ikrar lagu n sajak hari guru.docx

6
IKRAR HARI GURU Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan

Upload: aziz-aljaffari

Post on 09-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

IKRARHARIGURU

Bahawasanya kamiGuru-guru negara MalaysiaDengan ini berikrarMendukung terus cita-cita kamiTerhadap tugas kamiDan menyatakan keyakinan kamiPada cita-cita murni pekerjaan kamiKami akan berbaktiKepada masyarakatDan negara kami.

Kami sentiasa menjunjungPerlembagaan negaraKami mengamalkanPrinsip-prinsip Rukun NegaraPada setiap masa.

LAGU GURU MALAYSIA

Kami guru MalaysiaBerikrar dan berjanjiMendidik dan memimpinPutera puteri negara kitaPada Seri PadukaKami tumpahkan setiaRukun Negara kitaPanduan hidup kami semua

Di bidang pembangunanKami tetap bersamaMembantu membinaNegara yang tercintaAmanah yang diberiKami tak persiakanApa yang kami janjiTunai tetap kami tunaikanDi bidang pembangunanKami tetap bersamaMembantu membinaNegara yang tercintaAmanah yang diberiKami tak persiakanApa yang kami janji

TERIMA KASIH CIKGUPencipta: Wooi Sin Ho Lirik: Ramli Abu Itam & Norhisham Ismail

Kaulah permata.Bersinar bercahayaMembimbing anak bangsaHingga berjaya

Dikau guru tercinta,Penjana ilmu bangsaMendidik kami tanpa rasa jemu.Mengajar membaca,menulis dan mengiraSehingga kami kenal erti dunia,,

Terima kasih gurukuTerima kasih cikgukuTanpa mu guruhidup kamitiada arah tuju

c/oTerima kasih,terima kasih,terima kasihJasamu kan ku kenang selaluTerima kasih,terima kasih,terima kasih cikguKan ku sanjung sentiasa budimu

GURUKU

Dialah GurukuYang mengajarku bertatih mengejar ilmuWaktu tiada huruf dan kalam dari alam fikirkuTentang ilmu itu adalah penyuluh hidupTentang ilmu yang nilai seluruh cakrawalaTentang ilmu maknanya pembebas kemiskinanTentang ilmu pembela dari nestapa

Dialah GurukuTekun dan gigihnya melangkau waktuSabar dan tabahnya melawan kalbuSumpah janjinya mendidik bertaluTanpa bertanya siapa kerabatmuDari mana usulmu, di mana tinggalmu

Dialah GurukuYang menyeberang laut saban pagiYang menghuni di pulau yang sepiYang hidup di pedalaman jauh bersendiriMeskipun ada waktunya mahu saja mohon digantiMeskipun ada kalanya merajuk hampa usaha tiada dihargaiMeskipun ada ketikanya air mata menjadi teman sejati

Dialah GurukuYang mengkhabarkan erti lulus dan gembiraYang mengingatkan gagal dan hampaYang menyakinkan diri mendaki ke puncak jayaMencapai kemenangan menolak kekalahanApabila ilmu menjadi kunci dan paksiYang setitik berembun menjadi lautan raya

Dialah GurukuYang berhempas di padangMenitip bakat meluang dan seladangDi luar kelas membawa murid bagaiMenjaga sang putera puteri rajaKerana kalau terjadi apa guru jua yang diterpaMeninggalkan keluarga yang dicintaBuat mengukir nama anak bangsaDialah GurukuYang tidak jemu meluangMelahirkan insan terbilangMeski jasanya seiring terlepas pandangsetiap kali keputusan terpampang

Dialah pelita, dialah perigi, dialah pelangiSetiap ajarnya menemukan yang dicariSetiap tuturnya diikuti jika mahu menjadiSetiap tegurnya dipatuhi untuk membina diriSetiap didiknya membantu peribadi

Dialah GurukuPada namanya yang dihormati, ada kalanya digeruniSemuanya disimpul pada darjat dirinya yang tetap disanjungiWalau tidak lagi bergaji berjawatan tinggiWalau usia memamah diriHarum namamu masih kekal kupanggil Cikgu yang bestari

Dialah GurukuDialah pendidikDialah Cikgu

22 Mei 2014YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry bin Abdul KadirMenteri Besar Perak