kajian mini tentang tanda tingkah laku bermasalah dan penyebab dan cara meluah perasaan dan emosi...
TRANSCRIPT
KANDUNGAN
Bab Tajuk Halaman
Bab 1
1.1
1.2
1.3
1.3.1
1.3.2
1.4
1.5
1.6
1.7
Pengenalan
Definisi Remaja
Konsep dan Definisi Tingkah Laku Bermasalah
Tingkah Laku Bermasalah
Tingkah Laku Bermasalah Negatif
Tingkah Laku Bermasalah Positif
Faktor-Faktor Mempengaruhi Tingkah Laku Bermasalah
Kenyataan Masalah
Tujuan Kajian
Kepentingan Kajian
ms 3
ms 3
ms 4
ms 5
ms 6
ms 6
ms 6 - 7
ms 7
ms 7
ms 8
Bab 2
2.1
2.2
‘Resource Child’
Pengenalan
Tanda Tingkah Laku Bermasalah ‘Resource Child’
ms 8
ms 9
ms 9
Bab 3 Soalan Kajian ms 10
Bab 4 Metodologi Kajian ms 11
Bab 5
5.1
5.2
Hasil Temubual dan Kajian Mini
Perbandingan Dengan Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg
Perbandingan Dengan Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson
ms 11
ms 12
ms 13
Bab 6 Jangkaan Kajian dan Usaha Menambah Baik Tingkah Laku ms 13 - 14
Bab 7 Rumusan dan Penutup ms 15
Bab 8 Bibliografi ms 15
Bab 9 Appendik ms 16
2
Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan
Cara Meluah Perasaan dan Emosi Seorang ‘Resource Child’
BAB 1
PENGENALAN
l.0 Pengenalan
Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah di kalangan remaja menjadi topik
perbincangan di kalangan masyarakat umum. Tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan
ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian seorang remaja. Tingkah laku
bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam perkembangan diri seorang remaja dan dalam
aktiviti sehariannya. Seperti yang diketahui ramai, pendidikan awal adalah dari rumah dan bukan
dari sekolah. Dari rumah, remaja mengambil ibu bapa atau penjaga mereka sebagai role model.
Ibu bapa dan penjaga memainkan peranan utama dalam membentuk keperibadian dan tingkah
laku remaja semasa berada di rumah.
1.1 Definisi Remaja
Perkataan 'remaja' berasal daripada perkataan Latin iaitu "adolescere" atau adolescence
yang bermaksud "membesar" atau "membesar menjadi matang" (Rogers, 1981).
Ini menunjukkan zaman remaja itu merupakan suatu proses dan bukannya satu
jangkamasa. Proses yang dimaksudkan di sini ialah proses mencapai atau memperolehi sikap dan
kepercayaan yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat. Zaman remaja
ini dilihat sebagai satu zaman yang dimulai dengan akil baligh dan berakhir apabila memasuki
alam dewasa. Ia merupakan satu zaman peralihan atau transisi antara zaman kanak-kanak dengan
zaman dewasa.
Definisi remaja ini banyak diperkatakan oleh ahli psikologi dan ada di antaranya
mendefinisikan remaja sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang abstrak,
satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap hidup. Remaja pada
3
umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun atau 13 hingga 25
tahun.
Manakala menurut Kamus Dewan (Edisi Tiga) remaja merupakan mulai dewasa, sudah
akhil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin dan sedang melalui proses inginkan 'cinta'.
Persoalan yang sering dikaitkan dengan pencarian identiti adalah merupakan persoalan
utama bagi remaja. Persoalan "Siapakah saya?", "Apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan
saya?" dan sebagainya yang membawa maksud identiti apa yang membuatkan seseorang remaja
itu berbeza dengan orang lain.
1.2 Konsep dan Definisi Tingkah Laku Bermasalah
Konsep tingkah laku bermasalah adalah perlakuan yang dilakukan secara konsisten dalam
satu jangka masa yang akan memberi kesan buruk dalam perkembangan diri seseorang dan
seterusnya menghalang mereka dari terlibat secara aktif dengan orang-orang di sekeliling
mereka.
Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan
terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat. Tingkah laku bermasalah boleh berupa negatif
atau positif. Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar Psikologi, didapati tingkah laku
bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi apabila
menghadapi perubahan situasi dalam kehidupannya. Ini menyebabkan gangguan emosi dan
aktiviti kehidupan seseorang individu dan seterusnya menganggu kestabilan dan keharmonian
dalaman dan persekitarannya.
Remaja yang menghadapi tingkah laku bermasalah tidak boleh menyesuaikan dirinya
dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini
menjejaskan keadaan dirinya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain.
Di dalam bahasa Inggeris, tingkah laku bermasalah disebut sebagai abnormal behavior iaitu
tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan
tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan
orang dalam masyarakat.
4
1.3 Tingkah Laku Bermasalah
Tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu :-
1.3.1 Tingkah Laku Bermasalah Negatif
Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi :-
Tingkah laku yang menghalang (bergantung) : Tingkah laku ini merupakan
tingkah laku yang boleh membahayakan diri.
Kebimbangan – sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang, tiada
keyakinan diri.
Pengunduran diri – malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak-agak
memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri, sering
menggangap orang lebih baik dari dirinya.
Pengasingan diri – tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-
kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu pada kawan-
kawan.
Tingkah laku yang mengganggu (disruptif): Tingkah laku ini merupakan tingkah
laku yang boleh membahayakan orang lain.
Kelakuan nakal – suka menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat
kawan-kawan sekelas.
Ketawa kuat – ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa
menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya.
Agresif secara lisan / fizikal – menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang
ajar, tidak sopan.
Tingkah laku anti-sosial (distruktif): Tingkah laku ini merupakan tingkah laku
yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat.
5
Permusuhan nyata – suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari pasal
dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya.
Vandalisme – suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng
dinding menggunakan pen, pensil, marker atau tapak kaki, mematahkan
alat pengepam tandas, memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik darjah,
menggores atau menconteng meja.
Klik – mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai
perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik.
1.3.2 Tingkah Laku Bermasalah Positif
Tingkah laku bermasalah positif merangkumi :-
Tingkah laku ingin tahu – sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang
dilihat.
Tingkah laku cepat belajar – cepat menangkap atau ‘ catch up ‘ sesuatu perkara yang
baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat.
Tingkah laku pintar cerdas – sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan
berfikir.
Tingkah laku proaktif – sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan
berbanding kawan-kawan yang lain.
1.4 Faktor-Faktor Mempengaruhi Tingkah Laku Bermasalah
Terdapat beberapa faktor yang di kenalpasti mempengaruhi tingkah laku seseorang
kepada tingkah laku bermasalah. Di antaranya ialah:
1. Mewarisi sifat atau tingkah laku bermasalah – Ketidakseimbangan biokimia dalam diri
seseorang, masalah neurologi atau kecederaan sistem saraf pusat.
2. Faktor Behavioral – Kegagalan mempelajari tingkah laku menyesuaikan diri.
6
3. Faktor Sosiologi – Melabel individu berdasarkan latar belakang dan pengaruh budaya
sesuatu masyarakat.
4. Perubahan dalam sesebuah keluarga, contohnya, kelahiran adik-beradik yang baru,
penceraian atau ibu bapa tiri baru.
5. Pengaruh media massa.
6. Pengaruh dari cerita-cerita ganas dan lucah.
Kajian mini ini di jalankan untuk mengupas di antara tanda-tanda tingkah laku
bermasalah remaja sekaligus mengenalpasti bagaimana cara remaja meluah perasaan dan emosi.
Dan untuk tujuan kajian mini ini, seorang remaja perempuan berusia 12 tahun atau dipanggil
sebagai ‘Resource Child’ telah dipilih.
1.5 Kenyataan Masalah
Berdasarkan penulisan dan pemahaman seperti di atas, maka adalah perlu dijalankan satu
kajian ringkas tentang mengapa ‘Resource Child’ terpilih menunjukkan tanda-tanda tingkah laku
bermasalah, faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku bermasalah dan apakah yang boleh
dilakukan untuk mengawal dan menambahbaik tingkah laku bermasalah ini.
1.6 Tujuan Kajian Mini
Tujuan kajian mini ini dilakukan adalah untuk:
1. Untuk mengenalpasti tanda-tanda tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh
‘Resource Child’.
2. Untuk memahami apakah antara faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku
yang bermasalah.
3. Untuk mengetahui kesan lain terhadap diri dan perlakuan ‘Resource Child’.
4. Untuk berkongsi dengan ‘Resource Child’ kaedah meluah perasaan dan emosinya.
7
5. Untuk membantu ‘Resource Child’ belajar meluahkan perasaannya melalui sesi
soal jawab yang dijalankan.
6. Untuk meramal sekiranya tingkahlaku bermasalah ‘Resource Child’ tidak atau
lambat di tangani.
1.7 Kepentingan Kajian Mini
Kepentingan kajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran yang lebih dekat tentang apa
sebenarnya yang sedang di alami oleh ‘Resource Child’ berdasarkan tanda tingkah laku
bermasalah yang ditunjukkan. Ianya juga untuk kesedaran, pemahaman dan kepekaan
terutamanya kepada kedua ibu bapa, adik-beradik, penjaga mengenai langkah-langkah yang
boleh diambil dalam membantu, memperbaiki dan menambahbaik tingkah laku bermasalah ini.
Kajian mini ini juga dapat menjadi satu panduan kepada pihak kaunseling sekolah untuk terus
membantu dalam mendidik dan membina sahsiah dan kendiri ‘Resource Child’.
BAB 2
‘RESOURCE CHILD’
2.0 Pengenalan
‘Resource Child’ ialah adik Hamizah (bukan nama sebenar) yang berusia 12 tahun dan
kini sedang bersekolah dalam darjah 6 di SMK Bandar Seri Putra. ‘Resource Child’ ini dipilih
berdasarkan tingkah laku yang ketara berbeza dengan tingkah lakunya sebelum ini.
Perubahan tingkah laku ini telah mula di rasai oleh ibu, adik-beradik dan pihak sekolah
yang telah beberapa kali mengadakan sesi kaunseling dengan ‘Resource Child’. Ibu ‘Resource
Child’ merupakan ibu tunggal sejak 5 tahun yang lalu. ‘Resource Child’ mempunyai 3 adik-
beradik lelaki, dan ‘Resource Child’ merupakan anak yang ke-3 dari 4 orang adik-beradik.
Perubahan tingkah laku makin di rasai selepas ‘Resource Child’ bertukar sekolah dari Subang
Jaya ke Bandar Putra, Bangi kerana tinggal bersama ibunya. Sebelum ini, ‘Resource Child’
tinggal bersama ayah kandung, ibu tiri dan adik-beradik tirinya yang lain.
8
2.1 Tanda Tingkah Laku Bermasalah ‘Resource Child’
Tanda-tanda awal yang telah dikenalpasti oleh ahli keluarga ‘Resource Child’ ialah
kecenderungan ‘Resource Child’ untuk menipu dan mengada-adakan cerita seperti cerita cubaan
seseorang menculik dirinya, cerita tentang beg sekolahnya yang hilang dan berbagai-bagai lagi.
‘Resource Child’ juga cenderung untuk melawan ibu dan abang-abangnya apabila ditegah
melakukan sesuatu seperti apabila disuruh berhenti berbalas sms. ‘Resource Child’ juga kerap
tidur dalam jangka masa yang lama di siang hari, berkeadaan dalam kusut masai dengan rambut
tidak terurus dan berkelakuan seperti tomboy.
Tingkah laku bermasalah semakin ketara setelah ‘Resource Child’ berpindah untuk
tinggal bersama ibu dan adik-beradiknya. Di sebabkan statusnya sebagai anak perempuan di
dalam rumah, ‘Resource Child’ telah mendapat sebuah bilik untuk kegunaannya sendiri. Ini
menyebabkan ‘Resource Child’ gemar memencilkan dirinya di dalam bilik yang berkunci.
‘Resource Child’ juga mengambil tindakan untuk menutup setiap tingkap di dalam biliknya
dengan tuala dan kain untuk mengelakkan dari di awasi oleh ibunya.
‘Resource Child’ juga mula menghadapi masalah di sekolah dengan laporan guru-guru
yang mengatakan ‘Resource Child’ ini bijak tetapi kerap kali tidak dapat memberikan
perhatiannya dan seakan-akan berada di dunianya sendiri apabila sesi kelas bermula. ‘Resource
Child’ juga sudah mula menjalinkan hubungan dengan beberapa budak lelaki yang sama usia.
Di dalam satu kejadian di mana ibu ‘Resource Child’ terjumpa beberapa keping surat
yang dihantar kepada ‘Resource Child’ yang mengandungi kata-kata berunsur lucah dan
disebabkan oleh itu, ‘Resource Child’ telah dipanggil dan dimarahi oleh keluarga. Selepas dari
insiden itu, ‘Resource Child’ telah mengambil keputusan untuk lari dari rumah. Keadaan berjaya
dikawal di mana ‘Resource Child’ dijumpai berseorangan di kawasan taman perumahan pada
waktu malam.
Menipu, mengada-adakan cerita,
memencilkan diri, tidak fokus.
Cenderung untuk melawan orang yang
lebih tua darinya.
Kerap tidur dalam jangka masa yang
panjang di siang hari.
Berperwatakkan kusut masai, tidak
terurus, berlagak tomboy.
9
BAB 3
SOALAN KAJIAN
Beberapa bentuk soalan kajian telah disediakan untuk membantu mencapai tujuan kajian
mini ini. Bentuk-bentuk soalan kajian adalah seperti berikut:
1. Soalan Pengenalan yang bertanyakan tentang nama penuh, umur, sekolah, tarikh lahir dan
soalan-soalan lain yang dapat membantu untuk mengenali ‘Resource Child’.
2. Soalan Membina Hubungan iaitu soalan-soalan yang di tanya untuk membina hubungan
sekaligus meletakkan kepercayaan dalam diri ‘Resource Child’ untuk di temubual.
Antara soalan-soalan membina hubungan yang di tanya adalah:
“Miza dah makan ke belum?”
“Macam mana hari persekolahan Miza hari ni?”
“Miza dah siapkan homework sekolah?”
3. Penyataan yang menjurus kepada jawapan bukan lisan dari ‘Resource Child’. Ini
dilakukan melalui pemerhatian, pengamatan dan komunikasi bukan lisan. Contoh
penyataan yang diberikan ialah:
“Cantiklah lukisan Miza ni, Miza ni memang pandai melukis lah…”. Komen ini
diberikan apabila saya melihat lukisan di dinding bilik ‘Resource Child’.
“Bilik ni berbau wangi semacam bau klinik pun ada…”. Komen ini diberikan
apabila saya mendapati sejenis ubat Methanol di halakan ke muka kipas untuk
menyebarkan bau yang boleh mengkhayalkan.
4. Soalan Khusus yang merujuk kepada masalah utama ‘Resource Child’. Contoh soalan-
soalan adalah seperti:
“Kenapa Miza tak bercampur dengan kami kat luar bilik?”
“Miza ok tak mama dan Uncle Syuk nak kahwin bulan 8 ni?”
10
BAB 4
METODOLOGI KAJIAN
Beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk mencapai tujuan kajian mini ini. Kaedah-kaedah
tersebut adalah:
1. Melalui pemerhatian terhadap perilaku ‘Resource Child’, keadaan bilik ‘Resource
Child’, keadaan di rumah, laman akaun Facebook, masa yang di luangkan bersama
keluarga, masa bersama rakan sebaya dan masa semasa sesi temu-bual.
2. Melalui sesi temu-bual bersama ‘Resource Child’.
3. Melalui teknik menemubual dengan membina hubungan dengan bercerita dan
berkongsi tentang pengalaman sendiri.
4. Melalui interpretasi gambar, lukisan dan contengan yang di hasilkan oleh ‘Resource
Child’.
BAB 5
HASIL TEMUBUAL DAN KAJIAN MINI
Dari hasil temubual yang di adakan dan pengamatan yang berlaku, saya mendapati pada
mulanya agak sukar untuk mendekati ‘Resource Child’ kerana tingkah lakunya yang murung dan
suka memencilkan diri. ‘Resource Child’ juga menghadapi masalah untuk meluahkan
perasaannya secara komunikasi lisan dan ini memaksa saya membantu dirinya meluahkan
perasaan secara komunikasi bukan lisan dan melalui penyataan-penyataan yang dapat
membantunya.
Pada awal perbualan, ‘Resource Child’ banyak mendiamkan diri, kelihatan sedih dan
sangat tertekan. Lukisan dan contengan di dinding bilik ‘Resource Child’ banyak membantu
saya dalam meneka apakah masalah yang yang cuba disembunyikan. Contengan seperti “Aku tak
suka dia ada dalam rumah ni” menarik minat saya kerana saya ingin tahu siapakah ‘dia’ yang
dimaksudkan oleh ‘Resource Child’. Apabila dihitung dan di teliti balik jumlah isi keluarga yang
11
ada, saya mendapati kemungkinan besar ‘dia’ bermaksud teman lelaki si ibu ‘Resource Child’
yang baru tinggal bersama mereka. Apabila di tanya samada sangkaan saya benar atau tidak,
ternyata ‘Resource Child’ mengangguk lalu mengalirkan air mata. Berkemungkinan saya telah
dapat membaca masalah yang di alaminya, kelihatan selepas itu ‘Resource Child’ sudah boleh
menyesuaikan diri dengan saya dan sesi temubual yang diadakan. ‘Resource Child’ juga sempat
bertanyakan kepada saya samada apakah yang dilakukan oleh ibu dan teman lelakinya itu betul
atau tidak. Saya bertanya balik kepada ‘Resource Child’ untuk mengetahui jawapannya.
‘Resource Child’ berkata, dia tahu perkara bersekedudukan itu adalah salah di sisi agama tetapi
dia keliru kerana katanya, dia tidak faham kenapa ibunya melakukannya sedangkan seorang ibu
harus menjadi contoh yang baik.
Saya juga mendapati di antara kaedah yang digunakan oleh ‘Resource Child’ meluahkan
perasaan dan emosinya adalah melalui lukisan dan penulisan di dalam diari. Jikalau di lihat di
dinding bilik ‘Resource Child’, boleh didapati gambar masjid dan luahan perasaan mengenai
kerinduannya terhadap rakan-rakan di sekolah lama. Lukisan masjid itu menggambarkan betapa
‘Resource Child’ tahu tentang sedikit sebanyak tentang Islam, suruhan dan larangannya.
‘Resource Child’ juga mempunyai sebuah buku nota yang dijadikan sebagai diari yang disorok
dari bacaan orang lain selain saya dan dirinya.
5.1 Perbandingan Kajian Mini Dengan Teori Perkembangan Moral Lawrence
Kohlberg
Dalam teori perkembangan moral Kohlberg, umur 12 tahun adalah berada dalam tahap
konvensional di mana ianya di dorong oleh peraturan dan undang-undang konventional.
Mengikut teori moral ini, ‘Resource Child’ yang berusia 12 tahun adalah seorang individu yang
mula mengaplikasikan peraturan mengikut ketetapan dan persetujuan ibu bapa, guru, masyarakat
dan pihak berkuasa. Di tahap ini, ‘Resource Child’ menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan
terhadap peraturan yang telah ditetapkan, akur kepada sistem sosial dan etika peraturan dan
menginginkan untuk dilihat sebagai ‘anak yang baik dan mengikut arahan’. Tetapi apa yang
berlaku ada disebaliknya. ‘Resource Child’ secara tidak langsung telah di ajar oleh contoh moral
yang tidak baik oleh individu yang dipercayainya dan ini telah menimbulkan pelbagai kekeliruan
di dalam diri ‘Resource Child’.
12
5.2 Perbandingan Kajian Mini Dengan Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson
Dalam teori Psikososial oleh Erik Erikson, umur 12 tahun adalah dalam tahap di mana
seseorang remaja akan berusaha mencari identiti dan persepsi terhadap dunia mereka sendiri.
Remaja yang mempunyai identitinya akan mencipta rancangan masa depan yang memuaskan
dan rasa selamat. Sebaliknya remaja yang gagal akan memperkembangkan rasa kekeliruan
peranan, hidup yang tidak bermatlamat, rasa tersisih dan sukar membuat keputusan. Dalam
konteks ini, ‘Resource Child’ akan sukar untuk membentuk identiti dirinya sendiri dengan
pelbagai masalah dalaman yang di alaminya. ‘Resource Child’ juga banyak dibelenggu dengan
rasa bersalah kerana baginya, dia tidak berupaya untuk melakukan sesuatu tentang sesuatu yang
dia rasakan tidak betul.
BAB 6
JANGKAAN KAJIAN DAN USAHA MENAMBAH BAIK TINGKAH LAKU
Isu dalaman dan luaran seperti ‘Resource Child’ ini perlu dibantu dengan segera.
‘Resource Child’ sedang hidup di antara apa yang dirasakan benar dan tidak benar, hidup dengan
kesukaran untuk menerima perubahan baru dalam hidupnya dan emosinya penuh dengan
perasaan marah dan sedih yang boleh terjadi dalam sekelip mata. Jika tiada usaha untuk
membantu dan memperbaiki isu dalaman dan tingkah laku bermasalah ini, di takuti dewasa kelak
‘Resource Child’ akan menjadi seorang dewasa yang tiada pertimbangan moral, tidak yakin
dalam dirinya, merasakan dirinya gagal dalam kehidupan dan pelbagai lagi jangkaan.
Terdapat pelbagai usaha dan teknik yang boleh dilakukan dan digunakan untuk
memperbaiki dan menambah baik tingkah laku bermasalah ‘Resource Child’. Antaranya adalah
seperti:
1. Prinsip Peneguhan
Menurut Skinner (1930), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu
stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujudnya tingkah laku operan itu. Peneguhan
boleh berupa positif dan negatif.
13
Peneguhan Positif
Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu
mengulangi tingkah laku berulang-ulang.
Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini
berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi.
2. Hukuman
Hukuman merupakan satu bentuk tingkah laku yang diberikan selepas melakukan sesuatu
tingkah laku yang salah. Hukuman merupakan pengawal tingkah laku yang kuat. Hukuman boleh
dikategorikan kepada dua iaitu hukuman positif dan hukuman negatif.
Hukuman positif adalah bentuk tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan
pemberian satu ransangan yang tidak menyenangkan. Manakala hukuman negatif adalah tingkah
laku yang diberikan dan diikuti dengan penarikan ransangan yang meneguhkan.
3. Reverse Psychology
Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif
kepada positif. Ia bertujuan agar individu dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih
kepada tingkah laku positif.
4. Shaping
Shaping meupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa
peneguhan diberi secara beransur-ansur.
14
BAB 7
RUMUSAN DAN PENUTUP
Tingkah laku bermasalah di kalangan remaja sememangnya satu mimpi ngeri bagi setiap
ibu bapa, penjaga, keluarga dan masyarakat. Tetapi masalah ini bukanlah masalah yang tidak
boleh di atasi dan di selesaikan. Ianya memerlukan usaha yang berterusan, teknik yang
membantu, dan sokongan serta bimbingan tidak kira sedalam mana masalah yang dihadapi.
Adalah menjadi tanggungjawab bagi ahli keluarga, pihak sekolah dan masyarakat untuk sentiasa
peka dengan perubahan remaja supaya masalah-masalah yang ada tidak terlambat untuk di atasi.
BAB 8
BIBLIOGRAFI
Lahey, B (2001). Psychology: An introduction. (7th ed.). Boston: McGraw Hill Co.
Ramlah Jantan dan Mahani Razali. (2004). Psikologi Pendidikan - Pendekatan Kontempori.
Kuala Lumpur; McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Jafar Mahmud. 2004. Development Psychology. New Delhi. A P H Publishing Corporation.
Jas Laile Suzana Jaafar. 2000. Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja. Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur.
Kamarulzaman Kamaruddin. 2003. Psikologi Perkembangan: Teori dan Konsep. Pustaka
Salam Sdn. Bhd.
Ma’rof Redzuan, Haslinda Abdullah. 2004. Psikologi. Edisi Kedua. McGraw-Hill (Malaysia)
Sdn. Bhd.
Mohd. Saleh Lebar. 1999. Memahami Psikologi. Thinker’s Library Sdn. Bhd.