pembangunan panduan penggunaan sistem moodle … · on delivering a number of tutorial videos which...

28

Upload: phamlien

Post on 11-Mar-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of
Page 2: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE

UNTUK PENDIDIK MELALUI PENDEKATAN VIDEO INTERAKTIF DAN

PEMBELAJARAN BERASASKAN CONTOH

ZAWANAH BINTI MOHD JANI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer

Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 3: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of
Page 4: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of
Page 5: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

vi

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih buat pensyarah pembimbing merangkap

penyelia saya iaitu Dr Jamalludin bin Harun di atas segala tunjuk ajar serta

kesabaran beliau dalam membimbing saya sepanjang proses pembangunan projek ini

dari awal sehinggalah ke akhirnya.

Ucapan terima kasih juga buat semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

langsung dalam membantu menjayakan pembangunan sistem ini.

…Terima Kasih Atas Segalanya…

Page 6: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

v

DEDIKASI

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih ;

”…menatap indahnya senyuman di wajahmu

membuatku terdiam dan terpaku…”

Teristimewa buat :

Emak, Pn Rusenah bt Suryani yang ku sayangi,

Abah, En Mohd Jani bin Ahmad Sakri yang ku kagumi,

Pengorbanan kalian membesarkanku serta sokongan yang tidak pernah putus

memberikan semangat untuk ku meneruskan usaha sehingga ke hari ini. Semoga Allah

senantiasa merahmati dan memberkati kalian. Terima Kasih atas segalanya…

Buat 6 adik beradik yang lain,

Zakiah, Zainuri, Zainab, Zaharah, Zulhilmi , Zulaikha,

Kehadiran kalian menjadikan hidup ini lebih bermakna,

Buat kawan kita,

Terima Kasih kerana memahami diri ini

Buat sahabat-sahabat SPPians

Kenangan bersama SPPians tak mungkin dapat ku lupa

Suka duka 4 tahun kita kongsi dan harungi bersama

Terima Kasih atas ikatan persahabatan yang tercipta

Buat semua yang pernah mengenali diriku sepanjang pengajian

Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan ini telah ditakdirkan untuk sebuah ikatan

persahabatan yang utuh antara kita…

Page 7: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

vi

ABSTRAK

Moodle merupakan satu perisian sumber terbuka sistem pengurusan kursus

(CMS) atau dikenali sebagai sistem pengurusan pembelajaran (LMS). Pendidik, tenaga

pengajar, pelajar serta institusi pendidikan telah memilih Moodle sebagai medium untuk

berkomunikasi dalam komuniti, berkongsi bahan pengajaran, mereka bentuk kuiz dan

sebagainya. Moodle boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi pendidikan berdasarkan

prinsip konstruktivis sosial dan sangat sesuai dijadikan sebagai pendekatan pengajaran

yang melibatkan interaksi antara pengguna dan penyampaian isi pelajarannya. Fokus

utama projek ini adalah untuk menyampaikan video tutorial yang menerangkan

mengenai Moodle. Ia meliputi penggunaan asas Moodle bagi mereka yang baru dalam

pembelajaran maya ini. Projek ini melibatkan penggunaan pelbagai elemen multimedia

dan Moodle itu sendiri untuk menyampaikan bahan pelajaran dan latihan. Pengguna

boleh melihat video dan contoh serta merta. Penglibatan contoh sahaja menjadikan satu

proses pembelajaran menjadi pasif. Maka kombinasi antara multimedia interaktif dalam

latihan dan pembelajaran berasaskan contoh menggalakkan pelajar lebih aktif dalam

proses pembelajaran. Proses pembangunan sistem ini dibangunkan melalui model reka

bentuk ADDIE. Moodle dipilih sebagai sistem pengurusan pembelajaran (LMS) yang

utama untuk menyediakan suasana e-pembelajaran dan ianya disokong oleh perisian lain

seperti Adobe Captivate dan Adobe Photoshop. Pembangunan projek diharapkan dapat

menjadikan sistem pembelajaran ini digunakan bagi membantu para pendidik untuk

mereka bentuk web interaktif yang mana mereka boleh berkomunikasi dengan pelajar

secara efektif dalam sistem pendidikan.

Page 8: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

vii

ABSTRACT

Moodle is an open source Course Management System (CMS), also known as a

Learning Management System (LMS). Educators, teachers, students and many

educational institution around the world has selected Moode as the tool for building their

online communities, sharing course material, making quiz and more. Although Moodle

can be used for many kinds of educational applications, it is based on socio-

constructivist principles and most suited for an educational approach involving

interaction amongst people rather than transmission of content. This project is focused

on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of

Moodle. It also covers the fundamentals of using Moodle for someone new to online

learning. This project also makes a full use multimedia elements and the Moodle system

itself to deliver all the training materials and resources. User can view all the project,

tools and examples almost instantaneously. Since most learners spontaneously study or

process examples in a very passive or superficial manner, the combination of interactive

multimedia training materials in example based learning environments are capable of

encouraging learners to actively process the examples. The development process was

based on the ADDIE instructional design model. Moodle was chosen as the primary

LMS to prepare the e-Learning environment and supported by other multimedia

software such as Adobe Captivate and Adobe Photoshop. It is hoped that this learning

system can be utilized in order to help educators to create interactive web sites where

they can communicate and collaborate effectively in educational ways with their

students.

Page 9: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGESAHAN PEMBANGUN iii

PENGHARGAAN iv

DEDIKASI v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI JADUAL xiv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 11

1.4 Objektif Kajian 12

1.5 Rasional Kajian 13

1.6 Kepentingan Kajian 14

1.6.1 Tenaga Pengajar 14

1.6.2 Pelajar 14

1.6.3 Universiti 15

Page 10: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

ix

1.6.4 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 15

1.7 Skop dan Batasan Kajian 15

1.8 Definisi Istilah 16

1.8.1 LMS 16

1.8.2 Moodle 16

1.8.3 E-Pembelajaran 17

1.8.4 Video Interaktif 17

1.8.5 Multimedia 17

1.8.6 Pembelajaran Berasaskan Contoh 18

1.8.7 Perisian Sumber Terbuka 18

1.9 Penutup 19

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 20

2.2 Pembelajaran Berasaskan Internet 21

2.2.1 Kelebihan E-Pembelajaran 22

2.2.2 Kelemahan E-Pembelajaran 24

2.3 Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) 25

2.3.1 Jenis-jenis LMS 25

2.4 Moodle 26

2.4.1 E-Learning@UTM-UTM Moodle 27

2.5 Multimedia 29

2.5.1 Elemen-elemen Multimedia 30

2.5.2 Multimedia dalam Latihan dan

Pendidikan 34

2.6 Pembelajaran Berasaskan Video Interaktif 34

2.7 Pembelajaran Berasaskan Contoh dan Latihan 37

2.8 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 38

2.8.1 Behaviorisme 39

2.8.2 Kognitif 40

Page 11: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

x

2.8.3 Konstruktivis Sosial 40

2.9 Model Reka Bentuk Instruksional 41

2.9.1 Model ADDIE 42

2.9.2 Model ASSURE 43

2.9.3 Model Dick & Carey 44

2.10 Penutup 44

BAB 3 REKA BENTUK SISTEM PEMBELAJARAN

3.1 Pengenalan 46

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran 47

3.2.1 Fasa Analisis 47

3.2.1.1 Analisis Pengguna 47

3.2.1.2 Analisis Isi Kandungan Moodle 49

3.2.1.3 Analisis Persekitaran

Penggunaan 50

3.2.2 Fasa Reka Bentuk 51

3.2.3 Fasa Pembangunan 51

3.2.4 Fasa Pelaksanaan 52

3.2.5 Fasa Penilaian 52

3.3 Carta Alir Sistem Pembelajaran 53

3.4 Reka Bentuk Aplikasi 53

3.4.1 Reka Bentuk Informasi 53

3.4.2 Reka Bentuk Interaksi 56

3.4.3 Reka Bentuk Visual 56

3.5 Pemilihan Perisian Untuk Membangunkan Sistem 57

3.6 Penyebaran Sistem Pembelajaran Yang

Dihasilkan 58

3.7 Penutup 59

BAB 4 HASIL REKA BENTUK SISTEM

Page 12: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

xi

4.1 Pengenalan 60

4.2 Pempakejan dan Penyebaran Sistem 61

4.3 Aliran Perjalanan Sistem 63

4.4 Reka Bentuk Sistem 65

4.4.1 Reka Bentuk Informasi dalam Sistem 65

4.4.2 Reka Bentuk Interaksi dalam Sistem 67

4.4.3 Reka Bentuk Visual dalam Sistem 80

4.5 Penutup 83

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 84

5.2 Kelebihan Sistem 85

5.2.1 Penggunaan Video Interaktif dan Contoh 85

5.2.2 Isi Kandungan Menyeluruh 86

5.2.3 Kemudahan Mengakses Serta Memuat

Turun Maklumat 87

5.3 Kelemahan Sistem 87

5.3.1 Kekurangan Maklumat Asas Moodle 88

5.3.2 Kekurangan Penggunaan Elemen

Multimedia 88

5.4 Masalah Yang Dihadapi 88

5.4.1 Aktiviti dalam Modul Block yang Banyak 89

5.4.2 Komputer Berkeupayaan Tinggi

Diperlukan 89

5.4.3 Kekurangan Kemahiran Pembangun

dan Pengguna 90

5.5 Cadangan 91

5.6 Penutup 91

RUJUKAN 92

Page 13: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Rajah menunjukkan Model ADDIE 42

4.1 Rajah menunjukkan paparan muka hadapan

elearning@UTM 62

4.2 Rajah menunjukkan reka bentuk asas sistem. 63

4.3 Rajah menunjukkan proses login 64

4.4 Rajah menunjukkan senarai kursus yang

terdapat dalam sistem 64

4.5 Rajah menunjukkan paparan keseluruhan sistem 69

4.6 Rajah menunjukkan pautan yang terdapat pada

bahagian kanan dan kiri sistem 70

4.7 Rajah menunjukkan pengenalan Moodle dalam

bentuk PDF 71

4.8 Rajah menunjukkan kaedah buku elektronik

yang digunakan 72

4.9 Rajah menunjukkan paparan slaid elektronik 73

4.10 Rajah menunjukkan controller yang terdapat pada

slaid elektronik 73

4.11 Rajah menunjukkan penerangan tentang

ikon di dalam Moodle 74

4.12 Rajah menunjukkan penerangan tentang modul

yang terdapat di dalam Moodle 74

Page 14: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

xiii

4.13 Rajah menunjukkan paparan slaid dalam

bentuk thumbnail 75

4.14 Rajah menunjukkan video tutorial pada

tetingkap baru 75

4.15 Rajah menunjukkan controller yang terdapat

pada video tutorial 76

4.16 Rajah menunjukkan susunan video tutorial dan

contoh 76

4.17 Rajah menunjukkan laman web kemudahan

aktiviti interaktif 77

4.18 Rajah menunjukkan laman web kemudahan

aktiviti sosial 78

4.19 Rajah menunjukkan kemudahan memuat turun

video tutorial 79

4.20 Rajah menunjukkan pautan ke forum dan chat 79

4.21 Rajah menunjukkan logo Moodle pada

paparan utama 80

4.22 Rajah menunjukkan elemen animasi sebagai pautan

ke laman web 81

4.23 Rajah menunjukkan warna tulisan yang

mempunyai pautan 81

4.24 Rajah menunjukkan persembahan slaid yang

memperkenalkan video yang akan dipersembahkan 82

4.25 Rajah menunjukkan arahan berbentuk teks di dalam

tutorial video 82

Page 15: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Jadual menunjukkan peratusan keupayaan

manusia mengingat 34

2.2 Jadual menunjukkan peringkat interaktiviti

di dalam video 36

3.1 Jadual menunjukkan ringkasan isi kandungan

sistem Moodle 49

4.1 Jadual menunjukkan senarai topik yang

mengandungi video tutorial dan contoh 66

Page 16: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

International Network of Networks atau lebih dikenali sebagai Internet

merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain. Kini, penggunaan

Internet adalah sangat penting dalam pelbagai aspek termasuklah bagi tujuan perniagaan,

organisasi mahupun pendidikan. Penggunaan Internet dalam konteks pendidikan

memerlukan penglibatan yang aktif daripada penggunanya. Pelbagai maklumat dapat

disebar dan diterima dalam masa yang singkat dengan penggunaan Internet. Kewujudan

Internet dan perkembangannya dalam era globalisasi kini lebih dikaitkan dengan istilah

dunia tanpa sempadan. Internet juga berupaya membantu meningkatkan nilai kendiri

serta keyakinan seseorang untuk berkomunikasi. Selain daripada menawarkan

kemudahan seperti laman-laman web, Internet juga menyediakan sumber pendidikan

berbentuk teks yang diperkaya dengan unsur-unsur lain seperti grafik, animasi dan audio

visual.

Page 17: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

2

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication

Technology-ICT) dalam pendidikan menjadi salah satu perancangan bersepadu untuk

menjana kecemerlangan pelajar. Pengenalannya kepada dunia pendidikan telah

mewujudkan sikap yang positif di kalangan pelajar itu sendiri. Hal ini kerana ICT telah

menyediakan peluang yang lebih luas dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berbanding kaedah tradisional. Dalam Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM,

2001) telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan iaitu ;

i. Literasi ICT untuk semua pelajar bermaksud pelajar memperoleh kemahiran

menggunakan kemudahan ICT.

ii. Menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan

keberkesanan sisitem pengurusan.

iii. Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum

bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai matapelajaran ICT sebagai alat

pengajaran dan pembelajaran (P&P) bermaksud menggunakan kemudahan ICT

dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus (courseware) Internet, aplikasi

generik (perisian AutoCAD dalam matapelajaran Rekacipta dan Lukisan

Kejuruteraan.

Kemudahan ICT dapat membantu perlaksanaan kurikulum dengan berkesan.

Pembelajaran bukan lagi tertumpu dengan kaedah pengajaran di bilik kuliah semata-

mata. Penggunaan teknologi ICT perlu digunakan semaksimumnya supaya memberikan

kesan yang positif dalam pembelajaran pelajar.

Begitu juga dengan kewujudan Internet. Kini dalam era teknologi maklumat

yang kian membangun, World Wide Web (WWW) telah menjadikan Internet lebih mesra

pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan elemen-elemen multimedia seperti grafik,

teks dan audio ke dalam satu halaman paparan. Pelajar dapat mengakses bahan

Page 18: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

3

pelajaran serta mempelajarinya sendiri mengikut keperluan mereka daripada segi masa,

teknik ataupun dalam keadaan tidak formal.

Pengunaan Internet diakui tidak melibatkan penggunaan kos yang tinggi. Ianya

bersifat kos efektif di mana banyak bahan dan maklumat daripada pelbagai laman web

mampu diakses oleh sesiapa sahaja khususnya tenaga pengajar ataupun pelajar tanpa

melibatkan kos yang tinggi. Malah, sumber percuma dalam Internet banyak

mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan pembelajaran (Fakhrul,2002).

Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan Internet menjimatkan kos berbanding kaedah

tradisional. Malah, isi kandungan di dalam suatu laman web mengandungi maklumat

yang terkini dan mudah untuk dikemaskini. Dalam kaedah tradisional, kos yang lebih

tinggi diperlukan untuk mendapatkan maklumat seperti membeli buku atau jurnal untuk

dijadikan rujukan. Internet berupaya untuk memberikan satu perubahan yang ketara di

dalam diri pengguna termasuklah tenaga pengajar dan pelajar. Dapatan kajian Owen

dan Liles (1999) mendapati bahawa Internet bermanfaat kepada golongan individu yang

suka memberikan pendapat (ekstrovert) kerana golongan ini lebih banyak menggunakan

Internet untuk berhubung dengan ramai orang. Menurut kajian Livinggood (1995) pula,

Internet telah banyak membantu mereka yang tergolong dalam golongan pendiam untuk

berkomunikasi dalam bentuk yang mereka suka seperti melalui penulisan dan

sebagainya.

Penggunaan Internet haruslah digunakan secara maksimum kerana kini ilmu

boleh didapati melalui penerokaan dan bukan hanya minta disuap oleh tenaga pengajar

semata-mata. Namun, penerokaan ilmu di ruangan maya haruslah secara akses kendiri

samaada melalui kawalan tenaga pengajar, ibu bapa mahupun diri sendiri. Rio Sumarni

Sharifuddin (1997) dalam kajiannya yang bertajuk “Pengajaran dan Pembelajaran Sains

Berbantukan Komputer” mendapati pembelajaran yang menggunakan kaedah

ekspositori dan penemuan lebih berjaya jika dibandingkan dengan pelajar yang hanya

didedahkan dengan kaedah tradisional semata-mata.

Page 19: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

4

Menurut Rossernberg (2001),e-learning atau lebih dikenali sebagai e-

pembelajaran merujuk kepada penggunaan teknologi-teknologi Internet untuk

menyampaikan penyelesaian yang luas yang meningkatkan pengetahuan dan prestasi.

Pendidikan berasaskan Internet bertujuan untuk menyalurkan maklumat kepada sesuatu

organisasi ataupun masyarakat umum. Secara umumnya, e-pembelajaran sesuai untuk

digunakan di semua peringkat pendidikan termasuklah peringkat sekolah rendah,

sekolah menengah mahupun IPTA. Dalam konteks pendidikan, e-pembelajaran

merupakan satu ruang maya yang membolehkan berlakunya interaksi antara dua pihak

khususnya antara tenaga pengajar dan pelajar. E-pembelajaran boleh dikategorikan

sebagai proses pengajaran dan pembelajaran, cuma ianya banyak menggunakan aplikasi

yang berbentuk multimedia.

E-pembelajaran merupakan salah satu teknologi baru yang dapat membantu

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara tradisional. Ianya juga merupakan

pendekatan baru dalam (P&P) iaitu mengintegrasikan teknologi komunikasi maklumat

(ICT) dalam bahan bantu mengajar (Tengku Azmi Raja Ismail, 2002). Pembelajaran

melalui Internet membolehkan pelajar menimba ilmu pengetahuan serta contoh-contoh

yang praktikal di samping membantu perkongsian maklumat melalui pelbagai pilihan

yang tersedia seperti melalui forum, e-mail, video konferens dan sebagainya.

Sejauh mana kebaikan Internet, namun sudah semestinya terdapat kelemahan di

sebaliknya. Ini kerana penggunaan Internet dihadkan sebagai media untuk paparan nota-

nota (Duchastel,1997 ; Weiss, 1998) serta mengandungi aktiviti yang berfokus pada

pencarian dan pengolahan maklumat sahaja (Sugrue & Kobus, 1997). Penggunaan

Internet seharusnya memerlukan kemahiran untuk mengendalikannya. Bukan setakat

pelajar yang perlu mempunyai kemahiran menggunakan teknologi internet, malah para

tenaga pengajar haruslah menguasai kemahiran tersebut. Kurangnya kemahiran itu

mungkin menjadi kekangan kepada tenaga pengajar bagi melancarkan proses pengajaran

dan pembelajaran. Internet juga mungkin menjadi halangan bagi segelintir tenaga

Page 20: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

5

pengajar untuk menghabiskan silibus yang telah ditetapkan kerana penggunaan Internet

memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses. Pelajar semestinya terlibat

sama dalam P&P secara maya ini. Apa yang menjadi persoalan, adakah tenaga pengajar

sudah bersedia untuk memanfaatkan teknologi internet ini. Persediaan mereka amat

penting bagi menggalakkan proses P&P yang berkesan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan juga kemudahan

komunikasi secara elektronik dan digital, tidak dapat tidak dunia pendidikan pada masa

kini perlu berubah ke arah lebih interaktif dalam membina dan menggalakkan

komunikasi dua hala antara tenaga pengajar dan pelajar. Sungguh menyedihkan

sekiranya teknologi yang sedia ada tidak dimanfaatkan secara optimum oleh para tenaga

pengajar dan pelajar untuk memperolehi pelbagai maklumat dan informasi sebagai alat

bantuan pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran secara interaktif perlu digalakkan di

dalam proses pendidikan pada hari ini. E-pembelajaran merupakan salah satu

pendekatan yang difikirkan dapat membantu ke arah pengajaran secara lebih interaktif.

Pembelajaran berasaskan internet sememangnya dapat membantu menangani

masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisional. Daripada sudut

pendidikan, ianya boleh dikategorikan sebagai proses P&P yang tidak dapat dinafikan

mengandungi pelbagai elemen-elemen multimedia di dalamnya. Menurut Mohammed

Noor Hasan & Jamalludin Harun (2006) di dalam kertas kerja yang bertajuk “Tahap

Kepuasan Pelajar Terhadap Penggunaan Sistem E-Pembelajaran Berasaskan Sumber

Terbuka di Universiti Teknologi Malaysia” mendapati bahawa tahap penggunaan dan

penguasaan e-pembelajaran di kalangan pelajar berada pada tahap sederhana. Antara

Page 21: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

6

masalah-masalah yang telah berjaya dikenalpasti adalah pelajar merasakan tiada

perlunya untuk melibatkan diri dalam e-pembelajaran. Kemungkinannya adalah

kekurangan informasi dan ilmu yang boleh didapati di ruangan maya itu. Kekurangan

maklumat yang boleh didapati adalah bergantung kepada pensyarah itu sendiri

mengendalikan sistem tersebut. Apa yang menjadi titik tolaknya kini, bukan sahaja

pelajar yang perlu menguasai penggunaan e-pembelajaran, malah tenaga pengajar dan

lebih khususnya adalah para pensyarah juga semestinya menguasai kemahiran

menggunakan e-pembelajaran secara menyeluruh bagi membantu meningkatkan prestasi

para pelajarnya.

Mohd Koharudin bin Mohd Balwi (2004) dalam jurnal yang bertajuk

“Perkembangan Pembangunan dan Penerimaan E-Pembelajaran di Institut Pengajian

Tinggi Malaysia” ada menyatakan :

“…bagi melaksanakan e-pembelajaran, pengajar perlu mengikuti latihan membina dan

menggunakan bahan dan perkakasan elektronik. Bengkel reka bentuk dan bina bahan

serta tunjuk cara penggunaan peralatan teknologi komunikasi perlu dianjurkan

berpandukan peringkat dan fasa yang telah dikenal pasti agar dapat diterima oleh

semua pelaksana dan pengguna inovasi pendidikan ini…”

Tidak dapat dinafikan bahawa para pensyarah berhadapan dengan masalah

untuk menggunakan sistem pembelajaran maya itu. Hal ini kerana mereka perlu

membangunkannya sendiri seperti menyediakan nota yang mana memakan masa dan

memerlukan kemahiran untuk menghasilkannya. Setiap masalah pastinya ada jalan

penyelesaian. Begitu juga dengan kesukaran para pensyarah ini. Kini, terdapat pelbagai

sistem pembelajaran yang jauh lebih mudah seperti Blog, Portal, Sistem Pengurusan

Kandungan (CMS) dan juga Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS). Memandangkan

kini teknologi maklumat kian berkembang, maka semua institut pengajian tinggi di

Malaysia khususnya menetapkan sistem pembelajaran masing-masing bagi

meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajarnya.

Page 22: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

7

Sebagai contoh, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang dulunya

menggunakan WebCT telah beralih kepada LMS yang dibangunkan secara mendalam

bagi pengurusan mereka.

“…Dengan menggunakan kemudahan LMS ini, pelajar boleh mengemukakan sebarang

soalan atau membincangkan soalan-soalan akademik dengan tutor mereka. Tutor akan

menjawab soalan-soalan daripada pelajar mereka . Perbincangan pelajar dengan tutor

secara atas talian ini tidaklah “real-time”. Maksudnya, pelajar tidak akan mendapat

maklum balas segera dari tutor mereka. Pelajar mungkin akan mendapat maklum balas

dari tutor selepas beberapa jam atau hari bergantung sejauh mana tutor berkenaan

bersemangat menggunakan LMS…”

(Abdullah Mohd Zin dan Nantha Kumar Subramaniam, 2003)

Institut pengajian tinggi di Malaysia sama ada awam mahupun swasta, masing-

masing mempunyai sistem pengurusan pembelajaran elektronik mereka sendiri. Mohd

Koharudin bin Mohd Balwi (2004) turut menyatakan bahawa pada awalnya, sistem e-

pembelajaran diwujudkan bagi pengurusan pendidikan jarak jauh dan konsep

pembelajaran maya ini telah dimulakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) pada

tahun 1971. Kini kesemua universiti di Malaysia telah mempraktikkannya dalam

pembelajaran. Menurut Mohd Koharudin bin Mohd Balwi (2004) lagi, bagi institut

pengajian tinggi swata pula, konsep ini telah dimulakan oleh Universiti Tunku Abdul

Rahman (UNITAR) pada tahun 1998. LMS bukan sahaja digunakan di OUM, malah

boleh dikatakan semua IPT termasuklah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut

menggunakannya bagi pembelajaran pelajarnya.

Berdasarkan buletin E-pembelajaran@UTM Edisi 1 (2006), E-pembelajaran di

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bukanlah sistem yang baru. Ianya telah

dilaksanakan sejak tahun 1997 lagi. Ketika itu, setiap fakulti di UTM mempunyai laman

pembelajaran maya yang dikendalikan sendiri oleh pihak fakulti yang dikenali sebagai

sistem pembelajaran maya. Pelajar hanya boleh memuat turun nota kuliah dan

mengakses bahan-bahan pengajaran sahaja. Pada penghujung tahun 2001, UTM mula

Page 23: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

8

mengorak langkah untuk meningkatkan penggunaan e-pembelajaran dengan

menyelaraskan penggunaan pembelajaran maya di setiap fakulti dan telah memperolehi

sistem pengurusan e-pembelajaran komersil yang dikenali sebagai WebCT. WebCT

merupakan satu sistem pengurusan pembelajaran yang menyediakan pelbagai

kemudahan P&P seperti membina bahan pengajaran secara elektronik, perbincangan

maya, merekod aktiviti pelajar dan memuat naik serta berkongsi dokumen pembelajaran.

Setelah WebCT digunakan selama tiga tahun dan telah tamat lesen

penggunaannya, UTM beralih pula kepada satu sistem baru untuk menggantikan sistem

pengurusan e-pembelajaran WebCT. Akhirnya pada tahun 2004, UTM menggunakan

satu sistem pengurusan pembelajaran berasaskan sumber terbuka yang dipanggil sebagai

MoodleTM

. Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment (Moodle)

merupakan satu sistem pengurusan pembelajaran yang berasaskan kepada asas pedagogi

dan konstruktivis sosial. Moodle menekankan pembelajaran (sama ada secara kendiri

mahupun secara berkumpulan) menerusi empat fasa kerja iaitu membina (constructing),

kolaborasi (collaborating), mencipta (creating) dan berkongsi (sharing). Berdasarkan

persekitaran dan juga aktiviti pembelajaran yang tersedia di dalam sistem, satu proses

pembelajaran yang berkesan dapat disediakan untuk kegunaan pelajar. Melalui bentuk

pendekatan yang telah dinyatakan sebelum ini, pelajar haruslah membangunkan

pembelajaran mereka sendiri berdasarkan penemuan dan penerokaan berikutan ianya

merupakan proses pembelajaran berpusatkan pelajar.

Kini, setelah lebih sepuluh tahun kewujudannya, pelajar bukan sahaja dapat

memuat turun nota dan silibus malah mereka mampu untuk meningkatkan lagi proses

pembelajaran secara aktif sehingga ke luar bilik kuliah bagi mewujudkan proses

pembelajaran yang lengkap dan berkesan. Namun begitu, peranan pensyarah juga

haruslah ditekankan bagi menjayakan sistem pembelajaran e-pembelajaran. Antara

kemudahan yang terdapat di dalam Moodle termasuklah Assignment, Forum, Chat,

Choices, Glossary, Journal, Label, Lesson, Quizzes, Resources, Survey dan Workshop.

Page 24: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

9

Pembelajaran yang berkesan memerlukan penglibatan yang aktif daripada pensyarah dan

juga pelajarnya. Pensyarah seharusnya mendalami kemudahan yang terdapat di dalam

Moodle bagi memudahkan mereka menyampaikan maklumat kepada pelajar. Namun

tiadanya rujukan khusus mungkin menjadi kekangan kepada para pensyarah bagi

mendalami sesuatu kemahiran.

Selain daripada kurangnya rujukan khusus, masa mungkin turut menjadi

kekangan kepada mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa tugas seorang pendidik

sememangnya menuntut mereka melibatkan lebih masa selain waktu kuliah. Selain itu,

mungkin sikap acuh tak acuh para tenaga pengajar dalam usaha mempertingkatkan

penggunaan e-pembelajaran membawa masalah kepada pelaksanaan itu. Ada juga yang

beranggapan bahawa usaha ini tidak penting di samping mereka lebih cenderung untuk

terus menggunakan kaedah tradisional dalam P&P. Jika dilihat pada dasarnya, sikap

mereka ini boleh dikatakan berpunca daripada kurangnya kesedaran untuk sama-sama

membantu organisasi mereka ke arah kecemerlangan dan secara tidak langsung kepada

diri mereka sendiri.

Negara kita kini kian membangun demi menyahut cabaran keenam Wawasan

2020 iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai

daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi

pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi

masa depan. Dengan teknologi yang serba canggih dewasa ini, pelbagai inisiatif dapat

dilakukan bagi menangani isu tersebut. Kewujudan web dan multimedia yang seiring

dengan kemajuan negara amatlah diharapkan. Seperti mana yang kita sedia maklum,

pembelajaran berasaskan web adalah sangat menarik dan berkesan serta membantu para

tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 25: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

10

“…using the Web, we can manage the activity of many learners, a task that difficult with

unconnected microcomputers. Learners, in turn, can obtain easy access to a variety of

learning materials accessible at school, home or work. Thus, learning can be made

more convenient for everyone involved…”

(Alessi&Trollip, 2001)

Selain daripada penggunaan web, penglibatan multimedia juga memainkan

peranan yang penting dalam sistem pendidikan. Persembahan multimedia boleh juga

didefinisikan sebagai suatu persembahan informasi berasaskan penggunaan komputer

dengan menggunakan gabungan pelbagai media seperti teks, grafik, audio, animasi,

video dan sebagainya (Rozinah, 2000). Multimedia juga merupakan suatu proses

komunikasi interaktif berasaskan penggunaan teknologi komputer. Perkembangan

penggunaan multimedia dalam aspek pendidikan terutamanya telah mendapat perhatian

dan kewujudannya itu telah dikatakan berjaya membantu proses pengajaran dan

pembelajaran.

Video merupakan salah satu elemen multimedia yang menjanjikan persembahan

yang berkesan kerana pelajar dapat memerhatikan sesuatu proses dengan teliti.

Interaktif adalah perkataan yang digunakan untuk memperihalkan suatu sistem atau mod

kerja di mana terdapat respons terhadap arahan komputer semasa input melalui peranti

input. Penggunaan video interaktif dalam pembelajaran e-pembelajaran amatlah efektif

sama ada kepada pelajar ataupun pensyarah itu sendiri. Video interaktif turut membawa

maksud sebagai sistem pembelajaran secara individualistik yang berbentuk hibrid

melalui kaset video, cakera video atau pun pita video yang disambungkan kepada

komputer.

Page 26: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

11

“…video interaktif ialah sistem di mana filem pada cakera video atau pita video

diintegrasikan ke dalam program PBK (Pembelajaran Berbantukan Komputer) dan

dipersembahkan melelui komputer mikro…”

(Hudson, 1984)

“…anytime you watch someone else doing something (or even starting to do something),

the corresponding mirror neuron might fire in your brain, thereby allowing you to

"read" and understand another's intentions, and thus to develop a sophisticated "theory

of other minds. We learn from watching others. We learn from imitating (mirroring)

others…”

(Sierra's, 2005)

Tidak dapat dinafikan bahawa manusia sememangnya belajar sesuatu melalui

perlakuan orang lain. Maka, pendekatan pembelajaran berasaskan contoh dikatakan

sesuai diterapkan bagi memudahkan pembelajaran. Contoh yang diberikan selari dengan

adanya video interaktif sangat memberi kesan kepada penggunanya.

1.3 Pernyataan Masalah

Penggunaan e-pembelajaran sememangnya diakui berkesan dan boleh dikatakan

mampu untuk membantu P&P secara tradisional. Namun demikian, tidak semua

pensyarah mampu dan mahir dalam menguasai teknologi internet ini. Kewujudan LMS

dikatakan dapat membantu para pensyarah dalam P&P mereka kerana LMS diakui lebih

mudah penggunaannya. Walaupun penggunaanya mudah, boleh dikatakan ianya tidak

digunakan secara optimum dalam P&P mereka.

Page 27: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

12

Antara punca utama kurangnya penggunaan sistem ini adalah mungkin

disebabkan oleh tiadanya rujukan khusus untuk dijadikan panduan, kekangan masa dan

kurangnya kesedaran antara mereka. Penerapan web dan multimedia sebagai alat bantu

mengajar dikatakan berupaya untuk meningkatkan penguasaan isi pelajaran. E-

pembelajaran mampu untuk memudahkan kelancaran proses P&P serta mengubah

persepsi para pensyarah terhadap penggunaan e-pembelajaran.

Berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti, maka panduan penggunaan sistem

pembelajaran akan dibangunkan. Panduan penggunaan sistem LMS: Moodle e-

pembelajaran melalui pendekatan video interaktif dan pembelajaran berasaskan contoh

diharapkan dapat menimbulkan minat dan semangat para pensyarah untuk menggunakan

sistem ini. Proses pembelajaran juga akan bertambah menarik dan aktif.

1.4 Objektif Kajian

Fokus utama kajian ini adalah:

i. Membangunkan panduan pembelajaran berasaskan web sebagai panduan

penggunaan sistem e-pembelajaran untuk tenaga pengajar UTM

berdasarkan pendekatan ;

Video interaktif

Pembelajaran berasaskan contoh

ii. Membantu serta melancarkan penggunaan sistem e-pembelajaran di

kalangan tenaga pengajar khususnya di UTM.

Page 28: PEMBANGUNAN PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM MOODLE … · on delivering a number of tutorial videos which explain some of the key features of Moodle. It also covers the fundamentals of

13

1.5 Rasional Kajian

Pembelajaran yang berkesan memerlukan penglibatan aktif daripada pelajar dan

pensyarah bagi mewujudkan komunikasi dua hala antara mereka. Panduan penggunaan

e-pembelajaran merupakan satu alternatif yang boleh digunakan oleh para pensyarah

untuk menggunakan sistem itu. Penggunaan video interaktif dilihat sebagai medium

yang berkesan bagi membantu kaedah pengajaran secara elektronik.

Penggunaan video dikatakan berpotensi tinggi dalam membekalkan bahan

pembelajaran yang berkualiti tinggi. Keith Hudson (1984) menyatakan bahawa video

interaktif dapat menghasilkan sebuah program P&P yang fleksibel dan interaktif.

Laurence dan Dean (1996) turut mengkaji kesan multimedia interaktif ke atas

pencapaian pelajar dalam matapelajaran fizik. Dapatan daripada kajian tersebut

mendapati bahawa majoriti pelajar berpendapat bahawa teknik multimedia interaktif

yang berasaskan video dapat memudahkan mereka memahami konsep fizik.

Pembelajaran berasaskan web pula dipilih kerana ianya dikatakan lebih interaktif

dan diminati oleh sesiapa yang mengaksesnya. Mengikut Hossein Arsham (2002),

pembelajaran berasaskan web dapat mewujudkan persekitaran yang menggalakkan

penyertaan maksimum pelajar sesama pelajar dan pelajar dengan guru.

Pembangunan panduan ini turut melibatkan pendekatan berasaskan contoh di

mana pendekatan ini dilihat sesuai untuk membantu para pensyarah mendalami

penggunaan sistem e-pembelajaran. Kajian Sejnowski (1999) mendapati bahawa latihan

mampu meningkatkan ingatan jangka panjang.