persepsi banduan terhadap program … · bertajuk “persepsi banduan terhadap program pembangunan...

28
PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: duongtu

Post on 01-Apr-2019

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN

SAHSIAH DI PENJARA

MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Nama Penuh : MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

Tarikh Lahir : 14 FEBRUARI 1987

Judul : PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN

SAHSIAH DI PENJARA

Sesi Pengajian : 2010 / 2011

Saya mengakui tesis ini disahkan benar:

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam Akta

Rahsia Rasmi 1972 ) *

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa kajian saya ini boleh diterbitkan

sebagai rangkaian talian terus

Saya mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di

Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

__________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Disahkan oleh :

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

LOT 996 BATU 12, JALAN KUALA KRAI,

16450 KETEREH

KOTA BHARU

KELANTAN

TEL: 0137113679

Nama Penyelia:

PROF. MADYA HJ.AZMI SHAH BIN

SURATMAN

Tarikh: 13 MEI 2011 Tarikh: 13 MEI 2011

Page 3: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”.

Tandatangan : ……………………………………………

Nama Penyelia : PROF. MADYA AZMI SHAH BIN

SURATMAN

Tarikh : 13 MEI 2011

Page 4: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH

DI PENJARA

MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap- tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ……………………………………………

Nama Penulis : MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

Tarikh : 13 MEI 2011

Page 6: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

Istimewa Buat...

Ayahanda yang dihormati dan disanjungi

Md Ghani Bin Mat Jujoh

Sokongan dan dorongan Ayahanda menguatkan azam anakanda

Bonda yang disayangi dan dikasihi

Kelsom Binti Mustapha

Terima Kasih Di Atas Segala Pengorbananmu,

Melahirkan, Menjaga Dan Mendidikku Tanpa Mengharapkan Balasan

Ya Allah, Ampunkan Dosaku Kedua Ibu Bapaku Ya Allah

Ampunkan Dosaku Ya Allah Sekiranya Aku Berdosa Kepada Ibu Bapa Ku Ya Allah

Buat kekandaku,

Saidi Bin Md Ghani,, Che Rahimah Binti Md Ghani dan Adnan Bin Md Ghani

Terima kasih kerana sentiasa menyokong dan membantu di saat aku buntu.

Hanya Allah yang mampu membalasnya..

Khas Buat Para Guru Dan Pensyarah,

Jasa Mu Akanku Kenang,Kerana Mendidik Diri Ini Mejadi Insan Yang Berguna,

Untuk Agama, Bangsa Dan Negara

Buat Teman Seperjuangan,

Sahabat-Sahabat 4SPI dan khairill helme

Hargailah Persahabatan Yang Terjalin Selama Ini,

Suka Dan Duka Akan Sentiasa Terpahat Disanubariku,

Sekiranya Di Dunia Ini Kita Tidak Bertemu Lagi, Insyaallah Kita Bertemu Di Syurga

Nanti.

Page 7: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Selawat

serta Salam kepada junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahlul bait baginda dan

para Sahabah RadiyaAllahu’ anhum ajmin. Pada Allah SWT saya bersyukur kerana

dengan limpah dan kurniaNya maka saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda

bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara”

Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia saya

iaitu Prof. Madya Hj.Azmi Shah bin Suratman yang telah banyak membantu

membimbing dan memberi tunjuk ajar sepanjang menyiapkan Projek Sarjana Muda

ini. Begitu juga dengan pensyarah-pensyarah di Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti

Pendidikan. Di samping itu, dorongan dan semangat daripada sahabat-sahabat

berikan kepada saya telah banyak membantu saya agar sentiasa tabah dalam

mengharungi segala cabaran dan dugaan dalam apa jua keadaan bagi menyiapkan

projek ini.

Penghargaan setinggi-tingginya kepada pihak Jabatan Penjara Malaysia dan

pihak Jabatan Penjara Kluang kerana membenarkan dan memberi kerjasama yang

baik kepada saya sewaktu menjalankan penyelidikan di penjara. Saya juga

mendoakan supaya banduan-banduan yang sedang menjalani tahanan itu akan diberi

hidayah dan petunjuk dari Allah SWT. Sesungguhnya antara kita tidak ada bezanya

disisi Allah SWT kecuali taqwa kepada Allah SWT.

Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat

secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala kerjasama dan usaha yang

diberikan, diberkati oleh Allah SWT. Semoga hasil kajian ini memberi manfaat

kepada semua pembaca.

Page 8: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pandangan banduan terhadap

program pembangunan sahsiah dan faktor-faktor penerimaan program pembangunan

sahsiah di penjara. Disamping itu juga, ia juga bertujuan untuk mencari

penambahbaikkan terhadap program pembangunan sahsiah. Seramai 50 orang

responden yang terdiri daripada banduan dari program Halaqah. Program halaqah

adalah terdiri daripada banduan-banduan Islam yang mempunyai pengetahuan yang

cetek dalam agama Islam. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal

selidik yang mengandungi 35 item soalan. Data yang diperolehi dianalisis

menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 15.0 bagi

mendapatkan kekerapan, peratusan dan min data. Nilai kebolehpercayaan soal

selidik ialah α = 0.910. Hasil kajian menunjukkan persepsi banduan terhadap

program pembangunan sahsiah yang dijalankan di penjara adalah baik dan perlunya

dipertingkatkan lagi program-program pembangunan sahsiah yang lebih kepada

berbentuk kerohanian.

Page 9: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

vi

ABSTRACT

This research aims to identify the views of prisoners on personal development

programs and the factors of acceptance regarding personal development programs in

prisons. Besides, this research also aims to seek improvement of personal

development programs. A total of 50 respondents are selected from the prisoners of

the Halaqah programs. Halaqah program is for muslim prisoners who have

superficial knowledge of Islam. Research instrument that has been used was

questionnaires which contain 35 items. The data was analyzed descriptively to get

the value for mode, mean and percentage using Statistical Package for Social

Science (SPSS) with 15.0 versions. Questionnaire reliability value is α = 0.910. The

results of this research recognized that perceptions of prisoners on personal

development programs conducted at the prison were good and the need to enhance

personal development programs towards spirituality programs.

Page 10: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 10

1.9 Kesimpulan 12

Page 11: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

viii

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Definisi Banduan Dalam Penjara 15

2.3 Definisi Pembangunan Sahsiah 15

2.4 Program-Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 17

2.4.1 Seksyen Perusahaan Dan Vokasional 17

2.4.1.1 Bengkel Perusahaan 17

2.4.1.2 Bengkel Akaun Amanah 18

2.4.1.3 Bengkel Skim Usahasama 18

2.4.2 Seksyen Pendidikan Dan Kebajikan 19

2.4.2.1 Pendidikan Kerohanian 19

2.4.2.2 Pendidikan Akademik 19

2.4.2.3 Kebajikan 20

2.4.3 Seksyen Rawatan, Pemulihan Dadah Dan

Kesihatan Am 21

2.5 Faktor-Faktor Penerimaan Program Pembangunan

Sahsiah Di Penjara 21

2.5.1 Mengikut Situasi Banduan 21

2.5.2 Komunikasi Dan Penyampaian 22

2.5.3 Mempunyai Nilai-Nilai Murni 23

2.6 Punca-Punca Berlakunya Bekas Banduan Yang

Keluar Masuk Penjara 24

2.6.1 Kefahaman Agama Yang Lemah 24

2.6.2 Peluang Pekerjaan 27

2.6.3 Penerimaan Ahli Keluarga 28

2.6.4 Pengaruh Rakan Sebaya 30

2.6.5 Masalah Kemiskinan 31

2.6.6 Kurang Motivasi Diri 32

2.6.7 Penerimaan Negatif Masyarakat 33

2.6.8 Pendidikan 34

2.6.9 Keluarga Yang Bermasalah 35

2.7 Kajian Lepas 36

2.8 Kesimpulan 37

Page 12: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 38

3.2 Reka Bentuk Kajian 38

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 39

3.4 Instrumen Kajian 40

3.4.1 Bahagian A 40

3.4.2 Bahagian B, C Dan D 41

3.5 Prosedur Kajian 42

3.5.1 Kajian Rintis 43

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 43

3.6.1 Pengumpulan Data Primer 43

3.6.2 Pengumpulan Data Sekunder 44

3.7 Analisis Data 45

3.8 Jangka Masa Kajian 46

3.9 Kesimpulan 47

BAB 1V ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 49

4.2 Analisis Bahagian A : Latar Belakang Responden 50

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Program

Pembangunan Sahsiah Yang Anda Minati. 53

4.3 Analisis Bahagian B, C Dan D 57

4.3.1 Analisis Data Berkenaan Dengan Pandangan

Banduan Terhadap Program Pembangunan

Sahsiah Di Penjara 57

4.3.2 Analisis Data Berkenaan Faktor-Faktor

Penerimaan Program-Program Pembangunan

Sahsiah Di Penjara 65

4.3.3 Analisis Data Berkenaan Cadangan

Penambahbaikkan Terhadap Program-

Page 13: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

x

Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 70

4.4 Rumusan Min Dapatan Kajian 77

4.4.1 Mengenalpasti Pandangan Banduan

Terhadap Program-Program Pembangunan

Sahsiah Di Penjara 78

4.4.2 Mengenalpasti Faktor-Faktor Penerimaan

Program-Program Pembangunan

Sahsiah Di Penjara 79

4.4.3 Mengenalpasti Cadangan Penambahbaikkan

Terhadap Program-Program Pembangunan

Sahsiah Di Penjara 80

4.5 Kesimpulan 81

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 82

5.2 Perbincangan 82

5.2.1 Latar Belakang Responden 83

5.2.2 Pandangan Banduan Terhadap Program-

Program Pembangunan Sahsiah 86

5.2.3 Faktor-Faktor Penerimaan Program-Program

Pembangunan Sahsiah Di Penjara 90

5.2.4 Cadangan Penambahbaikkan Terhadap Program-

Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 92

5.3 Rumusan 95

5.3.1 Pandangan Banduan Terhadap Program-

Program Pembangunan Sahsiah 96

5.3.2 Faktor-Faktor Penerimaan Program-Program

Pembangunan Sahsiah Di Penjara 96

5.3.3 Cadangan Penambahbaikkan Terhadap Program-

Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 97

5.4 Cadangan Tindakan 97

Page 14: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

xi

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 98

5.6 Kesimpulan 99

RUJUKAN 100

LAMPIRAN

Page 15: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Bilangan dan populasi responden kajian 40

3.2 Pengkelasan Likert 41

3.3 Agihan Soalan Mengikut Klasifikasi

Persoalan Kajian 42

3.4 Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min 46

3.5 Nilai Skor Min 46

3.6 Carta Alir Jangka Waktu Perlaksanaan Kajian 46

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 50

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 51

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 51

4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 52

4.5 Taburan Responden Mengikut Tempoh Tahanan 52

4.6 Taburan Responden Yang Minat Pada Qiamullai 53

4.7 Taburan Responden Yang Minat Pada

Menghafaz Al-Quran 53

4.8 Taburan Responden Yang Minat Pada

Pengurusan Jenazah 54

4.9 Taburan Responden Yang Minat Pada

Kursus Imam dan Bilal 54

4.10 Taburan Responden Yang Minat Pada

Belajar Tajwid 55

4.11 Taburan Responden Yang Minat Pada

Ceramah Agama 55

4.12 Taburan Responden Yang Minat Pada

Page 16: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

xiii

Belajar Kraftangan 56

4.13 Taburan Responden Yang Minat Pada

Penggunaan Teknologi ICT 56

4.14 Taburan Responden Yang Minat Pada

Belajar Lain-Lain 57

4.15 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 1 58

4.16 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 2 58

4.17 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 3 59

4.18 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 4 59

4.19 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 5 60

4.20 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 6 61

4.21 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 7 61

4.22 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 8 62

4.23 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 9 62

4.24 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 10 63

4.25 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 11 64

4.26 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 12 64

4.27 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 13 65

4.28 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 14 66

4.29 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Page 17: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

xiv

Bagi Item 15 66

4.30 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 16 67

4.31 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 17 67

4.32 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 18 68

4.33 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 19 68

4.34 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 20 69

4.35 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 21 69

4.36 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 22 70

4.37 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 23 71

4.38 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 24 71

4.39 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 25 72

4.40 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 26 72

4.41 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 27 73

4.42 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 28 73

4.43 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 29 74

4.44 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 30 74

4.45 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 31 75

4.46 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Page 18: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

xv

Bagi Item 32 75

4.47 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 33 76

4.48 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 34 76

4.49 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Item 35 77

4.50 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Pandangan

Banduan Terhadap Program-Program

Pembangunan Sahsiah Di Penjara 78

4.51 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Faktor-

Faktor Penerimaan Program-Program

Pembangunan Sahsiah Di Penjara 79

4.52 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Cadangan

Penambahbaikan Terhadap Program-

Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 80

4.53 Min Keseluruhan Bagi Setiap Objektif Kajian 81

Page 19: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

xvi

SENARAI SINGKATAN

ICT - Teknologi Komunikasi Maklumat

KS - Kurang Setuju

PMR - Peperiksaan Menengah Rendah

SAW - Sallallahu ‘alaihi wasallam

SPM - Sijil Peperiksaan Malaysia

SPSS - Statistical Package for the Social Science

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

SWT - Subhanallahu Wa Ta’ala

TS - Tidak Setuju

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

VCD - Cakera Keras Video

Page 20: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan

Islam adalah agama yang diredhai oleh Allah SWT. Islam bermakna patuh

kepada Allah SWT dan Rasulnya. Individu itu dikatakan muslim apabila individu itu

melakukan penghambaan diri kepada Allah SWT. Kenapa manusia dituntut untuk

melakukan kepatuhan kepada Allah SWT dan Rasul, ini adalah kerana demi

kesejahteraan dan kebaikan manusia itu sendiri. Apa yang dituntut oleh Allah SWT

adalah berbeza dengan tuntuan yang disuruh oleh manusia yang berkuasa, yang mana

tuntutan itu adalah demi kepentingan diri manusia itu sendiri berbeza daripada Allah

SWT yang mana tidak memerlukan apa pun dari manusia. Kehidupan ini tidak boleh

lari dari mencintai Allah SWT, kerana Allah SWT yang paling mencintai

makhluknya, dan lebih daripada sesiapa sahaja yang telah, yang sedang atau yang

akan mencintai sesama makhluk.

Pada hari ini telah banyak berlakunya masalah-masalah sosial, jenayah

kejam, keruntuhan institusi rumah tangga dan kekurangan nilai-nilai murni dalam

diri masyarakat. Ini berkait rapat dengan masalah hati manusia, semakin jauh hati itu

dengan Allah SWT, semakin banyak perkara yang dilarang oleh Allah SWT akan

dilakukan. Allah SWT telah menurunkan Al-Quran dan mengutuskan Rasul untuk

membimbing manusia ke arah yang baik mengikut undang-undang dan peraturan

yang telah ditentukan oleh Allah SWT dengan sempurna.

Page 21: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

2

Dalam membentuk peribadi manusia ke arah yang baik adalah sesuatu yang

amat sukar, kerana ia melibatkan jiwa dan hati manusia bukan melibatkan harta,

sebab itu manusia disuruh untuk memintanya daripada yang selayaknya iaitu Allah

SWT. Allah SWT berfirman :

“ Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang

beriman itu). kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang

ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di

antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara

(hati) mereka. Sesungguhnya ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

(Surah Al-Anfal 8:63)

Akibat daripada timbulnya masalah jenayah dan sosial sebegini, kerajaan

telah mencari jalan penyelesaian dengan menubuhkan institusi-institusi yang mana

tujuannya adalah untuk membantu kerajaan menangani masalah yang berlaku.

Antara institusi yang ditubuhkan adalah institusi Jabatan Penjara Malaysia iaitu

sebuah jabatan di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Jabatan penjara

ditubuhkan dengan mempunyai tujuan dan fungsinya.

Dalam konteks Islam, penjara merupakan sebuah tempat yang tujuannya

adalah sebagai pusat pemulihan atau satu tempat platform perubahan yang mana dari

kurang baik kepada baik. Penjara merupakan satu tempat untuk melahirkan

keinsafan kepada banduan dan akan melalui satu proses taubat yang mana bertujuan

untuk meminta ampun kepada Allah SWT di atas perbutan dosa dan kesalahan yang

telah dilakukan. Menurut Siti Zalikhah Md. Nor (2008:112) taubat ialah

meninggalkan perbuatan yang mengakibatkan dosa dan tidak mungkin seseorang

meninggalkannya kecuali setelah pesalah itu telah mengetahuinya. Penjara juga

merupakan satu platform yang terbaik untuk melakukan perubahan dan proses taubat

kepada Allah SWT. Apabila pesalah dipenjarakan akan berlaku satu proses

Page 22: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

3

perubahan sikap yang baik yang mana pada waktu itu proses taubat kepada Allah

SWT berlaku. Perubahan ini berlaku sekiranya banduan itu betul ingin ke arah

perubahan dan insaf dengan apa yang telah di lakukannya.

Dalam Islam penjara dikelaskan dalam hukuman Ta’zir. Menurut Paizah

Ismail (1991:4) Ta’zir ialah penolakan dan pencegahan ataupun membawa maksud

pertolongan. Ta’zir juga membawa maksud hukuman yang tidak ditentukan

kadarnya oleh syarak yang merupakan hak Allah SWT, hak manusia yang mana

hukumannya tidak ada dalam hukuman had. Penjara adalah merupakan satu denda

yang dikenakan kepada pesalah yang telah melakukan kesalahan. Denda ini

bertujuan untuk memberi pengajaran dan memulihkan sahsiah peribadi pesalah

supaya dapat melakukan perubahan dan insaf dengan apa yang telah mereka

dilakukan.

Kesimpulannya, program pemulihan yang telah dirangka oleh Jabatan Penjara

Malaysia ini jelas menunjukkan kesungguhan pihak Jabatan Penjara Malaysia untuk

menyediakan banduan itu ke arah kehidupan yang lebih baik dan pembangunan

sahsiah individu banduan yang sempurna apabila bebas nanti.

1.2 Latar Belakang Masalah

Malaysia adalah sebuah negara yang pesat membangun dari segi ekonomi,

politik, sosial dan sebagainya. Walaupun berlakunya pembangunan yang pesat,

Malaysia telah dicemari dengan pelbagai masalah sosial, jenayah kejam, keruntuhan

institusi kekeluargaan dan sebagainya. Keadaan Malaysia dapat dilihat amat berbeza

sekali berbanding ketika Malaysia mula-mula ditubuhkan, kerana rakyat Malaysia

waktu itu lebih menghormati antara satu sama lain. Berbeza dengan Malaysia di

zaman sekarang yang semakin membimbangkan. Untuk membantu dan memantau

masalah ini, kerajaan Malaysia menubuhkan beberapa institusi untuk membantu dan

menyelesaikan masalah-masalah sebegini, yang diantaranya adalah institusi Jabatan

Penjara Malaysia.

Page 23: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

4

Institusi Jabatan Penjara Malaysia yang mana merupakan sebuah institusi

yang bertujuan sebagai tempat penahanan dan pemulihan kepada pesalah-pesalah

yang di hukum oleh pihak mahkamah. Penjara bukan sahaja sebagai pusat

penahanan kepada banduan-banduan yang bersalah tetapi adalah sebagai pusat

pemulihan kepada banduan untuk menjadikan mereka sebagai rakyat yang berguna

dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain. Dalam institusi Jabatan

Penjara Malaysia, mempunyai program-program pembangunan sahsiah yang

disediakan untuk banduan-banduan semasa menjalani tahanan. Antaranya ialah

aktiviti pemulihan yang menjadi peranan utama dalam memberi pemulihan dan

pendedahan kepada banduan-banduan untuk ke arah perubahan yang lebih baik.

Antara objektifnya ialah :

a) Memulih dan melatih banduan/orang tahanan/juvana melalui aktiviti

perusahaan vokasional, spiritual dan mental agar mereka menjadi

warganegara yang berguna dan produktif.

b) Menanam sikap menghargai diri, berdisiplin dan bertanggungjawab di

kalangan banduan/orang tahanan/juvana dengan menerapkan nilai-nilai

positif yang murni yang menjurus ke arah pembentukan sahsiah manusia

yang baik.

Menurut Abdullah Muhammad Zin et, al (1998:155), pembangunan sahsiah

Islam adalah perkara yang amat penting dan perkara ini diberi perhatian oleh

beberapa orang ulama terkemuka seperti Al-Muhasibi, Ibn Arabi, Al-Ghazali dan

lain-lain. Dalam memandukan sahsiah, mengikut Ibn Arabi, jalan menuju Allah

Taala yang dilalui oleh profesional dalam kerohanian mempunyai empat tahap iaitu

dorongan (bawa’ith), motivasi (dawa’i), akhlak (akhlaq) dan realiti sebenar

(haqa’iq). Program-program pembangunan sahsiah ini dijalankan kepada banduan

supaya berlaku satu perubahan sikap ataupun satu tranformasi terhadap banduan itu.

Seperti yang telah dimaklumkan telah banyak program-program

pembangunan sahsiah yang telah di jalankan oleh pihak jabatan penjara dan pihak-

Page 24: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

5

pihak lain, namun begitu masih ramai lagi banduan-banduan dibebaskan dari penjara

masuk kembali ke penjara. Ini menunjukkan bahawa tiada kesan perubahan yang

berlaku terhadap banduan-banduan yang bebas ini. Banduan-banduan yang keluar

masuk penjara seolah-olah tidak menjalani apa-apa program di penjara. Malah ada

segelintir yang menjadikan penjara sebagai tempat yang boleh keluar masuk.

Apakah punca yang menyebabkan berlakunya hal sedemikian, walaupun mereka

telah melalui pelbagai program di penjara semata-mata untuk melihat akan ada

perubahan ke atas banduan yang di penjarakan. Dalam kajian ini, penyelidik cuba

untuk menyingkap apakah faktor yang menyebabkan berlakunya perkara-perkara ini.

Antara faktor yang menyebabkan mengapa berlakunya banduan yang keluar

masuk ke penjara adalah kerana banduan tidak mengambil berat tentang apa yang

telah diberikan kepada banduan ketika di penjara. Ini adalah kerana kurangnya

kesedaran banduan terhadap kepentingan program-program sebegini apabila mereka

keluar nanti. Sebahagian banduan juga hanya menjalani program-program yang

diaturkan hanya sekadar memenuhi apa yang telah diaturkan dan tidak cuba untuk

memahami berkenaan dengan apa yang disampaikan. Selain itu juga, keberkesanan

program-program pembangunan sahsiah terhadap banduan amat kurang. Ini

disebabkan program-program yang dilaksanakan tidak meninggalkan kesan terhadap

diri banduan dan banduan tidak mahu melakukan perubahan atau memotivasikan diri

untuk melakukan perubahan kerana mereka tidak mahu terlibat dan malu dengan

masyarakat. Apabila berlakunya perkara seperti ini mereka lebih gemar berdamping

dengan rakan-rakan mereka yang bermasalah kerana bagi bekas banduan rakan-rakan

mereka lebih memahami mereka.

Pada masa sekarang, dari segi kebajikan ataupun peluang untuk bekas

banduan yang dibebaskan untuk mendapat kemudahan seperti orang lain adalah amat

terbatas. Antara faktornya kerana sikap dan pandangan negatif dalam penerimaan

masyarakat terhadap bekas banduan penjara yang dibebaskan. Kebanyakan

masyarakat memandang serong kepada bekas-bekas banduan kerana kesalahan yang

telah dilakukan sebelum ini. Bekas-bekas banduan perlu diberi peluang oleh

masyarakat kerana itu adalah hak mereka untuk mendapat kemudahan seperti

Page 25: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

6

masyarakat yang lain. Masyarakat perlulah saling hormat-menghormati antara satu

sama lain, kerana ia akan mewujudkan suasana yang positif.

Antara faktor lain yang menunjukkan bekas banduan tidak menerima hak

seperti orang lain adalah kerana sikap bekas banduan itu sendiri yang tidak mahu

berubah dan terus melakukan masalah sosial dan jenayah. Walaupun banduan tidak

mempunyai pilihan untuk menampung kehidupan mereka selepas dibebaskan,

melakukan jenayah bukanlah cara yang terbaik bagi banduan kerana ia bertentangan

dengan tujuan program pembangunan sahsiah yang dilakukan oleh pihak penjara.

Pihak penjara menyediakan pelbagai program-program pembangunan sahsiah untuk

membantu mereka melakukan perubahan apabila keluar daripada penjara nanti tetapi

hasilnya masih ada lagi bekas banduan yang melakukan jenayah dan masalah sosial.

Ini menunjukkan tahap keberkesanan program-program pembangunan sahsiah yang

di jalankan di penjara tidak berada pada tahap yang sepatutnya. Penyelidik juga

menyoalkan, adakah disebabkan cara penyampaian yang dilakukan oleh pihak

penjara kepada banduan tidak berkesan kerana masih lagi ada banduan yang tidak

memahami faedah dan kepentingannya kepada banduan ataupun ada faktor-faktor

lain yang mempengaruhi.

Ekoran daripada itu, kajian ini dijalankan oleh penyelidik untuk mencari

masalah yang berlaku dengan mengkaji pandangan banduan terhadap program-

program pembangunan sahsiah yang dijalankan di penjara kerana walaupu sudah

menjalani program-program pembangunan sahsiah di penjara tetapi masih lagi tidak

memberi kesan yang baik kepada sebahagian banduan.

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini dilakukan memandangkan pelbagai masalah-masalah sosial dan

jenayah yang berlaku di negara ini, yang mana sebahagiannya adalah melibatkan

bekas-bekas banduan yang keluar dari penjara. Masalah sosial dan jenayah yang

berlaku ini semakin parah dan membingungkan semua pihak terutamanya bagi

Page 26: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

7

pihak kerajaan sendiri untuk mencari jalan penyelesaian dan membanteras masalah

ini.

Kajian ini lebih memfokuskan kepada program-program pembangunan

sahsiah kepada banduan, ini kerana jikalau diamati walaupun banduan telah

menjalani aktiviti pembangunan sahsiah yang dijalankan oleh pihak penjara tetapi

masih ada lagi sebahagian daripada banduan yang telah bebas melakukan masalah

sosial dan jenayah. Semasa berada di penjara, banduan telah diberikan latihan dan

menjalani program pembangunan sahsiah sepatutnya apabila banduan bebas dari

penjara, sikap dan sahsiah peribadi banduan adalah lebih baik dari sebelumnya.

Tetapi sebaliknya yang berlaku, dimana bekas banduan mengulangi kesalahan

mereka.

Kajian ini memfokuskan berkenaan dengan adakah program-program

pembangunan sahsiah yang dijalankan oleh pihak penjara terhadap banduan-

banduan memberi kesan atau tidak kepada diri banduan. Ini kerana penyelidik

melihat kepada berlakunya masalah keluar masuk penjara dan sikap banduan yang

tidak pernah berubah walaupun telah menjalani pelbagai program di penjara.

Sesetengah daripada banduan, berjaya dalam kehidupan mereka apabila

mereka bebas dari penjara. Namun masih lagi ada bekas-bekas banduan yang

keluar masuk dalam penjara kembali akibat daripada kesalahan-kesalahan yang

mereka lakukan. Perkara ini amat membimbangkan kerana tempat untuk

menampung jumlah kapasiti banduan adalah terhad dan kerajaan terpaksa

menanggung beban yang besar. Selain itu, masyarakat ingin melihat rakyat

Malaysia sebagai modal insan yang cemerlang untuk kepentingan masa hadapan.

Menurut Richard (1970:34), sahsiah adalah punca-punca perlakuan manusia

di mana perlakuannya dapat dilihat dari pengalaman subjektif. Walaupun hasil

daripada program pembangunan sahsiah yang di jalankan oleh pihak penjara

khususnya, masih ada lagi sebahagian daripada banduan ini apabila keluar daripada

penjara, mereka masih berada di takuk yang lama, tiada perubahan yang berlaku dan

Page 27: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

8

apa yang menyedihkan apabila banduan-banduan ingin melakukan perubahan dalam

dirinya, masyarakat memandang negatif terhadap banduan. Ini adalah satu halangan

terhadap banduan untuk melakukan perubahan.

Diharapkan dengan adanya kajian ini, penyelidik dapat mengenalpasti masalah

yang berlaku dan mencari jalan penyelesaian untuk penambahbaikkan program-

program pembangunan sahsiah yang dijalankan seperti keberkesanan program-

program pembangunan sahsiah kepada banduan. Dengan adanya kajian sebegini

diharapkan masyarakat dapat bermuhasabah dan mengembling tenaga mencari jalan

penyelesaian dalam menangani masalah ini

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Mengenalpasti pandangan banduan terhadap program-program pembangunan

sahsiah di penjara.

1.4.2 Mengenal pasti faktor-faktor penerimaan program-program pembangunan

sahsiah di penjara.

1.4.3 Mengenalpasti cadangan penambahbaikkan terhadap program-program

pembangunan sahsiah di penjara.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah pandangan banduan terhadap program-program pembangunan

sahsiah di penjara?

Page 28: PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM … · bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara” Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia

9

1.5.2 Apakah faktor-faktor penerimaan program-program pembangunan sahsiah di

penjara?

1.5.3 Apakah cadangan terbaik untuk penambahbaikkan terhadap program-

program pembangunan sahsiah di penjara?