info assignment

Upload: geena1980

Post on 07-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Info Assignment

TRANSCRIPT

Sebenornya dlm mana-mana perbankan Islam seluruh dunia termasuk Malaysia, takde Fixed Deposit (FD) atau simpanan tetap. Dlm mana-mana perbankan Islam, diorang perkenalkan akaun pelaburan yg diberi nama "General Investment Account" atau GIA sebagai alternatif bagi FD.

Kalau FD yg diamalkan di perbankan konvensional, diorang menggunakan kontrak agreement pinjaman di mana kita simpan duit kat bank dan memberi keizinan kepada bank menggunakan (meminjam) duit kita dgn syarat dipulangkan semula duit yg dipinjam tu berserta dgn faedah yg telah ditetapkan sejak awal. Contohnya, 3% setahun.

Kalau dalam sistem perbankan Islam, diorang menggunakan kontrak agreement pelaburan di mana kita buka akaun pelaburan di bank, kemudian bank gunakan duit kita utk dilaburkan dan keuntungan dari pelaburan akan diberi kepada kita. Peratusan keuntungan (dividen) tidak tetap, kadang2 3%, 4% bergantung kepada situasi ekonomi semasa bank berkenaan. Nilai peratusan yg ditunjukkan dlm iklan GIA adalah merujuk kepada prestasi keuntungan pada tahun sebelumnay dan tidak menggambarkan prestasi utk tahun semasa.

Itu beza antara FD dgn GIA. FD, faedah/dividennya telah ditetapkan sejak dari awal lagi, tidak naik dan tidak turun. GIA tidak menetapkan berapa % dividen yg bank nak bagi, bergantung kepada prestasi bank itu sendiri, mungkin naik mungkin turun.