ii pengesahan penyelia - fp.utm.my · analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah...

31
ii PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling) Tandatangan : …………………………………………………………. Nama Penyelia : Dr. Faizah bt. Abdul Ghani Tarikh : 30 Jun 2012

Upload: others

Post on 16-Sep-2019

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

ii

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling)

Tandatangan : ………………………………………………………….

Nama Penyelia : Dr. Faizah bt. Abdul Ghani

Tarikh : 30 Jun 2012

Page 2: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

POLA SAHSIAH DIRI DALAM KALANGAN BANDUAN

DI PENJARA PRA BEBAS DUSUN DATUK MURAD, MELAKA.

JOOHANA BINTI SALIMAN

Tesis Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Bimbingan Dan Kaunseling)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Page 3: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

JUN 2012

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ...........................................

Nama Penulis : Joohana Binti Saliman

Tarikh : 30 Jun 2012

Page 4: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

iv

Dedikasi….

Ayahanda dan bonda ……

Terima kasih atas dorongan dan doa yang diberikan

Kasih sayang dan didikanmu menjadi azimat hidupku.

Buat suami yang tercinta, Husaini b. Abd. Hamid Pengorbanan dan restumu,

Kupanjatkan doa agar Allah S.W.T membalas dengan rahmatNya

Untuk puteriku Nina Qistina,

Moga semangat umi menyubur dalam dirimu

Agar kau berjaya di dunia dan akhirat

Syed Umar dan Fadzlunesa

Mengharungi detik-detik perit bersama

Menyudahkan A hingga Z, terima kasih atas segalanya

Anis, Ana, Ain, Kak Zam, Naswa, Kak Z.A,

Page 5: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

Ezwan, Ustaz Isa, Abg. Om

Kak Suriyah, Lynn Jasman, Syu

Kejayaan ini amat manis bersama ukhwah yang terbina,

Buat nenda yang dirindui,

Kubungkus kenangan dengan Al Fatehah…

v

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah SWT Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Segala kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan

limpah inayahNya, maka saya dapat menyudahkan kajian ini. Selawat dan salam untuk

junjungan Rasulullah SAW serta para sahabat dan keluarga baginda.

Dalam usaha menyiapkan kajian ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi

penghargaan dan sekalung budi yang tidak terhingga kepada Dr. Faizah bt Abdul Ghani yang

sentiasa berusaha memberikan bimbingan , sokongan dan dorongan sepanjang tempoh

penyediaan kajian ini.

Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga diajukan kepada Dato’

Hj. M.Tahrir b. Dato Kiyai Hj. Samsudin, Prof . Madya Dr. Azhar bin Muhammad, Dr Azlina

Page 6: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

binti Kosnin dan dan Pn. Noor Linda bt Halil yang telah sudi berkongsi kepakaran dalam

membentuk soal selidik bagi kajian ini.

Ucapan terima kasih juga kepada pihak pentadbiran Jabatan Penjara Malaysia kerana

telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Jutaan terima kasih juga

kepada Pengarah Penjara Kluang, Johor , Pengarah Penjara Agro Dusun Dato’ Murad, Melaka,

serta para pegawai terutamanya Insp. Nazri b.Rajimin yang telah memberikan kerjasama

sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada para responden yang banyak

memberi kerjasama sewaktu proses mengumpulkan data-data kajian dilakukan

Penulis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada rakan-

rakan seperjuangan dan sesiapa sahaja yang secara langsung atau tidak langsung membantu

menyiapkan kajian ini. Semoga Allah membalas jasa baik yang telah disumbangkan.

vi

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pola sahsiah diri para banduan di

penjara pra bebas Dusun Datuk Murad, Melaka dan hubungannya dengan faktor-faktor

persekitaran iaitu ibu bapa, rakan sebaya, media massa dan didikan agama. Pola sahsiah diri

dilihat melalui perspektif Islam dari aspek akidah, akhlak, ibadat, muamalat dan muasyarat.

Kajian kes ini melibatkan 53 orang banduan lelaki yang beragama Islam yang menghuni penjara

berkenaan. Kajian ini merupakan kajian korelasi. Data dikumpul melalui soal selidik yang

dibina oleh pengkaji. Soal selidik ini dikenali sebagai Soal Selidik Sahsiah Diri (Discovery Self).

Darjah kebolehpercayaan bagi soal selidik ini berada pada tahap yang baik melalui nilai alpha

Cronbach 0.8480. Data yang telah dikumpul telah dianalisis menggunakan ‘Statistical Packages

for Social Science’ (SPSS). Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri

Page 7: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada skor min

sederhana bagi tiga aspek iaitu akhlak, muamalat dan muasyarat. Analisis deskriptif bagi faktor

persekitaran pula menunjukkan bahawa faktor ibu bapa, rakan sebaya dan didikan agama berada

pada skor min sederhana dan faktor media massa pada skor min yang rendah. Ujian Korelasi

Pearson ‘r’ dijalankan bagi menjawab 20 hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat

enam hubungan yang signifikan di antara faktor rakan sebaya dengan aspek akhlak, rakan

sebaya dengan ibadat, rakan sebaya dengan muamalat, media massa dengan muamalat, media

massa dengan muasyarat dan didikan agama dengan muamalat.

vii

ABSTRACT

This research aims at identifying the relationship of the moral patterns of the inmates of

Dusun Datuk Murad, Melaka prison with the environment factors such as parents, peers, mass

media and religious education. The moral patterns from the Islamic view refer to the ‘akidah’

aspects, behavior, performance of the religious obligations, ‘muamalat’ and ‘muasyarat’. This

research involved 53 Muslim male inmates residing the prison. This research is a correlation

research. The data was collected by the researcher using questionnaires formed by the researcher

herself. This questionnaire is known as the Discovery Self (Sahsiah Diri). The degree of the

reliability for this questionnaire was located at the alpha value of Cronbach 0.8480 which was

considered as at a good location. The data was analyze using ‘Statistical Packages for Social

Science’ (SPSS). The descriptive analysis showed that there were two moral patterns of the

inmates; ‘akidah’ aspects and performance of the religious obligations which were located at a

good position. However, the researcher analysis found that the mean average score of the

Page 8: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

inmates were in these three aspects; behavior, ‘muamalat’ and ‘muasyarat’. On the other hand,

the descriptive analysis for the environment factors showed that factors like parents, peers and

religious education of the inmates was located at the mean average score while the mass media

factor was located at the low mean score. The Pearson Correlation ‘r’ test was conducted to

answer 20 research hypotheses. It was found that there were six significant relationships

between these factors; peer factors with behavioural aspects, peer factors with religious

performance, peer factors with ‘muamalat’, , mass media with ‘muamalat’, mass media with

‘muasyarat’ and religious education with ‘muamalat’.

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS i

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xv

SENARAI RAJAH xviii

SENARAI SINGKATAN xix

Page 9: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

SENARAI LAMPIRAN xx

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 11

1.4 Objektif Kajian 12

1.5 Persoalan Kajian 13

1.6 Hipotesis Kajian 13

1.7 Kerangka Konsep Kajian 17

1.8 Kepentingan Kajian 19

viiii

1.8.1 Ibu Bapa 19

1.8.2 Jabatan Kebajikan Masyarakat 20

1.8.3 Majlis Belia Malaysia 20

1.8.4 Jabatan Kebudayaan, Belia dan Sukan 20

1.8.5 Jabatan Penjara 21

1.8.6 Kementerian Dalam Negeri 21

1.8.7 Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia 22

1.8.8 Persatuan Keagamaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan 22

1.9 Skop Dan Batasan Kajian 22

1.10 Definisi Konsep dan Definisi Operasional 23

1.10.1 Pola 23

1.10.2 Sahsiah Diri 24

1.10.2.1 Aspek Akidah 24

1.10.2.2 Aspek Ibadat 26

Page 10: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

1.10.2.3 Aspek Muamalat 27

1.10.2.4 Aspek Muasyarat 27

1.10.2.5 Aspek Akhlak 28

1.10.3 Faktor Persekitaran 29

1.10.1.1 Ibu Bapa/Penjaga 30

1.10.1.2 Rakan Sebaya 30

1.10.1.3 Media Massa 31

1.10.1.4 Didikan Agama 31

1.10.4 Banduan 31

1.11 Penutup 32

ixi

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 33

2.2 Kerangka Teoritikal 34

2.2.1 Teori Perkembangan Psikoanalisis 34

2.2.2 Teori Perkembangan Moral Kohlberg 34

2.2.3 Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson 35

2.2.4 Teori Ekologi Brofenbrenner 37

2.2.5 Pendekatan Islam Terhadap Sahsiah Diri 40

2.2.5.1 Akidah 40

2.2.5.2 Akhlak 41

2.2.5.3 Ibadat 42

2.2.5.4Muamalat 43

2.2.5.5 Muasyarat 44

2.3 Sorotan Kajian-Kajian Lepas

Page 11: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

2.3.1 Faktor Ibu Bapa Terhadap Pembentukan Sahsiah Diri 45

2.3.2 Faktor Rakan Sebaya Terhadap Pembentukan Sahsiah Diri 46

2.3.3 Faktor Media Massa Terhadap Pembentukan Sahsiah Diri 46

2.3.4 Faktor Didikan Agama Terhadap Pembentukan Sahsiah Diri 47

2.4 Penutup 48

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 49

3.2 Reka Bentuk Kajian 50

3.3 Tempat Kajian 50

xi

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 51

3.5 Kaedah Persampelan 52

3.6 Instrumen Kajian 53

3.6.1 Bahagian A : Maklumat Demografi 53

3.6.2 Bahagian B : Faktor Persekitaran 54

3.6.3 Bahagian C : Elemen Sahsiah Diri 55

3.7 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen 57

3.8 Kajian Rintis 58

3.9 Proses Pengumpulan Data Kajian 59

3.10 Penganalisisan Data 60

3.10.1 Statistik Deskriptif 60

3.10.2 Kolerasi Pearson 61

3.11 Penutup 62

Page 12: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 63

4.2 Analisis Deskriptif Maklumat Peribadi Responden 64

4.2.1 Umur Responden 64

4.2.2 Keturunan 65

4.2.3 Jantina 66

4.2.4 Jenis Salah Laku 66

4.2.5 Status Perkahwinan 67

4.2.6 Bilangan Anak 67

4.2.7 Taraf Pendidikan 68

xii

4.2.8 Pekerjaan 69

4.2.9 Pendapatan 70

4.2.10 Tempat Kediaman 70

4.2.11 Taraf Tempat Tinggal 71

4.2.12 Tahap Pendidikan Ibu 72

4.2.13 Tahap Pendidikan Bapa 73

4.2.14 Tahap Pendidikan Pasangan 74

4.2.15 Pekerjaan Pasangan 75

4.3 Analisis Deskriptif Pola Sahsiah Diri Banduan Di Penjara Dusun Datuk Murad, Melaka

75

4.3.1 Analisis Item 77

4.3.1.1 Analisis Item Bagi Aspek Akidah 77

4.3.1.2 Analisis Item Bagi Aspek Ibadat 78

4.3.1.3 Analisis Item Bagi Aspek Muasyarat 79

Page 13: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

4.3.1.4 Analisis Item Bagi Aspek Muamalat 80

4.3.1.5 Analisis Item Bagi Aspek Akhlak 81

4.4 Analisis Deskriptif Faktor Persekitaran 82

4.4.1 Analisis Item Faktor Persekitaran 83

4.4.1.1 Analisis Item Faktor Ibu Bapa 83

4.4.1.2 Analisis Item Faktor Rakan Sebaya 84

4.4.1.3 Analisis Item Faktor Media Massa 85

4.4.1.4 Analisis Item Faktor Didikan Agama 86

4.5 Analisis Inferensi 86

4.5.1 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Sahsiah Diri 87

xiii

4.5.1.1 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Akidah 87

4.5.1.2 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Akhlak 88

4.5.1.3 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Ibadat 89

4.5.1.4 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Muamalat 89

4.5.1.5 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Muasyarat 90

4.5.2 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Sahsiah Diri 91

4.5.2.1 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Akidah 92

4.5.2.2 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Akhlak 92

4.5.2.3 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Ibadat 93

4.5.2.4 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Muamalat 94

4.5.2.5 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Muasyarat 94

4.5.3 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Sahsiah Diri 95

4.5.3.1 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Akidah 96

4.5.3.2 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Akhlak 96

Page 14: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

4.5.3.3 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Ibadat 97

4.5.3.4 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Muamalat 98

4.5.3.5 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Muasyarat 99

4.5.4 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Sahsiah Diri 99

4.5.4.1 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Akidah 100

4.5.4.2 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Akhlak 101

4.5.4.3 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Ibadat 102

4.5.4.4 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Muamalat102

4.5.4.5 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Muasyarat103

4.6 Penutup 104

xiiii

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 105

5.1 Pengenalan 105

5.2 Rumusan Dan Perbincangan Kajian 105

5.2.1 Aspek Akidah 107

5.2.2 Aspek Akhlak 108

5.2.3 Aspek Ibadat 108

5.2.4 Aspek Muamalat 109

5.2.5 Aspek Muasyarat 110

5.2.6 Hubungan Faktor Ibu Bapa Terhadap Sahsiah Diri 111

5.2.7 Hubungan Faktor Media Massa Terhadap Sahsiah Diri 112

5.2.8 Hubungan Faktor Rakan Sebaya Terhadap Sahsiah Diri 113

5.2.9 Hubungan Faktor Didikan Agama Terhadap Sahsiah Diri 113

5.3 Implikasi Dan Cadangan 114

5.3.1 Peranan Ibu Bapa 114

Page 15: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

5.3.2 Peranan Media Massa 115

5.3.3 Peranan Rakan Sebaya 115

5.3.4 Peranan Didikan Agama 116

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 117

5.5 Penutup 118

BIBLIOGRAFI 119

LAMPIRAN 12

Xv

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 1.1 Taburan Indeks Jenayah di Malaysia 2005-2006 6

Jadual 3.1 Taburan Item Bagi Faktor-Faktor Persekitaran 54

Jadual 3.2 Jadual Skala Lima Mata 55

Jadual 3.3 Taburan Subskala Bagi Setiap Item 56

Jadual 3.4 Jadual Skala Lima Mata 56

Jadual 3.5 Tahap Skor Min 61

Jadual 3.6 Interpretasi Nilai Pekali Korelasi ( r ) 62

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 64

Page 16: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Keturunan 65

Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Jenis Salah Laku 66

Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 67

Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Bilangan Anak 68

Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 68

Jadual 4.7 Taburan Responden Mengikut Kategori Pekerjaan 69

Jadual 4.8 Taburan Responden Mengikut Jumlah Pendapatan Sebulan 70

Jadual 4.9 Taburan Responden Mengikut Jenis Kediaman 71

Jadual 4.10 Taburan Responden Mengikut Taraf Tempat Tinggal 71

Jadual 4.11 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Ibu 72

Jadual 4.12 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Bapa 73

Jadual 4.13 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Pasangan 74

xvi

Jadual 4.14 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Pasangan 75

Jadual 4.15 Pola Sahsiah Diri 76

Jadual 4.16 Nilai Min Setiap Item Bagi Aspek Akidah 77

Jadual 4.17 Nilai Min Setiap Item Bagi Aspek Ibadat 78

Jadual 4.18 Nilai Min Setiap Item Bagi Aspek Muasyarat 79

Jadual 4.19 Nilai Min Setiap Item Bagi Aspek Muamalat 80

Jadual 4.20 Nilai Min Setiap Item Bagi Aspek Akhlak 81

Jadual 4.21 Faktor-Faktor Persekitaran 82

Jadual 4.22 Taburan Item Faktor Ibu Bapa 83

Jadual 4.23 Taburan Item Faktor Rakan Sebaya 84

Jadual 4.24 Taburan Item Faktor Media Massa 85

Jadual 4.25 Taburan Item Faktor Didikan Agama 86

Page 17: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

Jadual4.26 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Sahsiah Diri 87

Jadual4.27 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Akidah 88

Jadual4.28 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Akhlak 88

Jadual4.29 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Ibadat 89

Jadual4.30 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Muamalat 89

Jadual 4.31 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Muasyarat 90

Jadual 4.32 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Sahsiah Diri 91

Jadual 4.33 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Akidah 92

Jadual 4.34 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Akhlak 92

Jadual 4.35 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Ibadat 93

Jadual 4.36 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Muamalat 94

Jadual 4.37 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Muasyarat 95

xvii

Jadual 4.38 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Sahsiah Diri 95

Jadual 4.39 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Akidah 96

Jadual 4.40 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Akhlak 96

Jadual 4.41 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Ibadat 97

Jadual 4.42 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Muamalat 98

Jadual 4.43 Hubungan Antara FaktorMedia Massa Dengan Muasyarat 99

Jadual 4.44 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Sahsiah Diri 100

Jadual 4.45 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Akidah 100

Jadual 4.46 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Akhlak 101

Jadual 4.47 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Ibadat 102

Jadual 4.48 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Muamalat 103

Jadual 4.49 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Muasyarat 103

Page 18: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

xvii

SENARAI RAJAH

NO TAJUK MUKA SURAT

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian 18

Rajah 2.1 Model Teori Ekologi Bronfrenbrenner 39

Page 19: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

xix

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

HR - Hadis Riwayat

JKM - Jabatan Kebajikan Masyarakat

Page 20: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

Kg Kampung

Min - Purata

SAW - Sallallahu Alaihi Wa Salam

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SP - Sisihan Piawai

SWT - Subhannahu Wa Taala

R - Pekali korelasi Pearson

RM - Ringgit Malaysia

UTM Universiti Teknologi Malaysia

f - Frekuensi (Kekerapan)

% - Peratus

xx

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Pengesahan Status Pelajar 126

Page 21: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

B Surat Iringan Maklumat Pelajar Dan Kajian 127

C Surat Kebenaran Daripada Jabatan Penjara Malaysia 129

D Surat Pengesahan Kesahan Instrumen 132

E Soal Selidik 135

BAB 1

Page 22: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menjelang usia negara Malaysia yang semakin matang, Malaysia telah mengorak langkah

menjadi sebuah negara maju dengan mencapai kejayaan yang diiktiraf di persada antarabangsa

dalam pelbagai bidang. Bidang yang telah dikecapi termasuklah perusahaan automobil,

pembinaan bangunan pencakar langit, penerokaan angkasa, pengangkutan dan perhubungan serta

bidang sukan. Kejayaan-kejayaan ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mampu menandingi

kejayaan yang ditempa oleh negara barat yang jauh lebih maju. Kejayaan-kejayaan luar biasa ini

mampu menyuntik semangat bangsa Malaysia untuk “berdiri sama tinggi dan duduk sama

rendah” dengan bangsa-bangsa maju lain di dunia. Dengan itu, rakyat Malaysia perlu berusaha

gigih, bangga dan memberi sokongan penuh dalam usaha negara mengejar cita-cita menjadi

negara maju mengikut acuannya sendiri menjelang tahun 2020.

2

Malaysia pada dasarnya telah memberi tumpuan kepada pembangunan negara dari semua

dimensi untuk kepentingan semua penduduknya. Usaha berterusan dan konsisten ini bertujuan

untuk memperbaiki taraf hidup rakyatnya terutama mereka yang tergolong dalam kategori

miskin. Pengiktirafan hak rakyat untuk mendapat manfaat hasil kemajuan pembangunan negara,

sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan di samping mewujudkan suasana yang

menggalakkan pertumbuhan sosio-ekonomi negara. Keadaan ini dapat dilihat melalui strategi

utama negara iaitu Dasar Ekonomi Baru, (1970-1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991-

Page 23: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

2000) serta Wawasan 2020 yang telah dan akan menekankan kepada aspek pembangunan.

Hakikatnya, pembangunan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat (Rancangan Malaysia Ke

Sembilan, 2006). Malaysia dan negara-negara membangun yang lain mengalami kepesatan

pertumbuhan bandar sejak tahun 1970-an lagi, malah ia dikatakan terpesat di Asia Tenggara pada

tahun 1980-an. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh perkembangan sektor ekonomi baru.

Keadaan tersebut berterusan sehinggalah ke hari ini meskipun negara mengalami beberapa

kerumitan akibat kemelesetan ekonomi di penghujung abad ke-20.

Hakikatnya pembangunan amatlah penting untuk kemajuan sesebuah negara. Setiap

pembangunan itu perlulah dirancang dengan rapi dan diseimbangkan antara pembangunan

fizikal, ekonomi dan sosial. Akibat daripada tiada perancangan rapi maka akan wujudlah

pelbagai masalah. Dunia turut menghadapi krisis akibat daripada pembangunan yang tidak

dirancang dengan sempurna. Kesannya akan wujudlah masalah kepada persekitaran dan manusia

seperti kadar jenayah yang semakin meningkat, kemiskinan, kelaparan, kesesakan, petempatan,

buta huruf, pencemaran dan sebagainya yang mengakibatkan tahap kualiti hidup akan semakin

merosot.

Keadaan sosioekonomi yang terhasil akibat proses pembangunan inilah yang

membolehkan wujudnya lebih banyak peluang untuk memungkinkan terjadinya jenayah. Faktor-

faktor utama seperti perbezaan pendapatan, mobiliti sosial, penghijrahan penduduk dari luar

bandar ke bandar, terhakisnya hubungan kekeluargaan, pembangunan yang tidak seimbang dari

segi ekonomi dan sosial dan perkembangan teknologi moden sedikit sebanyak mempengaruhi

peningkatan jenayah di Malaysia. Dalam hal ini angkubah demografi seperti komposisi

penduduk dan struktur penduduk mempunyai pengaruh yang agak lebih ketara terhadap insiden

jenayah (Institut Tadbiran Awam Negara,1994).

Pemodenan itu juga mewujudkan dunia tanpa sempadan ini sehingga berlakunya

limpahan budaya yang tidak sihat terutamanya melalui media massa. Golongan remaja dan belia

Page 24: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

terdedah dengan budaya hedonism iaitu budaya suka berpoya-poya dan hiburan semata-mata.

Melalui internet, televisyen dan video, golongan ini dengan mudahnya dihidangkan dengan

pergaulan dan seks bebas, nyanyian, muzik, rokok, arak, bahan lucah dan judi yang

mementingkan keseronokan semata-mata.

Secara umumnya corak jenayah di Malaysia didapati mempunyai persamaan dengan apa

yang berlaku di negara maju, hanya yang membezakannya adalah jumlah kes dan kadarnya.

Terdapat empat jenis kesalahan atau kes utama dalam indeks jenayah yang boleh dicegah, iaitu

tiga dalam kategori jenayah harta benda dan satu dalam kategori jenayah kekerasan. Kesalahan-

kesalahan tersebut ialah rompakan termasuk rompakan bersenjata api, kes mencuri kenderaan

bermotor, pecah rumah dan kes mencuri di waktu siang dan malam hari serta kes-kes kecurian

yang lain-lain (Mohd Reduan Aslie, 1990).

Terdapat juga kategori jenayah lain selain dari indeks jenayah. Jenayah ini termasuklah

insiden penyalahgunaan dadah, jenayah kolar putih (jenayah komersial), sindeket haram dan

perjudian. Pelbagai faktor sosio-ekonomi telah dikenal pasti mempengaruhi tren jenayah di

Malaysia. Walaubagaimanapun, tiada suatu faktor secara tepatnya dapat dianggap sebagai

penyebab utama. Banyak kajian dan pengamatan telah mendapati bahawa jenayah tidak

semestinya meningkat seiring dengan perkembangan ekonomi sahaja (Shelley & Katon, 1992).

Kawasan perumahan menjadi sasaran kegiatan jenayah seperti kes kecurian, rompakan,

kejadian pecah rumah siang dan malam hari. Keadaan ini telah mengakibatkan tercetusnya

perasaan bimbang dan kurang senang di kalangan masyarakat. Akhirnya jenayah menjadi suatu

masalah sosial yang menjejaskan kehidupan masyarakat, malahan turut mengongkong kehidupan

fizikal atau pun emosional mereka. Langkah-langkah untuk membanteras kejadian jenayah perlu

dilakukan sebelum menjejaskan kehidupan seharian masyarakat setempat. Di bawah Rancangan

Malaysia ke-9 kerajaan Malaysia telah memperuntukkan perbelanjaan RM 21.2 billion untuk

Page 25: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

sektor keselamatan dan sebanyak RM 4.9 billion disediakan bagi keperluan Polis Di Raja

Malaysia (Rancangan Malaysia Ke-9, 2006).

Menyedari betapa seriusnya isu ini, maka tidak hairanlah mengapa mantan Perdana

Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Muhammad telah pun menyempurnakan pelancaran

penubuhan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (Malaysia Crime Prevention Foundation)

pada bulan Januari 1993. Dengan tertubuhnya yayasan tersebut, Malaysia telah mengesahkan

terlibat secara langsung dalam forum perancangan pencegahan jenayah yang telah dilaksanakan

oleh Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Asia Crime Prevention Foundation di Shizuoka, Jepun.

Meskipun Yayasan Pencegahan Jenayah yang ditubuhkan itu merupakan badan bukan

kerajaan namun mandat yang diberikan oleh kerajaan membolehkan badan ini memainkan

peranannya dan bertanggungjawab dalam melaksanakan pelbagai program pencegahan jenayah

di Malaysia. Selain daripada penguatkuasaan undang-undang oleh pasukan Polis Di Raja

Malaysia (PDRM), matlamat utama yayasan ini adalah untuk menyumbang ke arah penurunan

kadar jenayah di Malaysia dan menyediakan segala bentuk bantuan terutamanya dari segi

pemulihan kepada mangsa jenayah, pelaku jenayah dan kesedaran kepada masyarakat umum.

Justeru itu ia dapat memastikan keamanan dan kestabilan negara tidak akan terjejas akibat

pengaruh aktiviti jenayah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Saban hari media massa di Malaysia memaparkan kes-kes jenayah yang berlaku di

dalam negara. Pelbagai jenis salah laku yang berlaku daripada jenayah jalanan seperti mencuri,

samseng jalanan, ragut , merogol, sumbang mahram, buang bayi, jenayah kolar putih seterusnya

jenayah ala mafia yang ganas dan kejam seperti kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya

(Berita Harian, 24 Januari 2011) .

Page 26: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

Dalam majlis perasmian Seminar Pencegahan Jenayah 2008, Timbalan Ketua Polis

Negara, Tan Sri Ismail Omar berucap bahawa kesan krisis kelembapan ekonomi global akan

mendorong kepada iklim sosial yang tidak sihat kepada keamanan masyarakat. Bilangan yang

tiada sumber pendapatan tetap bertambah, peluang pekerjaan semakin tipis dan tergugat akan

membawa kepada peningkatan jenayah bagi menambah rezeki dan sara diri.

Mengikut statistik, insiden kegiatan jenayah di Malaysia dianggarkan telah mencecah 70

ribu kes bagi tempoh 10 tahun (1990-2000) mengikut mantan Tun Dr. Mahathir Mohammad

(Unit Perancang Ekonomi, 2002). Jadual 1.1 menunjukkan perbandingan peningkatan semua kes

jenayah di antara tahun 2005 dan 2006.

Selain itu beberapa kes tertentu telah menunjukkan peningkatan yang membimbangkan.

Kes rogol telah meningkat 85% dari 2004 (1718 kes) hingga ke 2007(3177 kes). Kes samun

(melibatkan kekerasan) telah meningkat sebanyak 61% pada 2007 (24,587 kes) berbanding

2004( 15,288 kes). Manakala sebanyak 33, 599 kejadian pecah rumah direkodkan pada 2007

berbanding 24904 pada tahun 2004 iaitu pertambahan sebanyak 35%.

Jadual 1.1 : Taburan Indeks Jenayah di Malaysia 2005-2006

Kes Jenayah 2005 2006

Bunuh 497 604

Cubaan Bunuh 94 -

Rogol 1887 2435

Cabul Kehormatan - 2023

Samun Berkawan Bersenjata Api 40 68

Samun Berkawan Tanpa Senjata Api 1842 2658

Page 27: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

Samun Bersenjata Api 317 247

Samun Tanpa Senjata Api 13 210 18 446

Pemerasan - 1549

Ugutan Jenayah - 6336

Merusuh - 2261

Mencederakan 4246 5716

Curi 34 317 37 128

Curi Van/ Lori/ Jentera Berat 5507 6328

Curi Motokar 9711 11 101

Curi Motosikal 51 709 64 858

Curi Ragut 9617 9551

Pecah Rumah Siang Hari 6923 8253

Pecah Rumah Malam Hari 17 542 19 060

Jumlah Jenayah Indeks 157 459 198 622

Sumber: Polis Diraja Malaysia (2007)

Peningkatan kadar jenayah dalam statistik yang dirujuk dari Journal of the Kuala Lumpur

Royal Malaysia Police College (2008), mengenalpasti 157 kawasan panas (hot spots) jenayah

terutamanya di empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Didapati, negeri-negeri ini mencatat sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan jenayah jalanan

pada tahun 2008.

Pada Februari 2010 terdapat seramai 21,269 banduan sabitan di mana 13,880 banduan

adalah warganegara Malaysia dan 7,389 orang bukan warganegara. Jumlah keseluruhan banduan

di seluruh negara iaitu termasuk kes-kes reman adalah seramai 36,040 orang, di mana 10,800

orang atau 30 peratus adalah warga asing.

Page 28: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

Pelbagai jenis kegiatan jenayah tidak putus-putus dipaparkan di media massa pada setiap

hari. Selain daripada isu peningkatan kes penagihan dadah yang merupakan musuh utama

negara, Malaysia juga diancam dengan sindiket pengedaran dadah yang telah dikesan di

beberapa negeri antaranya dua serbuan berasingan yang dilakukan di negeri Johor. Pada 18 Julai

2010, polis telah berjaya menangkap seorang lelaki berusia 30 tahun di rumah kediamannya di

Taman Kota Masai, Pasir Gudang bersama 46 kilogram ganja yang bernilai RM 75,000.00

manakala dua lelaki berusia 28 tahun dan 36 tahun telah ditahan di Larkin Perdana kerana

memiliki 553 gram heroin yang bernilai RM 37,000.00. Kesemua dadah ini dipercayai untuk

diedarkan kepada penagih dadah di sekitar bandar ini(KOSMO Online: 19 Julai 2010).

Sindiket pengedaran dadah ini tidak hanya tertumpu di selatan tanah air. Hal ini

diperkukuhkan dengan penahanan empat lelaki berusia di antara 30 hingga 40an di sebuah

premis di Jalan Air Itam, Pulau Pinang yang dilaporkan oleh akhbar KOSMO pada 17 Mac 2011.

Hasil serbuan itu mendapati tahanan berkenaan telah mempunyai rekod jenayah dan dipercayai

sebahagian daripada anggota sindiket pengedar dadah. Nilai rampasan pelbagai jenis dadah

sebanyak RM64,000.00 bagi pasaran tempatan.

Selain daripada kegiatan sindiket berkumpulan, pada 19 Mei 2010 akhbar KOSMO

mendedahkan penangkapan sepasang kekasih berusia 43 tahun dan 35 tahun yang menjalankan

kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang. Bersama penahanan pasangan kekasih ini

yang merupakan tukang masak di sebuah restoran dijumpai dadah jenis estacy, ketamin dan

syabu yang bernilai RM18,000.00. Pasangan kekasih ini juga didapati mempunyai rekod

jenayah dan disahkan positif dadah jenis syabu.

Jenayah membabitkan penyalahgunaan dadah di Malaysia tidak hanya tertumpu kepada

penagihan dan pengedaran dadah tetapi telah sampai ke tahap pemprosesan dadah. Berita

penahanan seorang pelakon lelaki popular yang mempunyai kaitan dengan makmal mini

Page 29: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

memproses dadah di sebuah rumah sewanya di Kepong telah mengejutkan negara (Berita Harian

: 13 Mac 2010). Siasatan lanjut mendapati beliau memiliki pelbagai jenis dadah bernilai RM

650,000.00 serta peralatan memproses dadah seperti balang-balang kaca, silinder, penunu

Bunsen, mesin pengisar, maklumat pemprosesan dadah yang tersimpan di dalam ‘thumbdrive’

dan video.

Disamping penyalahgunaan dadah, Malaysia juga tidak terlepas dengan jenayah bunuh

yang meningkat dari 517 kes pada tahun 2002 kepada 565 kes pada tahun 2003 (Utusan

Malaysia Online; 9 Ogos 2004). Motif pembunuhan pula melihatkan keruntuhan akhlak

pembunuh dengan sebab antaranya pertengkaran, samun, rogol, cemburu, cinta sejenis, cuai,

tidak siuman dan dera. Selain pembunuhan rambang, pemangsa juga terdiri daripada individu

yang rapat dan dikenali mangsa seperti teman lelaki,jiran, cucu, bapa dan guru. Kes-kes rogol

dan bunuh disifatkan amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Seorang jurutera komputer, Noor Suzaily Mukhtar yang ketika kejadian berusia 24 tahun

telah dirogol dan dibunuh di dalam sebuah bas ekspres oleh pemandu bas berkenaan, Hanafi Mat

Hassan. Mayat mangsa telah dicampak di sebatang jalan di kawasan pembinaan di Taman Bukit

Tinggi Klang pada 7 Oktober 2000 (Berita Harian; 20 Disember 2000).

Kes remaja yang dirogol oleh teman lelakinya telah saban kali dipaparkan dalam media.

Namun jenayah ini masih berulang seolah-olah remaja perempuan tidak melihat teman lelakinya

sebagai ancaman. Hal ini berulang lagi kepada seorang remaja berusia 16 tahun yang mengikuti

teman lelakinya bersiar-siar dan telah di bawa ke sebuah rumah di Kg. Banggol Belimbing,

Lenggong dan telah dirogol bergilir-gilir oleh teman lelakinya bersama enam lagi rakan teman

lelakinya yang telah berada di rumah berkenaan (Berita Harian; 24 Januari 2011). Lebih

mengaibkan lagi salah seorang perogol itu telah merakamkan kejadian berkenaan di dalam

telefon bimbitnya dan menyebarkannya di sekitar bandar berkenaan.

Page 30: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

Seorang juruteknik, Hamdan Ahadluddin telah didapati bersalah atas dua kesalahan

merogol remaja berusia 15 tahun di rumah mangsa di Lembah Subang. Semasa kejadian,

penjenayah ini dalam persiapan untuk menikahi ibu mangsa dalam masa beberapa hari lagi

(Utusan Malaysia; 1 November 2009). Perbuatan Hamdan ini menunjukkan bahawa dia tidak

mempunyai sahsiah diri yang melayakkannya menjadi bapa tiri kepada mangsa.

Dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib b. Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri

Malaysia yang ke 6, beliau telah meletakkan mengurangkan kadar jenayah sebagai yang pertama

di antara enam jurusan dalam bidang keberhasilan utama nasional (NKRA- National Key Result

Area).

Kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan

pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Untuk itu, kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan di pecah bahagi

kepada tiga bahagian iaitu jenayah jalanan, keselamatan awam dan peningkatan prestasi agensi

penguatkuasaan.

Jenayah jalanan diberi penekanan kerana ia didapati mendatangkan trauma dan ketakutan

berpanjangan kepada masyarakat. Antara jenayah jalanan termasuklah curi ragut, samun tanpa

bersenjata dan samun berkawan tanpa bersenjata api. Oleh sebab itu, kerajaan menetapkan

sasaran pengurangan jenayah jalanan ini sebanyak 20% pada penghujung tahun 2010.

Page 31: ii PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada

1.3 Pernyataan Masalah

Saban hari, media tidak dapat berhenti daripada melaporkan bermacam kejadian jenayah

yang berlaku di segenap pelosok negara sama ada di kota atau desa. Pelbagai jenis jenayah yang

wujud daripada jenayah jalanan hinggalah jenayah kekerasan. Terdapat juga penjenayah yang

tidak mempunyai sekelumit sifat perikemanusiaan dengan sanggup merogol kanak-kanak dan

menyeksa serta membakar mangsa.

Statistik menunjukkan indek jenayah di Malaysia telah meningkat kepada 37.85 % iaitu

121,176 kes pada tahun 1997 berbanding 87,902 kes pada tahun 1996(Utusan Malaysia; 23

Februari 1998). Kes bunuh pula menunjukkan peningkatan dengan tahun 1998 mencatatkan

jumlah tertinggi iaitu 629 kes (Utusan Malaysia; 9 Ogos 2004). Peningkatan kes jenayah ini

dapat dilihat daripada tingkah laku masyarakat yang bimbang tentang keselamatan harta benda

dan nyawa mereka, kurangnya kepercayaan sesama masyarakat. Pelbagai peralatan canggih

untuk mengelakkan agar harta benda seperti rumah dan kereta daripada diceroboh penjenayah

terdapat di pasaran. Begitu juga kebimbangan terhadap ancaman nyawa dan maruah sama ada

akibat daripada aneka perbuatan jenayah seperti ragut, rogol dan bunuh. Ketakutan ini berlaku

kerana di samping kehilangan harta benda, mangsa kehilangan harga diri, maruah dan

seterusnya nyawa. Terdapat mangsa yang hidup dalam ketakutan, trauma dan tidak mampu

meneruskan hidup dengan normal dan sejahtera.

Walau pun pelbagai langkah yang dijalankan oleh pihak kerajaan dalam menangani

jenayah seperti kaedah pencegahan dan penguatkuasaan, merapatkan jurang sosioekonomi dan

demografi tetapi kes-kes jenayah tetap meningkat. Apakah yang mendorong seseorang untuk

melakukan salah laku? Sahsiah diri penjenayah masa kini menunjukkan sifat jati diri dan

kawalan kendiri yang rendah. Adakah agen-agen sosialisasi seperti ibu bapa, rakan sebaya,

media massa dan didikan agama kurang membantu dalam membentuk sahsiah diri yang unggul.

Adakah pegangan akidah individu mempengaruhi sahsiah dirinya? Adakah terdapat kaitan