kajian sintaksis dalam cerpen

Upload: nor-azizah

Post on 02-Apr-2018

335 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Kajian Sintaksis Dalam Cerpen

    1/17

    http://edubahasabyayda.blogspot.com/

    Contoh Analisis Cerpen Dari Aspek Sintaksis

    SINTAKSIS BAHASA MELAYU

    BMM3110

    KERJA KURSUS PROJEK

    Menghasilkan kerja Kursus Projek untuk memahami dan menganalisis unsur binaan ayat

    Bahasa Melayu yang terdapat dalam sesuatu teks atau prosa yangdipilih.

    1.0 Pengenalan

    Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang

    menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang

    menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.Terdapat

    pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi dari aspek makna

    dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti dengan dan

    tattein yang bererti menempatkan bersama sama.Oleh yang demikian, secara etimologi,

    sintaksis dapatlah diertikan sebagai menempatkan kata kata secara bersama-sama untuk

    menjadi kelompok kata atau ayat.

    Namun, kebanyakan ahli bahasa di Malaysia telah mendefinisikan sintaksis berdasarkan fungsi

    dan bidang tugasnya.Contohnya definisi yang telah dinyatakan oleh Abdullah Hassan

    1980:164,sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana

    morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa,atau menjadi klausa dan

    ayat merupakan unit terbesar.

    2.0 Struktur Binaan Ayat Bahasa Melayu

    Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau

    konstruksi.Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang

    sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil rangkaian kata

    yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen.Binaan ayat mengandungi

    subjek dan predikat.

    2.1. Subjek

    Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa

    perkataan,yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.Menurut Profesor

    Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk guru

    dan pelajar,subjek ialah benda .Istilah lain untuk subjek ialah hal.Subjek juga dikenali sebagai

    perkara yang diceritakan.

    http://edubahasabyayda.blogspot.com/http://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/05/contoh-analisis-cerpen-dari-aspek.htmlhttp://edubahasabyayda.blogspot.com/http://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/05/contoh-analisis-cerpen-dari-aspek.html
  • 7/27/2019 Kajian Sintaksis Dalam Cerpen

    2/17

    2.1.1.Binaan Subjek

    Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur

    seperti kata nama, kata ganti nama, kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama dan kataadjektif yang berfungsi sebagai kata nama.Profesor Abdullah Hassan mengatakan bahawa

    unsur-unsur subjek mestilah terdiri dariapda orang,benda atau perkara.Contoh dalam cerpen

    Mak Timah karya Khatem Bin Ariffin,terdapat beberapa ayat yang subjeknya terdiri daripada

    orang, benda dan kata kerja.Contohnya ayat pada muka surat 92 : Dia juga pandai memasak.

    Subjek dalam ayat ini adalah kata ganti nama diri iaitu merujuk kepada manusia.

    2.1.1.(i) Kata Nama

    Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am,kata

    nama khas,atau kata nama terbitan. Dalam cerpen Mak Timah terdapat banyak ayat yang

    subjeknya terdiri daripada kata nama. Contohnya ialah ayat pada perenggan 2 muka surat 92 :

    Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang. Subjek ayat ini adalah Mak Timah iaitu kata nama

    khas hidup manusia.

    Selain itu, penulis juga kerap menggunakan kata nama am sebagai subjek dalam ayat. Buktinya

    pada perenggan 3 muka surat 92 : Ayah yang selalu meminta aku untuk membantu dimana

    perlu. Ayah mahu aku belajar memasak. Pada perenggan 3 : Ayah pun nampak berselera juga

    waktu makan masakan Mak Timah.Nenek sudah tua.Subjek ayat tersebut adalah kata nama am

    hidup manusia.

    2.1.1 (ii) Kata Ganti Nama

    Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama

    am.Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan kecil,iaitu kata ganti nama tunjuk

    dan kata ganti nama diri.Sehubungan itu kata ganti nama diri terdiri daripada dua jenis iaitu kata

    ganti nama diri tanya iaitu perkataan yang merujuk kepada orang atau benda dalam bentuk

    tanya.Ada tiga kata ganti nama diri tanya iaitu apa, siapa, dan, mana.

    Penulis cerpen Mak Timah turut menggunakan kata ganti nama tanya sebagai subjek dalam

    ayat. Namun hanya terdapat satu ayat sahaja iaitu pada perenggan 1 muka surat 98 : Apakah

    yang mahu ayah sampaikan padaku?. Sebaliknya, penulis lebih kerap menggunakan kata ganti

    nama diri orang pertama dan orang ketiga dalam binaan subjek ayat.Contoh subjek ayat yang

    terdiri daripada kata ganti nama diri pertama ialah pada perenggan 1 muka surat 100 : Akumengangguk. Aku tersenyum.

  • 7/27/2019 Kajian Sintaksis Dalam Cerpen

    3/17

    2.1.1(Iii) Kata Kerja Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama

    Kehadiran kata kerja sebagai subjek dalam ayat bukanlah suatu perkara baru. Terdapat sejenis

    kata kerja yang mengambil tugas kata nama.Penulis cerpen Mak Timah lebih gemarmenggunakan kata nama sebagai subjek ayat. Jelas dan nyata hanya minoriti sahaja subjek

    ayat yang bukan dari golongan kata nama. Buktinya hanya terdapat satu ayat sahaja yang

    subjeknya kata kerja iaitu kata kerja terbitan apitan ke-..-an. Buktinya pada perenggan terakhir

    muka surat 94 : Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.

    2.1.1(Iv) Kata Adjektif Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama

    Sehubungan itu,dalam bahasa Melayu,kata adjektif juga merupakan salah satu unsur yang

    dijadikan subjek dalam ayat.Terdapat sejenis kata adjektif yang berfungsi sebagai subjek

    sesuatu ayat.Contohnya ialah dalam cerpen Mak Timah Karya Khatem Bin Ariffin,perenggan 4

    muka surat 92 : Seleraku sentiasa terbuka apabila menghadap hidangan Mak Timah. Kata

    adjektif selera berada dalam struktur binaan ayat tersebut adalah sebagai subjek ayat.

    Selain itu penulis juga telah menggunakan kata adjektif yang telah menerima imbuhan apitan

    ke-..-an sebagai subjek ayat> Buktinya pada muka surat 95 : Kelembutan ayah mencairkan

    ketegangan dalam diriku. Kemesraan ayah mengelus-ngelus keserabutan dalam jiwaku.

    2.2. Predikat

    Predikat ialah kumpulan perkatan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang

    menerangkan subjek.Manakala menurut profesor Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa

    Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis, predikat ialah bahagian yang mengandungi ayat yang

    mengandungi cerita. Cerita itu ialah berkenaan benda,orang ataupun perkara yang disebut

    dalam subjek.Predikat mempunyai fungsinya yang tersendiri.

    Antara fungsi predikat adalah memberitahu maklumat lanjut berkenaan benda, memberitahu apa

    yang dilakukan oleh benda,memberitahu sifat-sifat benda,dan memberitahu

    dimana,.kemana,mengapa,bagaimana,dengan sifat dan bila.Oleh yang demikian,predikat boleh

    terdiri daripada mana-mana satu jenis daripada empat jenis frasa iaitu frasa nama,frasa

    kerja,frasa sifat dan frasa sendi.

    2.2.1 Binaan Predikat

  • 7/27/2019 Kajian Sintaksis Dalam Cerpen

    4/17

    Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama seperti frasa nama,frasa

    kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.

    2.2.1.(i) Predikat Frasa NamaPredikat Frasa Nama yang menjadi predikat sama seperti binaan frasa nama yang berfungsi

    sebagai subjek dalam sesuatu ayat.Unsur ini boleh terbina daripada kata nama am, kata nama

    khas,dan kata nama terbitan.

    2.2.1.(ii) Predikat Frasa Kerja

    Frasa kerja yang menjadi predikat dalam boleh terbentuk daripada beberapa unsur seperti unsur

    kata kerja asal,kata kerja terbitan ,kata bantu dan unsur-unsur keterangan.Kata kerja asal terdiri

    daripada dua jenis iaitu kata kerja asal tidak berimbuhan dan asal berimbuhan.Contohnya dalam

    cerpen Mak Timah, penulis juga menggunakan frasa nama sebagai predikat dalam ayat. Contoh

    ayat yang terdapat dalam cerpen ini adalah Mak Timah bagaikan ibu kepadaku.

    2.2.1(ii)a.Kata Kerja Asal Tidak Berimbuhan

    Kata kerja asal tidak berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada satu kata dasar sahaja,

    dan boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif

    ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut manakala kata kerja transitif ialah

    kata kerja yang memerlukan objek. Contoh kata kerja tak transitif yang tidak berimbuhan ialah

    mandi,masuk,keluar,tidur,hilang,naik,dan sebagainya.Contoh kata kerja asal tidak berimbuhan

    dalam cerpen Mak Timah ialah Pakaian idah juga aku tukar dengan baju kurung

    2.2.1(ii)b. Kata Kerja Asal Berimbuhan

    Kata kerja asal berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada gabungan kata dasar dan

    imbuhan. Kata ini boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Contoh

    kata kerja berimbuhan yang tak transitif adalah seperti menari,bernyanyi,berehat dan banyak

    lagi.Contoh kata kerja asal berimbuhan sebagai predikat kata kerja dalam cerpen Mak Timah

    ialah Aku berlari kebilikku....

    2.2.1(ii)c.Kata Kerja Terbitan

    Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja tetapi

    daripada golongan kata yang lain seperti kata nama atau kata adjektif. Proses pengimbuhan

    akan berlaku bagi menerbitkan kata kerja terbitan. Proses ini berlaku apabila kata nama atau

    kata adjektif tersebut memerlukan imbuhan me-..-kan,me-..-i atau memper-....Contoh perkataanyang terbit daripada proses pengimbuhan ialah menyekolahkan,membuahkan,menghasilkan dan

  • 7/27/2019 Kajian Sintaksis Dalam Cerpen

    5/17

    memperluas. Kata kerja terbitan tersebut ialah kata kerja transitif dan kehadiran masing-masing

    dalam ayat memerlukan objek.Setelah meneliti ayat ayat yang digunakan oleh penulis, didapati

    ada penggunaan kata kerja terbitan sebagai predikat frasa kerja.

    a) Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.(Muka surat94)

    b) Lagunya yang sumbang dan tidak tentu irama itu dapat juga menidurkan Afiq.

    c) .....tidak lagi dapat menakung kencingnya. .(Muka surat 91 )

    d) ..... Mak Timah telah memberi tunjuk ajar kepadaku.(Muka surat 91 )

    e) .....mendodoikannya sehingga tidur semula. .(Muka surat 91 )

    f) Aku cuba menyembunyikan kemuraman wajahku ......(Muka surat 96)

    2.2.1(ii)d.Kata Bantu

    Kata bantu yang menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir sebelum kata kerja.

    Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu

    ragam.Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan sesuatu

    perbuatan dari segi masa, sama ada belum,sedang,atau sudah dilakukan.Contoh kata bantu

    aspek ialah akan,belum,pernah,sedang,masih dan banyak lagi.

    Manakala kata bantu ragam ialah merupakan kata yang menyatakan atau menerangkan ragam

    perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.Kata bantu jenis ini adalah seperti

    hendak, mahu,harus,mesti,boleh,dan dapat. Kehadiran kata bantu ragam dalam ayat adalah

    sebelum kata kerja. Sehubungan itu,kata bantu juga boleh hadir secara berderetan iaitu lebih

    daripada satu dalam sesuatu ayat.Setelah meneliti setiap ayat dalam cerpen Mak Timah,

    didapati sememangnya banyak penggunaan kata bantu ragam dan aspek dalam predikat frasa

    kerja.Antara ayat yang mengandungi kata bantu adalah seperti yang berikut :

    g) Mak Timah sudah lama menjanda sejak kematian suaminya. (Muka surat 92 )

    h) Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab ( Muka Surat 94 )

    i) Ingatlah ibu tiri boleh menggantikan emak, rupanya dia datang hendak menyiksa hidup kita

    sahaja. ( Muka surat 94 ).

    j) Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.(Muka surat 94)

    k) Petang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu. ( Muka surat 96)

    l) Kamu bertiga sudah dianggapnya macam anak sendiri.( Muka surat 99 )

    2.2.1(ii)e. Unsur-Unsur Keterangan

    Frasa kerja yang mengandungi kedua-dua jenis kata kerja, transitif dan tak transitif, boleh

    menerima frasa keterangan. Dengan frasa keterangan dimaksudkan unsur-unsur yangmenerangkan kata kerja itu lebih lanjut lagi. Frasa keterangan terbentuk daripada frasa sendi

  • 7/27/2019 Kajian Sintaksis Dalam Cerpen

    6/17

    nama seperti dengan cepat,di kilang,pada pukul dan sebagainya.Penulis cerpen Mak Timah juga

    banyak menggunakan unsur-unsur keterangan dalam ayat yang predikatnya adalah frasa

    kerja.Antara ayat tersebut adalah seperti berikut ;

    a) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya ( Muka surat 91)b) Lampinnya perlu segera ditukar jika basah ( Muka surat 91 )

    c) Ayah ke dapur untuk menemui Mak Timah ( Muka surat 96)

    d) Mak Timah sudah pulang ke rumahnya setelah menyediakan makan malam untuk kami

    ( Muka surat 96 )

    e) Pakaian Idah juga aku tukar dengan baju kurung ( Muka surat 96 )

    2.2.1(iii) Predikat Frasa Adjektif

    Frasa adjektif yang berfungsi sebagai frasa predikat terdiri daripada kata adjektif ,iaitu kata

    adjektif selapis atau kata adjektif ganda.Bagi penggunaan kata adjektif selapis, boleh didahului

    oleh kata penguat seperti amat,sangat,sungguh dan sebagainya. Ada juga kata penguat yang

    boleh hadir sesudah kata adjektif seperti sungguh, sekali, betul dan benar.Selain itu,kata adjektif

    juga boleh hadir bersama-sama kata bandingan seperti lebih dan paling dan juga boleh disertai

    imbuhan ter- yang membawa maksud paling. Berdasarkan analisis yang telah dibuat,terdapat

    banyak penggunaan frasa adjektif sebagai predikat dalam ayat. Antaranya adalah seperti ayat

    yang berikut :

    a) Orangnya berwajah manis,lemah lembut dan berusia disekitar tiga puluh lima tahun. ( Muka

    surat 92)

    b) Mak Timah baik ( Muka surat 92 )

    c) Dia juga pandai memasak ( Muka Surat 92)

    d) Aku sudah pandai membuat susunya ( Muka surat 95)

    2.2.1.(iv) Predikat Frasa Sendi Nama

    Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh

    frasa nama.Kata sendi nama adalah seperti

    di,ke,dari,daripada,kepada,untuk,pada,dengan,oleh,dan sebagainya.Berikut adalah contoh ayat

    yang predikatnya terdiri daripada frasa sendi nama.

    a) Afiq lain sedikit daripada Idah

    b) Ayah ke dapur untuk menemui Mak Timah

    3.0 Konstituen Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu.

    Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagaiunsur intinya.Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan sederetan penerang

  • 7/27/2019 Kajian Sintaksis Dalam Cerpen

    7/17

    yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya,atau sebelum dan sesudah frasa nama.Ada

    pendapat yang yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi pengisi

    frasa nama jika unsur-unsur itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur nama.

    3.1 Binaan Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu.

    Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan

    perkataan.Jika dibentuk oleh sederetan perkataan,maka terdapat dua jenis hubungan antara

    perkataan-perkataan itu.Jenis pertama ialah yang terdiri daripada satu perkataan yang

    menrupakan inti bagi seluruh frasa nama itu. ,sementara perkataan atau perkataan-perkataan

    yang lain merupakan penerang atau penerang-penerangnya.

    Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur di dalamnya.Inti ialah unsur yang

    diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna,sementara penerang

    merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.

    3.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang.

    Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti+penerang boleh

    terbentuk daripada dua jenis hubungan iaitu inti + penerang nama dan inti + penerang bukan

    nama.

    Dalam cerpen Mak Timah,bagi binaan frasa nama inti + penerang nama terdapat beberapa

    binaan frasa nama iaitu seperti didalam jadual dibawah:

    i) Inti + penerang nama jenis.

    Frasa Nama

    Inti Penerang Nama Jenis

    baju kurung

    ii) Inti + penerang milik

    Frasa Nama

    Inti Penerang Milik

    Pakaian Idah

    Susu Afiq

    Bilik ku

    Orang nya

    3.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang Bukan Nama

  • 7/27/2019 Kajian Sintaksis Dalam Cerpen

    8/17

    Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis

    kata nama. Penerang bukan nama,terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh

    perkataan yang bukan daripada kelas kata nama iaitu penentu,kata kerja, kata adjektif,frasa

    sendi nama dan bilangan ordinal.Dalam cerpen Mak Timah terdapat juga binaan frasa nama inti+ penerang bukan nama.

    i)Penentu Hadapan

    Frasa Nama

    Penentu Hadapan Inti

    Bilangan Penjodoh Bilangan

    Semua - barang kemas

    ii) Penentu belakang

    Frasa Nama

    Inti Penentu belakang

    petang itu

    waktu itu

    iii) Inti + penerang kata adjektif

    Frasa Nama

    Inti Penerang Kata Adjektif

    suara garau

    suara langsing

    iii) Inti + penerang frasa sendi nama

    Frasa Nama

    Inti Penerang Frasa Sendi Nama

    Sendi Nama Frasa Nama

    Aku dari sekolah

    Ayah di dapur

    3.2 Susunan Konstituen Frasa Nama

    Dalam pembinaan frasa nama, terdapat peraturan tertentu yang mengatur susunan kedudukan

    konstituen-konstituennya, iaitu apa yang hadir dahlu dan apa yang kemudian. Peraturan-

    peraturan ini adalah seperti peraturan D-M,kecualian hukum D-M,bilangan dan panggilan, dan

    penerang.Berdasarkan penelitian terhadap cerpen Mak Timah, didapati penulis sememangnyamengambil kira susunan konstituen frasa nama.

  • 7/27/2019 Kajian Sintaksis Dalam Cerpen

    9/17

    Susunan Konstituen Frasa Nama berdasarkan Peraturan D-M dalam Cerpen Mak Timah

    Frasa Nama

    Diterangkan ( Inti ) Menerangkan(Penerang)

    Pakaian IdahSusu Afiq

    Baju kurung

    4.0 Binaan Frasa Kerja Dalam Ayat Bahasa Melayu.

    Dalam ayat-ayat bahasa Melayu,binaan frasa kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu frasa kerja

    yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa

    nama sebagai objek untuk melengkapkannnya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata

    kerja tak transitif.Jenis yang kedua ialah frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata

    kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata

    kerjanya.Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif.

    4.1 Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek

    Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri sdaripada satu jenis kata

    kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata

    kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk

    melengkapkannya.Binaan Frasa Kerja yang terdapat didalam cerpen Mak Timah adalah seperti

    berikut :

    a) Kata kerja Tak Transitif dengan Pelengkap

    i) Frasa sendi nama sebagai pelengkap

    Ayat

    Subjek Predikat

    Frasa Nama Kata Kerja Frasa Sendi Nama

    Ayah bangun dari tidurnya

    Mak Timah datang bekerja di rumah

    Aku berlari ke bilik

    ii) Kata nama sebagai pelengkap

    Ayat

    Subjek Predikat

    Frasa Nama Kata Kerja Kata Nama

    Ayah cium pipi Idah

  • 7/27/2019 Kajian Sintaksis Dalam Cerpen

    10/17

    iii) kata Adjektif sebagai pelengkap

    Ayat

    Subjek Predikat

    Frasa Nama Kata Kerja Kata AdjektifDadku menjadi sebak

    b) Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama sebagai penerang

    Ayat

    Subjek Predikat

    Frasa Nama Kata bantu Aspek Frasa Kerja

    Kata Kerja Penerang

    Petang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu

    4.2 Binaa Frasa Kerja dengan Objek

    Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja

    transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuiti kata kerja itu sebagai objek atau

    penyambutnya.

    a) Frasa Kerja yang mengandungi satu objek

    Ayat

    Subjek Predikat

    Frasa Nama Frasa Kerja

    Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat

    Afiq menggunakan pampers

    Aku cuba mencari hujah

    Aku menggelengkan kepala

    b) Frasa Kerja yang mengandungi dua objek

    Ayat

    Subjek Predikat

    Frasa Nama Frasa Kerja

    Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat Objek Sipi

    Mak Timah memberitahu ku satu berita

    Aku menekup mukaku dengan kedua-dua belah telapak tanganku.

    4.3.Frasa Kerja dengan Kata Bantu

  • 7/27/2019 Kajian Sintaksis Dalam Cerpen

    11/17

    Unsur kata bantu dibentuk oleh kata bantu yang boleh disertai oleh kata penguat.Kata bantu

    menerangkan kata kerja dari dua sudut makna iaitu mengikut makna yang didukung oleh kedua-

    dua jenis kata bantu tersebut iaitu kata bantu aspek yang menerangkan aspek waktu bagi kerja,

    manakala kata bantu ragam pula menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja.a) Kehadiran Kata Bantu Aspek sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah.

    Ayat

    Subjek Predikat

    Frasa Nama Frasa Kerja

    Kata Bantu Aspek Kata Kerja Pelangkap

    Mak Timah akan menghidang makanan tengah hari kami

    Mak Timah telah memberi tunjuk ajar kepada ku

    Ayah telah mengambilnya bekerja atas cadangan nenek

    Aku pernah mencadangkan Afiq tidur denganku

    Afiq sedang tidur di biliknya (penerang)

    Ayah akan mendukung Afiq

    b) Kehadiran Kata Bantu Ragam sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah

    i. Dia datang hendak menyiksa hidup kita sahaja

    ii. Aku boleh menjaga mereka.

    iii. Aku tak mahu kata kata yang terkeluar dari mulutku berbaur emosi.

    iv. Ayah tidak lagi dapat bermesra dengan kami.

    v. Aku dapat merasakan darahku menjalan ke muka dan berkumpul dipipiku.

    vi. Apakah yang mahu ayah sampaikan padaku?

    vii. Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab

    4.4 Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen.

    Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif,boleh menerima ayat komplemen. Apabila

    ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Dalam ayat ini kata hubung pancangan

    komplemen akan digunakan iaitu bahawa dan untuk yang berfungsi menggabungkan dua ayat

    menjadi satu ayat iaitu penerbitan ayat majmuk pancangan komplemen.

    a) Ayah bangun dari tidurnya untuk membuat susu Afiq.

    b) Aku selalu juga mencuba untuk bangun lebih awal daripada ayah

    c) Afiq tidak ada masalah untuk tidur bersama-samaku pada malamnya.

    d) Nampaknya ayah kena cari orang lain untuk menggantikan Mak Timah.

    4.5 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerjaii) Keterangan waktu

  • 7/27/2019 Kajian Sintaksis Dalam Cerpen

    12/17

  • 7/27/2019 Kajian Sintaksis Dalam Cerpen

    13/17

    Binaan jensi ini terdiri daripada dua perkataan iaitu sama ada kata adjektif dengan kata adjektif

    atau kata adjektif dengan kata nama.

    a) Binaan kata adjektif + kata adjektifBinaan ini boleh terdiri daripada 3 jenis iaitu dua kata adjektif yang menekankan unsur

    keserasian makna, dua kata adjektif yang maknanya berlawanan dan deretan dua kata adjektif

    dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, yakni keindahan bunyi. Contoh

    daripada cerpen Mak Timah seperti berikut :

    a) Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna

    lemah lembut.

    b) Binaan kata adjektif + kata nama

    Binaan ini merupakan kata adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata nama terdiri

    daripada kata adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerang.Binaan kata

    adjektif jenis ini boleh terdiri daripada frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan dan

    frasa adjektif yang membawa maksud kiasan. Binaan jenis ini juga tidak terdapat di dalam

    cerpen Mak Timah. Sebaliknya penulis banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja.

    5.3 Frasa Adjektif dan Penguat.

    Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya sepatah kata adjektif dan boleh juga teridiri daripada

    kata adjektif yang disertai penguatnya.Berikut adalah hasil analisis daripada cerpen Mak Timah

    a) Penguat hadapan

    Kata penguat yang hadir sebelum kata adjektif dan berada selepas kata nama atau kata

    bantu.Contoh ayat ialah Pampersnya sudah terlalu berat.

    AYAT

    Subjek Predikat

    Frasa Nama Frasa Adjektif

    Kata Nama Kata Bantu Kata Penguat Kata Adjektif

    Pampersnya sudah terlalu berat

    5.4 Kata Bantu dalam Frasa Adjektif

    AYAT

    Subjek Predikat

    Frasa Nama Frasa Adjektif

    Kata Nama Kata Bantu Kata Adjektif Kata Kerja Kata Nama

    Aku sudah pandai membuat susunya

  • 7/27/2019 Kajian Sintaksis Dalam Cerpen

    14/17

    5.5 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat

    Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis kedudukan frasa adjektif iaitu selepas subjek sebagai

    predikat, selepas frasa kerja sebagai keterangan dan selepas frasa nama sebagai penerang.

    Dalam jadual dibawah adalah hasil analisis susunan frasa adjektif dalam ayat bagi cerpen MakTimah.

    a) Frasa Adjektif sebagai Predikat

    Ayat

    Subjek Predikat

    1) Pampersnya sudah terlalu berat

    2) Dia larat untuk menjaga Idah

    3) Dia juga pandai memasak

    4) Aku sudah pandai membuat susunya

    b) Frasa Adjektif sebagai keterangan

    Ayat

    Subjek Predikat

    Frasa Kerja Keterangan ( Kata Adjektif )

    Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya

    c) Frasa Adjektif sebagai penerang Kata Nama

    Frasa Nama

    Kata Nama Kata Adjektif

    1) Mak Timah baik

    2) Barang kemas

    5.6 Kesimpulan Binaan Frasa Adjektif yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah

    Secara ringkasnya, penulis lebih banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja. Manakala

    jika dilihat hasil analisis dari aspek susunan frasa adjektif dalam ayat, ketiga-tiga susunan

    tersebut terdapat dalam cerepn ini.Kesimpulannya frasa adjektif sebagai predikat ialah satu

    binaan yang boleh diperluaskan dengan menambah beberapa unsur seperti dalam rajah yang

    berikut:

    Kata Bantu + Kata Penguat+Kata Adjektif+Kata Keterangan+ Ayat Komplemen.

    6.0 Frasa Sendi Nama

    Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dansatu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.Kata sendi nama ialah

  • 7/27/2019 Kajian Sintaksis Dalam Cerpen

    15/17

    bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama.Berikut adalah contoh frasa

    sendi nama yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah.

    Ayat

    Subjek PredikatFrasa Nama Frasa Sendi Nama

    Kata Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama

    Aku dari sekolah

    6.1 Binaan Frasa Sendi Nama dalam ayat bahasa Melayu.

    i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama

    Dalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya dihadapan suatu

    frasa nama.Binaan jenis ini terdapat di dalam cerpen Mak Timah. Hasil analisis adalah seperti di

    dalam jadual dibawah:

    Frasa Sendi Nama

    Kata Sendi Nama Frasa Nama

    dari sekolah

    Frasa Sendi Nama

    Kata Sendi Nama Frasa Nama

    di rumah

    daripada Mak Timah

    ke rumahnya

    dari mulutku

    ke dapur

    di bandar

    di pusat rekreasi

    ii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah )+ Frasa Nama

    Dalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa

    nama yang didahului satu unsur kata nama arah.Dalam masa yang sama,frasa sendi nama

    boleh juga wujud tanpa nama arah.

    Frasa Nama

    Kata Sendi Nama Frasa Nama

    Kata Nama Arah Frasa Nama

    di - rumah

    di - bilikdi atas tilam

  • 7/27/2019 Kajian Sintaksis Dalam Cerpen

    16/17

    Walau bagaimanapun,bilangan binaan jenis ini sedikit di dalam cerpen Mak Timah.

    iii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah )+Frasa Nama + Keterangan.

    Binaan jenis ini terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi namaitu diikuti keterangan.Seperti ayat komplemen juga, unsur keterangan hadir secara pilihan.

    Frasa Sendi Nama

    Kata Sendi Nama Frasa Nama Keterangan

    Kata Nama Arah Frasa Nama

    di - bilikku pada waktu malamnya.

    ke - bilikku lalu menyembahkan mukaku

    di - rumah aku biasanya menggunakan pakaian yang simple sahaja.

    6.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat.

    i) Predikat Frasa Sendi Nama

    Predikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang

    mempunyai susunan yang biasa.

    Contoh ayat:

    Ayah di dapur

    Ayah ke dapur

    Ayat

    Subjek Predikat

    Ayah di dapur

    Ayah ke dapur

    Aku dari sekolah

    ii) Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan

    a) Frasa sendi nama keterangan frasa kerja

    1) Kami berempat bersiar-siar di bandar.

    2) Ayah bangun dari tidurnya untuk membuat susu Afiq

    3) Mak Timah datang bekerja di rumah kami

    4) Mak Timah balik ke rumahnya.

    5) Aku berlari ke bilikku

    6) Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang7) Dia akan datang untuk memasak dan membasuh pakaian kami.

  • 7/27/2019 Kajian Sintaksis Dalam Cerpen

    17/17

    6.3 Kesimpulan Binaan dan Susunan Frasa Sendi nama yang terdapat di dalam cerpen Mak

    Timah

    Secara ringkasnya, binaan frasa sendi nama yang terdapat di dalam cerpen ini majoritinya

    penulis kerap menggunakan binaan Kata Sendi Nama + Frasa Nama.Manakala binaan yang lainadalah jarang sekali digunakan.Manakala dari aspek kedudukan frasa sendi nama dalam ayat

    pula,penulis kerap menggunakan frasa sendi nama sebagai predikat dan frasa sendi nama

    sebagai keterangan frasa kerja.

    7.0 Rumusan

    Berdasarkan hasil analisis cerpen Mak Timah, sememangnya struktur ayat terdiri daripada asas

    iaitu mengandungi subjek dan predikat. Sesebuah ayat boelh di bina dengan menggaplikasikan

    frasa nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.Namun demikian setiap frasa ini

    mempunyai binaannya dan konstituennya yang tersendiri. Kesimpulannya sesuatu ayat boleh di

    perluaskan dengan unsur frasa frasa yang boleh di ubah peranannya dalam ayat seperti

    menjadi unsur pelengkap dan keterangan dengan menggunakan kata hubung pancangan

    komplemen atau frasa sendi nama bagi menerbitkan ayat majmuk komplemen.

    Di cata t ol eh el Ly ieD a diKh am is, Me i 14 , 2

    http://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/05/contoh-analisis-cerpen-dari-aspek.htmlhttp://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/05/contoh-analisis-cerpen-dari-aspek.html