kuantitatif dan kualitatif

20
2.6 UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT Ukuran Kecenderungan Memusat merujuk kepada satu nilai purata sesuatu set skor. Terdapat tiga jenis ukuran kecenderungan memusat iaitu min, mod, dan median. Min menunjukkan purata markah yang diperoleh oleh pelajar dalam sesuatu ujian. Min juga menggambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan membandingkan prestasi antara pelajar atau kumpulan dalam ujian yang sama. Min juga berguna semasa mengira sisihan piawai dan skor sisihan. Selain itu, mod ialah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu taburan. Median pula ialah skor tengah dalam satu susunan taburan menaik atau menurun. Median boleh dikirakan dengan membahagikan satu set skor yang tersusun kepada dua bahagian yang sama. a. Min Min menunjukkan purata markah yang diperoleh oleh pelajar dalam sesuatu ujian. Ia juga menggambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan memberbandingkan prestasi pelajar atau kumpulan dalam ujian yang sama. Pengiraan min ini penting kerana min memudahkan kita menggunakan formula statistik untuk mengira sisihan piawai, skor Z dan skor T. Untuk data tidak terkumpul, min dikira dengan menjumlahkan semua skor dalam set, kemudian bahagikan jumlah ini dengan bilangan skor. Pengiraan min itu penting kerana ia memudahkan kita menggunakan formula statistik untuk mengira sisihan piawai, skor Z dan skor T. Untuk data tidak terkumpul, min dikira dengan menjumlahkan semua skor dalam set, kemudian bahagikan jumlah ini dengan bilangan skor. Min digunakan secara meluas kerana ia mengambil kira semua skor dalam taburan dan ia sangat jitu. Contohnya, min digunakan oleh guru- guru untuk mengira nilai

Upload: chinyi-soh

Post on 03-Dec-2015

360 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuantitatif Dan Kualitatif

2.6 UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT

Ukuran Kecenderungan Memusat merujuk kepada satu nilai purata sesuatu set skor.

Terdapat tiga jenis ukuran kecenderungan memusat iaitu min, mod, dan median. Min

menunjukkan purata markah yang diperoleh oleh pelajar dalam sesuatu ujian. Min juga

menggambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan membandingkan prestasi antara pelajar

atau kumpulan dalam ujian yang sama. Min juga berguna semasa mengira sisihan piawai

dan skor sisihan. Selain itu, mod ialah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi

dalam satu taburan. Median pula ialah skor tengah dalam satu susunan taburan menaik

atau menurun. Median boleh dikirakan dengan membahagikan satu set skor yang tersusun

kepada dua bahagian yang sama.

a. Min

Min menunjukkan purata markah yang diperoleh oleh pelajar dalam sesuatu ujian. Ia

juga menggambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan memberbandingkan prestasi

pelajar atau kumpulan dalam ujian yang sama. Pengiraan min ini penting kerana min

memudahkan kita menggunakan formula statistik untuk mengira sisihan piawai, skor Z

dan skor T. Untuk data tidak terkumpul, min dikira dengan menjumlahkan semua skor

dalam set, kemudian bahagikan jumlah ini dengan bilangan skor.

Pengiraan min itu penting kerana ia memudahkan kita menggunakan formula statistik

untuk mengira sisihan piawai, skor Z dan skor T. Untuk data tidak terkumpul, min dikira

dengan menjumlahkan semua skor dalam set, kemudian bahagikan jumlah ini dengan

bilangan skor. Min digunakan secara meluas kerana ia mengambil kira semua skor

dalam taburan dan ia sangat jitu. Contohnya, min digunakan oleh guru- guru untuk

mengira nilai purata skor yang diperoleh oleh pelajar-pelajar dalam ujian buatan guru.

Min data dikira dengan menggunakan rumus yang berikut:

Page 2: Kuantitatif Dan Kualitatif

Contoh:

1. Dalam satu ujian Matematik, skor untuk 10 orang pelajar adalah: 35, 42, 55, 67, 75,

88, 90, 94, 96 and 98. Kirakan min dengan menggunakan formula di atas.

= 35 + 42 + 55 + 67 + 75 + 88 + 90 + 94 + 96 + 98

10

= 646

10

= 64.6

2. Pengiraan min dalam data terkumpul

= 197 ÷ 16

= 12.3 (kepada 1 tempat perpuluhan)

b. Mod

Nilai mod pula boleh diperoleh dengan menyusun data yang tidak terkumpul itu

secara menaik atau menurun. Mod adalah skor yang mempunyai kekerapan yang paling

tinggi dalam satu taburan. Satu taburan mungkin mempunyai satu atau lebih mod atau

tidak mempunyai mod langsung. Contohnya skor-skor ujian Matematik berikut:

Contoh 1: 76, 55, 34, 80, 60, 95, 70

Taburan skor ini tidak mempunyai mod.

Contoh 2: 86, 70, 59, 70, 75, 68, 70

Taburan skor ini mempunyai satu mod (unimod) sahaja. Nilainya ialah 70.

Contoh 3: 76, 62, 54, 68, 62, 54, 88, 71

Page 3: Kuantitatif Dan Kualitatif

Taburan skor ini mempunyai dua mod (dwi-mod). Nilai mod ialah 62 dan

54.

Mod memberi satu gambaran umum tentang taburan. Sebagai contoh, dalam

penghasilan baju-T, pengetahuan tentang mod akan membantu pengusaha

menentukan saiz baju-T yang paling dikehendaki.

c. Median

Median ialah skor tengah dalam satu susunan taburan menaik atau menurun.

Median boleh dikirakan dengan membahagikan satu set skor yang tersusun

kepada dua bahagaian yang sama. Sebagai contoh, median untuk skor ujian ejaan

(40,56,35,70,94) dan ujian penulisan (55,62,96,45,76,80) adalah berikut:

Contoh 1: (Skor Ujian Ejaan)

35, 40, 56, 70, 94 (susun secara menaik)

Median = 56

Contoh 2: (Skor Ujian Penulisan)

45, 55, 62, 76, 80, 96 (susun secara menaik)

Median = 62 + 76

2

= 69

Median berguna jika terdapat skor yang ekstrim (melampau) dalam sesuatu

taburan. Contohnya, terdapat 3 skor dalam sesuatu ujian, iaitu 20, 20 dan 80.

Walaupun min taburan ini ialah 40, tetapi ini tidak menggambarkan ukuran

kecenderungan memusat. Dalam kes ini, nilai median 20 adalah lebih berguna

sebagai ukuran kecenderungan memusat.

1.2 PEMARKAHAN DAN PEMERINGKATAN

Terdapat banyak perbezaan antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Dari sudut

kaedah penyelidikan atau pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah postivis,

eksperimental, data numarika dan ujian statistik. Pendekatan kuantitatif mengutamakan

‘kuantiti’. Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur, mempunyai darjah kekaburan

yang minima, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas dan menumpukan kepada

Page 4: Kuantitatif Dan Kualitatif

hasil. Dengan ini, pendekatan kuantitatif melibatkan angka-angka, data-data numerikal atau

statistik. Statistik melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min, mod, median, sisihan piawai,

peratusan, skor-Z, skor-T, varian dan sebagainya.

Manakala pendekatan kualitatif pula berasaskan ‘kualiti’ dengan menggunakan

kaedah interpretif, penghuraian, kajian lapangan, kajian sejarah, kajian kes, data verbal

dan triangulasi data. Salah satu contoh bagi pendekatan kualitatif ialah skala

pemeringkatan. Skala pemeringkatan merupakan alat untuk mengukur suatu kuantiti yang

sukar diukur secara objektif. Misalnya, mengukur perlakuan seseorang murid. Skala

pemeringkatan memberi peluang kepada responden merekodkan pendapatnya tentang

darjah perlakuan itu. Skala pemeringkatan biasanya diletakkan di atas satu baris dari rendah

ke tinggi atau sebaliknya. Terdapat jenis skala iaitu skala ordinal, interval (sela) dan nisbah.

Skala ordinal menunjukkan urutan atau pangkat dan skala ordinal sebenarnya

membolehkan seseorang mendapat maklumat lebih dari sekadar maklumat asas sahaja

seperti yang diperolehi dalam skala nominal. Perbezaan magnitud antara setiap nilai atau

tidak diketahui atau tidak tetap. Contohnya ialah skala likert :

Pernyataan: Saya tidak boleh hidup tanpa komputer riba saya.

Opsyen:

1. Sangat Tidak Setuju (Strongly disagree)

2. Tidak Setuju (Disagree)

3. Setuju (Agree)

4. Sangat Setuju (Strongly agree)

Skala interval (sela) merupakan skala yang membezakan kategori dengan selang

atau jarak tertentu dengan jarak antara kategorinya sama. Skala interval tidak memiliki nilai

sifar mutlak . Misalnya, membahagi sampel berat badan ke dalam 4 interval iaitu: 40-49, 50-

59, 60-69, dan 70-79.

Skala nisbah mempunyai kesemua ciri yang dipunyai oleh skala-skala nominal,

ordinal dan interval yakni mempunyai kategori, urutan dan juga perbezaan magnitud yang

sama dan mempunyai nilai 0 (sifar) yang mutlak. Nilai 0 (sifar) ini merupakan nilai yang

mempunyai makna umur, pendapatan, berat, bilangan anak merupakan skala yang

mempunyai kuasa statistik yang tinggi dan data-data yang diperolehi menggunakan skala ini

berupaya dianalisis menggunakan analisis statistik

Page 5: Kuantitatif Dan Kualitatif

Selain itu, dari segi konsep utama pula ialah pendekatan kuantitatif mengamalkan

konsep variable, konsep hipotisis kepercayaan, operasional, kesahan dan signifikan.

Sebaliknya kaedah kualitatif pula mengamalkan konsep makna, esei, pemahaman,

pembentukan fenomena, konteks dan triangulasi. Seterusnya ialah perbezaan dari sudut

bidang yang dikaji oleh penyelidik. Kaedah kuantitatif lebih menjurus ke arah bidang sains

asas, perindustrian, psikologi, sains politik, kejuruteraan, ekonomi dan pendidikan.

Manakala kaedah kualitatif pula cenderung ke arah bidang antropologi,

kemasyarakatan, linguistik, sosiologi dan sejarah. Dalam menentukan tujuan pula, kaedah

kuantitatif melihat kepada tujuan untuk menguji teori, membina fakta, menunjukkan

perbezaan, menunjukkan hubungan, meramal tingkah laku dan menerangkan kejadian

secara statistik. Berbeza pula dengan kaedah kualitatif iaitu membina tujuan untuk

melengkapkan teori, meningkatkan kefahaman, menghuraikan kenyataan, menyatakan

kejadian semula jadi dan menerangkan kejadian secara verbal.

Melihat pula perbezaan dari sudut reka bentuk kajian, kaedah kuantitatif berbentuk

eksperimental, kuasi eksperimental, temubual berstruktur, pemerhatian berstruktur dan

tinjauan. Kaedah kualitatif pula berbentuk pemerhatian, pemerhatian peserta, temubual tidak

berstruktur, rujukan maklumat dokumentasi dan kajian kes. Dari sudut sampel pula, kaedah

kuantitatif mengambil sampel bersaiz besar, kaedah persampelan kebarangkalian, pemilihan

sampel secara rawak, kumpulan sampel kawalan dan sampel berlapis.

Manakala kaedah kualitatif pula, sampel yang diambil berskala kecil, persampelan

bukan kebarangkalian dan pemilihan sampel dengan mempunyai tujuan berdasarkan

penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik. Keupayaan keputusan yang digeneralisasikan

adalah tinggi dengan menggunakan kaedah kuantitatif berbanding kaedah kualitatif.

Melihat perbezaan dari segi data pula, kaedah kuantitatif mengumpul data secara

kuantiti, bilangan, pengukuran dan statistik. Manakala kaedah kualitatif pula menjurus

kearah penghuraian deskriptif, nota pandangan, catatan verbal, rakaman pemerhatian atau

temubual dan maklumat dari bahan dokumentasi.

Dari sudut analisis data pula, kaedah kuantitatif menganalisis data secara deduktif

dan statistik. Manakala kaedah kualitatif pula menganalisis secara tertutup, dalam jangka

masa yang panjang dan secara mendalam. Seterusnya perbezaan dari segi format

instrument untuk membentuk data pula, kaedah kuantitatif adalah lebih formal, spesifik,

struktur, telah ditetapkan dan menggunakan skala. Manakala kaedah kualitatif adalah

sebaliknya. Di bawah tersenarai jadual bagi tajuk banding beza pendekatan kuantitatif dan

kualitatif.

Page 6: Kuantitatif Dan Kualitatif

TAJUK KUANTITATIF KUALITATIF

KAEDAH

PENYELIDIKAN

Kaedah postivis

Eksperimental

Data numarika

Ujian statistik

Kaedah interpretif,

penghuraian

Kajian lapangan

Kajian sejarah

Kajian kes

Data verbal

Triangulasi data

KONSEP UTAMA Konsep variable

Konsep hipotisis

Kepercayaan

Operasional

Kesahan dan signifikan

Konsep makna

Esei

Pemahaman

Pembentukan fenomena

Konteks dan triangulasi

SUDUT BIDANG YANG

DIKAJI OLEH

PENYELIDIK

Sains asas

Perindustrian

Psikologi

Sains politik

Kejuruteraan

Ekonomi

Pendidikan

Bidang antropologi

Kemasyarakatan

Linguistik

Sosiologi

Sejarah

TUJUAN Menguji teori

Membina fakta

Menunjukkan perbezaan

Menunjukkan hubungan

Meramal tingkah laku

Menerangkan kejadian

secara statistik

Melengkapkan teori

Meningkatkan kefahaman

Menghuraikan kenyataan

Menyatakan kejadian

semulajadi

Menerangkan kejadian

secara verbal

REKA BENTUK KAJIAN Eksperimental

Kuasa eksperimental

Temubual berstruktur

Pemerhatian berstruktur

dan tinjauan

Pemerhatian

Pemerhatian peserta

Temubual tidak

berstruktur

Rujukan maklumat

dokumentasi dan kajian

kes

SUDUT SAMPEL Sampel bersaiz besar Berskala kecil

Page 7: Kuantitatif Dan Kualitatif

Kaedah persampelan

kebarangkalian

Pemilihan sampel secara

rawak

Persampelan bukan

kebarangkalian

PENGUMPULAN DATA Mengumpul data secara:

Kuantiti

Bilangan

Pengukuran

Statistik

Penghuraian deskriptif

Nota pandangan

Rakaman pemerhatian

atau temubual dan

maklumat dari bahan

dokumentasi

ANALISIS DATA Menganalisis data secara

deduktif dan statistik

Menganalisis secara

tertutup dalam jangka

masa yang panjang dan

secara mendalam

FORMAT INSTRUMENT Lebih formal

Spesifik

Struktur

Telah ditetapkan dan

menggunakan skala

Deskriptif

Kurang berstruktur

Terbuka

Lebih menumpukan

kepada proses

Jadual : Perbezaan antara kuantitatif dan kualitatif.

3.0 ANALISIS DATA DAN PELAPORAN

3.1 SKOR MENTAH

Skor mentah secara rawak:

45, 65, 95, 75, 70, 70, 60, 60, 80, 60, 75, 65, 75, 75, 70, 70, 85, 70, 85, 80,

45, 75, 70, 90, 80, 85, 65, 75, 80, 75, 75, 75, 65, 70, 65, 80, 85, 80, 70, 75,

70, 60, 80, 40, 65, 75, 60, 75, 75, 85, 75, 65, 85, 60, 70, 70, 90, 70, 75, 70

Skor mentah di atas merupakan markah-markah yang telah murid menjalani ujian bulanan

reka bentuk dan teknologi kelas 4M di sekolah SJK(C) MALIM pada tahun 2015.

Taburan secara menaik:

40, 45, 45, 60, 60, 60, 60, 60, 60, 65, 65, 65, 65, 65, 65, 65, 70, 70, 70, 70,

70, 70, 70, 70, 70, 70, 70, 70, 70, 75, 75, 75, 75, 75, 75, 75, 75, 75, 75, 75,

Page 8: Kuantitatif Dan Kualitatif

75, 75, 75, 75, 80, 80, 80, 80, 80, 80, 80, 85, 85, 85, 85, 85, 85, 90, 90, 95

Taburan secara menurun:

95, 90, 90, 85, 85, 85, 85, 85, 85, 80, 80, 80, 80, 80, 80, 80, 75, 75, 75, 75,

75, 75, 75, 75, 75, 75, 75, 75, 75, 75, 75, 70, 70, 70, 70, 70, 70, 70, 70, 70,

70, 70, 70, 70, 65, 65, 65, 65, 65, 65, 65, 60, 60, 60, 60, 60, 60, 45, 45, 40

3.2 TABURAN KEKERAPAN

SKOR KEKERAPAN KADAR KEKERAPAN

95 1 Terendah

90 2 Rendah

85 6 Sederhana

80 7 Sederhana

75 15 Tertinggi

70 13 Tinggi

65 7 Sederhana

60 6 Sederhana

45 2 Rendah

40 1 Terendah

Jadual 3.1: Skor Ujian Bulanan Tahun 2015 Reka Bentuk dan Teknologi Kelas 4M

Dalam jadual di atas, ternyata bahawa skor 75 adalah kadar kekerapan yang

tertinggi iaitu jumlah kekerapan ialah 15. Tambahan pula, skor 70 mempunyai kadar

kekerapan yang tinggi iaitu 13. Di samping itu, jadual ternyata 2 jenis kadar kekerapan yang

sederhana iaitu 6 dan 7. Bagi kadar kekerapan 6, skornya adalah 85 dan 60. Manakala skor

80 dan 65 mempunyai kadar kekerapan 7. Kadar kekerapan rendah pula adalah 2 dan

skornya adalah 90 dan 45. Akhir sekali, skor 40 adalah kadar kekerapan yang terendah iaitu

1.

SKOR GUNDALAN KEKERAPAN

Page 9: Kuantitatif Dan Kualitatif

(SELA KELAS)

90 - 99 /// 3

80 - 89 ///// ///// ///// ///// /// 13

70 - 79 ///// ///// ///// ///// ///// /// 28

60 - 69 ///// ///// /// 13

50 - 59 0

40 - 49 /// 3

3.3 TABURAN KEKERAPAN DENGAN JULAT KELAS SEBANYAK 10

Jadual 3.2: Skor Ujian Bulanan Tahun 2015 Rela Bentuk dan Teknologi Kelas 4M

Jadual di atas disediakan untuk mengira kekerapan dengan julat kelas skor

sebanyak 10. Kekerapan sebanyak 28 adalah kekerapan yang paling banyak dengan julat

kelas skor 70 – 79. Manakala kekerapan yang sederhana adalah julat skor 80 – 89 dan 60 –

69 dengan kekerapan sebanyak 13. Terakhir adalah julat skor 90 – 99 dan 40 – 49 yang

mempunyai kekerapan rendah iaitu 3.

3.4 HISTOGRAM TABURAN KEKERAPAN

SKOR

(SELA KELAS)SEMPADAN ATAS KEKERAPAN

90 - 99 99.5 3

80 - 89 89.5 13

70 - 79 79.5 28

60 - 69 69.5 13

50 - 59 59.5 0

40 - 49 49.5 3

Jadual 3.3: Skor Ujian Bulanan Tahun 2015 Reka Bentuk dan Teknologi Kelas 4M

Page 10: Kuantitatif Dan Kualitatif

49.5 59.5 69.5 79.5 89.5 99.50

5

10

15

20

25

30

Skor Ujian Bulanan Tahun 2015 Reka Bentuk dan Teknologi Kelas 4M

Sempadan Atas

Keke

rapa

n

Gambar Rajah 3.1: Skor Ujian Bulanan Tahun 2015 Reka Bentuk dan Teknologi Kelas 4M

3.5 KEKERAPAN POLIGON

SKOR

(SELA KELAS)SEMPADAN BAWAH SEMPADAN ATAS KEKERAPAN

90 - 99 89.5 99.5 3

80 - 89 79.5 89.5 13

70 - 79 69.5 79.5 28

60 - 69 59.5 69.5 13

50 - 59 49.5 59.5 0

40 - 49 39.5 49.5 3

Jadual 4: Skor Ujian Bulanan Tahun 2015 Reka Bentuk dan Teknologi Kelas 4M

Page 11: Kuantitatif Dan Kualitatif

49.5 59.5 69.5 79.5 89.5 99.50

5

10

15

20

25

30

Skor Ujian Bulanan Tahun 2015 Reka Bentuk dan Teknologi Kelas 4M

Skor Ujian Bulanan Tahun 2015 Reka Bentuk dan Teknologi Kelas 4M

Sempadan Atas

Keke

rapa

n

Gambar Rajah 3.2: Skor Ujian Bulanan Tahun 2015 Reka Bentuk dan Teknologi Kelas 4M.

5.4 ANALISIS INDEKS KESUKARAN ITEM

Berikut merupakan analisis indeks kesukaran item:

T (NT+NR) = 32

BIL. ITEM

JAWAPAN

BETUL

(PENCAPAIAN

TINGGI), (RU)

JAWAPAN

BETUL

(PENCAPAIAN

RENDAH), (RL)

INDEKS

KESUKRAN

ITEM, (I.K)

PENGKELASAN

ITEMKEPUTUSAN

1. S 1 13 12 0.78 Senang TERIMA

2. S 2 16 16 1.00 Terlalu Senang UBAH SUAI

3. S 3 16 14 0.92 Terlalu Senang UBAH SUAI

4. S 4 16 7 0.72 Sederhana Senang TERIMA

5. S 5 12 5 0.53 Sederhana Senang TERIMA

6. S 6 14 13 0.84 Terlalu Senang UBAH SUAI

7. S 7 13 8 0.66 Senang TERIMA

8. S 8 13 3 0.50 Sederhana Senang TERIMA

9. S 9 13 4 0.53 Sederhana Senang TERIMA

10. S 10 16 16 1.00 Terlalu Senang UBAH SUAI

11. S 11 12 4 0.50 Sederhana Senang TERIMA

12. S 12 16 13 0.91 Terlalu Senang UBAH SUAI

Page 12: Kuantitatif Dan Kualitatif

13. S 13 4 3 0.22 Sukar TERIMA

14. S 14 16 15 0.97 Terlalu Senang UBAH SUAI

15. S 15 6 4 0.31 Sukar TERIMA

16. S 16 16 13 0.91 Terlalu Senang UBAH SUAI

17. S 17 14 10 0.75 Senang TERIMA

18. S 18 16 14 0.94 Terlalu Senang UBAH SUAI

19. S 19 16 13 0.91 Terlalu Senang UBAH SUAI

20. S 20 11 6 0.53 Sederhana Senang TERIMA

Jadual 5.: Analisis Indeks Kesukaran Item

5.5 ULASAN ANALISIS INDEKS KESUKARAN ITEM

Berikut merupakan ulasan analisis indeks kesukaran item:

ITEM INDEKS KESUKARAN ULASAN/ CATATAN

S 13 0.22 Peratus murid yang menjawab betul soalan ini

agak rendah. Item ini dalam kategori sukar,

namum masih boleh diterima untuk pengujian.

S 8 0. 50 Sebahagian murid gagal menjawab soalan ini

walaupun ia dikelaskan sebagai kategori

sederhana senang dan diterima.

S 1 0.78 Kebanyakan murid dapat menjawab soalan ini

dengan betul. Soalan ini dikelaskan dalam

kategori senang dan diterima.

S 2 1.00 Peratus murid yang menjawab betul soalan ini

adalah seratus peratus. Item ini dalam kategori

terlalu senang dan haruslah diubahsuaikan.

Jadual 5. : Ulasan Analisis Indeks Kesukaran Item

Bagi item yang berada dalam kategori senang, sederhana senang dan sukar, ia akan

terus disimpan di bank soalan dan akan digunakan oleh guru-guru dalam kertas soalan pada

bila-bila masa..

Page 13: Kuantitatif Dan Kualitatif

5.6 ANALISIS INDEKS DISKRIMINASI ITEM

Berikut merupakan analisis indeks diskriminasi item:

T(RL +R U) = 32

BIL. ITEM

JAWAPAN

BETUL

(PENCAPAIAN

TINGGI), (RU)

JAWAPAN

BETUL

(PENCAPAIAN

RENDAH), (RL)

INDEKS

DISKRIMINASI

ITEM, (D)

PENGKELASAN

ITEMKEPUTUSAN

1. S 1 13 12 0.06 Tidak baik UBAH SUAI

2. S 2 16 16 0.00 Tidak baik UBAH SUAI

3. S 3 16 14 0.13 Kurang baik TERIMA

4. S 4 16 7 0.56 Sangat Baik TERIMA

5. S 5 12 5 0.44 Sangat Baik TERIMA

6. S 6 14 13 0.06 Tidak baik UBAH SUAI

7. S 7 13 8 0.31 Baik TERIMA

8. S 8 13 3 0.63 Sangat Baik TERIMA

9. S 9 13 4 0.56 Sangat baik TERIMA

10. S 10 16 16 0.00 Tidak baik UBAH SUAI

11. S 11 12 4 0.50 Sangat Baik TERIMA

12. S 12 16 13 0.19 Kurang baik TERIMA

13. S 13 4 3 0.06 Tidak baik UBAH SUAI

14. S 14 16 15 0.06 Tidak baik UBAH SUAI

15. S 15 6 4 0.13 Kurang baik TERIMA

16. S 16 16 13 0.20 Kurang baik TERIMA

17. S 17 14 10 0.25 Sederhana baik TERIMA

18. S 18 16 14 0.13 Kurang baik TERIMA

19. S 19 16 13 0.20 Kurang baik TERIMA

20. S 20 11 6 0.31 Baik TERIMA

Page 14: Kuantitatif Dan Kualitatif

5.7 ULASAN ANALISIS INDEKS DISKRIMINASI ITEM

Berikut merupakan ulasan analisis indeks diskriminasi item:

ITEM INDEKS KESUKARAN ULASAN/ CATATAN

S 1 0.06 Item ini adalah pada tahap tidak baik dan perlu

diubah suai semula agar dapat digunakan

sebagai soalan peperiksaan.

S 3 0.13 Item ini adalah pada tahap kurang baik dan

boleh diterima serta disimpan dalam bank

soalan.

S 17 0.25 Item ini adalah pada tahap sederhana baik dan

boleh diterima serta disimpan dalam bank

soalan.

S 7 0. 31 Item ini adalah pada tahap baik dan boleh

diterima serta disimpan dalam bank soalan.

S 4 0.56 Item ini adalah pada tahap sangat baik dan

boleh diterima serta disimpan dalam bank

soalan.

Jadual 5. : Ulasan Analisis Indeks Diskriminasi Item

Bagi item yang berada dalam kategori kurang baik, baik, sederhana baik dan sangat

baik, ia akan terus disimpan di bank soalan dan akan digunakan oleh guru-guru dalam

kertas soalan pada bila-bila masa. Soalan dalam kategori tidak baik pula akan diubahsuai.

Page 15: Kuantitatif Dan Kualitatif

5.8 PERBANDINGAN INDEKS

BIL. ITEM

INDEKS

KESUKRAN

ITEM, (I.K)

INDEKS

DISKRIMINASI

ITEM, (D)

TINDAKAN

1. S 1 0.78 0.06 Ubahsuai dan sukarkan

2. S 2 1.00 0.00 Ubahsuai dan sukarkan

3. S 3 0.92 0.13 Ubahsuai dan sukarkan

4. S 4 0.72 0.56 Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

5. S 5 0.53 0.44 Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

6. S 6 0.84 0.06 Ubahsuai dan sukarkan

7. S 7 0.66 0.31 Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

8. S 8 0.50 0.63 Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

9. S 9 0.53 0.56 Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

10. S 10 1.00 0.00 Ubahsuai dan sukarkan

11. S 11 0.50 0.50 Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

12. S 12 0.91 0.19 Ubahsuai dan sukarkan

13. S 13 0.22 0.06 Ubahsuai dan mudahkan

14. S 14 0.97 0.06 Ubahsuai dan sukarkan

15. S 15 0.32 0.13 Ubahsuai dan mudahkan

16. S 16 0.91 0.20 Ubahsuai dan sukarkan

17. S 17 0.75 0.25 Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

18. S 18 0.94 0.13 Ubahsuai dan sukarkan

19. S 19 0.91 0.20 Ubahsuai dan sukarkan

20. S 20 0.53 0.31 Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

Jadual ini dapat ditafsrikan dengan 4 jenis tindakan berikut:

Tindakan Perbandingan Indeks

Kekalkan IK sederhana + ID sederhana

Ubahsuai / sukarkan IK mudah + ID sederhana

Ubahsuai/ mudahkan IK sukar + ID sederhana

Tukarkan / Perbaiki ID negatif

Page 16: Kuantitatif Dan Kualitatif