kajian kes 2- kualitatif

24
KAEDAH 3B (BATANG AISKRIM, BUKU GARIS EMPAT, BIMBINGAN INDIVIDU) DALAM MEMBANTU MURID PEMULIHAN MENJARAKKAN RUANG ANTARA PERKATAAN DALAM TULISAN ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan sebatang aiskrim bagi menjarakkan ruang dalam tulisan mereka dan serta menambahbaik kemahiran membaca murid melalui tulisan yang telah dijarakkan. Kajian ini melibatkan seorang murid yang mengalami masalah jarak yang tidak konsisten dalam tulisan serta menghadapi kesukaran membaca tulisan yang tidak berjarak. Tinjauan awal dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran dan penganalisian data melalui lembaran kerja dan tingkah laku. Penyelidikan dijalankan semasa latihan praktikal selama sebulan di Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, temu bual dan lembaran kerja. Berdasarkan data yang dianalisis daripada tinjauan awal mendapati masalah murid ini dapat dikurangkan. Data dianalisis melalui semakan lembaran kerja dan latih tubi yang diberikan. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan batang aiskrim mampu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Murid juga boleh menjarakkan tulisan tanpa menggunakan batang aiskrim dan membaca dengan lancar. Tulisan murid juga lebih kemas dengan membuat latihan dalam buku garis empat dan bimbingan individu. Latihan koordinasi juga dijalankan sebagai latihan sampingan. Murid juga boleh membaca kembali tulisan yang disalinnya dengan baik dan lancar. Bagi tindakan susulan, saya, saya berhasrat untuk melatih murid memegang pensel dengan betul dengan menggunakan penanda pemegang di atas pensel bagi memperkemaskan lagi tulisan mereka. Kata kunci: batang aiskrim, pemulihan, jarak tidak konsisiten, kesukaran membaca, kemahiran menulis, kemahiran membaca. PENDAHULUAN

Upload: meshi1984

Post on 29-Jan-2016

77 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kajian kualitatif

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kes 2- Kualitatif

KAEDAH 3B (BATANG AISKRIM, BUKU GARIS EMPAT, BIMBINGAN INDIVIDU) DALAM MEMBANTU MURID

PEMULIHAN MENJARAKKAN RUANG ANTARA PERKATAAN DALAM TULISAN

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan sebatang aiskrim bagi menjarakkan ruang dalam tulisan mereka dan serta menambahbaik kemahiran membaca murid melalui tulisan yang telah dijarakkan. Kajian ini melibatkan seorang murid yang mengalami masalah jarak yang tidak konsisten dalam tulisan serta menghadapi kesukaran membaca tulisan yang tidak berjarak. Tinjauan awal dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran dan penganalisian data melalui lembaran kerja dan tingkah laku. Penyelidikan dijalankan semasa latihan praktikal selama sebulan di Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, temu bual dan lembaran kerja. Berdasarkan data yang dianalisis daripada tinjauan awal mendapati masalah murid ini dapat dikurangkan. Data dianalisis melalui semakan lembaran kerja dan latih tubi yang diberikan. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan batang aiskrim mampu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Murid juga boleh menjarakkan tulisan tanpa menggunakan batang aiskrim dan membaca dengan lancar. Tulisan murid juga lebih kemas dengan membuat latihan dalam buku garis empat dan bimbingan individu. Latihan koordinasi juga dijalankan sebagai latihan sampingan. Murid juga boleh membaca kembali tulisan yang disalinnya dengan baik dan lancar. Bagi tindakan susulan, saya, saya berhasrat untuk melatih murid memegang pensel dengan betul dengan menggunakan penanda pemegang di atas pensel bagi memperkemaskan lagi tulisan mereka.

Kata kunci: batang aiskrim, pemulihan, jarak tidak konsisiten, kesukaran membaca, kemahiran menulis, kemahiran membaca.

PENDAHULUAN

Pengkaji merupakan guru pelatih PISMP Pemulihan Khas Ambilan Januari 2010 dan telah menjalani praktikum fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu serta ditugaskan untuk mengajar murid Tahun 2 Nilam seramai sembilan orang yang terlibat dengan kelas pemulihan. Semasa mengajar di kelas tersebut, pengkaji berdepan dengan seorang murid yang mengalami masalah dalam kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kesilapan yang dilakukan oleh responden ialah tulisannya tidak mempunyai jarak yang konsisten iaitu terlalu rapat dan terlalu jauh dan menghadapi

53

Page 2: Kajian Kes 2- Kualitatif

kesukaran dalam membaca kembali tulisan yang disalinnya. Secara kesimpulannya, responden tidak boleh mewujudkan ruang antara perkataan dalam tulisannya. Oleh itu, pengkaji mengambil keputusan untuk membantu responden tersebut dalam menangani masalah yang dihadapinya.

Graham & Harris (l989) dan Morrocco & Newman (l986) mendapati bahawa murid yang menghadapi masalah pembelajaran selalunya mendapat kebaikkan apabila penekanan terhadap proses-proses menulis ditumpukan. Dengan penemuan isu ini, pengkaji berpendapat bahawa perlu menekankan kepentingan aspek tulisan dalam setiap sesi pembelajaran dan tidak menganggap masalah tulisan sebagai satu masalah biasa bagi murid pemulihan khasnya. Yusop dan Walter (2010) dalam hasil dapatan kajian mereka menyatakan bahawa gabungan pegangan pensel dan tatacara yang betul banyak membantu peserta kajian mereka daripada membuat kesalahan dari segi abjad dan juga keseragaman dari segi saiz huruf yang ditulis. Yusop dan Walter (2010) menggunakan pensel untuk membantu peserta kajian mereka membuat ruang perkataan.

FOKUS KAJIAN

Semasa menjalani dua fasa praktikum yang berbeza, pengkaji mendapati bahawa segelintir murid pemulihan memang mempunyai masalah dalam kemahiran menulis terutamanya dalam mewujudkan ruang antara perkataan dalam ayat. Justeru, pengkaji cuba menyelesaikan masalah ini semasa menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh dan mendapati isu yang sama juga dihadapi oleh responden, salah seorang murid Pemulihan Khas Tahun 2 Nilam yang pengkaji ajar. Isu ini dikenalpasti apabila pengkaji meneliti latihan responden. Rajah 1 menunjukkan masalah responden berkaitan dengan dengan penggunaan ruang dalam tulisan semasa membuat latihan di dalam kelas pengkaji.

Rajah 1 : Data awal yangmenunjukkan masalah responden

54

Page 3: Kajian Kes 2- Kualitatif

Pada pendapat pengkaji, situasi ini berlaku kerana kurangnya kesedaran mengenai kepentingan aspek kemahiran menulis dalam kalangan murid pemulihan. Menurut Levin (1987), cara memegang alat tulis mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan. Tulisan yang cantik dan mudah dibaca merupakan satu cara bagi memahami sesuatu mesej yang disampaikan agar lebih mudah difahami dan akan dibaca dengan jelas. Oleh sebab itu, atas kesedaran untuk meningkatkan kemahiran mengajar dan memperbaiki amalan kendiri serta membantu murid yang menghadapi masalah tersebut, pengkaji mengambil keputusan untuk menjalankan penyelidikan tindakan ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk: Meningkatkan keupayaan murid untuk menulis dengan kemas. Membantu murid menguasai kemahiran menulis. Meningkatkan kemahiran membaca murid melalui tulisan yang betul

dan kemas

Persoalan kajian yang ingin dijawab dalam penyelidikan tindakan ini ialah:

Mengenalpasti sejauh mana penggunaan batang aiskrim dapat membantu murid mewujudkan ruang antara perkataan dalam tulisan?

Adakah penggunaan „Kaedah 3B‟ membantu murid menguasai kemahiran menulis dengan baik?

Adakah murid dapat membaca dengan baik sekiranya tulisan yang ditulis dijarakkan?

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan seorang murid Pemulihan Khas dari Tahun 2 Nilam yang berbangsa Melayu dan berumur lapan tahun. Murid tersebut tinggal berdekatan dengan sekolah iaitu Kampung Gemuroh. Murid merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik dan bercita-cita menjadi seorang doktor apabila dewasa kelak.

Berdasarkan pemerhatian, pengkaji mengenal pasti bahawa murid ini mempunyai masalah dalam menjarakkan perkataan dan huruf dalam penulisan. Tambahan lagi, tulisannya mempunyai saiz yang tidak menentu dan memilik ruang antara huruf yang tidak konsisten seperti terlalu jauh dengan antara dua suku kata ataupun tulisan terlalu rapat. Oleh yang demikian, tulisan yang dihasilkan adakalanya sukar untuk dibaca oleh pengkaji. Untuk menyokong kumpulan sasaran ini, pengkaji meminta murid ini untuk membaca tulisan yang dihasilkan dan ternyata murid ini tergagap dan senyap ketika sesi membaca dijalankan.

55

Page 4: Kajian Kes 2- Kualitatif

TINDAKAN

Penyelidikan ini adalah berlandaskan model Kemis dan McTaggard (1998) yang tmenghuraikan proses lingkaran kajian tindakan ini terbahagi kepada empat iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati,

Mereflek

Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada refleksi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lepas yang telah dilaksanakan oleh pengkaji dalam mengenal pasti kebolehan responden bagi mencari kekuatan, kelemahan dan masalah yang dihadapi. Proses pengumpulan data awal dijalankan bagi mengenal pasti kelemahan atau masalah utama yang dihadapi oleh murid pemulihan Tahun 2. Instrumen jenis pemerhatian dijalankan semasa proses P&P dijalankan. Melalui pemerhatian dan refleksi, pengkaji telah mengecam dan mengenal pasti masalah utama yang dihadapi iaitu murid tidak dapat menulis ayat dengan jarak yang konsisten dan menghadapi kesukaran membaca ayat yang telah disalin.

Merancang

Langkah kedua iaitu merancang mengkehendaki pengkaji untuk menentukan kaedah tindakan yang sesuai bagi mengurangkan masalah yang dihadapi oleh murid. Rawatan yang diberikan juga harus selaras dengan perkembangan kognitif dan keupayaan murid tersebut.

Oleh yang demikian, pengkaji telah memilih kaedah 3B yang merupakan satu kaedah yang telah dirancang oleh pengkaji. 3B ialah akronim bagi batang aiskrim, buku garis empat dan bimbingan individu. Kaedah 3B ini memfokuskan kepada dua kemahiran iaitu kemahiran menulis dan juga kemahiran membaca. Kaedah ini dijalankan mengikut modul yang telah disediakan yang terdiri daripada empat bahagian iaitu bahagian A adalah latihan koordinasi mata dan tangan, bahagian B pula ialah latihan melakar manakala bahagian C ialah latihan menulis di dalam modul yang terdiri daripada garis empat dan garis satu dan akhir sekali ialah pembacaan kembali tulisan yang disalin.

Latih tubi di dalam buku garis empat juga disediakan sebagai latihan tambahan serta buku garis satu sebagai latihan pengukuhan. Bimbingan secara individu juga diberikan sebagai salah satu cara untuk memberikan motivasi kepada murid serta membina keyakinan dalam diri mereka. Kaedah ini telah meliputi hampir keseluruhan keperluan murid dan menyeronokkan kerana latihan yang berbeza diberikan bagi mengelakkan murid merasa bosan.

56

Page 5: Kajian Kes 2- Kualitatif

Bertindak

Berikut ialah tindakan yang akan diambil oleh pengkaji bagi melaksanakan kaedah 3B.

Aktiviti Tindakan

Membuat corak pada batang Murid diberikan batang aiskrim berwarna.aiskrim mengikut kreativiti Kemudian, murid dibekalkan dengan magic colourmurid. dan pen maker. Guru membimbing murid untuk

membuat corak dan seni mengikut kreativiti murid.

Penggunaan batang aiskrim Langkah 1.semasa menulis ayat mudah

Murid diberikan dengan satu ayat mudah. Muridbagi menjarakkan tulisan.dibimbing menggunakan batang aiskrim bagimenjarakkan tulisan.

Langkah 2.

Setelah murid menulis perkataan yang pertama,iaitu Siti, murid meletakkan batang aiskrim dipenghujung perkataan tersebut. Setelah itu, muridmenulis perkataan seterusnya iaitu „suka‟ di tepi sisibatang aiskrim itu. Aktiviti yang sama dilakukansehingga perkataan yang terakhir.

Pembacaan menggunakan Setelah selesai menulis, murid menggunakan batangbatang aiskrim sebagai aiskrim yang berperanan sebagai penunjuk untukpenunjuk. memudahkan pembacaan dan menunjukkan

perkataan yang dibaca

Bahan bantu mengajar yang digunakan ialah „flashcard‟ dan juga penggunaan ICT. Pengkaji jugamenggunakan buku garis empat sebagai latih tubimenulis dalam pengajaran dan pembelajaran danberperanan sebagai tindakan susulan. Pengkajimelatih murid untuk menulis di awang-awangandan di belakang badan rakan bagi melatih danmembentuk koordinasi mata dan tangan murid.Setiap kali murid menamatkan sesuatu kemahiran,pengkaji akan mengadakan ujian ringkas yangmeliputi kemahiran membaca dan menulis bagimengukur tahap pencapaian murid dalam sesuatukemahiran. Sekiranyatidak lulus sesuatukemahiran, pengkaji akan mengulanginya lagi bagimembantu murid mencapai kemahiran tersebut.

57

Page 6: Kajian Kes 2- Kualitatif

Memerhati

Pada peringkat ini, pengkaji akan melakukan pengumpulan data. Segala data yang diperolehi akan direkodkan dan dianalisis menggunakan instrumen-instrumen yang bersesuaian. Semua data akan dikumpul dan dianalisis bagi memastikan keberkesanan tindakan atau rawatan yang dijalankan. Pengkaji akan melaksanakannya melalui pemerhatian yang bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan dan maklum balas murid terhadap tindakan yang dijalankan.

Pengkaji telah merancang satu bentuk penyelidikan tindakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh kajian tindakan. Berpandukan kepada prosedur yang ditetapkan, pengkaji telah merancang dan melaksanakan kajian tindakan tersebut. Pengkaji telah melaksanakan penggunaan batang aiskrim bagi membantu murid mewujudkan jarak dalam tulisan seperti dalam kajian Normasheeda Salleh (2012) yang telah menggunakan batang pensel sebagai salah satu alat bantu belajar murid dalam mewujudkan jarak tulisan. Hal yang demikian disokong oleh Sassoon (1993) yang menyatakan bahawa guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di bilik darjah khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul , menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan.

Tambahan lagi, pengkaji juga menerapkan elemen bimbingan individu terhadap responden bagi membantu responden daripada segi memegang pensel dan penggunaan batang aiskrim. Sassoon (1993) menyatakan bahawa pendedahan kepada cara dan teknik menulis yang betul pada peringkat awal membantu murid membentuk kemahiran menulis termasuklah keseragaman tulisan, tatacara tulisan yang betul dan tumpuan semasa menulis. Kajian „ Kesan Pendekatan Bimbingan Secara Individu Dalam Membantu Membaiki Tulisan Bahasa Melayu‟ hasil oleh Dayang Nurmalisa Abang Selanie (2010) menyatakan penekanan harus diberikan terhadap hasil tulisan murid supaya tulisan Bahasa Melayu yang ditulis lebih mudah dibaca

Buku garis empat juga mempengaruhi tulisan seseorang murid. Justeru, pengkaji juga menerapkan penggunaan buku garis empat dalam kajian tindakan sebagai aktiviti pengukuhan dan latih tubi bagi menguji keberkesanan kajian tindakan ini. Menurut kajian Nur Azelia Razali (2012) yang bertajuk „Memperbaiki Kekemasan Tulisan Murid Pemulihan Khas Melalui Teknik Garis Empat‟ menyatakan bahawa penggunaan buku garis empat membantu murid menghasilkan tulisan yang kemas, cantik dan mudah dibaca dan mengekalkan jarak bagi setiap huruf yang ditetapkan. Pengkaji telah menggunakan pendekatan yang sama bagi membantu responden membentuk tulisan yang cantik dan kemas serta mempunyai saiz huruf yang sekata. Jadual 1 merupakan tindakan yang dijalankan oleh pengkaji kepada responden.

58

Page 7: Kajian Kes 2- Kualitatif

Perkara Butiran Tindakan Tarikh Pelaksanan

Latihan menulis menggunakan batang aiskrim

Tindakan 1 Latihan koordinasi 2 Jun 2013

Latihan menulistanpamenggunakan

Tindakan 2 batang aiskrim Latihan koordinasi

10 Julai 2013

Latihan berselang selimenggunakan batangaiskrim dan tanpa

Tindakan 3 menggunakanbatang

17 Julai 2013aiskrim

Latihan tanpa

Tindakan 4menggunakan batang

21 Julai 2013aiskrim

Sesuai dengan kaedah yang dijalankan, pengkaji telah menekankan penguasaan sesuatu kemahiran menulis untuk dikuasai oleh responden seperti kemahiran pramenulis dan kemahiran menulis mekanis agar masalah yang dihadapi oleh

ANALISISI DAN INTERPRESTASI DATA

Meningkatkan keupayaan murid untuk menulis dengan kemas.

Ujian Pra dan Pos

Ujian pos dilakukan bagi menguji keberkesanan kaedan 3B dalam membantu responden menangani masalah jarak dalam tulisan serta memudahkannya untuk membaca kembali tulisan yang disalin. Rajah 4 dan 5 merupakan perbandingan tulisan responden sebelum dan selepas rawatan.

59

Page 8: Kajian Kes 2- Kualitatif

Rajah 4 Tulisan responden sebelum rawatan.

Rajah 5 : Tulisan responden selepas rawatan dijalankan.

Rajah 6 : Responden menunjukkan perubahan pada tulisan.

60

Page 9: Kajian Kes 2- Kualitatif

Berdasarkan kepada perbandingan ujian pra dan ujian pos, responden didapati dapat mengubah gaya penulisannya dengan menghasilkan tulisan yang lebih kemas dan teratur serta dapat mewujudkan ruang perkataan yang konsisten.

Membantu murid menguasai kemahiran menulis.

Pemerhatian

Pemerhatian dilakukan dengan menggunakan foto, rakaman video serta nota lapangan bagi memastikan semuanya direkod dan tidak tercicir. Tujuannya bagi memastikan setiap perubahan tulisan yang berlaku dapat diperhatikan dengan baik. Rajah 6 merupakan perubahan tulisan murid semasa kajian dijalankan.

Berdasarkan rajah di atas, responden menulis lima perkataan di atas dengan menggunakan batang aiskrim dan lima di bawah tanpa menggunakan batang aiskrim. Walaupun tidak sekemas dengan menggunakan batang aiskrim tetapi dapat dilihat perubahan ketara dengan tulisan sebelum rawatan.

Meningkatkan kemahiran membaca murid melalui tulisan yang betul dan kemas

Temu Bual

Temu bual dijalankan bagi menguji kemahiran membaca. Temu bual dijalankan terhadap guru Pemulihan Khas, guru kelas dan juga responden bagi memberikan maklum balas atau respon mereka. Jenis soalan yang pengkaji gunakan ialah soalan tertutup dan terbuka seperti Jadual 2 di bawah.

Soalan yang disediakan bagi instrumen temu bual.

Adakah anda berpuas hati dengan tulisan yang dihasilkan ?

Bagaimana dengan keadan tulisan anda ?

Cuba anda membaca tulisan yang dihasilkan ?

Bolehkah anda membaca tulisan ini?

Apa yang awak perlu lakukan untuk menjadikan tulisan anda lebih cantik dan kemas serta mempunyai ruang?

Berdasarkan temu bual yang dijalankan pada 24 Julai 2013, pengkaji mendapati bahawa responden seronok dan tertarik dengan kaedah yang digunakan kerana kaedah ini telah membantu responden untuk memperbaiki tulisannya dan menguasai kemahiran membaca.

61

Page 10: Kajian Kes 2- Kualitatif

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Mengenal pasti sejauh mana penggunaan batang aiskrim dapat membantu murid mewujudkan ruang antara tulisan?

Dua peringkat tindakan yang telah pengkaji laksanakan semasa bersama dengan responden iaitu latihan di dalam modul dan latihan di dalam buku latihan dan setiap tindakan ini dijalankan sekali gus semasa rawatan dilaksanakan. Rajah 7 menunjukkan lembaran kerja yang dilakukan oleh responden untuk tindakan tersebut.

Bukan sahaja masalah jarak dapat di atasi tetapi tulisan murid juga menjadi lebih kemas dan teratur apabila menggunakan batang aiskrim. Walaupun masih terdapat kesalahan yang dilakukan, namun kesalahan tersebut berada pada tahap yang minimum. Rajah 8 menunjukkan kemajuan yang telah ditunjukkan oleh responden setelah melaksanakantindakan yang dirancangkan.

Rajah 8 menunjukkan perubahan tulisan responden di dalam buku garis empat.

Adakah penggunaan ‘Kaedah 3B’ boleh membantu murid menguasai kemahiran menulis dengan baik?

Kaedah 3B menggabungkan dua peringkat kemahiran menulis iaitu pra menulis dan mekanis. Pengkaji telah menyediakan dua aktiviti yang melibatkan kedua-dua kemahiran iaitu latihan koordinasi mata dan tangan serta kemahiran menulis huruf dan perkataan.

62

Page 11: Kajian Kes 2- Kualitatif

Rajah 9 menunjukkan peringkat kemahiran menulis yang dijalankan terhadap responden.

Latihan ini ternyata membantu murid menguasai kemahiran menulis dengan baik kerana telah diselitkan peringkat kemahiran dalam modul. Menurut Sasson (1990), pendekatan pengajaran yang sistematik diperlukan untuk mengajar kemahiran menulis. Hal ini kerana pendekatan tersebut memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Tulisan responden menjadi lebih kemas, teratur serta mempunyai saiz huruf yang sekata dan paling penting boleh dijarakkan. Responden juga mahir bermain dengan garisan yang terdapat di dalam buku garis empat iaitu menulis huruf pada garisan yang sepatutnya. Berdasarkan dapatan data, pengkaji dapat simpulkan bahawa responden sudah menguasai kemahiran menulis pada peringkat pra menulis dan mekanis.

Adakah murid dapat membaca dengan baik sekiranya tulisan yang ditulisnya berjarak?

Menurut Yahya Othman (2005), membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan dan menghubungkan antara bentuk dan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman membaca bergantung kepada gabungan daripada segi pengetahuan bahasa , gaya kognitif dan pengalaman membaca. Sekiranya murid dapat menulis dengan baik dan mempunyai ruang antara perkataan, maka murid dapat menghubungkan bentuk bunyi dan berupaya menafsirkan apa yang dibaca. Justeru, penguasaan kemahiran membaca juga diterapkan dalam kaedah rawatan ini bagi membolehkan responden menguasai dua kemahiran secara langsung dan tidak langsung.

Daripada kutipan data yang diperoleh melalui pembacaan tulisan yang mempunyai ruang, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa responden mula menunjukkan minat dalam pembacaan yang diikuti dengan penggunaan batang aiskrim sebagai penunjuk. Peningkatan bacaan melalui tulisannya yang telah dijarakkan amat memberangsangkan dan menunjukkan responden boleh membaca dengan baik.Berdasarkan soalan yang telah dibina, “Lepas ini,awak boleh tak baca tulisan yang awak salin?. Jawapan yang diberikan amat positif dan menunjukkan bahawa responden faham dengan fungsi tulisan mempunyai jarak untuk memudahkan pembacaan responden dan juga orang lain. Oleh yang demikian, kaedah yang dilaksanakan dapat memperbaiki kemahiran membaca responden sekiranya wujud ruang dalam perkataan yang disalin.

63

Page 12: Kajian Kes 2- Kualitatif

RUJUKAN

Abdul Rashid (2012) dalam Jamila K.A (2012). Pelaksanaan Kemahiran Membaca dan Menulis Dalam Bahasa Melayu Bagi Murid Prasekolah Bermasalah Pendengaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 111-127.

Dayang Nurmalisa binti Abg Mohd Selanie.(2010). Kesan Pendekatan Bimbingan Secara Individu Dalam Membantu Murid Tahun Tiga Membaiki Tulisan Bahasa Melayu. Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan Tahun 2010 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah), 126-139.

Kamus Dewan Edisi Keempat.(2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Normasheeda bt Salleh.(2012).Penggunaan Sebatang Pensel Dalam Membantu Murid Pemulihan Menjarakkan Ruang Antara Perkataan. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan Tindakan IPGM KBL Tahun 2012, 203-215

Nur Azelia Razali. (2012). Kajian Kes Memperbaiki Kekemasan Tulisan Murid Pemulihan Khas Melalui Buku Garis Empat. Buku Prosiding Seminar Pendidikan dan Inovasi Pendidikan Pemulihan IPGM Kampus Pendidikan Teknik Tahun 2012, 330-339

Rosinah Edinin (PhD).(2012).Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan. Kuala Lumpur. Freemind Horizons Sdn Bhd.

Sasson, R. (1993). The Practical Guide to Children‟s Handwriting. Great Britain. Thomas and Hudson.

Yahya Othman. (2005). Mengajar Membaca:Teori dan Aplikasi. Bentong. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Kemahiran Membaca daripada http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik pilihan/keluarga-sakinah/1454-membentuk-kemahiran-membaca-kanak-kanak. Dilayari pada 1 April 2013

Kemahiran Menulis daripada http://www.slideshare.net/izyanmardhiahhalmi/kemahiran menulis-murid-prasekolah-presentation. Dilayari pada 1 April 2013