isi pendidikan moral dimalaysia.doc

35
Pendidikan Moral di Malaysia HMS 3013 1.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan banyak menekankan nilai moral, huraikan nilai-nilai yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut. Nilai-nilai moral yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah terdiri daripada 16 nilai kesemuanya. 16 nilai ini telah diselaraskan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun 1995. Tujuan nilai ini dibentuk selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mleahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Nilai yang pertama ialah nilai baik hati. Nilai ini merupakan nilai yang penting kepada semua manusia bagi membolehkan seorang manusia itu menjadi manusia yang berbudi perkerti mulia dan mempunyai sifat sayangkan diri dan orang lain. Apabila nilai ini ada pada diri setiap manusia maka akan wujudnya generasi manusia yang sejahtera dan bahagia. Kandungan yang terkandung dalam nilai baik hati ini mendorong seseorang menjadi seorang yang berbelas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, saling faham memahami dan saling bermaafan. Melalui penerapan nilai ini , aspek jasmani, rohani, emosi dan jasmani dapat dibentuk dengan baik dan seterusnya mendorong seseorang untuk bertindak secara tidak membuta tuli dengan memikirkan kesan yang terjadi terhadap tindakan yang dibuat sama ada meninggalkan kesan yang baik ataupun kesan yang negatif. Nilai yang kedua ialah berdikari. Berdikari boleh didefinasikan sebagai kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung 1

Upload: ayasuzuhara

Post on 17-Nov-2015

86 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Pendidikan Moral di Malaysia

HMS 3013

1.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan banyak menekankan nilai moral, huraikan nilai-nilai yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut.Nilai-nilai moral yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah terdiri daripada 16 nilai kesemuanya. 16 nilai ini telah diselaraskan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun 1995. Tujuan nilai ini dibentuk selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mleahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Nilai yang pertama ialah nilai baik hati. Nilai ini merupakan nilai yang penting kepada semua manusia bagi membolehkan seorang manusia itu menjadi manusia yang berbudi perkerti mulia dan mempunyai sifat sayangkan diri dan orang lain. Apabila nilai ini ada pada diri setiap manusia maka akan wujudnya generasi manusia yang sejahtera dan bahagia. Kandungan yang terkandung dalam nilai baik hati ini mendorong seseorang menjadi seorang yang berbelas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, saling faham memahami dan saling bermaafan. Melalui penerapan nilai ini , aspek jasmani, rohani, emosi dan jasmani dapat dibentuk dengan baik dan seterusnya mendorong seseorang untuk bertindak secara tidak membuta tuli dengan memikirkan kesan yang terjadi terhadap tindakan yang dibuat sama ada meninggalkan kesan yang baik ataupun kesan yang negatif.

Nilai yang kedua ialah berdikari. Berdikari boleh didefinasikan sebagai kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Melalui penerapan nilai ini generasi manusia yang dibentuk akan boleh berdiri di kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari orang lain. Segala tindakan yang mereka lakukan juga akan menjurus kepada aspek perkembangan diri mereka iaitu yakin pada diri sendiri dan berupaya bertindak sendiri. Hal ini membolehkan mereka berkembang secara sejahtera dan dapat berfungsi dengan baik dengan berdikari sendiri dalam membuat keputusan yang terbaik untuk hidup mereka.

Nilai yang ketiga ialah hemah tinggi. Hemah tinggi ini boleh didefinisikan sebagai beradab sopan dan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. Apabila seseorang manusia itu mempunyai nilai hemah tinggi dalam kehidupannya maka mereka akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dengan baik dan penuh dedikasi serta bertanggungjawab terhadap keputusan yang dipilih. Aspek nilai hemah tinggi ini menekankan nilai kesopanan, mengakui kesalahan diri dan sikap ramah mesra terhadap orang lain.

Nilai yang keempat ialah nilai hormat. Hormat boleh didefinisikan sebagai mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberi layanan yang penuh sopan, khidmat dan takzim. Penerapan nilai ini amat penting kepada seseorang inidividu bagi melahirkan masyarakat yang berakhlah mulia serta berbudi perkerti terhadap persekitaran mereka yang memainkan peranan yang penting dalam mendidik mereka kearah generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Aspek penerapan nilai ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan seseorang individu itu hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga, hormat kepada ahli keluarga, orang lebih tua, guru, rakan, jiran tertangga, dan pemimpin, hormat kepada institusi kerajaan dan negara, hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan, patuh kepada undang-undang dan patuh kepada ketepatan masa. Melalui penerapan nilai ini, masyarakat yang dilahirkan adalah terdiri daripada masyarakat yang harmoni dan sejahtera bukan sahaja dari segi intelek malah dari segi aspek jasmani, rohani dan emosi yang seimbang.

Nilai yang kelima ialah nilai kasih sayang. Kasih sayang boleh didefiisikan sebagai kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Penerapan nilai ini diterapkan kepada diri manusia adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sayangkan diri dan orang lain, sayangkan alam sekeliling dan cintakan negara. Melalui penerapan nilai ini, masyarakat akan sedar akan kepentingan menjaga kesihatan diri, menjaga kebersihan alam dan mempunyai semangat patriotik kepada negara. Hal ini seterusnya menyumbang kepada pemuliharaan dan pemeliharaan alam yang kian terancam, dapat melahirkan semangat sayang dan sanggup berjuang terhadap negara serta membantu diri menjadi insan yang sihat dari segi jasmani dan rohani dengan mengelakkan diri daripada penyalahgunaan dadah atau bahan-bahan terlarang.

Nilai yang keenam ialah keadilan. Keadilan boleh didefinisikan sebagai tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. Penerapan nilai ini dapat membentuk masyarakat yang adil yang tidak mengamalkan jenayah kolar putih serta membentuk masyarakat malaysia yang bertanggungjawab. Nilai ini diterapkan kepada para pelajar supaya mereka dapat membuat keputusan dengan adil dan saksama dalam sesuatu tindakan yang diambil. Jika wujudnya keadilan dalam diri setiap insan maka akan lahirlah masyarakat yang menjamin kesejahteraan bersama, membentuk budaya disesuatu tempat sebagai tanggungjawab bersama dan menerima hukuman dan ganjaran setimpal dengan apa yang dilakukan olehnya. Hal ini seterusnya dapat menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran negara.

Nilai yang ketujuh ialah kebebasan. Menurut Yasene Shpherd (2007), mendefinisikan kebebasan sebagai kemampuan individu untuk diakui tentang diri mereka di mana individu tidak akan bebas sehingga individu itu mula membebaskan pemikiran dan kehidupan dari perkara negatif di sekeliling pemikirannya. Jadi apa yang dapat ditakrifkan sebagai kebebasan bukannya mengenai hak asasi rights tetapi sama ada betul atau tidak right. Antara hak dan kebebasan, manusia dilahirkan bebas, namun, di mana-mana pun dia dirantai (Jane Rousseau). Dalam kata lain, Rousseau menyebut kebebasan adalah satu peluang kepada kita untuk membentuk diri tetapi dengan kekangan tertentu. Seseorang mempunyai kuasa untuk memilih dan melakukan apa yang mereka fikirkan. Tetapi, kebebasan perlu diseimbangkan dengan moral dan aturan. Penerapan nilai ini diterapkan di dalam diri pelajar adalah untuk memberi kesedaran berkenaan kebebasan di sisi undang-undang. Kebebasan di sisi undang-undang ialah terdiri daripada kebebasan bersuara dan kebebasan beragama. Kebebasan beragama adalah merupakan kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukan dalam perlembagaan malaysia. Bagi kebebasan bersuara pula, ia didefinisikan sebagai kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman. Nilai ini diajar dalam pendidikan moral adalah untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada pelajar bahawa walaupun mereka mempunyai kebebasan dalam melakukan sesuatu perkara namun batasan tersebut mempunyai sempadan yang mereka perlu patuhi demi menjaga keamanan dan keharmonian negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Nilai yang kelapan ialah keberanian. Keberanian dapat didefinisikan sebagai kemampuan untuk menaklukan rasa takut, menjinakan rasa takut, menyederhanakan rasa takut. Tindakan dan perasaan konkruen yang berani menjadi bukti bahwa seseorang telah lepas dari rasa takut terhadap suatu hal. Melalui penerapan nilai ini dalam diri pelajar maka palajar akan sedar bahawa perlunya berani dalam mengambil tindakan dalam sesuatu perkara agar mereka tidak takut untuk membuat keputusan dan takut untuk berhadapan dengan cabaran dan pancaroba yang mereka perlu tempuhi apabila mereka dewasa nanti. Keberanian adalah suatu anugerah ilahi dan ia diajar kapada pelajar supaya pelajar berani untuk mencuba dan berani kerana benar. Sifat ini membentuk diri seseorang itu untuk lebih bertanggungjawab, menjadi seorang yang kreatif serta dapat menonjolkan kelebihan dan keistimewaan dalam diri yang selama ini tidak diketahui.

Nilai yang kesembilan ialah kebersihan fizikal dan mental. Kebersihan fizikal dan mental boleh didefinisikan sebagai kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang sihat dan positif dalam setiap perlakuan. Ini bermaksud seseorang yang sihat bukan sahaja mereka mampu menjaga diri mereka dengan baik malah mereka juga mampu mendorong diri mereka untuk berfikir secara positif dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Penerapan nilai ini ditekankan melalui aspek kebersihan diri, kebersihan persekitaran dan kebersihan mental. Hal ini kerana aspek ini mempunyai kaitan antara satu sama lain. Apabila seseorang itu mengamalkan konsep menjaga kebersihan diri maka mereka mempunyai jiwa yang sihat dan akal yang cerdas untuk berfikir dengan baik dan hal ini secara tidak lansung ttelah mempengaruhi aspek persekitaran yang berada berhampiran dengan dirinya.

Nilai yang kesepuluh ialah kejujuran. Kejujuran didefinisikan sebagai kewajipan bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan. Aspek kejujuran ini diterapkan dalam diri setiap pelajar adalah untuk melahirkan masyarakat yang sentiasa jujur dalam melakukan sesuatu tindakan dan dapat melaksanakan sesuatu tugasan yang dpertanggungjawabkan kepadanya dengan sepenuh hati dan bertungkus lumus bagi mendapatkan hasil kerja yang baik dari tugasan yang dilakukan olehnya. Melalui cara ini, ia dapat membantu negara dalam meningkatkan produktiviti negara yang bermutu tinggi dan dapat melahirkan masyarakat cemerlang dari segi sahsiah dirinya kerana mempunyai sikap amanah dalam kehidupannya.

Nilai yang kesebelas ialah kerajinan. Kerajinan dapat didefinisikan sebagai usaha yang berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekapan, kegigihan, dedikasi, dan berdaya maju dalam sesuatu perkara. Nilai ini telah ditekankan dalam pendidikan moral kerana ingin membentuk sikap pelajar yang tidak mudah mengenal erti putus asa dalam melakukan sesuatu perkara. Apabila mereka telah memilih melaksanakan tindakan tersebut mereka laksanakan keputusan itu bukan seperti melepaskan batuk ditangga tetapi melakukannya dengan bersungguh-sungguh bagi mendapatkan hasil kerja yang baik dan bermutu tinggi. Kandungan akademik yang ditekankan dalam pendidikan moral ini adalah untuk memupuk semangat pelajar supaya sentiasa rajin kerana ia merupakan tangga kejayaan bukan sahaja kepada diri malah kepada keluarga dan sekolah.

Nilai yang kedua belas ialah kerjasama. Kerjasama didefinisikan sebagai suatu kerja yang dilakukan secara bersama antara individu dengan individu yang lain bagi mencapai tujuan umum untuk memperolehi hasil yang mempunyai ketinggian kualitinya. Aspek kerjasama ini sangat diperlukan terutama dalam masyarakat Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan saling bertoleransi antara satu sama lain. Melalui kerjasama yang diberikan sesuatu kerja itu akan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan cepat, dapat mendidik masyarakat untuk bersikap bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Nilai yang ketiga belas ialah kesederhanaan. Kesederhanaan didefinisikan sebagai bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran , pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. Aspek kesederhanaan ini dapat diterapkan dalam diri pelajar dengan melengkapkan senarai semak kendiri tentang nilai kesederhanaan hubungan dengan orang lain. Kandungan akademik yang ditekankan adalah untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar bahawa hidup sederhana adalah asas kesejahteraan bersama dimana individu itu perlulah mempunyai sikap sederhana dalam hubungannya dengan keupayaan mengimbangi kepentingan diri dan orang lain, pergaulan dan membantu mengikut kemampuan diri mereka. Hasil daripada nilai yang ditekankan dalam diri pelajar ini adalah untuk menyedarkan pelajar supaya mengambil sesuatu tindakan itu dengan mengambil kira kepentingan diri dan orang lain.

Nilai yang keempat belas ialah kesyukuran. Kesyukuran dapat didefinisikan sebagai satu tanda berterima kasih dan menghargai kebijaksanaan, pengalaman dan jasa atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada umatnya. Berterima kasih merupakan perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian. Melalui nilai bersyukur ini, ia dapat mengajar manusia untuk menghargai pemberian orang lain dan sentiasa redho dengan segala pemberian yang diberikan olehnya. Hal ini dapat mengajar manusia akan erti hidup sebenar dan dapat mengajar manusia untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka perolehi kerana ramai orang lagi yang lebih hidup susah jika dibandingkan dengan dirinya.

Nilai yang kelima belas ialah rasional. Rasional dapat didefinisikan sebagai boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. Kandungan akademik yang ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran ini ialah sikap rasional membentuk pemikiran yang matang dan pemikiran yang terbuka menjamin keputusan yang bijak. Aspek ini dapat dicapai dengan membangunkan pelbagai pilihan berdasarkan beberapa faktor sebelum membuat keputusan dan mencari bukti yang kukuh berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang pernah dilalui. Melalui aspek pembelajaran ini, pelajar akan memperolehi cara membuat keputusan yang betul dan mereka perlulah membuat keputusan tersebut dengan menimbangkan pelbagai faktor yang akan mempengaruhi keputusan yang mereka akan laksanakan tersebut.Nilai yang keenam belas ialah semangat bermasyarakat. Semangat bermasyarakat ini boleh didefinisikan sebagai kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama demi keharmonian hidup bermasyarakat. Nilai ini diterapkan dalam diri pelajar supaya mereka akan hidup bersama secara aman dan saling membantu dan berkerjasama jika terdapat pelbagai masalah yang mereka perlu lalui. Hal ini seterusnya dapat membantu dalam menjaga keamanan dan menjaga keharmonian masyarakat dalam negara.

2.0 Lakarkan dalam bentuk peta minda sejarah perkembangan pendidikan moral di Malaysia, tuliskan tarikh penting serta peristiwa yang berlaku.

Sejarah perkembangan moral bermula dari tahun 1960 apabila jawatan kuasa penyamak pelajaran menyedari bahawa tiada pendidikan nilai yang wujud di kalangan pelajar bukan islam dari sudut pengisian mata pelajaran pendidikan nilai. Jawatan kuasa ini telah mencadangkan supaya pelajar bukan islam ini ditawarkan mata pelajaran sivik sebagai sebahagian daripada kurikulum. Hal ini telah memberikan kesan apabila mata plajaran sivik ini telah ditawarkan kepada semua pelajar diperingkat sekolah menengah dan rendah dengan subjek ini mula diajarkan kepada darjah 4 hingga tingkatan 5. Manakala bagi darjah 1 hingga 3 unsur-unsur sivik ini telah dimasukkan di dalam mata pelajaran kajian tempatan.

Seterusnya pada tahun 1969 berlakukan satu peritiwa yang mendatangkan kesan yang amat mendalam kepada rakyat Malaysia iaitu peristiwa 13 mei yang menyebabkan terjadi rusuhan kaum antara penduduk cin, melayu dan india. Peristiwa ini telah menyebabkan kerajaaan mula menilai kembali semua struktur, institusi, perancangan, dan pelan bertindak yang dilaksanakan selama ini. Hal ini telah mendatangkan implikasi kepada terhasilnya rukun negara yng di anggap sebagai ideologi negara bagi menyatupadukan rakyat pada ketika itu.

Setelah itu, pada tahun 1976 berlakulah penggubalan sukatan pendidikan moral apabila satu jawatan kuasa pemdidikan moral ditubuhkan yang telah diketuai oleh ketua jemaah nazir sekolah-sekolah persekutuan. Pada 20 oktober 1976, jawatan kuasa pusat kurikulum telah bermesyuarat dan telah mengambil keputusan untuk memperkenalkan mata pelajaran pendidikan moral sebagai satu mata pelajaran dalam kurikulum sekolah bermula dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5. Satu laporan yang memuatkan satu taarif bagi pendidikan moral dalam konteks Malaysia telah disiapkan untuk dijadikan rujukan. Seterusnya terdapat beberapa jawatan kuasa yang ditubuhkan untuk mengkaji nilai-nilai moral yang terdapat dalam pelbagai agama, adat resam, norma hidup dan sistem budaya yang terdapat di Malaysia. Perkara ini seterusnya mendorong kepada penyediaan satu draf sukatan pelajaran pendidikan moral bagi sekolah-sekolah di Malaysia dengan menyusun nilai-nilai yang dipilih kepada enam belas nilai yang utama.

Kemudian pada tahuan 1979, laporan jawatan kuasa kabinet telah menyatakan bahawa terdapat tiga mata pelajaran sahaja yang dianggap sebagai asas kepada pendidikan nilai. Tiga mata pelajaran ini adalah terdiri daripada pendidikan agama islam, pendidikan moral dan sivik. Bagi pelajar islam mereka diwajibkan untuk mempelajari pendidikan agama islam di mana mereka wajib menduduki peeriksaan manaka bagi pelajar bukan islam pula mereka diwajibkan mempelajari pendidikan moral dan wajib menduduki peperiksanan. Bagi pendidikan sivik, ia memainkan dua peranan secara serentak. Peranan pertama adalah untuk pengembangan sahsiah diri dalam masyarakat manakala peranan kedua pula adalah menjadi warganegara yang baik.

Pada tahun 1982 pendidikan moral mula diperkenalan sebagai satu mata pelajaran rasmi di peringkat darjah satu hingga darjah enam di sekolah rendah selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Seterusnya, bagi peringkat menengah pula pendidikan moral ini dilaksanakan secara terhad pada tahun 1988 setelah melalui bebrapa penggubalan, program pendidikan moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ini telah diperkenalkan secara menyuluruh bermula dengan tingkatan 1 hingga kepada tingkatan 5.3.0 Berdasarkan pengurusan grafik, kaitkan konsep dimensi moral dengan individu bermoral.Graf Garis : Perkaitan Dimensi Moral Dengan Individu Yang Bermoral

Konsep dimensi moral mempunyai perkaitannya dengan individu bermoral. Hal ini kerana jika penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral tidak bergerak secara selari maka individu tersebut dikatakan bergerak kearah ketidakseimbangan yang membawa kepada individu yang tidak bermoral. Individu perlulah bertindak secara meyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek barulah individu itu dikatakan sebagai seorang yang bermoral dan dapat berkembang dengan baik, sempurna dan sejahtera.

Individu yang bermoral merupakan individu yang dapat mengerakkan aspek kognitif, emosi dan tingkah lakunya secara seiring. Apa yang individu ini fikirkankan akan menghasilkan sebuah emosi yang akan mempengaruhi individu itu membuat keputusan dan seterusnya membentuk tingkah laku seseorang individu yang bermoral. Individu yang mempunyai potensi yang baik mereka akan berfikir secara positif seperti membantu orang yang dalam kesusahan di mana pemikiran ini seterusnya akan membentuk perasaan yang seronok dan gembira untuk membantu orang lain yang seterusnya menghasilkan tingkahlaku menderma dan membantu mereka dengan memperbaiki rumahnya yang dalam keadaan yang teruk. Hal ini menunjukkan bahawa apabila sesuatu tindakan itu selari dengan apa yang difikir dan dirasa maka individu tersebut dikatakan bermoral dan wujud dalam dunianya secara meyeluruh. Berdasarkan graf ini dapat dilihat bahawa kemoralan seseorang individu itu dikatakan seimbang apabila dimensi moral dapat bergerak secara seiringan.Bagi graf yang tidak seimbang graf ini akan bergerak sama ada menurun atau menaik. Ini menunjukkan tingkah laku individu itu tidak seimbang yang seterusnya menyebabkan kepada pelakuan yang tidak bermoral. Apabila manusia tidak dapat berada secara selari dengan pemikiran, perasaan dan tingkah laku, manusia tersebut dikatakan bermasalah. Mereka seterusnya akan bergerak kepada tingkah laku yang tidak bermoral dan membahayakan diri. Sebagai contoh pemikiran manusia menakul bahawa membantu orang lain merupakan satu cara yang bagus dalam meningkatkan nama baik dirinya, perasaan yang terhasil ialah seronok, bangga dan tidak ikhlas melaksanakan bantuan yang diberikan. Tingkah laku yang mereka tunjukkan pula ialah dengan menderma dalam kuantiti yang banyak ketika berada dikhalayak ramai. Ini menunjukkan tingkah laku yang mereka tunjukkan tidak sempadan dengan apa yang mereka fikirkan. Mereka bertindak melakukan dermaan itu untuk mendapatkan pujian sahaja. Apabila mereka berada di situasi sebenar, keadaan mereka berubah dan mereka menjadi seorang yang suka bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk serta bersikap pentingkan diri semdiri daripada orang lain. Tindakan yang tidak selari dengan aspek kognitif menyebabkan perasaan yang terhasil tidak seimbang dan menyebabkan tingkah laku yang terhasil bukan melambangkan dirinya sebagai individu yang bermoral tetapi melambangkan dirinya sebagai individu yang tidak bermoral.

Penakulan moral merupakan suatu dimensi yang penting kerana penaakulan inilah yang menggerakkan perasaan dan tingkah laku yang terhasil. Ia merupakan suatu proses seseorang individu memperkembang kebolehan membuat pertimbangan atau keputusan moral yang matang dan tersendiri tanpa dipengaruhi oleh perasaannya dan pandangan orang lain dalam sesuatu situasi moral. Dalam proses penaakulan moral ini , pelajar perlu memahami sesuatu situasi moral dan mengenal pasti pelbagai pilihan serta kesan setiap pilihan itu sebelum membuat keputusan secara tekal dan konsisten. Ini bermaksud keputusan moral yang dicapai hendaklah konsisten, objektif dan sejagat bagi sesuatu situasi yang serupa serta diterima secara umum atau sejagat oleh masyarakat supaya dapt menjamin kestabilan sosial masyarakat dan dunia secara amnya. Ini mempunyai kaitannya dengan individu bermoral kerana jika seseorang memilih membuat keputusan yang tidak patut maka individu itu akan berfungsi secara tidak bermoral dan sebaliknya. Emosi moral juga mempunyai perkaitannya dengan individu yang bermoral kerana ia bukan sahaja memberi rangsangan kepada seseorang untuk bertindak secara bermoral dengan yakin tetapi juga merupakan sesuatu yang tidak dapat diketepikan dalam sesuatu keputusan dan tindakan moral. Emosi ini, hanya merujuk kepada perasaan yang betul yang melibatkan kerasionalan dalam sesuatu situasi yang dihadapi. Jika seseorang mempunyai emosi yang tidak betul maka kaputusannya hanyalah berdasarkan kepada perasaan yangbtidak rasional dan bukan emosi moral.

Tingkah laku moral pula mempunyai perkaitannya dengan individu yang bermoral apabila segala tindakan yang dilakukan olehnya berkait dengan peraturan moral. Tingkah laku moral ini memerlukan seseorang itu mengikuti peraturan moral secara konsisten dan dengan penuh iltizam. Sebagai contoh jika berada di bank siti beratur untuk menunggu giliran di dalam situasi lain seperti menaiki bus juga siti akan beratur apabila hendak menaiki bus. Kelakuan yang terhasil ini dikatakan bermoral dan berlaku secara konsisten. Kesimpulannya demensi moral amat mempengaruhi diri individu itu sama ada bertindak secara bermoral ataupun tidak.4.0 Huraikan sifat-sifat insan bermoral berdasarkan prinsip individu bermoral.

Prinsip-prinsip individu yang bermoral ialah individu yang menggunakan prinsip keadilan untuk merujuk kepada peraturan dan undang-undang dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu tindakan dianggap adil sekiranyan ia berlandaskan peraturan moral yang diterima umum oleh masyarakat seperti menghormati kepercayaan, kebudayaan dan agama diantara satu sama lain. Sifat-sifat insan yang bermoral menurut prinsip individu bermoral ini ialah insan yang menghormati autoriti iaitu orang yang lebih berkuasa seperti ibu bapa, guru, pemimpin negara atau negara yang menunjukkan contoh dan teladan serta amalan yang diterima sebagai bermoral. Menghormati agama dan kepercayaan orang lain, bersopan santun dan sayangkan nyawa adalah sebahagian daripada peraturan moral masyarakat yang patut diamalkan oleh seseorang autoriti dan perlu dicontohi oleh individu yang bermoral. Namun tindakan ini hanya akan dianggap sebagai adil apabila satu tindakan yang adil iailah sesuatu tindak balas seseorang berdasarkan pada kedudukannya sama ada berupa ganjaran atau hukuman. Disini individu tersebut perlulah bertindak mengikut kerasionalan fikirannya supaya tindakan yang diambil itu dianggap sebagai adil. Di mana individu yang bermoral ini akan membuat keputusan moral secara autonomous dan setelah menimbangkan segala fakta , alternatif serta kesannya.

Prinsip yang kedua ialah pertimbangan mengenai kepentingan orang lain . prinsip ini digunakan apabila peraturan dan amalan sosial adalah bertentangan dan prinsip ini dapat dilihat sebagai sebahagian besarnya dapat dilihat berdasarkan peranan sosial dan tanggungjawab individu sebagai anggota masyarakat. Prinsip ini seterusnya dapat membentuk sifat-sifat insan yang bermoral apabila seseorang individu itu mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan seuatu yang benar selepas keputusan moral diambil. Contohnya, seseorang ketua perlulah peka terhadap penderitaan atau masalah anggota-anggotanya sebelum memutuskan tindakan yang di ambil dengan menghulurkan tangan untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukannya jika dia mempunyai motivasi dan perasaan simpati atau empati terhadap mereka yang kurang bernasib baik serta mempunyai iltizam yang kukuh dan konsisten berdasarkan prinsip-prinsip moral dan peraturan moral yang asa.

Prinsip yang ketiga ialah kebebasan. Prinsip ini bermakna bahawa manusia haruslah diberi kebenaran membuat apa sahaja yang mereka ingini atau memberi sebab-sebab tertentu jika seseorang itu dihalang dari melakukan apa yang dirasakannya baik. Melalui prinsip ini sifat manusia yang dapat dibentuk ialah melakukan sesuatu secara bebas tanpa sebarang penekanan, namun kelakuan itu perlulah berdasarkan sebab yang munasabah serta motif dan tujuan yang rasional. Dimana inidividu yang berpendidikan moral akan menimbang secara objektif segala fakta yang berkaitan dengan isu yang dipersoal sebelum membuat sesuatu keputusan secara bebas seperti seseorang individu dibenarkan memiliki harta tetapi tidak dibenarkan merampas harat orang lain tanpa persetujuan orang tersebut.Prinsip yang keempat ialah menghormati setiap ahli masyarakat. Prinsip ini menekankan individu supaya menghormati masyarakat dengan melayani orang sebagai matlamat dan buka sebagai caranya. Cara melayani seseorang sebagai matlamat menunjukkan penghormatan terhadapnya sebagai manusia yang mempunyai objektif tersendiri yang merasa bangga dengan kejayaannya, dan mempunyai pandangan yang tersendiri dengan dunia ini. Prinsip ini tidak bermaksud kita perlu menerima pandangan orang lain tetapai kita akan menilai jika ia kelihatan logik. Berdasarkan penggunaan prinsip ini, sufat-sifat yang terhasil adalah berkenaan pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain serta dapat menilai pandangan orang lain terhadap situasi. Kepekaan terhadap perasaan dan kepentingan orang lain hendaklah dipertimbangkan dalam sesuatu keputusan moral. Contoh seseorang individu tidak akan menyusahkan orang lain kerana setiap individu mempunyai hak dan kepentingannya untuk hidup dengan bahagia.5.0 Jelaskan kedudukan subjek pendidikan moral di IPTA dan IPTS dari segi pelaksanaan dan kepentingannya.

Kedudukan pendidikan moral di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) telahpun dilaksanakan dengan terbentuknya akta 1996 IPTS. Akta ini menyatakan bahawa semua IPTS hendaklah mengajar mata pelajaran yang terdiri daripada pengajian Malaysia, Pengajian yang berhubungan dengan pengajaran agama islam bagi pelajar yang menganut agama islam dan pendidikan moral bagi pelajar yang bukan islam. Mata pelajaran yang disebut ini hendaklah diajar sebagai tambahan kepada mata pelajaran atau kursus pengajian lain yang diajarkan di IPTS. Bagi mereka yang bukan merupakan warga negara Malaysia kelulusan dalam mata pelajaran yang dinyatakan iaitu 3 matapelajaran tadi hendaklah menjadi pra syarat bagi penganugerahan sijil, diploma dan ijazah IPTS. Kedudukan subjek pendidikan moral id IPTA juga sama seperti kedudukan pendidikan moral di IPTS.

Kepentingan pendidkan moral ini dilaksanakan di IPTA dan IPTS ialah bagi memupuk nilai-nilai moral terhadap remaja pada zaman sekarang agar mereka dapat membuat keputusan yang wajar sama ada patut atau tidak patut, betul atau tidak betul dan salah atau benar terhadap keputusan yang mereka ambil berdasarkan pertimbangan moral yang dilakukan melibatkan dimensi akal, emosi dan tingkah laku. Hal ini kerana, jika dilihat kepada situasi masyarakat pada zaman sekarang kebanyakan mereka mengalami aspek keruntuhan moral dan akhlak yang seterunya menyebabkan berlakunya banyak masalah sosial yang melibatkan isu moral seperti penyalahgunaan dadah, pengguguran bayi, lesbian dan homoseksual dan lain-lain lagi. Oleh kerana kurangnya keilmuan dalam bidang keagamaan dan moral maka mereka tidak dapat membezakan keputusan yang mereka ambil ini sama ada bermoral atau tidak. Aspek moral dan akhlak ini diajar di IPTA dan IPTS adalah bagi meningkat kesedaran mereka terhdap nilai moral dan sentiasa melakukan penaakulan moral, perasaan moral dan tingkah laku moral dalam membuat sesuatu keputusan. Melalui cara ini masalah sosial yang berlaku melibatkan pelajar IPTA dan IPTS dapat dikurangkan sedikit demi sedikit.Kepentingan lain pendidikan moral ini dilaksanakan di IPTA ialah dapat mewujudkan keharmonian dan keamanan dalam masyarakat. Hal ini kerana, apabila pendidikan moral diperkembangkan di peringkat IPTA dan IPTS maka nilai hormat, keadilan, kebebasan dan nilai kerjasama diterapkan dalam diri setiap palajar. Di sini pelajar akan sedar bahawa mereka bukan sahaja mempunyai tanggungjawab terhadap diri sahaja, mereka juga turt mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat, alam sekitar, keluarga, masyarakat dan negara. Segala tindakan mereka sama ada baik atau buruk akan mempengaruhi perkembangan dalam caorak sosialiti masyarakat dan negara. Jika para ramaja mengamalkan nilai bertoleransi, saling hormat menghormati, menggunakan kebebasan bersuara dengan sebaiknya, maka akan wujudlah masyarakat yang sihat dan hidup secara harmoni dan bersatu padu.Kepentingan lain pendidikan moral ini dilaksanakan di IPTA ialah ia dapat membantu dalam membentuk masyarakat yang cintakan negara dan sanggup berjuang untuk negara yang tercinta. Melalui penekanan nilai berkenaan aspek kenegaraan , nilai demokrasi, nilai kebebasan serta penglibatan diri dalam pembangunan negara maka ia dapat melhirkan masyarakat Malaysia yang setia kepada raja dan negara, mengamalkan kebebasan bersuara dan beragama dengan sebaiknya, mengamalkan sikap kertebukaan terhadap budaya dan adat resam bangsa lain serta dapat melahirkan masyarakat yang petuh kepada peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Kepentingan akhir ialah mendorong para remaja untuk sayangkan fauna dan flora yang ada di muka bumi ini dan memliharanya dengan baik. sebagai mana yang diketahui bahawa, banyak fenomena melibatkan bencana alam sering berlaku pada masa sekarang. Fenomena ini berlaku semakin hari semakin teruk dan telah banyak mendatang kerugian kepada manusia dan mengorbankan nyawa manusia. Masalah ini terjadi adalah disebabkan oleh kerakusan manusia yang suka mengejar kemewahan tanpa memikirkan kesan yang mereka hasilkan daripada tindakan yang mereka lakukan seperti penyahhutanan, pencemaran air, pencemaran bunyi, dan pencemaran udara. Melalui penekanan kepada pendidikan moral ini para remaja didedahkan kepada nilai menghargai dan menyayangi alam sekitar dengan melakukan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem seperti penanaman semula pokok selepas aktiviti penyahutanan dilakukan. Manusia perlulah mempunyai kesedaran untuk menyayangi alam sekitar kerana manusia dan alam adalah saling berhubungan antara satu sama lain. Jika manusia menjaga alam dengan baik maka manusia dapat hidup secara sihat dan harmoni.6.0 Apakah kepentingan buku teks dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral dan huraikan kesesuaiannya dengan pendidikan masa kini.Kepentingan buku teks dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian akademiknya dalam peperiksaan yang dijalankan. Menurut Ishak Harun (1977), dalam kajiannya menyatakan bahawa terdapat hubungan yang agak tinggi di antara pencapaian akademik pelajar di dalam peperiksaan dengan buku teks yang digunakan. Hal ini kerana sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dalam buku teks mempunyai maklumat yang lengkap dan telah melalui kawalan mutu yang rapi oleh Bahagian Buku Teks (BBT). Apabila para pelajar menggunakan buku teks ini mereka akan memperolehi maklumat yang selengkapnya beserta dengan huraian yang banyak bagi membolehkan seseorang individu ini faham dengan isi yang terkandung dalam buku teks. Sekaligus dapat membantu seseorang individu itu memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang mereka ambil.

Selain itu, buku teks juga penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral. Hal ini kerana buku teks memainkan peranan yang penting sebagai alat pembantu utama kepada guru di mana pengetahuan asas yang disampaikan oleh guru pada keseluruhannya adalah berpandu dan berpunca daripada fakta, bahan dan maklumat yang dirujukkan daripada buku teks. Hal ini kerana buku teks mempunyai maklumat yang pelbagai. Maklumat-maklumat ini telah ditapis dan telah melalu proses kawalan kualiti sebelum dikeluarkan. Berdasarkan maklumat yang lengkap ini, guru dapat memberikan isi-isi penting berkenaan tajuk yang dibincangkan dan guru dapat menyampaikan pengajarannya dengan baik.

Bukan itu sahaja, penggunaan buku teks ini juga amat penting kepada pelajar untuk dijadikan sebagai sumber rujukan dalam mempelajari sesuatu topik yang baru. Kebiasaannya, setiap sekolah akan menjadikan buku teks ini sebagai sumber rujukan yang utama keran sumber ini adalah sahih dan mempunyai mutu yang tinggi. Hal ini kerana di dalam buku teks ini para pelajar bukan sahaja diajar untuk memahami konsep topik yang diajarkan, para pelajar juga didedahkan berkenaan dengan isu-isu semasa yang terjadi untuk membolehkan mereka memahami dengan baik topik tersebut. Di sini juga terdapat contoh-contoh gambar yang dikemukan bagi menarik minat membaca pelajar dan membolehkan pelajar menghayati dan memahami topik tersebut dengan lebih baik lagi

Di samping itu, buku teks ini juga penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat menggalakkan pelajar untuk mengaplikasikan konsep kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam masalah yang diwujudkan. Selain itu, buku teks ini juga dapat membantu dan mengajak seseorang individu itu untuk berfikir dengan menggunakan pelbagai aras pemikiran, menyelesaikan masalah dan mencipta idea baru. Hal ini kerana di dalam buku teks, para pelajar diajak untuk menjawab soalan yang dikemukakan dan memberikan pendapat berkenaan isu yang timbul. Perkara ini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan tahap kendirinya dan dapat membantu pelajar secara menyeluruh iaitu merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek.

Buku teks ini amat sesuai dengan pendidikan masa kini kerana sukatan pembelajaran yang telah ditetapkan dalam buku teks mengikut aras umur pelajar untuk berfikir dan menyelesaikan masalah yang timbul. Bukan itu sahaja kandungan atau maklumat yang terdapat dalam buku ini sahih dan mempunyai sumber rujukan yang lengkap untuk dipercayaai kesahihannya. Di samping itu, buku teks ini juga susuai untuk dilaksanakan dengan sistem pendidikan masa kini adalah kerana buku teks ini sesuai untuk diaplikasikan pada setiap peringkat dan buku teks ini akan sentiasa di perbaiki isi kandungan dari semasa ke semasa sesuai dengan peredaan zaman. Walaupun terdapatnya pelbagai teknologi canggih yang boleh digunakan bagi membantu guru dalam menyampaikan bahan pengajaran kepada pelajar namun bahan rujukan yang paling baik adalah dari buku teks itu sendiri. Hal ini kerana terdapat banyak ilmu dan kemahiran yang telah diajar dalam buku teks ini dan ia sesuai dengan setiap peringkat umur pelajar. 7.0 Apakah kepentingan dilaksanakan pengajaran pendidikan moral di Malaysia.

Pengajaran pendidikan moral penting untuk dilaksanakan di Malaysia kerana berlakunya keruntuhan institusi sosial dalam kalangan masyarakat. Menurut Mc Gregor (1977), salah satu sebab mengapa pentingnya pendidikan moral di Malaysia ialah dakwaan bahawa anak-anak muda kini kurang bermoral dan pihak sekolah telah dipersalahkan kerana wujudnya situasi ini. Sehubungan dengan itu, pendidikan moral ini penting untuk dilaksanakan bagi menjadi pemulih kepada situasi keruntuhan institusi sosial ini. Melalui pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral ini para pelajar dapat mengetahui sama ada tindakan yang mereka lakukan bermoral atau tidak. Selain itu mereka juga dapat memperbaiki sikap mereka dengan mengamalkan nilai-nilai moral yang baik dalam kehidupan dan dapat memngetahui bahawa dalam kehidupan ini terdapat peratura moral yang perlu masyarakat patuhi dan ikuti untuk menjadi seorang yang bermoral dan beretika dalam hidup.Bukan itu sahaja, pengajaran pendidikan moral ini juga penting dilaksanakan di Malaysia bagi membantu para pelajar menangani dilema yang berlaku apabila mereka ingin membuat keputusan. Dilema moral atau konflik moral boleh berlaku apabila seseorang itu menghadapi beberapa pilihan dalam membuat keputusan. Proses menangani dilema ini dapat diatasi oleh pelajar dengan membuat pertimbangan moral berdasarkan kriteria yangdapat meningkan kesan yang positif yang banyak dan baik kepada diri dengan membuat penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral. Melalui proses ini pelajar dapat membantu dirinya menyelesaikan konflik moral yang berlaku dalam dirinya dengan baik tanpa mendatangkan kemudaratan kepada diri.Selain itu, pengajaran pendidikan moral di Malaysia juga penting untuk dilaksanakan kerana kemajuan dan perkembangan besar dalam sains dan teknologi, perubahan-perubahan sosial, ekonomi dan politik yang pesar dan murid-murid mempunyai isu baru yang mempunyai implikasi dan membangkitkan pertanyaan moral, umpamanya soal perkauman, kawalan penduduk dan pengguguran anak, kemoralan seks, euthanasia, kegitan kesatuan buruh, pertahanan, dan perlumbaan membuat senjata, keselamatan negara, dan hak untuk menjaga privacy dan pemuliharaan alam sekitar. Ringkasnya, sekolah tidak boleh menganggap nilai-nilai tradisional dalam masyarakat boleh diharapkan dalam mencari jawapan kepada semua masalah moral. Pendidikan moral yang meluas dan berkesan diperlukan bagi menangani pelbagai isu yang mencabar ini.

Di samping itu juga, pengajaran pendidikan moral di malaysia turut penting untuk dilaksanakan kerana situasi-situasi di sekolah adalah pengalaman yang penuh dengan soal-soal nilai. Menurut Hersg et al (1979), suatu dimensi moral itu adalah sebati dengan proses dan kandungan sekolah. Sehubungan dengan itu adalah tidak profesional jika autoriti-autoriti sekolah dan guru mengabaikan soal pendidikan moral ini.Seterusnya, pendidikan moral ini semakin penting di Malaysia apabila sistem persekolahan di negara wujud dalam konteks masyarakat yang majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya, adat, norma, kepercayaan dan agama yang berbeza. Melalui pengajaran pendidikan moral di sekolah ia dapat membantu dalam merapatkan jurang kesefahaman antara kaum, mewujudkan nilai bertoleransi sesama kaum, bekerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain bagi menjamin keamanan dan keharmonian hidup.

Kepentingan yang terakhir pelaksanaan pendidikan moral ini di Malaysia ialah dapat mengurangkan kesan negatif yang terhasil daripada perindustrian dan pembandaran. Tham (1980), menyatakan pengalamannya berdasarkan pengalaman beberapa buah negara maju perindustrian bahawa walaupun manusia telah dibebaskan dari kekurangan material namun aspek ini telah gagal apabila pengukuhan kehidupan moral dan rohani tidak dapat dikekalkan. Perindustrian tidak menentang nilai-nilai kemanusiaan dan agama tetapi jika tersalah arah dan tersalah penggunaannya, perindustrian patut dicurigai keran ia boleh mengancam nilai-nilai tersebut. Oleh itu pendidikan moral boleh dianggap memainkan peranan yang positif dalam mengharmonikan nilai-nilai tradisional dengan nilai-nilai yang dikaitkan dengan perindustrian.8.0 Bagaimanakah pendapat anda, pengajaran pendidikan moral cukup diberikan kepada pelajar bukan beragama islam. Jelaskan alasan.Pada pendapat saya pengajaran pendidikan moral cukup diberikan kepada pelajar bukan beragam islam kerana nilai yang diajar sudah mencukupi merangkumi pelbagai aspek bidang pembelajaran yang diajar. Hal ini kerana dalam pendidikan moral terdapat 7 bidang pembelajaran yang diajar kepada individu yang bukan beragama islam iaitu merangkumi aspek perkembangan diri, kekeluargaan, alam sekitar, patriotisme, hak asasi manusia, demokrasi dan keamanan dan keharmonian hidup. Setiap bidang pembelajaran ini mempunyai nilai-nilai yang tersendiri yang merangkumi segala aspek kehidupan yang boleh membentuk akhlah yang baik dan tingkah laku yang terpuji.

Perkara ini kerana melalui nilai-nilai yang diajar manusia akan mempunyai kesedaran dan pengetahuan berkenaan tindakan yang mereka lakukan ini tingkah laku yang bermoral atau tidak. Mereka juga akan mengetahui cara membuat keputusan yang betul dengan melakukan pertimbangan moral terhadap konflik nilai yang dihadapi. Di sini indiviidu akan mempunyai aliran pemikiran moral untuk mendapatkan jawapan terhadap konflik yang mereka lalui samada melalui pemikiran naturalisme yang lebih menekankan kepada aspek yang rasional, pemikiran intuisionisme yang lebih menekankan kepada naluri dan gerak hati dan emotivisme yang menekankan kepada aspek emosi dan perasaan. Melalui aspek pemikiran ini, manusia akan dapat mengetahui berkenaan segala tindakan yang dilakukannya selama ini adalah patut atau tidak patut, betul atau salah, baik atau tidak baik.

Di samping itu, pengajaran pendidikan moral ini sudah mencukupi kepada mereka yang bukan islam kerana nilai yang diajar dalam pendidikan moral ini dapat membantu dalam perkembangan diri pelajar bukan sahaja dari aspek jasmani malah dari aspek intelek, emosi, rohani dan sosial. Hal ini kerana dalam pendidikan moral yang diajar, pelajar telah ditekankankan kepada prinsip-prinsip moral iaitu bertangungjawab pada diri, keluarga dan orang lain, berpegang teguh pada ajaran agama, prihatin kepada alam sekitar, mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup, bersemangat patriotik, menghormatu hak asasi manusia dan mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan. Prinsip yang dibentuk ini dilakukan untuk merealisasikan semangat dan hasrat yang bterkandung dalam rukun negara, wawasan 2020 dan falsafah kebangsaaan.

Bagi mereka yang beragama islam pula pendidikan islam yang diajar kepada mereka yang beragama islam, saya rasakan sudah mencukupi dengan penerapan akhlak yang terpuji dalam diri setiap pelajar islam. Hal ini kerana, islam adalah agama yang syumul yang merangkumi segala aspek kehidupan. Melalui pengajaran dan pembelajaran mengenai agama islam ini pelajar akan diajar berkenaan perkara yang halal dan perkara yang haram , sifat-sifat mazmumah dan sifat-sifat mahmudah, amanah, tabligh, fatonah, dan lain-lain lagi. Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran mengenai akhlak dalam islah ini manusia dapat mengetahui yang mana satu haram dan halal da nyang yang mana satu mengikut syarak dalam islam dann yang mana satu bertentangan dengan agama islam.

Bukan itu sahaja, saya rasa pendidikan islam juga sudah cukup dalam menekankan nilai-nilai moral dalam kehidupan manusia kerana ajaran agama islam bersifat universal dan boleh digunakan dalam setiap perkara samaada dalam aspek diri, keluarga, masyarakat, negara, ekonomi dan pendidikan. Islam mengajar umatnya supaya menjadikan al-quran dan hadis sebagai pedoman hidup dan ikutan yang perlu diikuti oleh umatnya. Apabila seseorang ini menjadikan al-quran ini sebagai pegangan hidupnya maka jalan yang individu ini lalui ini adalah jalan yang benar yang mendorong kepada akhlah yang terpuji iaitu al akhlak mahmudah.

Kesimpulannyan pengajaran pendidikan moral dikatakan sebagai sudah mencukupi untuk dilaksanakan kepada mereka yang bukan beragama islam kerana niali yang diajar memncakupi segenap kehidupan dan memabntu diri seseorang individu untuk membuat pertimbangan yang betul yang melibatkan dilema moral yang dihadapi.

9.0 Huraikan perkembangan moral individu dalam ketiga domain (kognitif, afektif dan psikomotor) serta kaitkan dengan matlamat dan objektif pendidikan moral di Malaysia.Domain kognitif ialah domain yang menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan,pengertian,keterampilan berfikir dan lain-lain lagi. Domain ini diasaskan oleh Bloom dan dibahagikan kepada enam peringkat iaitu pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesisdan penilaian.Domain ini juga dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama ialah pengetahuan iaitu peringkat pertama (pengetahuan) dan bahagian kedua iaitu pengetahuan dan keterampilan intelektual iaitu peringkat kedua hingga enam (pemahaman hingga penilaian). Perkembangan moral individu dalam domain kognitif ini ialah dapat memperkembangkan potensi murid dari segi intelek yang merangkumi aspek-aspek seperti menerima pengetahuan yang berguna, memperkembangkan lagi daya pemikiran seseorang, kemahiran mengira, kemampuan menyelesaikan masalah dan menaakul serta berkomunikasi dan berinteraksi. Melalui pengaaplikasin unsur intelek ini dalam pembelajaran, seseorang individu itu akan mempunyai kemahiran asas 3 M ( membaca, menulis dan mengira.), dapat meningkatkan dan menyebarkan ilmu yang diperolehi dengan baik, dapat berfikiran secara krits dan kreatif serta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi untuk diri dan orang lain. Perkara ini seterusnya mendorong kepada tercapainya matlamat yang telah ditetapkan dalam pendidikan moral seperti dapat melahirkan masyarakat yang berbudaya ilmu dan menggunakan ilmu itu ke arah yang betul, memahami peraturan alam yang dijadikan Allah dan berupaya untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan kehidupan harian serta Domain afektif merupakan domain yang disusun oleh Bloom bersama rakannya David Krathwol yang menekankan aspek perasaan dan emosi pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan penyesuaian diri. Terdapat pelajar yang beranggapan bahawa sesetengah matapelajaran adalah susah dan sukar. Hal ini menyebabkan motivasi dan keinginan mereka untuk belajar menurun. Oleh itu, domain afektif berperanan untuk mewujudkan sesi pembelajaran yang menarik dan mudah seterusnya dapat menarik minar pelajar untuk belajar. Domain afektif ini mempunyai lima peringkat di antaranya ialah menerima, memberi maklum balas, menilai, mengorganisasi dan menghayati nilai.

Perkembangan moral individu dalam domain afektif ialah perkembangan potensi murid dari segi emosi atau perasaan yang merangkumi aspek-aspek seperti memahami perasaan diri dan orang lain, memperkembangkan lagi kebolehan merekacipta dan menjadi lebih kreatif. Bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu dalam perkembangan individu daripada aspek mengasuh pemikiran yang positif dan memupuk semangat kewarganegaraan. Perkaran ini seterunya dapat membentuk individu yang tenang dan tinkah lakunya terkawal, memupuk perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaan dan perpaduandan menghargai serta menilai keindahandan keseniaan. Jika domain ini diamalkan kepada para pelajar maka para pelajar akan dapat mencapai objektif dalam pendidikan moral di Malaysia iaitu membina kefahaman diri iaitu berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan dan mampu memberikan sumbangan yang berguna kepada masyarakat dan negara

Domain psikomotor melibatkan pergerakan tubuh atau apa sahaja pergerakan aktiviti dalam bentuk tingkah laku. Menurut Selmes (1987), latihan dalam mengaplikasikan aktiviti belajar adalah perlu. Pembelajaran yang melibatkan pergerakan dan aktiviti akan menimbulkan keseronokan seterusnya meningkatkan keupayaan untuk mengingatsesuatu maklumat.Pendekatan belajar yang melibatkan perbincangan dengan rakan, melibatkan aktiviti, menyelesai masalah dan seumpamanya melibatkan domain psikomotor. Simpson (1972) mengemukakan tujuh aras dalam domain psikomotor iaitu persepsi, set, respon berpandu, mekanisme, respon ketara kompleks, adaptasi ( penyesuaian) dan lakuan tulen.

Perkembangan moral individu dalam domain psikomotor ialah perkembangan potensi murid dari segi jasmani yang merangkumi aspek seperti memperkembangkan lagi dan memelihara kecergasan fizikal dan kesihatan diri, bersedia dan berupaya menjalankan kerja praktik, berupaya menggunakan masa lapang secara berfaedah dan memperolehi kemahiran asas praktik dalam kehidupan seharian. Hal ini seterusnya dapat membantu dalam mencapai matlamat pendidikan moral yang telah ditetapkan iaitu mampu memberi sumbangan yang berguna kepada masyarakat dan negara serta dapat menggunakan pengetahuan yang diperolehi disekolah dan dapat kaitkannya dengan cara hidup di luar persekitaran sekolah.

10.0 Buat suatu tinjauan ringkas pelaksanaan pendidikan moral di IPT dan ulas tentang kepentingan dan rasionalnya bagi melahirkan masyarakat yang berintegriti.Pelaksanaan pendidikan moral di Institut Pengajian Tinggi dapat dilaksanakan secara menyeluruh iaitu dapat dilaksanakan kepada pelajar bukan islam dengan sebaiknya. Hal ini kerana subjek ini telah dijadikan sebagai satu mata pelajaran yang wajib di ambil oleh pelajar selain mata pelajaran bahasa melayu ataupun agama. Apabila ia sudah menjadi satu kewajipan untuk dilaksanakan oleh para pelajar maka mahu atau tidak mahu mereka perlu mengambil subjek tersebut untuk memperolehi sijil dalam diploma, ataupun ijazah. Selain daripada pendidikan moral yang diwajibkan kepada setiap pelajar bukan beragama islam, nilai-nilai moral juga turut diselitkan dalam mata pelajaran lain seperti kenegaraan, pendidikan sivik, pendidikan islam dan mata pelajaran lain lagi. Hal ini menunjukkan walaupun hanya pelajar bukan islam sahaja yang wajib mengambil subjek pendidikan moral namun pelajar-pelajar lain turut belajar mengenai nilai moral ini di dalam subjek lain yang mereka pelajari. Perkara ini secara tidak lansung membolehkan pelajar sedikit sebanyak tahu berkenaan apa itu moral, nilai-nilai moral, cara melakukan pertimbangan moral, peraturan moral, dan sebagainya.

Kepentingan yang boleh diperolehi hasil daripada pelaksanaan pendidikan moral di IPT ini ialah membentuk masyarakat yang cintakan negara dan memantapkan perpaduan dalam integrasi nasional. Hal ini kerana dengan pengajaran pendidikan moral ini di IPT pelajar akan didedahkan berkenaan nilai semangat cintakan negara dan nilai hidup yang harmoni dan sejahtera. Nilai-nilai seperti ntegrasi, kewarganegaraan, patriotisme, dan demokrasi dapat dipupuk sedikit demi sedikit dalam jiwa masyarakat bukan islam dan islam untuk cintakan negara dan sanggup berkorban demi negara yang tercinta.

Nilai integrasi dipupuk dalam diri pelajar adalah untuk mewujudkan satu identiti nasional antara kumpulan-kumpulan daripada segi sosial, wilayah, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan politik. Manakala nilai kewarganegaraan dipupuk dalam diri pelajar pula adalah bertujuan untuk membentuk identiti rakyat dalam negara. Semangat bersatu padu dan rasa kesepunyaan dalam budaya, pendidikan, bahasa, ekonomi dan politik boleh menyatupadukan rakyat. Bagi nilai patriotisme, nilai ini diajarkan kepada pelajar adalah untuk mewujudkan perasaan cintakan tanah air yang mendalam berasaskan kesedaran seseorang terhadap kewarganegaraannya dan kesetiaan teragung sehingga sanggup berkorban nyawa untuk tanah airnya. Menerusi patriotisme, bangsa akan menjadi kuat, berani, mempunyai ketahanan mental, emosi dan fizikal dalam membentuk ketahanan nasional dan menghadapi cabaran mendatang.. Akhir sekali ialah nilai demokrasi. Nilai ini diajar kepada pelajar bagi membolehkan pelajar membuat keputusan secara bebas tanpa disekat dan merupakan pemberian hak kepada semua warganegara dalam memilih pemerintahan negara. Ia merupakan alat mewujudkan keutuhan pentadbiran. Negara Bangsa wujud apabila terdapat kefahaman mendalam tentang demokrasi yang memberikan peluang dan ruang kepada rakyat terlibat dalam pentadbiran negara. Sehubungan dengan iti dapatlah disimpulkan di sini bahawa, perpaduan merupakan aspek penting dalam pembangunan negara. Kemajuan yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan erat antara pelbagai kaum di negara ini. Oleh itu, dengan adanya pendidikan moral yang diterapkan diperingkat IPT maka usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat ditingkatkan. Usaha-usaha perpaduan boleh dicapai melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan.

Kepentingan lain yang boleh diperolehi hasil daripada pelaksanaan pendidikan moral di IPT ialah dapat mengurangkan masalah keruntuhan akhlak yang berlaku serta dapat mengurangkan masalah sosial yang banyak melibatkan golongan remaja. Hal ini kerana dengan penekanan nilai-nilai moral pelajar akan disedarkan bahawa tindakan yang mereka lakukan itu adalah salah. Di sini para pelajar di ajar berkenaan cara membuat pertimbangan moral yang betul terutama jika masalah itu melibatkan dilema moral yang memerlukan pelajar membuat pilihan yang mana satu terbaik untuk dirinya. Melalui cara pertimbangan moral ini, pelajar dapat memilih satu tindakan alternatif yang terbaik untuk membantu dirinya dan tidaklah membuat keputusan secara membuat tuli tanpa melibatkan pertimbangan akal, afektif dan tingkah laku. Apabila pelajar dapat membuat keputusan dengan betul, maka secara tidak lansung akan lahirlah masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang dapat membantu dalam pembangunan negara. Kesimpulan yang dapat disimpulakan di sini ialah, pendidikan moral banyak mendatangkan faedah dan kebaikan untuk diamalkan di peringkat IPT di mana dapat membentuk tingkah laku yang baik serta melahirkan masyarakat yang cintakan negara.

Bibliografi.Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Longman Malaysia Sdn Bhd, Selangor.

Ee Ah Meng (1996). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Fajar Bakti Sdn Bhd, Selangor

Hena Mukherjee, Judy Ellis, Chang Lee Hoon & Rajendaran N.S. (1992). Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Fajar Bakti Sdn Bhd, Selangor.Hormat. Diperoleh November 20, 2011 daripada http://dict.rewaz.org/search/browse/hormat.reHak atau Kebebasan. Diperoleh November 20, 2011 daripada http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/hak-asasi-manusia/334-hak-atau-kebebasanMohd Faisal bin Ahmad (2010). Pengajaran Pendidikan Islam Dalam Pembentukan Akhlak Dan Sikap Pelajar IPT : Kajian Di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau Melaka. Politeknik Merlimau, Melaka.Nazirmuddin Ahmad, Mohd Taib Ariffin, Marinah Awang & Azita Yonus (2005). Pengantar Etika Edisi Ketiga. Pustaka Alam Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Rancangan Malaysia ke 9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 2010 (2006). Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.30

10

KemoralanSeseorang Individu

Emosi Moral

Tingkah laku Moral

Penaakulan Moral

Dimensi Moral

( X ) = seimbang

( + ) = tidak seimbang

20

+

+

+

+

+

1