kajian cerpen warna hati seorang datin

21
Kertas kerja ini akan membataskan bahagian-bahagian berikut sepanjang menganalisis hasil karya Rahman Haji Yusof yang bertajuk Warna Hati Seorang Datin, iaitu : 1) Sinopsis 2) Tema 3) Persoalan 4) Watak Dan Perwatakan i. Datin ii. Datuk iii. Siti Halijah iv. Jahara v. Cikgu Jalilah vi. Syarifah Aminah vii. Suhada viii. Atifah ix. Aziah, Azuan, Zek, Efa dan Basir x. Amri dan Zaleha xi. Taufik 5) Latar i. Latar Masa ii. Latar Tempat iii. Latar Masyarakat 2) Teknik Penceritaan 3) Gaya Bahasa 4) Nilai i. Nilai Pengajaran ii. Nilai Kemanusiaan 1

Upload: momee-rain

Post on 04-Jul-2015

2.760 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Analisis Cerpen Warna Hati Seorang Datin

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

Kertas kerja ini akan membataskan bahagian-bahagian berikut sepanjang

menganalisis hasil karya Rahman Haji Yusof yang bertajuk Warna Hati Seorang

Datin, iaitu :

1) Sinopsis

2) Tema

3) Persoalan

4) Watak Dan Perwatakan

i. Datin

ii. Datuk

iii. Siti Halijah

iv. Jahara

v. Cikgu Jalilah

vi. Syarifah Aminah

vii. Suhada

viii. Atifah

ix. Aziah, Azuan, Zek, Efa dan Basir

x. Amri dan Zaleha

xi. Taufik

5) Latar

i. Latar Masa

ii. Latar Tempat

iii. Latar Masyarakat

2) Teknik Penceritaan

3) Gaya Bahasa

4) Nilai

i. Nilai Pengajaran

ii. Nilai Kemanusiaan

1

Page 2: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

WARNA HATI SEORANG DATIN

( Rahman Haji Yusof )

SINOPSIS

Cerpen “Warna Hati Seorang Datin” karya Rahman Haji Yusof ini mengisahkan

seorang Datin yang cuba menyatukan kembali keluarganya apabila kematian suaminya,

Datuk. Semasa hayat Datuk, Datin cukup terluka kerana dimadukan. Datuk pernah

bernikah dengan seorang wanita dan mendapat dua orang anak, tetapi kemudiannya

bercerai ketika anak mereka masih kecil. Datuk kemudiannya bernikah dengan Syarifah

Aminah di Kelantan dan berpisah lagi setelah mendapat seorang anak. Ketika Datuk

menghembuskan nafas terakhirnya, beliau mempunyai dua orang isteri, iaitu Datin dan

Siti Halijah yang mempunyai dua orang anak yang masih kecil, yang bernama Zul dan

Zety. Datin yang terluka hatinya kerana dimadukan membenci akan madu-madunya. Dia

juga tidak berhasrat untuk mengenali anak-anak tirinya. Namun begitu, Datuk

mempunyai impian iaitu mahukan Datin menerima isteri dan anak-anaknya yang lain.

Oleh itu, untuk memenuhi impian Datuk, Datin cuba menyatukan kembali semua anak

Datuk, malah cuba bermesra dengan isteri dan bekas isteri Datuk pada hari kematian

Datuk.

TEMA

Cerpen “Warna Hati Seorang Datin” karya Rahman Haji Yusof ini bertemakan

tentang hubungan kekeluargaan yang renggang. Pengarang memberikan penekanan

hubungan kekeluargaan yang dikaitkan dengan pengorbanan seorang isteri untuk

memenuhi hasrat arwah suaminya untuk menyatukan isteri dan anak-anaknya yang lain.

Kebencian Datin terhadap madu dan anak-anak tirinya menyebabkan hubungan

antara mereka renggang dan tidak mesra. Oleh sebab Datin terlalu mengikut hatinya yang

terluka itu, hasrat Datuk yang mahu melihat keluarganya bersatu, terkubur bersamanya

pada hari kematiannya

Walau bagaimanapun, kematian Datuk menyebabkan rasa kekosongan dalam diri

Datin dan dia mengharapkan kematian Datuk akan meninggalkan rasa insaf dalam setiap

keluarga. Baginya, kematian itu seharusnya dapat mengeratkan kasih sayang yang

2

Page 3: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

terputus. . Keinsafan Datin membuatkannya nekad berusaha untuk mempertemukan

semua ahli keluarga untuk disatukan.

Oleh yang demikian, Datin merasakan bahawa dia merupakan orang yang

bertanggungjawab mengambil peranan besar dalam menyatukan semula madu dan anak-

anak tirinya sebagaimana harapan arwah suaminya semasa masih hidup. Akhirnya,

impian Datin tertunai apabila berlaku sejarah pertemuan keluarga yang amat berharga di

rumah pusaka peninggalan arwah suaminya.

PERSOALAN

1. Kasih sayang.

Contoh: Datuk sangat menyayangi anak-anaknya iaitu Zety dan Zul.

2. Ketabahan dalam menghadapi cabaran rumah tangga.

Contoh: Siti Halijah sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran hidup walaupun madu

dan anak-anak tiri sangat membencinya kerana dikatakan telah merampas suami orang.

3. Amalan poligami dan cerai dalam perkahwinan.

Contoh: Semasa hidup, Datuk pernah berkahwin dengan empat orang isteri. Walau

bagaimanapun, hanya isteri pertama dan isteri keempat yang kekal manakala isteri kedua

dan ketiga telah diceraikannya. Semasa hayatnya Datuk merupakan seorang yang

mempunyai dua orang isteri iaitu Datin Dan siti Halijah.Datuk juga pernah berkahwin

dengan Cikgu Juliah dan Syarifah Aminah tetapi tidak kekal kerana mereka bercerai.

4. Permasalahan hidup isteri yang dimadukan suami / pergolakan dalam alam

rumah tangga kesan daripada amalan poligami.

Contoh; Datin amat benci dengan madunya iaitu Siti Halijah dan anak-

anaknya.Sehinggakan dia mendidik anak-anaknya membenci madu dan darah dagingnya

3

Page 4: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

5. Kerjasama dalam melakukan sesuatu kerja.

Contoh: Semasa kematian Datuk, jiran-jiran tetangga, sahabat handai dan saudara-mara

telah datang untuk menolong menyelesaikan tugas agar pemergian Datuk berjalan dengan

teratur dan selesai dalam waktu yang paling singkat. Semangat bekerjasama yang

ditonjolkan ini sepatutnya dapat dijadikan teladan kepada semua.

6. Kerengganan hubungan kasih sayang ayah dengan anak

Contoh; Hubungan Datuk dengan sembilan orang anaknya sangat renggang dan tidak

akrab seperti dahulu setelah anak-anaknya dewasa. Malah ada di antara anak – anaknya

yang hampir tidak mengenalinya.

7. Persoalan tanggungjawab seorang lelaki dalam rumah tangganya sebagai suami.

Contoh; Datuk telah menikahi dengan beberapa orang wanita tetapi beliau tidak

bertanggungjawab melaksanakan peranannya sebagai suami untuk membimbing dan

melindungi ahli keluarganya. Datuk menjatuhkan talak kepada Cikgu Jalilah dan

Syarifah Aminah sehingga anak-anaknya tidak mengenalinya sebagai ayah mereka. Ini

kerana Datuk menceraikan isterinya ketika anak – anak mereka masih kecil. Akibat

tindakan Datuk ini, keadaan keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling benci-

membenci.

8. Persoalan rasional dan bertimbang rasa dalam membuat keputusan.

Contoh; Persoalan ini merujuk kepada Datin, iaitu Datin tidak seharusnya mengikut

perasaan dan kata hatinya semata-mata tanpa berfikir akan kebaikan niat Datuk yang

ingin menyatukan keluarga besar mereka. Walaupun Datin dilukai, seharusnya dia cuba

memahami sebab dan alasan Datuk berkahwin lain. Natijah daripada keputusan melulu

dan sikap tidak bertimbang rasa Datin ketika itu telah menghasilkan perpecahan dan

pemusuhan antara anak-anaknya dan anak-anak tirinya. Malah madu-madunya juga

berasa bimbang dan was-was apabila melihat Datin cuba untuk melakukan sesuatu yang

baik pada hari kematian Datuk.

4

Page 5: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

9. Persoalan keretakan silaturahim antara ahli keluarga.

Contoh; Ahli keluarga seharusnya mempunyai perhubungan yang erat dan saling sayang-

menyayangi. Kebahagiaan sesebuah keluarga bergantung kepada corak yang ditentukan

oleh ibu bapa. Cerpen ini memperlihatkan keluarga besar Datuk yang berpecah belah dan

saling benci-membenci sesama mereka. Tindakan Datin yang mengikut perasaan dan

sikap Datuk yang tidak cuba mempertemukan anak-anaknya di serata Malaysia

menyebabkan ada antara anak-anaknya terpinggir, membenci dan membawa diri.

10. Persoalan semangat cinta terhadap negara dalam kalangan masyarakat

Malaysia.

Contoh; Malaysia adalah negara bertuah kerana bebas daripada masalah besar seperti

bencana alam, krisis ekonomi, jenayah antarabangsa, perpecahan kaum dan rusuhan,

ancaman pengganas, peperangan dan pembunuhan dan sebagainya. Justeru, sebagai

warganegara Malaysia, kita seharusnya bersyukur dan mempunyai jiwa merdeka dan

semangat kenegaraan yang tinggi terhadap tanah air kita. Jadikanlah peristiwa 13 Mei

sebagai iktibar terbaik agar keharmonian hidup pelbagai kaum ini terpelihara daripada

bisikan oleh mereka yang berniat menghancurkan kedaulatan negara kita. Kita perlu

mencontohi semangat Datuk yang berusaha bersungguh- sungguh menyedarkan dan

memupuk semangat patriotisme ke dalam jiwa penduduk di sekitar taman perumahannya.

11. Persoalan pengamalan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat.

Contoh; Nilai-nilai murni adalah sifat-sifat yang baik yang seharusnya menjadi pegangan

setiap orang. Masyarakat yang mempunyai kesedaran sivik dan berjiwa murni akan

melahirkan individu yang penyayang dan peka dengan keadaan sekelilingnya. Kita

contohilah masyarakat di taman perumahan Datuk yang berduyun-duyun menziarahi,

membantu dan bergotong-royong, menyumbang derma serta memberikan suntikan dan

kata-kata semangat kepada Datin yang telah kematian suaminya. Malah mereka sangat

menghormati Datuk yang telah berjasa dan berbakti kepada masyarakat mahu pun negara

semasa hayatnya.

5

Page 6: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

WATAK DAN PERWATAKAN

1. Datin

→ Watak utama dalam cerita.

→ Merupakan isteri tua Datuk dan kekal menjadi isteri sehingga nafasnya yang

terakhir dan mempunyai sembilan orang anak hasil perkongsian hidup dengan Datuk iaitu

antaranya Jahara, Suhada, Afifah, Aziah, Azuan, Zek, Efa, Basir. Seorang anaknya iaitu

Basir mengalami cacat anggota.

→ Berasa terluka kerana dimadukan dan membenci madu-madu dan anak-anak

tirinya. Oleh sebab itu dia enggan berbaik-baik dengan mereka. Datin sangat membenci

madunya yang bernama Siti Halijah sebelum kematian Datuk. Contoh: Datin

menganggap Siti Halijah sebagai perampas suami.

→ Memainkan peranan agar anak-anaknya tidak mengenali adik-beradik tiri mereka

yang lain walaupun titisan darah di tubuh masing-masing adalah titisan darah daripada

seorang bapa dengan menghasut dan meracuni pemikiran anak-anak cupaya membenci

isteri dan anak-anak datuk yang lain.

→ Insaf akan kesilapan diri. Contoh: Datin yang membenci madu-madunya termasuk

anak-anak tirinya menaruh insaf yang mendalam di dalam diri dengan cuba untuk

memperbaiki hubungan antara mereka supaya kasih sayang yang terputus kembali

terjalin.

→ Datin seorang yang keras hati kerana dia tetap bertegas mendengar kata hatinya

yang dilukai. Akibatnya, hasrat Datuk untuk memperkenalkan dan menyatukan dia

dengan madu dan anak tirinya semasa hayatnya telah gagal.

→ Datin berpendapat bahawa Datuk telah melakukan kesilapan apabila tidak

merancang pertemuan anak-anak khususnya yang menjauhkan diri seperti Taufik

(Kelantan), Amri (Kota Kinabalu) dan Zaleha (Sarawak). Malah anak-anak yang tua

tidak dibajai perasaan menyayangi adik-beradik. Seharusnya Datuk memberitahu kepada

mereka mengenai adik-beradik yang lain dan bukannya menyimpan rahsia sehingga

membiarkan Amri dan Zaleha menjalani kehidupan sendirian. (halaman 69).

6

Page 7: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

→ Seorang yang pemarah dan bertindak melulu. Contoh, madunya, Siti Halijah

menjadi tergamam apabila Datin menelefonnya kerana bimbang Datin mahu

menyerangnya sekali lagi sebagaimana peristiwa lima tahun yang lalu. (halaman 61).

→ Datin bersikap ikhlas untuk menerima dan berbaik-baik dengan madu-madunya.

Keikhlasannya itu mendorongnya untuk menelefon madu-madunya dan mempertemukan

semua ahli keluarga Datuk bersama-sama pada hari kematian itu. Malah dia berhasrat

untuk memanggil mereka menetap bersamanya di rumah itu. (halaman 74).

→ Dia berbelas kasihan dan penyayang terhadap anak yatim. Melihat Zety yang

tertidur di sebelah jenazah ayahnya, Datin meminta Zety ditidurkan di dalam biliknya.

Dia berasa kasihan terhadap Zety dan entah mengapa dia menaruh rasa insaf yang

mendalam di sudut hatinya. (halaman 68).

→ Datin mempunyai sikap yang mudah mesra. Dalam masa yang singkat, Datin

mudah serasi dengan Zety dan Zul dan menganggap anak-anak tirinya itu bagai anaknya

sendiri. Dia melayan mereka dengan mesra dan baik sekali. Layanan ini menimbulkan

kebencian anak-anak Datin yang sedang memerhatikannya. (halaman 68).

→ Akhirnya Datin insaf dan bersikap pemaaf serta terbuka pada hari pemergian

Datuk. Buktinya, “Datin menyambut dengan penuh terharu. Mereka bersalaman.

Berpelukan. Sama-sama merenung ke dalam mata masing-masing.” Dalam halaman 61,

Datin akhirnya insaf dan menerima Siti Halijah. Datin tidak lagi benci-membenci dan

beriri hati seperti masa lalu.

2. Datuk

- Merupakan watak kedua terpenting yang meninggal dunia dan menjadi titik tolak plot

cerpen ini. Dia adalah seorang pemimpin rukun tetangga yang dikasihi, dihormati dan

disegani oleh semua anak buahnya. Datuk adalah pemimpin yang tetap unggul kerana

kewibawaan yang dimilikinya. (halaman 58).

- Datuk merupakan bekas pegawai tinggi kerajaan. Semasa Allahyarham Tun Abdul

Razak merancang untuk membuka FELDA, Datuk terlibat sama. (halaman 75)

- Seorang pemimpin yang dikasihi, dihormati dan disegani. Semasa peristiwa 13 Mei,

Datuk mendapat layanan baik daripada kaum Cina kerana Datuk dianggap seorang

7

Page 8: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

pegawai kerajaan yang berjasa. Dia mendapat kawalan baik daripada kaum bukan

Melayu. (halaman 76).

- Pernah menikahi empat orang wanita. Dua daripadanya kekal menjadi isteri sehingga

nafasnya yang terakhir. Isteri pertamanya adalah Datin yang mengikat mati kasihnya.

Isteri kedua bernama Cikgu Jalilah dan isteri ketiga ialah Syarifah Aminah daripada

Kelantan. Kedua-duanya diceraikan sebelum akhirnya Datuk menikahi Siti Halijah yang

menjadi isteri muda Datuk. (halaman 60)

- Seorang yang mengamalkan sikap kesederhanaan dalam kehidupan. Contoh: Datuk

lebih senang tinggal di kawasan perumahan yang sederhana tetapi dihuni oleh pelbagai

kaum.

- Datuk dikurniakan 14 orang anak daripada keempat-empat isterinya. Bersama Datin,

Datuk memperoleh sembilan orang anak, iaitu Jahara, Suhada, Afifah, Aziah, Azuan,

Zek, Efa, dan Basir (cacat anggota); bersama Cikgu Jalilah pula Datuk memperoleh Amri

dan Zaleha yang masing-masing kini menetap di Sabah dan Sarawak. Pernikahan dengan

Syarifah Aminah pula, Datuk dianugerahi seorang anak perempuan bernama Taufik. Dia

kekal menetap di Kelantan. Melalui Siti Halijah, Datuk mendapat dua orang cahaya mata

yang amat dikasihinya, iaitu Zety dan Zul. Anak-anaknya yang bongsu ini menjadi

tempat Datuk mencurahkan segala kasih sayang yang ada.

- Seorang yang banyak berjasa kepada masyarakat. Contoh: Datuk mempunyai jasa yang

besar terhadap kawasan perumahan dengan berjaya menyatupadukan pelbagai kaum yang

ada di kawasan tersebut.

- Seorang yang kurang bertanggungjawab terhadap anak-anak. Contohnya: Setelah

bercerai dengan cikgu Jalilah, Datuk telah mengabaikan tanggungjawab dengan

membiarkan anak-anak hasil perkongsian hidup mereka hidup sendiri iaitu Amri dan

Zaleha.

- Punca kepada kerenggangan hubungan keluarga. Contoh: Semasa masih hidup, Datuk

gagal mengeratkan hubungan kasih sayang bersama anak-anak sendiri kerana sikap

Datuk sendiri yang tiada usaha untuk menghimpunkan anak-anak pada suatu pertemuan.

- “Datuk seorang yang disayangi oleh teman-teman. Jasa-jasanya terhadap kawasan

perumahan di situ terlalu besar dan perlu dicontohi.” (halaman 62)

- Hasrat Datuk menyatukan keluarganya tertunai setelah kematiannya. Kematiannya telah

8

Page 9: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

menebus kerenggangan antara ahli keluarga yang disebabkan oleh kegagalannya

menghimpunkan anak- anaknya. Pada hari pengebumiannya, semua isteri dan anaknya

bertemu di bawah satu bumbung.

- Seorang yang berjiwa patriotik. Dia sempat menanamkan betapa pentingnya perasaan

cinta akan negara kepada setiap penduduk di kawasan perumahannya. Dia mahu melihat

setiap kaum berbaik- baik antara satu sama lain dan ingin melihat taman perumahan itu

dijadikan contoh. ( halaman 76).

- Datuk mempunyai pandangan bahawa menanamkan semangat cinta kepada negara

adalah sangat berharga daripada sebarang bentuk pembangunan. (halaman 76).

3. Siti Halijah

Isteri Datuk yang muda. Mereka dikurniakan dua orang anak, iaitu Zety yang

berusia empat tahun dan Zul berusia 18 bulan. Kedua-dua anak ini menjadi tempat

tercurahnya sisa kasih sayang Datuk berbanding anak-anak lain yang sudah dewasa.

Seorang yang cukup tabah. Dia bersabar dengan tindakan Datin yang

menyerangnya lima tahun lalu. Dia juga menerima dengan linangan air mata apabila

Suhada memaki hamun, menuturkan kata-kata yang kesat dan meluahkan pelbagai

tuduhan dan kejian terhadapnya sebaik sahaja berkahwin dengan Datuk. (hal 67).

Seorang yang reda dengan qadak dan qadar Allah. Dia memujuk hatinya

menerima dengan tenang akan berita kematian Datuk. Buktinya, Siti Halijah ada berkata

“Pergilah wahai kekasihku, suamiku...Walaupun aku berat untuk melepaskan, namun itu

takdir Illahi...” (hal 63).

Seorang yang sangat menyayangi suaminya. Contoh: Siti Halijah sangat

mengasihi suaminya walaupun perkahwinan mereka banyak menempuh cabaran.

Siti seorang yang merendah diri dan sedar bahawa kehadirannya di dalam

keluarga besar Datuk adalah tidak dialu-alukan sama sekali. Jahara dan Suhada

menentang keras perkahwinannya dengan ayah mereka seolah-olah Siti Halijah adalah

madu dan bukannya ibu tiri mereka. (hal 62) Siti Halijah tidak diiktiraf sebagai ahli

keluarga Datuk. (hal 67).

Seorang yang berhati mulia kerana memaafkan Datin yang pernah menyerangnya

lima tahun dahulu. Dia menggagahkan dirinya untuk datang memberi penghormatan

9

Page 10: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

terakhir kepada Datuk dan dia dapat merasai keikhlasan Datin yang mahu berbaik-baik

dengannya.

Seorang yang sabar dan boleh mengawal diri. Contoh: Siti Halijah menerima

dengan sabar tuduhan atau kata-kata kesat daripada Datin dan anak-anak tirinya yang

menentang perkahwinannya dengan Datuk..

4. Jahara

Anak Datin dan Datuk yang sulung. Dia sudah berkahwin dan mempunyai suami

bernama Iskandar.

Watak sampingan dalam cerita. Seorang yang mata duitan dan mementingkan

diri. Ketika semua tetangga dan saudara-mara sibuk menguruskan jenazah Datuk, dia dan

suaminya sibuk mengira wang derma mereka adik-beradik. Malah, dia berhasrat untuk

meminta wang daripada Amri, Taufik dan Zaleha setelah mereka tiba kelak.

Dia sangat membenci Siti Halijah. Meski pun di dalam kesedihan, masih terselit

perasaan bencinya kepada Siti Halijah yang datang ke rumahnya. Buktinya, pada

halaman 65, Jaharah bermonolog mempertikaikan tindakan ibunya memanggil Siti

Halijah ke rumah mereka.

Jaharah beradiktirikan Amri dan Zaleha ketika masih kecil lagi namun, dia masih

tidak mengenali kedua-dua adik tirinya itu. ( halaman 65) Dia hanya mengenali Zety dan

Zul.

Seorang anak yang derhaka kerana melawan perintah ibunya serta

mempertikaikan kebaikan yang dilakukan oleh ibunya. “Jahara macam tidak mendengar

teriakan ibunya walaupun di bersimpuh di depan pintu setelah selesai menghitung wang.

Dia berpaling ke arah lain.” ( halaman 66 ).

Jahara mengerti bahawa keriangan yang ditunjukkan bapanya semasa hidupnya

adalah berpura-pura sahaja demi menyembunyikan kesepian yang menginap di hati.

Anak-anaknya hanya mencurahkan kemesraan kepada ibu mereka. Oleh sebab itu, bapa

tidak banyak berinteraksi ketika pulang ke rumah. (halaman 73).

10

Page 11: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

5. Cikgu Jalilah

→ Menjadi isteri Datuk yang kedua. Perkahwinan mereka kekal untuk beberapa

tahun sahaja sebelum akhirnya bercerai. Mereka berpisah semasa anak-anak masih kecil.

( halaman 60 ).

→ Sudah berpisah dengan Datuk selama 25 tahun. Dia tergerak untuk menziarahi

bekas suaminya setelah menerima berita kematian itu.

→ Menetap di Singapura.

→ Cikgu Jalilah masih mencintai bekas suaminya itu. ( halaman 73 ).

→ Mempunyai 2 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Datuk iaitu Amri dan

Zaleha. Amri dan Zaleha dibesarkan olehnya secara sendirian. Mereka tidak

diperkenalkan oleh Datuk kepada adik-beradik yang lain. ( halaman 64 ).

→ Amri dan Zaleha tidak pernah datang menjenguk Datuk apalagi mahu berkenalan

dengan adik-beradik tiri lainnya. (hal 65)

Watak-watak Lain

1. Syarifah Aminah

- Isteri ketiga Datuk.

- Dikurniai seorang anak sahaja hasil perkongsian hidup dengan Datuk iaitu Taufik.

2. Suhada

- Anak Datuk dan Datin.

- Sangat membenci Siti Halijah.

- Seorang yang kasar. Contoh: Suhada menuturkan kata-kata yang kesat kepada Siti

Halizah sebagai tanda penentangannya terhadap perkahwinan Siti Halijah dengan

ayahnya.

3. Atifah

- Anak Datuk dan Datin.

- Tidak menyukai ibu tirinya iaitu Siti Halijah.

- Anak sulungnya berumur dua tahun.

11

Page 12: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

4. Aziah, Azuan, Zek, Efa dan Basir.

- Anak-anak Datuk dan Datin.

- Basir mengalami cacat anggota.

4. Amri dan Zaleha

Anak Datuk dan Cikgu Jalilah. Amri tinggal di Sabah manakala Zaleha pula

tinggal di Sarawak.

Mempunyai hubungan yang renggang dengan ayah mereka. “Amri di KK begitu

sombong. Dia semacam tidak mahu mengakui Datuk sebagai bapanya. Begitu juga

dengan Zaleha.” (halaman 66 ).

Dibesarkan oleh ibunya secara sendirian setelah ibu bapanya bercerai sejak 25

tahun lalu.

Sikap keras kepala mendorong mereka untuk tidak mahu bertemu dengan

bapanya walaupun sekali.

Mereka berbudi bahasa kerana memohon maaf kepada Datin atas kelewatan

mereka. Amri dan Zaleha selamat tiba di rumah Datuk pada waktu malam selepas solat

Maghrib. (halaman 79 ).

5. Taufik

- Anak Datuk dengan Syarifah Aminah.

- Tinggal di Kelantan.

12

Page 13: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

LATAR

1. Latar Tempat

Rumah pusaka – Rumah peninggalan arwah suami Datin. Ruang legar

KLIA – tempat Amri, Zaleha dan Taufik bertemu sebelum berangkat ke

rumah Datin.

Kawasan FELDA

Kota Kinabalu, Sabah - Tempat Amri menetap. Surau

Sarawak – Tempat Zaleha menetap. Ruang tamu rumah Siti

Halijah Singapura – Rumah cikgu Jalilah. Bilik Datuk Kelantan – Tempat Taufik menetap. Kawasan perumahan

2. Latar Masa

Berlaku 1 hari iaitu bermula pada waktu subuh

sehinggalah malam.

- lima tahun lalu

Awal subuh-apabila Datuk menghembuskan

nafasnya yang terakhir

- 25 tahun lalu

Petang –pengkebumian jenazah datuk - Selepas solat Maghrib

Malam-tetamu sembahyang maghrib berjemaah dan

kedatangan anak arwah Datuk iaitu Amri, Zaleha

dan Taufik.

- Malam

Petang, matahari beransur turun ke barat - Pagi, matahari sedang naik

3. Latar / citra Masyarakat

13

Page 14: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

1. Masyarakat yang berbilang kaum – Cina, Melayu, penduduk taman perumahan.

Masyarakat Malaysia yang berbilang negeri – Kelantan (Taufik), Zaleha (Sarawak), Amri

(Kota Kinabalu, Sabah).

2. Masyarakat yang terdiri daripada pemimpin dan pegawai kerajaan, pendidik –

Tun Abdul Razak, Datuk, Cikgu Jalilah.

3. Masyarakat mempunyai keluarga yang besar – Datuk dan isteri-isterinya.

4. Masyarakat yang bermusuhan – Peristiwa 13 Mei.

5. Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan, Contoh; jiran-jiran dan

sahabat Datuk datang menziarahi Jenazah Datuk setelah berita kematian datuk tersebar

dan mengucapkan takziah kepada Datin. Ramai tetamu datang menziarahi arwah Datuk,

ada yang membacakan ayat-ayat Al- Quran dan ada yang bersedekah kepada keluarga

arwah.

6. Masyarakat yang penyayang, Contoh; Datuk sangat menyayangi Siti Halijah dan

2 orang anaknya iaitu Zety dan Zul.

7. Masyarakat yang mengamalkan amalan berpoligami.contoh; Datuk mengamalkan

hidup berpoligami iaitu dengan berkahwin sebanyak 4 kali, tetapi hanya 2 orang isteri

yang kekal iaitu Datin dan Siti Halijah. Manakala isteri kedua iaitu Cikgu Jalilah dan

isteri ketiga Syarifah Aminah diceraikan.

8. Masyarakat yang suka menderma. Contoh: Ramai tetamu yang hadir menziarahi

jenazah Datuk menderma kepada Datin sebagai tanda simpati.

9. Masyarakat yang mengamalkan amalan bergotong royong. Contoh;jiran-jiran dan

saudara mara Datuk bergotong royong menguruskan jenazah Datuk.

10. Masyarakat yang mentaati perintah Allah SWT. Contoh; Para tetamu yang

menziarahi bersembahyang maghrib berjemaah dan kemudian membaca Al- Quran.

11. Masyarakat yang suka memaki hamun. Contoh; Suhada anak kedua Datin

memaki hamun Siti Halijah melalui telefon iaitu dengan menuduh Siti Halijah perampas

suami orang kerana dia tidak boleh menerima kehadiran ibu tirinya itu.

TEKNIK PENCERITAAN

14

Page 15: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

1. Imbas Kembali

Ketika Datin menelefonnya, Siti Halijah menjadi tergamam dan bimbang jika Datin mahu

menyerangnya seperti lima tahun yang lalu. ( halaman 61).

2. Monolog

“Pergilah wahai kekasihku, suamiku... Walaupun aku berat untuk melepaskan, namun itu

takdir Illahi. Sampai masanya aku akan pergi jua.” ( halaman 63).

“Mengapa ibu memanggil isteri muda bapa apabila bapa menghembuskan nafasnya yang

terakhir? Mengapa? Biarkan saja bapa pergi tanpa iringan perempuan itu. Bukankah

selama ini ibu amat membencinya? Ibu tidak pernah membayangkan...” (halaman 65).

3. Dialog

“Hantarkan ia ke bilik bapanya.”

“Tak mengapalah.”

“Jahara, ambil adik. Tidurkan di dalam bilik bapa.” (halaman 66).

4. Imbas Muka

Siti Halijah membuat spekulasi bahawa Datin mungkin telah termakan fitnah seseorang

yang menyebabkan dia mungkin diserang oleh Datin sekali lagi. Atas sebab ini, Datin

telah menelefonnya seawal subuh lagi. ( halaman 61)

5. Suspens

Siti Halijah berdebar-debar ketika sampai di halaman rumah Datin. Setelah pelbagai

dugaan dan liku-liku yang dilalui pada awal perkahwinannya, dia menjadi bimbang. Dia

merasakan kehadirannya diperhatikan sentiasa bagaikan seorang penjenayah.

( halaman 62 )

GAYA BAHASA

15

Page 16: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

1. Personifikasi.

i. Dingin pagi terasa menggigit tulang ( halaman 58)

ii. Matahari belum muncul menyingkap tabir langit di ufuk timur. ( halaman 58)

iii. “...redup matahari masuk dengan begitu sopan menuju tempat jenazah Datuk.”

( halaman 61).

2. Similie

i. dadanya berdebar seperti dikejutkan oleh guruh pagi (halaman 61).

ii. malah kehadirannya di rumah itu bagaikan seorang penjenayah yang sedang

diperhatikan (halaman 62)

3. Repitisi Anafora

“Tunggu apa lagi, mak?”

“Tunggu apa lagi, Datin?”

“Tunggu apa dan siapa?” ( halaman 70)

4. Hiperbola

i. Terasa sayu membelah hati. (halaman 75).

ii. “...mendengar luahan yang berapi-api itu, dia...” (halaman 67).

iii. “...terasadapatmengubathatiyang berdarah.” (hal 79)

5. Simbolik

i. “...mereka merempuh liku-liku berduri pada awalnya.” ( halaman 62).

ii. “Datuk sepatutnya sudah sampai di tempat istirehat yang panjang.” (halaman 70)

6. Ironi

16

Page 17: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

“Suaminya dapat menyatupadukan pelbagai kaum di taman perumahan di situ, tetapi gagal

untuk mengeratkan hubungan kasih sayang bersama anak-anak sendiri.” ( halaman75)

7. Perulangan

“...berita itu meluas meniti dari satu telefon ke satu telefon, daripada seorang jemaah

kepada seorang jemaah, daripada seorang teman kepada seorang teman yang lain,

menyebabkan ramai...” ( halaman 58).

8. Simile

i. “Siti sedar tentang kedatangannya dalam keluarga besar itu seperti seorang usafir.”

( halaman 62).

ii. “...kehadirannya di rumah itu bagaikan seorang penjenayah yang sedang

diperhatikan.” ( halaman 62).

9. Diksi – pemilihan kata yang puitis

“Dia termenung, dan menungan itu berlarutan sehingga tidak terasa bahawa malam

menodai keriangan siang, membawakan kegelapan yang menyerkup keliling.”

( halaman 76).

“Alangkah cantiknya warna hati Datin kini.” ( halaman 77).

NILAI DAN PENGAJARAN

17

Page 18: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

Nilai Kemanusiaan

1. Nilai Semangat Kejiranan

Contoh: Jiran-jiran dan sahabat Datuk datng menziarahi jenazah Datuk setelah berita

kematian Datuk tersebar dan mengucapkan takziah kepada Datin.

2. Nilai Menziarahi

Contoh: Ramai tetamu datang menziarahi arwah Datuk ,ada yang membacakan ayat-ayat

alquran dan ada yang bersedekah kepada keluarga arwah.

3. Nilai Muafakat

Contoh: Jahara dan adik-adiknya bermuafakat untuk menyumbangkan wang sedikit

seorang untuk menguruskan jenazah arwah bapanya.

4. Nilai Keinsafan

Contoh: Datin insaf dan kesal atas perbuatannya dahulu dengan membenci madu dan

menyuruh anak-anaknya juga turut membenci ibu tirinya. Apabila Datuk meninggal

Datin insaf dan cuba menyatukan seluruh keluarganya demi untuk memenuhi hasrat

Datuk.

5. Nilai Keprihatinan dan Tolong Menolong

Contoh: Jiran-jiran,dan tetamu yang datang menziarahi jenazah Datuk telah menguruskan

Jenazah Datuk sehingga selesai.

6. Nilai Kepatuhan Kepada Agama,

Contoh: Para tetamu yang datang ke rumah Datin bersembahyang maghrib berjemaah

dan membaca Al Quran.

7. Nilai Kasih Sayang

Contoh: Datuk sangat menyayangi anaknya iaitu Zety dan Zul.

8. Nilai Ketabahan

Contoh: Siti Halijah tabah dan cekal menghadapi dugaan bermadu, dia pernah dibenci,

dihina oleh anak –anak dan isteri pertama Datuk.tetapi dia tabah menghadapinya.

NILAI

18

Page 19: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

1. Nilai tolong-menolong. Kerjasama, toleransi dan kesepakatan dan sikap

tolong-menolong perlu menjadi amalan semua individu. Dalam cerpen ini, tugas

pengebumian jenazah Datuk berjalan mudah dan lancar kerana dilakukan secara

bergotong-royong oleh saudara-mara, sahabat handai dan jiran tetangga.

2. Nilai keredaan. Apabila kita kehilangan sesuatu atau seseorang yang begitu

kita sayangi, hendaklah kita merelakannya dan berharap agar kita mendapat rahmat dan

keberkatan oleh Allah. Keredaan Datin dan madu-madunya terhadap pemergian Datuk

mendapat balasan yang baik apabila akhirnya keluarga mereka berjaya disatukan dan

permusuhan yang pernah wujud di antara mereka dapat dileraikan.

3. Nilai maaf dan memaafi. Maaf akan dapat mengeratkan silaturahim dan

mengendurkan kemarahan dan kebencian yang bersarang dalam hati seseorang. Datin

insaf dan memohon maaf kepada madu-madu dan anak-anak tirinya dengan menjemput

mereka ke rumah untuk memberi penghormatan terakhir. Malah, Datin mahu mereka

menetap bersama untuk memperbaiki hubungan. Begitu juga dengan Siti Halijah dan

Cikgu Jalilah serta Amri dan Zaleha yang akhirnya pulang menemui Datin di rumahnya.

4. Nilai kasih sayang. Kasih sayang antara ahli keluarga mungkin akan terhapus

kerana persengketaan, perbalahan mahupun salah faham. Namun begitu, perasaan kasih

sayang dan kemesraanlah yang dapat mengekalkan hubungan silaturahim dan menjamin

kebahagiaan sesebuah keluarga. Dalam cerpen ini, kematian Datuk mengeratkan kasih

sayang yang hampir terputus. Malah hubungan antara empat pihak kembali pulih dan

bertaut.

5. Nilai ikhlas. Ikhlas adalah sifat hati yang suci, tidak berpura-pura dan

merelakan. Sifat ikhlas perlu dalam memastikan perhubungan antara sesama manusia

berteraskan kejujuran supaya silaturahim akan berpanjangan. Datin ikhlas apabila

menjemput madu-madu dan anak-anak tirinya ke rumahnya agar keretakan keluarga itu

dapat diurungkan dan mereka dapat meneruskan lembaran baru.

6. Nilai kemurahan hati. Sifat menderma dan berkongsi sesuatu yang kita miliki

akan dapat meringankan kesusahan seseorang yang mungkin memerlukannya. Sebagai

contohnya dalam cerpen ini, saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai yang hadir

telah menyumbangkan derma dan membantu Datin menguruskan pengebumian Datuk.

7. Nilai keprihatinan. Sebagai manusia yang berperasaan, kita perlu menyedari

19

Page 20: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

bahawa kita hidup secara majmuk bersama orang lain yang mempunyai kepelbagaian

ragam dan sikap. Oleh itu, untuk menjadi seorang yang baik, terlebih dahulu kita perlu

peka dengan keperluan emosi orang lain. Dalam cerpen ini, pengarang menggambarkan

penziarah tidak mahu berkata apa-apa kerana mereka mengutamakan perasaan sedih tuan

rumah. ( halaman 67).

PENGAJARAN

1. Hargai dan sayangilah keluarga kita. Janganlah bersengketa sesama saudara

atau adik-beradik. Keluarga adalah orang yang paling akrab dengan diri kita. Kita

perlulah bersabar, berbincang dan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh ahli

keluarga kita. Persaudaraan seharusnya lebih merapatkan hubungan dan tidak sepatutnya

perselisihan menjadi punca kepada perpecahan. Datin sedar bahawa perpecahan dan

perbalahan dalam keluarganya tidak membawa sebarang kebaikan.

2. Bersikaplah murah hati dengan bersedekah atau bantu-membantu kepada

mereka yang memerlukan. Sifat murah hati akan memurahkan rezeki kita. Malah kita

juga akan dihormati dan dikasihi oleh orang lain. Dalam cerpen ini, semua kenalan yang

mengenali Datuk telah datang untuk memberikan sumbangan kewangan dan juga tenaga

dalam memastikan pengurusan jenazah Datuk berjalan dengan sempurna.

3. Kita perlulah menziarahi kenalan atau keluarga kita yang ditimpa musibah.

Menziarahi kematian adalah amalan yang mulia dan dapat memupuk keinsafan. Malah, ia

menunjukkan bahawa kita sudi berkongsi kesedihan yang sedang menimpa keluarga yang

terbabit. Semua sahabat handai, jiran tetangga dan saudara-mara yang datang berkumpul

dapat bantu-membantu disamping memberikan penghormatan terakhir mereka kepada

jenazah.

4. Kita perlulah selalu berbuat baik dan berbakti kepada sesiapa jua. Orang yang

gemar melakukan kebaikan akan tetap disanjung dan dikenang melalui kebaikan dan jasa

yang ditaburkan. Nama Datuk tetap dikenang dan diingati oleh penduduk taman

perumahannya kerana jasanya membantu penduduk setempat.

5. Sebagai umat Islam, peliharalah hubungan silaturahim dan persaudaraan

sesama kita. Islam mengajar kita agar menyebarkan salam kepada sesama umat dengan

20

Page 21: Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

tujuan silaturahim akan terjalin dan kasih sayang akan bertaut sebagaimana sunah

Rasullulah SAW. Elakkan sikap hasad dan cemburu demi memanjangkan perhubungan

yang diredai oleh Allah. “Para tetamu membacakan ayat-ayat suci, setelah menunaikan

solat Maghrib di ruang tamu rumah Datin. Keakraban jiran telah memanjangkan ikatan

silaturahim.” (halaman 77).

6. Sebagai warganegara yang baik, cintailah negara kita dengan sepenuh jiwa.

Kita juga perlulah berusaha untuk memajukan negara serta menyumbang bakti dan jasa

kepada negara meskipun sumbangan kita itu adalah kecil. Misalnya, pergaulan yang baik

antara masyarakat pelbagai kaum dan agama adalah satu usaha untuk memadamkan sifat

perkauman. Dalam cerpen ini, Datuk adalah model terbaik dalam usahanya menyatu

padukan masyarakat Malaysia dan memupuk kecintaan terhadap negara.

21

Nor Azilah bt Rain