarakat tempatan. Sejarah selalu dilupakan dan peninggalan warisan pula diabaikan. Hal ini disebabkan ada tanggapan bahawa kedua-duanya tidak relevan dengan keperluan hari ini dan masa hadapan. Bagaimanakah caranya untuk memupuk semangat cintakan negara kita di kalangan rakyat Malaysia jika rakyat masih lagi memandang remeh tentang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di negara kita ini?

Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah dan tindakan telah diambil oleh kerajaan dalam memastikan proses pemeliharaan dan pemuliharaan tinggalan bersejarah dan

19

Page 20: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

melestarikan nilai pelbagai warisan turun-temurun ini diteruskan. Cara ini dapat melahirkan perasaan

berbangga dengan sejarah negara

di kalangan rakyat di negara kita.

Sebagai rakyat di negara Malaysia ini, kita juga perlu turut sama memelihara banguanan bersejarah ini dengan menjaga kebersihan bangunan tersebut agar ianya sentiasa bersih dan cantik pada pandangan masyarakat setempat dan juga para pelancong yang datang ke negara kita ini. Semangat kerjasama dan tolong-menolong

diantara satu sama lain perlu diterapkan kepada masyarakat dan juga penting untuk menjayakan usaha kerajaan ini.

Di samping itu juga, sebagai langkah untuk pemuliharaan bangunan bersejarah ini, kita perlulah sama-sama mencegah individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab daripada melakukan vandalisme terhadap bangunan-bangunan ini. Kita sepatutnya

20

Page 21: kajian tempatan darjah 6[warisan sejarah]

bersyukur sebagai warganegara Malaysia .

21