proposal mt

27
Membantu Murid Menguasai Konsep Menolak Dengan Mengumpul Semula Dalam Matematik Dengan Menggunakan Bahan Manipulatif Berupa “Segi Tiga Ajaib” Oleh: Lee Yih Chuinn 1.0 Pendahuluan Cabaran ke 6 wawasan 2020 yang berbunyi mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan dasar pandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi penggunaan teknologi, tetapi juga penyambung kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Ini bersesuaian dengan harapan untuk membina negara yang maju dan rakyat yang berketrampilan dalam pelbagai bidang. Oleh itu penguasaan Matematik adalah menjadi tunjang kea rah pencapaian matlamat tersebut. Ia juga penting dalam melahirkan generasi yang mampu menguasai bidang sains dan teknologi yang akan membawa negara menuju ke era globalisasi. Kemahiran dalam mata pelajaran ini membolehkan seseorang untuk menceburi pelbagai bidang seperti ekonomi, kejuruteraan, perniagaan, sains computer dan teknologi. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengetahuan Matematik amat berguna dalam kehidupan seharian. Tidak kira siapa pun diri kita, baik suri rumah, nelayan, arkitek dan lebih-lebih lagi sebagai pelajar. Maka adalah menjadi

Upload: lee-yih-chuinn

Post on 19-Jan-2016

112 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal MT

Membantu Murid Menguasai Konsep Menolak Dengan Mengumpul

Semula Dalam Matematik Dengan Menggunakan Bahan Manipulatif

Berupa “Segi Tiga Ajaib”

Oleh:

Lee Yih Chuinn

1.0 Pendahuluan

Cabaran ke 6 wawasan 2020 yang berbunyi mewujudkan masyarakat saintifik

dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan dasar pandang

ke hadapan yang bukan sahaja menjadi penggunaan teknologi, tetapi juga penyambung

kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Ini bersesuaian dengan harapan

untuk membina negara yang maju dan rakyat yang berketrampilan dalam pelbagai

bidang.

Oleh itu penguasaan Matematik adalah menjadi tunjang kea rah pencapaian

matlamat tersebut. Ia juga penting dalam melahirkan generasi yang mampu menguasai

bidang sains dan teknologi yang akan membawa negara menuju ke era globalisasi.

Kemahiran dalam mata pelajaran ini membolehkan seseorang untuk menceburi pelbagai

bidang seperti ekonomi, kejuruteraan, perniagaan, sains computer dan teknologi.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengetahuan Matematik amat berguna

dalam kehidupan seharian. Tidak kira siapa pun diri kita, baik suri rumah, nelayan,

arkitek dan lebih-lebih lagi sebagai pelajar. Maka adalah menjadi tanggungjawab para

pendidik dan pelajar sendiri untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran

Matematik di sekolah berjaya.

Bagi mencapai hasrat tersebut, strategi pengajaran dan pembelajaran yang

dirancang hendaklah menggunakan pendekatan yang berfokuskan murid dengan

menggunakan kepelbagaian teknik dan sumber pembelajaran untuk menghasilkan

keberkesanannya. Selaras dengan perkembangan arus globalisasi sekarang, didapati

corak pembelajaran perlu memberi banyak ruang dan peluang kepada murid untuk

Page 2: Proposal MT

mendapatkan sendiri ilmu sementara guru perlu menjadi pendamping atau fasilitator

sahaja.

Dalam kajian ini penyelidik akan mengkaji kesan penggunaaan bahan bantu

mengajar jenis “Segi Tiga Ajaib” dalam membantu murid-murid bermasalah dalam

menolak dengan mengumpul semula dalam Matematik. Diharap usaha ini akan

mendorong guru-guru Matematik mengintegrasikan penyelidikan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk membantu murid-murid yang

menghadapi masalah yang sama.

1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Semasa saya menjalankan praktikum fasa 3 di salah sebuah sekolah di daerah

Pontian, saya mendapati murid-murid sekolah rendah menghadapi masalah dalam

Matematik. Murid-murid Sekolah Kebangsaan adalah lebih lemah dalam Matematik

berbanding subjek lain. Saya telah mengesan perkara ini semasa saya mengajar murid-

murid kelas saya bagi mata pelajaran Matematik di bawah tajuk menolak dengan

mengumpul semula.

Selain itu, saya juga dapat memerhati bahawa murid-murid suka dengan objek

yang konkrit dan berwarna-warni. Melalui pemerhatian saya, mereka akan lebih

bersemangat untuk belajar dengan adanya penggunaan bahan bantu mengajar yang

berbentuk konkrit dan berwarna-warni dalam proses P&P. Murid-murid juga akan

bertambah seronok untuk belajar sekiranya guru melibatkan mereka dalam proses P&P

yang adanya bahan bantu mengajar jenis konkrit tersebut. Tambahan pula, murid-murid

juga akan lebih mudah untuk memahami sesuatu konsep yang ingin disampaikan oleh

guru. Oleh itu, keadaan dan situasi ini amat menarik perhatian saya. Saya percaya

bahawa sekiranya penggunaan bahan bantu mengajar dapat dilaksanakan dengan lebih

sistematik lagi dan melalui bimbingan guru, murid-murid akan dapat meningkatkan

keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu konsep dengan lebih baik lagi.

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan keberkesanan penggunaan bahan

manipulatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya termasuklah Patrick

W.Thompson (1994), Matthew Boggan, Sallie Harper dan Anna Whitmire (2009). Oleh

itu dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan bahan manipulative dalam proses

Page 3: Proposal MT

mengajar demi meningkatkan keupayaan seseorang murid untuk menyelesaikan soalan

tolak jenis mengumpul semula dalam lingkungan 10000 bagi subjek Matematik. Dalam

perkara ini bahan bantu mengajar digunakan bersama-sama dengan bimbingan yang

diberikan guru semasa pengajaran dijalankan. Saya berharap bahawa dapatan kajian ini

akan dapat menghasilkan ilmu baru kepada saya dan memberi sumbangan kepada

peningkatan keberkesanan pengajaran Matematik dalam bilik darjah.

2.0 Isu Keprihatinan

Melalui praktikum Fasa III ini, saya telah mendapati murid-murid kelas saya yang

mengalami masalah untuk mengalami konsep asas penolakan. Saya dapat mengesan

masalah murid-murid tersebut semasa mengajar mata pelajaran Matematik Tahun 3.

Ada sebanyak empat orang murid saya yang tidak dapat menyelesaikan soalan tolak

dengan betul, khususnya bagi soalan tolak dengan mengumpul semula. Melalui ujian

diagnostik yang dijalankan di dalam kelas, saya telah mendapati bahawa mereka tidak

dapat menguasai konsep asas tolak dengan sepenuhnya.

Menyedari akan masalah murid-murid ini, saya pernah menggunakan dekak-

dekak sebagai bahan bantu mengajar untuk mengajar konsep asas bagi penolakan

dengan mengumpul semula. Namun, mereka tetap akan menghadapi masalah semasa

menyelesaikan soalan tolak dengan kumpul semula. Perkara yang sama berlaku

dengan pengajaran mengira dengan menggunakan jari tangan ataupun melukiskan

bulatan di tepi soalan. Oleh itu, saya pun terpaksa mencari satu lagi alternatif dan jalan

penyelesaian yang lebih sesuai untuk murid-murid tersebut.

Selepas membuat beberapa carian dan rujukan di Internet, akhirnya saya dapat

satu cara yang difikirkan efektif untuk membantu murid-murid yang bermasalah tersebut.

Saya memutuskan untuk membuat satu bahan bantu mengajar berbentuk segi tiga

untuk membantu murid-murid menguasai konsep asas tolak dengan mengumpul

semula. Saya mengelar bahan bantu mengajar tersebut sebagai “Segi Tiga Ajaib”.

Disebabkan keempat-empat murid saya tidak menghadapi masalah dalam tajuk tambah,

maka saya pun cuba menggunakan kemahiran tersebut dalam bahan bantu mengajar

saya kali ini.

Page 4: Proposal MT

Mula-mula, setiap murid akan diberikan satu “Segi Tiga Ajaib”. Mereka

diterangkan bahawa sudut di atas adalah seluruh manakala sudut di kedua-dua sisi

adalah bahagian-bahagian daripada seluruh tersebut. Murid-murid kemudian diminta

meletakkan simbol tambah di tengah “Segi Tiga Ajaib” tersebut. Selepas itu, guru

menyuruh murid-murid untuk menuliskan nombor bulat di dalam sudut kedua-dua sisi

tersebut. Contohnya, 7 dan 8. Dengan adanya nombor tersebut, murid-murid pun

diminta menambahkan kedua-dua nombor bulat tersebut dan menuliskan jawapan di

dalam sudut atas.

Guru kemudian mengingatkan murid-murid 7 dan 8 adalah sebahagian daripada

15. Dengan erti kata yang lain, 7 tambah 8 adalah sama dengan 15, disebabkan oleh

simbol tambah di tengah segi tiga tersebut. Oleh itu, guru pun cuba menukarkan simbol

tambah dengan simbol tolak dan meminta murid-murid untuk cuba menuliskan ayat

Matematik yang betul daripada segi tiga tersebut. Selepas murid-murid siap menuliskan

ayat Matematik tolak, guru pun akan menerangkan kepada murid-murid bahawa operasi

tambah adalah terbalik dengan operasi tolak, di mana nombor yang lebih kecil ditambah

untuk mendapatkan nombor yang besar bagi operasi tambah manakala nombor yang

besar menolak nombor yang kecil bagi operasi tolak.

Saya memilih “Segi Tiga Ajaib” ini sebagai bahan bantu mengajar saya kali ini

adalah kerana ianya adalah lebih interaktif dan dapat menarik minat murid-murid untuk

belajar selain daripada membantu murid untuk menguasai kemahiran asas tolak secara

tidak langsung.

Whole / Seluruh

Part / Bahagian

7 + 8 = 15

Page 5: Proposal MT

3.0 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah:

Membantu murid dalam menyelesaikan konsep masalah tolak dengan

mengumpul semula dengan menggunakan “Segi Tiga Ajaib”

Menambahbaik amalan p&p saya melalui penggunaan “Segi Tiga Ajaib” untuk

membantu murid menyelesaikan masalah tolak dengan mengumpul semula

7 8

+7 8

15

+

15 – 8 = 7 / 15-7 =8

15

7 8

-

Page 6: Proposal MT

4.0 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan-persoalan berikut:

Bagaimanakah “Segi Tiga Ajaib” dapat membantu peserta kajian dalam

menyelesaikan konsep masalah tolak dengan mengumpul semula?

Bagaimanakah “Segi Tiga Ajaib” dapat menambah baik amalan kendiri saya

dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang berkaitan dengan

menyelesaikan konsep masalah tolak dengan mengumpul semula untuk mata

pelajaran Matematik Tahun 3?

5.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini dijalankan terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran di salah

sebuah Sekolah Kebangsaan di daerah Pontian. Subjek kajian adalah empat orang

bermasalah pembelajaran yang berumur 9 tahun. Murid-murid ini adalah dipilih di

kalangan murid-murid lain yang diajar oleh guru.

Peserta kajian adalah dipilih berdasarkan ujian diagnostik dan pemerhatian.

Empat orang yang berpencapaian rendah dalam ujian diagnostik yang diberikan oleh

guru telah dipilih sebagai subjek. Subjek kajian yang dipilih turut suka akan bahan

manipulatif dan tidak bersikap menentang sekiranya bahan manipulatif digunakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran (p&p). Hasil dapatan maklumat yang diperoleh

daripada buku rekod maklumat murid turut menunjukkan bahawa kesemua mereka

adalah tergolong di kalangan keluarga berpendapatan sederhana. Keempat-empat

murid tersebut adalah merupakan murid berbangsa Melayu.

6.0 Pelaksanaan Kajian

6.1 Perancangan langkah-langkah tindakan

Sebelum kajian dijalankan, guru memberikan murid-murid lembaran kerja

berkaitan dengan soalan tolak dengan mengumpul semula. Setelah menyemak hasil

kerja murid-murid, guru pun mendapati ada di kalangan murid-murid yang memberikan

jawapan yang salah bagi soalan-soalan tersebut.

Page 7: Proposal MT

Contoh Jawapan Murid A

Lampiran 1 pula menunjukkan ujian pra yang diberikan kepada murid sebelum

proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Lampiran 1 menunjukkan contoh-

contoh soalan tolak dengan mengumpul semula. Seterusnya empat orang murid yang

paling lemah telah dipilih sebagai subjek bagi kajian ini. Bilangan murid yang dipilih

adalah sedikit sahaja demi membolehkan penyelidik memberikan tumpuan yang

sepenuhnya kepada murid yang paling lemah dalam kelas. Ujian pra diberikan bertujuan

untuk mengesan tahap pencapaian murid dan menentukan tahap penguasaan mereka

sebelum memberikan rawatan yang bersesuaian. Ujian pra dijalankan secara individu

supaya keputusan murid bagi ujian pra tersebut akan menjadi lebih tepat dan jitu.

Keadaan ini juga dapat mengelakkan murid-murid daripada meniru jawapan murid-murid

yang lain.

Selepas mengenal pasti tahap pencapaian murid, murid-murid akan didedahkan

dengan “Segi Tiga Ajaib” yang disediakan pada minggu pertama. Sesi rawatan

dijalankan selama 2 hari dalam seminggu dan setiap sesi mengambil masa 30 minit.

Guru memperkenalkan “Segi Tiga Ajaib” kepada murid-murid dan menerangkan

penggunaan “Segi Tiga Ajaib” tersebut kepada murid-murid. Guru kemudian

menunjukkan cara menggunakan “Segi Tiga Ajaib” tersebut untuk mendapatkan

jawapan. Murid-murid kelihatan teruja dengan “Segi Tiga Ajaib” tersebut tetapi masih

belum dapat menguasai konsep menolak dengan mengumpul semula lagi. Pada minggu

kedua, guru memberikan setiap orang murid satu set “Segi Tiga Ajaib” tersebut dan

Page 8: Proposal MT

murid dibenarkan berinteraksi dengan set tersebut. Guru kemudian mendemonstrasikan

sekali lagi cara menggunakan “Segi Tiga Ajaib” tersebut sambil diikuti oleh murid-murid

dengan set masing-masing. Guru turut mengambil peluang ini untuk mengajar murid-

murid tolak dengan mengumpul semula dalam lingkungan 100.

Pada minggu ketiga ini pengkaji akan menyuruh murid-murid menggunakan

“Segi Tiga Ajaib” ini untuk menyelesaikan soalan yang melibatkan tolak dengan

mengumpul semula. Guru akan membuat pengulangan demi mengukuhkan ingatan

murid-murid tentang pengajaran pada minggu lepas. Soalan dengan nilai tempat hingga

ratus diberikan. Murid belajar menyelesaikan soalan tolak dengan mengumpul semula

dalam lingkungan 1000. Sesi rawatan diperbaiki dengan memberikan rawatan kumpulan

disusuli dengan rawatan secara individu. Murid yang lebih lemah akan diajar secara

individu dan berasingan selepas sesi rawatan berkumpulan.

Pada minggu keempat pengkaji masih menggunakan bahan bantu mengajar

yang sama tetapi penambahan soalan yang lebih mencabar lagi. Murid diajarkan tolak

dengan mengumpul semula dalam lingkungan 10000 sebelum dikehendaki

menyelesaikan soalan tolak dengan mengumpul semula yang melibatkan nilai tempat

puluh, ratus dan ribu yang diajar dalam keempat-empat minggu ini. Guru menggunakan

ganjaran untuk mengukuhkan ingatan murid-murid tentang tolak dengan mengumpul

semula yang betul.

Pada hujung setiap sesi rawatan, murid-murid akan diberikan satu latihan

penilaian ringkas yang digunakan untuk mengesan tahap kemajuan murid. Rekod

kemajuan murid akan direkod dengan menggunakan borang seperti dalam Lampiran 2

untuk digunakan sebagai satu indikator. Semasa sesi rawatan, rakaman video turut

dibuat untuk merakamkan interaksi murid dengan rakan dan dengan guru dan segala

proses yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selepas tamat sesi rawatan, murid-murid diberikan ujian pasca seperti dalam

lampiran 3 untuk menentukan tahap penguasaan murid terhadap tolak dengan

mengumpul semula dalam Matematik.

Page 9: Proposal MT

6.2 Perancangan cara mengumpul data

6.2.1 Ujian

Ujian pra diberikan kepada murid sebelum tindakan pembelajaran menggunakan

“Segi Tiga Ajaib” dijalankan. Ujian pra mengandungi ujian menyelesaikan soalan

Matematik tolak dengan mengumpul semula. Seterusnya ujian tolak yang menguji

kemahiran murid dalam soalan tolak dengan mengumpul semula juga akan diberikan

selepas sesi pembelajaran menggunakan “Segi Tiga Ajaib” ditamatkan.

6.2.2 Pemerhatian melalui rakaman video

Dalam kajian ini pemerhatian akan dijalankan dengan menggunakan rakaman

video. Rakaman video yang dijalankan akan merakamkan aktiviti yang terlibat dalam

proses pengajaran untuk membolehkan penyelidik mengkaji tingkahlaku murid, peranan

penyelidik, menganalis kekuatan dan kelemahan penyelidik sepanjang proses p&p dan

seterusnya untuk membolehkan penyelidik membuat penambahbaikan terus menerus

sepanjang kajian dijalankan. Melalui rakaman video penyelidik boleh menganalisis dan

menjawab persoalan bagaiamana penggunaan “Segi Tiga Ajaib” membantu murid untuk

meningkatkan keupayaan mereka bagi menyelesaikan soalan tolak dengan mengumpul

semula dalam Matematik.

6.3 Rekod kemajuan murid

Rekod kemajuan murid merupakan catatan kemajuan yang dicapai oleh murid

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan satu jadual yang

digunakan untuk merekod kemajuan yang dicapai dan memberi peluang kepada

penyelidik untuk memberi ulasan dan membuat catatan terhadap kemajuan yang

dicapai. Melalui rekod ini penyelidik dapat membuat refleksi terhadap kemajuan murid,

merancang langkah yang akan diambil seterusnya dan boleh mengubah strategi

pengajaran dan pembelajaran sekiranya murid tidak menunjukkan sebarang kemajuan.

Di samping itu ia memberi peluang kepada penyelidik untuk memberi perhatian dan

Page 10: Proposal MT

tumpuan terhadap kemahiran yang belum dikuasai oleh seseorang murid dan memberi

perhatian khusus terhadap perkara tersebut. Akhirnya rekod ini memberi maklumat

kepada penyelidik samada murid telah mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan

sebelum ini dan samada kajian telah pun boleh ditamatkan.

7.0 perancangan cara menganalisis data

Analisis yang dibuat melibatkan penggunaan operasi dan kemahiran berfikir

yang asas untuk menganalisis sesuatu data supaya data dapat ditaksir dan difahami

dengan jelas. Analisis data perlu dibuat dengan terperinci, objektif dan bersifat deskriptif.

Tujuan menganalisis maklumat adalah untuk meningkatkan pemahaman dan

menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui (Poh, 2005).

7.1 Analisis ujian

Dalam kajian ini prestasi murid dalam ujian ditunjukkan oleh markah yang

mereka perolehi dalam ujian pra dan ujian pasca. Markah ujian pra menunjukkan

prestasi mereka sebelum pembelajaran menggunakan “Segi Tiga Ajaib” dijalankan.

Sementara markah ujian pasca menunjukkan prestasi mereka selepas sesi pengajaran

dengan “Segi Tiga Ajaib” dijalankan. Perbezaan kedua-dua markah dalam ujian pra dan

ujian pasca menunjukkan peningkatan dalam prestasi di kalangan murid-murid dan

menunjukkan keberkesanan penggunaan “Segi Tiga Ajaib” tersebut.

7.2 Analisis rekod kemajuan murid

Rekod kemajuan murid dianalisis berdasarkan kemajuan yang telah mereka

capai berdasarkan catatan yang dibuat. Analisis dibuat secara kualitatif di mana

penyelidik membuat analisis berdasarkan kemajuan yang telah dicapai oleh seseorang

murid bukannya skor markah yang diperolehi. Melalui pendekatan ini penyelidik boleh

memahami secara mendalam masalah yang dihadapi oleh seseorang murid dan

membantunya menyelesaikan masalah tersebut dan meningkatkan prestasinya. Di

Page 11: Proposal MT

samping menentukan kemajuan murid, ia membolehkan penyelidik memberi tumpuan

kepada masalah yang dihadapi oleh murid dan menumpukan perhatian kepada aspek-

aspek yang belum dikuasai murid.

Page 12: Proposal MT

8.0 Perancangan pelaksanaan tindakan

Jadual pelaksanaan penyelidikan tindakan

Carta Gantt Perancangan Kajian

Aktiviti Jan 2013 Feb 2013 Mac 2013

1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

1 Membina ujian diagnostik

2 Mentadbir ujian diagnostik

3 Menganalisis ujian diagnostik

4 Membina ujian pra dan pasca

5 Membina “Segi Tiga Ajaib”

Melaksanakan ujian pra

6 Melaksanakan sesi P&P

7 Merekod sesi pengajaran

8 Menjalankan ujian Pasca

9 Menganalisis dapatan

10 Menulis Laporan

11 Pemurnian Laporan

12 Penjilidan

Page 13: Proposal MT

9.0 Kos Kajian

Kos yang terlibat sepanjang perancangan kajian tindakan ini ditunjukkan pada jadual

kos kajian di bawah.

BIL JENIS BAHAN KUANTITI x

HARGA SEUNIT

JUMLAH KOS

1. Fotostat bahan ujian

dan laporan kajian

RM10.00

2. ”Segi Tiga Ajaib” 5 X RM10.00 RM50.00

JUMLAH RM60.00

Page 14: Proposal MT

Lampiran 1: Ujian Pra

Nama murid: ________________________________________

a. 2316 b. 4820 c. 1008

- 8 - 9 - 57

d. 2513 e. 5024 f. 4715

- 58 - 986 - 389

g. 7000 h. 6045 i. 8032

- 2815 - 2534 - 1099

Menguasai Tidak menguasai

Page 15: Proposal MT

Lampiran 2: Rekod Kemajuan Murid

Bil Nama Murid Minggu 1

Minggu2

Minggu3

Minggu4

Page 16: Proposal MT

Lampiran 3: Ujian Pasca

Nama murid: ________________________________________

a. 2316 b. 4820 c. 1008

- 8 - 9 - 57

d. 2513 e. 5024 f. 4715

- 58 - 986 - 389

g. 7000 h. 6045 i. 8032

- 2815 - 2534 - 1099

Page 17: Proposal MT

Bibliography

Ahmad Rizal Madar, *Yahya Buntat . (2006). KEUPAYAAN VISUALISASI DAN GAYA

KOGNITIF PELAJAR MELALUI PERISISAN MULTIMEDIA. Seminar TVE’06 .

Dahl, L. (2011). THE IMPACT OF MANIPULATIVES ON LEARNING IN THE

ELEMENTARY AND MIDDLE SCHOOL MATHEMATICS CLASSROOM.

Dr. Mohd Mustafa al-Absi, Dr. Mohd Baker Nofal. (2010). The Effect of Using

Manipulatives on the Mathematical Achievement of the First Grade Students.

Damascus University Journal, Vol. 26, No (4), 2010.

Ebert, A. K. (n.d.). Behaviorism vs. Constructivism in the Technological Secondary

Education Classroom.

Handal, B. (2003). Teachers’ Mathematical Beliefs: A Review. The Mathematics

Educator 2003, Vol. 13, No.2, 47-57.

Ikhsan Othman, Rohizani Yaakub. (2010). APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI

DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM. Asia Pacific Journal of Educators and

Education, Vol. 25, 21–32, 2010.

Matthew Boggan, Sallie Harper, Anna Whitmire. (2009). Using manipulatives to teach

elementary mathematics . Journal of Instructional Pedagogies.

Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd @ Ariffin, Siti Hazwani Mohamed Rozi . (2010).

TEORI KECERDASAN PELBAGAI UNTUK MENINGKATKAN PENGLIBATAN

AKTIF PELAJAR DI DALAM KELAS.

Nur Jauharatudini binti Noordin, Samsiah binti Hapi, Damsiah binti Darlis. (n.d.). Folio-

Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Esei, Kertas II Bahagian A bagi

mata pelajaran Perdagangan dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat’. KPR

5063:KAJIAN TINDAKAN DALAM PENYELIDIKAN.

Menguasai Tidak menguasai

Page 18: Proposal MT

Sihes, A. J. (2005). TEORI PEMBELAJARAN.

Siti Rahaimah Bt Hj Ali, Noraini Idris. (2011). A MODEL TO IDENTIFY THE LEVEL OF

NUMERACY UNDERSTANDING OF PRIMARY SCHOOL PUPILS : A CASE

STUDY. JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA.

SITI RAHAYAH ARIFFIN, ROSENI ARIFFIN, HAFSA MOHAMED MAKKI. (2008).

Faktor Kontribusi Kecerdasan Pelbagai Dalam Kalangan Pelajar Remaja . Jurnal

Pendidikan 33 (2008) 35-46.

Suhendri, H. (2012). PENGARUH KECERDASAN MATEMATIS-LOGIS, RASA

PERCAYA DIRI, DAN KEMANDIRIAN BELAJAR TERHADAP HASIL BELAJAR

MATEMATIK. PROSIDING ISBN : 978-979-16353-8-7 .

Wen-Long Chang, Yuan Yuan, Chun-Yi Lee, Min-Hui Chen, Wen-Guu Huang. (2013).

Using Magic Board as a Teaching Aid in Third Grader Learning of Area

Concepts. Chang, W.-L., Yuan, Y., Lee, C.-Y., Chen, M.-H., & Huang, W.-G.

(2013). Using Magic Board as a Teaching Aid in Third .

Yeni, E. M. (2011). PEMANFAATAN BENDA-BENDA MANIPULATIF UNTUK

MENINGKATKAN PEMAHAMAN KONSEP GEOMETRI DAN KEMAMPUAN

TILIKAN RUANG SISWA KELAS V SEKOLAH DASAR. Edisi Khusus No. 1,

Agustus 2011.

Page 19: Proposal MT

Jurnal Reflektif

Semasa saya menerima kerja kursus ini, saya berasa agak teragu-ragu dengan

kemampuan saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Ini adalah kerana ini adalah kali

pertama saya dikehendaki untuk membuat kertas cadangan bagi sesuatu penyelidikan

tindakan. Tambahan pula, tidak pernah saya dapat imaginasikan bahawa saya akan

menghasilkan jurnal-jurnal pendidikan seperti yang pernah saya nampak ataupun muat

turun daripada Internet sebelum ini. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini

untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, iaitu Encik Sukiman

bin Saad atas segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau sepanjang proses ini.

Untuk menghasilkan sesuatu kertas cadangan bagi penyelidikan tindakan

sememangnya satu proses yang susah dan bukan boleh diselesaikan dalam satu dua

hari sahaja. Oleh itu, saya nak mengucapkan sejuta-juta penghargaan kepada

pensyarah bimbingan saya kali ini, Puan Norrila binti Satari atas idea dan cadangan

penambahbaikan yang diberikannya. Tidak lupa juga kepada rakan saya, Chua Hooi

Hien, Lee Kezin dan Ng Yi Mei yang menjalankan praktikum di sekolah yang sama

dengan saya. Kami telah menjalankan sesi perbincangan bagi penyiapan kerja kursus

sepanjang masa.

Penyelidikan tindakan ini adalah penting kepada kita sebagai seorang bakal

guru. Ini adalah kerana guru adalah juga merupakan seorang penyelidik, dan semua

guru perlulah tahu bagaimana untuk menyelidik. Dapatan kajian dapat membantu

individu, kumpulan ataupun sesuatu organisasi untuk memperbaiki program yang sedia

ada dan juga sebagai asas untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Dalam konteks

bilik darjah, guru-guru perlu membuat penilaian terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) masing-masing dari semasa ke semasa. Dengan ini, barulah

kelemahan yang dikenal pasti dapat diperbaiki dan penambahbaikan dapat dilakukan

dari semasa ke semasa terhadap amalan kita.

Selain itu, penyelidikan turut dapat membantu guru-guru memberi penjelasan

terhadap sesuatu fenomena yang berlaku dalam amalan P&P, pengurusan bilik darjah

dan pengurusan organisasi pendidikan. Kita sebagai guru yang berperanan sebagai

pengurus pembelajaran dan pengurus pentadbiran sekolah sudah tentulah akan

senantiasa menghadapi fenomena tertentu sepanjang menjalankan tugas. Ada di

Page 20: Proposal MT

kalangan fenomena tersebut akan memberikan impak positif dan sebaliknya. Sering kali

kita sendiri pun tidak dapat memahami kenapa keadaan sedemikian berlaku. Maka

menerusi penyelidikan ini ia pun dapat membantu memberikan kita penjelasan

sekiranya sesuatu fenomena tersebut perlu ditangani dengan cara yang betul.

Tambahan pula, melalui penyelidikan juga deskripsi sesuatu fenomena

(description) dapat disediakan dengan jelas dan terperinci berkaitan dengan bidang

yang dikaji dalam membantu untuk memahami fenomena tersebut. Penyelidikan juga

dapat membantu guru untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa

melaksanakan tugas harian. Sekiranya kita menyelesaikan masalah tanpa mencari

punca masalah sebenarnya, kemungkinan masalah tersebut tidak dapat diselesaikan

dengan baik, malahan masalah lain yang rumit turut akan menyusul.

Seterusnya, ungkapan seperti ‘guru adalah pengamal reflektif’ yang sering

kedengaran turut menunjukkan bahawa dalam era kualiti diukur dan akauntabiliti ditekan

ini, pemastian kualiti pendidikan adalah penting. Maka penyelidikan pun adalah

merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru agar pemastian kualiti

pendidikan dapat dicapai bagi memenuhi hasrat Negara dan kehendak Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Secara kesimpulannya, meskipun penyelidikan tindakan ini merupakan satu hasil

kerja yang mencabar dan memakan masa, namun adalah tidak dapat dinafikan bahawa

ia dapat melatih kita untuk menjadi seorang guru yang lebih unggul lagi. Guru

merupakan satu watak yang tidak boleh berkurangan dalam melahirkan tonggak Negara

masa depan, maka kita sebagai guru haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk

menjadi seorang pendidik yang berilmu pengetahuan dan berwawasan demi

memastikan wawasan 2020 negara kita dapat dicapai. Terima kasih.