implikasi kepelbagaian budaya

6
3.0 Implikasi Kepelbagaian Budaya Kepada Sistem Pendidikan di Malaysia 3.1 Guru

Upload: lontong

Post on 19-Jun-2015

1.217 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Implikasi kepelbagaian budaya

3.0 Implikasi Kepelbagaian Budaya Kepada Sistem Pendidikan di Malaysia

Implikasi

Guru

MuridSekolah

Kurikulum Tersirat

Page 2: Implikasi kepelbagaian budaya

3.1 Guru

Sebagai seorang guru, kita tidak seharusnya membuat penilaian secara berat

sebelah terhadap murid-murid yang mempunyai perbezaan dari aspek latar

belakang keluarga, status ekonomi, agama dan budaya. Guru mestilah bersikap

profesional dalam kerjayanya dan bertanggungjawab untuk melahirkan generasi yang

mampu bersaing dan berupaya berhadapan dengan pelbagai dugaan.

Guru perlu membentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai

dan membuat penilaian terhadap kejayaan dan kegagalan aktiviti tersebut.

Sekiranya terdapat kelemahan dengan aktiviti yang dirancangkan itu, guru perlu

membuat penambahbaikkan. Hal ini dapat memastikan hasil pengajaran dan

pembelajaran dapat disampaikan kepada semua murid. Suasana pembelajaran yang

interaktif antara murid pelbagai budaya perlu diambil kira oleh guru bagi mewujudkan

pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Oleh itu, murid-murid akan sentiasa

berasa gembira semasa hendak memulakan pembelajaran.

Guru juga haruslah peka kepada suasana bilik darjah. Guru perlu bersedia

dengan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan pelbagai kemungkinan seperti

pergaduhan murid terutamanya antara kaum. Guru dikehendaki mencari dan

menyelesaikan konflik yang menjadi faktor tercetusnya sesuatu pertelingkahan

tersebut. Penyelesaian dari peringkat akar umbi amat penting untuk mengelakkan

masalah tersebut daripada berulang.

Page 3: Implikasi kepelbagaian budaya

3.2 Murid

Bagi memudahkan interaksi antara murid pelbagai budaya dalam bilik darjah,

penggunaan satu bahasa pengantar yang standard harus menjadi keutamaan

setiap guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan satu bahasa

pengantar membolehkan pemindahan maklumat dapat berlaku dengan lancar. Selain

itu, bahasa memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan hubungan yang

harmonis antara murid pelbagai budaya.

Kawalan murid merupakan satu tugas yang sukar bagi guru. Bilangan murid

yang ramai dalam bilik darjah boleh menganggu tumpuan mereka dalam pembelajaran.

Justeru itu, penggunaan peraturan bilik darjah merupakan cara yang efektif bagi

mengawal murid-murid yang nakal. Peraturan tersebut haruslah dipamerkan di

hadapan bilik darjah dan murid haruslah tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan

semasa mereka berada dalam bilik darjah. Peraturan tersebut haruslah adil tanpa

mengira kaum, agama dan warna kulit.

Murid harus diberi galakkan dan motivasi untuk mengekalkan minat

mereka dalam pembelajaran. Murid yang sentiasa mendapat dorongan guru dan

rakan sebayanya mampu meningkatkan dan memperkembangkan potensi diri dan

selalu ingin melakukan yang terbaik dalam pembelajaran.

Page 4: Implikasi kepelbagaian budaya

3.3 Sekolah

Kepelbagaian budaya dalam sistem pendidikan di Malaysia menyebabkan

wujudnya pelbagai aliran sekolah. Sekolah rendah mempunyai tiga aliran sekolah

iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis

Kebangsaan Tamil. Manakala aliran-aliran sekolah menengah seperti Sekolah

Menengah Kebangsaan Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh,

Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Sekolah-

sekolah pelbagai aliran ini wujud disebabkan kerajaan Malaysia ingin mengekalkan

identiti tiga kaum terbesar supaya tidak pupus ditelan zaman di samping untuk

mewujudkan satu budaya kebangsaan.

Di peringkat sekolah rendah, Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa

pengantar di Sekolah Kebangsaan, Bahasa Mandarin digunakan di Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina dan Bahasa Tamil pula digunakan di Sekolah Jenis

Kebangsaan Tamil. Mengikut pandangan saya, murid-murid pelbagai kaum dan

budaya ini masih lagi tidak dapat diintegrasikan sekiranya pendidikan awal mereka

hanya tertumpu dalam kolompok budaya mereka sahaja. Walaubagaimanapun interaksi

masih lagi boleh berlaku di peringkat sekolah menengah yang kurang menekankan

perbezaan budaya.

Page 5: Implikasi kepelbagaian budaya

3.4 Kurikulum Tersirat

Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik

merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk

dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu. (Saedah Siraj, 2001; Wiles and

Bondi, 1998; Pratt, 1994; Schubert, 1986).

Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa yang

sebenarnya yang dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan lainya bukanlah setakat

kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau proforma kursus tetapi

merangkumi  kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut

semasa belajar. (Margolis, 2001; Cahfel, 1997; Eisner, 1994). Ini lah yang dikatakan

Kurikulum Tersirat.

Idea kurikulum tersirat pada peringkat awal diperkenalkan oleh Jackson (1968)

dalam bukunya Life in Classrooms yang dijadikan fokus kajian oleh Snyder

(1973), Apple (1980), Bergenhenegouwen (1987), Portelli (1993) dan lain-lain lagi.

Melalui kurikulum tersirat, kementerian pelajaran berusaha membentuk bangsa

yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Kurikulum tersirat

boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan

panitia dan aktiviti unit kokurikulum. Guru digalakan menyelit nilai Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, harus menyelitkan dan mengalakkan interaksi dalam kelas sosial.

Oleh itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah guru

harus menstruktur semula pengalaman pembelajaran murid supaya lebih

Page 6: Implikasi kepelbagaian budaya

menekankan kepada aspek-aspek nilai agar murid dapat menentukan baik buruk

sesuatu tindakan yang mereka ambil.