2013090509094407 unit 6 (metodologi kajian teks hadith)
TRANSCRIPT
UNIT 6 Metodologi Kajian Teks Hadith | 28
UNIT 6
METODOLOGI KAJIAN TEKS HADITH
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat :
1. Menerangkan definisi al-hadith, al-sunnah, al-athar dalam konteks kajian teks Hadith.
2. Membincangkan kepelbagaian bentuk teks kajian Hadith.
3. Mengenal pasti autoriti dan peranan al-sunnah di dalam syariat Islam.
4. Menganalisa kepentingan kajian matan, sanad dan ilmu takhrij al-hadith dalam kehidupan Muslim.
5. Membincangkan implikasi hukum berasaskan kepelbagaian kategori teks hadith.
6. Membincangkan kaedah berinteraksi dengan al-Hadith menurut Dr. Yusuf Al-Qaradawi.
PENDAHULUAN
Setelah kita membincangkan kajian teks al-Qur’an pada bahagian pertama kursus ini, bahagian kedua ini akan memberi tumpuan kepada perbincangan terhadap kajian teks-teks hadith yang merangkumi gagasan ilmu, prinsip dan methodologi berkaitan sanad (rangkaian perawi) dan matan (teks hadith). Pengajian ilmu hadith atau `ulum al-hadith adalah suatu bidang pengajian yang penting dalam tradisi keilmuan Islam. Ia bertujuan untuk memelihara ketulenan dan keabsahan hadith-hadith yang menjadi sumber rujukan kedua selepas al-Qur’an. Oleh itu, tapisan dan penyaringan yang cermat terhadap hadith-hadith perlu dilakukan kerana selain daripada al-Qur’an, hadith-hadith yang dikumpulkan oleh imam-imam besar hadith, khususnya al-Bukhari dan Muslim telah membekalkan gagasan ilmu pengetahuan yang tepat tentang Islam. Lantaran itu, tidak hairanlah kalau tradisi ini mesti didekati secara penuh dedikasi, akademik, cermat, objektif, berhati-hati dan penuh keikhlasan oleh para ilmuan Islam yang terlibat dalam bidang tersebut. Kaedah-kaedah yang dibangunkan dalam disiplin ini adalah berdasarkan asas-asas pemikiran kritis yang tinggi.
Kajian teks hadith ini membimbing pelajar berinteraksi secara langsung dengan teks asal sesuatu
hadith untuk memahami konteks hadith melalui asbab wurud hadith dan berkemahiran mengesan martabat sesebuah hadith dengan mengkaji perawi utama, jumlah perawi serta kesahihan matan hadith yang diriwayatkan untuk dijadikan asas dalam aqidah dan syariat Islam. Kajian teks hadith ini juga akan membimbing pelajar untuk mengesan hadith-hadith yang berada di dalam karya Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sahih Ibn Hibban, Musnad Ahmad bin Hambal, Sunan al-Tarmizi, Sunan Abu Daud, al-Muwatta’ dan beberapa kitab hadith yang muktabar yang dikenali sebagai sunan sittah, atau sunan tis’ah.
Apakah yang mendasari disiplin, sistem dan methodologi dalam kajian terhadap teks hadith?.
Bincangkan peranan dan kepentingan kajian teks hadith dalam syariah Islam.
UNIT 6 Metodologi Kajian Teks Hadith | 29
ISI KANDUNGAN
1. Definisi al-hadith, al-sunnah, al-athar dalam kajian teks hadith.
2. Kepelbagaian bentuk teks kajian Hadith.
3. Kehujahan dan peranan al-sunnah di dalam syariat Islam.
4. Takhrij al-hadith dalam kehidupan muslim.
5. Istinbat hukum berasaskan kepelbagaian kategori teks hadith.
6. Kaedah berinteraksi dengan al-hadith menurut Dr. Yusuf Al-Qaradawi.
Definisi Hadith, Sunnah, Athar Dalam Konteks Kajian Teks Hadith
erkataan Hadith, Sunnah dan Athar bukanlah sesuatu yang asing di dalam masyarakat Islam.
Namun setiap ungkapan tersebut memiliki pelbagai makna yang tersendiri dari segi bahasa dan
istilah berdasarkan kesesuaian tempat dan konteks penggunaan. Hadith secara etimologi asal
bahasa Arab membawa pengertian; baharu, khabar berita, peristiwa, kejadian, kisah, cerita, perkataan dan
perbualan. Perkataan hadith turut disebut sebanyak 18 kali di dalam al-Qur’an dengan membawa makna
yang hampir sama dengan pengertian hadith dari sudut bahasa yang telah disebutkan sebelum ini.
Terdapat berbagai terminologi menurut muhaddithin seperti Ibn Hajar berpendapat Hadith ialah apa-apa
yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W Namun sering kali ungkapan tersebut diperluaskan makna
sehingga disinonimkan dengan sunnah yang bererti segala perkataan (sabda), perbuatan, ketetapan
mahupun persetujuan dari Rasulullah S.A.W yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama.
Sebagai contoh, Ayub bin Musa al-Husaini berpendapat, Hadith ialah suatu istilah bercerita yang
disandarkan penceritaan tersebut kepada Rasulullah S.A.W dari segi perkataan, perbuatan dan juga ikrar
(Asmawi 2003).
unnah pula berasal dari kalimah bahasa Arab yang membawa maksud perjalanan atau cara hidup
sama ada baik atau buruk (Muhammad, Ajjaj al-Khatib 1989M/1409H). Menurut Rohi Ba’labakiy
(2000) pula bererti rubric (petunjuk), peraturan (al-Isra’:77), practice (kebiasaan) atau mode of life
(cara hidup) (al-Anfal:38). Istilah syara’, al-Sunnah pula ialah setiap apa yang diperintahkan oleh
Rasulullah S.A.W dan yang dilarang oleh baginda atau yang digalakkannya sama ada melalui perkataan,
perbuatan atau perakuan baginda SAW (Muhammad, Ajjaj al-Khatib,1989M/1409H). Imam al-Syatibi
menyatakan seseorang itu dikatakan mengikuti sunnah sekiranya dia melakukan amalan yang bertepatan
dengan amalan Rasulullah S.A.W., sahabat dan salafusolah.
thar jika ditinjau dari sudut bahasa membawa makna kesan atau bekas. Dari sudut istilah pula ia
membawa maksud yang hampir sama dengan al-sunnah atau al- hadith. Namun muhaddithin
berbeza pendapat berkaitan penggunaan istilah ini sebagai contoh; Imam al-Nawawi
menyatakan athar ialah perkataan sahabat dan sesuatu yang diriwayatkan dari sahabat manakala al-
Zarkashyi pula berpendapat ia adalah digunakan untuk hadith marfu’ (perkataan dari Rasulullah S.A.W)
dan hadith mawquf (perkataan dari Sahabat). Walaupun istilah ini berbeza, namun dapat didefinisikan
P
S
A
UNIT 6 Metodologi Kajian Teks Hadith | 30
dengan satu makna yang hampir sama iaitu sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W sama
ada melalui perkataan, perbuatan atau penetapan baginda S.A.W. Sebagai rumusan, walaupun pada
zahirnya terdapat perbezaan pendapat dalam pengertian dan penggunaan istilah al-Sunnah, al-Hadith
dan al-Athar, namun hakikatnya semuanya disandarkan kepada Rasulullah S.A.W. yang tidak
menjejaskan kedudukan al-sunnah, al-hadith dan al-athar ini sebagai sumber hukum Islam yang kedua
selepas al-Qur'an.
Hadith, Sunnah dan Athar bukanlah sesuatu yang asing di dalam masyarakat Islam. Namun
setiap ungkapan tersebut memiliki pelbagai makna yang tersendiri dari segi bahasa dan istilah berdasarkan
kesesuaian tempat dan konteks penggunaan. Bincangkan implikasi klasifikasi perkataan ini dalam kajian
terhadap matan dan sanad.
Kepelbagaian Bentuk Kajian Teks Hadith.
embahagian kajian teks hadith secara umumnya boleh dikategorikan kepada dua bentuk kajian
yang utama initu kajian secara maudhu’i (tematik) dan kajian secara tahlili (siasatan terperinci).
Kajian teks hadith secara pengajian hadith maudhu’i adalah salah satu pendekatan yang diguna
pakai dalam mempersembahkan himpunan teks-teks hadith dalam satu tema yang tertentu untuk
menjawab persoalan dalam konteks semasa. Pendekatan ini bukan bermakna meminggirkan pendekatan
tradisional dalam menghuraikan hadith iaitu secara kajian hadith tahlili. Sebalik hadith tahlili tetap menjadi
asas dan sumber asal sebelum berlakunya pengolahan secara maudhu’i.
Kajian Hadith Maudhu’i.
Hadith Maudhui adalah istilah kajian kontemporari yang telah meluas penggunaannya dalam kalangan
pengarang dan pengkaji teks hadith mutakhir ini. Ia telah dianggap sebagai satu cabangan ilmu hadith baru
yang tersendiri. Hadith maudhu’i yang dikemukan di sini adalah definisi yang diolah dan diadaptasi dari
rujukan berkenaan teori tafsir madhu’i. Walaupun rujukan mengenai tafsir madhu’i itu sendiri masih dirasai
kekurangan bahannya di dalam perpustakaan Islam tetapi jauh terkehadapan berbanding rujukan dalam
hadith maudhu’i.
Berikut beberapa takrifan hadith maudhu’i;
1. Ilmu yang memperbahaskan sesuatu permasalahan menurut semangat dan ruh nabawi dengan
melihatnya dari perspektif satu atau lebih hadith yang maqbul (sahih / hasan).
2. Ilmu yang menghimpun riwayat-riwayat hadith yang pelbagai dari sumber utama hadith yang
berkenaan dengan menjurus kepada sesuatu tajuk perbincangan samada dari segi lafaz atau pada
maknanya dan mengupas tajuk itu mengikut metodologi pengajian hadith.
P
UNIT 6 Metodologi Kajian Teks Hadith | 31
3. Ilmu yang menghuraikan sesuatu tajuk dengan pencerahan Sunnah Nabawiah berdasar satu atau
lebih sumber hadith.
4. Ilmu yang memperjelaskan isu berkaitan pemikiran, pendidikan, sosial, ekonomi, alam semulajadi
atau segala lapangan ilmu pengetahuan dan kehidupan berdasarkan hadith-hadith nabi SAW yang
berkaitan dengannya bertujuan memperolehi konsep kefahaman dan jalan penyelesaian menurut
manhaj nabawi.
5. Ilmu yang mengkhususkan himpunan dan kupasan hadith-hadith pada sesuatu tajuk atau isu.
etodologi kajian hadith maudhu’i yang dimaksud di sini adalah suatu bentuk rangkaian kajian
hadith yang struktur paparannya untuk dijadikan acuan pada tema tertentu. Tema-tema ini
ditentukan oleh pengkaji yang bersangkutan, untuk menggali visi Rasulullah SAW. Model
penyajian hadith maudhu’i ini, pengkaji hadith akan mengumpulkan beberapa hadith yang berkaitan
dengan suatu tema kajian yang dipilih. Hadith yang dijadikan objek kajian adalah dalam skop yang bersifat
spesifik. Antara kelebihan kajian hadith maudhu’I adalah membentuk arah kajian menjadi fokus dan
memungkinkan adanya penjelasan terhadap bagaimana visi Rasulullah saw terhadap bidang yang dikaji
secara komprehensif dan holistik. Kajian ini biasnya membatasi hadith-hadith yang terdapat pada Al-Kutub
At-Tis'ah, yakni: Shahih Al-Bukhari, Shahih Muslim, Muwaththa' Malik, Musnad Ahmad, Sunan Abu Dawud,
Sunan At-Tirmidzi, Sunan An-Nasa'i, Sunan Ibnu Majah dan Sunan Ad-Darimi.
Kajian Hadith Tahlili
Kajian hadith tahlili (siasatan terperinci) pula adalah perbincangan terhadap teks hadith yang dipilih dengan
memaparkan segala aspek yang terdapat dalam hadith tersebut serta sistematik dan mendalam.
Penjelasan secara sistematik dengan memulakan perbincangan setiap perkataan secara berurutan.
Huraian dan penjelasan merangkumi aspek tata bahasa, suku kata, kata dasar, asabab wurud al-hadith,
kaitannya dengan hadith lain dan kefahaman muhaddithin terhadap hadith tersebut. Secara umum kitab-
kitab syarah yang menggunakan pendekatan tahlili biasanya berbentuk ma'sur (riwayat) atau ra'y
(pemikiran rasional). Kajian hadith secara tahlili mempunyai ciri-ciri sebagai berikut:
a) Pendekatan penjelasan dan huraian makna yang terkandung di dalam hadith secara komprehensif
dan menyeluruh.
b) Hadith dibincangkan secara mendalam setiap suku kata yang terdapat di dalam teks (matan)
secara berurutan berasaskan asabab wurud al-hadith.
c) Perbincangan juga akan melihat munasabah (hubungan) antara satu hadith dengan hadith lain.
Kajian Ma’ani Hadith.
Hadith adalah ucapan, perbuatan dan taqrir Rasulullah SAW yang merupakan sumber ajaran Islam yang
kedua sesudah Al Qur’an. Sehubungan itu berbagai metodologi telah dilakukan oleh muhaddithin
memahami maksud isi kandungan hadith tersebut dengan tepat. Dalam pengajian ulum hadith ini, proses
M
UNIT 6 Metodologi Kajian Teks Hadith | 32
memahami hadith lebih dikenal dengan istilah fiqh al-hadith atau fahm al-hadith. Proses in membolehkan
sesuatu teks hadith dapat difahami dengan tepat segala isi kandungan yang tersurat dan tersirat.
Kemunculan istilah ilmu Ma’ani al-hadith adalah kesan perkembangan Ilmu Ma’ani al-Qur’an yang lebih
cenderung membincangkan tentang makna-makna sesuatu huruf dan perkataan yang sukar difahami di
dalam seperti di dalam karya kitab Ma’anil Qur’an oleh al-Farra’, ketika menjelaskan makna kata al-
Munkhaniqah, al-Mauqudzah, al-Mutaraddiyah, al-Nathihah dan sebagainya dan juga dalam al-Burhan fi
Ulum al-Qur’an karya al-Zarkasyi ketika menjelaskan berbagai varian makna huruf dalam al-Qur’an seperti
huruf min, ila, laysa, ma, law, kaifa dan sebagainya.
Prinsip metodologi dalam kajian Ma’ani Hadith
a) Tidak terburu-buru menolak suatu hadith hanya karena dianggap bertentangan dengan akal,
sebelum benar-benar melakukan pengesahan secara mendalam.
b) Memahami hadith secara tematik (maudhu’ie) untuk memperoleh gambaran yang menyeluruh dan
lengkap mengenai tema yang dikaji.
c) Mengenal pasti latar belakang sesuatu hadith dengan tepat untuk memahaminya berasaskan
objektif syara’ (maqashid al-syari’ah).
d) Pelengkap kajian ilmu hadith riwayah dalam konteks memberi kefahaman yang jelas dan tepat
terhadap sesuatu hadith dalam konteknya yang betul secara tersurat dan tersirat.
Berbagai metodologi telah dilakukan oleh muhaddithin untuk memahami maksud isi kandungan
hadith tersebut dengan tepat. Nyatakan metodologi tersebut dalam perbincangan dan kajian teks hadith.
Autoriti Dan Peranan Al-Sunnah Di Dalam Syariat Islam.
Adakah anda memahami maksud al-Sunnah sebagai sumber perundangan Islam
kedua selepas al-Qur’an? Al-Qur’an adalah sumber utama dalam perundangan Islam (al-
Isra’:17, Luqman: 2-3). Namun kandungan dan ajaran-ajaran yang terdapat di dalam al-Qur’an
ini tidak dapat difahami dan diamalkan dengan sempurna melainkan melalui penjelasan, huraian
dan contoh dari Rasulullah SAW yang termasuk di dalam pengertian al-Sunnah. Oleh itu, al-
Sunnah berperanan menyokong dan menguatkan hukum yang terdapat dalam al-Qur’an,
mentafsir dan menjelaskan maksud al-Qur’an yang mujmal, umum dan samar serta membawa
hukum baharu atau menerangkan hukum yang tidak disebutkan secara zahir ayat di dalam al-
Qur’an. Dari segi etimologinya, kita telah memahami perkataan "al-Sunnah" bermakna
perjalanan. Manakala dari segi istilah ulama’ hadith, "al-Sunnah" ialah perjalanan hidup
Rasulullah SAW yang merangkumi sifat akhlak, sifat kejadian, berita, perkataan, perbuatan,
pengakuan yang disandarkan sebagai sumber syariat Islam. Sedarkah anda bahawa peranan
UNIT 6 Metodologi Kajian Teks Hadith | 33
serta kedudukan al-Sunnah di dalam Islam secara keseluruhannya tidak dapat dinafikan, namun
timbul banyak kekeliruan apabila membicarakan tentang al-Sunnah.
ujud beberapa golongan yang cuba mengingkari al-Sunnah berdasarkan hujah
tersendiri, selain ada yang menyatakan bahawa al-Sunnah tidak layak jika
dibandingkan dengan kitab al-Qur’an dalam mempersoalkan prinsip-prinsip utama
dalam agama Islam dan seumpamanya. Terdapat juga golongan yang membincangkan
methodologi dalam berinteraksi atau beramal dengan al-Sunnah yang dilihat seolah-olah tidak
sesuai dan bertentangan dengan realiti semasa kehidupan manusia. Menyedari hakikat ini,
kefahaman umat Islam terhadap disiplin ilmu hadith secara sistematik dan mendalam diperlukan
untuk menyelesaikan kekeliruan berkaitan sumber hadith ini dan kaedah berinteraksi dengan al-
Sunnah di dalam realiti kehidupan masyarakat.
utoriti al-Sunnah dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat banyak
penegasan di dalam al-Quran tentang al-Sunnah dan al-Hadith. Tambahan pula terdapat dalam
banyak tempat al-Sunnah ini disebutkan selari dengan al-Kitab ataupun al-Quran itu sendiri.
Sebagai contoh, di dalam al Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap Rasulullah SAW yang
disebutkan bersama dengan ketaataan kepada Allah SWT. Al-Qur’an adalah sumber utama dan terpenting
bapi pelaksanaan syariat Islam, mananakala al-Sunnah adalah sumber kedua yang berperanan menerang,
menghurai, memperkuat dan memperkukuh sesuatu hukum yang disebut di dalam al-Qur’an.
Persoalannya, apakah anda memahami asas-asas hujjah aqli dan naqli dalam menjelaskan kedudukan al-
Sunnah sebagai sumber perundangan Islam kedua selepas al-Qur’an? Berikut adalah dalil-dalil kepada
kehujahan al-Sunnah di dalam pelaksanaan syariat Islam;
1. Dalil kehujahan al-Sunnah daripada al-Qur’an
a) Maksudnya ; “Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman”
(surah al Anfāl : 1)
b) Maksudnya ; “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan
yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada
bagi mereka pilihan yang lain bagi urusan mereka” (surah al Ahzāb : 36)
c) Maksudnya ; “Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang
dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” (surah al Hasyr :7)
d) Maksudnya: “ dan apa – apa yang didatangkan oleh Rasulullah SAW itu maka kamu ambillah,
dan apa – apa yang dilarangnya kepada kamu maka kamu jauhilah ia.” Allah juga telah
berfirman ( Surah al-Hasyr : 7)
Autoriti al-Sunnah dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat
banyak penegasan di dalam al-Quran tentang al-Sunnah. Bincangkan peranan dan fungsi autoriti al-
Sunnah sebagai sumber epistomologi Islam.
W
A
UNIT 6 Metodologi Kajian Teks Hadith | 34
2. Dalil Kehujahan al-Sunnah daripada al-Hadith al-Nabawiyyah .
Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “ telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, selama
mana kamu berpegang kepada keduanya, kamu tidak akan sesat buat selama – lamanya iaitu Kitab
Allah ( al-Qur’an ) dan Sunnah RasulNya” ( hadith ditakhrijkan oleh Imam Malik, dalam al-Muwatta’,
Juz.2 hadith ke-3, hlm 899)
3. Dalil Kehujahan al-Sunnah daripada al-Ijma’ .
Tidak terdapat seorang pun dalam kalangan sahabat yang hanya beramal dengan al-Qur’an semata-
mata. Mungkin kita pernah mendengar riwayat yang menyatakan bahawa ada sebahagian daripada
sahabat yang menolak hadith yang diriwayatkan kepada mereka, tetapi ini tidaklah membawa maksud
mereka menolak hadith tersebut. Hal yang tersebut adalah disebabkan ketidakyakinan mereka dengan
kesahihan hadith atau terdapat hadith lain yang lebih kuat kedudukannya (Qurrotul Aien 2006).
enegasan al-Qur’an di atas, jelaslah bahawa al-Sunnah tidak dapat dipisahkan penggunaannya di
dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam selari dengan al-Qur’an. Ringkasnya, terdapat 5
fungsi utama al-Sunnah atau al-Hadith yang disepakati oleh al-Fuqaha dalam pelaksanaan syariat
Islam iaitu:
a) Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al Quran. Contohnya, perkara
pengsyariatan sembahyang, puasa dan haji.
b) Penghurai dan pentafsir (mubayyin) bagi ayat-ayat al Quran yang umum. Contohnya, memperjelaskan
mengenai cara pelaksanaan sembahyang, kaedah jual beli, cara menunaikan zakat dan haji dan
sebagainya yang mana perkara-perkara tersebut hanya disebutkan secara umum oleh al Quran.
Fungsi penghurai dan pentafsir (mubayyin) ini boleh diteliti dalam tiga aspek:
i. Memperincikan nas-nas al-Qur’an yang bersifat mujmal (umum) seperti kaifiah pelaksanaan
solat.
ii. Mengkhususkan nas-nas yang bersifat umum seperti mengkhususkan hukum umum berkaitan
harta pusaka.
iii. Membataskan nas-nas al-Qur’an yang mutlaq (taqyid al-mutlaq) seperti menghadkan hukuman
kepada pencuri (al-Maidah:38) potong tangan hingga kepada pergelangan tangan sahaja.
c) Menjadi keterangan tasyri’ iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al Quran. Contohnya,
memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti anjing yang mana buruan
tersebut terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih tadi dan kesan tersebut menunjukkan
haiwan pemburu tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri. Di dalam al Quran hanya dibenarkan
memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih. Maka dalam hal ini, hadith
menerangkan bahawa buruan yang mempunyai kesan dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram
dimakan.
P
UNIT 6 Metodologi Kajian Teks Hadith | 35
d) Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al-Quran. Sesetengah ahl al Ra’y berpandangan bahawa
hadith yang dapat menasakhkan hukum al Quran itu mestilah sekurang-kurangnya bertaraf Mutawatir
atau Masyhur.
e) Menerangkan mengenai ayat yang telah dinasakh dan ayat mana yang telah dimansukhkan.
Dalam menentukan fungsi-fungsi bagi hadith ini, Imam Ahmad bin Hambal menyatakan “bahawa mencari
hukum di dalam al-Qur’an hendaklah melalui hadith. Mencari agama juga sedemikian. Satu- satunya jalan
yang dibentangkan untuk mempelajari fiqh Islam dan syariatnya ialah hadith. Mereka yang mencukupi
dengan al-Qur’an sahaja sehingga tidak memerlukan hadith dalam memahami ayat al-Qur’an dan
mengetahui syariatnya, sesat perjalanannya dan tidak akan sampai kepada maksud yang dikehendakinya”
(Mustafa Abdul Rahman, 2000).
ingkasnya, autoriti hadith sebagai sumber epistmologi Islam tidak boleh diragukan berdasarkan
asas kehujahan yang kukuh. Sistem penapisan dan saringan untuk menentukan kualiti hadith yang
diriwayatkan secara sistematik telah dilakukan oleh generasi awal para sahabat dan berikutnya.
Amalan ini dapat membuktikan bahawa para sahabat amat menitiberatkan kesahihan sesuatu hadith
sehingga perpindahan hadith-hadith Rasulullah SAW kepada umat Islam hari ini tidak boleh diragui lagi
kerana ia didatangkan mengikut taraf hadith yang diklasifikasikan oleh ulama’ muhaddithin sama ada
bertaraf sahih, hasan atau dhaif.
Autoriti al-Sunnah sebagai sumber epistomologi Islam adalah sesuatu yang tidak boleh
dipertikaikan. Bincangkan dakwaan dan serangan terhadap al-sunnah serta jelaskan bagaimana menjawab
semua persoalan tersebut secara tuntas.
Takhrij Al-Hadith Dalam Kehidupan Muslim.
ita perlu mulakan perbincangan dengan kefahaman bahawa al-Qur'an dan al-Hadith merupakan
dua sumber ilmu berautoriti di dalam Islam. Segala ilmu yang bersumberkan al-Qur'an dan al-Hadith
dikenali sebagai ilmu naqli. Kebenaran yang terkandung di dalamnya merupakan kebenaran yang
bersifat mutlak dan di luar jangkaan pengetahuan manusia. Sebenarnya pengumpulan hadith Rasulullah
S.A.W sebagai sumber rujukan Islam telah dimulai oleh Ali bin al-Mawafi (234 H) iaitu guru kepada Imam
al-Bukhari. Bermula daripada situlah lahirnya usaha-usaha untuk memisahkan hadith-hadith yang benar
dan palsu yang terdapat dalam masyarakat. Ekoran itu maka lahirlah beberapa kitab Hadith yang masyhur
seperti al Jami’ as Sahih susunan Imam al-Bukhari (256 H) dan al Jami’ as-Sahih susunan Imam Muslim
(261 H). Kedua-dua kitab tersebut dikenali dengan nama ‘as-Sahahain’. Selepas kitab itu lahirlah pula
empat buah kitab yang di namakan as-Sunnan al-arba’ah iaitu Sunan Abi Daud (275 H), Sunan Al Tirmizi
(271 H), Sunan An-Nasa’i (303 H) dan Sunan Ibnu Majah (277 H). Kitab-kitab as-Sahahain dan Sunan al-
R
K
UNIT 6 Metodologi Kajian Teks Hadith | 36
Arba’ah ini juga dinamakan oleh ulamak sebagai al-Kutub as-Sittah. Ternyata dalam perkembangan ilmu
hadith Imam al-Bukhari dan Imam Muslim adalah pelopor pengumpulan hadith-hadith sahih Rasulullah
S.A.W.
akhrij hadith atau `ilm takhrij al-hadith adalah suatu ilmu yang disusun oleh para ulama hadith bagi menentukan kedudukan sesuatu hadith dari segi kuat dan lemahnya dan membendung penularan hadith-hadith mawdu’1 atau palsu yang telah direka oleh golongan-golongan tertentu secara halus
dalam masyarakat Islam. Didapati dalam kandungan ilmu ini beberapa unsur pemikiran kritis yang dijadikan instrumen untuk menilai sesuatu hadith. Unsur-unsur seperti kemahiran menganalisis dan menilai sesuatu maklumat dijadikan asas utama yang membentukrumusan ilmu ini dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah pemalsuan hadith yang berlaku dalam masyarakat Islam atau membuat keputusan tentang kedudukan hadith-hadith tersebut. Kajian ini boleh dijadikan asas sandaran hujah bahawa hadith-hadith yang diamalkan oleh majoriti umat Islam kini telah melalui satu proses tapisan yang cermat dan teliti sebelum ia layak dijadikan sebagai sumber rujukan kedua umat Islam di seluruh dunia.
ethodologi Takhrij hadith juga merupakan suatu yang penting untuk menyaring penggunaan
hadith Rasulullah SAW. Sebelum kita melangkah lebih jauh untuk membincangkan aplikasi takhrij
hadith, kita perlu memulakan dengan memahami definisi takhrij hadith serta perkara yang
berkaitan. “Takhrij ” bermaksud menyusun ataupun menyaring. Manakala hadith pula bermaksud
perkataan, perbuatan dan pengakuan (taqrir) Rasulullah S.A.W. Sesetengah ulama menambah sifat-sifat
Rasulullah S.A.W sendiri sebagai termasuk di dalam pengertian hadith. Menurut bahasa perkataan takhrij
membawa pengertian; al-istinbat (mengeluarkan), at-tadrib (melatih) dan at-tawjih (menerangkan).
Manakala takhrij al-hadith secara penggunaan istilah Muhaddithin membawa maksud;
1. Menjelaskan kedudukan sesuatu hadith dengan menyebutkan para periwayatnya dalam sanad
hadith dengan metod periwayatan yang mereka lakukan. Pengertian ini merupakan salah satu
kegiatan yang telah dilakukan oleh para periwayat hadith yang menghimpun hadith ke dalam kitab
hadith yang disusun oleh mereka masing-masing misalnya Imam Bukhari dengan kitab sahihnya.
2. Mengeluarkan dan meriwayatkan hadith dari beberapa kitab. Misalnya Abu Bakar al-Baihaqi (w.
458H./1066 M.) yang telah banyak mengutip hadith dari kitab sunan karya Abu Hassan al-Basri al-
Saffar lalu al-Baihaqi mengemukakan sanadnya sendiri.
3. Menunjukkan asal-usul hadith dan mengemukakan sumber pengambilannya dari berbagai kitab
hadith yang disusun oleh para mukharrijnya dan menisbatkannya dengan cara menyebutkan
metod periwayatan dan sanadnya masing-masing.
4. Menunjukkan tempat hadith pada sumber-sumber aslinya, di dalamnya dikemukakan hadith itu
secara lengkap dengan sanadnya masing-masing kemudian menjelaskan darjatnya jika
diperlukan.
T
M
UNIT 6 Metodologi Kajian Teks Hadith | 37
esimpulannya, Ilmu takhrij bermaksud ilmu yang membahaskan usul-usul dan metodologi yang
memudahkan ataupun pengetahuan terhadapnya membolehkan untuk mengenal pasti kesahihan
sesebuah hadith, mengesahkan jalan sanad, meneliti kesamaan dan perbezaan matan,
mempelajari bidang ilmu hadith, menguatkan hujah dalam sesuatu hukum, menjejaki tempat-tempat
terletaknya al-hadith, mutabaat, syawahid, sama ada terletak pada rujukan asal, menyerupai asal atau
tidak asal serta mengetahui martabat al- hadith sama ada diterima atau ditolak.
Bincangkan Ulum takhrij al-hadith menurut definisi bahasa dan penggunaan istilah muhaddithin
dalam perbincangan ulum hadith.
Bincangkan peringkat perkembangan takhrij hadith dan methodologi yang digunakan dalam
setiap peringkat perkembangan tersebut.
Implikasi Hukum Berasaskan Kepelbagaian Kategori Teks Hadith.
ita telah mengetahui bahawa hadith merupakan sumber kedua dalam menetapkan sesuatu prinsip
atau hukum di dalam Islam. Berdasarkan pandangan para ulama' juga, mereka telah sepakat
menyatakan bahawa hadith merupakan sumber kedua perundangan Islam. Malah keyakinan
terhadapnya merupakan pengukuhan terhadap aqidah dan keimanan. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran
yang dapat menjelaskan bahawa setiap perkataan, perbuatan, pengakuan Rasulullah merupakan wahyu
yang disampaikan oleh Allah SWT. Oleh kerana hadith merupakan sumber yang penting dalam Islam, para
ulama' amat memberikan penekanan terhadap penelitian ilmu hadith dari pelbagai sudut. Ia bagi menjamin
sesuatu hadith yang dijadikan sandaran mampu untuk dijadikan hujah yang kukuh dan konkrit. Mereka
telah melakukan penelitian dari aspek matan, sanad, perawi dan pelbagai sudut lagi sehingga dapat
melakukan satu pengkategorian yang bersifat sempurna. Terdapat hadith yang dikategorikan sebagai
hadith Sahih, Hasan, Dhaif, Mutawatir, Ahad dan pelbagai lagi pecahan-pecahan lagi di bawahnya.
Tahukah anda bagaimana kaedah para ulama' muhaddithin mengkategorikan sesuatu hadith?
Kita akan huraikan kaedah yang digunakan oleh para ulama' untuk mengkategorikan sesuatu hadith
sebelum kita bincangkan secara mendalam mengenai kehujahan sesuatu hadith. Muhaddithin
mengkategorikan sesuatu hadith dengan meneliti beberapa elemen yang terdapat di dalam sesuatu hadith
iaitu;
1. Muhaddithin mengkategorikan sesuatu hadith berdasarkan penelitian terhadap sifat-sifat perawi.
Antara ciri-ciri sifat perawi yang menjadi penilaian mereka ialah dari sudut sifat adil iaitu kesolehan
K
K
UNIT 6 Metodologi Kajian Teks Hadith | 38
dan maruah yang baik, dari sudut ingatan perawi sama ada kuat atau lemah, periwayatannya
saling bersambung dari generasi ke generasi yang lain atau tidak dan pelbagai penilaian lain lagi.
2. Muhaddithin mengkategorikan sesuatu hadith berdasarkan penelitian terhadap bilangan perawi
hadith dalam sesuatu perkara. Contohnya penilaian yang dibuat terhadap hadith yang diriwayatkan
oleh sebilangan perawi sama ada perawinya ramai atau sedikit, matan daripada setiap perawi
sama atau berlainan atau pun matan dari setiap perawi berlainan tetapi mempunyai maksud yang
sama.
adith yang telah mencapai taraf hadith Sahih adalah wajib untuk dijadikan hujah atau dalil dalam
sesuatu perkara dan ia menjadi ijma' bagi ulama' muhaddithin dan sebahagian ulama' fikh.
Keutamaan hadith Sahih ialah dalam perkara yang berkaitan halal dan haram. Para ulama'
membincangkan martabat periwayatan hadith Sahih sehingga menemui sanad yang mencapai tahap
kesempurnaan tertinggi dan dinamakan sebagai Asah al-asanid (sanad yang paling sahih) dan Silsilah al-
Zahab (rantaian emas). Ia berdasarkan sifat dhabit dan 'adil perawinya.
Kita telah membincangkan secara teliti satu persatu berkaitan kehujahan hadith dhaif. Umumnya, hadith
Dhaif tidak mencapai taraf Sahih atau Hasan ini adalah hadith mardud iaitu tertolak dan ia mempunyai
batasan dan tatacara dalam meriwayatkannya dan mengamalkannya. Terdapat juga pandangan para
ulama' berkaitan perkara ini. Dari aspek meriwayatkan hadith Dhaif, ia diharuskan dengan dua syarat iaitu
pertama; hadith berkenaan tidak berkaitan dengan Akidah ataupun hukum-hukum khusus iaitu halal dan
haram, kedua; semasa meriwayatkan hadith Dhaif tidak boleh menggunakan perkataan yang menunjukkan
suatu yang pasti seperti "Rasulullah S.A.W. bersabda..." sebaliknya boleh menggunakan perkataan seperti
diriwayatkan, dikatakan dan seumpamanya. Dari aspek pengamalan hadith Dhaif pula, berikut dinyatakan
beberapa pandangan para ulama' mengenainya.
i. Menurut pendapat beberapa ulama' dari mazhab Maliki iaitu Ibn Arabi dan ulama' bermazhab Syafi'i
adalah tidak harus beramal dengan menggunakan hadith tersebut secara mutlak.
ii. Menurut pandangan imam Ahmad bin Hambal, Abu Daud, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim al-
Jawziyyah boleh beramal dengan hadith Dhaif dengan syarat tiada hadith lain atau dalil lain yang
menyentuh persoalan yang sama dengan hadith tersebut.
iii. Menurut Imam Nawawi dan Ibn Hajar al-Asqalani, Hadith Dhaif boleh dijadikan hujah dalam perkara
Fadha'il A'mal, Qisas, al-Targhib dan seumpamanya. Manakala dalam perkara berkaitan akidah
tidak boleh digunakan. Ini merupakan pandangan yang paling rajih. Beberapa penekanan turut
diberikan oleh para ulama' dalam penerimaan Hadith Dhaif iaitu pertama; tidak terlalu teruk
dhaifnya, kedua; terdapat hadith lain yang dapat memperkuatkannya, ketiga; hadith tersebut
termasuk dalam perkara-perkara nasihat, kisah-kisah, amalan tambahan dan bukan dalam masalah
akidah, sifat Allah atau permasalahan hukum, dan keempat; pengamalannya tidak dsertai keyakinan
secara jitu, akan tetapi berhati-hati.
H
UNIT 6 Metodologi Kajian Teks Hadith | 39
Kaedah Berinteraksi Dengan Al-Hadith Menurut Dr. Yusuf Al-Qaradawi.
“Apakah dengan hanya ikut membuta tuli atau adakah terdapat prinsip-prinsip tertentu untuk
berinteraksi dengan al-Sunnah?”.sebenarnya, kita perlu teliti bagaimanakah cara yang terbaik untuk beramal
dengan al-sunnah atau al-hadith. Apabila penelitian dibuat tentang hadith berkaitan, ternyata kebanyakan
hadith yang dibicarakan ini adalah hadith yang termasuk dalam soal perubatan (al-tibb). Hadith–hadith tersebut
bertaraf sahih akan tetapi ia tidak menjadi suatu amalan yang dilakukan oleh umat Islam kerana ia dianggap
tidak munasabah dan tidak sesuai lagi dengan realiti semasa. Sebagai contoh interaksi al-sunnah (hadith)
dengan aspek realiti semasa.
ajian dan huraian terhadap dua hadith tersebut menimbulkan persoalan tentang apakah perlu beramal
dengan hadith tersebut ? atau bolehkah ia ditolak kerana ia dianggap tidak sesuai dengan realiti
semasa?. Berhubung soal ini, Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi telah menggariskan beberapa kaedah untuk
berdepan dengan hadith seumpama ini dan bagaimana cara untuk berinteraksi dengan hadith iaitu;
a) Mempastikan Kedudukan Hadith Tersebut Dengan Terperinci
Untuk berinteraksi dengan hadith seumpama hadith pertama yang berkaitan dengan al-Zubab (lalat) dan al-
Tamr (kurma), kita perlu mempastikan kedudukan dan martabat hadith tersebut sama ada bertaraf sahih, hasan
atau dhaif. Bagi hadith yang dibincangkan tadi, kedua–duanya adalah hadith sahih. Hadith yang pertama
tentang al-Zubab (lalat) diriwayatkan oleh al-Bukhari, manakala hadith yang kedua pula tentang al-Tamr
(kurma) diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Oleh yang demikian, kedua- dua hadith tadi jelas memegang
taraf yang sahih yang mana menurut kefahaman kita. apabila hadith bertaraf sahih maka kita tidak boleh
mengingkarinya dan tidak dapat tidak perlu diterima pakai. Namun, menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, dalam
kategori hadith sahih itu sendiri mempunyai tingkatan yang berbeza. Jadi usaha untuk mentakhrijkannya iaitu
menunjukkan tempat hadith pada sumbernya yang asli (Mahmud al-Tohhan, Dr., 1996M/1416H) perlu dilakukan
bagi memastikan bahawa hadith tersebut benar–benar sahih dan mencapai taraf hadith mutawatir. Dalam bab
takhrij ini, Ibn. Hazm berpendapat sekiranya telah menemui tiga orang sahabat yang meriwayatkan hadith ini
adalah cukup untuk menyatakan bahawa hadith ini mencapai taraf mutawatir. Hadith mutawatir dapat diertikan
sebagai hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang ramai pada setiap peringkat sahabat, tabi’in, tabi’ al-tabi’in
di mana adalah mustahil mereka sepakat untuk berdusta mencipta atau mengubah hadith tersebut ( Mahmud
al-Tohhan, Dr., 1996)
b) Cenderung Melihat Tahap Hadith (Usul (Prinsip) Atau Juz’ie atau Furu’).
Selain kaedah yang pertama, Dr. Yusuf al-Qaradawi juga dalam menjelaskan tentang prinsip berinteraksi
dengan hadith sedemikian, beliau lebih cenderung untuk melihat tahap hadith tersebut. Maksud tahap hadith di
sini adalah melihat sama ada hadith tersebut perbahasannya berada pada tahap usul ( prinsip utama dalam
Islam) atau Juz’ie atau Furu’ (perkara cabang/ khilaf ). Melihat kepada hadith tersebut, ternyata hadith ini tidak
termasuk dalam tahap hadith yang menerangkan prinsip – prinsip utama dalam agama. Ia juga tidak termasuk
dalam perkara yang menjelaskan bab autologi iaitu ketuhanan atau kerasulan atau perkara – perkara sam’iyyat.
K
UNIT 6 Metodologi Kajian Teks Hadith | 40
Tidak juga menjelaskan tentang ibadat fardhu yang zahir dan batin, ibadat secara individu atau jemaah serta
tidak membicarakan soal yang berkaitan dengan halal dan haram dalam kehidupan manusia. Selain itu, hadith
tersebut juga bukan menjelaskan tentang peraturan Islam yang tetap dalam kehidupan berkeluarga,
masyarakat , negara mahu pun hubungan antarabangsa serta tidak melibatkan soal-soal akhlak dalam Islam.
Oleh yang demikian, pada pandangan beliau sekiranya seseorang muslim sepanjang hidupnya tidak
mendengar hadith ini atau tidak beramal dengannya, tidaklah menjadi satu kekurangan dalam agamanya, di
samping tidak akan meninggalkan kesan terhadap akidah atau ibadatnya serta akhlak peribadinya. Sekiranya
hadith ini dihazafkan atau ditiadakan dalam Sahih al-Bukhari sekalipun, tidaklah mendatangkan mudarat dalam
agama. Secara ringkasnya, hadith yang berbentuk bukan usul ini sekiranya ditolak, ia tidak akan menjejaskan
keislaman seseorang manusia.
c) Mempastikan Bentuk Ilmu Yang Diperolehi Daripada Sesebuah Hadith (Ilmu Yakini atau Zanni).
Al-Hadith atau ilmu terbahagi kepada dua jenis iaitu ilmu yakini dan ilmu zanni. Hadith mutawatir mengandungi
ilmu yakini sebaliknya hadith Ahad mengandungi ilmu zanni. Ilmu Zanni pula dapat diklasifikasikan kepada tiga
iaitu sahih , hasan dan dhaif. Bagi hadith yang dibincangkan di atas, pendapat oleh sebahagian ulama’ al-
ummah menyatakan bahawa sekiranya hadith itu bertaraf sahih , ia merupakan hadith berbentuk Ahad dan
bukanlah daripada hadith mutawatir yang mendatangkan ilmu yakini. Hadith Ahad jika diriwayatkan oleh al-
Syaykhan ( al-Bukhari dan Muslim ) atau salah seorang daripada mereka, maka para ulama telah berselisih
pendapat iaitu pertama, apakah hadith tersebut mengandungi ilmu yakini atau mengandungi zann yang kuat?
Dan kedua, apakah ia mempunyai sebahagian ilmu yang berdasarkan syarat yang khusus?. Kekhilafan di
kalangan ulama’ menunjukkan bahawa barangsiapa yang menolak atau ingkar dengan hadith Ahad maka ia
tidak terkeluar daripada agamanya. Hal yang sedemikian disebutkan kerana perkara yang boleh mengeluarkan
seseorang daripada agamanya adalah mereka yang mengingkari perkara yang telah yakin dan tidak ada
pertentangan dengannya. Tetapi mereka yang boleh diisytiharkan terkeluar daripada agama secara jelas ialah
mereka yang mengambil debu sekitar hadith – hadith seumpama al-Zubab dan menggunakannya sebagai jalan
untuk mempermainkan agama. Hal berikut menunjukkan telah berlaku kafir yang jelas.
ecara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa sememangnya hadith-hadith yang dianggap bertentangan
dengan aspek realiti semasa mempunyai kedudukan dan bertaraf sahih, tetapi ia tidak termasuk dalam
perkara –perkara yang membicarakan soal pokok atau prinsip utama tentang agama Islam. Bagi individu
Islam yang berpegang dengannya, ia harus dilihat menerusi beberapa kaedah yang telah dijelaskan sebelum
ini. Manakala bagi golongan yang tidak menjadikan kandungan hadith tadi sebagai suatu kelaziman dalam
kehidupan atau tidak beramal dengannya disebabkan tidak sesuai dengan realiti atau suasana semasa,
bukanlah menjadi suatu yang mudarat sehingga boleh meninggalkan kesan terhadap pegangan akidahnya.
Lebih jelas lagi dapat diperhatikan bahawa kebanyakan hadith yang membahaskan tentang persoalan
perubatan ini lebih cenderung kepada munasabah dan kesesuaiannya kepada sesuatu tempat, zaman dan
suasana tertentu. Namun adalah tidak dinafikan bahawa sebenarnya panduan dan petunjuk daripada hadith-
hadith Rasulullah SAW ini sesuai untuk diterima pakai pada setiap zaman, suasana dan keadaan.
S
UNIT 6 Metodologi Kajian Teks Hadith | 41
Adakah terdapat prinsip-prinsip tertentu untuk berinteraksi dengan al-Sunnah ? Bincangkan
menurut pandangan Dr. Yusuf al-Qaradawi
RUMUSAN
Beberapa rumusan penting dapat disimpulkan daripada perbincangan, antaranya :
i) Kajian teks hadith ini secara umumnya adalah berasaskan kepada Muhaddithin menyediakan kitab
hadith yang tersusun secara sistematik dengan pengkhususan topik dan pengkelasan darjat
hadith.
ii) Kajian teks hadith secara umumnya boleh dikategorikan kepada dua bentuk kajian yang utama
iaitu kajian secara maudhu’i (tematik) dan kajian secara tahlili (siasatan terperinci).
iii) Walaupun pada zahirnya terdapat perbezaan pendapat dalam pengertian dan penggunaan istilah
al-Sunnah, al-Hadith dan al-Athar, namun hakikatnya semuanya disandarkan kepada Rasulullah
S.A.W. yang tidak menjejaskan kedudukan al-sunnah, al-hadith dan al-athar ini sebagai sumber
hukum Islam yang kedua selepas al-Qur'an.
iv) Autoriti hadith sebagai sumber epistmologi Islam tidak boleh diragukan berdasarkan asas
kehujahan yang kukuh. Sistem penapisan dan saringan untuk menentukan kualiti hadith yang
diriwayatkan secara sistematik telah dilakukan oleh generasi awal para sahabat dan berikutnya.
v) Ilmu takhrij membahaskan usul-usul dan metodologi yang memudahkan ataupun pengetahuan
terhadapnya membolehkan untuk mengenal pasti kesahihan sesebuah hadith.
vi) Muhaddithin juga telah mengklasifikasikan hadith kepada beberapa kategori mengikut ciri-ciri
yang tertentu untuk memudahkan mereka sendiri melakukan penyelidikan.
vii) Kefahaman terhadap klasifikasi kajian teks hadith akan membantu pelajar memahami beberapa
pendekatan yang digunakan oleh muhaddithin dalam mengkaji hadith.
viii) Kajian terhadap teks hadith perlu memahami terlebih dahulu cara yang terbaik untuk beramal dengan
al-sunnah atau al-hadith berdasarkan pandangan ulama’ muhaddithin yang muktabar.
KATA KUNCI
1. Klasifikasi Hadith 2. Kategori kajian teks hadith 3. Takhrij al-Hadith 4. Implikasi hukum kajian hadith 5. Kaedah berinteraksi dengan Hadith
UNIT 6 Metodologi Kajian Teks Hadith | 42
PENILAIAN KENDIRI
1. Nyatakan perbezaan definisi al-hadith, al-sunnah, al-athar dalam konteks kajian teks Hadith ?
2. Jelaskan perbandingan antara kajian teks Hadith maudhui’ dan kajian secara tahlili ?.
3. Apakah autoriti dan peranan al-sunnah di dalam syariat Islam ?
4. Jelaskan implikasi kajian matan, sanad dan ilmu takhrij al-hadith dalam kehidupan Muslim.
5. Bincangkan implikasi hukum berasaskan kepelbagaian kategori teks hadith.
6. Apakah prinsip-prinsip asas kaedah berinteraksi dengan al-Hadith menurut Dr. Yusuf Al-Qaradawi.
RUJUKAN
Al-Hafnawi, Muhammad Ibrahim.1991. Dirasat Usuliyyah li al-Sunnah al-Nabawiyah. Mansurah: Dar-
alwafa’.
Abu Ja'far Ahmad bin Muhammad al-Tahawi (1970), Musykil al-Athar, j. 1, Beirut ; Dar Sadir.
Ahmad bin 'Ali bin Hajar al-Asqalani (1999), Nuzhah al-Nazar fi Tawdih Nukhbah al-Fikr fi Mustalah Ahl al-
Athar, Jordan: Dar' Ammar.
Abd al-Latif al-Sayyid 'Ali Salim (1992), al-Manhaj al-Islami fi 'Ilm mukhtalif al-Hadith. Al-Iskandariyyah: Dar
al-Da'wah.
Muhammad Salam Madkar (1984), Nazariyyah al-ibadah 'ind al-Usaliyyin wa al-Fuqaha' Bahth.
Muhammad bin Abi Bakr bin Qayyim al-Jawziyyah (1994), Kitab Zad al-Ma'ad fi Hady Khayr al-'Ibad, j. 4, c.
27. Beirut: Mu'assasah al-Risalah, h. 149.)
Abu Muhammad 'Ali bin Hazm al-Andalusi (U), al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, j. 2. Beirut : Matba'ah, al-
'Asimah, h. 163.)