jenis jenis moral

2
Moral membawa erti akhlak, budi pekerti, kelakuan, tabiat watak dan perangai. Seseorang insan perlu mempunyai keperibadian yang baik dan boleh dipuji untuk dianggap sebagai seorang insan yang bermoral. Keperibadian mulia adalah satu sifat yang amat penting untuk seseorang manusia serta ketenteraman hidup di sesebuah masyarakat. Hal ini kerana orang yang bermoral sentiasa menjaga segala pertimbangan (penaakulan), emosi dan tingkah laku sebelum bertindak sesuatu perkara. Ini menunjukkan terdapatnya hubungkait diantara penaakulan, emosi dan tingkah laku moral dalam pembentukan moral seseorang individu. Penaakulan moral Penaakulan moral, iaitu pertimbangan atau fikiran secara rasional dan berautonomi (bebas). Melalui aspek penaakulan moral ini, individu dapat memahami sesuatu isu moral. Penaakulan juga dapat mengenal pasti alternatif yang ada dan kesannya. Selain itu, ia memberi pertimbangan yang adil dan objektif terhadap setiap pilihan alternatif itu sambil memikirkan konsep nilai moral yang lebih rasional. Emosi moral Mempunyai emosi moral seperti suara batin merupakan perasaan yang membawa kepada perlakuan individu secara moral. Emosi moral ini penting untuk mengawal perlakuan dan menghalang individu daripada membuat sesuatu yang bersifat antisosial. Contohnya, perasaan empati menyebabkan seseorang individu membantu orang yang miskin tanpa mengira kepentingan diri. Hal ini menjunjukkan sifat keperimanusiaan wujud dalam diri seseorang apabila dia mempunyai pertimbangan emosi yang baik dalam melakukan sesuatu perkara. Emosi moral membentuk individu menjadi seseorang yang prihatin dan memahami kesusahan, perasaan dan pemikiran orang lain. Mereka juga akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan supaya adil dan rasional kepada semua orang. Tingkah laku moral

Upload: noridah-ali

Post on 28-Oct-2015

886 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Terdapat 4 jenis moral yang dibincangkan

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis Jenis Moral

Moral membawa erti akhlak, budi pekerti, kelakuan, tabiat watak dan perangai.

Seseorang insan perlu mempunyai keperibadian yang baik dan boleh dipuji untuk

dianggap sebagai seorang insan yang bermoral. Keperibadian mulia adalah satu

sifat yang amat penting untuk seseorang manusia serta ketenteraman hidup di

sesebuah masyarakat. Hal ini kerana orang yang bermoral sentiasa menjaga segala

pertimbangan (penaakulan), emosi dan tingkah laku sebelum bertindak sesuatu

perkara. Ini menunjukkan terdapatnya hubungkait diantara penaakulan, emosi dan

tingkah laku moral dalam pembentukan moral seseorang individu.

Penaakulan moral

Penaakulan moral, iaitu pertimbangan atau fikiran secara rasional dan berautonomi

(bebas). Melalui aspek penaakulan moral ini, individu dapat memahami sesuatu isu

moral. Penaakulan juga dapat mengenal pasti alternatif yang ada dan kesannya.

Selain itu, ia memberi pertimbangan yang adil dan objektif terhadap setiap pilihan

alternatif itu sambil memikirkan konsep nilai moral yang lebih rasional.

Emosi moral

Mempunyai emosi moral seperti suara batin merupakan perasaan yang membawa

kepada perlakuan individu secara moral. Emosi moral ini penting untuk mengawal

perlakuan dan menghalang individu daripada membuat sesuatu yang bersifat

antisosial. Contohnya, perasaan empati menyebabkan seseorang individu

membantu orang yang miskin tanpa mengira kepentingan diri. Hal ini menjunjukkan

sifat keperimanusiaan wujud dalam diri seseorang apabila dia mempunyai

pertimbangan emosi yang baik dalam melakukan sesuatu perkara. Emosi moral

membentuk individu menjadi seseorang yang prihatin dan memahami kesusahan,

perasaan dan pemikiran orang lain. Mereka juga akan lebih berhati-hati dalam

membuat keputusan supaya adil dan rasional kepada semua orang.

Page 2: Jenis Jenis Moral

Tingkah laku moral

Tingkah laku moral merujuk kepada segala perlakuan yang dilakukan oleh individu

berdasarkan nilai-nilai dan norma masyarakat. Individu yang mempunyai tingkah

laku moral ialah individu yang bertindak dengan penuh tanggungjwab mengikut

kemampuan diri sendiri terhadap sesuatu keputusan berlandaskan penaakulan dan

emosi moral. Ciri-ciri individu yang bertingkah laku moral adalah bertanggungjawab,

berdedikasi, berprihatinan, bekerjasama dan bertimbang rasa.

Sehubungan dengan itu, apabila seseorang individu itu mempunyai ketiga-tiga moral

diatas, maka akan melahirkan individu yang berakhlak mulia dan bermoral. Hal ini

kerana setiap keputusan yang dibuat berlandaskan penaakulan yang rasional, emosi

yang terkawal dan tingkah laku moral yang bertanggungjawab.