membangun web portal berasaskan moodle … filehakmilik tesis adalah di bawah nama penulis melainkan...
TRANSCRIPT
MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK
SOLID GEOMETRY MATEMATIK TINGKATAN 1-3
WARDAH AINA BINTI TUMIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE
BERTAJUK SOLID GEOMETRY MATEMATIK TINGKATAN 1-3
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya: WARDAH AINA BINTI TUMIN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik tesis adalah di bawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM.
2. Naskhah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis.
3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka.
4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak.
5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi.
6. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHADDisahkan oleh
____________________________________ _________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : 14-1 TMN SRI TEMENGGONG, PM. DR. MOHINI BINTI MOHAMED
JLN TEMENGGONG AHMAD,
84000 MUAR, JOHOR.
Tarikh : Tarikh :
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
(NAMA PENYELIA)
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik).”
Tandatangan:…………………………………………
Nama Penyelia: PM. DR. MOHINI BINTI MOHAMED
Tarikh:………………………………………………..
MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK
SOLID GEOMETRY MATEMATIK TINGKATAN 1-3
WARDAH AINA BINTI TUMIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Matematik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2009
ii
PENGAKUAN PELAJAR
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan:……………………………………..
Nama Pelajar: WARDAH AINA BINTI TUMIN
Tarikh:…………………………………………….
iii
DEDIKASI
Buat Abah dan Mama,
Hj. Tumin bin Hj. Sabar dan Hjh. Hasnah binti Hj. Mohd Angsor,
juga kepada Kak Long dan Adik yang dikasihi,
Wardah Ajmal dan Mohamad Taqiyuddin,
segala dorongan, sokongan, pengorbanan, dan tunjuk ajar darimu,
tidak ternilai harganya dan tiada tolok bandingnya.
Doa yang tidak pernah putus menjadi bekalan
sepanjang meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia ini.
Buat Abah dan Mak,
Hj. Omar bin Hj. Basid dan Hjh. Salmah binti Hj. Saadon,
terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar ini.
Teristimewa buat suami tercinta,
Mohd Shaiful bin Omar,
kehadiranmu melengkapkan hidupku.
Mudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat.
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera,
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta
hidayahNya, saya telah diberi kekuatan untuk menyempurnakan Projek Sarjana
Muda (PSM) ini. Setinggi-tinggi penghargaan buat penyelia, PM. Dr. Mohini binti
Mohamed di atas jasa dan tunjuk ajar beliau. Segala idea yang telah dicurahkan bagi
membangunkan web portal Solid Geometry Tingkatan 1-3 ini didahului dengan
jutaan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik beliau.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa, ibu bapa mertua, serta seluruh ahli
keluarga yang tercinta, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan atas
sokongan, harapan, serta iringan doa yang tidak pernah putus. Buat suami tercinta,
kasih sayang yang dicurahkan amat bererti buat saya. Terima kasih kerana sangat
memahami isterimu ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang banyak
membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya di sepanjang pembikinan projek ini.
Seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menyiapkan penulisan tesis serta pembangunan web portal Solid Geometry
Tingkatan 1-3 ini. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, dorongan, nasihat, juga
kritikan-kritikan yang membina.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
v
ABSTRAK
Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Web portal bertajuk Solid
Geometry Tingkatan 1-3 ini telah menggunakan satu sistem pengurusan kursus yang
dinamakan MOODLE (Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment)
kerana rekabentuknya yang menyokong prinsip teori konstruktivisme sosial di mana
guru dan pelajar saling berinteraksi menerusi sumber dan aktiviti yang telah
disediakan. Model ADDIE digunakan dalam merancang dan membangunkan projek
web portal ini. Nota yang disediakan dalam format Microsoft Office PowerPoint 97-
2003 Slide Show dibangunkan berdasarkan objektif pembelajaran dan sukatan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pelbagai bahan yang dimuatkan
di dalam web portal ini mempunyai paparan yang menarik, terkini, juga interaktif,
dan disertakan dengan soalan yang menggalakkan pelajar berfikir. Antara aktiviti
yang dibangunkan dalam web portal ini ialah tugasan, kuiz, forum, chat, dan soal
selidik. Soalan kuiz dibina berdasarkan kesalahan dan miskonsepsi yang sering
pelajar lakukan dan setiap jawapan akan diberikan maklum balas. Sistem pangkalan
data membenarkan guru dan pelajar mengikuti prestasi pelajar berdasarkan markah,
tempoh masa penggunaan, dan kekerapan penggunaan aktiviti yang disediakan.
Selain itu, di dalam ruangan forum dan chat, guru dan pelajar dapat saling
berinteraksi antara satu sama lain. Web portal ini boleh dimanfaatkan oleh pelajar
khususnya untuk tujuan pembelajaran kendiri menerusi keupayaannya memberi
maklum balas yang spontan serta memperolehi bimbingan daripada guru mahupun
rakan-rakan di mana gaya pembelajaran ini sukar dicapai dalam sistem pendidikan
tradisional.
vi
ABSTRACT
Web based learning is viewed as an alternative in the process of effective
teaching and learning. This web portal entitled Solid Geometry Form 1-3 used the
management system of MOODLE (Modular Object-Oriented Dynamic Learning
Environment) because of the appropriate design that supports the social
constructivism theory where teachers and students can interact through the source
and activity that are provided. ADDIE model is used in planning and constructing
the web portal project. The lesson in Microsoft Office PowerPoint 97-2003 Slide
Show format are developed based on learning objective and within the scope of
Integrated Curriculum for Secondary Schools. The varieties of resources provide
interesting, up to date, and also interactive views. Questions are also provided in
order to guide students to think. Activities developed in this web portal are
assignment, quiz, forum, chat, and survey. Quiz questions are developed based on
students’ common mistakes and misconceptions and all answers are given
feedbacks. Besides that, the database system enable teachers and students monitor
their marks, timing, and mode of usage of the activities provided. Meanwhile, forum
and chat help teachers and students to communicate with each other. This web portal
can benefit students in utilizing independent learning through simultaneous feedback
and also guidance from teachers and friends, which is difficult to achieve in the
traditional education system.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Rasional Pemilihan Tajuk 6
1.4 Objektif Projek 7
1.5 Kepentingan Projek 7
1.5.1 Pelajar 7
1.5.2 Guru 8
1.5.3 Sekolah 9
1.5.4 Ibu Bapa dan Masyarakat 10
1.6 Skop dan Batasan Projek 10
1.6.1 Skop Projek 10
1.6.1.1 Skop Modul Projek 10
viii
1.6.1.2 Skop Subtopik Projek 11
1.6.2 Batasan Projek 12
1.7 Kerangka Teori Projek 13
1.8 Definisi Istilah 15
1.8.1 Web Portal 15
1.8.2 MOODLE 15
1.8.3 Pelajar 15
1.8.4 Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi 15
1.9 Penutup 16
2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 17
2.1 E-pembelajaran 18
2.1.1 Definisi E-pembelajaran 18
2.1.1.1 Sorotan Tempatan 18
2.1.1.2 Sorotan Luar Negara 18
2.1.2 Kelebihan E-Pembelajaran 19
2.2 Perisian Sumber Terbuka 22
2.2.1 Sejarah dan Definisi Perisian Sumber
Terbuka
23
2.2.2 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 26
2.2.3 Perisian Sumber Terbuka di Malaysia 27
2.3 MOODLE 28
2.3.1 Definisi MOODLE 28
2.3.2 Elemen Pembelajaran MOODLE 29
2.3.2.1 Rangka Keseluruhan MOODLE 29
2.3.2.2 Pengurusan Laman Web 29
2.3.2.3 Pengurusan Pengguna 30
2.3.2.4 Pengurusan Kursus 30
2.3.2.5 Modul Sumber (Resource) 31
2.3.2.6 Modul Tugasan (Assignment) 31
2.3.2.7 Modul Kuiz (Quiz) 31
2.3.2.8 Modul Forum (Forum) 32
ix
2.3.2.9 Modul Chat 32
2.3.2.10 Modul Soal Selidik (Survey) 32
2.3.3 MOODLE Dari Pelbagai Perspektif 33
2.3.3.1 MOODLE dari Perspektif Pelajar 33
2.3.3.2 MOODLE dari Perspektif Guru 33
2.4 Teori Pembelajaran: Konstruktivisme 33
2.4.1 Definisi Konstruktivisme 34
2.4.2 Sejarah Perkembangan Pendekatan
Pembelajaran Konstruktivisme
35
2.4.3 Kelebihan Mempraktikkan Pembelajaran
Secara Konstruktivisme
36
2.4.4 Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Secara Konstruktivisme
37
2.5 Kesalahan dan Miskonsepsi Lazim dalam
Matematik
38
2.5.1 Kesalahan dan Miskonsepsi Lazim dalam
Tajuk Solid Geometri Tingkatan 1-3
40
2.6 Penutup 41
3 METODOLOGI: PROSEDUR
PEMBANGUNAN
3.0 Pengenalan 42
3.1 Model Rekabentuk: Model ADDIE 42
3.1.1 Analisis (Analysis) 43
3.1.1.1 Kumpulan Sasaran 43
3.1.1.2 Topik 45
3.1.1.3 Strategi 45
3.1.2 Rekabentuk (Design) 46
3.1.2.1 Rupa Bentuk dan Struktur 46
3.1.2.2 Pendekatan Pengajaran dan Teori
Pembelajaran
46
3.1.2.3 Media dan Teknologi yang
Digunakan
47
x
3.1.3 Pembangunan (Development) 48
3.1.4 Pelaksanaan (Implementation) 48
3.1.5 Penilaian (Evaluation) 49
3.2 Penutup 50
4 HASIL PEMBANGUNAN WEB PORTAL
4.0 Pengenalan 51
4.1 Hasil Pembangunan Web Portal Solid Geometry
Tingkatan 1-3
52
4.1.1 Bahagian Log Masuk (Login) 54
4.1.2 Bahagian Halaman Utama (Home) 55
4.1.3 Bahagian Teachers’ and Students’ Notes 56
4.1.4 Bahagian Test Yourself! (Quizzes) 59
4.1.5 Bahagian Try This! (PMR Clone Questions) 63
4.1.6 Bahagian Extras 66
4.1.7 Bahagian Happy Hours 70
4.1.8 Bahagian Activities by Hot Potatoes 71
4.1.9 Bahagian Feedback 72
4.1.10 Bahagian Data Pelajar 74
4.2 Penilaian 75
4.3 Penutup 77
5 RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 78
5.1 Kelebihan Web Portal Solid Geometry Tingkatan
1-3
78
5.1.1 Halaman Utama yang Menarik dan
Berwarna-Warni
78
5.1.2 Mewujudkan Komuniti 79
5.1.3 Mesra Pengguna 79
5.1.4 Berpusatkan Pengguna 79
5.1.5 Fleksibel 79
5.1.6 Boleh Diperluaskan 80
xi
5.1.7 Menjimatkan Masa 80
5.2 Masalah yang Dihadapi 80
5.2.1 Kekurangan Kepakaran dan Pengalaman 80
5.2.2 Kekangan Masa 81
5.2.3 Skop Subtopik yang Terhad 81
5.2.4 Capaian Internet 81
5.2.5 Ketidakupayaan Komputer Pembangun 82
5.3 Cadangan Penyelesaian 82
5.3.1 Mempelajari Perisian Penting 82
5.3.2 Perancangan 82
5.3.3 Kerja Berkumpulan 83
5.3.4 CD-ROM 83
5.3.5 Pengetahuan tentang Komputer 83
5.5 Kesimpulan 83
RUJUKAN 85
LAMPIRAN A-H 89
xii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka Teori Projek 13
2.1 Rangka Keseluruhan MOODLE 29
3.1 Aliran Fasa Berdasarkan Model ADDIE 43
4.1 Carta Alir Web Portal Solid Geometry Tingkatan 1-3 53
4.2 Bahagian Log Masuk (Login) dan Bahagian Akaun
Baru (New Account)
54
4.3 Bahagian Bahagian Borang Akaun Baru (New
Account)
55
4.4 Bahagian Halaman Utama (Home) 56
4.5 Bahagian Teachers’ and Students’ Notes 57
4.6 Contoh Arahan untuk Memuat Turun Fail Nota 57
4.7 Paparan Nota dalam Format Microsoft Office
PowerPoint 97-2003 Slide Show
58
4.8 Paparan Nota dalam Format Microsoft Office
PowerPoint 97-2003 Slide Show
58
4.9 Paparan Nota dalam Format Microsoft Office
PowerPoint 97-2003 Slide Show
59
4.10 Bahagian Test Yourself! (Quizzes) 60
4.11 Bahagian Test Yourself! (Quizzes) 60
4.12 Bahagian Test Yourself! (Quizzes) 61
4.13 Maklum Balas bagi Jawapan yang Betul 61
4.14 Maklum Balas bagi Jawapan yang Salah 62
4.15 Bahagian Tugasan (Assignment) 62
4.16 Contoh Arahan untuk Memuat Turun Fail Tugasan 63
4.17 Paparan Tugasan dalam Format Microsoft Office
Word 97-2003 Document
63
xiii
4.18 Bahagian Try This! (PMR Clone Questions) 64
4.19 Bahagian Try This! (PMR Clone Questions) 64
4.20 Bahagian Try This! (PMR Clone Questions) 65
4.21 Maklum Balas bagi Jawapan yang Betul 65
4.22 Maklum Balas bagi Jawapan yang Salah 66
4.23 Bahagian Extras 66
4.24 Conversion of Metric Unit 67
4.25 Contoh Arahan untuk Memuat Turun Fail
Conversion of Metric Unit
67
4.26 Word Doctor 68
4.27 Forum: Tell Me Your Problems! 69
4.28 Let’s Chat! 69
4.29 Bahagian Happy Hours 70
4.30 Contoh Permainan yang Diambil dari Novel Games 71
4.31 Bahagian Activities by Hot Potatoes 71
4.32 Crossword 72
4.33 Matching Exercise 72
4.34 Bahagian Feedback 73
4.35 Checklist 73
4.36 Leave Your Comments Here! 74
4.37 Paparan Butang Participants 74
4.38 Paparan Butang Grades 75
4.39 Sebahagian daripada 27 Mahasiswa 3SPT yang Telah
Mendaftar
76
4.40 Contoh Maklum Balas bagi Ruangan Checklist 76
4.41 Contoh Maklum Balas bagi Ruangan Comment 77
xiv
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Quiz 1 and Quiz 2: Cube and Cuboid 89
B Quiz 3 and Quiz 4: Triangular Prism,
Equilateral Triangular Prism, and Square
Pyramid
99
C Quiz 5 and Quiz 6: Cylinder, Cone, and Sphere 110
D Assignment 121
E PMR 2004 Clone Questions 123
F PMR 2005 Clone Questions 125
G PMR 2006 Clone Questions 128
H PMR 2007 Clone Questions 132
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Matlamat pendidikan matematik adalah untuk memperkembangkan
pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah,
serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat
berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1988). Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah harus berubah kepada berpusatkan pelajar di mana
pelajar belajar secara bersendirian atau bekerjasama dalam perbincangan atau
membuat refleksi dan guru bertindak sebagai fasilitator yang hanya berperanan
mempermudah proses tersebut.
Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di Malaysia adalah
satu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha murni ini bertujuan supaya individu terbabit dapat
menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab.
Bagi memastikan penerapan unsur-unsur seperti di atas terlaksana, pemilihan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai sama ada di dalam ataupun di luar bilik
darjah adalah sangat penting.
Matematik ialah satu bidang pengetahuan yang sentiasa berubah dari segi
kandungan, kegunaan, dan cara mempelajarinya. Kecenderungan pelajar untuk
2
beranggapan bahawa matematik adalah satu matapelajaran yang sukar menyebabkan
mereka mengambil jalan mudah untuk mengabaikannya sejak awal lagi. Menurut
Mohamad Khatim Hasan (2001), terdapat pelbagai masalah yang dikenalpasti dalam
pendidikan matematik di Malaysia. Antaranya ialah, pendekatan latih tubi tanpa
pendedahan konsep yang mencukupi, kaedah pembelajaran yang membosankan, dan
kekurangan kemudahan pembelajaran yang terkini.
Mempelajari konsep dan kemahiran dalam bidang matematik merupakan
satu proses yang aktif. Pembelajaran matematik bukan semata-mata pengiraan,
penghafalan formula atau teori, bahkan ia melibatkan penyelidikan, pengujian, dan
penyelesaian masalah. Pelajar membina konsep dan kemahiran matematik melalui
pengetahuan dan pengalaman semasa pembelajaran matematik. Aktiviti
berkumpulan, komunikasi dalam matematik, permainan matematik, dan sebagainya
kurang diberi perhatian kerana ramai guru menyatakan yang mereka kekurangan
masa untuk menghabiskan sukatan kurikulum matematik. Justeru itu, kebanyakan
pelajar mendapati matematik merupakan matapelajaran yang mekanikal,
membosankan, tidak mencabar, dan tiada kaitan dalam penggunaan harian.
Abad ke-21 menyaksikan kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan
telekomunikasi (ICT) dalam semua bidang, tidak ketinggalan bidang pendidikan.
Maka, wujudlah pelbagai istilah seperti Computer Assisted Instruction (CAI) untuk
menggambarkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kemudiannya istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent
Tutoring System pula diperkenalkan. Semua istilah tersebut tidak lain tidak bukan
untuk menegaskan tentang keperluan pengajaran dan pembelajaran berasaskan
komputer dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Maka, tidak hairanlah konsep e-pembelajaran semakin mendapat tempat
dalam bidang pendidikan. Berkonsepkan teknologi elektronik digital dan rangkaian
komputer, e-pembelajaran merupakan satu strategi pembelajaran yang inovatif yang
melibatkan pendekatan pembelajaran seperti pembelajaran kolaboratif, pembelajaran
berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan sumber, dan pembelajaran tindakan
(Faisal Mohammad et. al., 2002).
3
Hari ini, kita dapat lihat bahawa pengajaran dan pembelajaran di sekolah
mula berganjak daripada menggunakan kaedah tradisional kepada kaedah yang lebih
moden. Pembelajaran lebih berbentuk terbuka dan pelajar boleh memperoleh
maklumat dan pengalaman dari pelbagai sumber. Selain guru, buku teks, dan surat
khabar, pada hari ini, internet menjadi salah satu sumber maklumat yang tidak
kurang pentingnya. Penggunaan internet di sekolah oleh guru dan pelajar bukan lagi
perkara baru untuk diperkatakan.
Internet merupakan salah satu aplikasi komputer yang mampu meningkatkan
mutu pembelajaran matematik pada masa kini. Internet atau International Network
of Networks ialah sebuah rangkaian komputer di peringkat antarabangsa. Ia
mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih
daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih 160
buah negara (Zoraini Wati Abas, 1995). Laman web merupakan satu medium yang
penting dalam memperoleh pelbagai variasi idea dan maklumat. Melalui laman web,
pengguna boleh mengakses pelbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya.
Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer,
gambar, video, dan sebagainya. Internet telah menjadikan seluruh dunia ini sebagai
satu perkampungan maya yang menjimatkan masa, tenaga, dan kos dalam proses
pencarian maklumat (Mohamad Khatim Hassan, 2001).
1.1 Latar Belakang Masalah
Matematik sering didefinisikan sebagai satu matapelajaran yang sukar untuk
dikuasai oleh kebanyakan pelajar sekolah. Lebih memburukkan lagi keadaan, pelajar
semakin tidak tertarik kepada matematik apabila mereka sering mendapat keputusan
yang tidak memuaskan dalam peperiksaan. Pembelajaran yang hanya
berorientasikan peperiksaan semata-mata mengakibatkan pelajar kurang berminat
dan seterusnya membantutkan perkembangan kognitif pelajar dalam matematik.
Pembelajaran secara menghafal dan latih tubi perlu diubah kepada bentuk
pembelajaran yang merangsang pemikiran, berunsur kreatif, memenuhi keperluan
4
pelajar, serta mengambil perbezaan kebolehan dan gaya pembelajaran setiap
individu pelajar berdasarkan kesamarataan pembelajaran (Mohamad Khatim Hasan,
2001). Pengajaran dan pembelajaran secara tradisional yang banyak diamalkan oleh
kebanyakan guru matematik di Malaysia tidak mampu melahirkan pelajar yang
berkemahiran serta bijak berfikir secara kreatif dan kritis. Razali Ismail (2002)
berpendapat bahawa pengajaran secara tradisional memberi penekanan kepada
mengingati konsep-konsep dan istilah-istilah saintifik atau matematik secara terasing
yang mana akhirnya akan dilupai. Oleh itu pelajar perlu didedahkan dengan teknik
yang lebih menarik dan lebih efektif bagi menghadapi dunia teknologi yang kian
pesat membangun.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dunia sedikit
sebanyak mempengaruhi perkembangan pendidikan di Malaysia. Pengintegrasian
penggunaan internet dalam pendidikan merupakan satu cetusan idea yang mampu
meningkatkan elemen e-pembelajaran sejajar dengan perkembangan teknologi ini.
Persediaan yang rapi oleh guru-guru perlu dirancang bagi menghadapi cabaran dunia
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada hari ini. Bidang pendidikan perlu
mengambil peluang atas perkembangan teknologi maklumat bagi menampung
keperluan pendidikan negara pada masa kini. Pelbagai kepentingan boleh diperolehi
dengan aplikasi internet serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam
pendidikan.
Penerapan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan
bukan hanya bertujuan untuk melahirkan lapisan masyarakat yang mahir dalam
bidang teknologi, malah ia juga sesuai dengan pandangan konstruktivisme yang
disusun dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Menurut
Rozinah Jamaludin (2007), teori pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme amat
sesuai dipraktikkan dengan bantuan penggunaan internet dan pelbagai variasi
perisian multimedia. Selain itu, ia juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah
dalam pendidikan tradisional yang sering membelenggu para guru hari ini.
Sebenarnya, ramai guru menyokong penggunaan teknologi dalam kelas demi
mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran secara kaedah tradisional. Namun
5
begitu, terdapat beberapa kekangan terhadap pelaksanaannya. Menurut Robiah
Sidin (2003), guru-guru berpendapat, bahan-bahan bacaan serta bahan yang
diterbitkan seperti video, filem, dan perisian komputer adalah kurang dan tidak
banyak diperolehi. Walaupun makmal dan peralatan sains disediakan, namun
peralatan untuk mengajar dan belajar masih belum mencukupi untuk menampung
keperluan guru dan pelajar. Selain itu, guru juga tidak mempunyai masa untuk
membangunkan bahan-bahan berkualiti, termasuk bahan penilaian yang menarik dan
mencabar minda pelajar. Ini adalah kerana, tugas guru kini adalah luas dan
pelbagai. Maka, guru tidak mempunyai banyak peluang untuk menganalisis serta
merangka langkah-langkah secara lebih terancang untuk menterjemah kehendak
kurikulum.
Menyedari hakikat ini, web portal berasaskan MOODLE yang bakal
dibangunkan berusaha merapatkan jurang antara kehendak kurikulum dan
pelaksanaan kurikulum di sekolah. Web portal ini menjadi salah satu alternatif
untuk guru mendapatkan bahan-bahan tambahan dan sokongan yang menarik dan
berkualiti untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia melibatkan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) selaras dengan kehendak
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan terbaru.
Web portal berasaskan MOODLE yang dibangunkan memfokuskan kepada
aktiviti berpusatkan pelajar. Ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan yang bakal dipaparkan juga
dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, dan animasi. Selain itu, ia menekankan
penguasaan sesuatu konsep matematik bagi tajuk yang dipilih berbanding dengan
menyediakan nota semata-semata untuk pelajar. Web portal ini juga menerapkan
pembelajaran secara konstruktivisme sosial dan pengalaman hands-on sesuai dengan
matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Bercirikan interaktif
dan kendiri, pelajar turut berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai
aktiviti sampingan melalui kewujudan pelbagai modul lain seperti modul sumber
(resource), modul tugasan (assignment), modul kuiz (quiz), modul forum (forum),
modul chat, dan modul soal selidik (survey).
6
1.2 Pernyataan Masalah
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, matematik telah dikenal pasti
mengandungi kekuatan dan kekurangan serta halangan dalam proses pengajaran
yang dijalankan dalam sesuatu bilik darjah. Begitu juga halnya dengan topik Solid
Geometry. Topik ini memerlukan pelajar untuk menguasai pendekatan visual di
mana kemahiran pelajar dalam menganalisis sesuatu bentuk geometri amat
dititikberatkan. Oleh itu, cara penyampaian tajuk Solid Geometry ini juga
seharusnya berbeza daripada topik-topik yang lain di mana stimulasi dan animasi
menjadi elemen utama dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kadangkala, kaedah pengajaran yang digunakan akan menyebabkan proses
pembelajaran menjadi lembab dan pasif serta bertumpu kepada guru semata-mata.
Tanpa kita sedari, hal ini seterusnya akan menyebabkan pelajar kurang bermotivasi
serta tidak dapat berfikir secara abstrak. Memandangkan sekolah merupakan medan
ilmu untuk pelajar menimba ilmu pengetahuan, maka wajarlah bagi guru
menyediakan satu situasi pengajaran dan pembelajaran yang cukup berkesan. Salah
satu perkara yang perlu ditekankan oleh para guru, terutamanya dalam bidang
matematik ialah apakah cara yang paling sesuai untuk menggalakkan penglibatan
pelajar secara aktif dalam pembelajaran masing-masing. Oleh itu, pembangunan
web portal berasaskan MOODLE ini bakal menjadi salah satu jalan penyelesaian
kepada masalah yang dihadapi oleh guru dan pelajar dalam memastikan pengajaran
dan pembelajaran tradisional dapat digantikan dengan kaedah yang lebih moden dan
secara tidak langsung menyahut seruan kerajaan untuk mengintegrasikan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan.
1.3 Rasional Pemilihan Tajuk
Topik yang dipilih untuk dibangunkan sebagai bahan pembelajaran dalam
bentuk web portal berasaskan MOODLE ini ialah Solid Geometry. Umum
mengetahui bahawa setiap topik dalam mata pelajaran Matematik mempunyai
7
masalahnya yang tersendiri, begitu juga dengan topik yang dipilih. Oleh itu, rasional
pemilihan Solid Geometry sebagai tajuk bagi projek pembangunan web portal
berasaskan MOODLE ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya
miskonsepsi di kalangan pelajar sekaligus agar pengajaran oleh guru dapat
dijalankan dengan berkesan. Selain itu, dengan pembangunan web portal Solid
Geometry Tingkatan 1-3 ini diharap dapat mengurangkan beban guru dan
menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.4 Objektif Projek
1.4.1 Membangun web portal berasaskan MOODLE bertajuk Solid Geometry
Matematik Tingkatan 1-3.
1.4.2 Mengisi web portal yang disediakan dengan bahan bantu pengajaran untuk
guru dan bahan sokongan pembelajaran untuk pelajar.
1.5 Kepentingan Projek
1.5.1 Pelajar
Terdapat pelbagai kelebihan yang bakal pelajar perolehi daripada web portal
berasaskan MOODLE ini. Antaranya adalah web portal ini menjadi bahan rujukan
tentang matematik khususnya tajuk yang dipilih dengan lebih meluas dan mendalam
daripada apa yang dipelajari di dalam bilik darjah. Pelajar juga memperoleh
pengalaman hands-on dan pengalaman belajar secara kolaboratif. Web portal ini
juga dapat dicapai pada bila-bila masa sahaja kerana ia berada di atas talian.
Kuiz yang disediakan dalam web portal ini dapat dilakukan berulang kali
sehingga pelajar mahir. Pelajar dapat mengelak daripada perasaan malu kerana
markah yang diperoleh tidak akan diketahui oleh pelajar-pelajar lain. Maklumbalas