intervensi dengan keluarga berkerjaya

Upload: fazreen-fazil

Post on 30-May-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Intervensi Dengan Keluarga Berkerjaya

    1/19

    SWA 3123

    KERJA SOSIAL DENGANKELUARGA

    KULIAH 10

    Intervensi dengan KeluargaDwikerjaya

  • 8/9/2019 Intervensi Dengan Keluarga Berkerjaya

    2/19

    Pengenalan

    Perkembangan ekonomi yang pesat telahmembawa kesan kepada kehidupan keluarga.

    Ia digambarkan melalui penglibatan yang lebih

    pesat oleh golongan wanita dalam pekerjaandan kewujudan keluarga dwikerjaya dalammasyarakat.

    Keluarga dwikerjaya merupakan salah satu

    bentuk keluarga baru yang semakinberkembang dalam masyarakat.

  • 8/9/2019 Intervensi Dengan Keluarga Berkerjaya

    3/19

    Keluarga dan kerjaya

    Peningkatan peluang dan taraf pendidikantelah menambahkan bilangan keluargadwikerjaya.

    Individu yang berpendidikan tinggi (wanitaterutamanya) melihat keluarga dwikerjayasebagai satu pilihan yang sedia ada danmenguntungkan.

    Wanita kini bukan hanya berperanan sebagai

    orang rumah yang bertanggungjawabmengurus dan menjaga rumahtangga, malahturut sama menjadi penyumbang sumberekonomi keluarga.

  • 8/9/2019 Intervensi Dengan Keluarga Berkerjaya

    4/19

    Samb.

    Pengagihan masa antara keluarga dan kerjaya

    hendaklah dirancang dengan baik bagi

    mengurangkan kesan negatif dan mengekalkan

    keseimbangan antara keluarga dan kerjaya.

  • 8/9/2019 Intervensi Dengan Keluarga Berkerjaya

    5/19

    Keluarga dwikerjaya

    Konsep kerja dan kerjaya wujud dalam

    pembentukan keluarga dwikerjaya.

    Kerja merujuk kepada sesuatu yang dilakukan

    untuk tujuan tertentu dan ia lebih menekan

    kepada sumbangan ekonomi.

    Kerjaya pula lebih berbentuk jangka masa

    panjang dan jarang berubah. Ia penting untuk

    kepuasan dan perkembangan individu.

  • 8/9/2019 Intervensi Dengan Keluarga Berkerjaya

    6/19

    Konflik dan isu dalam keluarga

    dwikerjaya Menurut Shellenberger dan Hoffman (1995)

    antara masalah-masalah yang sering dialamioleh pasangan dwikerjaya yang datang

    mendapatkan bantuan ialah:1. Tekanan dan limpahan kerja

    2. Konflik peranan gender

    3. Pergelutan kuasa dan pergantungan

    dalam perhubungan4. Konflik terhadap pencapaian dan

    persaingan

  • 8/9/2019 Intervensi Dengan Keluarga Berkerjaya

    7/19

    Samb.

    5. Pola perkongsian peranan

    6. Tekanan penjagaan anak

    7. Kesukaran perhubungan

    Shaevitz dan Shawvitz (1980) pula menambahmasalah-masalah seperti berikut:

    1. Tuntutan karier lawan tuntutan peribadi dankeluarga

    2. Mendapatkan kesetaraan dalamperhubungan

    3. Pembahagian tugas-tugas rumahtangga

  • 8/9/2019 Intervensi Dengan Keluarga Berkerjaya

    8/19

    Samb.

    4. Pergerakan geografi yang berkaitankerja

    5. Peruntukan masa

    6. Membina jaringan sosial

    7. Mengekalkan identiti peribadi

  • 8/9/2019 Intervensi Dengan Keluarga Berkerjaya

    9/19

    Sumber-sumber penyebab

    tekanan Shaevitz dan Shawvitz (1980) telah

    menggariskan beberapa masalah yangdipercayai menjadi sumber-sumber tekanan

    kepada pasangan dwikerjaya iaitu: Bagaimana kerja-kerja rumahtangga

    diagihkan?

    Siapa yang akan lakukan apa dan

    berasaskan kepada piawai mana? Adakah pasangan mempunyai anak?

    Berapa ramai? Siapa yang bertanggung-jawab menjaga dan mengasuh?

  • 8/9/2019 Intervensi Dengan Keluarga Berkerjaya

    10/19

    Samb.

    Siapa yang akan ada apabila berlakukecemasan? Adakah ada kemudahanpenjagaan anak?

    Siapa yang mengawal kewangan? Akaunbersama atau berasingan? Apakah hakmasing-masing dalam menggunakankewangan tersebut?

    Bagaimana pasangan menangani isupertukaran kerja? Adakah pasangan akanberulang-alik dari satu bandar? Adakahianya penyelesaian yang realistik?

  • 8/9/2019 Intervensi Dengan Keluarga Berkerjaya

    11/19

    Samb.

    Apa yang akan berlaku sekiranya salah

    seorang pasangan lebih berjaya secara

    signifikan dalam karier berbandingpasangannya?

    Bagaimana pasangan belajar untuk

    mengenalpasti dan menangani bebanan

    kerja atau kelesuan kerja? Apa perkarapenting yang perlu mereka lakukan bagi

    memantapkan hubungan suami isteri?

  • 8/9/2019 Intervensi Dengan Keluarga Berkerjaya

    12/19

    Tiga keperluan sosial keluarga

    dwikerjaya Mendefinisikan semula peranan gender untuk

    menghapuskan bebanan peranan terhadap

    wanita.

    Menyediakan kemudahan penjagaan anak

    secukupnya kepada ibubapa yang bekerja.

    Menstruktur semula tempat kerja untuk

    memperakui keperluan ibubapa dan keluarga.

  • 8/9/2019 Intervensi Dengan Keluarga Berkerjaya

    13/19

    Cabaran keluarga dwikerjaya

    Pengurusan masa

    Anak-anak

    Perhubungan dengan orang lain

    Konflik isteri dwikerjaya

  • 8/9/2019 Intervensi Dengan Keluarga Berkerjaya

    14/19

    Konflik isteri dwikerjaya

    Isteri yang bekerja biasanya mengalamikonflik peranan, ketegangan peranan danbebanan peranan.

    Konflik peranan (role conflict) merujukkepada pelbagai status sosial ataukedudukan yang dipegang seseorangindividu (cth: sebagai pasangan, ibu dan

    pekerja) mencetuskan pertembungan,perbezaan atau pertentangan jangkaanperanan.

  • 8/9/2019 Intervensi Dengan Keluarga Berkerjaya

    15/19

    Samb.

    Ketegangan peranan (role strain) pulamerujuk kepada kesukaran yang dialami olehindividu dalam melaksanakan pelbagaitanggungjawab yang berkaitan dengansesuatu peranan.

    Bebanan peranan (role overload) merujukkepada aktiviti-aktiviti untuk satu atau lebih

    peranan yang dimainkan oleh seseorangindividu melebihi kemampuan dankeupayaannya untuk menguruskannya.

  • 8/9/2019 Intervensi Dengan Keluarga Berkerjaya

    16/19

    Samb.

    - Cth: isteri yang bekerja, apabila pulang ke

    rumah bertukar peranan sebagai ibu kepada

    anak-anak (kena masak, mandi anak, urus

    keperluan mereka) dan juga isteri kepadapasangannya (kena layan suami).

  • 8/9/2019 Intervensi Dengan Keluarga Berkerjaya

    17/19

    Menyeimbangkan peranan dan

    tanggungjawab Pasangan dwikerjaya harus mencari jalan

    penyelesaian untuk menyeimbangkanperanan dan tanggungjawab yang pelbagai.

    Mereka juga bertanggungjawabmengekalkan kesejahteraan keluarga dan

    juga pekerjaan mereka.

    Antara cara yang boleh digunakan untuk

    menyeimbangkan permintaan dantanggungjawab antara keluarga dan kerjayaialah menetapkan had kerja (placinglimits).

  • 8/9/2019 Intervensi Dengan Keluarga Berkerjaya

    18/19

    Intervensi dengan keluarga

    dwikerjaya Pekerja sosial hendaklah membantu

    keluarga dwikerjaya:

    1. Menguruskan pembuatan keputusan,tekanan dan pengagihan masa.

    2. Menyeimbangkan tuntutan antara kerjadan keluarga.

    3. Berdepan dan menyelesaikan urusan

    perkembangan yang belum selesai.4. Menyesuaikan jangkaan karier.

  • 8/9/2019 Intervensi Dengan Keluarga Berkerjaya

    19/19

    Samb.

    5. Membahagikan peranan.

    6. Membuat keputusan sama ada hendak

    memiliki anak atau tidak.

    7. Menguruskan ibubapa tua.