jurnal

10
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS Bilangan Jurnal : Ke - 4 Minggu Praktikum : Minggu 4 Tarikh Peristiwa / Kejadian : 17 Ogos 2015 HINGGA 21 Ogos 2015 Tajuk Jurnal: Menangani Masalah Kekemasan Tulisan 1. Masalah / Peristiwa : Pada minggu keempat ini, saya mendapati para pelajar menghadapi masalah menulis huruf dengan susunan dan bentuk yang betul. Pelajar juga tidak dapat menulis dengan kemas dan cantik. Hanya segelintir pelajar sahaja berupaya untuk menulis dengan cantik dan bentuk huruf yang betul. Penulisan yang cantik dan kemas dapat menonjolkan personaliti seseorang secara luaran. Justeru, para pelajar haruslah berusaha untuk mengubah stail penulisan bagi memberikan tanggapan luaran yang baik kepada guru. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana para pelajar tidak mengambil inisiatif sendiri untuk mengubah stail penulisan setelah mendengar komen daripada guru. Mereka berasa malas untuk menulis setiap perkataan dengan cantik dan menitikberatkan aspek-aspek yang diberitahu oleh guru. Selain itu, kecepatan pelajar untuk menyiapkan kerja rumah juga menyebabkan stail penulisan pelajar tidak kemas dan cantik. Mereka hanya mahu menyiapkan kerja rumah dengan cepat dan bermain. Tambahan pula, sikap ibu bapa yang leka dalam menyemak kerja rumah para pelajar juga menyebabkam masalah penulisan ini. Tidak lupakan juga, sikap segelintir guru yang tidak ambil peduli dan leka juga

Upload: bavani-sagathevan

Post on 12-Jan-2017

402 views

Category:

Art & Photos


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

Bilangan Jurnal : Ke - 4

Minggu Praktikum : Minggu 4

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 17 Ogos 2015 HINGGA 21 Ogos 2015

Tajuk Jurnal: Menangani Masalah Kekemasan Tulisan

1. Masalah / Peristiwa :

Pada minggu keempat ini, saya mendapati para pelajar menghadapi masalah menulis

huruf dengan susunan dan bentuk yang betul. Pelajar juga tidak dapat menulis dengan

kemas dan cantik. Hanya segelintir pelajar sahaja berupaya untuk menulis dengan cantik

dan bentuk huruf yang betul. Penulisan yang cantik dan kemas dapat menonjolkan

personaliti seseorang secara luaran. Justeru, para pelajar haruslah berusaha untuk

mengubah stail penulisan bagi memberikan tanggapan luaran yang baik kepada guru.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana para pelajar tidak mengambil inisiatif sendiri untuk mengubah

stail penulisan setelah mendengar komen daripada guru. Mereka berasa malas untuk

menulis setiap perkataan dengan cantik dan menitikberatkan aspek-aspek yang diberitahu

oleh guru. Selain itu, kecepatan pelajar untuk menyiapkan kerja rumah juga menyebabkan

stail penulisan pelajar tidak kemas dan cantik. Mereka hanya mahu menyiapkan kerja

rumah dengan cepat dan bermain. Tambahan pula, sikap ibu bapa yang leka dalam

menyemak kerja rumah para pelajar juga menyebabkam masalah penulisan ini. Tidak

lupakan juga, sikap segelintir guru yang tidak ambil peduli dan leka juga menyebabkan

pelajar mengikuti stail penulisan yang tidak kemas dan tidak mengambarkan ciri-ciri

seorang pelajar yang berkalibar.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya akan memberikan latihan penulisan kepada para pelajar bagi mengenal pasti

masalah penulisan yang dihadapi oleh pelajar terlebih dahulu. Dengan ini, saya

dapat mengenali pasti jenis kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dan mengambil

Page 2: Jurnal

langkah mengatasi masalah berkenaan dengan cepat.

b. Saya akan memberitahu para pelajar bahawa ganjaran akan diberikan kepada

para pelajar yang mengamalkan stail penulisan yang cantik dan kemas. Maka para

pelajar pun akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah stail penulisan

mereka yang tidak kemas dan cantik.

c. Saya juga akan kerap memanggil para pelajar untuk menulis jawapan bagi

sesuatu soalan di papan putih. Melalui ini, para pelajar dapat melihat sendiri stail

penulisan masing-masing dan berusaha untuk mengubah cara penulisan mereka.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan berusaha untuk mengatasi masalah ini dalam empat minggu ini. Hal ini

demikian kerana gaya penulisan para pelajar ini sudah diikuti oleh mereka dari sejak

dari kecil lagi. Maka ia akan mengambil masa yang agak lama untuk mengubah stail

penulisan mereka kepada cantik dan kemas. Usaha pelajar yang berterusan tanpa

leka barulah akan memberikan hasil yang baik dan diharapkan.

5. Penilaian Kejayaan

Pemberian ganjaran kepada para pelajar yang mempunyai stail penulisan yang cantik

dan kemas dapat memberikan kesan yang amat efektif dalam menangani masalah

penulisan ini. Saya juga dapat melihat perubahan dari segi penulisan mereka sewaktu

menyemak tugasan dan latihan yang diberikan kepada mereka. Perubahan stail

penulisan para pelajar ini menujukkan komitmen dan usaha yang dilakukan oleh saya di

kelas tersebut.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : _________________________ Tandatangan : ______________________

Nama : _________________________ Nama : ______________________

Tarikh : _________________________ Tarikh : ______________________

Page 3: Jurnal
Page 4: Jurnal

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

Bilangan Jurnal : Ke - 3

Minggu Praktikum : Minggu 3

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 10 OGOS 2015 HINGGA 14 OGOS 2015

Tajuk Jurnal : Pengurusan Masa

1. Masalah / Peristiwa :

Pada minggu ini, saya menghadapi masalah pengurusan masa sewaktu menjalankan

aktiviti kumpulan di dalam kelas. Hal ini menyebabkan aktiviti yang telah dirancang tidak

dapat dijalankan secara sempurna kerana kekurangan masa. Secara tidak langsung,

masalah kekurangan masa ini juga memberikan kesan kepada saya dalam mencapai

objektif pengajaran khususnya objektif akhir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

pada hari-hari tertentu.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana para pelajar mengambil masa yang agak lama untuk

menyiapkan tugasan yang diberikan melalui sesi perbincangan tersebut. Selain itu, para

pelajar juga mengambil masa yang agak lama sewaktu mempersembahkan hasil tugasan

mereka di dalam kelas.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya akan mengingatkan para pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil

bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya

topik perbincangan adalah sama bagi setiap kumpulan, saya akan memilih beberapa

hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk dibentangkan di dalam kelas.

Page 5: Jurnal

b. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah dan guru

pembimbing bagi mengatasi masalah pengurusan masa sewaktu menjalankan aktiviti

kumpulan .

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan berusaha untuk mengatasi masalah ini dalam minggu ini. Hal ini demikian

kerana pengurusan masa yang baik amat penting bagi memastikan kelancaran

proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah pengurusan masa ini haruslah

diselesaikan secepat mungkin bagi mencapai objektif sesuatu sesi pengajaran

dengan sepenuhnya.

5. Penilaian Kejayaan

Penetapan masa semasa memberikan aktiviti kumpulan dapat memberikan kesan yang

amat efektif dalam menangani masalah pengurusan masa ini. Sebaik sahaja, saya

menetapkan jangka masa bagi menyiapkan tugasan yang diberikan, para pelajar

berbincang dan menyiapkan tugasan dengan cepat. Mereka bergerak secara pantas

untuk menyiapkan tugasan dalam jangka masa yang ditetapkan oleh saya. Selain itu,

saya juga berupaya untuk melihat penglibatan semua pelajar dalam aktiviti kumpulan

dimana mereka memberikan idea masing-masing bagi menyiapkan tugasan dalam masa

yang ditetapkan. Dengan ini, saya dapat mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan

dengan betul.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : _________________________ Tandatangan : ______________________

Nama : _________________________ Nama : ______________________

Tarikh : _________________________ Tarikh : ______________________

Page 6: Jurnal

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

Bilangan Jurnal : Ke - 8

Minggu Praktikum : Minggu 8

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 14 September 2015 HINGGA 18 September 2015

Tajuk Jurnal : Masalah Bacaan Teks Petikan Dengan Lancar

1. Masalah / Peristiwa :

Pada minggu kelapan ini, saya mendapati para pelajar menghadapi masalah membaca

sesuatu petikan dengan lancar. Sepanjang 7 minggu ini, saya mendapati bahawa semua

pelajar berupaya untuk membaca. Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar semasa

membaca ialah ketidakpekaan mereka dalam membaca perkataan dengan betul.

Perkataan yang diberikan di dalam petikan adalah berlainan dengan perkataan yang

dibacakan oleh pelajar.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana para pelajar tidak berupaya untuk mengeja perkataan dengan

betul sewaktu membaca sesuatu petikan. Mereka beranggapan bahawa perkataan yang

terdapat di dalam petikan tersebut akan berbunyi seperti yang mereka berfikirkan. Selain

itu dari segi perubatan juga, besar kemungkinan para pelajar mengalami masalah

penglihatan. Hal ini demikian kerana, masalah penglihatan hanya dapat dikenal pasti oleh

guru sewaktu mereka membaca petikan dengan salah dan tidak lancar.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya akan meminta para pelajar untuk sentiasa berada dalam keadaan peka bagi

mengenal pasti kesilapan pembaca petikan yang diarahkan. Sekiranya pembaca

melakukan kesilapan, mereka dikehendaki untuk ketuk meja bagi mengingatkan pembaca

bahawa dia sudah melakukan kesilapan. Maka pembaca harus membaca semula ayat

Page 7: Jurnal

berkenaan tanpa sebarang kesilapan .

a. Saya akan memberitahu para pelajar bahawa ganjaran akan diberikan kepada para

pelajar yang dapat membaca petikan dengan fasih dan tanpa melakukan sebarang

kesilapan. Maka para pelajar pun akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membaca

petikan yang diberikan tanpa melakukan sebarang kesilapan.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan berusaha untuk mengatasi masalah ini dalam minggu ini. Faktor utama yang

menyebabkan masalah membaca dalam kalangan pelajar ialah ketidakpekaan pelajar

sewaktu membaca. Masalah ini haruslah diselesaikan dengan cepat kerana kemahiran

membaca merupakan tunjang kepada kemahiran-kemahiran yang lain. Maka ia adalah amat

penting bagi setiap pelajar untuk menguasai kemahiran membaca dengan sepenuhnya.

5. Penilaian Kejayaan

Saya dapat melihat perubahan dalam kemahiran membaca para pelajar sebaik sahaja

mengamalkan jalan peyelesaian yang efektif bagi menangani masalah ini. Mereka

berusaha untuk membaca petikan yang diberikan tanpa melakukan kesilapan dengan

berhati-hati dan teliti. Dengan bantuan para pelajar lain, mereka dapat mengenal pasti

kesilapan yang dilakukan oleh mereke dan berusaha untuk mengatasi masalah

berkenaan secara bersama-sama.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : _________________________ Tandatangan : ______________________

Nama : _________________________ Nama : ______________________

Tarikh : _________________________ Tarikh : ______________________

Page 8: Jurnal

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : _________________________ Tandatangan : ______________________

Nama : _________________________ Nama : ______________________

Tarikh : _________________________ Tarikh : ______________________

Page 9: Jurnal

b. Saya juga harus mengamalkan aktiviti perbendaharaan kata di dalam kelas. Dalam

aktiviti ini, saya akan mengenal pasti perkataan-perkataan Bahasa Tamil atau

Bahasa Inggeris yang digunakan oleh para pelajar semasa bertutur dalam Bahasa

Melayu. Selepas itu, saya akan memperkenalkan perkataan yang betul dalam

Bahasa Melayu bagi menggantikan perkataan Bahasa Tamil atau Inggeris yang

digunakan oleh pelajar secara kerap.

c. Saya akan meminta kerjasama daripada guru pembimbing untuk memberikan

panduan dalam menangani masalah pertuturan dalam Bahasa Melayu secara fasih

tanpa penggunaan Bahasa Tamil atau Inggeris. Saya juga akan kerap berbincang

dengan beliau bagi memastikan idea-idea yang dikemukakan oleh saya bagi

menangani masalah ini adalah berkesan ataupun tidak. Dengan ini, saya dapat

memilih jalan penyelesaian yang amat efektif bagi menangani masalah ini.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan berusaha untuk mengatasi masalah ini dalam tempoh 2 minggu ini. Hal

ini demikian kerana, gaya bertuturan para pelajar ini sudah diikuti oleh mereka dari

sejak dari kecil lagi. Maka ia akan mengambil masa yang agak lama untuk

mengubah stail pertuturan mereka kepada pertuturan Bahasa Melayu secara

sepenuhnya dengan sempurna.

5. Penilaian Kejayaan

Jalan penyelesaian “Pengenalan Perbendaharaan Kata” yang diamalkan oleh

saya di dalam kelas dapat membawa perubahan dari segi pertuturan Bahasa

Melayu para pelajar. Pada peringkat pertama, mereka berasa susah untuk bertutur

dengan menggunakan Bahasa Melayu secara fasih. Tetapi lama-kelamaan

mereka dapat bertutur secara lancar dengan merujuk kepada perbendaharaan

kata yang ditulis di dalam papan putih. Bagi menilai kejayaan ini, saya akan

meminta kerjasama guru pembimbing untuk membuat pemerhatian di dalam

kelas.

Page 10: Jurnal

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

Bilangan Jurnal : Ke - 7

Minggu Praktikum : Minggu 7

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 7 SEPTEMBER 2015 HINGGA 11 SEPTEMBER 2015

Tajuk Jurnal : MASALAH BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU

1. Masalah / Peristiwa :

Pada minggu ini, saya mendapati para pelajar menghadapi masalah bertutur dalam

Bahasa Melayu secara fasih. Sewaktu menjalankan aktiviti kumpulan di dalam kelas, saya

mendapati para pelajar tidak berupaya untuk menggunakan perkataan-perkataan yang

sesuai dalam Bahasa Melayu untuk menceritakan idea-idea kepada para pelajar yang lain.

Dalam aspek ini juga, masalah utama yang kerap saya melihat ialah penggunaan

perkataan Bahasa Tamil secara tidak disedari oleh para pelajar sewaktu proses

pengajaran dan pembelajaran.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana para pelajar tidak mengambil inisiatif sendiri untuk bertutur

dalam Bahasa Melayu secara fasih sewaktu berada di rumah. Selain itu, kekurangan

budaya membaca buku Bahasa Melayu juga menyebabkan para pelajar tidak berupaya

untuk bertutur di dalam kelas tanpa percampuran perkataan-perkataan Bahasa Tamil

Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya harus memberitahu para pelajar bahawa ganjaran akan diberikan kepada para

pelajar yang bertutur dalam Bahasa Melayu secara fasih tanpa menggunakan

perkataan Bahasa Tamil atau Bahasa Inggeris. Dengan ini, penggunaan perkataan

Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris dalam pertuturan dapat dikurangkan.