isi pendidikan moral

Upload: zulhilme-mohamad

Post on 03-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Isi Pendidikan Moral

    1/15

    1

    ELM 3101 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

    1.0 Bahagian A (Tugasan Kumpulan).

    1.1 Empat Elemen penting dalam falsafah pendidikan negara yang membantu

    melahirkan masyarakat yang menghayati nilai murni

    1.1.1 Elemen Perkembangan Potensi Individu

    Elemen perkembangan potensi individu memberi gambaran bagaimana potensi manusia

    akan mempengaruhi melahirkan masyarakat yang mengamalkan nilai murni. Istilah

    perkembangan merujuk pada perubahan struktur dalam tempoh masa yang ditetapkan (Nik

    Aziz, 1999). Sebagai contoh perkembangan manusia dari bayi, kanak, dewasa dan tua. Pelajar

    yang berkualiti sama ada di sekolah ataupun Institut pengajian tinggi adalah pelajar yang

    mampu mengekalkan kecemerlangan setiap kali peperiksaan ataupun ujian ( Ahmad Zabadi,

    2004). Potensi menurut kamus adalah kemampuan iaitu kemampuan yang telah ada atau

    dibawa semenjak manusia terlahir di dunia.Manusia adalah makhluk yang paling sempurna di

    antara makhluk yang lainnya, Iaitu dengan dianugerahi akal kepadanya untuk berfungsi dan

    dikembangkan secara optimal.

    Sebagai contoh potensi guru yang kekeringan idea semasa mengajar. Keadaan ini

    dapat dielakkan sekiranya guru menyedari dan menerima hakikat bahawa guru juga

    mempunyai potensi ke arah penyampaian ilmu dengan lebih berkesan. Potensi yang ada pada

    guru harus digunakan dengan sepenuhnya. Teori yang dipelajari di dalam kuliah serta ilmu

    yang didapati melalui kursus dalam perkhidmatan, latihan kemajuan staf, seminar dan

    penyelidikan harus dapat dijadikan input untuk diaplikasikan dalam situasi sebenar dalam bilik

    darjah dengan lebih kreatif dan inovatif.

    Melalui sifat guru ini makan lahirnya masyarakat yang mengamalkan nilai murni seperti

    berfikiran terbuka, yang membawa maksud memiliki sifat rendah diri dengan menerima hakikat

    bahawa pendapat sendiri tidak sentiasa betul (Universiti Malaya). Contoh situasi, seorang guru

    yang tidak kreatif atau tidak pandai menarik perhatian pelajar. Jadi pada seiap kali kelas beliau

    murid-murid akan membuat dan tidak mempedulikan dia. Jadi seorang rakannyalah

    menegurnya, dan memberi beberapa saranan dan pandangan. Guru tersebut mencuba nasihat

    rakannya kerana dia mengamalkan nilai berfikiran terbuka. Jadi dengan nasihat dan

    keterbukaan guru tersebut untuk mencuba sesuatu yang baru, maka pengajaran dan

    pembelajaran di dalam kelasnya telah berubah.

  • 7/28/2019 Isi Pendidikan Moral

    2/15

    2

    ELM 3101 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

    Kesimpulannya perkembangan potensi diri boleh membawa pengamalan nilai murni

    seperti berfikiran terbuka. Pepatah mengatakan, Seorang ilmuan boleh jatuh tersungkur

    disebabkan ilmunya yang tinggi dan berpendapat tidak perlu kepada idea, pandangan,

    perbincangan dan kesimpulan orang lain. Dari sini boleh dilihat kepentingan nilai ini. Bagi

    menjamin keharmonian Negara yang berterusan nilai murni ini memberi impak besar, kepada

    masyarakat khusus untuk saling bertoleransi, give and take dan tidak segan menerima

    pandangan. Sesungguhnya untuk mengembangkan potensi individu seseorang itu tidak boleh

    merasa ragu dan malu serta merendahkan ego degan mengakui kelemahannya dan berlapang

    dada menerima pandangan orang lain untuk memperbaiki kelamahan diri.

    1.1.2 Unsur Rohani dan Emosi

    Emosi akan berubah apabila rohani itu berubah. Tetapi rohani tidak akan berubah

    apabila emosi itu berubah. Emosi boleh dipengaruhi oleh pengaruh persekitaran dan sesamamanusia. Tetapi rohani hanya berubah apabila persekitaran dan manusia itu mempunyai kaitan

    yang padu pada Allah s.w.t. Emosi boleh ditakrifkan sebagai Emosi dan perasaan seperti

    tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan mencorakkan warna kehidupan, membentuk

    sikap dan personaliti serta menggerakkan arah hidup manusia. Emosi boleh ditakrifkan sebagai

    satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi,

    diri dan psikologi ( Mohmood Nazar Mohamad, 1992). Manakala Kerohanian atau rohani, dalam

    maksud terhad, merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala dalam

    maksud yang lebih luas, membawa maksud semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala jirimdi dunia. Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang

    melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik.

    Sebagai contoh seorang pelajar sekolah yang mahu ponteng pengajian. Jadi pelajar ini

    telah diajar oleh kedua-dua orang ibu bapanya untuk mengamalkan sifat yang baik selaras

    dengan agama. Selain itu, jadi sebelum ponteng, murid itu terfikir kesan baik buruk yang bakal

    berlaku jka dia meneruskan cara itu. Dari konteks kerohanian selaras dengan maksudnya iaitu

    melibatkan perasaan kendiri dan penaakulan strategik. Murid ini tidak berindak mengikut emosi

    yang inginkan kebebesan berlandaskan rohaninya yang telah dibina.

    Antara nilai murni yang boleh dikaitkan dengan elemen rohani dan emosi ialah membuat

    pertimbangan. Ia membawa maksud fikiran atau renungan mengenai buruk baik sesuatu

    perkara. Elemen ini sesuai dengan nilai membuat pertimbangan iaitu seorang manusia sebelum

    membuat keputusan menimbang baik buruk sesuatu keputusan berasaskan emosi dan

  • 7/28/2019 Isi Pendidikan Moral

    3/15

    3

    ELM 3101 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

    hubungan kerohanian dengan pencipta menjaga hati dari membuat keputusan yang tidak

    releven dan salah. Sebagi contohnya pelajar yang hendak ponteng pengajian itu, pasti dia

    membuat pertimbangan bukan berasaskan emosi semata-mata dan dalaman rohaninya telah

    mengelakkan dia membuat keputusan yang salah.

    Kesimpulannya, rohani dan emosi mempunyai perkaitan yang sangat rapat dalam

    melahirkan masyarakat yang mengamalkan nilai membuat pertimbangan. Pandulah kekuatan

    rohani itu dahulu, insya-Allah kekuatan emosi itu turut berubah dengan serta merta. Keputusan

    yang hendak dibuat misalnya dalam konteks masyarakat kampung umumnya perlulah

    berdasarkan kepada rohani iaitu mengikut hokum syara dan bertindak tidak berdasarkan emosi

    semata-mata iaitu mengikut kesukaan golongan tertentu sehingga mengabaikan halal haram.

    Berita Harian (2010), Individu mungkin terpelajar, tapi kurang terdidik. Orang yang terdidik bijak

    memelihara emosi diri dan orang lain sambil saling bangun-membangunkan serta mengecapi

    nikmat silaturahim yang amat diutamakan dalam Islam.Juteru, rohani dan emosi merupakan

    satu ikatan cara untuk masyrakat hidup dalam keadaan selesa dan aman damai disamping

    pengamalan nilai membuat pertimbangan.

    1.1.3 Elemen Rakyat Malaysia Yang B ertanggungjawab

    Bertanggungjawab membawa maksud sebarang kesan dan akibat hasil dari tindakbalas

    kita terletak di bahu kita. Ini menyatakan bahawa rakyat yang lahir di Malaysia mestilah

    mempunyai sikap bertanggungjawa segala apa yang dilaksanakan atau dikerjakan.Sebarang

    tindakan.perlakuan yang membawa kesan adalah dipertanggungjawabkan terhadapnya.

    Apabila dikatakan bahawa rakyat yang bertanggungjawab, maka kita sebagai rakyat

    yang lahir dan membesar di Malaysia mestilah mempunyai cri-ciri rakyat yang

    bertanggungjawab.Kita perlu ada satu kesedaran bahawa tugas dan tanggungjawab kita

    sebagai rakyat adalah satu amanah yang perlu kita jalankan dengan baik.Ini bererti sekiranya

    kita bertugas sebagai pegawai kerajaan ataupun swasta, kita perlu jalankan tugas dan

    pekerjaan kita dengan bertanggungjawab.Kita perlu patuhi ketertiban semasa menjalankantugas dengan menepati masa,menjalankan tugas yang diberikan tanpa sikap malas serta tidak

    membuangkan masa tanpa sebarang aktiviti yang berfaedah.Kita perlu sedar bahawa tugas

    yang diamanahkan kepada kita perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin tanpa memberikan

    bebanan serta masalah kepada orang lain.

  • 7/28/2019 Isi Pendidikan Moral

    4/15

    4

    ELM 3101 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

    Dengan adanya kesedaran itu maka kita jalankan tugas dan tanggungjawab kita dengan

    sempurna tanpa menunjukkan sikap lepas tangan .Keja yang dilakasanakan itu perlulah atas

    kerelaan sendiri dan bukan dipaksa .Ini kerana sesuatu pekerjaan yang dilaksanakan dengan

    hati yang rela akan memberikan impak yang positif.Maka kerja ataupun tugas tersebut akan kita

    laksanakan dengan sempurna.

    S emasa kita menjalankan tugas, kita perlulah bersih ,cekap dan amanah. Ini bermaksud

    kita tidak boleh sama sekali melakukan perbuatan-perbuatan yang mengugat tanggungjawab

    kita dalam melaksanakan tugas.Setiap tugas yang dilaksakan itu perlulah bersih, tanpa

    berlakukanya penyelewengan.Kita perlulah sentiasa menjalankan tugas kita dengan cekap ,

    dan mempunyai sikap ingin menguasai kemahiran kemahiran yang dapat membantu

    meningkatkan kecekapan tugas kita. Dengan meningkatkan kemahiran yang bersesuai , maka

    kita dapat meningkatkan daya pengeluaran mengikut profesional masing-masing.

    Sebagai rakyat kita juga mesti dan wajib mematuhi peraturan dan undang-undang

    yang telah ditetapkan, dan perlu mengelakkan diri dari terjebak dengan aktiviti yang melanggar

    undang-undang. Dengan mematuhi undang-undang peraturan Negara , maka kita dapat

    mengelakkan diri daripada terjebak masalah yang sesius yang boleh mengundang

    ketidaktenteraman Negara.

    Kita juga perlu berusaha memajukan diri,keluarga , masyarakat ,agama,bangsa dan

    negara, dari tahap yang rendah,sederhana ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai rakyat Malaysia,

    kita tidak berpeluk tubuh tanpa berusaha untuk memajukan diri.Ini kerana kita hanya akan

    mendapat hasil yang lumayan sekiranya kita berusaha untuk memajukan diri kita.Apabila kita

    telah mencapai satu status yang baik, kita perlulah berusaha pula untuk meningkatkan keluarga

    ke tahap yang lebih baik. Seterusnya kita bertanggungjawab meningkatkan kemajuan

    masyarakat setempat kita kerana ini akan membantu meningkatkan kemajuan dan kejayaan

    agama dan Bangka kita.

    Kesimpulanya , ternyatalah bahawa sikap bertanggungjawab ini sangat penting kepada

    kita sebagai rakyat Malaysia untuk membawa Negara kita mencapai Wawasan 2020.

    1.1.4 Elemen Kepercayaan Kepada Tuhan

    Elemen Kepercayaan kepada Tuhan adalah prinsip yang menjadi teras kepada

    pembangunan insan, masyarakat, dan negara merangkumi peningkatan kualiti jasmani, emosi,

    rohani, dan intelek. Asas inilah yang menjadi pendorong kuat kepada kejayaan dan

  • 7/28/2019 Isi Pendidikan Moral

    5/15

    5

    ELM 3101 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

    kecemerlangan manusia dalam kehidupannya. Oleh yang demikian, keimanan kepada Tuhan

    menjadi ikrar pertama yang dipilih dalam prinsip negara ini dan merupakan jiwa dan ruh kepada

    Rukunegara.Kerajaan pada asasnya melihat prinsip kepercayaan kepada Tuhan sebagai modal

    penyatuan, kerjasama, toleransi, dan hormat menghormati antara satu sama lain. Berdasarkan

    kepada kenyataan bahawa ajaran setiap agama yang menyuruh penganutnya melakukan

    kebaikan dan meninggalkan kejahatan, maka prinsip ini sudah tentu menjadi nadi penting yang

    membina jatidiri masyakat Malaysia dari lubuk sanubarinya.

    Dengan percaya kepada Tuhan, masyarakat akan diingatkan dengan ajaran-ajaran

    agama dan memupuk diri berlaku baik dan membina kerjasama ke arah perpaduan atas asas

    bahawa setiap manusia yang mengikut fitrah pasti akan beriman kepada Tuhan yang

    menjadikannya. (Ahmad Marzuki 2008: 13-14)Islam merupakan agama rasmi bagi Malaysia

    sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, agama

    selain daripada Islam bebas untuk diamalkan di negara ini. Bahagian 1 Perkara 3 (1) dalam

    Perlembagaan Persekutuan dinyatakan bahawa:Ugama Islam ialah ugama bagi persekutuan;

    tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian

    Persekutuan.Keterangan dari Perlembangan Persekutuan ini membawa maksud bahawa Islam

    adalah agama rasmi bagi negara ini, namun agama-agama selian daripada Islam dibenarkan

    untuk dipraktikkan oleh kaum-kaum lain di negara ini mengikut kepercayaan masing-masing. Di

    samping itu, tiada diskriminasi dikenakan kepada mana-mana anggota masyarakat atas sebab

    kepercayaan agama mereka.Kebebasan beragama yang diamalkan di negara ini amat selari

    dengan tuntutan Islam itu sendiri yang tidak memaksa mana-mana individu untuk memeluk

    Islam melainkan dengan kerelaan dirinya sendiri, juga tuntutan supaya menghormati agama

    yang dianuti oleh orang lain dan haknya untuk mengamalkannya. Namun, Islam menuntut

    umatnya supaya berdakwah dengan cara yang berhikmah dan bijaksana serta berinteraksi

    dengan cara yang paling baik dan sopan.

    Di samping itu, menurut prinsip ini juga, negara Malaysia tidak mengakui ilhad atau

    atheisme dan sebarang idelogi yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan. Ini kerana fahaman

    dan sikap sedemikian merupakan suatu perkara yang amat bertentangan dengan tabii seorangmanusia yang merupakan ciptaan Tuhan, malah terpesong dari landasan fitrah dan hati nurani

    seorang manusia.Pihak yang tidak mengakui kewujudan Tuhan merupakan golongan yang

    angkuh kerana mereka tidak mahu memikirkan tentang sebab dan musabab berlakunya

    sesuatu di dunia ini, tentang diri manusia itu sendiri bahawa bagaimanakah ia dijadikan. Akan

    tetapi bilamana berlaku kesusahan dan musibah, mereka meraba-raba mencari Tuhan dan

  • 7/28/2019 Isi Pendidikan Moral

    6/15

    6

    ELM 3101 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

    setelah hilang segala kesulitan, mereka kembali kepada kekufuran (Agus Hakim 1973: 11-12).

    Negara ini dengan jelas menolak fahaman atheisme untuk dipercayai dan amalkan di negara ini

    oleh mana-mana pihak.

    Pendirian rapuh seperti ini yang berasaskan kepada nilai-nilai materialisme dan

    hedonisme hanya membawa kehancuran dan kemusnahan kepada kehidupan manusia dan

    negara.Rukunegara merupakan dokumen ideologi negara yang digubal untuk menanamkan

    semangat kesetiaan bagi menyatupadukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai

    kaum. Ia merupakan sebahagian daripada langkah-langkah yang digubal ke arah pengukuhan

    perpaduan dan pemupukan integrasi nasional selain daripada aspek perundangan dan dasar

    . Prinsip kepercayaan kepada Tuhan menjadi tunjang pertama menggerakkan semangat

    toleransi dan hormat menghormati yang ingin dijanakan melalui Rukunegara ini yang

    sememangnya selari dengan tuntutan utama Islam supaya menyeru ke arah kalimah yang satu(common word) iaitu mentawhidkan Allah s.w.t.Usaha-usaha ke arah seruan dakwah ini amat

    perlu dipertingkatkan lagi dengan lebih bersungguh-sungguh oleh umat Islam kerana inilah

    seruan pertama risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan para Rasul yang lain.

    Bahkan juga seruan ini bukan sahaja hanya kepada orang Islam, bahkan wajar ditujukan juga

    kepada semua penganut-penganut agama yang lain yang sudah semestinya sama-sama

    memperakui keesaan Allah Taala atas sifat agama itu sendiri yang membawa kepada Tuhan

    yang Satu dan menjadi paksi menyatukan semua manusia.

    Penerapan prinsip ini perlu dipergiat dengan lebih efisyen kerana agama menjadi teras

    utama pembinaan akhlak sahsiah peribadi dan benteng pertahanan terhadap serangan

    terhadap jiwa dan emosi manusia. Prinsip percaya kepada Tuhan juga dapat membina

    kesejahteraan dan keharmonian di kalangan masyarakat, membentuk keadilan sosial, toleransi,

    sikap terbuka, tolak ansur, dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

    Dengan ini jelaslah bahawa penerimaan rakyat seluruhnya terhadap prinsip

    Kepercayaan kepada Tuhan dan prinsip-prinsip Rukunegara yang lain di samping

    mengamalkannya dalam kehidupan seharian masing-masing, sudah pasti dapat membantu

    melahirkan perpaduan sosial dalam mana-mana anggota masyarakat di negara ini tanpa

    mengira keturunan dan kaum. Di samping itu, penghayatan dan pengamalan kepada prinsip-

    prinsip Rukunegara di kalangan rakyat dapat menjamin kewujudan sistem kerajaan yang

    bersifat demokratik dan stabil.

  • 7/28/2019 Isi Pendidikan Moral

    7/15

    7

    ELM 3101 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

    1.2 Analisis Peranan Guru Dalam Pembentukan Insan Bermoral.

    Guru atau cikgu merupakan singkatan kepada seorang insan yang penting dalam

    membentuk pembangunan manusia, masyarakat dan Negara. Guru tidak hanya bertindak

    sebagai agen yang menyampai dan memberi ilmu kepada murid didikannya malah guru juga

    berfungsi dalam membentuk insan mahupun murid yang bermoral seperti mana menurut J.S

    Machello 1987 menerusi bukunya A Leader menerangkan bahawa Teaching is not just

    transferring knowledge but also prefer to build manners.

    Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan

    mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan

    dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan

    Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan

    Malaysia Ke-9. Guru juga berperanan besar membentuk pelajar menjadi insan yang

    mempunyai nilai-nilai dan jati diri yang tinggi serta bermoral. Kejayaan dan keberkesanan para

    guru adalah bersandarkan tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi.

    Pendidik dari kacamata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulama.

    Peranan mereka bukan saja dalam memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga

    masyarakat. Tanggungjawab, amanah, komitmen dan hubungannya dengan Allah merupakan

    tonggak utama dalam melaksanakannya. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru

    menerapkan nilainilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira

    bangsa dan agama. Para pendidik juga berperanan menerapkan nilai kerjasama dan toleransi

    di kalangan pelajar. Jika kita lihat, orang-orang Islam telah diikat oleh satu peraturan supaya

    hidup berjiran dan bersahabat dengan mereka. Hak jiran tidak boleh dikurangi dan tidak boleh

    boleh dilanggar sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam pembentukan

    negara Islam. Dengan ini, terciptalah satu masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan

    demi mewujudkan kebahagiaan bersama dalam satu masyarakat dan satu negara. Sikap

    toleransi yang diterapkan oleh guru dapat membentuk hubungan yang baik dalam masyarakat

    yang mampu melahirkan integrasi nasional. Prinsip utama seorang guru yang cemerlang adalah

    ia mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik serta meneladani adalah pekerjaan yang

  • 7/28/2019 Isi Pendidikan Moral

    8/15

    8

    ELM 3101 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

    sangat mulia. Guru yang mengajar anak bangsanya perlu menganggap profesion ini sebagai

    satu jihad yakni menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kelemahan, kealpaan,

    kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan dan menjadikannya sebagai suatu

    ibadah. Oleh itu seseorang guru itu akan memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi

    secara penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas.

    There is no teaching without learning, by hook or by crook knowledge is first menurut Poula

    Freire (1995:34) dalam bukunya Philosophical Insights.

    Guru berperanan untuk menyampaikan ilmu yang bukan sahaja berkaitan dengan

    akademik tapi ia juga turut melibatkan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan

    yang bermoral. Guru harus menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan berkesan tanpa

    mengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu. Ini bersesuaian

    dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang menekankan nilai-nilai murni merentasi

    kurikululum.

    Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh Dato Doktor Fadhilah Kamsah, hanya seramai

    37% guru yang mengajar dan turut menekankan unsur nilai-nilai murni dalam kalangan murid.

    Ini menunjukkan prestasi murid tidak akan mencapai tahap yang baik melainkan guru haruslah

    menukarkan gaya pengajarannya kearah yang lebih seimbang dan sistematik sesuai dengan

    Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan murid yang seimbang dari segi Emosi,

    Rohani, Intelek, Jasmani dan Sosial (JERIS).

    Guru sejati, guru cemerlang dan guru yang baik adalah guru yang menjayakan proses

    tarbiyah. Proses ini adalah dari mendidik anak-anak tidak tahu membaca kepada boleh

    membaca sehinggalah menjadi peneraju Negara di masa akan datang. Ini disebabkan remaja

    masa kini merupakan tonggak Negara masa akan datang. Murabbi pula adalah merangkumi

    kepada semua aspek yang perlu ada bagi seseorang guru. Oleh yang demikian, guru

    seharusnya sentiasa peka kepada perubahan. Perubahan yang berkaitan dengan profesionnya

    dan juga perubahan lain yang berlaku di sekelilingnya. Murabbi sentiasa berpegang teguh dan

    memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk mengajar dan mendidik serta memberi teladan

    kepada murid-muridnya. Guru murabbi juga sentiasa faham dengan tugas guru yang mulia.

    Beliau menjadikan tempat kerja (sekolah) sebagai rumah dan syurganya, yang sentiasa

    memerangi kejahilan, kebodohan, kelemahan dan kelalaian diri dan murid-muridnya.

  • 7/28/2019 Isi Pendidikan Moral

    9/15

    9

    ELM 3101 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

    Secara asasnya, kewajiban dalam memikul amanah itu dilaksanakan dari awal hingga

    seboleh yang mampu iaitu bermula dari pengenalan kepada pengajaran huruf A hingga mampu

    membaca dengan fasih dan seterusnya kepada peringkat yang lebih tinggi. Kajian ini dapat

    disimpulkan melalui peranan yang telah ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW menerusi

    perwatakannya dalam menjadi seorang murabbi dimana bukan sahaja berperanan sebagai

    pemimpin kepada umatnya, namun baginda juga turut mendidik dalam mengajak perkara yang

    benar dan sahih kepada umatnya agar lebih teguh dan kukuh pendirian dan kepercayaan

    kepada Allah SWT. Bagaimana seorang nenek tua yang amat membenci baginda bertukar

    menjadi seorang yang baik setelah melihat perwatakan baginda yang ditonjolkan.

    Peranan guru yang pertama ialah memperkembangkan kemahiran (Mudarris). Guru-

    guru berperanan untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-muridnya.

    Kemahiran dalaman guru menurut Ranjit Singh Malhi dalam bukunya, Success depends on

    Teachers memberi ulasan kepada PIPP yang merangkumi empat aspek utama iaitu;

    kemahiran sikap peribadi (personal attributes), kemahiran penampilan diri (interpersonal),

    kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran membuat keputusan.

    Kemahiran sikap peribadi (personal attributes), melibatkan berpegang teguh kepada

    etika kerja, kemahiran menghormati iaitu menghormati pelanggan dan orang-orang lain serta

    persekitarannya. Contohnya guru perlu mempunyai kemahiran menghormati murid sebagai

    pelanggan operasi, seperti tidak mengaitkan apa-apa yang boleh menyentuh perasaan secara

    negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina mereka.

    Kemahiran penampilan diri (interpersonal) pula berkaitan kemahiran seseorang guru

    dalam menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Kemahiran luaran melibatkan kemahiran

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dengan lain perkataan kemahiran menggunakan

    alat-alat yang terlibat dalam proses pengajaran atau pedagogi pengajaran. Contohnya, guru

    seharusnya mempunyai kemahiran menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik

    pengajaran yang sesuai dengan tahap dan kebolehan murid. Proses pengajaran dan

    pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan, sekiranya guru menggunakan peralatan

    bantu mengajar terkini seperti komputer, alat tayang digital (LCD) dan mahir melayari internet

    untuk mendapatkan sumber maklumat dan ilmu terkini selaras dengan misi untuk mewujudkan

    sumber maklumat dan ilmu terkini selaras dengan misi untuk mewujudkan sumber pendidikan

    bertaraf dunia dan seterusnya mencapai misi nasional (Saharudin, 2008:10).

  • 7/28/2019 Isi Pendidikan Moral

    10/15

    10

    ELM 3101 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

    Peranan guru yang kedua ialah mendidik adab dan budi pekerti (Muaddib). Selaras

    dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan untuk mengembangkan potensi

    insan yang berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi dan jasmani (JERI).

    Guru muaddib adalah guru yang menganjarkan adab dan budi pekerti. Dalam hal ini, guru

    berusaha memastikan adab dan budi pekertinya adalah ditahap yang cemerlang. Ini adalah

    kerana guru merupakan model kepada murid-murid dan masyarakat sekelilingnya. Guru tidak

    seharusnya umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul. Perbuatan ini amat dibenci oleh

    Allah (Tuhan sekalian Alam) seperti firmannya amat besar kebencian disisi Allah bahawa kamu

    menyatakan apa-apa yang kamu tidak berjalan (Surah Ash-Shaff ayat 3).

    Guru Muaddib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan

    nilai-nilai murni tersebut. Antara nilai murni yang perlu ada pada seseorang guru adalah sifat

    daya tahan dan tidak mudah menyerah kalah. Sifat-sifat yang demikian akan menjadikan guru

    lebih bermotivasi, kreatif dan inovatif. Guru yang muaddib akan memandang ke hadapan dan

    tidak mudah menyerah kalah. Guru seperti ini sentiasa berfikir Jika tidak boleh melalui satu

    pintu, saya akan keluar mengikut pintu lain atau saya akan buat pintu lain. Sikap inilah yang

    boleh menjadikan martabat guru dijulang tinggi dan terus berusaha tanpa mengira jemu dan

    putus asa terutama dalam mendidik generasi akan datang (Saharudin, 2008:11).

    2.0 REFLEKSI

    2.1 Mohd Ikhawani Bin Ismail.

    Syukur diucapkan kepada Ilahi kerana dengan limpah dan kurnian-Nya saya berjaya

    menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan. Di samping itu tidak lupa kepada

    pensyarah Pendidikan Moral, Ustazah Sodah Binti Hj Ahamad kerana dengan bantuan dan

    tunjuk ajar beliau akhirnya tugasan ini berjaya disiapkan. Sebelum saya mulai melaksanakan

    kerja kursus ini saya telah membaca Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian KKBI Edisi

    Pelajar dan dalam bahagian konsep refleksi saya telah menemui satu konsep refleksi yang

    sangat bermakna iaitu,

    Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, membuat cadangan dan tindakan

    untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan. Refleksi kritikal menitikberatkan

    penerokaan domain afektif, kerohanian dan pemikiran rasional oleh seseorang dalam

  • 7/28/2019 Isi Pendidikan Moral

    11/15

    11

    ELM 3101 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

    tindakannya untuk mencari kebenaran terhadap tindakannya bagi tujuan memperbaiki diri dan

    persekitaran (Hanifah, 1999).

    Konsep refleksi ini sangat membantu saya secara mental dan memberi motivasi dalam

    melaksanakan tugasan ini. Tugasan ini merupakan cabaran baru kepada saya kerana setelah

    sekian lama asyik berhadapan dengan tugasan dalam bidang saya sendiri iaitu RBT,kini saya

    perlu melakukan dalam bidang elektif saya iaitu pendidikan Moral. Saya sedar bahawa saya

    bukan lagi seorang pelajar sekolah menengah dan ini juga bermakna hasil kerja saya

    seharusnya berada pada tahap yang sepatutnya iaitu tahap seorang pelajar institusi tinggi di

    mana saya dapat memperlihatkan pengetahuan saya dalam bidang Pendidikan Moral dan pada

    masa yang sama menonjolkan kemahiran bahasa dan akhlak serta sahsiah. Tidak disangkalkan

    lagi bahawa tugasan ini menggalakkan saya untuk berfikir secara inovatif dan berani

    menonjolkan kreativiti diri terutamanya daripada aspek akademik.

    Akademik sememangnya menjadi tunjang utama kejayaan seseorang individu dan

    semangat persaingan merupakan kayu ukur untuk mempersiapkan diri dengan pelbagai

    kemahiran insaniah. Pada mulanya, saya agak keliru dengan kehendak tugasan terutamanya

    soalan bahagian A dan bahagian B. Bagi mengatasi kekeliruan dan kelemahan saya itu, saya

    sering berkolaborasi dengan rakan-rakan saya dan juga Ustazah Sodah Binti Ahamad untuk

    memastikan bahawa saya tidak lari daripada konsep yang dikehendaki daripada soalan ini.

    Pengalaman menyiapkan dan melaksanakan kerja kursus ini menyedarkan saya untuk sentiasa

    bersyukur dengan apa yang ada, bersedia mengikuti dan mempelajari pelbagai ilmupengetahuan baharu agar saya menjadi seorang yang berpengetahuan dan serba boleh dan

    tidak terikat dengan bidang bahasa sahaja.

    Tidak dinafikan saya menghadapi masalah dalam pengurusan masa saya sendiri

    apabila terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan bukan sahaja menjalani Pengalaman

    Berasaskan Sekolah (PBS) malah terdapat beberapa kerja kursus yang lain yang perlu

    diselesaikan. Saya telah menghabiskan banyak masa demi mencari dan mengumpul bahan

    yang relevan dalam menyiapkan tugasan ini. Walaupun saya telah membuat beberapa tugasan

    berasaskan ilmu sebelum ini, namun mencari maklumat yang relevan dan menepati kehendak

    tugasan bukannya mudah diperoleh. Syukur diucapkan dengan pertolongan dari-NYA dan

    bimbingan pensyarah serta sokongan rakan-rakan sekelas terutamanya rakan sekumpulan,

    saya berjaya mengetahui itu semua dan menghantar tugasan ini tepat pada masanya.

  • 7/28/2019 Isi Pendidikan Moral

    12/15

    12

    ELM 3101 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

    Mencari dan menggunakan sumber-sumber daripada internet memerlukan teknik

    tertentu kerana terdapat banyak maklumat yang tidak terbukti kesahihannya dan kurang

    relevan. Sesetengah laman sesawang tidak mempunyai maklumat penulis yang menyukarkan

    saya untuk menulis dalam bahagian rujukan. Lazimnya, saya mengakses internet

    menggunakan Mozilla Firefox dan mencari maklumat melalui laman web seperti Google dan

    Yahoo. Tambahan pula, internet mempunyai pelbagai bentuk sumber perkongsian maklumat

    seperti blog, pdf, dan laporan akhbar. Pencarian maklumat melalui laman web sememangnya

    menjimatkan masa kerana semua maklumat berada di hujung jari.

    Namun, kekangan talian wireless di IPG kadang-kala menghalang saya untuk

    mengakses beberapa laman web tertentu kerana disekat oleh pihak pentadbiran. Keadaan ini

    tentunya melambatkan proses pencarian maklumat dan maklumat yang dikendaki tidak dapat

    dicapai. Dalam tugasan ini, saya mendapat banyak pendedahan dan pengetahuan dalam

    menyelesaikan masalah rutin seharian yang biasa dihadapi oleh masyarakat terutama saya

    sendiri. Dengan cara ini, pelbagai pemahaman dan pengetahuan yang baru mampu diperolehi

    sepanjang saya melakukan kerja kursus ini.

    Projek ini juga menyedarkan saya betapa pentingnya seseorang guru itu

    memperkasakan diri dengan ilmu serta maklumat bagi menghadapi keperluan dan kehendak

    perkembangan masa kini yang secara tidak langsung menjadi pemangkin untuk sentiasa

    memberikan perkhidmatan yang cemerlang di masa hadapan. Saya berharap pengetahuan

    yang diperoleh daripada hasil tugasan ini akan membantu saya untuk menjadi guru yangberpandangan jauh, inovatif dan mampu membantu masyarakat meneguhkan nilai-nilai murni

    dalam kalangan masyarakat di masa akan datang.

    2.2 Mohamad Aziz Bin Azmee

    Pendidikan moral merupakan subjek minor bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi Januari

    2012, subjek ini dipelajari mulai semester3 PISMP dan dalam pelaksanaannya satu kerja

    kursus kumpulan perlu disiapkan. Alhamdulillah saya dan rakan-rakan telah Berjaya

    menyiapkan kerja kursus itu dalam masa yang ditetapkan. Sebagai refleksi semula, saya telah

    belaja banyak input baru, dan juga pengalaman berharga sepanjang menjalankan kerja kursus

    ini.

  • 7/28/2019 Isi Pendidikan Moral

    13/15

    13

    ELM 3101 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

    Kerja kursus ini melibatkan kefahaman saya dalam Falsafah Pendidikan Negara, iiatu satu

    falsafah wajib untuk diketahui oleh guru-guru. Sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini baru

    saya sedar iaitu saya sebenarnya kurang cakna berkaitan falsafah pendidikan Negara ini.

    Contohnya, dalam kerja kursus ini saya perlu kaitan elemen-elemen falsafah pendidikan Negara

    dengan nilai murni. Saya menghadapi kesukran untuk menyiapkan task ini kerana belum

    memahami sepenuhnya FPN. Jadi bagi mengatasi masalah ini, saya merujuk buku-buku laman

    web serta bertanyakan rakan-rakan bagaimana untuk mengaitkan elemen FPN dengan nilai

    murni dalam hidup masyarakat.

    Selain dari itu, semasa menjalankan kerja kursus ini banyak kerja kursus lain juga yang perlu

    disiapkan. Jadi ketua kumpulan telah membuat tindakan bijak dengan memebahagikan tugas-

    tugas kepada individu masing-masing. Jadi pelaksanaan kerja kursus ini lebih cepat dan

    efisyen. Walaubagaimanapun masih terdapat masalah untuk membuatnya kerana kekangan

    masa dengan tugas-tugas persatuan dan aktiviti Institut. Jalan penyelesaian yang terbaik ialah

    tidak menangguh kerja kerja iaitu membuat apa yang penting terlebih dahulu dan kerja yang

    kurang penting kemudian.

    Dalam menyelesaikan kerja kursus atau tugas tidak dapat elak dari masalah teknikal, dimana

    saya terpadam fail kerja yang telah disiapkan. Ditambah pula keadaan computer yang lambat

    untuk beroperasi, menjadikan kerja lebih sukar. Untuk mengatasi dan mengelakkan masalah ini

    berulang, saya telah membuat semula kerja kursus ini dengan menyimpan fail kerja didalam

    pendrive. Selain itu, saya telah membaiki computer riba dan menambah memaori dalamcomputer untuk menambah kelajuan pemprosesan maklumat. Ini merupakan pengalaman yang

    tidak dapat dibayangkan kesannya dan menjadi iktibar berguna kepada saya.

    Kesimpulannya, keja kursus kali ini memberi banyak ilmu dan pengajaran baru kepada saya.

    Sesungguhnya bergerak dalam kumpulan adalah lebih mudah dan selamat serta sebagai

    seorang gru pelatih minda kita perlulah cakna dengan pelbagai isu sama ada berkaitan

    pendidikan , umum dan Negara.

    2.3 Mohamad Nizar Bin Che Me

    Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan

    jayanya. Tidak dinafikan terdapat pelbagai cabaran dan dugaan dalam usaha menyiapkan

  • 7/28/2019 Isi Pendidikan Moral

    14/15

    14

    ELM 3101 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

    tugasan ini. Banyak pengetahuan baru dan lama yang saya dapat dari tugasan ini dari

    kumpulan mahupun individu.

    Pengetahuan yang saya dapat terutamanya yang berdasarkan elemen penting dalam

    Falsafah Pendidikan Negara yang membantu melahirkan masyarakat yang menghayati nilai

    murni. Kami disuruh untuk menghuraikan empat elemen penting dalam FPK. Selain itu, saya

    juga dapat pengetahuan baru mengenai peranan guru moral dalam pembentukan insan

    bermoral. Terdapat banyak peranan mengikut Islam yang boleh digunakan oleh guru moral

    dalam membentuk peribadi insan bermoral.

    Banyak pengetahuan baru yang kami dapat bersama ketika kami melakukan kerja

    berkumpulan. Walaupun banyak halangan yang dihadapi dalam mencari maklumat namun kami

    berusaha dengan pelbagai cara untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang

    ditetapkan.

    Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Puan Sodah

    Binti Hj. Ahamad yang banyak membantu saya memberi penerangan yang jelas untuk

    melaksanakan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang

    banyak membantu memberi pandangan dan kerjasama kepada saya selama kami menyiapkan

    kerja kursus ini.

    2.4 Zulhilme Bin Mohamad

    Falsafah pendidikan negara berperanan sebgai medium awal dalam pembentukan

    modal insan kerana Pembentukan insan adalah pemangkin kepada pembinaan Negara Bangsa

    terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkat awal pelajar dan

    diteruskan pada peringkat yang tinggi. . Di sinilah peranan dan tanggungjawab guru

    memainkan peranan. Walau bagaimana pun, semua usaha ke arah membina bangsa perlu

    perancangan yang teliti dan berterusan.

    Dalam tugasan ini, dapat diketahui bahawa dalam era ini, maklumat, modal serta

    manusia, sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara mengalir secara bebas

    dan pantas. Oleh itu, usaha yang gigih dan kerjasama yang erat daripada semua pihak sangat

    diperlukan bagi memastikan identiti nasional yang dihasratkan tercapai seperti ucapan Yang

    Amat Berhomat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (1999)kita mempunyai tanggung jawab

  • 7/28/2019 Isi Pendidikan Moral

    15/15

    15

    ELM 3101 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

    yang besar dalam pembangunan bangsa dan negara ini. Kita juga mempunyai peranan yang

    penting dalam pembentukkan minda dalam jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan

    yang ingin kita capai.

    Oleh itu, menyedari hakikat ini sebagai seorang pendidik di sebuah institusi pendidikan

    saya juga memainkan peranan yang penting untuk melahirkan warganegara glokal yang

    mampu bertindak dengan bijak untuk menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan

    liberalisasi. Saya berusaha untuk menghasilkan sumber manusia yang mampu berfikir secara

    global dan bertindak secara local untuk kepentingan negara dan bangsa. Justeru, pelajar dapat

    menjadikan nilai murni sebagai asas kepada kemajuan negara dan bangsa, serta dapat

    berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai, dan semangat yang menjadi ciri dan hasrat

    negara bangsa.

    Semangat bersatu padu, cinta dan kesetiaan kepada negara, patriotisme, berorientasi

    glokal, keharmonian dan toleransi, berbudi bahasa dab beradab serta memahami, menyanjung

    budaya dan seni bangsa perlu difahami dan diamalkan sepenuhnya. Pendidikan merupakan

    pemangkin kepada Pembinaan Negara Bangsa terutama bagi menyemai semangat kenegaraan

    khususnya pada peringkat awal perkembangan pelajar.

    Penghayatan nilai-nilai murni oleh masyarakat majmuk perlu diteruskan dan dipupuk

    agar diamalkan bagi membendung serta mengatasi gejala sosial dalam masyarakat hari ini.

    Kesemua agama dan budaya masyarakat yang merupakan entiti terbesar dalam negara kita

    iaitu Melayu, Cina dan India menyeru serta mengajak penganutnya agar berakhlak mulia.

    Ketiadaan penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat menyebabkan perilaku mereka

    menjurus ke arah negatif. Kerajaan telah berusaha dalam menangani permasalahan tersebut

    dan sentiasa menyuburkan serta membuka ruang perbincangan dan percambahan minda agar

    masyarakat sedar tentang tanggungjawab masing-masing. Oleh sebab itu setiap warganegara

    Malaysia perlu mengbayati nilai-nilai positif yang ada dalam ajaran agama masing-masing.

    Secara kesimpulannya, Pembentukan sahsiah diri seseorang itu dipengaruhi oleh

    pelbagai faktor dalaman dan luaran. Baik dan buruknya bergantung kepada seseorang itu

    dimana seseorang perlu teliti sebelum membuat apa-apa keputusan kerana ia melibatkan

    sahsiah diri masing-masing.