berdasarkan pengalaman anda sebagai guru.docx

20
BERDASARKAN PENGALAMAN ANDA SEBAGAI GURU, BUAT REFLEKSI DAN JELASKAN TENTANG KONSEP PENGETAHUAN PEDAGOGIKAL ISI KANDUNGAN GURU. Pengenalan Bahasa _Melayu merupakan bahasa kebangsaan kita.Dalam usaha mendukung hasrat negara untuk menjadikan pendidikan secara relevan dalam era globalisasi, semakan kurikulum dan pedagogi Bahasa Melayu telah dilaksanakan dan wujudlah Konsep Pengetahuan Isi Kandungan(PPIK) sebagai bahan rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa-Melayu dan mata pelajaran yang lain. Sesuai dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar di sekolah rendah, menengah, institut perguruan, pusat-pusat pengajian tinggi dan sebagainya, maka tidak hairanlah wujudnya slogan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).Bahasa Melayu juga merupakan bahasa penting bagi penyaluran pemikiran dan budaya di samping berupaya menjalin ikatan masyarakat sepanjang zaman. Berpandukan matlamat dan objektif yang telah ditetapkan ,kurikulum Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah bertujuan membina literasi murid dalam berbahasa.Sukatan pelajaran memberikan tumpuan terhadap kemahiran berbahasa yang mementingkan pembelajaran yang berkesan yang melibatkan murid secara aktif serta mengutamakan keupayaan dan keperluan setiap murid.Penekanan awal terhadap kemahiran mendengar dan bertutur untuk membolehkan mereka bertutur dengan fasih dan yakin.Kemahiran –kemahiran asas ini akan dikembangkan untuk menyokong pemerolehan kemahiran membaca dan menulis.Murid-murid juga dilatih agar mempunyai keupayaan untuk menerima informasi, menjana idea dan berkongsi pengetahuan dalam penguasaan bahasa.

Upload: sitherraivalli

Post on 23-Dec-2015

41 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

BERDASARKAN PENGALAMAN ANDA SEBAGAI GURU, BUAT REFLEKSI DAN

JELASKAN TENTANG KONSEP  PENGETAHUAN PEDAGOGIKAL ISI KANDUNGAN

GURU.

Pengenalan

Bahasa _Melayu merupakan bahasa kebangsaan kita.Dalam usaha mendukung hasrat negara

untuk menjadikan   pendidikan secara relevan dalam era globalisasi, semakan kurikulum dan

pedagogi Bahasa Melayu telah dilaksanakan dan wujudlah Konsep Pengetahuan Isi

Kandungan(PPIK)  sebagai bahan rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa-Melayu

dan mata pelajaran yang lain. Sesuai dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa

Pengantar di sekolah rendah, menengah, institut perguruan, pusat-pusat pengajian tinggi dan

sebagainya, maka  tidak hairanlah wujudnya slogan Memartabatkan Bahasa Melayu dan

Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris  (MBMMBI).Bahasa Melayu juga merupakan

bahasa penting bagi penyaluran pemikiran dan budaya di samping berupaya menjalin ikatan

masyarakat sepanjang zaman.

Berpandukan matlamat dan objektif yang telah ditetapkan ,kurikulum Bahasa Melayu di

peringkat  sekolah rendah bertujuan membina literasi murid dalam berbahasa.Sukatan

pelajaran memberikan tumpuan terhadap kemahiran berbahasa yang mementingkan

pembelajaran yang berkesan yang melibatkan murid secara aktif serta mengutamakan

keupayaan dan keperluan setiap murid.Penekanan awal terhadap kemahiran mendengar dan

bertutur untuk membolehkan mereka bertutur dengan fasih dan yakin.Kemahiran –kemahiran

asas ini akan dikembangkan untuk menyokong pemerolehan kemahiran membaca dan

menulis.Murid-murid juga dilatih agar mempunyai keupayaan untuk menerima informasi,

menjana idea dan berkongsi pengetahuan dalam penguasaan bahasa.

 

Isi kandungan sukatan pelajaran juga menegaskan penerapan aspek nilai dan budaya.Selain itu

, penerapan kemahiran berfikir, teknologi maklumat,pembelajaran sosial dan emosi serta

inovasi dan keusahawanan.sukatan pelajaran yang dibekalkan ke sekolah-sekolah memberikan

gambaran menyeluruh tentang pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu yang

merangkumi matlamat, objektif ,kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, pengisian kurikulum,

pedagogi dan penilaian.

 

Guru yang baik dan prihatin  akan rasa bertanggungjawab dan mengambil pelajaran anak-anak

didiknya.Pendidikan berkualiti memerlukan guru yang berkualiti  ( Mohamad Sani, Mohd Izham

dan Jainabee 2008).Guru-guru perlu memiliki kekuatan minda, ketangkasan ,daya cipta,

kemantapan idealisme dan kekuatan diri, untuk menghadapi beban tugas yang sangat

mencabar  termasuklah guru-guru Bahasa Melayu.Guru perlu dibekalkan dengan pelbagai

pengetahuan, kemahiran ,nilai motivasi,psikologi  termasuklah latihan dan pendidikan dari segi

kurikulum ,kokurikulum, latihan mengajar dan pelbagai kemahiran generik yang melahirkan

seorang guru yang lengkap dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran pedagogi .

Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan

Berdasarkan  pendapat Shulman (1987) yang memperkenalkan empat komponen atau konsep

Pedagogical Content knowledge atau pengetahuan Pedagogi Isi kandungan (PPIK) , jika mahu

menghasilkan guru yang cemerlang, berkesan, inovatif dan kreatif dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Empat komponen utama itu ialah pengetahuan tentang isi  kandungan, pengetahuan pedagogi,

pengetahuan tentang murid dan pengetahuan tentang konteks. PPIK telah dilhamkan oleh

Shulman sebagai gabungan pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi.PPIK

adalah membentuk pengetahuan dan membezakan antara seorang guru yang pakar dalam

bidangnya dengan seorang bukan pakar  dalam bidang tersebut.

 Shulman (1987) juga mendefinisikan PPIK ialah pengetahuan Isi Kandungan  secara

pedagogikal  yang berkesan dengan memahami konteks dalam persekitaran pembelajaran di

dalam bilik darjah berdasarkan pengetahuan ciri setiap pelajarnya dan pengetahuan tentang

kepercayaan tehadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dugunakan.

Pengetahuan yang mantap tentang sesuatu subjek diperlukan oleh guru semasa merancang

kurikulum, rancangan pelajaran dan strategi instruksional berkaitan dalam menangani

keperluan belajar bagi seorang murid.( Shulman,1987).Seorang guru perlulah meningkatkan

pengetahuan profesional mereka dalam pengajaran. PPIK dapat membantu memperkasa

pengajaran guru –guru Bahasa Melayu seperti  penggunaan bahasa yang mudah

difahami ,pertuturan yang lancar dan sistematik.Setiap penjelasan topik hendaklah

disusun,diolah dan diubahsuai berdasarkan pelbagai kebolehan pelajar.

Dengan adanya PPIK guru-guru Bahasa Melayu dapat menyampaikan  isi  pelajaran dengan

lebih mudah dan berkesan.Selain itu ia juga memudahkan guru mempersembahkan sesuatu

topik atau konsep menggunakan analogi,ilustrasi,contoh ,penerangan dan demonstrasi yang

paling berkesan.

Pembinaan PPIK

PPIK dibina daripada dua mekanisme iaitu  yang pertama kebijaksanaan guru menerusi

pemerhatian sebagai  seorang guru dan murid tentang karier mereka dalam satu jangka masa

yang panjang.Kedua  ialah melalui kajian tentang situasi yang terkawal dan penyelidik dalam

bidang pendidikan                               ( Kastens 2004).PPIK berkembang melalui pembelajaran

guru, pelaksanaan dan refleksi serta kolaborasi dengan guru lain. Pembinaan  PPIK menurut

Shulman (1987) ,melibatkan beberapa langkah iaitu :

1.       Kefahaman

2.       Transformasi

3.       Pengajaran

4.       Penilaian

5.       Refleksi

6.       Kefahaman baru

Matlamat dan objektif

Perkara-perkara dan objektif dalam  Pengajaran Bahasa Melayu  sekolah rendah ialah seperti

berikut :

Pada akhir  pembelajaran Bahasa Melayu murid dapat

·         Mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti dalam situasi formal dan

tidak formal dan memberikan tindak balas atau respon yang wajar.

·         Bertutur dengan petah menggunakan sebutan baku dan intonasi yang betul

tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan diri dan sekitarnya.

·         Membaca  pelbagai bahan  bercetak dan bahan media elektronik dan digital

dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk

memperoleh  maklumat,idea dan pengetahuan serta memberikan respons yang sesuai.

·         Menulis pelbagai jenis teks berdasarkan pelbagai tajuk dan pelbagai

tujuan,khalayak dan situasi.

·  Berfikir secara kritis dan kreatif untuk meneroka, mereka cipta, menyelesaikan

masalah,mencapai persetujuan bersama dan membuat keputusan tentang sesuatu

perkara melalui penggunaan bahasa secara kritis dan kreatif.

·         Mengenali dan memahami budaya  dan nilai-nilai murni masyarakat Melayu serta

budaya dan nilai-nilai murni negara dan kaum-kaum lain.

·         Memupuk minat membaca dan menjadikannya amalan ke arah membina budaya

belajar sepanjang hayat.

       PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN

 ·       Kesediaan guru bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan

perkara utama dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran.Ini bermaksud

seorang guru Bahasa Melayu perlu mengetahui isi kandungan Bahasa Melayu,topik,peraturan,

struktur  dalam  menguji keberkesanan pengajarannya.

·         Pengetahuan substantif  ialah pengetahuan tentang apa dalam fakta atau konsep

yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk.

·         Pengetahuan struktur sintatik, iaitu tentang bagaimana sesuatu perkara dibentuk

dan dihasilkan .Guru Bahasa Melayu  perlu mengukuhkan kefahaman konseptual

pelajar dengan menggunakan contoh, analogi,hujah secara logikal dan menggunakan

asas fakta

·         Setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi

Bahasa Melayu  bagi memudahkan pelajar menguasai  tajuk yang dipelajari.

·         Kesimpulannya  pengetahuan isi kandungan mata pelajaran merupakan aspek penting

dalam pengajaran  dan pencapaian murid. Tahap keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu

banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan

guru  mengurus  masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pelajaran.

Pengetahuan Pedagogi Guru

Komponen pengetahuan pedagogi adalah merujuk kepada pengetahuan tentang prinsip-prinsip

dan kaedah mengajar , merangkumi  pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seperti

pendekatan,,kaedah atau teknik, strategi, kurikulum dan sukatan pelajaran pengujian dan

penilaian ,serta pemulihan dan pengayaan. Guru perlu menguasai pelbagai kemahiran ,pintar

lebih menguasai sesuatu tajuk daripada pelajar.

 

         Pendekatan Pengajaran.

Dalam pengajaran Bahasa Melayu banyak pendekatan yang boleh digunakan .Guru-guru boleh

memilih pendekatan  yang sesuai dengan isi kandungan contohnya pengajaran secara

deduktik, induktif dan komunikatif.

 

        Kaedah pengajaran.

Guru perlu menguasai dan mengetahui pelabagai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta

menggunakannya sesuai dengan aras pengetahuan pelajar yang hendak diajar. Kaedah

pengajaran berpusatkan murid menunjukkan keberkesanan yang lebih baik.Antara kaedah

pengajaran yang digunakan ialah inkuiri, perbincangan, sumbang saran,kajian kes, projek dan

sebagainya.Manakala pembelajaran murid.

 

         Teknik pengajaran

Teknik pengajaran  merupakan kemahiran guru dalam mengelola  dan melaksanakan kaedah

mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Antara teknik pengajaran yang

digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi ,latihtubi, penyoalan,

sumbang saran  dan permainan. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-

perkara khusus yang terdapat dalam kaedah pengajaran.Jika seorang guru tidak menguasai

teknik-teknik tersebut maka matlamat kaedah tidak dapat dihasilkan.

 

         Strategi pengajaran

Kepelbagaian  murid dan latar belakang  yang berbeza-beza menyebabkan seorang gru perlu

bijak mengatur strategi pengajaran mengikut kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta

minat.Guru perlu merancang pendekatan dan kaedah yang akan digunakan untuk mengajar

kumpulan-kumpulan yang berbeza- beza ini.Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai

halangan serta  rintangan –rintangan tersendiri seperti keadaan fizikal,kemudahan bilik darjah,

nilai,norma serta latar belakang sekolah pelajar.Lantaran itu seorang guru bukan sahaj perlu

menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting ialah bagaimana

mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran

dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kesimpulannya

Bagi melaksanakan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran, Guru Bahasa

Melayu perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan . Seterusnya barulah guru

merancang teknik yang boleh komplemen dengan kaedah tersebut  dan memilih

pendekatan yang sesuai sebagai strategi.

Aplikasi PPIK  pada peringkat perancangan pengajaran

Penggunaan model pengajaran  mengikut kesesuaian isi kandungan pengajaran adalah untuk

memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pencapaian objektif pelajaran.Terdapat

lapan komponen utama  yang perlu diambilkira dalam merancang pengajaran sesuatu topik

iaitu : 

        Analisis keperluan dan kesediaan murid.

 Guru boleh membuat analisis kesediaan murid dari segi pengetahuan sedia ada atau

miskonsep murid dengan memberi ujian ringkas atau pra ujian mengenai topik. Contohnya

menyoal secara lisan, latihan bertulis, kerja rumah dan sebagainya.

 

          Analisis isi kandungan topik yang hendak diajar.

Guru menganalisis tentang pengetahuan isi kandungan topik iaitu

konsep,fakta,klasifikasi,prosedur,prinsip dan teori.Contohnya analisis kemahiran seperti melukis

peta.

 

·         Hasil pembelajaran

Sebelum menentukan  hasil pemebelajaran, guru perlu mengenal pasti objektif spesifik

berdasarka Taksonomi Bloom yang mempunyai 6 aras, pemikiran induktif dan deduktif,objektif

domain afektif   ( sikap) dan objektif kemahiran : Domain psikomotor  .

 

         Susun unit-unit pengajaran

Guru haruslah menyususn unit pengajaran agar terdapat kesinambungan dan turutan antara

satu topik dengan topik yang lain.Guru boleh membina jadual penentu kandungan untuk

sesuatu unit pengajaran dan topik yang diajar.

 

·         Pendekatan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai

Guru menggunakan pelbagai pendekatan ,kaedah ,teknik dan strategi yang sesuai dengan isi

kandungan berdasarkan tahap,kemampuan dan minat murid .

·         Pemilihan alat bantu mengajar

Guru  boleh menggunakan  pelbagai alat bantu mengajar yang sesuai dengan topik yang

hendak diajar ,pelajar dan konteks pembelajaran.

          Latihan yang sesuai dan mencukupi

Memberi latihan pengukuhan untuk menguji kefaham murid mengenai topik ,di samping

mengetahui keberkesanan pengajaran guru.Latihan dan ujian boleh diberi pada setiap sesi

pengajaran .

   

  Kaedah penaksiran yang sesuai

Penaksiran dilakukan untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai.Ia juga digunakan

sebagai panduan guru untuk membuat refleksi untuk mengesan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran.

     4.0     BIBLIOGRAFI

1. Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Open Universiti Malaysia. (2011).        HBEF3103

Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur.

2. Kamarudin Hj. Husin. (1990). Pedagogi 2. Selangor. Longman Malaysia.

3. Mok Soon Sang. (2003). Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan

Guru, Bahagian 2 : Kompetensi Khusus/fungsi (Pengurusan Pengajaran dan

Pembelajaran). Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

4. Mok soong Sang. (1995). Asas Pendidikan 3, Penilaian Dalam Proses Pendidikan.Kuala

Lumpur. Kumpulan Budiman sdn. Bhd.

5. Fakulti  Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris

(2011) .       KPD3016 : Modul Pengajaran , Teknologi dan Penaksiran .

6. Abdul Rahim selamat.(1992).Belajar Cara Belajar.Kuala-Lumpur.Nurin Enteprise

Sdn.Bhd.

7. Noriati A.Rashid .( 2009) ,Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, Oxford

Fajar, Shah Alam, Selangor .