jawapan forum falsafah mt

2
Forum 2: Bincangkan halangan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pentaksiran alternatif secara yang lebih berkesan dalam bilik darjah. Menurut David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian pentaksiran di atas, David Payne menyarankan bahawa pentaksiran adalah gabungan pengukuran dan penilaian. Manakala pentaksiran alterantif didefinisikan oleh O’Malley dan Valdez Pierce sebagai "...mana-mana cara untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembangan kanak-kanak dan pengajaran terurus dikatakan sebagai satu alternatif kepada ujian tradisional terutama ujian soalan aneka pilihan (Stiggins 1991)....". Pentaksiran alternatif ini merupakan alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional. Antara pentaksiran alternatif ialah melalui projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar. Sebagai contoh, guru boleh menilai keberkesanan pengajarannya dalam sesuatu kursus melalui folio atau projek yang disediakan oleh pelajar. Salah satu halangan yang dihadapi guru dalam melaksanakan pentaksiran alternatif adalah beban tugas guru yang semakin bertambah menyebabkan guru memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru perlu membuat perancangan pengajaran, persediaan alat-alat mengajar, meneyemak buku murid, menanda kertas peperiksaan, menghadiri mesyuarat serta kursus. Selain itu, guru menjalankan tugas-tugas perkeranian seperti urusan buku teks, hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan dan kelas, kegiatan sukan dan kokurikulum. Beban tugas yang banyak ini menyebabkan guru semakin tertekan dan mengalami tekanan emosi. Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan membawa kesan kepada mutu dan kualiti pengajaran guru. Bebanan tugas ini juga menyebabkan

Upload: shahirahsharifuddin

Post on 07-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

FALSAFAH MT

TRANSCRIPT

Page 1: Jawapan Forum FALSAFAH MT

Forum 2: Bincangkan halangan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan

pentaksiran alternatif secara yang lebih berkesan dalam bilik darjah.

Menurut David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi

Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat,

menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat

keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Daripada

pengertian pentaksiran di atas, David Payne menyarankan bahawa pentaksiran

adalah gabungan pengukuran dan penilaian.

Manakala pentaksiran alterantif didefinisikan oleh O’Malley dan Valdez Pierce

sebagai "...mana-mana cara untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan bertujuan

untuk melaporkan perkembangan kanak-kanak dan pengajaran terurus dikatakan

sebagai satu alternatif kepada ujian tradisional terutama ujian soalan aneka pilihan

(Stiggins 1991)....". Pentaksiran alternatif ini merupakan alternatif kepada pengujian

kertas dan pensil tradisional. Antara pentaksiran alternatif ialah melalui projek, kajian

kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar. Sebagai contoh, guru boleh menilai

keberkesanan pengajarannya dalam sesuatu kursus melalui folio atau projek yang

disediakan oleh pelajar.

Salah satu halangan yang dihadapi guru dalam melaksanakan pentaksiran

alternatif adalah beban tugas guru yang semakin bertambah menyebabkan guru

memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik,

guru perlu membuat perancangan pengajaran, persediaan alat-alat mengajar,

meneyemak buku murid, menanda kertas peperiksaan, menghadiri mesyuarat serta

kursus. Selain itu, guru menjalankan tugas-tugas perkeranian seperti urusan buku

teks, hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan dan kelas, kegiatan

sukan dan kokurikulum. Beban tugas yang banyak ini menyebabkan guru semakin

tertekan dan mengalami tekanan emosi. Penambahan beban tugas ini sudah tentu

akan membawa kesan kepada mutu dan kualiti pengajaran guru. Bebanan tugas ini

juga menyebabkan guru tidak berkesempatan untuk merancang pentaksiran

alternatif bagi menilai dan mengukur pencapaian murid.

Page 2: Jawapan Forum FALSAFAH MT

Selain itu juga, salah satu halangan kepada pentaksiran alternatif juga adalah

ketidakfahaman murid terhadap arahan kepada pentaksiran alternatif contohnya

dalam melaksanakan projek yang diarahkan guru. Penerangan yang kurang jelas

oleh guru menyebabkan proses pentaksiran alterantif itu tidak dapat dilaksanakan

dengan baik. Murid-murid sekadar melaksanakan projek tersebut sekadar memenuhi

keperluan dan kehendak guru, akibatnya guru tidak dapat menilai dan mengukur

pencapaian murid dengan baik.

Salah satu halangan kepada pentaksiran alternatif yang berkesan juga adalah

murid yang tidak dibiasakan dengan pentaksiran alternatif kerana guru kerap

menggunakan pentaksiran tradisional iaitu ujian kertas dan pensel sebagai medium

utama menilai pencapaian dan kefahaman murid terhadap sesuatu kandungan

pembelajaran. Murid yang tidak dibiasakan dengan pentaksiran alternatif ini

menyebabkan mereka kurang berkeyakinan dan kurang kesungguhan dalam

melaksanakan projek atau tugasan yang diberikan.

Halangan dalam melaksanakan pentaksiran ini menyebabkan pentaksiran

alternatif tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Oleh itu, sebagai guru kita

hendaklah berusaha sebaiknya bagi mengatasi segala halangan ini dan menjadikan

pentaksiran alternatif sebagai salah satu medium yang penting dalam menilai

pencapaian murid.