cetakan isl 3

Download Cetakan Isl 3

Post on 02-Jan-2016

138 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Tema : Queen Margrethe II of DenmarkTahun : 1985Saiz : 39.4 x 31.5 in (100 x 80 cm)Pengkarya : Andy WarholHarga : $168,000Karya ini merupakan edisi ke-4. Karya ini hanya menggunakan campuran 4 warna iaitu merah muda, teal, ungu dan putih. Karya ini menunjukkan Ratu Margrethe II of Denmark. Karya ini memaparkan komposisi bentuk Ratu yang sama. Perbezaan antara keempat-empat hanyaklah dari segi warna sahaja.

Analisis pula, karya ini terdapat banyak unsur garisan terutama di bahagian rambut dan rantai. Kombinasi warna keempat-empat wajah Ratu itu dapat memperlihatkan kehebatan dan ketelitian pengkarya. Pengkarya menggunakan warna kontra untuk menimbulkan wajah Ratu. Karya ini juga mempunyai unsur keseimbangan bersimetri, yakni karya ini sama dan seimbang serta berat sebelah.

Interpretasi pula, disebabkan pengkarya ini terkenal dengan aliran pop art dan beliau suka merakamkan watak-watak yang popular, maka kemungkinan karya ini hendak menunjukkan kewibawaan Ratu yang amat popular pada masa itu, pengkarya ini mungkin mengagumi dan hormat Ratu ini.

Kesimpulannya, pengkarya ini dapat menyampaikan mesej iaitu kehebatan tokoh dan popularity Ratu di Denmark itu.

Tema : Blue/ RedTahun : 1983Saiz : 23 x 23inc (58.5 x 58.5cm)Pengkarya : Victor VasarelyEdisi : 267

Karya ini menunjukkan sebuah hasil seni yang hanyak menggunakan rupa geometri iaitu rupa bulatan sahaja dalam membentuk sebuah hasil seni yang dinamakan sebagai blue and red. Karya ini terdapat pelbagai saiz bulatan, ada yang besar, ada yang leper, ada yang kecil dan titik-titik bulatan.

Pengkarya ini pandai menyusun rupa bulatan iaitu daripada bulatan-bulatan yang pelbagai disambung dan dibentukkan sehingga menjadi satu bulatan yang besar. Bulatan yang dihasilkan seumpama dalam bentuk yang bergerak atau dikenali sebagai ilusi pergerakan. Tambahan pula, karya ini menjadi lebih unik dan bertenaga dengan adanya kombinasi warna merah dan biru. Kedua-dua warna ini memberi kesan kontra, hak ini kerana kedua-dua warna ini melambangkan suhu warna yang berbeza yakni warna sejuk dan warna panas. Selain itu, kebijaksanaan pengkarya mengaplikasikan bentuk yang sama dan disusun dengan teratur juga dapat menimbulkan kesan harmoni dalam karya ini.

Karya ini hendak menyampaikan mesej iaitu penyusunan kombinasi warna dan rupa amat penting untuk menentukan kejayaan seorang seniman, seseorang perngkarya tidak semestinya melukis padat dan banyak objek dalam satu karya sahaja, tetapi pengkarya hendaklah tahu mengaplikasikan unsur seni dan prinsip rekaan dalam sesebuah hasil seni.

Kebijaksanaan pengkarya ini yang menggunakan rupa segi bulatan dan dikombinasikan dengan warna sejuk dan warna panas telah berjaya menyampaikan mesejnya. Keperihatinan dan ketelitian pengkarya ini telah berjaya menghasilkan suatu karya yang istimewa dan sudah memikat hati saya untuk menghasilkannya.

Tema : The KissTahun : 1897-1898Pengkarya : Edvard MunchSaiz: 59 x 45.7 cmKarya ini menunjukkan percintaan antara sepasang figura lelaki dan perempuan yang sedang mencium (kissing) dengan tidak mengira suasana di persekitaran. Aksi mereka berdua ini yang mesra dan dapat menunjukkan bahawa mereka sedang mengelamun percintaan dan percintaan ini adalah tulus.

Segi analisis pula,karya ini terdapat unsur penegasan iaitu subjeknya berada ditengah-tengah dan kelihatan seimbang dengan sekelilingnya dipenuhi dengan garisan-garisan yang membentuk tekstu. Selain itu, imej iaitu anatomi yang dicetak dalam bentuk 2 dimensi yang menyerupai rupa atau imej yang tidak mempunyai bentuk yang lengkap dapat dilihat menerusi karya ini. Karya ini lebih berunsurkan alam khayalan kerana rupa figuranya yang bengkang-bengkok.

Sudut interpretasi pula, pengkarya ini hendak menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan kemuliaan percintaan. Percintaan yang mulia adalah kesanggupan dua pihak saling berkorban. Mereka perlu saling bantu membantu tanpa mengira tempat dan situasi.

Segi pertimbangan pula, karya ini memang berjaya menyampaikan mesej iaitu percintaan antara sepasang kekasih.

Tema : Eight HeadsTahun : 1922Pengkarya : Maurits Corn elis EscherSaiz : 32.5 x 34 cmKoleksi : Cornelius Van S.Roosevelt CollectionKarya ini menunjukkan lapan muka manusia yang terdiri daripada empat lelaki dan empat perempuan. Selain itu, dalam karya ini juga terdapat watak sampingan sama ada muka manusia dibuat secara dalam bentuk menegak atau terbalikkannya. Tetapi watak sampingan yang dihasilkan oleh pengkarya ini adalah sama dan yang berbaza adalah posisi kedudukan sahaja.

Karya ini merupakan satu karya yang rumit dan terdiri daripada pelbagai elemen garisan. Pengkarya ini menggunakan ruang secara maksimum dan efisien. Selain itu, rupa manusia yang disusun pada jarak yang sama dan rupa menghala ke arah yang sama juga dapat menghasilkan keadaan harmoni pada karyanya. Di samping itu, karya ini juga terdapat unsur keseimbangan. Unsur keseimbangan yang ada ialah imbangan tidak simetri. Hal ini kerana kedua-dua bahagian rupa yang diukir adalah berlainan atau tidak seimbang.

Interpretasi pula, karya ini hendak menunjukkan bahawa dunia ini terdapat pelbagai bangsa dan buudaya serta kuasa yang terdapat pada manusia juga adalah berbeza. Ada yang amat berpengaruh yang dilambangkan dengan bahagian muka yang besar, manakala juga terdapat rakyat biasa yang tidak ada kuasa yang dilambangkan dengan rupa manusia yang kecil. Walaubagaimanapun, kedua-dua pihak ini seumpama satu ayunan pergerakan, kedua-dua pihak ini memainkan peranan yang penting dan perlu saling tolong menolong demi mancapi hasratnya.

Pertimbangannya, karya ini merupakan karya yang menarik tetapi terdapat banyak isi tersirat di dalamnya. Ia bergantung kepada pemerhati untuk mentafsirkannya.

Tema : The Great Wave of KanagawaTahun : 1832Pengkarya : HokusaiKarya ini merupakan karya yang amat terkenal sama ada di Jepun atau di seluruh Asia. Karya ini menunjukkan 2 buah perahu yang dinaiki oleh sejumlah orang yang sedang mengharungi ombak yang besar. Manakala datar belakang karya ini terdapatnya Gunung Fuji yang dapat melambangkan kejadiaan ini berlaku di Jepun.

Segi analisis pula, karya ini mempunyai komposisi yang cantik dan seimbang kerana pengkarya menggunakan sepenuhnya ruang yang ada. Garisan-garisan yang berulang pada ombak yang besar ini dapat menimbulkan kesan ilusi dan sekali gus dapat memberi kesan dramatik pada karya. Warna yang digunakan pada karya ini agar minimum tetapi ia dapat menimbulkan kesan harmoni dan selesa dipandang.

Interperetasi pula, pengkarya ini hendak menyampaikan mesej bahawa dalam kehidupan kita, terdapatnya pelbagai cabaran, kerjayaan dan kegagalan seseorang itu amat bergantung kepada keupayaan dan kemampuan seseorang itu dalam menempuhi cabaran atau rintangan. Ombak besar ini seumpama satu cabaran, sekira kita dapat menempuhi cabaran itu, maka kita dapat berjaya dalam kehidupannya.

Sudut pertimbangan pula, karya ini berjaya menyampaikan mesej, tetapi karya ini kurang menampakkan sebagai karya cetakan blok kayu kerana karya ini kurang menampakkan kesan urat-urat kayu pada karya.

Pengenalan CetakanCetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan.

Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli.

Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15.

Di Malaysia, cetakan kayu digunakan dalam penghasilan kain batik saring.

Jenis-jenis Cetakan

1. Cetakan timbulan:

Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna.

Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran.

2. Cetakan benam:

Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat.

Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin.

Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.

3. Cetakan planograf:

Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar.

Dikenali juga sebagai litografi.

Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air.

Menggunakan blok batu kapur.

Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.

4. Cetakan stencil (sarigrafi):

Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang.

Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi.

Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.

Bahan dan alat cetakan

Senarai Alat yang digunakan untuk Proses Cetakan

Rice Paper

Alat Pengukir

Thinner

Senduk Tempurung

Sekuji

Roller

Roller

Lino Ink

Photo Emulsion

Bingkai Cetakan

Cetakan tamadun Jepun

Cetakan blok kayu di Negara Jepun dikenali sebagai Ukiyo-e. Pada asalnya, cetakan dibawa masuk seiring dengan kemasukan agama Buddha. Stail dan gaya cetakan blok kayu Jepun yang unik telah berkembang maju pada pertengahan abad ke-17 sehingga ke pertengahan abad ke-19.

Perkataan Ukiyo berasal dari perkataan Buddha yang bermaksud dunia sedih. Aspek yang digambarkan dalam Ukiyo-e adalag tentang dunia terapung yang meujuk kepada perasaan dan kebebasan yang tidak abadi atau tidak kekal. e pula bermaksud gambar atau lukisan. Pada zahirnya, Ukiyo-e menceritakan kekayaan sejarah zaman Edo di bawah pemerintahan Shogun yang terasing dari dunia luar. Kegiatan dilakukan berkisar tentang persembahan teater, testoran, kedai minum, geisha dan rumah pelacuran kelas atasan.

Pada tahun 1650, ilustrasu buku cetak dari blok kayu pertama telah dihasilkan oleh Ise Mongatari. Pada awalnya, hasil karya ilustrasinya agak kasar dan tidak penting berbanding teks yang