isu, cabaran alam sekitar dan respons perniagaan di ... · pdf fileisu, cabaran alam sekitar...

11
PROSIDING PERKEM VI, JILID 1 (2011) 389 399 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI), Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup, Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 7 Jun 2011 Isu, Cabaran Alam Sekitar dan Respons Perniagaan di Malaysia Abad 21: ke Arah Pembangunan Lestari Environmental Issues, Challenges and Business Responses in Malaysia in the 21 st Century: Towards a Sustainable Development Mohd Rafi Yaacob, PhD ([email protected]) Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan ABSTRAK Memang tidak dapat dinafikan isu alam sekitar menjadi salah satu topik yang semakin diberi tumpuan di negara ini. Seriusnya masalah alam sekitar di Malaysia bergantung kepada sejauh mana seseorang atau organisasi mementingkan alam sekitar. Di satu pihak terutamanya ahli akademik, environmentalis dan badan pertubuhan bukan kerajaan mesra alam (ENGOs) beranggapan Malaysia mengalami krisis alam sekitar. Manakala di satu pihak lain terutamanya pihak kerajaan dan organisasi perniagaan beranggapan sebaliknya. Walau bagaimanapun, ke dua-dua pihak ini bersependapat bahawa alam sekitar di Malaysia mengalami tekanan akibat pemodenan dan pembangunan. Memandangkan aktiviti- aktiviti perniagaan adalah agen pembangunan dan pemodenan memberi impak kepada alam sekitar, maka mereka sepatutnya mengurangkan tekanan terhadap alam sekitar dalam setiap aktiviti untuk memastikan pembangunan lestari negara dicapai. Di Malaysia secara amnya boleh dikatakan hubungan perniagaan dan alam sekitar tidak diberi perhatian yang sepenuhnya. Dengan kata lain, ukuran akhir prestasi syarikat ialah keuntungan jangka pendek berbentuk wang ringgit, bukannya kepada masyarakat dan alam sekitar. Oleh sebab itu, matlamat kertas kerja ini: (i) melihat jenis perniagaan dan status pematuhan undang-undang alam sekitar. (ii) mencadangkan respons atau strategi yang perlu diambil oleh organisasi perniagaan di Malaysia untuk menangani permasalah ini. (iii) mengupas cabaran alam sekitar perniagaan di masa hadapan. Dalam hubungan perniagaan dan alam sekitar, di sini penyelidik meneropong jauh ke hadapan iaitu suatu sudut di mana perniagaan boleh mengubahsuai struktur dan operasinya untuk membolehkannya memenuhi kehendak pemegang saham dan pemegang taruh serta memenuhi cabaran alam sekitar yang semakin penting. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai ranjau dan duri yang perlu ditempohi untuk memastikan alam sekitar diberi pertimbangan yang sewajarnya dalam perniagaan. Di sini jelas keperluan kepada perubahan nilai sistem kepercayaan melalui promosi ekosistem, sikap yang lebih realistik, peraturan yang lebih ketat dan metod atau teknik penilaian dan analisis yang lebih mantap. Walau bagaimanapun, ini secara mendalamnya bergantung kepada pengambilan isu-isu alam sekitar oleh perniagaan secara serius untuk meningkatkan gelagat perniagaan kepada alam sekitar. Kata kunci: Perniagaan, alam sekitar, respons. ABSTRACT It cannot be denied that environmental issue is amongst important issues gaining more attention in our country. The seriousness of the environmental issues in Malaysia relies on to what extent individual or organization pays attention toward the environment. On the one hand especially academicians, environmentalists as well as environmental non governmental organization (ENGOs) believe Malaysia is experiencing environmental crises. But on the other hand, especially the government and businesses have the opposite view. However, both parties in the agreement that Malaysia experiences environmental pressure due to modernization and development. As environmental impacts generated by business activities which are agents of development and modernization, businesses should reduce environmental pressure in each and every activity in order to ensure sustainability of the country. By and large, in Malaysia the relationship between businesses and the environment is not given full attention. In order word, the bottom line of businesses is financial short term profit rather than to society and the environment. Due to the above background, the aims of this paper are: (i) to study types of businesses and their compliant status. (ii) to suggest responses or strategies should be taken by businesses in Malaysia to address this problem. (iii) to discuss business environmental challenges in the future. In terms of the relationship between business and the environment, the research looks at

Upload: lyduong

Post on 08-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

PROSIDING PERKEM VI, JILID 1 (2011) 389 – 399

ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI),

Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup,

Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 – 7 Jun 2011

Isu, Cabaran Alam Sekitar dan Respons Perniagaan di Malaysia

Abad 21: ke Arah Pembangunan Lestari

Environmental Issues, Challenges and Business Responses in Malaysia in the 21st

Century: Towards a Sustainable Development

Mohd Rafi Yaacob, PhD ([email protected])

Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan

Universiti Malaysia Kelantan

ABSTRAK

Memang tidak dapat dinafikan isu alam sekitar menjadi salah satu topik yang semakin diberi tumpuan

di negara ini. Seriusnya masalah alam sekitar di Malaysia bergantung kepada sejauh mana seseorang

atau organisasi mementingkan alam sekitar. Di satu pihak terutamanya ahli akademik, environmentalis

dan badan pertubuhan bukan kerajaan mesra alam (ENGOs) beranggapan Malaysia mengalami krisis

alam sekitar. Manakala di satu pihak lain terutamanya pihak kerajaan dan organisasi perniagaan

beranggapan sebaliknya. Walau bagaimanapun, ke dua-dua pihak ini bersependapat bahawa alam

sekitar di Malaysia mengalami tekanan akibat pemodenan dan pembangunan. Memandangkan aktiviti-

aktiviti perniagaan adalah agen pembangunan dan pemodenan memberi impak kepada alam sekitar,

maka mereka sepatutnya mengurangkan tekanan terhadap alam sekitar dalam setiap aktiviti untuk

memastikan pembangunan lestari negara dicapai. Di Malaysia secara amnya boleh dikatakan hubungan

perniagaan dan alam sekitar tidak diberi perhatian yang sepenuhnya. Dengan kata lain, ukuran akhir

prestasi syarikat ialah keuntungan jangka pendek berbentuk wang ringgit, bukannya kepada masyarakat

dan alam sekitar. Oleh sebab itu, matlamat kertas kerja ini: (i) melihat jenis perniagaan dan status

pematuhan undang-undang alam sekitar. (ii) mencadangkan respons atau strategi yang perlu diambil

oleh organisasi perniagaan di Malaysia untuk menangani permasalah ini. (iii) mengupas cabaran alam

sekitar perniagaan di masa hadapan. Dalam hubungan perniagaan dan alam sekitar, di sini penyelidik

meneropong jauh ke hadapan iaitu suatu sudut di mana perniagaan boleh mengubahsuai struktur dan

operasinya untuk membolehkannya memenuhi kehendak pemegang saham dan pemegang taruh serta

memenuhi cabaran alam sekitar yang semakin penting. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai ranjau

dan duri yang perlu ditempohi untuk memastikan alam sekitar diberi pertimbangan yang sewajarnya

dalam perniagaan. Di sini jelas keperluan kepada perubahan nilai sistem kepercayaan melalui promosi

ekosistem, sikap yang lebih realistik, peraturan yang lebih ketat dan metod atau teknik penilaian dan

analisis yang lebih mantap. Walau bagaimanapun, ini secara mendalamnya bergantung kepada

pengambilan isu-isu alam sekitar oleh perniagaan secara serius untuk meningkatkan gelagat

perniagaan kepada alam sekitar.

Kata kunci: Perniagaan, alam sekitar, respons.

ABSTRACT

It cannot be denied that environmental issue is amongst important issues gaining more attention in our

country. The seriousness of the environmental issues in Malaysia relies on to what extent individual or

organization pays attention toward the environment. On the one hand especially academicians,

environmentalists as well as environmental non governmental organization (ENGOs) believe Malaysia

is experiencing environmental crises. But on the other hand, especially the government and businesses

have the opposite view. However, both parties in the agreement that Malaysia experiences

environmental pressure due to modernization and development. As environmental impacts generated

by business activities which are agents of development and modernization, businesses should reduce

environmental pressure in each and every activity in order to ensure sustainability of the country. By

and large, in Malaysia the relationship between businesses and the environment is not given full

attention. In order word, the bottom line of businesses is financial short term profit rather than to

society and the environment. Due to the above background, the aims of this paper are: (i) to study

types of businesses and their compliant status. (ii) to suggest responses or strategies should be taken

by businesses in Malaysia to address this problem. (iii) to discuss business environmental challenges in

the future. In terms of the relationship between business and the environment, the research looks at

390 Mohd Rafi Yaacob

future scenario, focusing on how businesses can adjust their structures and operations to comply with

both shareholders and stakeholders and to accommodate future needs to environmental proctection. It

is clear that the tantalizing needs for changes in belief system through promotion of ecosystem,

realistic attitude, tougher regulation and efficient method or assessment techniques. However, this

largely depends on how serious environmental issues are taken by businesses in order to increase

business environmental behavior.

Keywords: Businesses, environment, response

PENGENALAN

Perniagaan banyak member manfaat kepada manusia. Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja

menyumbang dari segi produk tetapi juga perkhidmatan yang diberikan memudahkan kerja seharian

manusia. Pada masa yang sama ia turut memberi sumber pendapatan kepada pengusaha, gaji kepada

pekerja, menjana ekonomi setempat dan juga negara dari segi pendapatan dalam negara kasar

(KDNK). Membangun atau tidak sesuatu masyarakat dan negara banyak ditentukan oleh aktiviti

perniagaan yang dijanakan. Di samping itu peluang pekerjaan yang diwujudkan apabila perniagaan

dijalankan mengurangkan masalah pengganguran. Tetapi dalam keghairahan organisasi perniagaan

menjalankan aktiviti mereka, wujud kesan yang negatif kepada alam sekitar seperti pencemaran air dan

udara, hakisan dan pemendapan, penyahutanan dan lain-lain lagi yang mana akhirnya member impak

buruk kepada sesuatu masyarakat dan dunia keseluruhannya jika aktiviti-aktiviti ini tidak

menghiraukan isu alam sekitar. Sebagai contoh letupan dan kebakaran yang berlaku di pelantar

minyak minyak laut dalam di Teluk Mexico akibat kecuaian kontraktor syarikat minyak gergasi British

Petroleum (BP) menyebabkan kematian 11 orang pekerja dan tumpahan minyak sebanyak 780 juta liter

-19 kali ganda lebih besar daripada tumpahan Exxon Valdez pada akhir tahun 1980an (The Star, 22

April 2011). Tumpahan minyak merebak sampai ke Delta Mississipi dan mengakibatkan kemusnahan

ekosistem hidupan marin dan pendapatan nelayan yang bergantung kepadanya turut terancam. BP

yang mengalami kerugian besar dari segi kewangan dan juga menjejaskan nama baik syarikat akibat

tragedi buruk tersebut menyaman kontraktor pelantar minyak Transocean sebanyak US$40 (RM120.3)

billion kerana kecuaian yang menyebabkan malapetaka tersebut (The Star, 22 April 2011).

Menyedari sebahagian punca masalah alam sekitar seperti disebut di atas berpunca daripada

perniagaan, maka merekalah yang bertanggungjawab untuk menanganinya. Perniagaan perlulah

memastikan aktiviti mereka serasi dengan ekosistem atau mesra alam. Tetapi, adalah mustahil untuk

mengharapkan perniagaan menukar sikap dan operasi mereka berkaitan dengan alam sekitar tanpa

dibantu dan disokong oleh imbuhan polisi kerajaan dan juga tekanan undang-undang terhadap aktiviti

tidak mesra alam. Sebaliknya, tidak mungkin pihak kerajaan akan melancarkan perubahan ini tanpa

sokongan dari pihak peniaga. Oleh kerana perniagaan adalah enjin pembangunan negara pihak

kerajaan amat berhati-hati sebelum mengambil sesuatu tindakan yang boleh merugikan pihak

perniagaan. Dalam hal ini kerjasama diantara organisasi kerajaan dan organisasi perniagaan amatlah

penting untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Kerjasama ini memberi manfaat kepada

kedua-dua belah pihak dan juga masyarakat.

Di negara barat terutamanya Netherlands, United Kingdom dan Germany didapati impak

negatif perniagaan ke atas alam sekitar telah dapat dikurangkan secara signifikan disebabkan

pemodernan dari segi teknologi yang digunapakai, undang-undang yang berintensifkan pasaran (market

based-instruments), penguatkuasaan undang-undang alam sekitar yang ketat serta tekanan institusi

seperti organisasi bukan kerajaan mesra alam (ENGOs), media dan juga masyarakat yang perihatin

terhadap alam sekitar. Fenomena ini dijelaskan melalui teori sosial yang dikenali sebagai

Permodenan Ekologikal (Ecological Modernization). Teori ini menjelaskan kepentingan kepada

keperluan transformasi struktur perniagaan, polisi awam dan juga institusi berkaitan alam sekitar yang

menjadi asas transformasi ideologi kedua-dua polisi awan dan komuniti perniagaan (Weale, 1992,

Mol,1996,1999). Walaupun teori ini mampu menjelaskan peningkatan pemuliharaan dan pemeliharaan

alam sekitar di negara-negara Eropah Barat yang disebut di atas, kajian-kajian di negara membangun

mendapati teori tidak masih lagi belum menjelaskan bagaimana pemodenan dan pembangunan selari

dengan ekologi.

Walau bagaimanapun, sejauh mana Malaysia melangkah ke arah pencapaian permodenan

ekologikal seiring dengan ekosistem bergantung kepada sejauh mana sesuatu industri itu sendiri dan

sejauh mana pemegang watak atau pemain dalam industri dan mereka terlibat secara langsung atau

tidak langsung menangani permasalah alam sekitar di negara ini. Dengan kata lain perniagaan di

Malaysia perlulah memberi respons yang serius terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 391

di negara kita. Pada masa sekarang ada lagi perniagaan di Malaysia yang tidak begitu memperdulikan

isu alam sekitar akibat aktiviti mereka kerana isu tersebut dianggap sebagai externalities yang tidak

dimasukkan dalam kos operasi.

Ini sudah dijangkakan kerana tidak semua industri memberi impak yang sama ke atas alam

sekitar, sesetengahnya (industri yang cenderung memberi impak negatif alam sekitar seperti

perlombongan, perladangan besar dan pembinaan) perlulah mempunyai polisi alam sekitar kerana ia

secara langsung memberi impak negatif ke atas alam sekitar. Industri ini diketahui lebih peka kepada

alam sekitar, kerana peraturan kerajaan yang sebegitu terhadap mereka. Pihak berkuasa alam sekitar

iaitu Jabatan Alam Sekitar sentiasa mengawasi mereka. Sebaliknya organisasi yang secara tidak

langsung dengan alam sekitar seperti bank, institusi kewangan dan perkhidmatan didapati kurang

memberi penekanan dalam aspek alam sekitar kerana skop perniagaan mereka adalah perkhidmatan.

Walau bagaimanapun mereka sebenarnya turut terlibat kerana merekalah yang membiayai aktiviti

pembangunan melalui pinjaman yang diberikan ke atas syarikat-syarikat yang mengendalikan

pembangunan. Berbeza dengan Malaysia, institusi kewangan di negara-negara maju mempunyai polisi

alam sekitar mereka sendiri dan mengenakan polisi tersebut kepada pelanggan mereka sebelum

pinjaman diberikan. Ini secara langsung memaksa organisasi perniagaan mempunyai polisi alam

sekitar.

Industri kelapa sawit adalah salah satu contoh industri di Malaysia yang mendapat kritikan

yang hebat terutamanya daripada pertubuhan bukan kerajaan mesra alam (ENGOs) antarabangsa

kerana kaitannya dengan penyahutanan, pengelodakan, pencemaran, dan juga kepupusan flora dan

fauna. Ancaman industri kelapa sawit terhadap kehidupan orang utan menjadi senjata barat untuk

menjatuhkan reputasi industri tersebut. Jika industri kelapa sawit lebih mesra alam, tohmahan ini boleh

ditangani. Dalam pada itu industri kelapa sawit Malaysia yang mesra alam boleh menjadi senjata

ampuh industri untuk bersaing di arena antara bangsa melalui green credential yang menawarkan harga

premium minyak sawit (Mohd Rafi, 2009).

Kajian yang dijalankan oleh Mohd Rafi (2010a) mendapati terdapat 3 tahap respons 39

syarikat kelapa sawit Malaysia di bawah Bursa Saham Kuala Lumpur berhubungan dengan alam

sekitar - proaktif, pertengahan dan minimalis. Syarikat yang proaktif biasanya dicerminkan oleh ciri

pengurusan diperingkat korporat, dan seterusnya diamalkan diperingkat taktikal dan juga peringkat

terendah iaitu operasi yang melibat aktiviti harian yang mesra alam. Syarikat kelapa sawit yang

proaktif diwakili oleh syarikat yang besar, mempunyai operasi di peringkat antarabangsa, memasukkan

isu alam sekitar dalam misi perniagaan mereka, mendapat pensijilan ISO 14000 dan kebanyakan

mereka adalah ahli RSPO. Mereka pada masa yang sama mengamalkan aktiviti diperingkat taktikal

termasuklah melantik seseorang yang bertanggungjawab dalam hal alam sekitar, melapurkan isu alam

sekitar di laporan tahunan syarikat, mengamalkan aktiviti kitar semula dan juga membangunkan kaedah

pelupusan sisa efluen sawit yang lebih cekap. Tetapi golongan ini kecil bilangnya. Pada masa yang

sama, syarikat yang dikatakan pertengahan (intermediator) pula mengamalkan strategi alam sekitar

diperingakt pertengahan dan di peringakt operasi. Tiada penggunaan instrument alam sekitar yang

canggih dan alam sekitar tidak menjadi agenda korporat syarikat mereka. Sebaliknya syarikat yang

dikatakan minimalist ini memastikan mereka mengikut undang-undang sahaja dan tidak lebih daripada

itu. Jika ada apa-apa yang dilakukan mesra alam itu hanyalah bermotifkan keuntungan atau faktor

ekonomi dan bukan kerana alam sekitar semata-mata. Syarikat ini biasanya beroperasi di dalam negara

sahaja dan mempunyai saiz ladang yang kecil berbandinga dengan kumpulan proaktif dan

pertengahan. Majoriti syarikat kelapa sawit Malaysia berada pada tahap ini. Industri kelapa sawit

adalah salah satu contoh bagaimana perniagaan memberi respons kepada isu alam sekitar. Selain itu

aktiviti lain seperti pembalakan hutan hujan tropika dan industri perlombongan tidak sunyi dari kritikan

pihak-pihak yang serius dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di negara kita.

Berdasarkan perbincangan di atas kertas kerja ini mengupas isu-isu alam sekitar berkaitan

dengan organisasi perniagaan di Malaysia. Matlamat kertas kerja ini ialah: (i) melihat status

pematuhan undang-undang alam sekitar perniagaan; (ii) mencadangkan strategi atau respons yang

perlu diambil oleh organisasi perniagaan di Malaysia untuk menangani permasalah ini; (iii) mengupas

cabaran perniagaan berhubung dengan alam sekitar dimasa hadapan. Dalam hubungan perniagaan dan

alam sekitar, di sini penyelidik meneropong jauh ke hadapan iaitu suatu sudut di mana perniagaan

boleh mengubahsuai struktur dan operasinya untuk membolehkan perniagaan memenuhi kehendak

pemegang saham dan pemegang taruh lain serta memenuhi cabaran alam sekitar yang semakin penting.

Tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai ranjau dan duri yang perlu ditempohi untuk memastikan alam

sekitar diberi pertimbangan yang sewajarnya dalam perniagaan. Ini tidaklah mudah untuk

dilaksanakan tanpa usaha bersungguh-sungguh daripada organisasi perniagaan dan sokongan daripada

pihak lain yang berkaitan. Di sini jelas keperluan kepada perubahan nilai sistem kepercayaan melalui

promosi ekosistem, sikap yang lebih realistik, peraturan yang lebih ketat dan metod atau teknik

392 Mohd Rafi Yaacob

penilaian dan analisis yang lebih mantap. Pemodernan ekologikal dalam organisasi perniagaan

memainkan peranan yang penting. Ini secara mendalamnya bergantung kepada sejauh mana

seriusnya pengambilan isu-isu alam sekitar oleh perniagaan untuk meningkatkan respon perniagaan

kepada alam sekitar yang lebih mesra alam.

ISU-ISU ALAM SEKITAR DI MALAYSIA – JENIS PERNIAGAAN DAN KADAR

PEMATUHAN UNDANG-UNDANG

Di Malaysia premis-premis yang bukan ditetapkan yang melepaskan effluen adalah tertakluk kepada

kawalan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan Dan Effluen-Effluen

Perindustrian) 1979. Pada tahun 2007 (lihat Rajah 1), Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan

6,856 pemeriksaan penguatkuasaan terhadap sejumlah 6,272 premis industri dan premis-premis yang

bukan ditetapkan yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan Dan

Effluen-Effluen Perindustrian) 1979. Pencapaian pematuhan keseluruhan oleh premis yang bukan

ditetapkan adalah 71%. Sebanyak 29% premis lain yang diperiksa didapati menghadapi berbagai

kesukaran pematuhan seperti tidak mematuhi piawaian pelepasan effluen (Peraturan 8) dan tidak

mempunyai Kebenaran Bertulis bagi pembinaan loji pengolahan effluen (Peraturan 4).

Sebanyak 85 kes premis yang tidak patuh ini adalah tertakluk kepada tindakan undang-undang

dan telah dituduh di mahkamah. Sejumlah RM 571,400.00 denda telah dikenakan. Tindakan-tindakan

lain yang diambil adalah pengeluaran 1,038 surat arahan dan 317 notis arahan kepada industri supaya

mereka mengambil tindakan yang sepatutnya bagi mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan Dan Effluen-Effluen Perindustrian) 1979.

Didapati pada tahun 2007, status pematuhan industri dan premis-premis yang bukan

ditetapkan mengikut jenis industri menunjukkan sebahagian besar premis perniagaan tidak dapat

mencapai pematuhan penuh iaitu 100 peratus (Rajah 1). Hanya kilang padi mencapai pematuhan

sebanyak 100%, manakala industri-industri galian bukan logam, berasaskan kayu, jentera, perhotelan,

Indah Water Korsortium dan loji pengolahan persendirian, kuari, kulit, penapisan minyak (makan) dan

penapisan petroleum mencapai pematuhan di antara 81% hingga 93% pematuhan.

Pengilangan logam hanya 79% pematuhan. Manakala industri seperti makanan dan minuman,

plastic, elektrik dan elektronik, bengkel, loji rawatan air, simen dan kertas pula kadar pematuhan

diantara 60%-70%. Pematuhan yang lebih rendah diantara 50%-59% adalah industri tekstil, kimia,

ubatan, lain-lain, percetakan dan penyudahan logam & sadur elektrik dan kenderaan. Apa yang lebih

malang lagi ada industri yang tidak sampai 50 peratus pematuhan kepada Pematuhan Akta Alam

Sekeliling 1979. Ini melibatkan industri makanan ternakan dan fabrikasi logam.

Selain daripada premis yang disebut di atas di Malaysia, premis yang ditetapkan melepaskan

efluen adalah kursus kepada kilang kelapa sawit dan kilang getah. Jadual I menunjukkan status

pematuhan kilang kelapa sawit dan getah asli terhadap peraturan kualiti alam sekeliling (kumbahan dan

effluent) dari tahun 2002 sehingga 2007.

Dari segi pematuhan didapati ke dua-dua industri kelapa sawit dan getah menunjuk turun

naiknya kadar pematuhan kedua-dua jenis industri ini melalui masa. Kadar pematuhan tertinggi kelapa

sawit direkodkan pada tahun 2004 iaitu 81 peratus. Sebaliknya kadar terendah direkodkan pada tahun

2002 sebanyak 41 peratus. Lain-lain tahun, pematuhan adalah diantara ke dua ekstrim ini. Manakala

dari segi pematuhan getah asli didapati rekod tertinggi dicatatkan pada tahun 2004 iaitu 87 peratus,

status pematuhan terendah pula dicatatkan pada tahun 2002 iaitu 71 peratus. Apa yang menghairankan

di sini didapati pematuhan kedua-dua industri tidak meningkat melalui masa. Sepatutnya industri di

atas meningkatkan pematuhan peraturan effluent dari masa ke semasa kerana mereka boleh

menggunakan pengalaman mereka.

Parameter-parameter yang sukar dipatuhi ialah keperluan oksigen biokimia (BOD), keperluan

oksigen kimia (COD), pepejal terampai (SS), dan minyak dan gris (O&G). Secara spesifiknya, industri

elektrik dan elektronik gagal mematuhi standard bagi parameter COD, BOD, SS dan O&G dan industri

makanan dan minuman sukar mematuhi parameter COD, BOD, SS dan O&G.

Bagi meningkatkan pematuhan, Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan arahan-arahan

kepada pihak industri untuk memasang alat kawalan pencemaran yang efisien, meningkatkan

keupayaan kemudahan kawalan pencemaran yang sediada dan juga supaya menyediakan jadual

perancangan dan perlaksanaan sistem pengurusan alam sekitar yang baik. Di samping itu, pelbagai

aktivti kesedaran turut dilaksanakaan sepanjang tahun untuk kumpulan sasaran yang spesifik seperti

dialog, seminar dan bengkel untuk industri dengan tujuan untuk meningkatkan paras pematuhan.

Jabatan Alam Sekitar turut mempromosikan penggunaan teknologi kawalan yang efisien, amalan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 393

pengeluaran bersih serta ‘self-regulation’. Pihak industri juga dinasihatkan untuk mewujudkan sistem

pengurusan alam sekitar yang baik dan mendapatkan pensijilan ISO 14000.

RESPONS MESRA ALAM PERNIAGAAN

Salah satu cara yang difikirkan baik dan berkesan untuk membina amalan mesra alam dalam

perniagaan di Malaysia bukanlah daripada kosong atau scratch, sebaliknya mereka terlebih dahulu

perlu belajar daripada orang lain. Dalam hal ini mereka perlu mempelajari dan mendapat pengalaman

dari syarikat besar terutamanya syarikat multi-nasional (MNCs) yang ada di Malaysia. Syarikat MNCs

biasanya mempunyai polisi alam sekitar yang lebih mantap berdasarkan syarikat induk mereka di

negara-negara yang maju seperti di Jepun, Amerika Syarikat dan juga di Eropah. Banyak yang boleh

dipelajari termasuklah amalan kitar semula (recycle) yang dilakukan, penggunaan teknologi yang

mengurangkan penggunaan tenaga (efficient energy usage). Selain itu memang tidak dapat dinafikan

terdapat juga contoh-contoh yang boleh diperlajari oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

antarabangsa yang mantap dari segi polisi dan praktis alam sekitar mereka.

Penyelidik berpendapat empat perkara yang perlu diberi perhatian oleh organisasi perniagaan

di Malaysia untuk memastikan aktiviti perniagaan yang dijalankan mesra alam:

(i) Menghalang kemusnahan kepada alam sekitar

(ii) Mengambil kira kos alam sekitar akibat produk dan/atau perkhidmatan/servis

(iii) Menggunakan sumber dengan cekap dan amalan kitar semula

(iv) Menwar-warkan/melaporkan pencapaian alam sekitar syarikat

Di bawah menyingkap perkara di atas dengan lebih terperinci.

Menghalang kemusnahan berterusan kepada alam sekitar

Umumnya semua negara setuju terhadap keperluan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.

Tetapi hal ini akan menjadi lebih rumit apabila ia melibatkan pembangunan. Kebanyakkan negara

membangun termasuklah Malaysia tidak bersetuju dengan formula yang diutarakan oleh negara maju

bahawa negara-negara membangun perlu mengurangkan pertumbuhan ekonomi yang dijana oleh

aktiviti perniagaan untuk mengurangkan impak ke atas alam sekitar dalam menangani permasalahan

alam sekitar sejagat. Sesetengah negara membangun menganggap ia sebagai helah atau dalih ataupun

sekatan negara-negara maju untuk menghalang negara membangun mencapai tahap pembangunan dan

modernisasi seperti apa yang dinikmati oleh negara maju pada masa ini. Preskripsi ini ibarat ubat yang

pahit yang perlu ditelam oleh negara-negara membangun.

Negara-negara maju mengakui mereka telah membuat banyak banyak kesilapan semasa

mereka mengalami proses pemodenanan. Proses perindustrian yang begitu pesat dinegara tersebut

tidak memberi keutamaan terhadap alam sekitar . Permulaan awal perindustrian di England sehingga

tahun 70an memperlihatkan pencemaran alam sekitar di negara tersebut. Tetapi, pada lewat 80an

mereka telah menyedari hal itu dan sekarang mereka mengambil isu alam sekitar secara bersungguh-

sungguh dan menguna pakai pendekatan yang holistik. Ini dilihat dari kesungguhan mereka dalam

menangani isu alam sekitar. Sebagai contoh di Amerika Syarikat, Endangered Species Act akibat

spesis burung tertentu yang ditakuti mengalami kepupusan, mengakibatkan aktiviti ekonomi seperti

pembalakan di kawasan sukar untuk dilaksanakan (Mel White, 2006). Akibat undang-undang yang

ketat, disokong oleh penguatkuasaan dan taraf pendidikan yang tinggi di kalangan masyarakat mereka

menjadi golongan pendesak yang berkuasa. Justeru, negara-negara maju mencapai banyak kemajuan

dalam pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Sewaktu masa dahulu sungai di negara-negara

Jerman, Belanda, Norway dan United Kingdom tercemar, tetapi sekarang menjadi lebih bersih. Jika

dulu industri mereka banyak menggunakan bahan mentah dan juga tenaga elektrik tetapi sekarang

digunakan secara efektif and efisien. Guna semula (reuse), kitar semula (recycle), and mengurang

penggunaan bahan (reduce) telah diamalkan secara meluas di negara-negara tersebut.

Negara-negara maju menyedari kesilapan mereka dan berharap negara-negara membangun tidak

mengulangi kesilapan yang sama/tidak mengikut jejak langkah mereka. Mereka mencadangkan negara

membangun perlu memikirkan eleman alam sekitar dalam pembangunan. Jika perniagaan di Malaysia

melihat isu ini secara positif, banyak manfaat yang boleh dicapai. Diantaranya penggunaan bahan

sumber api, penggunaan air, bahan mentah yang lebih cekap.

Seperti dijelaskan sebelum ini perniagaan di Malaysia tidak perlu pergi jauh untuk melihat hal

ini. Jika dilihat syarikat MNCs yang melabur di sini, didapati mereka mempunyai polisi alam sekitar

394 Mohd Rafi Yaacob

syarikat yang menyebabkan amalan alam sekitar mereka jauh lebih mantap. Perkara yang sama juga

diperhatikan kepada PKS yang berasal dari negara-negara maju. Ini berbeza dengan industri tempatan

yang rata-rata tidak begitu jelas sikap dan amalan mereka terhadapa alam sekitar. Jika perniagaan di

negara kita, bersaiz besar, mahupun sederhana dan kecil mengambil hal alam sekitar secara serius dan

bukannya melepas batuk ditangga, Malaysia akan mencapai pembangunan lestari yang seimbang dari

segi pembangunan dan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar seperti yang diharap-harapkan

pada tahun 2020 nanti.

Dalam hal ini, kerjasama yang rapat diantara syarikat MNCs, syarikat besar tempatan

termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLCs), PKS mahupun pihak kerajaan, majlis tempatan amatlah

penting. Kerjasama ini boleh dilihat melalui situasi menang-menang (win-win situation) di mana ke

dua-dua pihak mendapat manfaat. Contohnya dari segi aktiviti yang menghalang kerosakan alam

sekitar melalui amalan mengurangkan penggunaan bahan mentah, bahan yang tidak renewable, dan

juga mengelak menggunakan bahan yang toksik. Sebaliknya, perniagaan perlu menggunakan alat-alat

yang efisien, menggunakan EIA (Penilaian dampak alam sekitar), audit alam sekitar, dan juga analisa

kitaran (LCA). LCA buat masa ini telah diguna pakai sebagai amalan biasa di syarikat-syarikat besar.

Sebenarnya, banyak faedah yang boleh didapati daripada penggunaan LCA, dari segi kebolehannya

untuk menolong memberi gambaran yang menyeluruh kesan operasi perniagaan dan juga penting untuk

tujuan promosi. Walau bagaimana pun penggunaan kaedah ini masalah lagi diperingkat permulaan di

Malaysia, Teknik ini membantu kerana ia menunjukkan mencegah lebih baik dari mengubati. Tetapi

perlulah diingat penggunaan kaedah ini akan mengambil jangka masa tertentu oleh sesebuah

perniagaan. Oleh kerana kemajuan sains and teknologi terutamanya penggunaan ICT dan model LCA

seseorang itu bukan sahaja mengesan dan membuat ramalan tetapi mengetahui punca dan anggaran

kesan kerosakan alam sekitar. Jika mekanisma ini telah dikenalpasti ia boleh diguna pakai untuk

mengurangkan kemusnahan alam sekitar. Sebagai contoh, mengira kesan cloroflorokarbon yang

berpunca dari penggunaan aerosol dan juga penggunaan peti sejuk.

Jadi langkah yang proaktif yang boleh diambil oleh perniagaan ialah untuk mengelak diri dari

terlibat dengan sebarang aktiviti yang mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar. Jika tidak

dapat dielak ia perlu melihat LCA sesuatu produk dan mencari jalan untuk mengurangkan impak

terhadap alam sekitar berdasar analisis kitaran hayat produk

Mengambil kira kos alam sekitar akibat produk dan/atau perkhidmatan/servis

Keutamaan yang ke dua ialah menghalang kemusnahan yang berterusan kepada alam sekitar, membaik

pulih dan membaiki kemusnahan pada masa lepas. Keperluan asas di sini adalah untuk memastikan kos

kemusnahan alam sekitar dimasukkan dalam kos pengeluaran produk atau penyediaan perkhidmatan.

Buat masa ini harga sesuatu barangan tidak mengambil kira kos sebenar iaitu sumber yang tidak boleh

diganti (irreplaceable assets) di mana generasi akan datang mempunyai saham atau hak ke atasnya.

Dengan kata lain kita tidak mewarisi dunia ini dari nenek moyang kita, tetapi kita meminjam dari anak

cucu kita yang belum dilahirkan di dunia ini. Kos menghasilkan sesuatu produk bukan sahaja melibat

kos bahan mentah, buruh, mesin dan penggunaan tenaga tetapi kos terhadap alam sekitar. Pelepasan

asap, pencemaran sungai, penggunaan bahan non renewable yang tidak boleh diganti perlu diletakkan

harga.

Perniagaan tidak boleh meninggalkan legasi kemusnahan alam sekitar kepada generasi akan

datang, sebaliknya ia perlulah dibaik pulih dan ia memerlukan kos yang tertentu. Tetapi kos ini boleh

dipertimbangkan jika semua pihak termasuk perniagaan serius untuk menangani perkara ini.

Sebahagian kos ini boleh dicapai melalui pembiayaan organisasi perniagaan dan sebahagian lagi oleh

pihak kerajaan. Contohnya seperti aktiviti tebus guna tanah, menanam semula pokok bakau ditepi

sungai ataupun pantai dan muara. Walaupun kemusnahan alam sekitar biasanya dikaitkan dengan

aktiviti perniagaan, pihak kerajaan perlulah bertanggungjawab kerana mereka sebenarnya memberi

lesen dan membenarkan aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan di masa lepas. Dari tahap individu,

sesebuah organisasi, pemuliharaan dan membaiki pulih alam sekitar yang terganggu kepada keadaan

semula jadi ialah melalui pelaburan ke atas kilang dan juga peralatan mahupun operasi dan sistem

pengurusan yang lebih efisien dan efektif. Organisasi perniagaan yang besar, sederhana mahupun kecil

turut terlibat dan mengembleng tenaga ke arah pembangunan lestari.

Menggunakan sumber dengan cekap dan amalan kitar semula

Keutamaan yang ke tiga ialah untuk memastikan penggunaan sumber-sumber yang non renewable

diganti dengan sumber-sumber yang renewable. Ini merujuk kepada keperluan kepada pergembangan

polisi yang sedia ada kepada polisi meminimakan bahan buangan dan menggalakkan penggunaan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 395

semula atau kitar semula dan penggunaan tenaga yang mesra alam seperti tenaga suria. Didapati

sebahagian besar kesinambungan aktiviti yang tidak mesra alam adalah disebabkan oleh ketidakhadiran

polisi mesra alam sesuatu organisasi perniagaan ataupun kehadirannya hanyalah sebagai rhetorik, tidak

dipraktikan secara serius. Pihak atasan yang tidak mengambil serius akan hal ini menyebabkan isu ini

dikesampingkan. Ini ditambah pula dengan kelemahan undang-undang dan juga kelemahan regim

penguatkuasaan yang gagal membuat perniagaan mengambil kira sepenuhnya dalam asas sesuatu

perniagaan yang berkaitan dengan kos alam sekitar yang berkaitan dengan operasi. Jika ini kos alam

sekitar diambil kira ia dapat diterjemahkan dari segi harga yang lebih realistik yang diguna untuk

menilai bahan-bahan yang digunakan.

Kegagalan mengambil kira bahan yang tidak boleh dikitar semula dan juga dilihat ketidak

upayaan organisasi perniagaan untuk melindungi habitat, spesis dan juga landskap dengan berpeluk

tubuh tanpa berbuat apa-apa ataupun sedikit sahaja yang dilakukan. Sebaliknya, mereka sanggup

membuat pelaburan yang tinggi untuk meningkatkan keuntungan ekonomi walaupun melibatkan

penggunaan bahan yang tidak renewable.

Aktiviti mengguna semula, membaiki, mengkitar semula dan mengubah suai (4Rs -Reuse,

repair, recycling dan reconditioning) akan dicapai jika organisasi perniagaan mempunyai falsafah alam

sekitar. Falsafah ini kemudiannya diterjemahkan melalui visi dan misi syarikat yang berkait dengan

alam sekitar. Dengan adanya polisi, pemilihan lokasi atau tapak sesebuah premis perniagaan akan

membayangkan kawasan yang tidak memberi impak yang negatif kepada alam sekitar seperti kawasan

paya bakau, kawasan tadahan, dan juga juga hutan hujan tropika dan juga di kawasan bukit. Premis

perniagaan perlulah mempunyai sistem kumbahan/buangan yang cekap/baik, kedudukannya tidak

terlampau dekat dengan kawasan perumahan. Kewujudan kemudahan kitar semula juga patut

dipertimbangkan.

Keutamaan ke empat berkaitan dengan pengambilan dan pengintegrasian yang sepenuhnya

keperihatinan alam sekitar dalam perniagaan. Apabila isu polisi ini dimasukkan dalam strategi korporat

di sesebuah syarikat ia akan diguna pakai sebagai pertimbangan dan asas rujukan dalam semua aspek

dalam polisi syarikat. Peraturan yang ketat, peer group pressure–tekanan kumpulan serakanan, tekanan

rangkaian jaringan perniagaan, dan peningkatan kesedaran perniagaan mesra alam adalah perniagaan

yang baik menyebabkan pertimbangan alam sekitar menjadi teras perniagaan. Kemasukan elemen-

elemen alam sekitar dalam laporan tahunan menunjukkan iltizam yang diberikan oleh perniagaan

terhadap isu alam sekitar. Walaupun Malaysia belum lagi mewajibkan laporan alam sekitar dalam

laporan tahunan tetapi ia menunjukkan peningkatan syarikat secara sukarela melaporkannya dalam

laporan tahunan.

Walaupun sekarang ada syarikat besar di Malaysia samada MNCs mahupun GLCs

menunjukkan peningkatan prestasi alam sekitar, masalahnya syarikat keci dan sederhana (SMEs).

Walaupun SMEs dari segi individunya memberi sedikit impak kepada alam sekitar, tetapi secara

kumulatif impak mereka amatlah besar sekali (Mohd Rafi, 2010b). Memang diketahui umum SMEs di

Malaysia dan dinegara-negara lain mengalami kekangan modal, kepakaran dan juga keyakinan (Mohd

Hakimin & Mohd Rafi, 2010). Ini menjadi komponen asas untuk memulakan proses perancangan

strategic untuk meningkatkan prestasi alam sekitar mereka. Sebahagian besar syarikat tidak

mempunyai proses perancangan stategik secara formal. Untuk memantapkan lagi amalan ini PKS

perlulah bekerja sama antara satu sama lain. Di sini dilihat signifikannya dewan pertubuhan

perniagaan dan juga persatuan-persatuan perniagaan. Ini adalah langkah yang proaktif, mana-mana

syarikat yang mempunyai prestasi yang baik berkongsi dengan ahli-ahli lain. Ini memastikan

kewujudan jaringan perniagaan yang mementing alam sekitar, tidak mementingkan keuntungan

kewangan perniagaan semata-mata.

Menwar-warkan/melaporkan pencapaian alam sekitar perniagaan

Peningkatan publisiti pencapaian prestasi alam sekitar sesesuatu syarikat adalah salah satu langkah

penting yanga perlu diambil untuk melonjak naik pengisian alam sekitar sesuatu perniagaan. Publisiti

sebegini penting untuk meningkatkan keyakinanan sesuatu perniagaan, menunjukkan keupayaan

teknikal dan juga petunjuk kepada penjimatan kos. Contohnya ialah apabila sesebuah perniagaan

memaklumkan pencapaian mereka memperolehi ISO 14000 di dada akhbar samada berbahasa Inggeris

ataupun bahasa Melayu. Laman sesawang perniagaan juga boleh digunakan untuk menyebar amalan

mesra alam yang dilaksanakan kepada masyarakat.

Di Malaysia, jika seseorang melihat berita-berita utama di dada akhbar, radio dan televisyen

didapati ia dipenuhi oleh berita politik, hiburan, perniagaan dan juga sukan. Jarang sekali isu-isu alam

sekitar berkaitan dengan perniagaan disentuh. Jika pun ia disentuh liputannya amat dangkal. Jarang ia

melaporkan syarikat yang telibat dan juga siapakah individu disebaliknya. Lebih malang lagi, kritikan

396 Mohd Rafi Yaacob

terhadap GLCs dianggap mementang kerajaan walaupun ia sebagai teguran atau check and balance.

Tidak hairanlah laporan alam sekitar perniagaan di akhbar di Malaysia tidak menjadi satu bidang yang

diminati oleh wartawan. Kebanyakan wartawan kanan diberi tugasan meliputi perkembangan politik

semasa. Pendek kata berita berbentuk penyiasatan atau investigative reporting dikatakan bidang yang

kurang mendapat tempat di Malaysia.

MENGHADAPI CABARAN HARI INI DAN MASA HADAPAN

Jika perniagaan mengambil isu alam sekitar dengan lebih serius pada masa hadapan, maka kes di

mana sesebuah perniagaan berada di persimpangan untuk memilih sama ada meningkatkan kecekapan

perniagaan atau peningkatan kualiti alam sekitar tidak akan berlaku. Mereka faham ke dua-duanya

matlamat tersebut bolehlah di capai pada waktu yang sama. Perniagaan dan pemuliharaan alam sekitar

nampaknya tidak saling menyinkiri (mutually exclusive), malah berhubungan di antara satu sama lain

melalui ikatan yang dikatakan simbiosis. Pencapaian matlamat perniagaan akan menyebabkan

peningkatan matlamat alam sekitar. Ini akan merangkumi seluruh perniagaan samada kecil, sederhana

mahupun besar. Memang tidak dapat dinafikan pada masa hadapan pencapain rekod alam sekitar

perniagaan menjadi kayu ukur penting petunjuk kejayaan sesuatu perniagaan. Ukuran ekonomi

seperti keuntungan wang ringgit bukannya satu-satu ukuran yang muktamad. Apalah gunanya

perniagaan mengaut keuntungan berbilion ringgit jika ia merosakkan alam sekitar yang tidak ternilai

dan tidak dapat dibeli oleh wang ringgit. Spesis haiwan dan tumbuhan yang pupus tidak dapat diganti

dengan wang ringgit, jika ia hilang, ia hilang selamanya. Apa yang lebih malang lagi sesetengah spesis

yang pupus mengalami kepupusan sebelum ia ditemui dan dibuat kajian secara saintifik.

Pada skala makro perubahan yang melibatkan struktur sesebuah negara menjadi asas untuk

melihat kemajuan dalam prestasi alam sekitar perniagaan. Perubahan dan tekanan ini akan

menyebabkan pengurus sesuatu organisasi perniagaan menjadi lebih perihatin. Contohnya di negara

Jerman, adalah menjadi tanggungjawab perniagaan kepada produk yang mereka hasilkan walaupun

setelah ia digunakan oleh pengguna. Pembuat kereta bertanggunjawab untuk mengitar semula kereta

mereka yang tidak lagi digunakan oleh pengguna. Oleh itu syarikat kereta di negara tersebut mencari

jalan untuk mengitarkan komponen kereta mereka.

Di sini peranan pendidikan alam sekitar penting kepada pengurus dan juga pekerja sesebuah

organisasi. Jika pengurus sahaja didedahkan dengan pengetahuan alam sekitar agak sukar untuk

mencapai organisasi mesra alam kerana ia perlulah melibatkan ke semua pihak. Buat masa ini pihak

pengurusan dan juga pendidik di Malaysia dan negara membangun lain agak perlahan dan masih lagi

sangsi dalam tindak respons mereka untuk menjadi organisasi mesra alam. Mereka berpendapat kos

alam untuk menjadi mersra alam adalah tinggi. Mereka tidak melihat kos sebenar aktiviti mereka (jika

dikira dari segi impak alam sekitar). Kepincangan ini perlulah ditangani segera sebelum ia menjadi

parah ibarat kanser yang merebak yang tidak dapat lagi dikawal dan perlulah dibuang ataupun

dipotong.

Buat masa ini negara-negara maju seperti German bukan sahaja terkenal dengan perniagaan

mereka yang mesra alam tetapi pada masa yang sama menikmati keuntungan apabila perniagaan

mereka menjadi perunding kepada negara-negara luar untuk mendapatkan khidmat nasihat dan

kepakaran mereka berkaitan dengan amalan mesra alam.

Justeru, amatlah penting kepada bakal pengurus yang mengikuti program pasca siswazah

seperti MBA dan kursus professional lain-lain program pengurusan memasukkan bahan pengajaran

yang membolehkan pengurus mengenalpasti cabaran alam sekitar yang didapati mereka dan seterusnya

melengkapkan mereka dengan kemahiran teknikal dan sistem pengurusan yang diperlukan untuk

mengharungi cabaran dengan lebih yakin. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam kontek

sesuatu keadaan sesebuah organisasi perniagaan akan disampaikan kepada orang lain melalui latihan

dalam sesebuah organisasi.

Tetapi haruslah diingat untuk menghadapi cabaran alam sekitar pada masa hadapan adalah

berasaskan keperluan bahawa perubahan ini akan mengambil masa dan sifat ciri-ciri cabaran berubah

dari masa ke semasa. Salah satunya ialah kepercayaan tidak mungkin untuk menangani masalah alam

sekitar. Sungai-sungai tercemar atau habitat yang telah musnah tidak kira berapa banyak pemuliharaan

dilakukan untuk memulihnya seperti sedia kala. Dua abad yang terakhir telah didominasi oleh

matlamat perniagaan dan ekonomi yang berpaksikan pertumbuhan oleh sebab itu sebarang

pengubahsuian terhadap perniagaan akan berhadapan dengan tugas yang tinggi menggunung. Tetapi

penyataan ini bukanlah menjadi pemutus semangat, tetapi sebaliknya mengajar organisasi perniagaan

menjadi lebih bijak. Ia membayangkan realiti yang melibatkan perancangan jangka panjang

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 397

perancangan perniagaan dan memerlukan iltizam dalam mengejar matlamat pembangunan lestari

negara.

Jelas, tidak kira apa pun saiz perniagaan masing-masing mempunyai tanggungjawab bersama

dan perlu mengenalpasti langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan tekanan ke atas alam

sekitar. Perniagaan perlukan menghormati atau cuba memenuhi permintaan semua pemegang taruh

termasuklah generasi yang akan datang. Sebenarnya kita, bukan sahaja mewarisi dunia yang kita ada

pada hari ini dari nenek moyang kita tetapi kita sebenarnya meminjam planet bumi ini dari generasi

yang akan datang. Apakah akibatnya jika kita memulangkan apa yang kitar nikmati sekarang. Justeru,

perniagaan perlulah mengurangkan ecological footprint mereka. Tidak ada gunanya sesebuah syarikat

perniagaan yang mengaut keuntungan berbilion ringgit dan terkenal di seluruh dunia tetapi terlibat

dalam aktiviti yang tidak mesra alam seperti menggunakan sumber yang terhad dan memberi kesan

negatif kepada alam sekitar. Analisa kitaran hayat (Life cycle analysis) boleh membantu kita untuk

mengenal kesan-kesan aktiviti perniagaan kepada alam sekitar dari peringkat awal penggunaan bahan

mentah hinggalah ke peringkat pelupusan bahan tersebut apabila ia tidak lagi digunakan.

Pendek kata, samada sesuatu perniagaan itu akan mengakibat kesan negatif atau tidak

bergantung kepada sesuatu organisasi itu sendiri. Ini banyak dicorak oleh usahawan atau pemilik saham

sesebuah syarikat. Tekanan dari pemegang taruh samada kerajaan, masyarakat, media, pesaing tidak

mampu untuk menggerakkan syarikat tersebut menjadi lebih mesra alam. Jika ia dilakukan pun ia

semata-mata reaktif, sekadar memenuhi tuntutan undang-undang.

Persoalannya jika kesedaran tidak berpahat kemas dihati apa yang dilakukan hanyalah

diperingkat yang paling minima, tidak lebih dari itu. Perlulah diingat di sini apa yang apa pada

undang-undang amatlah terbatas. Banyak lagi aktiviti tidak mesra alam tidak termaktub dalam undang-

undang. Contohnya, sesebuah syarikat boleh mengusahakan sesuatu kawasan untuk pertanian kelapa

sawit, tetapi apakah ia memikirkan kesan negatif ke atas flora dan fauna? Lebih-lebih lagi jika terdapat

spesis yang terancam di kawasan itu.

Cabaran yang dihadapi oleh syarikat perniagaan ialah persoalan apakah yang patut mereka

lakukan untuk menangani masalah ini? Bagaimana ia akan diselesaikan dan siapakan yang perlu

dirujuk jika menghadapi masalah? Siapakah yang boleh memberi pengetahuan dan sokongan?

Peniaga-peniaga kita perlulah melihat lebih jauh pendekatan boleh diambil dari negara maju

yang mempunyai tahap pemuliharaan alam sekitar yang tinggi teknologi and pengurusan alam sekitar

ini boleh ditiru dan diubah suai untuk memastikan ianya sesuai dilaksanakan oleh pihak-pihak yang

terlibat di Malaysia. Didapati syarikat yang proaktif mempunyai ciri-ciri berikut:

Pihak pengurusan tertinggi perihatin dengan alam sekitar, masalah alam sekitar dibincangkan

diperingkat tertinggi/korporat, syarikat mempunyai juara alam sekitar, syarikat mengguna pakai

kaedah holistik dan pada masa yang sama bersedia untuk menyelesai masalah bersama-sama.

Walaupun ia nampaknya mudah, melaksanakannya amatlah rumit dan memerlukan kesabaran. Tetapi

jika diabaikan ia mengakibatkan kesan yang buruk kepada peniagaan. Jika masa sekarang kita boleh

berdalih kerana kepentingan ekonomi, alam sekitar dikesampingkan tetapi mencapai status negara

maju, alasan yang digunakan menjadi lapuk. Sebenarnya tidak ada jalan keluar, perancangan perlulah

memasukkan alam sekitar sebagai tanggungjawab dan ia perlulah dimasukkan dalam pertimbangan

apabila membuat sesuatu keputusan.

KESIMPULAN

Perniagaan dan pemuliharaan alam sekitar berjalanan seiringan diantara satu sama lain. Perniagaan

bergantung kepada alam sekitar untuk hidup dan negara bergantung kepada pembangunan untuk

meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat. Hanya alam sekitar yang seimbang memastikan

kesejahteraan kehidupan dicapai. Perniagaan bukan sahaja perlu mempromosikan kesedaran

kepentingan alam sekitar tetapi pada masa yang sama melakukan praktis sebegitu untuk menjaga bumi

ini – hari ini, esok dan hari-hari mendatang.

RUJUKAN

Jabatan Alam Sekitar (2002). Laporan Tahunan.

Jabatan Alam Sekitar (2003). Laporan Tahunan.

Jabatan Alam Sekitar (2004). Laporan Tahunan.

Jabatan Alam Sekitar (2005). Laporan Tahunan.

Jabatan Alam Sekitar (2006). Laporan Tahunan.

398 Mohd Rafi Yaacob

Jabatan Alam Sekitar. (2007). Laporan Tahunan.

Mohd Hakimin Yusoff & Mohd Rafi Yaacob. (2010). The Government Business Support Services in

Malaysia: The Evolution and Challenges in the New Economic Model (2010), International

Journal of Business and Management. 5(9). 59-71.

Mohd Rafi Yaacob. (2009). Strategi Malaysia bersaing di Peringkat Global?. Prosiding Persidangan

Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke IV. 2009. Perniagaan mesra alam. hlm. 453-465.

Dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 2-4 Jun

2009, Kuantan, Pahang.

Mohd Rafi Yaacob. (2010a). Environmental Management in Malaysian Palm Oil Industry:

Stakeholders’ Pressure, Strategies and Competitive Advantages. 2010. Lap Lambert Academic

Publishing.

Mohd Rafi Yaacob. (2010b). Small enterprises environmental management practices in Terengganu,

Malaysia (2010). Gyan Management, Vol.4(1), pp. 2-14.

Mol, A. P. J. (1996). Ecological Modernisation and Institutional Reflexivity: Ecological Reform in the

Late Modern Age. Environmental Politics. 5(2): 302-323.

Mol, A. P. J. (1999). Ecological Modernisation and the Environmental Transition of Europe: Between

National Variations and Common Denominators. Journal of Environmental Policy and

Planning. 1(2): 167-181.

The Star, Friday 22 April 2011. BP Oil Disaster One Year After.

Weale, A. (1992). The new politics of pollution. Manchester: Manchester University Press.

White, M. (2006). The Ivory-billed Woodpecker. National Geographic. 142-157.

Rajah 1: Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen-Effluen Perindustrian,

1979; Status Pematuhan Industri, 2007. Sumber Rajah 4.6 Muka Surat 64 LAPORAN TAHUNAN

Jabatan Alam Sekitar, 2007.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 399

Jadual 1: Bilangan kes Tindakan Undang-Undang dan Pematuhan Kualiti Alam Sekeliling Kilang

Kelapa Sawit Mentah, Getah Asli

Tahun Premis yang ditetapkan

Kelapa Sawit Mentah Getah Asli

2002 281 (*41%) 50 (71%)

2003 324(54%) 42(73%)

2004 281(81%) 95(87%)

2005 429(65%) 105(77%)

2006 805 (75%) 118(81%)

2007 986(72%) 108(76%)

Sumber: Laporan tahunan JAS, pelbagai tahun.

*Status pematuhan terhadap peraturan kualiti alam sekeliling(kumbahan dan effluen perindustrian –

status pamatuhan.