jadual minit

4
LAPORAN AKTIVITI PIBG 2014-2015 BIL TARIKH/ MASA/ TEMPAT MESYUARAT KEHADIRA N PERKARA DIPUTUSKAN/DIBINCANGKAN 1 12 FEBRUARI 2015 2.00 PETANG BILIK MESYUARAT SKDAZ AJK PIBG KALI KE 3 13/19 1) YDP dan Guru Besar mengucap jutaan terima kasih kepada semua guru dan AJK PIBG kerana telah bersama-sama membantu pihak sekolah dalam melaksanakan program yang telah diatur. 2) YDP memaklumkan akan mendengar permasalahan dalam kalangan ibu bapa untuk dibincangkan di sekolah agar dapat diselesaikan sebaik mungkin. 3) Seramai 43 orang guru yang mengajar di SKDAZ. 2 orang guru pula akan berpindah dan bersara iaitu Pn Norma bt Kamil (berpindah di Pahang dan Pn Saerah bt Hussin (bersara). 4) Guru Besar menyampaikan pesanan PPD iaitu pendidikan Alaf 21, penggunaan ICT, KBAT dan i-Think, disiplin, sarana ibu bapa, keberadaan guru, ketetapan bilangan kerja murid, pemantauan PdP, PLC (Profesional Learning Communities),

Upload: nas-fellah-kalika

Post on 18-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

school

TRANSCRIPT

LAPORAN AKTIVITI PIBG 2014-2015BILTARIKH/MASA/TEMPATMESYUARATKEHADIRANPERKARA DIPUTUSKAN/DIBINCANGKAN

112 FEBRUARI 2015

2.00 PETANGBILIK MESYUARATSKDAZ

AJK PIBGKALI KE 313/191) YDP dan Guru Besar mengucap jutaan terima kasih kepada semua guru dan AJK PIBG kerana telah bersama-sama membantu pihak sekolah dalam melaksanakan program yang telah diatur.

2) YDP memaklumkan akan mendengar permasalahan dalam kalangan ibu bapa untuk dibincangkan di sekolah agar dapat diselesaikan sebaik mungkin.

3) Seramai 43 orang guru yang mengajar di SKDAZ. 2 orang guru pula akan berpindah dan bersara iaitu Pn Norma bt Kamil (berpindah di Pahang dan Pn Saerah bt Hussin (bersara).

4) Guru Besar menyampaikan pesanan PPD iaitu pendidikan Alaf 21, penggunaan ICT, KBAT dan i-Think, disiplin, sarana ibu bapa, keberadaan guru, ketetapan bilangan kerja murid, pemantauan PdP, PLC (Profesional Learning Communities), bijak sifir, inovasi dan kajian tindakan, proram e-Waris, kebersihan kawasan, LINUS, kuarters guru dan e-Hadir.

5) GB memohon peruntukan daripada PIBG bagi tempahan nama blok bangunan sebanyak RM900.00 bagi pembelian desktop komputer dan printer bagi merealisasikan Pendidikan Alaf 21 di Bilik Komputer agar semua guru dapat menggunakan peralatan tersebut dan gotong-royong bagi mengecat pagar sekolah.

6) YDP memaklumkan akan mengadakan perjumpaan setiap bulan bersama ibu bapa bagi membincangkan kelemahan anak-anak mereka supaya ibu bapa tahu perkembangan.

7) Ustaz Mohd Sukri memaklumkan bahawa yuran KAFA dan MAINS tidak sama. Yuran KAFA adalah yuran yang dibayar oleh ibu bapa sepanjang tahun semasa. Manakala sumbangan daripada MAINS itu adalah wang yang disumbangkan untuk program Kem Bestari solat di bawah proram j-QAF cuma wang tersebut ditumpangkan kepada akaun PIBG atas akaun KAFA.

8) GPK KO memaklumkan kejohanan sukan sekolah akan diadakan pada 1 Mac 2015 bersamaan dengan hari Ahad jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Padang Awam Rantau.

9) Pemberian imbuhan bagi murid yang memperoleh keputusan UPSR 5A seramai 5 orang dan UPKK 4A seramai 9 orang.

10) Yuran PIBG sebanyak RM50.00 dikenakan bagi setiap keluarga. Akan tetapi hanya 200 buah keluarga sahaja yang telah membuat pembayaran PIBG.

11) GB mencadangkan pembayaran PIBG pada Tahun 2015 ialah sebanyak RM70.00 bagi sebuah keluarga.

12) YDP mencadangakan GPK HEM memaparkan senarai nama ibu bapa atau penjaga yang tidak membuat pembayaran di sudut PIBG.

13) GB memaklumkan bahawa pengawal keselamatan tidak ditugaskan untuk menjaga murid-murid melintas jalan raya pada waktu pagi. Akan tetapi peranan yang telah dilakukan tersebut atas inisiatif atau ihsan pengawal keselamatan itu sendiri untuk menjaga keselamatan murid-murid melintas jalan.

14) GB memaklumkan sekolah akan mengedarkan surat kepada ibu bapa atau penjaga bagi pemberitahuan tentang penutupan pagar besar pada hari Jumaat. Murid perlu keluar mengikut pagar kecil untuk mengelakkan kesesakan keluar masuk kenderaan.

15) GPK HEM memaklumkan bahawa sekiranya murid dapat bantuan KWAMP, murid tersebut tidak bantuan e-Kasih. Murid hanya dapat satu bantuan sahaja.

16) Pelaksaan kelas Tasmik bagi Tahap 1 pada jam 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang. Manakala Tahap 2 pada jam 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang.