kajian kualitatif

30
105 BAB 4 KAEDAH KAJIAN 4.1. PENGENALAN Bab ini membincangkan kaedah penyelidikan yang diguna dalam kajian untuk mengumpul data dan maklumat bagi mencapai matlamat kajian. Kajian ini merangkumi reka bentuk kajian, kajian kualitatif, kajian kuantitatif, justifikasi pemilihan kualitatif, strategi pengumpulan data dan strategi analisis data. Sorotan susastera dalam Bab 2 membuktikan bahawa bidang polisi maklumat adalah satu bidang yang masih belum matang dari segi teori dan amalannya (Duff 2004; Arnold 2007). Bagi bidang yang belum matang kajian berbentuk penerokaan adalah pilihan yang tepat (Connaway & Powell 2010). Reka bentuk kajian kualitatif pula sesuai dengan kajian yang bersifat penerokaan (Crawford & Irving 2009). Sesuai dengan kajian yang bersifat penerokaan, kajian kes dipilih sebagai strategi kajian manakala temu bual dan analisis dokumen sebagai teknik kajian (Ahmad Naqiyuddin 2008a; Neuman 2010). Selari dengan keadaan bidang yang masih belum matang dari segi teori dan amalan, kajian ini mendapati pendekatan, teknik, kaedah, isu dan pengsektoran oleh pengkaji awal bidang polisi maklumat masih relevan dan diguna sebagai panduan dan rujukan. Sebagai contoh, kajian Arnold pada tahun 2007 masih mengguna pakai senarai isu polisi maklumat Porat walaupun senarai tersebut dikemukakan pada tahun 1977. Kajian oleh Sturges (2009) turut merujuk kajian oleh Baark pada tahun 1985. Justeru, dalam kajian ini, beberapa kajian lampau masih diguna sebagai rujukan dan panduan.

Upload: ibnushafidi

Post on 23-May-2017

294 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN KUALITATIF

105

BAB 4

KAEDAH KAJIAN

4.1. PENGENALAN

Bab ini membincangkan kaedah penyelidikan yang diguna dalam kajian untuk

mengumpul data dan maklumat bagi mencapai matlamat kajian. Kajian ini merangkumi

reka bentuk kajian, kajian kualitatif, kajian kuantitatif, justifikasi pemilihan kualitatif,

strategi pengumpulan data dan strategi analisis data. Sorotan susastera dalam Bab 2

membuktikan bahawa bidang polisi maklumat adalah satu bidang yang masih belum

matang dari segi teori dan amalannya (Duff 2004; Arnold 2007). Bagi bidang yang belum

matang kajian berbentuk penerokaan adalah pilihan yang tepat (Connaway & Powell

2010). Reka bentuk kajian kualitatif pula sesuai dengan kajian yang bersifat penerokaan

(Crawford & Irving 2009). Sesuai dengan kajian yang bersifat penerokaan, kajian kes

dipilih sebagai strategi kajian manakala temu bual dan analisis dokumen sebagai teknik

kajian (Ahmad Naqiyuddin 2008a; Neuman 2010). Selari dengan keadaan bidang yang

masih belum matang dari segi teori dan amalan, kajian ini mendapati pendekatan, teknik,

kaedah, isu dan pengsektoran oleh pengkaji awal bidang polisi maklumat masih relevan

dan diguna sebagai panduan dan rujukan. Sebagai contoh, kajian Arnold pada tahun 2007

masih mengguna pakai senarai isu polisi maklumat Porat walaupun senarai tersebut

dikemukakan pada tahun 1977. Kajian oleh Sturges (2009) turut merujuk kajian oleh

Baark pada tahun 1985. Justeru, dalam kajian ini, beberapa kajian lampau masih diguna

sebagai rujukan dan panduan.

Page 2: KAJIAN KUALITATIF

106

4.2. REKA BENTUK KAJIAN

Penyelidikan terdiri daripada beberapa proses dan komponen yang perlu diikuti iaitu (i)

pengenalpastian masalah, (ii) pengumpulan data awalan, (iii) pembangunan kerangka

teori, (iv) pembangunan persoalan kajian, (v) pembangunan reka bentuk kajian, (vi)

pengumpulan dan analisis data serta (vii) penutup (Sekaran & Bougie 2009). Komponen

(iv), iaitu pembangunan persoalan kajian dibentang dalam Bab 1 kajian ini. Komponen

(i), iaitu pengenalpastian masalah dan (ii), iaitu pengumpulan data awalan dibentang

dalam Bab 2. Manakala komponen (iii), iaitu pembangunan kerangka teori dibentang

dalam Bab 3. Bagi komponen (v) iaitu reka bentuk kajian dibentang dalam Bab 4.

Komponen (vi), iaitu pengumpulan dan analisis data pula dibentang dalam Bab 5 & Bab

6, sementara komponen (vii) dibentang dalam Bab 7.

Pengkaji lampau berbeza pandangan mengenai reka bentuk kajian. Menurut

Bryman (2008), reka bentuk kajian adalah kerangka yang diguna oleh sesebuah kajian

bagi mengutip dan menganalisis data. Bagi Robson (2011) pula, reka bentuk kajian

berfungsi untuk menukar persoalan kajian kepada projek yang melibatkan komponen

tujuan, teori, persoalan kajian, metod dan strategi persampelan. Sementara itu, Creswell

(2009) berpandangan, reka bentuk kajian adalah rancangan atau cadangan bagi

menjalankan kajian yang melibatkan interaksi antara falsafah kajian, strategi penyelidikan

dan metod kajian. Reka bentuk kualitatif adalah bersesuaian bagi kajian penerokaan

(Crawford & Irving 2009). Reka bentuk kuantitatif sesuai bagi kajian deskriptif manakala

kajian yang bertujuan membuat penjelasan, reka bentuk eksperimen adalah sesuai diguna

(Robson 2011).

Kajian ini mengadaptasi kerangka reka bentuk kajian yang dikemukakan oleh

Creswell (2009) kerana didapati menyeluruh dan dapat menunjukkan perkaitan yang jelas

antara falsafah, strategi dan teknik kajian. Falsafah disebalik kajian ini adalah

konstruktivis seperti dalam rajah 4.1. Reka bentuk penyelidik adalah jenis kualitatif.

Strategi kajian ini pula adalah kajian kes. Manakala teknik kajian ini pula adalah

kombinasi temu bual soalan terbuka dan analisis kandungan dokumen.

Page 3: KAJIAN KUALITATIF

107

Rajah 4.1 Reka bentuk kajian

Sumber: Creswell (2009)

4.2.1. Falsafah Kajian

Walaupun falsafah kajian tersembunyi dalam kajian yang dilakukan, namun memberi

kesan kepada kajian dan penting untuk dikenal pasti (Creswell 2009). Terdapat beberapa

falsafah atau paradigm kajian yang boleh dipilih oleh pengkaji iaitu postpositivism,

konstruktivis, anjuran/ penyertaan dan pragmatik. Kajian ini termasuk dalam kategori

falsafah konstruktivis iaitu carian kefahaman bagi masalah dalam persekitaran yang

dikaji. Pemahaman ini adalah hasil dari interpretasi maklumat yang diperoleh dari temu

bual terbuka dan dokumen. Umumnya falsafah konstruktivis melibatkan kajian kualitatif

Page 4: KAJIAN KUALITATIF

108

induktif. Pengkaji menghasil makna atau pemahaman hasil dari data yang dikumpul dari

lapangan kajian.

4.2.2. Reka Bentuk Kajian Kualitatif

Kajian kualitatif adalah reka bentuk kajian yang dianggap baharu. Walaupun istilah

‘kajian kualitatif’ didakwa jarang ditemui pada awal tahun 2000 (Wolcott 2009), namun

Robson (2011) mendapati kajian mengguna pendekatan kualitatif dikesan mula mendapat

tempat dan digemari oleh para pengkaji mulai tahun 1990-an lagi. Kajian kualitatif adalah

sebagai reka bentuk kajian anjal kerana reka bentuk kajian kualitatif tidak menetapkan

secara khusus apa dan bagaimana kajian hendak dijalankan pada awal kajian (Trochim

2006). Menurut Robson, reka bentuk kajian kualitatif berkembang, membangun dan

‘terbuka’ seiring dengan kemajuan kajian. Kajian kualitatif adalah kajian berkaitan

persoalan atau penyataan, bukan hipotesis. Kajian kualitatif biasanya mengguna persoalan

seperti, bagaimana, apa, dan mengapa. Kajian kualitatif melibatkan penakulan induktif

bagi memahami situasi tertentu termasuk sejarah dan pengalaman individu (Trochim

2006). Metod yang sering dikaitkan dengan reka bentuk kajian kualitatif disesuaikan dari

bidang sains sosial seperti historiografi, etnografi, dan sosiologi kualitatif. Kajian

kualitatif menurut Bryman (2008) adalah strategi kajian yang lazimnya menekankan

kepada perkataan berbanding pengiraan data yang dikumpul dan dianalisis. Antara

kelemahan kajian kualitatif adalah berkaitan dengan piawaian yang rendah kerana

ketiadaan kriteria kualiti yang boleh dinilai (Hammersley 2007).

Page 5: KAJIAN KUALITATIF

109

Menurut Bryman (2008) proses kajian kualitatif adalah seperti dalam Rajah 4.2.

Prosesnya bermula dengan mengemukakan persoalan kajian yang umum, diikuti dengan

pemilihan subjek atau topik yang berkaitan. Proses seterusnya adalah pengumpulan data

yang berkaitan dengan topik. Hasil interpretasi data, teori atau konsep sedia ada atau baru

dapat ditentukan. Proses ini berulang bagi memperkemas persoalan kajian supaya

persoalan yang jelas dan tepat dapat ditentukan. Bagi tujuan menjawab persoalan yang

telah diperkemas, pengumpulan data lanjutan perlu dilakukan. Setelah teori atau konsep

dapat ditentukan dengan kukuh, proses seterusnya iaitu penulisan temuan atau

kesimpulan yang diperolehi.

Rajah 4.2 Proses kajian kualitatif

Sumber: Bryman (2008)

Page 6: KAJIAN KUALITATIF

110

4.2.3. Justifikasi Pemilihan Reka Bentuk Kajian Kualitatif

Bagi menentu reka bentuk kajian yang sesuai, beberapa perkara penting diambil kira iaitu

persoalan kajian dan tabii bidang polisi maklumat. Menurut Ahmad Naqiyuddin (2008a),

Creswell (2009) dan Neuman (2010), pemilihan reka bentuk kajian boleh ditentu

berdasarkan kepada empat faktor iaitu:

a) tujuan kajian

b) permasalahan kajian

c) pengalaman pengkaji

d) kumpulan sasaran

Seperti yang dikemukakan dalam Bab 2, bidang polisi maklumat mempunyai lompang

iaitu isu polisi maklumat yang masih tidak dapat ditetapkan (Duff 2004; Arnold 2007),

kepelbagaian skop dan pengkelasan isu polisi maklumat (Wilkinson & Nilsen 2010),

bidang polisi maklumat sebagai silang disiplin (Wilkinson & Nilsen 2010; Braman 2010),

keperluan kepada model yang bersepadu (Wilkinson & Nilsen 2010; Trosow 2010; Koga

2010), serta masalah amalan polisi maklumat yang bersifat terpisah-pisah dan tiada

kesepaduan polisi maklumat.

Kajian ini memilih reka bentuk kajian kualitatif berdasarkan beberapa faktor

penting terutamanya kekurangan teori dan data empirikal berkaitan polisi maklumat.

Bidang polisi maklumat adalah satu bidang kajian yang masih tercari-cari metod

analisisnya seperti yang dakwa oleh Burger (1993), diikuti oleh Rowlands (1996) dan

Duff (2004). Selain itu, pemboleh ubah bagi kajian polisi maklumat turut sukar

ditentukan berikutan status bidang ini masih belum lagi mencapai peringkat amalan dan

status akademik yang memuaskan. Justeru, tanpa pembangunan dan teori yang memadai,

adalah sukar untuk mengguna pendekatan kuantitatif bagi menganalisis polisi maklumat.

sekali gus membuktikan pendekatan kuantitatif tidak sesuai diguna bagi kajian ini. Selari

dengan matlamat kajian ini yang bertujuan menganalisis polisi maklumat Malaysia,

kajian kualitatif adalah reka bentuk yang sesuai (Spencer et al. 2003)

Page 7: KAJIAN KUALITATIF

111

Selain faktor utama di atas, beberapa faktor lain turut mengukuh justifikasi

pemilihan reka bentuk kajian kualitatif. Sejak 1991 lagi, Hale menegaskan bahawa reka

bentuk kualitatif tidak boleh dianggap sebagai kajian disertasi yang ‘cincai’ (sloppy). Hal

ini terbukti dengan penerimaan pendekatan kualitatif yang semakin popular dan diterima

dalam kalangan pengkaji bidang polisi maklumat pada masa kini (Meadows 2008). Selain

itu, reka bentuk kajian kualitatif dipilih kerana sesuai untuk kajian disertasi (Patton 2002).

Penglibatan secara langsung antara pengkaji dengan responden pula dipercayai dapat

memberi penemuan dan gambaran yang tepat berbanding reka bentuk lain.

Seperti yang dijelaskan dalam Bab 2, kajian polisi maklumat adalah kompleks

ditandai dengan kurangnya perkembangan dari sudut kesarjanaan berkaitan dengan skop,

definisi dan aspek kajian silang disiplin (Duff 2004; Arnold 2007; Case 2010). Justeru,

reka bentuk kualitatif adalah sesuai kerana sifat polisi maklumat yang kompleks

(Connaway & Powell 2010). Selain itu reka bentuk kualitatif dipilih kerana jenis data

kajian ini adalah dalam bentuk perkataan dan bukan dalam bentuk nombor (Glazier &

Powell (dlm. Forrest 2006); Connaway & Powell 2010; Robson 2011). Selain itu, oleh

kerana bilangan responden yang ditemu bual adalah sedikit, reka bentuk kualitatif

membantu kajian suatu isu dapat dijalankan secara mendalam dan terperinci kerana

secara umumnya reka bentuk ini menghasil maklumat terperinci, terbuka dan mendalam

(Patton 2002). Crawford & Irving (2009) menegaskan, responden yang ditembual dapat

mengaitkan pengalaman dan pelajaran yang dimilik dengan kepakaran dan pengetahuan

terkini. Hal ini menghasilkan kefahaman yang menyeluruh berkaitan sesuatu isu.

Maklumat terperinci, terbuka dan mendalam dijangka membantu mencapai

matlamat kajian ini iaitu bagi menganalisis polisi maklumat di Malaysia. Reka bentuk

kualitatif sesuai untuk kajian bagi memahami fenomena atau konsep yang diakibatkan

oleh sedikit kajian yang berkaitan dengannya telah dilakukan (Creswell 2009). Hal ini

sesuai dengan susastera polisi maklumat yang sedikit terutama berkaitan Malaysia.

Page 8: KAJIAN KUALITATIF

112

Selain sandaran teori seperti penjelasan di atas, reka bentuk kajian kualitatif

semakin digemari dalam kalangan pengkaji lampau dalam bidang polisi maklumat.

Antaranya termasuklah Rabina (2001) yang menganalisis polisi maklumat dengan

memeriksa sama ada perundangan yang berkaitan dengan maklumat sedia ada konsisten

dengan polisi maklumat kebangsaan yang komprehensif di Israel. Arnold (2007) turut

memilih reka bentuk ini bagi mengkaji corak aliran dan pembangunan polisi maklumat

kebangsaan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menentu situasi polisi

maklumat kebangsaan di Afrika. Manakala Ahmad Naqiyuddin (2008a) pula mengguna

reka bentuk ini bagi memeriksa kesan percantuman digital ke atas bentuk pentadbiran dan

menilai sejauh mana Malaysia berupaya mengambil peluang hasil dari percantuman

digital bagi menangani cabaran berkaitan dengan sistem pentadbiran kawal selia baharu.

Reka bentuk kualitatif turut menjadi pilihan Hosman & Howard (2010) bagi kajian

interpretasi sejarah dan kesan polisi ICT di negara Bosnia, Croatia, Macedonia,

Montenegro, Serbia dan Slovenia.

4.3. STRATEGI KAJIAN

Selepas menentukan reka bentuk kajian, pengkaji perlu menetapkan prosedur dan hala

tuju khusus dalam reka bentuk kajian (Creswell 2009) dan menyedia kerangka bagi tujuan

pengumpulan dan analisis data (Bryman & Bell 2007; Bryman 2008). Beberapa istilah

berbeza diguna bagi merujuk proses ini. Sebahagian pengkaji mengguna istilah

metodologi kajian atau pendekatan kajian seperti oleh Creswell (2007). Namun, kajian ini

memilih istilah strategi kajian seperti yang digunakan oleh Robson (2011). Strategi kajian

boleh dibahagi kepada lima iaitu:

a) Reka bentuk eksperimental

b) Reka bentuk tinjauan sosial atau merentas seksyen

c) Reka bentuk longitudinal

d) Reka bentuk kajian kes

e) Reka bentuk perbandingan

Page 9: KAJIAN KUALITATIF

113

4.3.1. Kajian Kes

Walaupun Wolcott (2009) mendakwa kajian kes bukanlah satu strategi bagi menjalankan

kajian tetapi lebih kepada bentuk laporan namun, Bryman & Bell (2007) mengiktiraf

kajian kes sebagai salah satu strategi kajian. Yin (2009) menjelaskan sebagai strategi

kajian, kajian kes diguna dalam banyak situasi serta menjadi strategi kajian yang biasa

dalam bidang psikologi, sosiologi, sains politik, kerja sosial, perniagaan dan perancangan

komuniti. Yin (2009) turut menjelas kajian kes boleh diadaptasi dalam semua fasa reka

bentuk kajian, pengumpulan data, analisis dan pelaporan.

Kajian kes sesuai bagi kajian yang perlu kepada penyiasatan yang mendalam dan

menyeluruh (Zaidah 2007). Kelebihan kajian kes adalah seperti berikut:

a) Penilaian dan analisis kandungan dokumen biasanya dilakukan dalam konteks

penggunaannya.

b) Kepelbagaian dari sudut intrinsik, instrumen dan pendekatan pengumpulan

data membenarkan analisis kandungan dokumen dilakukan secara kuantitatif

dan kualitatif.

c) Butiran yang diperoleh melalui kajian kes bukan hanya membantu meneroka

atau memperinci data dalam persekitaran kehidupan sebenar, tetap membantu

menjelas kompleksiti situasi kehidupan sebenar yang mungkin tidak dapat

diperoleh melalui ujikaji atau tinjauan.

Namun, kajian kes turut mempunyai beberapa kelemahan seperti berikut:

a) Kajian kes didakwa tidak kukuh. Pengkaji mungkin membenarkan

penerimaan bukti yang samar atau terpengaruh untuk cenderung kepada

pandangan tertentu yang boleh memberi kesan kepada hala tuju penemuan

dan kesimpulan.

Page 10: KAJIAN KUALITATIF

114

b) Kajian kes menyedia asas yang lemah bagi menghasil generalisasi saintifik

kerana mengguna bilangan subjek yang kecil.

c) Kajian kes sering dilabel sebagai kajian yang panjang, sukar untuk

dilaksanakan dan menghasil dokumen yang banyak.

4.3.2. Justifikasi Pemilihan Strategi Kajian Kes

Seperti dalam Rajah 4.1, kajian ini memilih kajian kes sebagai strategi kajian. Kajian kes

adalah bersesuaian dengan reka bentuk kajian kualitatif (Bryman 2008; Chaparro 2008).

Strategi kajian kes sesuai dengan tabii kajian dan jenis data yang dikumpul dan dianalisis

dalam kajian ini. Strategi ini sesuai untuk menganalisis kes tunggal kerana dapat

membuahkan hasil yang terperinci dan lengkap (Bryman 2008). Penggunaan kajian kes

membolehkan pemeriksaan teliti terhadap persoalan kajian dan menghasil pemahaman

yang jelas berkaitan polisi maklumat di Malaysia serta bagaimana polisi maklumat

kebangsaan berubah dalam persekitaran yang dinamik (Rabina 2001).

Kajian ini memilih Malaysia sebagai kajian kes bagi menentu kedudukan polisi

maklumat kebangsaan di negara ini. Penggunaan kajian kes sebagai reka bentuk kajian

dalam bidang polisi maklumat bukan suatu yang asing. Kajian terawal dikesan adalah

oleh Dae pada tahun 1996 yang mengambil AS sebagai kajian kes. Kajian kes seterusnya

dilakukan oleh Nilsen (2000) – Kanada, Rabina (2001) – Israel, Trauth (2001) – Ireland,

Arnold (2007) – Afrika Selatan, Chaparro (2008) – Brazil, Ahmad Naqiyuddin (2008a) –

Malaysia, Chen et. Al (2010) – Taiwan, Hosman & Howard (2010) – Bosnia, Croatia,

Macedonia, Montenegro, Serbia dan Slovenia dan Prins et al. (2011) – Belanda.

Walaupun kajian kes didakwa menghasil dokumen yang banyak (Zaidah 2007)

namun mengambil kira usia kemerdekaan Malaysia sekitar 55 tahun, secara relatifnya ia

masih dikira muda dan menghasil bilangan dokumen yang boleh dianalisis. Kajian oleh

Rabina ke atas Israel dari tarikh kemerdekaan pada tahun 1948 sehingga tarikh kajian

Page 11: KAJIAN KUALITATIF

115

beliau iaitu 2001 iaitu kira-kira 53 tahun secara tidak langsung memberi justifikasi kajian

kes ke atas Malaysia adalah sesuai dilakukan.

Kajian kes dalam kajian ini melibatkan penelitian isu yang ditetapkan dalam Bab

2 dan melihat hubung kait antara isu yang ditetapkan bagi menyediakan pemahaman yang

menyeluruh mengenai situasi polisi maklumat di Malaysia (Becker et al. 2005). Sebagai

kajian yang berbentuk kualitatif (Wolcott 2009), kajian kes meneliti dengan mendalam

data yang dikumpul berkaitan polisi maklumat dan membuat kesimpulan yang berkaitan

dengan konteks khusus di Malaysia. Justeru, kajian ini tidak memfokus kepada penemuan

yang bersifat universal dan tidak menganalisis faktor hubungan ‘sebab dan kesan’ tetapi

tumpuan diberi kepada penerokaan dan deskripsi (Becker et al. 2005). Kajian kes ini

mengguna pendekatan kajian kes intrinsik iaitu salah satu jenis kajian kes tunggal yang

bertujuan untuk mengkaji fenomena unik berkaitan dengan polisi maklumat kebangsaan

Malaysia. Pendekatan yang sama diguna oleh Rabina (2001) bagi menganalisis polisi

maklumat di Israel.

4.4. TEKNIK KAJIAN

Pengkaji berbeza pandangan berkaitan dengan istilah yang diguna bagi mengumpul data.

Beberapa istilah diguna antaranya adalah metod kajian (Bryman 2008; Creswell 2009),

teknik kajian (Connaway & Powell 2010) dan strategi kajian (Yin 2009). Kajian ini

memilih istilah teknik kajian bagi merujuk proses pengumpulan data. Teknik kajian

merujuk kepada penggunaan berbagai strategi bagi pengumpulan data bagi mencapai

tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi (Bryman & Bell 2007). Bagi Wolcott

(2009) teknik kajian merujuk kepada prinsip yang mendasari suatu persoalan dan tidak

hanya merujuk kepada teknik khusus sahaja. Robson (2011) menyatakan bahawa

pemilihan teknik kajian adalah berdasarkan kepada jenis maklumat yang hendak dicari,

dari siapa maklumat tersebut diperoleh dan dalam keadaan apa ia dipilih. Kajian ini

mengadaptasi konsep yang dikemukakan oleh Neuman (2010) yang menganggap teknik

kajian adalah satu set proses khusus yang diguna bagi memilih kes, pengumpulan dan

pemerincian dokumen, analisis kandungan dokumen, dan pelaporan penemuan.

Page 12: KAJIAN KUALITATIF

116

Dalam bidang polisi maklumat, teknik kajian yang popular dalam kalangan

pengkaji menurut Bryman (2008), Chaparro (2008) dan Creswell (2009) adalah seperti

berikut:

a) Pengumpulan dan analisis kandungan dokumen

b) Temu bual

c) Pendekatan berasaskan bahasa terhadap pengumpulan data kualitatif seperti

analisis perbualan dan perbincangan

d) Analisis wacana

e) Rakaman dan transkripsi

f) Kumpulan fokus

g) Kajian kes

h) Interpretasi Tema dan Corak

i) Kerja lapangan Etnografi

j) Pencerapan

Isu berkaitan kesahan kajian kualitatif sering dibahas oleh para sarjana. Walaupun

penilaian mengguna set tunggal bagi kajian kualitatif adalah dibolehkan (Hammersley

2007) sementara data yang hanya dikumpul melalui dokumen sudah dianggap memadai

(Arnold 2007), namun kajian yang mengguna satu teknik terdedah kepada ralat yang

dikaitkan dengan teknik kualitatif. Antara ralat yang dimaksudkan adalah soalan temu

bual yang berlebihan, berat sebelah atau jawapan yang tidak tepat (Patton 2002). Selain

itu kajian yang mengguna satu teknik tidak dapat memberi gambaran yang sepenuhnya

berkaitan bidang yang dikaji (Ruenwai 2006; Wolcott 2009). Justeru, bagi mengukuh dan

meningkatkan kredibiliti kajian, pendekatan metod berbagai (multi-method), triangulation

atau mixed method iaitu kombinasi penggunaan beberapa teknik atau data boleh diguna

(Ashatu 2009; Robson 2011). Secara khusus teknik triangulation diterima sebagai cara

mengesah kajian kualitatif (Cho & Trent 2006) dan diterima dengan baik dalam bidang

sains maklumat selari dengan keperluan bagi mendapatkan gambaran yang menyeluruh

terhadap masalah yang kompleks dengan berbilang perspektif (Patton 2002).

Page 13: KAJIAN KUALITATIF

117

Teknik triangulation yang dipilih dalam kajian ini adalah data triangulation iaitu

mengumpul data mengguna lebih dari satu teknik. Kajian ini memilih kombinasi data dari

analisis dokumen dan temu bual bagi mengukuh kajian (Ruenwai 2006; Creswell 2009)

seperti yang ditunjuk dalam rajah 4.1. Kombinasi teknik ini dapat memberi gambaran

yang jelas isu berkaitan teori dan amalan berkaitan dengan polisi maklumat. Robson

(2011) juga mengakui triangulation membantu mengatasi semua ancaman terhadap

kesahan kajian. Selain daripada itu, data dari berbagai sumber juga menjadi asas kepada

hujah pembuktian kajian (White & Marsh 2006). Malah pendekatan ini bersesuaian bagi

kajian yang mengguna strategi kajian kes (Glazier & Powell dlm. Forrest 2006) selari

dengan kajian ini yang menjadikan Malaysia sebagai kajian kes. Antara pengkaji yang

mengguna teknik gabungan data dari analisis kandungan dokumen dan temu bual ialah

Forrest (2006), Ismail (2008) dan Hosman & Howard (2010). Glazier & Powell (dlm.

Forrest 2006) menguatkan lagi alasan dengan pandangannya, metod kualitatif iaitu

analisis kandungan dokumen dan temu bual adalah proses yang sah bagi pengumpulan

data berkaitan kajian kes.

4.4.1. Analisis Kandungan Dokumen

Pendekatan analisis kandungan dokumen berkembang sejak awal 50-an daripada bidang

sastera, sains sosial dan seterusnya ke berbagai bidang lain (Krippendorff 2004). Analisis

kandungan dokumen adalah salah satu metod kajian selain etnografi, Teori beralas/

berlandas, fenomenologi, dan kajian sejarah yang diguna bagi tujuan menganalisis data

dokumen dan temu bual berbentuk teks (Hsieh & Shannon 2007). Bagi Creswell (2009),

analisis kandungan dokumen adalah salah satu teknik khusus bagi kajian kualitatif seperti

dalam rajah 4.1. Krippendorff (2004) dan White & Marsh (2006) pula memberi definisi

analisis kandungan dokumen sebagai teknik kajian yang guna bagi membuat kesimpulan

yang boleh diulang dan sah dari teks (atau bahan lain yang bermakna) bagi konteks yang

diguna. Analisis kandungan dokumen adalah alat saintifik yang melibatkan prosedur

khusus bertujuan menyedia pandangan baharu, meningkat kefahaman pengkaji berkaitan

fenomena tertentu atau menjelaskan tindakan yang praktikal. Menurut Krippendorff lagi,

pendekatan ini juga dipanggil interpretif dan mempunyai kriteria seperti berikut:

Page 14: KAJIAN KUALITATIF

118

a) Pendekatan ini memerlukan bacaan yang mendalam terhadap bahan teks yang

secara relatifnya sedikit.

b) Pendekatan ini melibatkan artikulasi semula (interpretasi) terhadap teks

kepada (analitikal, diskonstuktif, emansipasi, atau kritikal) naratif yang boleh

diterima dalam lingkungan komuniti kesarjanaan tertentu.

Penganalisis yang mengguna pendekatan ini melakukan proses interpretasi teks

yang bersifat interaktif (interactive hermeneutic). Pengujian terhadap model polisi

maklumat cadangan penyelidik tidak dijalankan kerana kajian ini bersifat analisis. Hal

serupa turut dilakukan oleh Arnold (2007).

4.4.2. Kebaikan Analisis Kandungan Dokumen

Menurut Bryman & Bell (2007) dan Bryman (2008) antara kelebihan teknik analisis

kandungan dokumen adalah seperti berikut:

a) Analisis kandungan dokumen membenar pengkaji menganalisis nilai dan

mengesan ‘apa’ yang boleh diperolehi dalam suatu dokumen.

b) Analisis kandungan dokumen membenar analisis nilai atau corak serta

perubahan yang berlaku dalam suatu jangka waktu yang panjang boleh

dijalankan.

c) Analisis kandungan dokumen adalah metod kajian yang telus kerana skema

pengkodan dan prosedur persampelan boleh ditetapkan dengan jelas. Oleh itu

kajian semula dan kajian lanjutan boleh dilakukan pada masa hadapan.

Page 15: KAJIAN KUALITATIF

119

d) Analisis kandungan dokumen terhadap data sekunder berguna apabila

mengkaji suatu isu yang sensitif kerana suatu dokumen itu ditulis tanpa

menyedari bahawa analisis kandungan dokumen bakal dilakukan pada masa

hadapan.

e) Analisis kandungan dokumen adalah metod yang anjal kerana boleh

diaplikasi terhadap berbagai jenis dokumen yang tidak berstruktur.

f) Analisis kandungan dokumen membenar suatu maklumat dihasil berkaitan

dengan kumpulan atau situasi yang sukar untuk dicapai.

4.4.3. Kelemahan Analisis Kandungan Dokumen

Seperti teknik kajian lain, analisis kandungan dokumen juga mempunyai beberapa

kekurangan dari segi teori atau prosedur seperti dakwaan Busch et al. (2005) di bawah:

a) Analisis kandungan dokumen boleh memakan masa yang panjang.

b) Ada kecenderungan sekadar mengira bilangan perkataan.

c) Sering tidak mengambil kira konteks penghasilan teks serta keadaan selepas

teks itu dikeluarkan.

d) Kesukaran untuk diautomasi.

e) Sering tidak mempunyai asas teori, atau longgar terhadap penghasilan

kesimpulan tentang hubungan dan kesan dalam kajian.

4.4.4. Kerangka Kerja Analisis Kandungan Dokumen

Dalam kajian ini, analisis kandungan dokumen mempunyai dua fungsi iaitu sebagai

teknik kajian iaitu pengumpulan data dan kedua, berfungsi sebagai alatan analisis data

dokumen dan data temu bual.

Page 16: KAJIAN KUALITATIF

120

Rajah 4.3 Kerangka analisis kandungan dokumen

Sumber: Krippendorff 2004 dan White & Marsh 2006

Kajian ini mengadaptasi kerangka analisis kandungan dokumen yang

dikemukakan oleh Krippendorff (2004) dan White & Marsh (2006) seperti dalam Rajah

4.3. Kerangka ini terdiri daripada komponen berikut:

i. Teks (Dokumen)

Tidak seperti soal selidik yang membolehkan pengkaji meletak kawalan terhadap

penjanaan data yang menyebabkan mereka tahu apa makna data yang dikumpul, kajian

analisis kandungan dokumen bermula dengan membuat persampelan dokumen

berdasarkan isu yang ditetapkan pengkaji bagi menjawab persoalan kajian yang tertentu.

Justeru, pengkaji menghuraikan apa yang dibaca kepada unit yang bermakna, mengenal

pasti struktur yang menarik, mengartikulasi semula (menyatakan idea) kefahaman

pengkaji secara berurutan atau holistik.

Page 17: KAJIAN KUALITATIF

121

ii. Membangun persoalan kajian

Persoalan kajian merupakan sasaran kepada kesimpulan dari dokumen yang dianalisis.

Persoalan kajian adalah satu set hipotesis dalam kajian namun berbeza dengan hipotesis

saintifik yang bersandar kepada bukti cerapan secara langsung, persoalan kajian bagi

analisis kandungan dokumen dijawab melalui kesimpulan yang diperolehi dari teks.

Penekanan analisis kandungan dokumen adalah untuk menjawab persoalan kajian

(Krippendorff 2004; White & Marsh 2006). Dalam proses analisis kandungan dokumen,

pengkaji membaca dari satu teks ke teks yang lain bagi menjawab persoalan kajian serta

mengenal pasti corak dan konsep. Persoalan kajian menjadi panduan kepada kajian dan

mempengaruhi pemilihan dan pengumpulan data kajian (Arnold 2007). Namun begitu,

persoalan kajian boleh diubah jika pengkaji menjumpai konsep atau corak baharu yang

dianggap penting untuk dikaji (White & Marsh 2006; Krippendorff 2004). Dokumen

pilihan dibaca dan diperiksa bagi mengenal pasti corak dan perkembangan berdasarkan

analisis kandungan dokumen. Proses analisis kandungan dokumen diguna bagi

mengkonsepsi dan menakrif semula kajian bagi menterjemah penemuan dalam

lingkungan konteks kajian (Arnold 2007). Proses ini dipanggil ‘hermeneutics loop’

(gelung interpretasi). Proses ini berjalan sementara pengkaji bergerak menjelajah

susastera untuk mencapai satu peringkat yang memuaskan bagi menafsirkannya

(Krippendorff 2004; White & Marsh 2006). Krippendorff merujuk proses yang berulang-

ulang ini sebagai proses mengkonsepsi, menafsir, dan menjelas semula kajian sehingga

mencapai tafsiran yang memuaskan.

Analisis kandungan dokumen dijalankan berdasarkan persoalan kajian yang

khusus justeru, dapat dilaksana dengan cepat dan cekap bermula dari persampelan

dokumen, membaca dokumen, menganalisis teks dalam dokumen dan seterusnya

menjawab persoalan tersebut. Ini menepati saranan Krippendorff (2004) yang

menyarankan agar penganalisis kandungan dokumen bermula dengan persoalan kajian

yang seterusnya membaca dokumen dengan objektif khusus bukannya berdasarkan

kepada corak yang hendak dibentuk oleh pengkaji. Usaha menjawab persoalan kajian

Page 18: KAJIAN KUALITATIF

122

juga menjadikan analisis kandungan dokumen sebagai kajian empirikal bukan sekadar

teori semata-mata.

iii. Konteks Kajian

Dalam kajian analisis kandungan dokumen, menetapkan konteks kajian adalah suatu yang

penting kerana analisis kandungan dokumen pada konteks kajian tertentu dapat menghasil

makna, kandungan, kualiti yang simbolik dan interpretasi yang penting (Krippendorff

2004). Konteks kajian juga menentukan kerangka yang melibatkan teks boleh dikaitkan

dengan persoalan kajian.

Konteks bagi kajian ini adalah Malaysia. Kajian ini mendapati terdapat korelasi

yang stabil yang boleh mengaitkan teks kepada persoalan kajian. Korelasi ini dibina dari

teori seperti yang dinyata dalam Bab 2 iaitu senarai isu polisi maklumat yang biasa

dikemukakan oleh saintis bidang polisi maklumat.

iv. Analisis Konstruktif

Analisis konstruktif mengoperasikan apa yang diketahui, disyaki atau yang dianggap oleh

penganalisis berkaitan konteks suatu teks. Hal ini diambil kira bagi membuat kesimpulan

dari dokumen yang dikaji (Krippendorff 2004). Analisis konstruktif berfungsi untuk

memastikan analisis kandungan dokumen memodelkan konteks penggunaan teks.

Disamping itu analisis konstruktif berfungsi untuk memastikan teks hasil persampelan

diproses berdasarkan kepada kegunaannya.

v. Persampelan

Persampelan dan pemilihan dokumen bagi kajian kualitatif adalah berdasarkan kepada

perkaitannya kepada kajian yang dijalankan. Dalam membuat persampelan, kesedaran

tentang kemungkinan berbagai interpretasi timbul hasil daripada penelitian (White &

Marsh 2006). Dokumen disampel secara strategik berdasarkan kepada pertaliannya

Page 19: KAJIAN KUALITATIF

123

kepada isu yang ditetapkan dalam polisi maklumat. Berbeza dengan kajian kuantitatif,

persampelan kualitatif bertujuan mencari maklumat dari kumpulan khusus. Persampelan

dalam kajian ini dibuat berdasar kepada kata kunci ‘polisi maklumat’, polisi maklumat

kebangsaan’ dan kata kunci lain seperti yang dijelaskan dalam Bab 1 (perenggan 1.11

vi)). Walaupun kajian ini menganggap bidang polisi maklumat sebagai bidang silang

disiplin seperti yang dibentang dalam Bab 2 dan tidak membataskan bahan rujukan dan

pengumpulan data kepada disiplin sains maklumat semata-mata. Namun, bagi data primer

bercetak, penyelidik menghadkan punca data itu kepada beberapa sumber sahaja iaitu

Penyata Rasmi Parlimen dan Rancangan Malaysia. Penyata Rasmi Parlimen dipilih

kerana Parlimen adalah badan penggubal polisi utama bagi negara. Pandangan,

perbahasan dan isu yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara

merupakan isu penting bagi negara. Semakin kerap suatu isu dikemukakan dan dibahas

maka semakin penting isu tersebut kepada negara. Begitu juga sebaliknya. Selain itu, Ahli

Parlimen adalah suara yang mewakili rakyat. Justeru, Penyata Rasmi Parlimen boleh

dianggap sebagai satu sumber primer yang penting untuk diteliti dan dianalisis bagi

menentukan situasi polisi maklumat di sebuah negara (Ahmad Naqiyuddin 2008a).

vi. Kesimpulan

Kesimpulan yang dibuat menggunakan kerangka analisis kandungan dikategori sebagai

abductive inference (Krippendorff 2004) kerana melibatkan proses pergerakan dari satu

teks ke teks yang lain bagi menjawab persoalan kajian. Abductive inference merupakan

"peringkat pertama" pertanyaan saintifik dan proses tafsiran. Abductive Enference

melibatkan dua operasi iaitu pemilihan dan pembentukan persoalan kajian yang

munasabah seterusnya menjadi asas kepada pembinaan semula tafsiran dan teori.

4.4.5. Justifikasi Penggunaan Teknik Analisis Kandungan Dokumen

Dalam kajian ini, teknik analisis kandungan dokumen diguna bagi menganalisis status

polisi maklumat di Malaysia. Teknik analisis kandungan dokumen dipilih kerana

merupakan satu pendekatan sistematik bagi menganalisis data dan maklumat bersesuaian

Page 20: KAJIAN KUALITATIF

124

dengan kajian kualitatif (White & Marsh 2006). Selain itu, analisis kandungan dokumen

didapati sesuai dengan jenis data yang dikumpul dalam kajian ini iaitu data temu bual dan

data teks (Krippendorff 2004). Teknik analisis kandungan dokumen turut dipilih kerana

sesuai dijalankan oleh pengkaji tunggal disebabkan proses interpretasi teks melalui

pembacaan adalah sukar untuk dipiawai, diterang dan dikomunikasi jika buat secara

berkumpulan (Krippendorff 2004). Selain itu, metod analisis kandungan dokumen

merupakan satu teknik yang kerap diguna bagi kajian kualitatif dalam bidang yang

berkaitan dengan polisi maklumat. Antara pengkaji yang mengadaptasi teknik ini ialah

Henrici (2004), Koufogiannakis & Slater (2004), Maxwell (2004), Arnold (2007) dan Lei

(2007). Analisis kandungan dokumen adalah pilihan terbaik bagi mengumpul dan

menganalisis data bagi persekitaran yang sukar untuk dicapai seperti Parlimen, seperti

yang dilakukan oleh kajian ini (Bryman & Bell 2007; Bryman 2008).

4.4.6. Teknik Temu bual

Teknik temu bual boleh diguna sebagai metod utama pengumpulan data, digabung

dengan metod lain atau hanya dijadikan pendekatan kajian (Robson 2011). Bagi kajian

yang mengguna reka bentuk kajian kes, temu bual adalah teknik yang baik bagi

mengumpul data (Yin 2009). Temu bual adalah teknik kajian yang boleh diterima bagi

mencari isu yang berkaitan dengan polisi maklumat (Wenger et al. dlm. Forrest 2006).

4.4.7. Kebaikan Teknik Temu bual

Teknik temu bual mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya dari segi keanjalan

penemubual menyelidik dan menentukan isu yang perlu diteroka dengan mendalam.

Selain daripada itu penemubual bebas mengemuka soalan baharu yang tidak dirancang

semasa penyediaan instrumen temu bual (Patton 2002). Robson (2011) pula mendakwa

teknik temu bual mempunyai potensi untuk menghasil bahan yang kaya dan menyerlah.

Bagi temu bual tidak berstruktur pula, Silverman (2009) menyatakan temu bual dan

menawarkan kebaikan seperti berikut:

Page 21: KAJIAN KUALITATIF

125

a) membenarkan responden yang ditemu bual mengguna cara tersendiri bagi

mengemukakan pandangan dan menjawab pertanyaan.

b) tidak ada turutan soalan yang tetap bagi responden yang ditemu bual.

c) ia membenar responden yang ditemu bual untuk mengemukakan isu penting

yang tidak terdapat dalam rancangan.

Temu bual kualitatif mempunyai kelebihan dari segi memperoleh dan menerokai

pengalaman orang lain dan dapat menghasil data yang unik (Patton 2002). Temu bual

dalam kajian kualitatif diakui mempunyai kelebihan dari segi kedalaman kajian

(Silverman 2009). Bagi teknik temu bual tidak berstruktur, individu yang ditemu bual

dapat memberi maklum balas yang anjal (Robson 2011). Manakala dalam temu bual

mendalam, responden adalah bebas untuk bercakap apa sahaja bagi topik temu bual yang

luas, dengan sedikit pertanyaan dari pengkaji (Robson 2011). Selain itu, teknik temu bual

terbuka menawar kelebihan iaitu boleh menghasil jawapan yang tidak dijangka (Robson

2011).

4.4.8. Kelemahan Teknik Temu bual

Menurut Robson (2011) antara kelemahan temu bual adalah kurangnya piawaian yang

memberi kesan terhadap persoalan kebolehpercayaan. Selain itu, Robson menambah

adalah sukar untuk mengelak temu bual yang berat sebelah atau cenderung kepada isu

tertentu. Justeru, bagi mengatasi mengatasi masalah ini, Patton (2002) mencadangkan

penggabungan kedua jenis temu bual terbuka dan separuh berstruktur. Disamping itu,

bagi mengelak temu bual tersebut melencong dari konteks kajian, pengkaji perlu

menyedia senarai soalan umum berdasarkan isu yang hendak diterokai (Patton 2002).

4.4.9. Justifikasi Pemilihan Teknik Temu bual

Kajian ini mengguna teknik temu bual sebagai pelengkap kajian kerana data dari temu

bual sesuai digabung dengan teknik analisis kandungan dokumen (Krippendorff 2004).

Teknik ini diguna secara meluas dalam bidang sains maklumat. Antara pengkaji yang

Page 22: KAJIAN KUALITATIF

126

menggunanya adalah Middleton (2006a, 2006b), Forrest (2006), Ruenwai (2006) dan

Prins et al. (2011). Middleton mengguna teknik ini bagi menyelidik perkembangan

maklumat saintifik dan teknologi di Australia. Sementara, Ruenwai pula mengguna teknik

yang sama apabila mengkaji polisi maklumat teknikal dan saintifik di Thailand. Trauth

(2001) mengguna teknik ini bagi menyelidik keadaan sektor maklumat di Ireland. Rabina

(2001) pula mengguna teknik ini bagi mengkaji polisi maklumat kebangsaan di Israel.

Kajian ini mengadaptasi pendekatan temu bual yang dikemukakan oleh Patton

(2002) dan Robson (2011) iaitu pendekatan gabungan antara temu bual berstruktur dan

temu bual tidak berstruktur atau dipanggil juga temu bual formal dan tidak formal. Temu

bual tidak berstruktur menawar keanjalan, spontan, dan tindakbalas terhadap perbezaan

individu dan perubahan situasi. Temu bual seperti ini sesuai dengan tahap pengalaman

dan status responden yang ditemu bual yang mengetahui apa yang perlu dijelaskan dalam

temu bual tersebut. Adalah tidak wajar responden yang berpengalaman ditemu bual

dengan soalan yang berstruktur semata-mata.

Selain daripada sifat anjal, teknik temu bual seperti ini mampu meneroka isu di

sebalik polisi maklumat di Malaysia dengan mendalam. Justeru, beberapa siri temu bual

dengan responden yang berpengalaman secara langsung dengan pembangunan dan

pelaksanaan polisi maklumat di Malaysia dijalankan selaras dengan saranan Creswell

(2009). Responden yang dipilih bagi temu bual adalah berdasarkan kepada siapa yang

boleh memberi maklumat berkaitan polisi maklumat di Malaysia melebihi apa yang

diperolehi dari sumber penerbitan (Rabina 2001) dan memberi maklumat yang berguna

(Ismail 2008). Temu bual dalam kajian ini bukan bertujuan untuk mengesah penemuan

dari dokumen sekunder tetapi, bagi memperoleh kefahaman yang lebih baik berkaitan isu

dan masalah yang berkaitan polisi maklumat Malaysia seterusnya membantu dalam

menilai dan memberi gambaran dengan perspektif yang menyeluruh berkaitan polisi

maklumat di Malaysia.

Page 23: KAJIAN KUALITATIF

127

Temu bual dalam kajian ini dilakukan secara bersemuka walaupun menurut

Patton, temu bual melalui telefon turut boleh diterima. Temu bual dirakam mengguna

peralatan perakam digital di samping catatan tangan. Identiti semua responden adalah

rahsia dan dianggap sulit. Maklumat yang diperoleh disimpan dalam setoran sekunder.

Salinan rakaman juga disimpan dalam storan berbeza bagi tujuan keselamatan.

4.4.10. Persampelan dan Kaedah Pemilihan Responden

Bilangan responden yang ditemu bual bukan menjadi isu dalam kajian kualitatif kerana

tidak ada satu peraturan khusus boleh diguna bagi menentu saiz sampel yang temu bual

(Patton 2002; Connaway & Powell 2010). Sebagai contoh, Priftis & Oppenheim (1999)

menemubual 23 responden dan Rabina (2001) tujuh responden. Manakala Kulkarni

(1999), Forrest (2006) dan Ismail (2008) masing-masing menemubual 15, 10 dan 3 orang

responden.

Menurut Patton (2002), dengan batasan masa dan sumber, suatu kajian boleh

memilih untuk mengkaji set pengalaman yang khusus bagi bilangan orang yang ramai

atau kajian yang terbuka julat pengalamannya dengan bilangan orang yang sedikit.

Connaway & Powell (2010) dan Ahmad Naqiyuddin (2008a) menjelaskan tujuan utama

persampelan dalam kajian kualitatif adalah untuk memahami proses sosial berbanding

memperoleh sampel responden. Connaway & Powell (2010) menambah, apa yang kritikal

adalah kedalaman, kompleksiti dan kekayaan data. Justeru, menentu saiz sampel

responden bukan satu keperluan kerana tujuan kajian kualitatif adalah untuk memahami

dan bukan membuat generalisasi. Kriteria bagi menentu sampel dan mengenal pasti

responden yang hendak ditemu bual adalah berdasarkan persoalan kajian bagi menentu

ciri yang berkaitan dengan material yang dikumpul dari individu yang sepatutnya.

Terdapat interaksi yang jelas di antara pemilihan responden yang ditemu bual dengan

pembangunan soalan yang bersesuaian kepada mereka. Kajian ini memilih untuk

menemubual responden yang sedikit tetapi dijangka dapat memberikan maklumat yang

terperinci dan mendalam. Pendekatan ini diakui bernilai seperti diakui Patton (2002).

Page 24: KAJIAN KUALITATIF

128

Kajian ini mengenal pasti 91 isu yang dapat dikaitkan dengan polisi maklumat

seperti yang ditunjukkan melalui Rajah 2.1 dalam Bab 2. Kajian berdasarkan 91 isu polisi

maklumat adalah terlalu banyak dan tidak sesuai untuk dijalankan secara individu.

Justeru, kajian ini membataskan 6 isu penting yang dikaitkan secara khusus dengan polisi

maklumat di Malaysia berdasarkan kepada cadangan pengkaji lampau. Walaupun isu

‘maklumat kerajaan’ tidak dikaitkan secara khusus dengan polisi maklumat Malaysia,

namun kajian ini turut menjadikannya sebagai isu yang disoal kepada responden kerana

isu ‘maklumat kerajaan’ merupakan salah satu daripada lima teras utama NITA. Selain

itu, ‘maklumat kerajaan’ adalah salah satu isu bagi polisi maklumat yang diakui penting

dan dikemukakan oleh sarjana polisi maklumat sejak 1974 oleh Lamberton, diikuti

Bushkin & Yurow pada tahun 1979, Chartrand (1989), Eisenbeis (1989), Montviloff

(1990), Hill (1994), Nilsen (1997), Cornella (1998), Rowlands (1999), Smith et al.

(2000), Rowlands et al. (2002), Smith (2004) hinggalah yang terkini oleh Arnold (2007).

Isu khusus yang dikaitkan dengan polisi maklumat di Malaysia berdasarkan pandangan

pengkaji lampau seperti Wijasuriya 1981; Oli Mohamed 1991; Abdus Sattar 1993;

Lallana 2004; Xue 2005; Ahmad Naqiyuddin 2008a; Tengku Mohd Azzman 2008a)

adalah seperti berikut:

a) Majlis IT Kebangsaan (NITC).

b) Agenda IT Kebangsaan (NITA).

c) Koridor Raya Multimedia (MSC) & Multimedia Development Corporation

(MDeC).

d) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

e) Maklumat kerajaan.

f) Perpustakaan dan perkhidmatan maklumat.

Responden yang dipilih adalah berdasarkan peranan mereka sebagai pengguba

polisi dalam institusi yang melibatkan maklumat di Malaysia. Selain daripada itu,

pemilihan responden turut mengambil kira saranan daripada responden yang ditemu bual

sebelumnya. Saranan ini secara tidak langsung merupakan pengiktirafan seorang

responden kepada responden yang lain. Kajian ini mengadaptasi pendekatan yang diguna

Page 25: KAJIAN KUALITATIF

129

oleh Forrest (2006) yang menyenarai kriteria responden yang ditemu bual seperti di

bawah. Kajian ini menemubual empat orang responden utama yang terlibat secara

langsung dalam bidang polisi maklumat di Malaysia. Empat responden ini dipilih kerana

dapat mengulas enam komponen polisi yang dikaitkan dengan maklumat di Malaysia.

Kriteria pemilihan lain ialah pengalaman responden dalam bidang yang menjadi

persoalan kajian seperti yang ditentukan dalam Bab 2. Pemilihan responden juga

berdasarkan kepada faktor dapat memberi maklumat melebihi dari apa yang boleh

didapati dari dokumen sumber cetak (Rabina 2001). Responden bagi kajian ini adalah

seperti berikut:

a) Dato’ Dr. Tengku Mohd Azzman Sharifadeen - mantan Setiausaha tetap

NITC dan Ketua Pegawai Eksekutif, MIMOS.

b) Tan Sri Abd. Halim Ali - Pengerusi MDeC dan mantan Ketua Setiausaha

Negara (KSN).

c) Dato’ Dr. Halim Shafie - Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Malaysia dan Pengerusi Lembaga Pengarah Perpustakaan Negara.

d) En. Ooi Seong Ho - Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar, MOSTI.

4.5. STRATEGI ANALISIS DATA

Kajian ini adalah berasaskan kepada analisis kandungan dokumen yang bertujuan

menganalisis situasi polisi maklumat di Malaysia. Data kualitatif yang dikumpul perlu

ditukar sama ada mengguna kaedah analisis atau interpretasi (Wolcott 2009). Analisis

kandungan dokumen didakwa bersifat saintifik kerana melibatkan prosedur khusus bagi

memerhati, mengukur dan mengkomunikasi data yang secara umumnya difahami dan

diterima dalam kalangan saintis sosial (Krippendorff 2004; Wolcott 2009). Kaedah

interpretasi pula tidak mengguna prosedur yang khusus, kukuh dan dipersetujui bersama.

Kaedah ini melalui pencerapan makna berdasarkan aktiviti manusia termasuk intuisi,

pengalaman lepas, dan emosi pengkaji. Kajian ini mengguna pendekatan interpretasi bagi

tujuan menukar data kualitatif kepada penemuan kajian. Walaupun kaedah ini dipertikai

tanpa ada penghujungnya, namun tidak ada bukti pendekatan ini diterima atau ditolak

Page 26: KAJIAN KUALITATIF

130

dalam kalangan pengkaji (Wolcott 2009). Spencer et al. (2003) menjelaskan interpretasi

dapat dipertahan melalui analisis menyeluruh terhadap penemuan kajian melalui

perbincangan mendalam data yang diperoleh, mengemukakan bukti kes bukan tipikal atau

memasuk penjelasan dan perspektif alternatif.

Penemuan boleh disepadu dalam tesis sama ada bagi menyokong atau

menyanggah hujah pengkaji. Menurut White & Marsh (2006), Arnold (2007), Ahmad

Naqiuddin (2008b) dan Creswell (2009) dapat disimpulkan bahawa interpretasi kualitatif

bertujuan untuk mencapai matlamat berikut:

a) mengenal pasti isu dan corak yang penting.

b) Menentukan arah aliran.

c) menentukan perkaitan dan perbezaan konsep atau isu.

d) mengenal pasti implikas.

e) membuat kesimpulan dan membangun kerangka bagi tujuan mengkomunikasi

intipati data.

f) mengesan perkembangan teori berkaitan polisi maklumat.

g) menentukan hubungan antara kategori berbeza.

h) membuat kesimpulan .

Walaupun perisian analisis kandungan dokumen seperti NVivo dan ATLAS.ti

semakin berkembang, namun kajian ini tidak mengguna sebarang perisian komputer bagi

membuat analisis. Komputer tidak diguna untuk analisis kerana tidak mampu mengganti

kebolehan manusia untuk membaca, mentranskripsi dan menterjemah bahan bertulis

(Krippendorff 2004). Komputer hanya sesuai diguna sebagai alat carian bahan susastera

(White & Marsh 2006). Justeru, kajian dalam bidang polisi maklumat oleh Rabina (2001)

dan Arnold (2007) didapati tidak mengguna sebarang perisian khusus untuk membuat

analisis. Matlamat kajian yang jelas adalah kritikal bagi menentu data yang perlu dilapor,

apa yang perlu diambil kira, apakah susastera yang berkaitan untuk dipetik, diukur dan

bagaimana melakar implikasi dan cadangan dari kajian yang dijalankan (White & Marsh

2006).

Page 27: KAJIAN KUALITATIF

131

4.5.1. Kepelbagaian Analisis Polisi Maklumat

Pengkaji lampau mengguna asas yang berbeza bagi menganalisis situasi maklumat bagi

sesebuah negara atau institusi tertentu. Arnold (2007) mengkaji polisi maklumat

berdasarkan kepada pendekatan polisi maklumat kebangsaan, matlamat polisi maklumat

kebangsaan, teknik kajian polisi maklumat kebangsaan, dan masalah yang mahu diselesai

oleh Afrika Selatan. Manakala Moore (2005), menganalisis polisi maklumat berdasarkan

kepada kerangka masyarakat bermaklumat. Pajaro & Betancourt (2007) pula

menganalisis polisi maklumat Amerika Latin berdasarkan kepada struktur sektoral

negara, infrastruktur dalam semua sektor sosial (teknologi maklmat, teknologi

telekomunikasi dan teknologi rangkaian), keutamaan, keperluan dan peluang maklumat

dalam sektor sosial, latihan dan kemahiran sektor sosial dengan penekanan terhadap celik

huruf, sistem pendidikan formal dan tidak formal, kerangka kerja institusi, kerangka

perundangan dan peraturan kebangsaan dan konteks wilayah dan global. Alderfer et al.

(2009) pula menganalisis polisi maklumat Turki berdasarkan perkembangan berkaitan

polisi telekomunikasi, harta intelek, kebersendirian dan keselamatan dan percantuman

digital. Bagi Hosman & Howard (2010), asas kajian mereka menjurus kepada komponen

yang berkaitan dengan ICT. Antara komponen yang dianalisis adalah tarif Internet,

teknologi berkaitan telekom, perundangan dan polisi kerajaan berkaitan penswastaan,

liberalisasi, perkhidmatan sejagat dan penguasa telekom. Hosman & Howard turut

menganalisis langkah kerajaan terhadap galakan penggunaan teknologi seperti penubuhan

Kementerian maklumat, galakan e-kerajaan dan e-dagang, atau pelaksanaan teknologi di

sekolah atau komuniti. Koga (2010) menganalisis polisi maklumat kerajaan Jepun

berdasarkan empat isu yang dikaitkan dengan pengurusan maklumat kerajaan iaitu, pro

dan kontra kepimpinan dan pengubalan polisi atas bawah, kesedaran tentang kepentingan

maklumat kerajaan, isu berkaitan pengurusan maklumat elektronik dan pendidikan dan

latihan kepada pustakawan dan profesional arkib. Chen et al. (2010) pula mengkaji aspek

pentadbiran perlindungan persekitaran di Taiwan.

Page 28: KAJIAN KUALITATIF

132

Contoh di atas menunjukkan kepelbagaian asas kepada kajian dan analisis

berkaitan polisi maklumat. Walaupun berbeza dari segi asas yang diguna bagi

menganalisis polisi maklumat, penilaian situasi mesti memberi gambaran tentang realiti

maklumat masa kini. Selain itu, analisis yang dijalankan mesti mengenal pasti masalah

yang perlu ditangani oleh polisi maklumat. Seterusnya, hasil analisis boleh diguna bagi

menyedia kerangka kerja konsep dan operasi bagi penggubalan garis panduan polisi

maklumat (Bustamante 2007).

Kajian ini mengguna dua asas yang beza bagi menganalisis data primer. Bagi data

sumber cetak, analisis dibuat berdasarkan pengkelasan hasil cadangan penyelidik seperti

yang dikemukakan dalam Bab 2 iaitu Maklumat Teknikal dan Saintifik, Perpustakaan dan

Perkhidmatan Maklumat, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Sosial, Maklumat

kerajaan, Ekonomi dan Pendidikan ICT. Bagi data sumber temu bual, analisis dibuat

berdasarkan isu yang dikemukakan oleh pengkaji lampau khusus berkaitan dengan

Malaysia dan pandangan sebahagian responden. Isu yang diselidiki adalah NITC, NITA,

MSC dan MDeC, SKMM, Maklumat Kerajaan dan Perpustakaan. Perbezaan ini secara

tidak langsung dapat menentukan sama ada isu yang dikemukakan di Bab 2 selari dengan

isu yang dikemukakan oleh responden.

4.6. PERSEMBAHAN PENEMUAN

Penyelidikan dan penulisan kajian kualitatif adalah kompleks kerana berjalan serentak

bermula dari pengutipan data, penganalisisian data dan interpretasi data. Keadaan ini

berpunca dari sifat data kajian kualitatif yang subjektif, interpretif, deskriptif, holistik dan

banyak kuantitinya. Penemuan boleh dipersembah dalam bentuk petikan (Krippendorff

2004; Ahmad Naqiuddin 2008) atau diskripsi sementara sebahagian data statistik boleh

juga dikemukakan (Scanlon dlm. Ruenwai 2006). Bagi tujuan penstrukturan keputusan,

penyelidik mengguna tema dan kategori yang diperoleh dari analisis data. Walaupun

umumnya persembahan penemuan adalah anjal (Creswell 2009), namun bagi tujuan

mengorganisasi dan melapor data kualitatif, Patton (2002) mengemukakan 3 jenis pilihan

iaitu:

Page 29: KAJIAN KUALITATIF

133

a) Pendekatan penceritaan

i. kronologi dan sejarah

ii. imbasan semula

b) Pendekatan kajian kes

i. manusia

ii. kejadian kritikal

iii. tetapan berbagai

c) Pendekatan kerangka kerja snalitikal

i. proses

ii. isu

iii. persoalan

iv. sintesis konsep

Kaedah mengorganisasi dan pelaporan penemuan data kualitatif tidak eksklusif

kepada sebarang data atau kajian tertentu. Bahagian laporan tertentu boleh mengguna

pendekatan pelaporan berbeza (Patton 2002). Pengkaji boleh memilih sebarang gaya

penulisan atau mengabung beberapa gaya penulisan bagi tujuan pelaporan kajian

kualitatif. Sebahagian pengkaji seperti Forrest (2006) dan Ruenwai (2006) menulis

interpretasi dan perbincangan setiap isu dalam bab yang berasingan. Penyelidik

mendapati organisasi seumpama ini sesuai bagi data yang bersifat kuantitatif atau

kombinasi antara kuantitatif dan kualitatif.

Bagi data jenis kualitatif, organisasi penulisan interpretasi di mana kesimpulan

terhadap isu yang ditetapkan dalam skop kajian dibuat dalam satu bab yang sama.

Pendekatan di atas pernah diguna oleh Arnold (2007) dan Ahmad Naqiyuddin (2008a).

Dalam kajian ini, bagi setiap isu polisi maklumat, penyelidik mengemukakan penemuan

dari sumber primer yang berkaitan dan diikuti dengan refleksi dan kritik dari penyelidik

dengan cara membuat perbandingan dengan penemuan dari dokumen sekunder mahupun

Page 30: KAJIAN KUALITATIF

134

konflik dari data sumber primer (Krippendorff 2004). Pendekatan organisasi persembahan

ini di adaptasi dari Creswell (2009).

4.7. KESIMPULAN

Bab ini membincangkan kaedah yang diguna bagi menjawab persoalan kajian. Reka

bentuk kajian yang dipilih, strategi kajian, teknik kajian serta strategi analisis yang diguna

penyelidik dijelaskan. Pemilihan kaedah kajian diadaptasi dari kajian lampau. Setelah

kaedah dan teknik kajian yang sesuai dikenal pasti dapat menjawab persoalan kajian,

carian dokumen dilakukan berdasarkan isu yang ditetapkan dalam Bab 2. Temu bual

dengan responden turut dijalankan bagi mengenal pasti masalah yang dikaitkan dengan

polisi maklumat di Malaysia. Dokumen dan transkrip temu bual dianalisis mengguna

pendekatan analisis kandungan dokumen. Bab ini juga menerang kaedah yang diguna

bagi membentang penemuan analisis iaitu mengguna penulisan interpretasi dan disusun

berdasarkan isu yang ditetapkan dalam Bab 2.