kajian teks kitab tafsir 1

24
1 TAFSIR SURAH ALI-IMRAN: AL-MUHKAMAT AL-MUTASHABIHAT 1.1 Pengenalan Surah al-Imran merupakan sebuah surah yang diturunkan di Madinah dan Ianya mengandungi 200 ayat al-Quran. Surah ini dinamakan dengan “Ali-Imran” kerana terdapat cerita tentang keluarga Imran di dalamnya iaitu pada ayat yang ke 33 (al- Zuhaily 2001). Kisah keluarga Imran ini menerangkan tentang nabi Isa a.s yang sebenarnya dan kesesatan kaum Kristian yang menyifatkan nabi Isa sebagai “Anak Tuhan”. Pada umumnya surah ini menggambarkan tentang keadaan umat Islam di Madinah setelah mereka mencapai kemenangan yang besar di medan perang Badar dan Berjaya menghancurkan kaum kafir musyrik yang menceroboh (Abdullah Basmeih 2002). Kemenangan umat Islam ini menyebabkan kaum Yahudi dan kaum Munafiq di Madinah marah. Disebabkan sifat hasad dengki, mereka merancang pelbagai pakatan jahat untuk menhancurkan umat Islam pada ketika itu. Kerana itulah Allah S.W.T mengingatkan sebagaimana yang telah disebut dalam surah ini supaya umat Islam sentiasa sedar dan waspada

Upload: bintusheh

Post on 29-Jun-2015

172 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TEKS KITAB TAFSIR 1

1

TAFSIR SURAH ALI-IMRAN: AL-MUHKAMAT AL-MUTASHABIHAT

1.1 Pengenalan

Surah al-Imran merupakan sebuah surah yang diturunkan di Madinah dan Ianya

mengandungi 200 ayat al-Quran. Surah ini dinamakan dengan “Ali-Imran” kerana

terdapat cerita tentang keluarga Imran di dalamnya iaitu pada ayat yang ke 33 (al-Zuhaily

2001).

Kisah keluarga Imran ini menerangkan tentang nabi Isa a.s yang sebenarnya dan

kesesatan kaum Kristian yang menyifatkan nabi Isa sebagai “Anak Tuhan”. Pada

umumnya surah ini menggambarkan tentang keadaan umat Islam di Madinah setelah

mereka mencapai kemenangan yang besar di medan perang Badar dan Berjaya

menghancurkan kaum kafir musyrik yang menceroboh (Abdullah Basmeih 2002).

Kemenangan umat Islam ini menyebabkan kaum Yahudi dan kaum Munafiq di

Madinah marah. Disebabkan sifat hasad dengki, mereka merancang pelbagai pakatan

jahat untuk menhancurkan umat Islam pada ketika itu. Kerana itulah Allah S.W.T

mengingatkan sebagaimana yang telah disebut dalam surah ini supaya umat Islam

sentiasa sedar dan waspada terhadap golongan kafir yang sentiasa memusuhi Islam (al-

Zuhaily 1991).

Apa yang telah dan sedang dilakukan oleh musuh-musuh Islam terutamanya

Yahudi dan Nasrani terhadap Islam dan umatnya makin jelas hakikat ini. Dalam surah

ini juga menerangkan tentang peristiwa peperangan Uhud dan sebab-sebab yang

menjadikan orang Islam gagal dalam peperangan itu, iaitu sebahagian di antara mereka

telah melanggar perintah Rasulullah s.a.w supaya tidak meninggalkan puncak Uhud

dalam apa keadaan sekalipun (Abdullah Basmeih 2002).

Page 2: KAJIAN TEKS KITAB TAFSIR 1

2

Untuk menanamkan semangat jihad, ditegaskan dalam surah ini bahawa orang

Islam yang telah gugur syahid dalam perjuangan membela Islam bukanlah orang mati

yang lenyap tidak disebut-sebut dan dikenang. Bahkan mereka diibaratkan sebagai hidup

secara istimewa di tempat yang mulia di sisi Allah S.W.T, dilimpahi dengan pelbagai

nikmat yang disediakan oleh Allah Taala di dalam syurga (Abdullah Basmeih 2002).

1.2 Ayat dan Maksud

Maksudnya:

Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab suci al-Quran. Sebahagian

besar dari al-Quran itu adalah ayat-ayat yang muhkamat (yang tetap,tegas, dan nyata

maknanya serta jelas maksudnya). Ayat-ayat muhkamat itu adalah ibu (pokok) isi Al

qur'an dan yang lain adalah (ayat-ayat) mutashabihat. adapun orang-orang yang dalam

hatinya condong ke arah kesesatan, Maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang

mutashabihat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya

(memutarbelitkan maksudnya menurut apa yang disukainya), padahal tidak ada yang

mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya (dalam

ilmu-ilmu agama) berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutashabihat,

semuanya itu dari sisi Tuhan kami." dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya)

melainkan orang-orang yang berakal. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah

Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk

kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi mu; Kerana Sesungguhnya

Engkau jualah tuhan yang melimpah-limpah pemberiannya" (al-Quran, Ali-Imran 3: 7-

8).

Page 3: KAJIAN TEKS KITAB TAFSIR 1

3

Berdasarkan ayat di atas, Allah S.W.T menjelaskan bahawa di dalam al-Quran terdapat

ayat-ayat yang muhkamat dan mutashabihat dalam pendalilan hukum.

Ungkapan yang berbentuk muhkamat adalah pendalilan yang terang dan tiada

kesamaran padanya terhadap sesiapapun(al-Zuhaily 1991).

Mutashabihat pula adalah ungkapan yang mengandungi maksud yang tidak nyata

dan zahir (al-Baidawy 2003). Pengertian yang tidak jelas disebabkan

percanggahan antara lafaz yang zahir dengan maksud yang dikehendaki, atau ia

adalah perkara yang hanya diketahui oleh Allah sahaja.

Pemakluman ini adalah bagi menyangkal dakwaan Nasrani yang mengambil dalil

dari sebahagian ayat al-Quran yang pada zahirnya membezakan antara nabi Isa a.s

dan manusia yang lain. Yang dimaksudkan dengan “al-Kitab” dalam ayat di atas

adalah al-Quran mengikut persetujuan semua ahli tafsir .

1.3 ‘Ikrab Ayat Berkaitan

1. (هو) dii’krabkan dengan Badal kerana ia adalah kata gantian dari kalimah

“Allah” dalam ayat ( يخفى ال الله أن ) sebelumnya. Ia dihukumkan dengan Nasab

kerana mengikut hukum asal kalimah tersebut. (الذى) pula adalah Isim Mausul dan juga

Silah. Manakala (أنزل) adalah Feil-Madhi yang dibina atas Fei’l ma’lum, (عليك)

adalah Jar al-Majrur dan (الكتاب) adalah Mafu’l bih yang dihukumkan dengan Nasab

dan berbaris Fathah kerana ia adalah Isim al-Mufrad. Jumlah dari kalimah أنزل)

الكتاب عليك ) merupakan a’id bagi Silah Isim Mausul.

2. adalah Jar al-Majrur, berada ditempat yang dihukumkan Rafa’ kerana ia (منه)

adalah Khabar Muqaddam (al-Alusy t.th) dan (آيات) pula adalah Mubtada’ Muakhar

Page 4: KAJIAN TEKS KITAB TAFSIR 1

4

dihukum Rafa’ dengan Dammah kerana ia adalah Jama’ al-Takthir. (محكمات) adalah

Sifat bagi kalimah (آيات).

3. Jumlah ( الكت''اب أم هن ) merupakah adalah sifat bagi Isim Nakirah

sebelumnya. (أخر) pula adalah Sifat bagi kalimah yang dibuang iaitu (آيات). Oleh yang

demikian ia ditentukan dengan ( متشابهات أخر آيات adalah sifat (متشابهات) .(

bagi (أخر).

4. ) Dii’krabkan dengan Mubtadak Muakhar dan (زيغ) قلوبهم فى ) adalah Khabar

Muqaddam.

5. Adalah Mafu’l Li Ajlih, ia dihukumkan dengan Nasab dan ia juga adalah (ابتغاء)

Mudhaf. (الفتنة) pula adalah Mudhaf Ilaih.

6. ( الراسخون و ) Ada dua pendapat terhadap ‘irab pada kalimah ini. Pendapat

pertama mengatakan bahawa huruf Waw pada kalimah tersebut adalah Atafعطف-

bagi lafaz Allah pada ayat sebelumnya. Pendapat tersebut memberi gambaran bahawa

ayat-ayat yang samar hanya boleh ditafsirkan oleh Allah S.W.T dan juga oleh para ulama

yang memiliki kemahiran yang lengkap dalam ilmu-ilmu agama dan memenuhi

persyaratan yang ditetapkan oleh para ulama. Ini adalah pendapat Mujahid dan al-Rabi’.

Menurut pendapat yang kedua pula mereka mengatakan bahawa huruf Waw dalam

kalimah di atas adalah Waw al-Isti’naf atau pun Wal al-Ibtida’ (al-Zuhaily 1991).

Pendapat ini digunakan oleh kebanyakan Salaf al-Salih yang cermat dalam mentafsirkan

ayat-ayat al-Quran.

1.4 Makna Mufradat.

Page 5: KAJIAN TEKS KITAB TAFSIR 1

5

a. adalah ayat-ayat yang mengandungi makna yang sudah jelas dan المحكمات))

tidak perlu lagi untuk diperjelaskan maksudnya atau ayat yang tidak mengandungi

maksud lain seperti yang telah ditunjukkan ( al-Alusy t.th dan M. Quraish Shihab

2004)

b. adalah ayat-ayat yang samar maksudnya kerana bersifat terlalu (المتشابهات)

umum atau pun memiliki makna lain yang tersembunyi. Ayat-ayat ini

memerlukan penjelasan dari para ulama yang berupaya mentafsirkannya kerana

mereka mempunyai kemahiran yang mendalam untuk mengetahui maksudnya (al-

Baidawy 2003)

c. ( العلم فى لراسخونا ) merupakan para ulama yang tetap teguh dan

berkemahiran dalam ilmu-ilmu agama ,mereka tidak teragak-agak dalam

mentakwilkan sesuatu ayat (al-Alusy t.th dan al-Zuhaily 1991).

d. ( قلوبنا تزغ ال ربنا ) satu ungkapan doa memohon supaya dijauhi dari sebarang

pentafsiran salah.

1.5 Sebab Penurunan Ayat

Ibn Abi Hatim, Ibn Jarir al-Tabari , Ibn Ishaq dan Ibn al-Munzir mengemukakan bahawa

bermula ayat pertama hingga ayat lapan puluh diturunkan bersempena dengan

kedatangan utusan golongan Nasrani dari Najran yang datang mengadap Rasulullah

s.a.w. Jumlah mereka seramai 60 orang yang datang menaiki tunggangan (al-Zuhaily

2001). Ada setengah pendapat ayat ini diturunkan kepada kaum Yahudi yang juga datang

bertemu Rasulullah s.a.w (al-Alusy t.th) Di kalangan mereka terdapat 14 orang dari

golongan atasan seperti raja, gebenor dan pendeta. Kedatangan mereka bertujuan untuk

mengemukakan bantahan mengenai Isa bin Maryam. Mereka bertanya “Siapa bapanya?”

adakala mereka mengatakan “Isa bin Maryam adalah tuhan kerana baginda mampu

menghidupkan orang yang mati”. Sebahagian mereka mengatakan Baginda adalah anak

Page 6: KAJIAN TEKS KITAB TAFSIR 1

6

Allah kerana Baginda tidak berbapa. Sebahagian mereka mengatakan Baginda adalah

yang ketiga dari yang tiga (Hijazy 1993) kerana dalam firman Allah S.W.T disebutkan:

“Kami telah berfirman” dan “kami telah melakukan”. Sekiranya tuhan adalah satu

tentulah Allah S.W.T menyebut “aku berfirman” dan “aku lakukan”.

Mereka membuat pendustaan dan pembohongan terhadap Allah S.W.T lantas

Nabi s.a.w bersabda : Bukankah kamu mengetahui tidak terdapat mana-mana anak yang

tidak menyerupai bapanya? jawab mereka : Memang begitu. Nabi s.a.w bersabda:

Bukankah kamu telah mengetahui bahawa tuhan kita hidup dan tidak mati, manakala Isa

akan mati? mereka menjawab: Memang demikian. Baginda bersabda lagi: Bukankah

kamu mengetahui bahawa tuhan kita menguruskan segalanya dan juga memelihara serta

memberi rezeki kepada Baginda a.s?. Mereka menjawab: Memang begitu.

Baginda s.a.w bersabda lagi: Adakah Isa berkuasa melakukan semua itu? mereka

menjawab: Tidak. Tuhan kita membentuk janin mengikut kehendakNya. Tuhan kita tidak

makan dan minum. Mereka menjawab: Memanglah begitu. Nabi bersabda lagi: Bukankah

kamu mengetahui bahawa Isa dikandung ibunya sebagaimana wanita lain mengandung.

Kemudian melahirkan anak sebagaimana juga sama dengan wanita lain.

Kemudian Baginda diberi makan dan minum! Mereka berkata: Sememangnya

begitu. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Justeru itu, bagaimana dengan dakwaan kamu itu

boleh terjadi? Lantas mereka semua terdiam. Allah S.W.T pun menurunkan permulaan

Surah Ali Imran hingga ayat yang ke lapan puluh (al-Zuhaily 2001).

1.6 Huraian Ayat

Di bahagian ini penulis akan membuat huraian ringkas mengenai ayat-ayat terpilih.

Huraian lebih tertumpu kepada ayat-ayat Muhkam dan Mutashabih kerana sebahagian

besar dari ayat di atas berkenaan dengan ayat-ayat Muhkam dan Mutashabih.

1.6.1 Definisi Muhkam dan Mutashabih

Page 7: KAJIAN TEKS KITAB TAFSIR 1

7

Firman Allah S.W.T dalam al-Quran:

Maksudnya:

Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab suci al-Quran. Sebahagian

besar dari al-Quran itu adalah ayat-ayat yang muhkamat (yang tetap,tegas, dan nyata

maknanya serta jelas maksudnya). Ayat-ayat muhkamat itu adalah ibu (pokok) isi Al

qur'an dan yang lain adalah (ayat-ayat) mutashabihat. (al-Quran,Ali-Imran 3: 7)

al-Suyuti (1996) di dalam kitabnya al-Itqan Fi Ulum al-Quran menukilkan

pandangan al-Naisabury mengutarakan beberapa pendapat dengan katanya bahawa

keseluruhan ayat al-Quran adalah ayat Muhkam, berdasarkan firman Allah S.W.T :

Maksudnya:

Alif laam raa, (Inilah) suatu Kitab yang ayat-ayatNya disusun dengan rapi serta

dijelaskan secara terperinci (diperinci atas beberapa macam, ada yang mengenai

ketauhidan, hukum, kisah, akhlak, ilmu pengetahuan, janji dan peringatan dan lain-lain)

yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha mengetahui. (al-

Quran,Hud 11:1).

Selain itu, seluruh isi al-Quran juga boleh dikatakan sebagai ayat Mutashabih.

Pendapat ini berdasarkan kepada firman Allah S.W.T dalam al-Quran:

Maksudnya:

Page 8: KAJIAN TEKS KITAB TAFSIR 1

8

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan Iaitu Kitab suci Al-Quran Yang

bersamaan isi kandungannya antara satu Dengan Yang lain (tentang benarnya dan

indahnya), Yang berulang-ulang (keterangannya, Dengan berbagai cara); Yang (oleh

kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang Yang takut kepada

Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang

tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah

petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk Dengan Al-Quran itu kepada sesiapa

Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa

Yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya Yang salah), maka tidak ada sesiapa pun

Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadaNya. (surah zumar :23)

Yang dimaksudkan ‘berulang-ulang’ di sini ialah hukum-hukum, pelajaran dan

kisah-kisah yang diulang-ulang sebutannya di dalam Al-Quran supaya lebih kuat

pengaruhnya dan lebih berkesan. Sebahagian ahli tafsir mengatakan bahawa ayat-ayat Al

Quran itu diulang-ulang membacanya.

Pendapat yang paling kuat mengatakan bahawa sebahagian dari ayat al-Quran

adalah Muhkam dan sebahagian yang lain adalah Mutashabihat. Pendapat ini disepakati

oleh ramai ulama (al-Suyuti 1996), berdasarkan Firman Allah :

Maksudnya:

Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab suci al-Quran. Sebahagian

besar dari al-Quran itu adalah ayat-ayat yang muhkamat (yang tetap,tegas, dan nyata

maknanya serta jelas maksudnya). Ayat-ayat muhkamat itu adalah ibu (pokok) isi Al

Page 9: KAJIAN TEKS KITAB TAFSIR 1

9

qur'an dan yang lain adalah (ayat-ayat) mutashabihat. adapun orang-orang yang dalam

hatinya condong ke arah kesesatan, Maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang

mutashabihat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya

(memutarbelitkan maksudnya menurut apa yang disukainya), padahal tidak ada yang

mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya (dalam

ilmu-ilmu agama) berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutashabihat,

semuanya itu dari sisi Tuhan kami." dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya)

melainkan orang-orang yang berakal. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah

Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk

kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu; Kerana Sesungguhnya

Engkau jualah tuhan yang melimpah-limpah pemberiannya"

(al-Quran, Ali-.Imran 3: 7-8)

Yang dimaksudkan dengan Muhkam ialah maksud sesuatu ayat tertentu itu

adalah jelas dan terang ataupun ayat tersebut tidak mempunyai makna lain disebaliknya

(Hijazy 1993).

Manakala Mutashabih pula memberi maksud sesuatu ayat al-Quran yang

mempunyai makna yang samar dan masih perlu diperjelaskan oleh ulama yang

berkelayakan dan ayat tersebut mempunyai makna lain disebaliknya (al-Zuhaily 2007).

1.6.2 Contoh Ayat Muhkamat

Firman Allah Taala :

Page 10: KAJIAN TEKS KITAB TAFSIR 1

10

Maksudnya:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan

hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah

seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sehingga berumur lanjut dalam

pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya

perkataan "uh" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka

perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh

kasih sayang dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya,

sebagaimana mereka berdua telah mengasihiku sewaktu kecil" (al-Quran 17: 23-24).

Ayat ini adalah menepati sebahagian besar ungkapan al-Quran dalam

menerangkan hukum-hakum, prinsip akidah, suruhan, larangan, serta halal dan haram.

Semuanya memberikan pendalilan yang jelas kepada pengertian yang dikehendaki. Tidak

terdapat andaian lain yang boleh dibuat. Ayat-ayat sebegitu merupakan Ummul Quran

iaitu pokok isi al-Quran. Yang selain darinya adalah cabang atau pecahan carinya.

Sekiranya didapati kenyataan yang samar-samar maka ia dirujuk dan diandaikan dengan

makna asal yang nyata dan pasti.

1.6.3 Contoh Ayat Mutashabih

Maksudnya: Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arsy (al-Quran, Taha

20:5)

Maksudnya: Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka (al-Quran, al-Fath 48: 10)

Ayat-ayat seumpama ini boleh diandaikan dengan beberapa makna yang berlainan

dengan makna yang zahir pada lafaz (Hijazy 1993). Kesuluruhan ayat Mutashabih akan

dirujuk kepada ayat Muhkam supaya semua ayat Mutashabih menjadi Muhkam kerana

sudah dijelaskan maksud yang samar dan mengelirukan orang ramai (al-Uthymin 2005).

Page 11: KAJIAN TEKS KITAB TAFSIR 1

11

1.6.4 Sebab Berlaku Khilaf Dalam Memahami Ayat Mutashabih

Berdasarkan ayat yang dibincangkan ini, kita mengetahui bahawa dalam ayat al-Quran

mempunyai ayat Muhkam dan Mutashabih dan ia juga memberi gambaran tentang

larangan mentafsirkan ayat-ayat yang kesamaran dengan sesuka hati tanpa ilmu

pengetahuan. Oleh yang demikian, para ulama yang berpegang teguh dengan ajaran Islam

serta memiliki kelayakan dalam mentakwil ayat-ayat tersebut sentiasa berdoa kepada

Allah S.W.T agar mereka tidak terjerumus dalam mentafsirkan ayat-ayat yang samar

mengikut hawa nafsu sendiri dan kepentingan peribadi.

Apabila kita merujuk kepada kitab-kitab yang dikarang oleh para ulama, kita

dapati , pentakwilan ayat kesamaran berlaku kekhilafan di kalangan ulama terhadap

hukum mentakwilkan ayat mutashabih. Sebahagian pendapat mengatakan bahawa sama

sekali tidak diharuskan untuk mentakwilkan ayat Mutashabih dan sebahagian pendapat

lain pula mengharuskan pentakwilan ayat Mutashabih tetapi hendaklah memenuhi

persyaratan yang telah ditetapkan oleh para ulama Islam.

Kedua-dua pendapat tersebut menggunakan dalil yang sama iaitu dalam firman

Allah S.W.T yang berbunyi :

Maksudnya : Padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah dan orang-

orang yang mendalam ilmunya (al-Quran, Ali-Imran 3: 7)

Bagi ulama yang mengatakan bahawa huruf waw (و) dalam kalimah (والراسخون)

adalah waw Isti’naf atau waw al-Ibtida’ mereka berpendapat bahawa ayat-ayat yang

samar (Mutashabih) tiada siapa mengetahui maksudnya melainkan hanya Allah Taala. Ini

adalah pendapat Ibn Abbas r.a.

Page 12: KAJIAN TEKS KITAB TAFSIR 1

12

Manakala ulama yang mengatakan bahawa huruf waw dalam kalimah yang sama

merupakan waw atafh- .العطف Ini memberi maksud bahawa tiada sesiapa yang

mengetahui maksud ayat Mutashabih melainkan Allah S.W.T dan juga para ulama yang

berkelayakan serta berpegang teguh dengan agama Islam. Ini juga pendapat Ibn Abbas r.a

dalam satu riwayat yang lain (al-Suyuti 1996 , al-Zarkashi 1988 dan Hijazy 1993)

1.6.5 Pengajaran Ayat

Dalam al-Quran Allah S.W.T menerangkan kekuasaan serta sifat kenabian yang

ada pada diri Rasulullah s.a.w serta menolak tanggapan Nasrani terhadap

ketuhanan Isa a.s yang mereka imani.

Allah S.W.T berfirman bahawa dialah Allah tuhan yang maha hidup lagi terus

menerus menguruskan makhluk ciptaanNya.

Dialah yang menurunkan kitab suci al-Quran, didalamnya terkadung seribu satu

rahsia yang terbahagi kepada Muhkam dan Mutashabih.

Muhkam memberi maksud suatu ayat al-Quran yang jelas lagi nyata maksudnya.

Manakala Mutashabih pula adalah sebaliknya, iaitu suatu ayat al-Quran yang

kesamaran maksudnya serta memerlukan penghuraian dari ulama yang

berkelayakan. Namun ayat yang Mutashabih ini hanya sedikit bilangannya kerana

ayat Muhkam adalah pokok segala isi al-Quran.

Ayat-ayat Mutashabihat dalam al-Quran manjadi suatu ujian dari Allah S.W.T

bagi umat manusia. Apabila seseorang yang sengaja mantafsirkan ayat Mutashabih

sedangkan dia tidak dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang cukup serta tidak

memenuhi persyaratan yang telah ditetapkan oleh para ulama, maka dia termasuk

dalam golongan yang Baginda Rasul s.a.w telah bersabda dalam Hadithnya :

Page 13: KAJIAN TEKS KITAB TAFSIR 1

13

أنس: إنه قال العزيز عبد عن الوراث عبد حدثنا قال معمر أبو حدثنا

ق''ال وس'لم علي'ه الل'ه صلى النبي أن كثيرا حديثا أحدثكم أن ليمنعني

( النار من مقعده فليتبوأ كذبا علي تعمد ) من

Maksudnya:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Barangsiapa yang sengaja mendustai atasku maka

persiapkanlah tempatnya di dalam neraka (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari. Kitab al-a’lim.

Bab Kitabah al- a’lim)

Berdasarkan hadith di atas, kita fahami bahawa haram bagi mereka yang tidak

dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang cukup serta tidak memenuhi persyaratan yang

telah ditetapkan oleh para ulama mentafsirkan sebarang ayat al-Quran lebih-lebih lagi

ayat yang kesamaran, berdasarkan ancaman neraka bagi mereka yang melakukanya

seperti dalam hadith.

Oleh yang demikian,kita mestilah berhati-hati dalam mentafsirkan serta

membicarakan ayat-ayat al-Quran yang sememangnya tidaklah kita mengetetahui

maksud dan tujuan sebenar ayat-ayat itu.

Dalam pada itu ayat al-Quran yang menjadi tajuk dalam perbincangan kita ini

juga menjelaskan perihal orang yang hatinya telah condong ke arah kesesatan

merasa gemar untuk mentafsirkan ayat Mutashabih berpandukan hawa nafsu

sendiri serta ingin menimbulkan fitnah dalam masyarakat. Mereka akan

mentakwilkan ayat-ayat Mutashabihat demi kepentingan peribadi dan kedudukan

tinggi dalam masyarakat.

Oleh yang demikian para ulama yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah

sering berdoa agar usaha mereka dalam mentafsir serta mentakwil ayat-ayat

Mutashabihat tidak tercondong ke arah kesesatan sekaligus menyesatkan orang lain.

Allah menyebut dalam al-Quran :

Page 14: KAJIAN TEKS KITAB TAFSIR 1

14

Maksudnya: Wahai tuhan kami, janganlah engkau jadikan hati kami condong kepada

kesesatan sesudah engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami

rahmat dari sisi engkau, kerana sesungguhnya engkaulah Maha Pemberi Rahmat (al-

Quran, Ali-Imran 3: 8)

Point penting yang dapat kita petik dalam ayat yang kita bincangkan ini

ialah:

1. Kitab Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat-ayat Muhkamat dan Mutashabihat.

Ayat-ayat Muhkamat wajib diimani oleh semua umat manusia, manakala

Mutashabihat juga wajib diimani dan hanya ulama yang memenuhi persyaratan

sahaja berhak mentafsirkan ayat tersebut.

2. Orang yang tidak memiliki ilmu pengetahuan yang cukup serta tidak memenuhi

syarat serta condong ke arah kesesatan hendaklah menjauhi dari mentafsirkan

ayat-ayat Mutashabihat, kerana apabila meraka melakukan perkara itu mereka

sudah termasuk dalam golongan orang yang mendustai agama.

3. al-Quran menganjurkan supaya umat Islam sentiasa berdoa memohon

keselamatan ketika muncul berbagai-bagai kesesatan dan penyelewengan.

4. al-Quran juga menegaskan bahawa kehidupan manusia ada penghujungnya dan

setiap amal perbuatan akan dibalas bersesuaian dengan apa yang telah dilakukan.

Rujukan

Page 15: KAJIAN TEKS KITAB TAFSIR 1

15

Al-Qur’an

Abdullah Basmeih. 2002. Tafsir Pimpinan ar-Rahman. Cetakan ke 13. Darul Fikir: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

al-Baidawy, Nasir al-Din Abu Sai’d Abdullah bin Omar bin Muhammad al-Shirazy. 1424H/2003M. Tafsir al-Baidawy. Cet. pertama. Dar al-Kutub al-Ilmyyah: Beirut,

Lubnan.

Wahbah al-Zuhaily. 1411H/1991M. al-Tafsir al-Munir. Cet. pertama. Dar al-Fikr: Damaskus.

M. Quraish Shihab. 2004. Tafsir al-Misbah. Cet. ke 2. Lentera Hati: Jakarta

Wahbah al-Zuhaily. 2007. al-Tafsir al-Munir. (Ter. Persatuan Ulama Malaysia) Cet. pertama. Intel Multimedia and Publication: Selangor.

al-Suyuti, Jalaluddin Abdul Rahman bin Abi Bakr. 1416H/1996M. al-Itqan Fi Ulum al-Quran. Dar al-Ahya’ al-Ulum: Beirut.

al-Uthymin, Muhammad bin Salih. 2005. Pengenalan Ringkas Kepada Ilmu Usul al-Tafsir.Ter. Fadhlan Mohd Othman. Jahabersa: Johor.

al-Zarkashy, Badr al-Din Muhammad bin Abdillah. 1408H/1988M. al-Burhan Fi Ulum al-Quran. Dar al-Kutub al-Ilmyyah: Lubnan

al-Bukhari, Muhammad bin Ismail Abu Abdillah. 1420H/2002M. Sahih al-Bukhari. Cet. pertama. Dar al-Hadith: al-Qahirah.

Hijazy, Muhammad Mahmud. 1413H/1993M. al-Tafsir al-Wadih. Cet. ke 10. Dar al-Jayl: Beirut.

al-Alusy, Abu al-Fadl Shibab al-Din al-Said Mahmud. t.th. Ruh al-Maa’ni. Dar Ihya’ al-Turath al-Araby: Lubnan.