bentuk kajian kualitatif

Upload: kesavan

Post on 10-Feb-2018

323 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    1/40

    Bentuk Kajian

    KualitatifKesavan Komarasamy

    Nur Ashana Bt. Mehat

    Jagjit Singh Pritam SinghMohamad Shafiq Abd Rahim

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    2/40

    Kajian KualitatifDEFINISI:

    Kajian ke atas sesuatu situasi dan individu untukmendapatkan maklumat secara terperinci serta mendalam.

    O Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebabsesuatu perkara berlaku.

    O Dari segi pengutipan data dan penjanaan teori, kajiankualitatif banyak menggunakan kaedah interaksi,bersemuka dengan subjek kajian, dan pendekatan induktifuntuk menjana teori.

    O

    Kajian kualitatif merupakan kajian secara induktif iaitupenyelidik membina konsep, hipotesis dan teori untuk dikembangkan, dinyatakan dan dijelaskan.

    O Kutipan data dijalankan secara berterusan

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    3/40

    Asas Penyelidikan KualitatifO Peserta kajian

    - Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumatkajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian.

    O Bentuk data- Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melaluitemubual atau direkod dalam bentuk gambar atau video.

    Rekabentuk kajian- Rekabentuk bersifat fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaandan keperluan situasi.

    Metodologi kajian- Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak

    berasaskan kebarangkalian.

    Instrumen Kajian- Penyelidik adalah instrumen utama memungut data. Penyelidikperlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhatisendiri fenomena yang ingin dikaji.

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    4/40

    Ciri Ciri Kajian Kualitatif1. Kajian lapangan: berbentuk semulajadi

    - tingkahlaku dikaji secara semulajadi

    - kepercayaan berkait dengan

    persekitaran semulajadi:

    > tingkahlaku mudah difahami tanpa

    kekangan luaran atau kawalan

    2. Pengumpulan Data- Pemerhatian

    - Temuduga

    - Analisis Dokumen

    3. Data berbentuk penceritaan

    4. Mengkaji bagaimana dan mengapatingkahlaku berlaku

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    5/40

    JenisJenis

    Kajian Kualitatif

    Etnografi

    Kajian Kes

    Fenomenologi

    Teori Grounded

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    6/40

    Etnografi

    O Kajian lapangan berbentuk pemerhatian yang mengkajisesuatu budaya atau tingkahlaku dalam sesebuah

    masyarakat.

    O Budaya: kepercayaan yang dikongsi dalam sesuatu

    masyarakat

    O Pengkaji menetap selama 6 bulan hingga setahun

    bersama peserta kajian.

    O Penyataan Masalah

    O Mendalami permasalahanrangka kerja untuk

    memulakan kajian kualitatifO Soalan spesifik: soalan yang muncul daripada hubungan

    antara permasalahan dan data yang diperoleh

    O Didapati dalam analisis data

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    7/40

    Mengenalpasti dan memasuki

    lapangan kajianO Mengakses semua bahagian dalam lapangan

    - Subjek penyelidikan

    - Dokumen

    - Lokasi penyelidikanO Membina hubungan baik dengan subjek

    penyelidikan

    O Kajian lapangan mengambil masa yang lama

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    8/40

    Kaedah Untuk Memperoleh Data

    1. Pemerhatian

    2. Temuduga

    3. Analisis Dokumen4. Gambar

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    9/40

    Pemerhatian

    O Perhatikan kumpulan sasar denganmelihat, mendengar dan bertindak sepertiahli kumpulan.

    O Penyelidik bertindak sebagai pemerhati

    atau peserta.

    O Matlamat:1) Memerhati kegiatan,individu dan

    aspek fizikal sesuatu situasi

    2) Melibatkan diri dalam aktiviti yangbersesuaian yang membekalkan

    maklumat berguna.

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    10/40

    FENOMENOLOGI

    O Geertz (1973) menyatakan penyelidik yang

    menggunakan kaedah fenomenologi

    berusaha untuk memasuki dunia konsepsi

    individu yang diselidik.

    Penyelidik fenomenologi berusaha untuk

    memahami maksud sesuatu kejadian

    serta interaksi orang awam dalam situasi

    yang tertentu. (Bogdan & Biklen, 1992)

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    11/40

    Kaedah Untuk Memperoleh Data

    1. Pemerhatian

    2. Temuduga

    3. Analisis Dokumen4. Falsafah hidup

    5. Sajak

    6. Bahan seni

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    12/40

    KAJIAN KESO Merupakan penerangan dan

    penganalisisan terperinci sesuatufenomena atau unit sosial (individu,kumpulan, institusi atau komuniti)

    O Setiap kes merupakan sistem unik yangmempunyai sempadan dan had(Merriam, 1998; Stake, 1995)

    O Kajian kes menjawab soalan bila,bagaimana dan mengapa

    OAlat kajian yang sesuai diperlukan untukmemperolehi maklumat berkenaan

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    13/40

    KAJIAN KESO Kajian kes juga memfokuskan

    kepada penghuraian yang holistik

    atau menyeluruh dan memberikanpenjelasan kepada sesuatu

    peristiwa yang berlaku secara

    mendalam. (Yin, 1994)

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    14/40

    Kaedah Untuk Memperoleh Data

    1. Pemerhatian

    2. Temuduga

    3. Analisis Dokumen

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    15/40

    REKABENTUK KAJIAN

    TEORI GROUNDEDO Masalah yang dikajipengkaji akan

    membina seberapa banyak soalan yang

    memfokuskan kepada- apa yang berlaku kepada orang

    yang hendak dikaji,

    - kenapa masalah itu berlaku dan

    - apa kesannya kepada orang dikaji.

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    16/40

    REKABENTUK KAJIAN

    TEORI GROUNDEDO Pengkaji akan memilih orang yang hendak

    dikaji mengikut skop kajian yang hendak

    dijalankan.

    O Proses mendapatkan data kajian ialah melalui

    perbualan atau interaksi yang tidak dirancang.

    O Konsep utama teori/core theoretical

    concept(s) akan dikenalpasti.

    O Jejantas sementara akan digunakan untukmenghubungkan data dengan konsep utama

    teori.

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    17/40

    Kaedah Untuk Memperoleh Data

    1. Pemerhatian

    2. Rakaman Temuduga

    3. Analisis Dokumen4. Diari

    5. Kumpulan (Focus Group)

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    18/40

    Bentuk bentuk kajian lainO Heuristic

    O Ethno methodology

    O HermeneuticsO Ecological psychology

    O Social interactionism

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    19/40

    KAEDAH KAJIAN

    KUALITATIF

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    20/40

    KAEDAH PEMERHATIAN

    - Pengkaji melakukan kajian terhadap sesuatu situasi

    atau budaya tertentu dengan melakukan pemerhatian

    sejak dari mula situasi itu berlaku.

    -Pemerhatian yang dilakukan dicatat untuk

    mendapatkan dapatan kajian terhadap topik yang

    hendak dikaji.

    -Pengkaji perlu meletakkan satu tempoh tertentu utuk

    melakukan pemerhatian

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    21/40

    -Kaedah ini sgt berguna sekiranya pemerhatian yang

    dilakukan menepati apa yg hendak dikaji

    - Kaedah ini sebenarnya memerlukan masa yg lama

    berbanding kaedah-kaedah kajian yg lain danmenggunakan kos yg lebih tinggi.

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    22/40

    TEMUBUAL

    - temubual adalah kaedah kajian secara verbal

    - Responden memberikan maklumat kepada pengkaji

    secara percakapan secara formal atau tidak formal

    - Perbuatan semasa temubual juga diambil kira sebagai

    sebahagian daripada data

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    23/40

    - selain itu, 'key informant interview' adalah merujuk

    kepada sesuatu keistimewaan yang ada terhadap

    responden- pengkaji memelih responden

    disebabkan oleh kelebihan,pandanganyangberbeza, status di dalam budaya atau

    organisasi, atau pengetahuan terhadap perkara yg

    hendak dikaji.

    - Pelbagai soalan 'open handed' dipilih untukmengambil sebanyak mana maklumat yg

    diperlukan didalammasa yg ditetapkan

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    24/40

    - Kaedah temubual ini boleh dilaksanakan dengan

    lebih cepat dan tidak mengambil masa yg lama

    seperti kaedah pemerhatian.- Ia juga tidak memerlukan belanja yg besar

    disamping ia sgt berguna sekiranya pengkaji ingin

    mengkaji topik yg ditemubual dengan lebih

    mendalam.

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    25/40

    KUMPULAN FOKUS

    - kaedah ini merupakan kaedah formal dengan

    menemubual secara formal satu kumpulan

    responden berkenaan dgn topik yg hendak dikaji.

    - Prinsip temubual yg digunakan dalam kumpulanfokus adalah sama seperti temubual secara individu

    - Cth: OPen-handed questionaire, fokus kepada

    percakapan responden.

    -Sangat berguna apabila pengkaji amat memerlukan

    keperbagaian pendapat terhadap topik yg dikaji.

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    26/40

    -Kepelbagaian pendapat daripada ahli kumpulan

    fokus mempercepatkan proses temubual tersebut

    berbanding temubual secara individu.-fasilitator di dalam kumpulan perlu bijak

    mengendalikan kumpulan fokus ini.

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    27/40

    MENGGUNAKAN KAJIAN LEPAS

    - Kaedah ini adalah pengkaji menggunakan kajian-

    kajian lepas yang berkaitan dgn topik yg hendak

    dikaji sebagai rujukan utama.

    - Kaedah ini dapat memberikan maklumat pentingkepada pengkaji berkenaan kesan kajian lepas

    terhadap situasi pada masa sekarang.

    - Ini merupakan cara yg berbeza berbanding

    dengan kaedah-kaedah lain untuk mengkajisesuatu topik kajian dgn lebih mendalam.

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    28/40

    Kaedah ini memerlukan banyak bahan bacaan untuk

    mendapatkan hssil kajian yang benar-benar berkualiti

    dan berguna.

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    29/40

    KAEDAH-KAEDAH LAIN

    - Rakaman

    -Menggunakan teknik visual atau audio

    - Menggunakan sejarah hidup atau biografi

    - Sesetengah pengkaji menggunakan servey, soalselidikberkenaan dgn topik yg dikaji

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    30/40

    SAMPEL KAJIAN ADAKAH SAMPEL KAJIAN ITU BERSESUAIAN DENGAN SOALAN

    KAJIAN ?

    - Sebab-sebab sesuatu sampel dipilih haruslah di perjelaskan contohnya

    dari segi umur, kebudayaan , pengalaman dan sebagainya dan bukannya di

    pilih secara rawak.

    Contohnya :- kajian mengenai impak sesuatu rawatan terhadap

    pesakit.

    Sampel haruslah daripada kalangan pesakit tersebutsahaja.

    ADAKAH SAMPEL DI PILIH SEHINGGA SEMUA MAKLUMAT YANG

    DIPERLUKAN

    DIPEROLEHI ?

    - Saiz sample bergantung kepada maklumat yang dikehendaki .

    - Pengkaji haruslah mengetahui bagaimana dan bila maklumat yang di

    perolehi itu lengkap.

    - Proses mengumpulan sampel haruslah flexsible sehingga kesemua

    maklumat yang dikehendaki di perolehi.

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    31/40

    PENGUMPULAN DATAO MAKLUMAT MENGENAI PERIBADI SAMPEL, TEMPAT DAN KELAYAKAN

    SAMPEL SERTA HUBUNGAN DENGAN PENGKAJI DAN SOALAN KAJIAN.

    - Pengkaji haruslah melibatkan diri dan melalui proses kajian dengan

    sendiri supaya menghayati fenomena kajian

    dimana beliau dapat memahami responden dengan lebih baik.

    - Ia adalah penting untuk mendapatkan gambaraan keseluruhan respondendengan fenomena yang dikaji.

    - Pengkaji bertindak sebagai instrumen dalam mengumpulan data.

    - Pengkaji haruslah menyatakan kelayakan, pengalaman dalam pemerhatian,

    temubual dan perhubungan dengan

    responden supaya ia dapat meningkatkan keyakinan responden terhadap

    pengkaji agar proses pengumpulan data

    berjalan dengan lancar.

    - Pengkaji juga haruslah meluahkan andaian beliau mnegenai topic kajian

    supaya responden dapat memahami topic itu

    dengan lebih jelas dan seterusnya dapat memberikan sumbangan yang

    bernas.

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    32/40

    PROSEDUR RIGORO Semua prosedur pengumpualan data haruslahjelas agar dapat mengumpul data dengan tepat

    dan dapat mengambarkan fenomena kajian secara

    keseluruhan.

    O Langkah-langkah pengumpulan data dari segi

    masa, maklumat dan cara pengumpulan haruslah

    jelas

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    33/40

    Analisis Data

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    34/40

    Penyataan dataO Pengkaji harus menyatakan analisis data

    dengan induktif dan penemuan disokongdengan baik.

    O

    Pengkaji harus menyatakan bagaimanapenemuan muncul daripada data.

    O Kefleksibelan proses pengumpulan dataharus dinyatakan kerana ia merujuk kepadatrendperubahan dalam data.

    O Pembaca harus dapat mengenalpasti teknik

    yang digunakan sesuai dan sesuai bagi kajiantersebut

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    35/40

    TemaO Refleksiviti data perlu konsisten dengan

    hasil penemuan.

    O

    Tema yang diwujudkan harus inklusifkepada semua data yang ditemui dan

    seharusnya dihubungkaitkan dengan baik.

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    36/40

    PenaakulanO Proses penaakulan semasa fasa analisis harus

    dinyatakan jelas. Ini melibatkan process

    mengidentifikasi kategori, tema, corak, dan

    hubungkait data.

    O Proses ini dapat dinyatakan melalui penggunaan

    'laluan keputusan'. Ia merekodkan semua keputusan

    yang dibuat sepanjang proses termasuk semasa

    pembangunan dasar untuk mengubah data kepada

    kod.O 'Laluan keputusan' dapat memberi gambaran kepada

    rasional keputusan yang dibuat semasa

    pembangunan tema

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    37/40

    Hubungkait TeoriO Penemuan harus juga menyatakan secara

    jelas konsep teori, hubungkait di antara

    maksud yang wujud daripada data. Ini

    dapat memberi gambaran terhadap

    fenomena yang berlaku semasa kajian.

    O Pembaca harus dapat memahami konsep

    dan hubungkait, serta rangka konseptual

    yang dicadangkan oleh pengkaji secarajelas.

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    38/40

    Kepercayaan dan AmanahO Dalam bahagian ini, pembaca dapat diyakinkan

    akan kepercayaan dan nilai terhadap penemuan

    kajian.

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    39/40

    TriangulasiO Salah satu strategi untuk menguatkan

    kepercayaan kepada data adalah

    triangulasi. Ia melibatkan penggunaan

    pelbagai sumber dan perspektif untuk

    mengurangkan bias sistematik.

    O Ia boleh dilakukan kepada pengambilan

    sumber, cara pengumpulan, penglibatan

    pengkaji, dan penggunaan teori.

  • 7/22/2019 Bentuk Kajian Kualitatif

    40/40

    KonklusiO Konklusi harus konsisten dan kongruen

    dengan penemuan kajian yang dilaporkan.

    Semua data dan penemuan harus

    dibincangkan dan disintesiskan.

    O Konklusi harus memberi makna kepada

    pembaca. Ia harus menghubungkan

    penemuan kepada kajian dan teori yang sedia

    ada. Implikasi dan cadangan lanjut harusdinyatakan dan dikaitkan jelas kepada situasi

    penggunaan dan arahtuju kajian.