epm 322 kesusasteraan

25
Berdasarkan artikel “ Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendahtulisan Shamsudin Othman dan Abd Rashid Jamian, Universiti Putra Malaysia. 1.Pengenalan Pendidikan Kesusasteraan Melayu selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Menyedari bahawa kesusasteraa ialah cerminan masyarakat dan budaya, maka kesusasteraan sangat penting dipelajari oleh semua murid. Dengan ini, murid dapat memahami manusia dan kemanusiaan melalui apresiasi karya kesusasteraan Melayu. Selain itu, pendidikan Kesusasteraan Melayu berupaya mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan murid dan merealisasikan pengetahuan kesusasteraan dalam bidang kerjaya. Pendidikan Kesusasteraan Melayu juga bertujuan untuk mendidik murid agar dapat menikmati kehalusan dan keindahan karya saster Melayu. Sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah memasukkan beberapa elemen baharu dalam pengisian kurikulum, iaitu ilmu, peraturan sosiobudaya, nilai kemanusiaan, kewarganegaraan dan kemahiran bernilai tambah. 2.Tujuan Kajian Elemen seni bahasa mula dilaksanakan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) secara berperingkat bermula tahun 2011, KSSR memberi tumpuan pada empat kemahirn iatiu membaca,

Upload: haniago

Post on 18-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah

TRANSCRIPT

EKM 322 kesusasteraan melayu

Berdasarkan artikel Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah tulisan Shamsudin Othman dan Abd Rashid Jamian, Universiti Putra Malaysia.1.PengenalanPendidikan Kesusasteraan Melayu selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Menyedari bahawa kesusasteraa ialah cerminan masyarakat dan budaya, maka kesusasteraan sangat penting dipelajari oleh semua murid. Dengan ini, murid dapat memahami manusia dan kemanusiaan melalui apresiasi karya kesusasteraan Melayu.Selain itu, pendidikan Kesusasteraan Melayu berupaya mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan murid dan merealisasikan pengetahuan kesusasteraan dalam bidang kerjaya. Pendidikan Kesusasteraan Melayu juga bertujuan untuk mendidik murid agar dapat menikmati kehalusan dan keindahan karya saster Melayu. Sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah memasukkan beberapa elemen baharu dalam pengisian kurikulum, iaitu ilmu, peraturan sosiobudaya, nilai kemanusiaan, kewarganegaraan dan kemahiran bernilai tambah. 2.Tujuan KajianElemen seni bahasa mula dilaksanakan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) secara berperingkat bermula tahun 2011, KSSR memberi tumpuan pada empat kemahirn iatiu membaca, menulis, mngira dan menaakul dalam usaha memperkasakan pembelajarn mata pelajaran Bahasa Melayu. Bagi menjadikan mata pelajaran ini kian menarik dan berdaya saing, kurikulum Bahasa Melayu yang terdiri daripada suatu elemen baharu telah diperkenalkan dalam kurikulum huraian sekatan pelajaran Bahasa Melayu KSSR iaitu seni bahasa, sementara didik hibur menjadi salah satu pendekatan dalam pengajaran dn pembelajaran. Seni bahasa ini merujuk kepada keupayaan murid untuk memahami, , mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Maka kajian yang dilakukan ini adalah untuk mngenal pasti keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa sepanjang pelaksanaan dan mengukur sejauh mana guru dapat menerapkan elemen dan teks satera dalam meningkatkan keberkesanan kemahiran pembacaan murid. 3.Rasional Kajian Kajian ini adalah untuk mengenal pasti pelaksanaa amalan pembelajaran yang menyeronokkan dalam kalangan guru Bahasa Melayu dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu. Ini adalah usaha untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) merupakan satu usaha dalam mengangkat bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan serta fungsinya sebagai bahasa penyatuan dalam konteks perpaduan negara. Oleh itu, pengajaran bahasa Melayu melalui seni bahasa dengan pendekatan didik hibur dilihat sebagai pemangkin ke arah memaksimumkan penguasaan murid dalam seni sastera. Kajian ini juga adalah untuk memastikan kesediaan guru Bahasa Melayu mengaplikasikan pembelajaran menyeronokkan dalam engajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Ia juga adalah bertujuan untuk memastikan pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu dan mengenal pasti sejauh mana kebolehan guru Bahasa Melayu melaksanakan pembelajaran menyeronokkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu.4.Huraian Kaedah Pengumpulan Data Kajian deskriptif menggunakan borang kaji selidik dan sesi temu bual bagi mendapatkan maklum balas responden telah digunakan dalam proses pengumpulan data dalam kajian ini. Hal ini kerana kajian tersebut tidak memerlukan usaha untuk mengawal sesuatu olahan sebagaimana pandangan Mohd Majid Konting (2009). Seramai 75 orang guru Bahasa Malaysia telah bertindak sebagai responden dengan mengisi borang soal selidik yang disediakan oleh pengkaji. Walau bagaimanapun, seramai 30 orang guru yang dipilih mengikut zon negeri seperti Sabah, Perlis, Terengganu, Johor, Kuala Lumpur, dan Kedah telah bertindak sebagai responden sebagai wahana kepada kebolehpercayaan instrument kaji selidik yang dijalankan. Melalui sesi temu bual pula, dua orang guru Tahap 1 yang mengajar Bahasa Melayu KSSR merupakan responden di mana perbualan pengkaji bersama responden telah dirakamkan yang kemudian dianalisis dalam bentuk transkip. Prosedur pengumpulan dan penganalisisan data dalam kajian ini menggunakan Perisian Statistica Package for Social Science (SPSS) for window versi 16.0, sementara statistic deskriptif digunakan untuk menentukan peratusan, min dan sisihan piawai. Melaluinya penyelidik boleh membuat gambaran set data yang terhimpun di samping mengkaji taburan kekerapan. Selain itu, kaedah tersebut memudahkan penganalisisan bagi memperlihatkan data yang jelas dan terperinci. Seterusnya data yang dikumpul di analisis. Statistik deskriptif yang diguna pakai dalam kaedah pengumpulan data dilihat memang amat bertepatan. Hal ini kerana selain memudahkan pengkaji dalam mendapatkan data yang diperlukan secara tepat dan jelas, rumusan berkaitan data yang dibincangkan mengikut item-item yang ditunjukkan dalam bentuk penjadualan dapat difahami dengan mudah oleh pengguna. MinInterpretasi Tahap

1.0 hingga 2.33Rendah

2.34 hingga 3.67Sedarhana

3.67 hingga 5.00Tinggi

5.Dapatan KajianData yang dikehendaki dapat dikumpulkan dengan mudah malah dapat dianalisis melalui penggunaan statistic deskriptif seterusnya markah ujian yang diperolehi dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan. Daripada dapatan kajian, seni bahasa jelas merupakan satu bentuk kurikulum baharu yang dapat meningkatkan kualiti pengetahuan dan tahap kefahaman murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khasnya. Hal ini dapat dilihat dan dibuktikan melalui jadual di bawahBilPemboleh Ubah KajianMinSisihan Piawai

1.Manfaat pelaksanaan elemen sastera dalam Pengajaran dan pembelajaran seni bahasa3.12.630

2.Kefahaman konsep terhadap huraian sukatan Pelajaran Seni Bahasa3.11.387

3.Tahap pembacaan murid terhadap elemen sastera3.07.266

4.Pengajaran guru berdasarkan KSSR2.98.257

5.Penggunaan teks dan bahan mengajar dalam Pembelajaran seni bahasa2.96.243

6.Masalah pelaksanaan elemen sastera2.69.216

Berdasarkan pemboleh ubah kajian bil. 1, dapatan kajian mendapat skor min sebanyak 3.12 dan ini menunjukkan penggunaan elemen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa memang bermanfaat bukan sahaja kepada guru bahkan kepada murid. Hal ini dapat dibuktikan melalui 5 daripada 7 item pemboleh ubah bil 1 menunjukkan peningkatan murid dalam kemahiran 4M. Dapatan Kajian seterusnya, berdasarkan pemboleh ubah kajian bil. 2 iaitu, kefahaman konsep terhadap huraian sukatan pelajaran seni bahasa mendapati skor min ke-2 tertinggi sebanyak 3.11 dan ini menjelaskan guru-guru yang mengajar bahasa Melayu KSSR memahami HSP seni bahasa kerana telah menghadiri kursus pendedahan berkaitan KSSR. Data ini juga menunjukkan guru bersikap positif terhadap pembelajaran menyeronokkan. Selanjutnya, dapatan kajian berdasarkan pemboleh ubah kajian bil.3, tahap pembacaan murid terhadap elemen sastera. Skor min yang diperolehi dalam item ini ialah sebanyak 3.07 dan ternyata objektif pengajaran berkonsepkan didik hibur melalui elemen sastera bukan sekadar pelengkap dalam proses pengajaran dan pembelajaran seni bahasa malah membantu murid dalam memahami dan mempertingkatkan penguasaan bacaan mekanis dan mentalis. Dapatan kajian berdasarkan pemboleh ubah kajian bil. 4, iaitu pengajaran guru berdasarkan KSSR. Sebanyak 11 item yang dinyatakan dan skor min yang diperolehi ialah 2.98. Ini menunjukkan guru mengajar dengan mengaplikasikan teknik dan pendekatan yang variasi berpaksikan KSSR mengikut kreativiti masing-masing dalam suasana yang berbeza. Walaupun penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran terhad, keyakinan guru dan kefahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran seni bahasa dapat dijelmakan melalui kepelbagaian dan keterbukaan aktiviti yang dilaksanakan secara terancang. Seterusnya, dapatan kajian berdasarkan pemboleh ubah kajian bil. 5, penggunaan teks dan bahan mengajar dalam pembelajaran seni bahasa. Berdasarkan jadual yang dipaparkan, sebanyak 2.97 skor min yang diperolehi. Hal ini menunjukkan bahawa guru menggunakan pelbagai bahan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain menggunakan bahan pengajaran yang dibina menggunakan kreativiti guru, bahan multimedia TMK atau ICT yang bersifat elektronik juga digunapakai dengan tujuan untuk membantu murid dalam penguasaan seni bahasa secara holistik bahkan menjadi satu kepuasan kepada guru dalam menyempurnakan tugas sebagai pembimbing. Dapatan kajian daripada pemboleh ubah kajian bil.6; masalah pelaksanaan elemen sastera. Walaupun mendapat skor min sebanyak 2.69, jumlah yang rendah daripada 5 pemboleh ubah kajian, sebenarnya guru-guru tidak menghadapi banyak masalah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berunsurkan elemen sastera. Hal ini kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran KSSR boleh divariasikan dan dipelbagaikan berpandukan HSP dengan konsep pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan menyeluruh murid dan dalam suasana yang terkawal. Walau bagaimanapun,kunci kejayaan kepada proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran dengan aplikasi serta pendekatan didik hibur bergantung kepada guru sebagai pemudah cara dan pelaksana. Akhir sekali, terbukti guru-guru mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan pembelajaran menyeronokkan dan menunjukkan mereka begitu menitikberatkan keberkesanan pengajaran berkaitan pembelajarn menyeronokkan. Hal ini demikian kerana setiap masalah yang timbul daripada elemen sastera tersebut dapat diatasi dengan kursus peningkatan profesionalisme perlu disertai dengan bengkel-bengkel penghasilan bahan bantu mengajar yang efektif bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan pengajaran guru untuk menarik tumpuan murid.6. Implikasi Dapatan Kajian Amalan pembelajaran menyeronokkan dalam Bahasa Melayu yang lebih ketara adalah kepada aspek perspektif dan aplikasi pengetahuan responden tentang kaedah mahupun teknik yang efektif sehingga mampu meningkatkan prestasi pengajaran mereka. Guru-guru sedar jika mereka dapat mengamalkan pembelajaran menyeronokkan maka murid-murid akan lebih bermotivasi mengikuti pengajaran mereka. Namun begitu, kelemahan yang nyata adalah dari segi penyediaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi dan kemhiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi yang masih pada tahap sederhan. Pusat Kegaiatan Guru memainkan pernan untuk melaksanakan kursus peningkatan professional dalam konsep didik hibur bagi memudahkan guru-guru untuk menghasilkan bahan bantu mengajar. Di samping itu juga, program latihan dalam perkhidmatan untuk menjemput guru-guru pakar berkongsi pengalaman khususnya tentang budaya kerja dan meningkatkan pemahaman tentang pembelajaran menyeronokkan. Unsur-unsur didik hibur didatangkan dalam bentuk modul yang lengkap dan aktiviti- aktiviti yang disusun rapi sebagai panduan kepada guru tentang konsep didik hibur.

7.Penutup Kesimpulannya, pendekatan seni bahasa dan didik hibur yang diperkenalkan di sekolah rendah memang bertepatan. Kesedaran yang tinggi dalam meningkatkan kemahiran pedagogi dengan mengikuti kursus peningkatan profesionalise berkaitan pembelajaran menyeronokkan membantu guru mengaplikasikan pengajaran berpusatkan murid. Interaksi antara murid, guru dengan rakan sekelas membantu percambahan idea yang kreatif dan inovatif. Penggunaan kemudahan komputer untuk bahan pembelajaran yang menyeronokkan seperti Cd Interaktif, video dan sebagainya. Unsur humor atau jenaka akan membantu melaksanakan sekaligus meningkatka prestasi dalam pengajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

Bahagian BKESAN BARAT TERHADAP KESUSASTERAAN MELAYU1.Pengenalan Pengaruh tamadun luar dalam masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh tamadun-tamadun luar seperti Arab, Cina, India serta Barat. Pengaruh-pengaruh ini dapat dilihat dalam sistem politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Pengaruh tamadun luar ini telah memberi impak yang besar dalam kehidupan masyarakat Melayu hingga sekarang. Tamadun Barat pula banyak mempengaruhi masyarakat Melayu dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Hal ini kerana masyarakat Melayu telah mengalami perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah Melayu dijaajah seluruhnya oleh Inggeris. Bagaimanapun pengaruh Islam masih lagi memainkan peranan yang amat penting dalam scenario politik Melayu khasnya dan masih digunakan sehingga kini. Penaklukan Melaka pada tahun 1511 oleh bangsa Portugis telah menjadi titik tolak bermulanya kuasa penjajahan barat di Tanah Melayu, walaupun pada dasarnya matlamat penjajahan adalah untuk memonopoli sumber kekayaan alam yang berasaskan bahan mentah di samping agenda sampingan untuk menyebarluaskan pengaruh agama kristian. Sedikit sebanyak telah memaksa penjajah campur tangan secara sengaja.kerana dengan cara dan tektik tersebutlah membuka ruang dan peluang kepada mereka menjayakan agenda besar yang tersirat. Zaman penjajahan kuasa barat bermula dengan bangsa Portugis diikuti kuasa Inggeris dan British dan kemudianya kuasa Belanda yang mana silih berganti sehingga dalam tempoh yang agak lama menjajah dapat mempengaruhi dengan menerapkan fahaman dan cara pemikiran barat kepada semua aspek yang melibatkan semua hal kecuali berkaitan kebudayaan dan agama Islam. Justeru itu maka lahirlah karya seni sastera sebagai wadah dalam menyampaikan mesej dan pengajaran yang berunsurkan ciri-ciri keislaman dan ditulis dalam sistem ejaan jawi. Novel Faridah Hanom juga menerima pengaruh falsafah Perancis, terutamanya idea Rousseau yang sudah terserap dalam novel Zainab yang terbit lebih dahulu di Mesir. Novel Zainab yang dikatakan mengandungi idea feminisme Perancis sememangnya mempunyai jalur naratif dan idea yang sama dengan novel Faridah Hanom. Novel Faridah Hanom bukan sahaja merintis kemunculan genre novel di Tanah Melayu yang ketika itu di bawah pemerintah Inggeris, malahan mencetuskan satu fenomena dalam perkembangan kesusasteraan Melayu. Sejak itu, satu demi satu vovel ralisme lahir daripada kalangan penulis yang kebanyakannya terdiri daripad guru dan wartawan. Dalam tahun 20-an, selain Faridah Hanom, antara novel yang kuat membahaskan pertentangan antara nilai Barat dengan Timur ialah Iakah Salmah? Yang lebih bersifat tempatan berbanding dengan novel Faridah Hanom kerana watak-watak dan latar serta persoalannya berlegar dalam masyarakat di Tanah Melayu yang baru menerima pengaruh Barat melalui idea yang disalurkan dalam kebanyakan majalah ketika itu.2. Penerapan Falsafah dan Pemikiran Barat Penerapan falsafah dan pemikiran Barat melalui sistem pendidikan sekular juga telah berjaya menyingkirkan kegiatan sastera bercirikan islam dengan benteng bersifat periodikal terhadap kesusasteraan Melayu melalui istilah moden . Hal ini dapat dibuktikan melalui beberapa pandangan Syed Muhammad Naquib AL-Attas dalam syarahan beliau bahawa kehadiran pengaruh Barat menyebabkan kegiatan kesusasteraan Melayu tidak mencerminkan sifat dan ciri kebudayaan Melayu yang sebenar dan menganggap penobatan Abdullah bin Abdul Kadir sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden semata-mata permainan Barat sebagai usaha dalam menyerlahkan kesignifikan kehadiran Barat di alam Melayu. Seperti yang kita sedia maklumi bahawa Abdullah bin Abdul Kadir atau lebih sinonim dengan gelaran Munshi Abdullah diangkat oleh Barat sedemikian rupa kerana Abdullah bin Abdul Kadir merupakan individu yang menerima pendidikan Barat. Oleh itu hasil penulisan beliau lebih kepada gaya dan bercirikan unsur-unsur kebaratan.

3. Pengaruh Genre-genre Sastera Barat Pengenalan genre-genre sastera Barat membawa impak yang besar lebih-lebih lagi dengan mengenepikan bentuk sastera Melayu zaman Islam seperti menghilangkan ciri-ciri keluwesan dan kedinamikan serta turut memadamkan semangat dan tradisi persuratan Islam. Kebanyakan genre sastera Barat yang diperkenalkan melalui karya sastera moden tidak mencerminkan keterikatan manusia dengan agama sebaliknya banyak menonjolkan falsafah dan pemikiran Barat yang diserlahkan melalui Angkatan 45 dan ASAS 50 yang cenderung kepada konsep dan praktik sastera Barat. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan kata , ... Kita telah membiarkan perkembangan sastera Melayu baru itu hanyut tanpa satu falsafah seni atau falsafah penulisan yang jelas, sehingga akhirnya sastera Melayu baru itu hanyut dalam acuan Barat sepenuhnya, dengan sasterawan,sarjana dan pengkritik sastera tenggelam dalam pengaruh faham penulisan serta kritikan yang dikembangkan di Barat Seterusnya, kesan Barat terhadap kesusasteraan Melayu yang tidak dapat dinafikan ialah kecenderungan terhadap konsep sastera berasaskan peniruan atau mimesis yang diakui sendiri oleh sasterawan Negara A.Samad Said sebagai pengamal dalam kegiatan kreatif beliau. Seorang lagi sasterawan Negara iaitu Shahnon Ahmad turut mengakui bahawa peniruan atau mimesis merupakan ciri penting dalam fiksyen yang berlandaskan dunia sebenar daripada pengalaman pengarang itu sendiri dalam menghasilkan karya yang lebih berkesan. Selain konsep mimesis, konsep tragediiaitu pemaparan konflik dan pergolakan hidup manusia yang menjadi kepada penggerak keseluruhan karya dalam kebanyakkan karya sastera Barat turut mempengaruhi karya sastera masa kini dan ditemui dalam novel Musafir dan Desa Pingitan karya penulis tempatan. Selain itu, konsep tragedi lazimnya dicetuskan berdasarkan latar kehidupan individu yang biasanya berhadapan masalah, kejahatan dan kelemahan. Hal ini turut mendapat sokongan daripada penulis dan sasterawan negara malah pendapat serupa juga diyakini oleh sasterawan barat. Walau bagaimanapun, Arena Wati berpendapat baik sasterawan dan penulis berhak dalam menentukan bentuk karya yang dihasilkan sama ada memaparkan kebaikan ataupun sebaliknya. Kebangkitan aliran realisme berpendapat bahawa sastera merupakan sesuatu yang nyata dalam kehidupan yang tidak perlu disembunyikan dan tidak wajar ditokoktambah dengan unsur yang bersifat supernatural . Hal ini kerana manusia dapat mengatasi dan menangani permasalahan dalam kehidupan melalui pancainderanya. Keterbukaan para penulis sastera Melayu terhadap aliran ini dapat dilihat melalui penghasilan novel-novel Melayu yang berjaya kerana dapat menggarap unsur-unsur realisme, naturalisme, dan romantis seperti dalam novel, Rumah Itu Dunia Aku oleh Hamzah, novel Salina dan Sungai Mengalir Lesu oleh A.Samad Said dan juga novel Ranjau Sepanjang Jalan dan Srengenge oleh Shahnon Ahmad. Ternyata kebanyakkan sastera Melayu masa kini banyak dipengaruhi oleh aliran-aliran Barat . Walau bagaimanapun para penulis dan sasterawan perlu bersikap bijak dalam penyampaian nilai moral atau didaktik kepada pembaca. Oleh itu konsep belajar sambil berhibur yang di guna pakai oleh Barat merupakan kaedah terbaik dalam menyampaikan unsur-unsur didaktik dalam penulisan di mana mesej dan pengajaran dapat disampaikan secara tidak langsung kepada pembaca. Para sasterawan negara juga beranggapan karya-karya sastera Melayu perlu seiring dengan kemajuan zaman . Oleh itu konsep praktik acuan Barat dalam penghasilan karya sastera turut diguna pakai. Walaupun terdapat karya sastera Barat dalam bentuk novel menonjolkan unsur-unsur porno dan lucah serta mendapat kecaman kerana mencacatkan kesusasteraan, akhirnya telah diiktiraf sebagai novel yang berkualiti. Hal yang sama turut berlaku dalam karya sasterawan negara A.Samad Said menerusi novel Salina. Melalui konsep praktik ini jugalah telah mengubah persepsi para sarjana tempatan terhadap karya sastera berunsur lucah. Sememangnya pengaruh Barat telah membawa impak besar dalam kesusasteraan Melayu. Bermula dengan pengenalan dasar Deislamization yang berjaya melenyapkan ciri-ciri persuratan Islam secara total. Seterusnya penerapan falsafah dan pemikiran Barat melalui Kesusasteraan Melayu Moden. Pengaruh Barat yang paling jelas terhadap kesusasteraan Melayu yang tidak dapat dinafikan ialah kecenderungan terhadap konsep mimesis,realisme, dan belajar sambil berhibur acuan Barat menjadi ikutan dan diguna pakai oleh kebanyakkan penulis,sarjana, dan sasterawan Melayu dalam penghasilan karya sastera masa kini. kurangnya dapat menjadi bukti kewujudan semangat nasionalisme dalam sastera Melayu secara ideological dan seterusnya menjadi ikon teks sastera pasca kolonial pada awal dekad di Malaysia.4.Masa Depan Kesusasteraan Melayu di Malaysia Kesusasteraan Melayu sudah mati di Malaysia, menjadi korban para sarjana yang ketinggalan zaman dan ketinggalan ilmu, para pengkritik yang terus kabur dan keliru dalam mmbuat penilaian dan para sasterawan yang masih meraba-raba mencari kepuasan emosi dengan menentang sebarang usaha untuk membawa ilmu ke dalam karya kreatif seperi ditegaskan oleh Prof. Rahman Shaari dan teman-teman beliau yang cintakan sastera tetapi terus membunuhnya dengan menolak ke tepi unsur penting yang boleh menghidupkan sastera iaitu ilmu ritis memang benar. Jika anda membaca dengan kritis karya-karya ini, sehingga tidak mahu diberi analisis dan kritikal kecuali untuk memuji. Sebaik saja gagasan Persuratan Baru bertapak dalam medan persuratan dan kesusasteraan, para sarjana, pengkritik dan para sasterawan mula risau, yang akhirnya menjadi histerikal seperti yang ditunjukkan oleh Dr. Fatimah Busu yang menulis kritikan hamun dalam bukunya memalukan para sarjana yang berpegang kepada kualiti akademik, Nyanyi Sunyi Salam Maria VS Sarjana Nasi Dingin, (Univision 2007). Kedua-duanya tidak mementingkan standard dan penghujahan, tetapi hanya ingin meluahkam perasaan yang tidak terkawal. Dalam keadaan beginilah dan dalam tangan para sasterawan beginilah kesusasteraan Melayu dibunuh perlahan-lahan sehingga akhirnya merempat di dalam negaranya sendiri.

5.PenutupDalam perkembangan persuratan Malaysia, pengaruh Barat telah wujud sejak sebelum munculnya sastera moden lagi tetapi tidak diperincikan. Imej Barat dalam karya saster sejarah hanya menjadi titik hitam yang hadir sebagai pencemar keagungan kesultanan Melayu. Pengaruh yang lebih ketara dapat dlihat dalam karya realisme yang dihasilkan oleh pengarang peribumi pada abad ke-19 oleh Abdullah Munsyi baik dari sudut bentuk mahupun pemikirannya yang condong kepada nilai Inggeris dan Eropah Hal ini demikian mungkin disebabkan penerimaan golongan elit yang sudah terdedah kepada nilai moden tersebut semasa mereka menuntut di luar negara. Sebagai anak jajahan, pengarang peribumi tidak memperlihatkan penentangan terhadap Barat atau kuasa penjajah dalam karya mereka sebaliknya menyanjung nilai Barat dan mempromosikannya kepada masyarakat Melayu untuk diteladani. Pergaulan bebas, hiburan berlebihan dan sikap materialistic dilihat sebagai gejala penularan nilai Barat yang mengakibatkan keruntuhan institusi keluarga, kerosakan iman, dan kepunahan jati diri. Kesedaran politik yang bersifat antipenjajahan hanya terungkap dalam novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad pada tahun 1937. Kelahiran karya ini sekurang-kurangnya dapat menjadi bukti kewujudan semangat nasionalisme dalam sastera Melayu secara ideological dan seterusnya menjadi ikon teks sastera pasca kolonial pada awal dekad di Malaysia.

BAHAGIAN C1.Rancangan Pengajaran Harian Kesusasteraan MelayuTEMAKESIHATAN

TAJUKHidup Bebas Tanpa Dadah

MASA8.40 9.40 ( 1 jam)

STANDARD PEMBELAJARAN4.4.2 Membina sajak secara terkawal dan mendeklamasikannya dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur

OBJEKTIFPada akhir pengajaran murid dapat:i. Melengkapkan sajak dengan perkataan yang sesuaiii. Mendeklamasikan sajak yang dibina dengan sebutan jelas dan intonasi yang betul secara didik hibur

PENGISIANKURIKULUMIlmu : Pendidikan Kesihatan, SivikNilai : Kasih Sayang, MenghargaiEMK : Krativiti dan InovasiBCB : Mendengar dengan berkesanKB : Menjana ideaTKP : Verbal linguistic

SISTEM BAHASAKosa Kata : Menghayalkan, hina, sejahtera dan bersua

BAHAN BANTU BELAJARBahan edaran

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMurid dapat melengkapkan dan mendeklamasikan sajak dengan sebutan yang jelas dan inonasi yang betul

REFLEKSI

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAKTIVITIPENGISIAN KURIKULUMCATATAN

Mendengar1. Murid mendengar rakaman contoh deklamasi sajak Ilmu : KesihatanEMK : ICTBCB :Mendengar dengan berkesanLampiran 1

Berbincang1. Murid dibimbing menyatakan maklumat yang terdapat dalam asajak yang telah mereka dengar. Mesej yang terkandung dalam sajak tersebut Nilai yang dimuatkan dalam sajak ini. Kesan penyalahgunaan dadah: kesihatan: hilang pekerjaan: jenayah meningkat

Nilai : kasih sayangIlmu : sivik KB : menjana idea Lampiran 2

Membina sajak secara terkawal1. Murid secara kumpulan dibimbing membina sajak berkenan anti dadah secara terkawal iaitu menukarkan beberapa perkataan dalam sajak yang diberi dengan perkataan lain yang sesuai.2. Murid dan guru bersoal jawab untuk memahami sajak yang dibina.3. Murid secara individu,berpasangan dan kumpulan diminta mendeklamasikan sajak yang diubah suai dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara bergilir-gilirNilai : kasih saying,MenghargaiEMK : Kretivit dan Inovasi

TKP Verbal Linguistik

Penilaian1. Murid melengkapkan sajak berdasarkan tema dadah dengan ayat sendiri2. Murid mendeklamasikan sajak yang dibina dengan sebutan dan intonasi yang betul secara didik hibur3. Guru menilai kreativiti dalam pemilihan kata yang kreatif dalam kandungan sajak

EMK :Kretiviti dan inovasi

Lampiran 3

2.REFLEKSI2.1.Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)Pembelajaran aktif dapat mempertingkatkan pemikiran dan tindak balas murid. Murid seharusnya diberikan peluang untuk menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih bermakna. Penggunaan ICT dalam pembelajaran akan menjadikan murid lebih mudah memahami dan mengingati bahan pelajaran yang disajikan kepada mereka. Dalam hal ini, guru memainkan peranan penting untuk memilih bahan yang bermutu untuk disajikan kepada muridnya.

2.2.Kesediaan belajarMurid-murid yang telah dikenal pasti mempunyai perbezaan dalam kesediaan emosi, kesedian kognitif dan kesediaan psikomotor memerlukan pertimbangan sewajarnya daripada guru dalam memilih kaedah dan teknik mengajar. Murid-murid yang pintar biasanya akan bersedia awal untuk belajar berbanding dengan murid yang lembam yang memerlukan ransangan yang lebih untuk menggerakkan mereka belajar. Perlu diperhatikan daya kecergasan dan kestabilan emosi murid sebelum pengajaran dimulakan. Oleh itu, dicadangkan guru membuat pemerhatian awal secara rambang untuk mendapatkan tahap kesediaan murid pada hari itu.

2.3.Permulaan yang menarik dan berkesanSemasa guru hendak memulakan pengajaran itu tadi, beliau telah memulakan sesuatu proses pengajaran dengan permulaan yang menarik dan berkesan. Ini penting untuk mewujudkan perasaan seronok terlebih dahulu sebelum murid murid dengan tajuk yang mereka akan pelajari. Keberkesanan dan keseronokan dalam mengikuti aktiviti pengajaran besar sekali pengaruhnya kepada murid bagi memastikan kejayaan sesuatu pengajaran.

3.Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran3.1.Sebelum Sesi Pengajaran dan PembelajaranSebelum proses pengajaran dan pembelajaran iaitu sebelum kelas bermula bagi proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan pada kelas yang akan datang, guru perlu memberitahu murid untuk membaca petikan sajak atau puisi untuk menimbulkan pengetahuan sedia ada kepada murid. Oleh itu , pengetahuan murid tidak akan berada pada tahap kosong apabila proses pengajaran dan pembelajaran bermula nanti. Guru juga perlu menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mencukupi. Penggunaan teknologi banyak membantu memudahkan pengajaran dan pembelajaran guru serta murid.3.2.Semasa Sesi Pengajaran dan PembelajaranSemasa proses pengajaran dan pembelajaran pula, guru perlu menunjukkan cara membaca sajak dengan betul sebelum mengarah murid melakukan perkara yang sama. Kemudian guru boleh meminta murid untuk membaca atau menyampaikan sajak tersebut.Guru meminta murid untuk memberikan pendapat terhadap pemahaman murid melalui deklamasi sajak tadi secara tidak langsung guru dapat mengenal pasti kelemahan murid serta murid yang faham dengan murid yang kurang faham. Proses pertanyaan guru dengan mengemukakan soalan kepada murid perlu dilakukan untuk mewujudkan interaksi yang berkesan di dalam bilik darjah.Semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga, guru boleh bertanyakan beberapa soalan ringkas mengenai makna kosa kata sajak tersebut dan jika jawapan yang diberikan oleh murid salah, guru boleh beralih kepada soalan lain pula. Hal ini boleh menarik murid untuk cuba berfikir menjawab soalan secara spontan atau apa yang difahami oleh mereka daripada terus tidak memahami kehendak soalan.3.3.Selepas Sesi Pengajaran dan PembelajaranSelepas pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menambah pengetahuan murid atau mengulangi hasil pembelajaran dengan lebih berkesan. Hal ini demikian kerana murid kurang meneliti dan memberi tumpuan. Bagi mengelak lupaan ini berlaku secara tidak sengaja, guru perlu menanganinya dengan memberi satu tugasan kumpulan dan individu kepada murid atau boleh dikenali sebagai kerja rumah kepada murid tadi.Guru akan membuat pemantauan tugasan yang diberikan dengan menyemak setiap lembaran kerja murid. Guru juga akan bertindak membimbing murid dengan memberikan latihan atau latih tubi soalan-soalan berkaitan dengan tajuk sajak tersebut.

4.Bibliografi A.Samad Ahmad (peny). (2000). Sulatus Salatin: Sejarah Melayu. Cet. Kelapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahman al-Ahmadi, 91987). Perancis dalam Saster Melayu Moden.dlm. Sastera Melayu dan tradisi Kosmopolitan. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Kassim Ahmad dan Noriah Mohamed(peny). (2008). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka dan Yayasan Karyawan. Shamsudin Othman, 2004. Seni Bahasa. Belajar sambil Berhibur atau Didik Hibur? dlm. Kalam Bahasa. Kuala Lumpur. Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Putrajaya: Bahagian Perkembangan Kamaruddin Hj. Husin. 1999. Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.