jenis dan bentuk kesenian melayu

52
BAHASA MELAYU JENIS DAN BENTUK KESENIAN MELAYU

Upload: rzain-zul

Post on 29-Jun-2015

1.786 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

BAHASA MELAYUJENIS DAN BENTUK KESENIAN

MELAYU

Page 2: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

JENIS DAN BENTUK KESENIAN MELAYU

• Pada zaman moden banyak cabang seni yang telah muncul namun tidak semua cabang seni tersebut dapat diamalkan pada zaman Melayu tradisional

• Kesenian Melayu tradisional difokuskan kepada 4 kategori:

- seni suara - seni tari - seni muzik - seni kraf tangan

Page 3: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

• Masuri S.N. pula membahagikan kesenian Melayu kepada lima bahagian iaitu seni suara, seni bahasa, seni rupa, seni lakon dan seni tari

• Ada pendapat mengatakan seni terbahagi kepada 3 iaitu seni rupa , seni suara dan seni gerak

• Pendapat lain pula mengatakan seni terbahagi kepada 2 sahaja iaitu seni plastik dan seni yang bukan berbentuk material

Page 4: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

SENI TARI

• Merupakan satu perlakuan yang bersifat teknikal dan adakalanya agak kompleks.

• Tarian memperlihatkan gerak-geri, lenggang-lenggok dan pergerakan jari yang lemah gemalai

• Ada tarian yang berunsur intelek dan mesej yang perlu ditafsirkan

• Tarian selalunya disampaikan dan diiringi alat bunyi-bunyian atau muzik dan nyanyian yang terdiri daripada kata-kata yang puitis.

• Dalam kalangan masyarakat tertentu ,seni tari berhubung rapat dengan ritual,iaitu tatacara dalam upacara keagamaan

Page 5: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

1. Makyung• makyung popular di negeri sebelah pantai timur

terutamanya Kelantan• dimainkan setelah selesai musim menuai dalam

kalangan masyarakat nelayan untuk upacara memuja pantai

• merupakan gabungan antara unsur drama, komedi, tarian,dan muzik.

• dimainkan di kawasan tanah lapang,sementara penonton duduk dihadapan atau berkeliling-makyung mempersembahkan bermacam-macam cerita yang berunsur nasihat,pengajaran dan komedi

Page 6: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

• watak utama dilakonkan oleh gadis cantik yang beraksi sebagai tuan puteri raja atau permaisuri

• pelakon lelaki pula berperanan sebagai raja atau pemerintah,panglima,pengawal, atau orang suruhan

• makyung biasanya memakai pakaian tuan puteri atau permaisuri beserta makhkota di kepala,manakala pakyung memakai pakaian seperti raja dengan tanjak diatas kepala.

Page 7: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu
Page 8: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

2. Tarian kuda kepang

• tarian ini dipersembahkan dalam upacara sambutan dan majlis-majlis keramaian.

• dikatakan ada hubungan dengan kuasa ghaib.• Tarian ini masih diamalkan di negeri Johor dan Selangor.• kuda kepang ialah kuda-kudaan yang diperbuat daripada

anyaman buluh.• kuda ini tidak berkaki,Cuma ada bahagian kepala,badan dan

ekor sahaja.• kuda ini dihiaskan dengan bulu pada ekor dan diikatkan tali

pada lehernya.

Page 9: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

• tali ini digantung di leher penari semasa menarikan tarian ini.

• pada bahagian sebelah menyebelah kepala kuda itu dilukiskan matanya.

• selain kuda-kudaan ,disediakan juga pemecut atau tali tas yang digunakan ketua penari

• setiap kali pemecut dibunyikan ,penari-penari akan menukar langkah

• alat muzik yang digunakan dalam tarian kuda kepang ialah jidur,angklung,gendang,gong,dan kenong.

• perkataan ‘kepang’ membawa maksud anyaman.

Page 10: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu
Page 11: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

3. Tarian Mak Inang• terkenal dalam masyarakat Melayu sejak zaman Kerajaan Melaka

dan masih ditarikan hingga hari ini.• sesuai dengan adat resam Melayu yang menyanjung tinggi

kehalusan budi dan tatatertib dalam tingkah laku dan tutur kata.• dalam tarian ini,penari menggerakkan tangan dan kaki secara

bersama dengan lemah lembut.• biasanya dipersembahkan di istana raja dan majlis perkahwinan.• perkataan ‘inang’ merujuk kepada perempuan yang menjadi

pengasuh kepada anak raja dan bangsawan.• tarian Mak Inang,diambil dari aktiviti merisik untuk mencari

jodoh.• bunyi-bunyian yang digunakan dalam persembahan tarian Mak

Inang ialah biola,rebana,dan gong.

Page 12: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu
Page 13: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

4. Tarian zapin

• berasal dari Arab-Parsi.• asalnya tarian ini hanya menggunakan penari-penari lelaki

sahaja.• tarian ini ditarikan berbeza mengikut negeri atau tempat seprti

di Perak,Selangor dan Johor.• Antara ragam tarian ini,dinamakan sebagai baris dasar,pusing

tiga balik,bunga silang dan wainad.• alat muzik yang digunakan dalam tarian ini ialah

gambus,rebana dan marwas.seruling juga boleh digunakan bagi mengiringi alat muzik yang lain.

• mereka biasanya akan memakai seluar panjang kerana tarian ini memerlukan gerakan yang cepat.

Page 14: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu
Page 15: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

5. Tarian ronggeng• tarian ini berasal dari Portugis dan diperkenalkan

apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis.• terdapat persamaan antara rentak tarian ronggeng

dengan rentak tarian yang yang berasal dari Portugis.• ditarikan secara berpasangan,lelaki dan perempuan.• pada peringkat akhir tarian ,iramanya semakin rancak

dan pada masa ini penari akan menari dengan rancak dan cepat menggambarkan suasana gembira.

Page 16: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

• pada masa dahulu,ronggeng dimainkan oleh sebuah orkestra kecil yang terdiri daripada pemain biola rebana dan gong untuk memberikan sukatan rentak.

• pada hari ini,alat muzik moden digunakan seperti gitar dan piano,akordion serta trompet.

• rentak lagu ronggeng yang terkenal ialah Jingkling Nona,dan Joget Pinang Muda.

Page 17: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu
Page 18: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

6. Boria

• popular di negeri Pulau Pinang.• perkataan boria berasal daripada perkataan ‘bori’ iaitu satu

kaum yang berasal dari Gujerat ,India.• dalam satu persembahan boria terdapat dua bahagian,iaitu

lakonan yang berbentuk lawak jenaka dan nyanyian.• lakonan dan nyanyian pula akan digabungkan dalam sesuatu

tema yang akan dipersembahkan.• lakonan yang dibuat secara spontan ,tidak memerlukan skrip.• dialog yang disampaikan mengandungi unsur kelucuan.• peserta dalam boria terdiri daripada tukang karang dan kelasi.• tukang karang akan memulakan nyanyian diikuti dengan

kelasi.

Page 19: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu
Page 20: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

Seni kraf tangan

• memerlukan daya kreativiti dan kemahiran menggunakan tangan oleh pembuatnya.

• ada yang menggunakan istilah seni hias atau seni rupa.

• dikaitkan dengan industri desa iatu hasil kraf tangan yang diusahakan penduduk tempatan secara kecil-kecilan.

Page 21: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

1. Seni tembikar

• tembikar sayung atupun dikenali dengan panggilan labu tanah.

• fungsi usus iaitu sebagai bekas untuk menyimpan air minum dan selalu juga digunakan dalam upacara-upacara tertentu yang melibatkan air,

• perusahaan ini terdapat di negeri Perak iaitu di Kuala Kangsar,Sayong,Parit dan Pulau Tiga.

• tanah liat digunakan untuk membuat labu atau buyung ini.• tanah liat busut yang diambil itu dijemur hingga kering.• kemudian ditumbuk halus menggunakan lesung kaki.

Page 22: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

• tanah itu diayak untuk mengasingkan sampah dengan pasir kasar.

• tanah debu ini dicampur dengan air dan diuli seperti adunan tepung.

• setelah diuli barulah tanah liat ini dibentukuntuk menjadi seperti labu atau buyung.

• labu kemudian dibakar,dan setelah dikeluarkan ia dimasukkan ke dalam sekam padi yang bertujuan untuk menghitam labu-labu itu.

Page 23: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu
Page 24: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

2. Tenunan kain songket• negeri Terengganu ,Kelantan dan Pahang amalkan

tradisi tenun kain songket.• di negeri kelantan tenunan kain songket ini

diamalkan sejak Zaman Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang.

• kemahiran menenun diajar pada anak-anak gadis.• perkataan songket berasal dari perkataan ‘songkit’

yang bermaksud satu teknik menyungkit dengan menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang lesung di permukaan alat tenun yang dinamakan kek.

Page 25: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

• proses ini dilakukan apabila benang karat butang yang disediakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.

• mengambil masa yang lama.• proses bermula daripada mencelupkan warna pada

benang sutera atau kapas hinggalah kepada proses menenun.

• motif atau corak diilham kan dari alam semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan.

Page 26: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu
Page 27: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

3.Anyaman kelarai

• memerlukan kemahiran dan daya kreativiti yang unik.• pada zaman dahulu ,kemahiran menganyam merupakan

satu kebolehan yang perlu dimiliki oleh anak-anak gadis.• kemahiran ini bukan dimonopoli kaum wanita sahaja

kerana orang lelaki juga mahir menghasilkan kelerai.• anyaman kelerai digunakan bagi menghasilkan alat-alat

seperti bakul,tikar,dinding,atau skrin,beg,tudung saji dan sebaginya,

• antara jenis kelerai ialah kelerai jari lidi,kelerai mata ketitir,kelerai bunga berembang,kelerai mata lalat,kelerai papan pecah,dan kelerai tompok jantung.

Page 28: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu
Page 29: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

SENI SUARA

• Merujuk kepada bidang nyanyian • Sesuatu lagu yang dinyanyikan biasanya diiringi

oleh alat muzik• Nyanyian berfungsi untuk mendodoikan bayi

dan untuk menghiburkan hati pada zaman Melayu tradisional

• Kini amalan tersebut tidak lagi diamalkan dan nyanyian ini digantikan dengan lagu kanak-kanak yang lebih moden

Page 30: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

1. Dondang Sayang

• Bermaksud naynyian kasih yang terbit daripada perkataan dendang yang bermaksud nyanyian dan sayang bermaksud kasih

• Pendapat ada mengatakan dondang sayang berasal dari Tanjung Penyengat,Riau dan kemudian berkembang di Melaka

• Pendapat lain pula menyebut ia memang berasal dari Melaka• Mula terkenal setelah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka • Penyanyi perempuan memakai baju kebaya panjang dan

berkain batik manakala penyanyi lelaki pula memakai baju Melayu serta bersamping dan bersongkok

Page 31: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

• Persembahannya diiringi alat muzik seperti biola, rebana, gong, gendang dan akordion

• Seni kata atau pantun yang dilagukan tidak disediakan terlabih dahulu kerana dihasilkan secara spontan

• Nyanyian dinyanyikan secara berpasangan• Pantun yang disampaikan oleh penyanyi

pertama akan dibalas oleh penyanyi kedua• Soalan dan jawapan mestilah berkaitan • pantun yang digunakan ialah pantun 4 kerat

Page 32: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu
Page 33: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

2. DIKIR BARAT

• Terkenal di Kelantan• Kombinasi antara dikir dengan pantuan atau dikir

dengan karut• Perkataan karut itu berasal dari istilah mengarut

dalam pantun yang disampaikan• Juga disebut dikir pantun, dikir karut atau dikir syair• Pendapat ada mengatakan dikir barat berasal dari

selatan Thailand berdasarkan perkataan barat yang merujuk kepada Thailand

Page 34: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

• Persembahannya diiringi alat bunyian seperti rebana ibu, rebana anak dan tetawak

• Dipersembahkan secara berpasukan antara 15-30 orang

• Dalam pasukan terdapat seorang tukang karut, seorang juara dan beberapa orang awok

• Tukang karut mestilah pandai mendendangkan pantun dan syair secara spontan

• Peranan juara ialah berdikir dan ketua kepada awok

• Awok hanya akan mengikut dan mengulangi seni kata yang didendangkan juara dan tukang karut

Page 35: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu
Page 36: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

SENI MUZIK

• Alat bunyian digunakan untuk hiburan dan juga untuk tujuan tertentu

• Kebanyakan alat muzik yang digunakan untuk mengiringi persembahan seperti nyanyian dan tarian

Page 37: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

1. CANANG

• Digunakan dalam pertunjukan wayang kulit, main puteri dan dikir barat

• Dibuat daripada tembaga• Sebatang kayu yang dibalut getah digunakan

untuk memukul canang• Diletakkan dia atas tapak yang diperbuat

daripada kayu empat segi dan diikat denagn tali• Terdapat 2 jenis canang iaitu canang anak dan

canang ibu

Page 38: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu
Page 39: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

2. GENDANG

• Digunakan dalam persembahan tradisional seperti wayang kulit, main puteri, kuda kepang dan juga pencak silat

• Kelawangnya diperbuat daripada kayu keras• Mempunyai 2 muka di kiri dan kanan dan tidak

sama besar• Dimainkan dengan memukul kedua-dua

permukaan dengan menggunakan tangan

Page 40: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu
Page 41: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

3. KOMPANG

• Berasal dari asia barat• Diperbuat daripada kayu keras yang telah

dipotong berkeping dan dikorek di bahagian tengah menjadi lubang

• Kulit lembu atau kambing digunakan untuk membuat kompang

• Dimainkan secara berkumpulan terutamanya dalam majlis perkahwinan

Page 42: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu
Page 43: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

4. ANGKLUNG

• Alat ini sangat penting dalam tarian kuda kepang

• Dimainkan sebanyak lima buah di mana 2 berpasangan dan 1 dimainkan tunggal dalam tarian kuda kepang

• Diperbuat daripada buluh• Tabung buluh yang berdiri, bergerak ke

hadapan dan ke belakang sepanjang ruang yang dilubangkan akan menghasilkan bunyi

Page 44: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu
Page 45: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

5. REBAB

• Merupakan alat bunyian yang bertali• Mempunyai 3 bahagian iaitu muka, batang dan

pucuk rebung• Batang rebab diperbuat daripada kayu sena atau

nangka• Bahagian tempurung ditutup dengan kulit lembu• Tali rebab diperbuat daripada benang kasar• Penggesek rebab diperbuat daripada tangsi dan

kayu

Page 46: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu
Page 47: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

6. GEDUK/BEDUK

• Rupanya mirip gendang tetapi lebih besar dan panjang

• Dipukul dengan kayu yang berbalut getah• Badannya dibuat daripada kayu keras dan

penutupnya daripada kulit binatang• Ianya digunakan dalam permainan wayang kulit• Masih digunakan di surau untuk melaungkan

bunyi azan

Page 48: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu
Page 49: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

8. GONG/TAWAK

• Ada 2 jenis iaitu gong anak dan gong ibu• Bunyi gong anak lebih kuat berbanding bunyi gong

ibu• Diperbuat daripada gangsa dan pemukulnya

diperbuat daripada kayu dan hujungnya dibalut kain untuk menghasilkan bunyi gema

• Digunakan dalam tarian kuda kepang dan seni silat• Kadangkala diunakan dalam sesuatu majlis bagi

menandakan perasmian seuatu majlis

Page 50: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu
Page 51: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu

9. JIDUR

• Bentuknya seakan-akan rebana besar• Kelawangnya diperbuat daripada batang kayu

yang ditebuk tengahnya untuk membentuk lubang• Mulutnya ditutup dengan kulit kambing atau

lembu• Dibunyikan dengan memukul dengan

menggunakan pemukul yang diperbuat daripada kayu

• Digunakan dalam tarian kuda kepang

Page 52: Jenis Dan Bentuk Kesenian Melayu