isl sdp 01

Upload: nicole-williams

Post on 18-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

isl

TRANSCRIPT

NAMA : ANISAH BINTI MD ZAKARIAHUNIT : PISMP PAI GSTT JUN 2013SENI DALAM PENDIDIKAN

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN AMALAN SENI DALAM PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSeni merangkumi muzik, drama, tarian, rentak dan irama, seni visual dan fotografi. Seni Dalam Pendidikan sangat penting kepada seorang pendidik kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran ianya akan mengembangkan dan merangsangkan daya fikir seseorang murid serta untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat. Dengan memiliki bakat yang sedia ada, kanak- kanak mampu mengeluarkan daya kreativiti semula jadi mereka dengan cara memerhatikan mereka bermain sama ada bersendirian atau dalam kumpulan.Pengenalan seni dalam pendidikan mendatangkan faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iaitu dapat menangani desakan jiwa kanak- kanak dengan melakukan pergerakan- pergerakan ala tarian dan latihan jasmani yang merupakan suatu bentuk saluran yang dilakukan dengan penuh sedar.Terdapat kelebihan dan kebaikan amalan seni dalam pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan masalah. Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. Seni dalam pendidikan juga mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan. Proses pengajaran akan menjadi lebih seronok. Ini disebabkan pengintegrasian tiga mata pelajaran seni akan dapat menarik minat murid. Murid-murid akan mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang disediakan oleh guru. Di samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan bebas.Selain itu, ia juga dapat mengembangkan intelek, sahsiah dan sosial murid. John Dewey (1919), menyatakan ,pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk melatih kecerdasan melalui seni. Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan memudahkan proses menghubungkaitkan semua benda alam. Dengan demikian, aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan membantu mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran Kebolehan mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi dalam Seni Dalam Pendidikan boleh memudahkan proses menghubugkaitkan semua benda alam. Penggunaan seni visual sebagai Alat Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran boleh membantu mengaktifkan pembelajaran dan memudahkan pemindahan pembelajaran. Ini kerana, kanak kanak memang suka kepada sesuatu yang bergambar, berwarna (seni visual), berbunyi dan berirama (muzik) serta aktiviti yang melibatkan pergerakan. Hal ini di sokong oleh tokoh dalam Teori Konstruktivisme yang menyatakan bahawa kanak kanak melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan bukannya secara pasif.Dan akhir sekali Seni Dalam Pendidikan Membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan melalui integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan Di sokong oleh Hermann yang menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Dengan adanya Seni DalamPendidikan, ia dapat mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini kerana, dalam Seni Dalam Pendidikan terdapatnya integrasi antara seni visual ,muzik dan pergerakan. Otak kiri dan otak kanan masing masing mempunyai peranan yang tertentu. Menurut Roger Sperry (1981), otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis, urutan atau susunan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan. Manakala otak kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk seperti corak, pola, ruang, lukisan, gambar, di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.Kalau sebelum ini sistem pendidikan dilihat banyak memberi penekanan perkembangan otak kiri iaitu membaca, menulis, mengira, menganalisis dan menaakul tetapi adanya Seni Dalam Pendidikan, ia dapat membantu mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan melalui integrasi seni visual, muzik dan pergerakan. Ini kerana, aktiviti aktiviti tersebut dapat memberi peluang kepada otak kanan untuk berfikir secara kreatif tentang apa yang dilihat dan disaksikan.Sumber rujukan : https://suhaizlah.wordpress.com/2011/06/11/jawapan-seni-dalam-pendidikan-modul-12/http://ghirlygz.blogspot.com/2009/08/koleksi-assignment-hbef1403-seni-dalam.htmlhttp://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html