jurnal mingguan.doc

30
Bilangan Jurnal : Pertama Minggu Praktikum : Pertama Tarikh Peristiwa / Kejadian : 26 - 29 FEBRUARI 2014 Tajuk Jurnal : Pengenalan Kepada Budaya Sekolah Pada minggu pertama kami telah diperkenalkan dengan semua guru yang terlibat dalam pentadbiran Sekolah Kebangsaan Tuan Syed Jan Al-Jaffri (SKTSJAJ). Bermula dengan sesi bersama Guru Besar SKTSJAJ, En Mohd Zuki Bin Abdullah. Walaupun terdapat sedikit masalah pada pertemuan ini (surat praktikum tidak sampai ke pihak sekolah), kami dilayan dengan baik oleh En Mohd Zuki. Sebenarnya, kesemua pelajar di dalam kursus kami (Pengajian Matematik Ambilan 2011) menghadapi masalah yan sama. Namun perkara ini telah diselesaikan dengan kedatangan En. Suhaimi timbalan ketua unit Praktikum ke sekolah ini untuk menyampaikan surat pengenalan kepada pihak sekolah. Selepas itu, kami berjumpa dengan penolong kanan 1 SKTSJAJ, Pn Sharifah Shahrena bt Syed Yusof. Kami diberi jadual semasa perjumpaan ini. PK 1 sekolah ini agak mesra dan kami berasa selesa untuk berurusan dengan beliau. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini sejak tahun 2011 lagi. Kami turut berjumpa dengan penolong kanan Kokurikulum, Pn Habsah Binti Omar dan penolong kanan HEM En. Marzhuki bin Bramsa. Antara perkongsian yang dapat semasa perjumpaan dengan mereka adalah penyertaan aktif dalam semua aktiviti sekolah adalah suatu

Upload: abdul-wafi-al-fendangi

Post on 11-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

User

Bilangan Jurnal

: Pertama

Minggu Praktikum

: Pertama

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 26 - 29 FEBRUARI 2014Tajuk Jurnal

: Pengenalan Kepada Budaya Sekolah

Pada minggu pertama kami telah diperkenalkan dengan semua guru yang terlibat dalam pentadbiran Sekolah Kebangsaan Tuan Syed Jan Al-Jaffri (SKTSJAJ). Bermula dengan sesi bersama Guru Besar SKTSJAJ, En Mohd Zuki Bin Abdullah. Walaupun terdapat sedikit masalah pada pertemuan ini (surat praktikum tidak sampai ke pihak sekolah), kami dilayan dengan baik oleh En Mohd Zuki. Sebenarnya, kesemua pelajar di dalam kursus kami (Pengajian Matematik Ambilan 2011) menghadapi masalah yan sama. Namun perkara ini telah diselesaikan dengan kedatangan En. Suhaimi timbalan ketua unit Praktikum ke sekolah ini untuk menyampaikan surat pengenalan kepada pihak sekolah.

Selepas itu, kami berjumpa dengan penolong kanan 1 SKTSJAJ, Pn Sharifah Shahrena bt Syed Yusof. Kami diberi jadual semasa perjumpaan ini. PK 1 sekolah ini agak mesra dan kami berasa selesa untuk berurusan dengan beliau. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini sejak tahun 2011 lagi. Kami turut berjumpa dengan penolong kanan Kokurikulum, Pn Habsah Binti Omar dan penolong kanan HEM En. Marzhuki bin Bramsa. Antara perkongsian yang dapat semasa perjumpaan dengan mereka adalah penyertaan aktif dalam semua aktiviti sekolah adalah suatu keperlua dalam menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Selain itu, kami turut berjumpa dengan guru-guru khas bagi menimba pengalaman mereka. Antara guru yang kami berjumpa ialah Kaunselor sekolah, Pn Arifah bt Ali, guru data Tn Hj Mohd Jasni bin Mohd Desa dan Guru Pusat Sumber Sekolah En Shaharulnizam bin M. Yusof. Mereka merupakan tulang belakang sekolah dalam bidang masing-masing. Antara maklumat yang diperoleh semasa perjumpaan dengan mereka ialah jangan menolak terus kerja yang diberi, fikir dengan rasional apa yang ditugaskan kepada kita.

Pada awal minggu kami meminta agar tidak masuk ke kelas untuk mengajar walaupun jadual telah diterima. Namun kami telah diberi peluang untuk melihat pengajaran guru pembimbing bagi menyediakan kami dalam mengajar kelas-kelas di SKTSJAJ. Pada akhir minggu pertama, iaitu pada hari Khamis, saya telah masuk ke kelas 5 Berlian untuk sesi pengenalan diri. Pada sesi ini, saya menghadapi masalah untuk mengingati nama murid. Namun saya berpandanagan bahawa mungkin baru lagi saya berada di SKTSJAJ. Saya berharap saya dapat mengingati nama setiap anak murid saya terutama yang kelas yang saya mengajar iaitu 5 Berlian, 5 Mutiara dan 3 Mutiara.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Bilangan Jurnal

: Ke-2

Minggu Praktikum

: Kedua

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 4-6 Februari 2014Tajuk Jurnal

: Masalah Pengurusan Masa

KEKUATAN

Saya mendapati bahawa saya telah dapat menyesuaikan diri dengan jadual persendirian peribadi iaitu pengajaran yang diterima pada hari pertama minggu ini. Saya dapat membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran hasil perbincangan dan analisis pembelajaran lepas dengan baik. Saya juga telah mampu untuk mengingati setiap kelas. Dengan ini, saya tidak perlu lagi gopoh-gapah dan kelam-kabut kerana sudah mengetahui lokasi bagi kelas-kelas yang berada di bawah tanggungjawab pengajaran saya.

MASALAH

Ini merupakan praktikum fasa 3 bagi saya. Masalah yang timbul adalah saya masih tidak mampu untuk mengikut masa yang telah dirancang dalam rancangan pengajaran harian (RPH) dan menyebabkan saya tidak dapat menghabiskan pengajaran pada hari tersebut. Keadaan ini secara tidak langsung membuatkan ada aktiviti yang tergendala. Pengubahsuaian secara spontan terus terjadi semasa mengaajar.

ANALISIS

Keadaan ini berlaku lantaran saya mengambil terlalu lama masa untuk satu langkah pengajaran iaitu memberikan penerangan pada set induksi. Hal ini berlaku disebabkan saya khuatir murid-murid tidak memahami perkaitan set induksi dengan topik yang akan diajar pada hari tersebut dan ia menjadikan saya terlalu leka hingga mengabaikan masa dalam perancangan yang dibuat. Hal ini juga terjadi semasa penerangan guru pada langkah 1. Saya seringkali menggunakan strategi berpusatkan guru pada langkah penerangan kerana walaupun kelas tersebut merupakan kelas pertama, namun masih terdapat murid-murid yang tidak faham dengan topik yang saya ajar. Saya merasakan penerangan yang telitit perlu dijalankan bagi mencapai objektif pada hari tersebut.

Selain itu, masalah masa juga terjadi akibat daripada kawalan kelas yang masih longgar. Saya sering kali terganggu dalam aktiviti-aktiviti akibat tumpuan murid yang kerap membuat bising dan tidak fokus. Saya percaya bahawa masalah ini terjadi disebabkan kurangnya pengalaman saya dalam pengurusan masa mengajar. Akibatnya, ada aktiviti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya akibat kekangan masa dan ini menyebabkan kegagalan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran terutamanya objektif terakhir. Ini menyebabkan perancangan terpaksa ditangguh.

CADANGAN / IDEA MENGATASI MASALAH

1.Pemakaian jam tangan

Saya akan pastikan sentiasa memakai jam tangan setiap kali ke sekolah dan memasuki kelas untuk dijadikan rujukan masa. Ia juga mudah dibawa ke mana-mana. Saya tidak mahu bergantung dengan jam telefon bimbit kerana kemungkinan akan tertinggal di dalam beg.

2.Penyediaan kad atau kertas masa

Saya akan menulis masa sebenar bagi setiap aktiviti yang perlu dijalankan pada kad atau kertas masa agar tidak mencampuradukkan perancangan masa yang telah dibuat. Sebagai contoh, sekiranya kelas yang dijalankan selama satu jam iaitu daripada jam 8.45 pagi 9. 45 pagi, turutan masa pada kad atau lembaran kerja adalah seperti berikut :

i.8.45 pagi set induksi

ii.8.50 pagi langkah 1

iii.9.05 pagi langkah 2

iv.9.25 pagi langkah 3

v.9.40 pagi penutup

3.Bimbingan guru dan pensyarah pembimbing

Saya akan sentiasa mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing dari masa ke masa kerana mereka lebih berpengalaman dan pakar dalam hal ini. Di samping itu, perbincangan yang kerap turut akan dijalankan bersama rakan-rakan bagi mendapatkan pandangan dan berkongsi-kongsi pendapat tentang penyelesaian isu sebegini.

4.Pembacaan bahan-bahan ilmiah

Saya perlulah menyedari bahawa untuk membudayakan ilmu, guru perlu banyak meluangkan masa dengan lebih banyak membaca terutamanya mengenai aspek-aspek perguruan seperti pengurusan masa. Ini adalah penting agar dapat membantu guru menguruskan masa dengan baik.

TEMPOH MASA

Penyelesaian kepada masalah ini haruslah ditangani secepat mungkin. Pengurusan masa yang baik amatlah perlu dalam memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya perkara begini masih berterusan, sudah pasti objektif yang telah dirancang tidak dapat dicapai.

TINDAKAN SUSULAN

Merujuk kepada cadangan yang telah dibuat, saya akan sentiasa memastikan bahawa saya bersedia dengan sebarang keadaan yang berlaku. Saya akan memastikan pemakaian jam tangan disertai dengan kad atau kertas masa dipandang serius agar pelajaran pada hari-hari berkenaan dapat dikawal dengan baik.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Bilangan Jurnal

: Ke - 3

Minggu Praktikum

: Ketiga

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 9-13 Februari 2014

Tajuk Jurnal

: Masalah P&P kerja Kumpulan

1. Masalah / Peristiwa

Pada 10 ebruari 2014 saya telah menghadapi sedikit masalah dalam kawalan kelas yang melibatkan kerja berkumpulan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran P&P saya. Saya telah menggantikan guru dalam kelas 4 Mutara semasa waktu pembelajaran Bahasa Melayu. Waktu P&P saya bermula pada jam 11.15 pagi hingga 12.15 tengah hari.

2. Analisis

Saya mendapati masalah ini timbul apabila dalam melaksanakan aktiviti berkumpulan dalam kalangan pelajar lemah. Mereka lebih menjurus kepada melakukan perbuatan lain seperti bersembang dan bergaduh sesama ahli kumpulan mereka. Hal ini demikian kerana mereka tidak suka dengan ahli dalam kumpulan tersebut. Semasa pembahagian kumpulan juga, mereka bergerak secara tidak teratur dan lebih menjurus untuk bermain-main sehingga meyebabkan kelas tidak terkawal dan bising. Perkara sedemikan menyebabkan masa yang lama diambil untuk pembahagian kumpulan sehingga menyebabkan kesuntukan masa.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya perlu bijak dalam mengenalpasti kemampuan murid dan membahagikan kumpulan dengan betul agar mempunyai keseimbangan antara murid pandai dan murid sederhana dalam satu kumpulan.

b. Saya perlu lebih tegas dalam memberi arahan untuk aktiviti berkumpulan.

c. Menegur pelajar yang sering membuat bising dalam aktiviti berkumpulan.

d. Menegur murid yang tidak memberi kerjasama sepenuhnya dalam aktiviti berkumpulan.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa yang sesegera mungkin. Saya perlu memastikan bahawa bilangan murid dalam satu kumpulan adalah lebih kecil dan bijak membahagikan murid dalam satu kumpulan yang mempunyai pelbagai tahap daripada pandai, sederhana sehinggalah yang lemah agar berlaku keseimbangan dalam kerja berkumpulan. Hal ini dilihat merupakan cara yang paling berkesan untuk memastikan kerjasama antara ahli kumpulan dan penglibatan aktif murid dalam aktiviti berkumpulan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Bilangan Jurnal

: Ke - 4

Minggu Praktikum

: KeempatTarikh Peristiwa / Kejadian : 16-22 Februari 2014Tajuk Jurnal

: Masalah P&P kerja Kumpulan

1. Masalah / Peristiwa

Pada hari Isnin, 16 Februari 2014 saya telah dipantau semasa mengajar kelas Bahasa Malaysia oleh En Mohd Januri bin Aiyub . Kelas yang diajar ialah Tahun 3 Mutiara. Saya telah menjalankan aktiviti kumpulan sebelum memberi murid latihan pengukuhan. Walau bagaimanapun, kelasa berada dalam keadaan yangg tidak terkawal. Murid-murid sangat bising sehinggakan mengganggu proses PdP. Namun saya sempat untuk menghabiskan setiap langkah dalam pengajaran saya

2. Analisis

Masalah yang dihadapi ini, adalah disebabkan saya tidak peka terhadap pengalaman mereka menjalankan PdP di dalam bilik-bilik khas. Mereka terlampau seronok sehingga menjadikan kelasa tidak terkawal dan mengganggu proses PdP. Walaupbagaimanapun penyertaan mereka dalam aktiviti kumplan adalah di tahap yang baik setelah dimarah dan diberi galakkan. Namun kelas menjadi tidak terkawal sekali lagi selepas merek sudah siap melakukan tugasan kumpulan. Dalam pada itu, kesan lain ialah murid-murid tidak betul-betul bersedia dengan jawapan yang dibincangkan di dalam kumpulan. Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan murid-murid yang sama yang akan dapat menjawab soalan.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya patut lebih mengenal pasti daripada awal lagi tahap dan kesesuaian murid dalam menjalani aktiviti yang diberikan.

b. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan berjalan dengan baik, saya perlu lebih tegas dalam memastikan semua murid bersama-sama menyelesaikan soalan yang diberikan dan banyakkan bertanya kepada beberapa murid lain selain daripada mereka yang membentangkan jawapan agar mereka lebih peka dengan apa yang telah mereka pelajari.

c. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . walaupun dilihat masalah dalam memberi latihan ini agak kurang berlaku, namun bagi saya yang menghadapinya, merasakan ia amat penting bagi saya mengenal pasti sebanyak banyak latihan yang perlu diberikan bersesuaian dengan keadaan atau aktiviti yang dilaksanakan. Saya berharap agar, saya dapat mengatasinya dengan sebaik mungkin.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Bilangan Jurnal

: Ke - 5

Minggu Praktikum

: kelimaTarikh Peristiwa / Kejadian : 23-27 Ferbruari 2014Tajuk Jurnal

: Peranan Lain dan Projek di SekolahMASALAH

Saya merasakan praktikum pada kali ini merupakan praktikum yang paling sibuk antara fasa-fasa lain. Pada kali ini saya dapat merasakan keakraban kami sebagai guru pelatih dengan guru-guru di sekolah. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebagai panduan untuk kami sebagai guru pelatih semasa dalam praktikum ini.

Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah masalah dalaman sekolah. Saya berpendapat setiap sekolah mempunyai masalah tersendiri dan jika di cangkul sedikit demi sedikit akan diketahui juga. Pada pendapat saya masalah-masalah dalaman perlu dielakkan dan hubungan dengan semua pihak dalam sekolah perlu dijaga bukan memilih mana-mana pihak di sekolah.

Selain itu, antara perkara yang penting yang ingin dibincangkan ialah peranan lain serta projek d sekolah. Sebagai guru pelatih, kami semestinya akan dihujani dengan beberapa peranan untuk membantu pihak sekolah. Antara peranan yang sudah saya terima ialah jurulatih kawad, membantu melatih pasukan bola tampar . Selain itu, kami turut diberi beberapa peranan penting untuk beberapa aktiviti-aktiviti sekolah seperti majlis persaraan guru, mesyuarat agung PIBG dan beberapa majlis lain.

ANALISIS

Antara yang menjadi masalah untuk kami sebagai guru pelatih ialah menolak kerja daripada pentadbir dan guru-guru sekolah ini. Pada masa yang sama kami sangat sibuk dengan urusan kami sebagai guru pelatih. Kadang kala kami turut diberi tugas ad-hock bagi membantu urusan para pentadbir. Dalam perkara ini, saya mengakui adalah salah kami untuk tidak menolak. Apa yang merisaukan kami ialah kami ingin menjaga hubungan baik dengan pihak sekolah disamping kerja kami sebagai guru pelaih tidak terabai.CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara langkah yang boleh diambil ialah belajar untuk menolak kerja secara berhemah. Perhubungan dengan guru perlu dijaga. namun, tanggungjawab sebagai guru pelatih perlu diberi keutamaan dalam tempoh praktikum. Selain itu, kami turut boleh merujuk kepada guru pembimbing kami kerana mereka merupakan penghubung kami dengan guru-guru lain. Khidmat nasihat daripada mereka dapat memberi suatu gambaran terhadap keputusan yang akan dibuat.

TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Masih lagi berbaki 7 minggu lagi untuk berpraktikum. Dalam tempoh ini, kami akan cuba untuk menyelesaiakan masalah ini. Kami turut berharap agar mendapat kerjasama dariapada semua pihak bagi membantu kami untuk belajar menjadi pengajar pada masa akan datang.

Bilangan Jurnal

: Ke - 6Minggu Praktikum

: KeenamTarikh Peristiwa / Kejadian : 1-5 Mac 2014

Tajuk Jurnal

: Bulan Anti-dadah Peringkat Sekolah

MASALAH

Pelancaran untuk sambutan tahunan ini berlaku dengan kurang meriah. Tambahan pula dengan hebahan yang kurang efisyen Hal ini menjadikan murid kurang peka dan penyertaan daripada murid adalah kurang memberansangkan. Terdapat juga murid yang berulang-ulang kalli bertanya kepada saya berkaitan dengan sambutan bulan anti dadah ini. Lebih menyedihkan kebanyakan guru turut mengalami masalah yang sama iaitu tidak termaklum dengan sambutan peringkat sekolah ini.

ANALISIS

Dalam masalah ini dapat saya rumuskan bahawa terdapat 2 pihak yang bermasalah iaitu jawatankuasa pengelola sambutan dan guru-guru sendiri. Pihak jawatankuasa tidak menjalankan proses hebahan yang efisyen sehinggakan guru-guru tidak cakna dengan sambutan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Seharusnya seluruh warga sekolah perlu mengetahui tentang aktiviti yang akan dijalankan. Perlu ditekankan bahawa yang akan membantu jawatankuasa ialah guru-guru yang mengajar kelas-kelas yang berkaitan.

Seterusnya, pihak kedua yang bermasalah dalam kes ini ialah guru-guru sekolah itu sendiri. Guru tidak ambil peduli tentang aktiviti-aktiviti yang berlangsung di dalam sekolah. Tiada kejelekitan antara guru mengakibatkan keberkesanan sesuatu program dijalankan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sesuatu program yang dijalankan di sekolah seharusnya mempunyai kerjasama antara kedua-dua pihak iaitu jawatankuasa program dan guru-guru. Sekiranya kejekitan dapat diwujudkan, keberkesanan sesuatu program dapat ditingkatkan. Selain itu, kerjasama ini dapat meningkatkan kelancaran dan penyertaan pelajar dalam sesuatu aktiviti dalam program yang dijalankan. Seterusnya dapat membina kemesraan antara staf akademik dan sokongan dalam menjalankan kerja-kerja di sekolah.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Bilangan Jurnal

: Ke - 7Minggu Praktikum

: KetujuhTarikh Peristiwa / Kejadian : 9-13 Mac 2014

Tajuk Jurnal

: Kawalan Kelas

MASALAH

Masalah yang sering dihadapi semasa dipantau oleh pensyarah pembimbing iaitu kawalan kelas. Kelas yang terlibat ialah kelas 3 Mutiara. Dalam kelas ini, terdapat beberapa orang murid yang sangat aktif dan sering mengganggu murid apabila mereka sudah siap kerja yang diberi. murid-murid lain turut terganggu dengan mereka sehingga menyebabkan kelas sangat bising dan berada di luar kawalan.

ANALISIS

Permasalahan ini berlaku sejurus selepas murid-murid telah siap membuat latihan yang diberi. Murid-murid ini akan berkeliaran dalam kelas sambil mengganggu rakan -rakan mereka yang masih lagi membuat kerja yang diberi. Mereke tidak mempunyai rasa untuk membantu sebaliknya terus mengeruhkan keadaan kelas.

Sekiranya guru tidak memberi perhatian yang serius terhadap masalah ini, kawalan kelas adalah tergannggu dan keberkesanan proses PDP akan terganggu. Hal ini amat serius dan tindakan perlu diambil segera. Banyak guru-guru yang memberi cadangan dengan mengalihkan pelajar tersebut kepada guru pemulihan semasa pensyarah datang memantau. Saya kurang setuju dengan cadangan tersebut kerana perkembangan murid-murid tersebut tidak sama dengan rakan-rakan sekelas yang lain. Saya turut mengharapkan kawalan kelas saya pada masa akan datang

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pada pendapat saya, persediaan saya untuk mengajar perlu lebih ditekankan. Saya harus bersedia dengan latihan tambahan kepada mereka yang sudah siap dengan latihan yang diberi dengan harapan agar mereka tidak mengganggu rakan-rakan lain yang sedang menyiapkan latihan yang diberikan. Oleh itu, kelas akan terkawal dengan terkawalnya kumpulan-kumpulan ini.

TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Tempoh praktikum di sekolah ini tinggal 5 minggu lagi. Oleh itu, saya amat mengharapkan agar dapat memperbaiki kawalan kelas saya. Selain dapat mengajar mereka kemahiran-kemahiran berbahasa yang terlibat.

Bilangan Jurnal

: Ke - 8Minggu Praktikum

: KelapanTarikh Peristiwa / Kejadian : 16-20 Mac 2014

Tajuk Jurnal

: Pengurusan Masa

MASALAH

Aktiviti di sekolah pada bulan ini sangat padat sehingga menyebabkan saya kurang cakna dengan pengurusan masa saya sendiri. Namun, saya telah menyebabkan beberapa kerja hakiki saya tidak dilaksanakan. Laporan-laporan berkaitan dengan praktikum tidak dilaksanakan mengikut jadual.

Saya amat kesal dengan masalah ini. Beberapa perkara telah menjadi bertangguh. Namun saya bernasib baik pada minggu akan datang saya akan menjalani cuti pertengahan semester. Jadi kerja-kerja ini dapat dibereskan pada waktu tersebut.

ANALISIS

Dalam permasalahan ini, saya merasakan bahawa saya masih belum matang dalam menguruskan masa sendiri. Beberapa perkara yang sepatutnya diambil berat dan diberi kepentingan diabaikan. Perkara-perkara dalaman yang tidak sepatutnya diberi perhatian perlu dielakkan kerana boleh membebankan diri sendiri dan seterusnya menyebabkan perjalanan praktikum ini tergendala.

Pada peringkat ini, saya mendapati terdapat beberapa orang guru yang kadangkala suka memberi tugas kepada guru pelatih di atas alasan sebagai projek praktikum kami. Pada pandangan saya, projek untuk guru praktikum boleh dilakukan tetapi perlu ada hadnya. Bukan semua aktiviti di sekolah perlu diuruskan oleh guru pelatih.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Dalam masalah ini saya mendapati bahawa terdapat budaya daripada pihak sekolah untuk memberikan tugas kepada guru-guru praktikum. Ini bukan satu budaya yang baik kerana guru praktikum mempunyai banyak tugas yang perlu diselesaikan dengan pihak IPG. Mungkin beberapa aktiviti boleh di uruskan oleh guru pelatih tetapi bukanlah semua aktiviti diletakkan kepada guru praktikum.

Sebagai guru praktikum, saya perlu memilih kerja-kerja yang diberikan oleh guru-guru di sekolah ini. Saya agak berat mulut untuk mengatakan tidak apabila diberikan kerja. Sikap seperti ini yang menjadikan saya sering menjadi mangsa untuk diberikan kerja.

TEMPOH MASA PENAMBAHBAIKAN

Tempoh praktikum masih lagi berbaki selama 4 minggu lagi. Saya mengetahui bahawa untuk mendapatkan sesuatu kemahiran perlu usaha dan banyak bertanyakan pengalaman daripada guru-guru senior. Namun dalam masa yang masih berbaki ini, saya mengharapkan saya dapat kemahiran yang dimaksudkan ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Bilangan Jurnal

: Ke - 9Minggu Praktikum

: KesembilanTarikh Peristiwa / Kejadian : 30 Mac - 3 April 2014

Tajuk Jurnal

: Hubungan Dengan Guru-guru di Sekolah.

MASALAH

Saya mendapati sejak akhir-akhir ini saya agak memilih untuk rapat dengan warga Sekolah Kebangsaan Tuan Syed Jan Al-Jaffri. Antara sebab pemilihan ini adalah kerana sikap guru itu sendiri iaitu suka memberi kerja kepada guru praktikum. Namun saya berasa amat rugi kerana terdapat beberapa perkara yang tidak saya perolehi dengan mengelak untuk beramah mesra dengan mereka. Perkara ini amat merugikan saya . Kadangkala, saya amat sensitif apabila guru tersebut berkata sesuatu. Perkara ini amat merunsingkan saya sehinggakan ada pada suatu ketika saya tidak berfikir apa yang hendak saya perkatakan.

ANALISIS

Sikap ini merupakan sikap yang perlu dibuang kerana amatlah membawa keburukan dan tiada langsung kebaikan yang diperoleh daripada sikap ini. Perlu diberi peringatan bahawa setiap perkara perlu dipandang pada bahagian yang positif supaya tidaklah terlalu ekstrem dalam membuat sesuatu keputusan. Setiap orang mempunyai kemahiran masing-masing. Mungkin daripada pengalaman seperti dengan orang ini lain daripada orang lain. Oleh sebab itu, tiada sebab untuk kita tidak bergaul dengan rakan-rakan sekerja.CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya perlu lebih memotivasikan diri untuk mencapai tahap seperti guru-guru lain yang dapat mengaal perasaan mereka apabila bersama-sama dengan rakan sekerja. Walaupun terdapat beberapa perkara yang tidak puas hati dengan seseorang itu, tidak semestinya kita tidak menggauli mereka.

Selain itu, saya turut mendapati bahawa sikap saya yang terlalu ekstrem ini perlu ditenangkan bagi membolehkan hubungan dengan guru-guru di sekolah ini dapat dijaga. Perkara-perkara yang remeh tidak sepatutnya dibesar-besarkan keran tiada faedah jika diambil berat.

TEMPOH MASA PENAMBAHBAIKAN

Dalam masa tiga minggu ini, saya berharap agar saya dapat menimba ilmu daripada pelbagai pihak di sekolah ini. Pada saya persekitaran kerja di sekolah ini amat baik dan saya perlu lebih berhati-hati dan berusaha untuk mendapatkan ilmu daripada warga sekolah ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Bilangan Jurnal

: Ke - 10Minggu Praktikum

: KesepuluhTarikh Peristiwa / Kejadian : 6-10 April 2014

Tajuk Jurnal

: Perkhemahan TKRS

ISU

Pada minggu ini, saya ditugaskan untuk membantu guru pembimbing TKRS bagi menguruskan dan menjalankan aktiviti di dalam perkhemahan Menjejaki Perak Man. Semasa sesi KELEBIHAN

KEKURANGAN

PERISTIWA MENARIK