hutang (muamalat)

15
Hutang (qardh) Zafirah abdullah

Upload: zafirah-abdullah

Post on 13-Apr-2017

401 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hutang (Muamalat)

Hutang (qardh)Zafirah abdullah

Page 2: Hutang (Muamalat)

Takrif

Qardh dari segi Bahasa : Potong (Memotong hak pemilik terhadap barangan tersebut) Suatu barangan yang diberikan kepada seseorang sebagai hutang

Qardh dari istilah Fuqahak: Hutang ialah memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan

syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan. Kesahihan menurut Syarak

Firman Allah : “Siapakah yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik

(yang ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya?” (Al-Baqarah : 245)

Page 3: Hutang (Muamalat)

Hikmah

Wujudkan suasana tolong-menolong untuk tujuan kebaikan dan ketakwaan sesama Umat Islam

Mantapkan lagi persaudaraan sesama Umat Islam dengan cara mengajak mereka supaya menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa kesusahan / kesengsaraan

Mengajak mereka supaya berusaha menyelesaikan masalah secara bekerjasama.

Menghalang manusia mengambil kesempatan daripada kesusahan dan hajat orang lain (Hutang Riba/Penindasan)

Page 4: Hutang (Muamalat)

Hukum memberi Hutang

HARAM Jika pemiutang mengetahui hutang tersebut akan digunakan untuk

tujuan yang diharamkan seperti minum arak, judi & sebagainya. Makruh

….hutang tersebut akan digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat atau untuk menunjuk-nunjuk.

Penghutang tahu dia tidak mampu membayar semula hutang tersebut Wajib

Jika pemiutang mengetahui orang yang berhutang amat memerlukan hutang tersebut untuk menampung hidupnya dan keluarganya

Dan tiada cara lain untuk dia memperolehinya kecuali dengan cara berhutang

Page 5: Hutang (Muamalat)

Rukun Hutang Rukun Pertama : Sighah Kontrak Hutang

Sighah adalah penawaran dan persetujuan pihak yang terbabit (ijab dan qabul)

Contoh : “Saya hutangkan” Penghutang pula berkata “Saya terima barang ini dan saya akan

gantikannya” Hutang itu perlu mengandungi sighah kerana penawaran daripada

pemiutang dan persetujuan daripada penghutang menjadi bukti kerelaan kedua-dua pihak

Rukun Kedua: Pihak yang terbabit dengan kontrak iaitu pemiutang dan penghutang

1. Waraso Baligh & berkelayakan melaksanakan perintah agama dan menggunakan hartao Tidak sah hutang yang membabitkan kanak-kanak/ orang gila/ orang yang

dihalang daripada bertindak terhadap hartanya kerana mereka ini tidak dibenarkan menggunakan harta (bangkrupt)

Page 6: Hutang (Muamalat)

2) Pilihan sendirio TIDAK SAH jika hutang tersebut membabitkan orang yang dipaksa kerana

paksaan menafikan kerelaan.3) Pemiutang layak menyerahkan hutang

o TIDAK SAH seorang penjaga yang mahu berhutang daripada harta orang yang berada di bawah jagaannya tanpa sebab yang perlu atau mendesak.

Rukun ketiga : Subjek Hutang iaitu Harta yang diberikan sebagai hutang

o Semua barangan yang boleh dimiliki secara jual beli boleh dijadikan hutango Barangan tersebut juga mestilah sah untuk dilakukan jual beli secara Jual Beli

Salam.o Sah memberi hutang dalam bentuk (dirham, dinar, gandum, barli,telur, daging –

barangan mithli)o Demikian juga hutang dalam bentuk haiwan/ harta tak boleh alih & sebagainya –

Barangan Qiymi)

al-Mithli (المثلي). Mithli bermaksud sama. Menurut al-Rafi’i, iaitu setiap harta yang boleh disukat atau ditimbang, serta boleh dilakukan kontrak al-salam (bayar dahulu dapat kemudian). Bagi sarjana lain pula, mithli ialah harta yang boleh dibilang atau dikira

secara objektif, dan tidak berbeza rupa bentuknya dengan yang lain. Contohnya telur, kereta baru, komputer baru, gandum, gula, garam, ayam, itik, kerbau dan lembu.

Bahkan sarjana turut memasukkan duit juga dalam harta mithli kerana duit boleh diganti dengan yang lain yang seumpamanya.

2. al-Qimi (القيمي). Qimi pula ialah harta yang selain daripada jenis mithli, iaitu harta yang

sukar ganti dengan seumpamanya tetapi boleh dinilai dengan nilaian yang subjektif.

Contohnya rumah, bangunan, kilang, kereta terpakai, buku terpakai dan seumpamanya.

Page 7: Hutang (Muamalat)

Rukun ketiga : Subjek Hutang iaitu Harta yang diberikan sebagai hutango Bagi barangan qiymi yang tidak boleh dinyatakan spesifikasinya, dan barangan qiymi

yang tidak boleh dihutangkan (Barangan Qiymi yang tidak sah dijual beli secara jual beli salam),

o ia tidak dibenarkan kerana barangan yang tidak dapat dinyatakan spesifikasinya tidak dapat/ sukar untuk diganti.

o Harta yang boleh dinyatakan spesifikasinya dikatogerikan sama seperti harta mithli, dengan itu, harta ini boleh diberikan sebagai hutang.

Syarat Hutang1) Kadar hutang diketahui ketika hutang dibuat

o Sama ada dalam bentuk sukatan/ timbangan / bilangan/ ukurano Supaya barangan boleh dipulangkan seumpama dengannyao Jika pemiutang memberikan wang dirham tanpa diketahui jumlahnya atau makanan tanpa

diketahui sukatan/timbangan, maka hutang tersebut TIDAK SAH

2) Hutang tersebut mestilah satu jenis dan tidak bercampur dengan jenis laino Kerana sukar untuk memulangkan barangan yang seumpama dengannyao Contoh : Memberi hutang gandum yang dicampur dengan barli / susu yang dicampur

dengan air.

Page 8: Hutang (Muamalat)

Implikasi HutangPendapat pertama Apabila hutang dibenarkan, hak milik barangan tersebut akan

berpindah daripada pemiutang kepada penghutang.

Penghutang perlu memulangkan semua barangan yang seumpama dengannya apabila diminta oleh pemiutang

Penghutang memperolehi hak milik barangan yang dihutang ketika penerimaan Ini bermakna hak miliknya telah disahkan sebelum penggunaan tersebut

Pemiutang tidak berhak menarik balik hutang tersebut kecuali dengan persetujuan penghutang Walau bagaimanapun, dia berhak meminta bayaran semula hutang yang

seumpama dengannya kerana bayaran semula ini wajib mengikut kontrak hutang.

Page 9: Hutang (Muamalat)

Implikasi Hutang Pendapat yang paling sahih : Pemiutang berhak menarik balik hutang tersebut

jika barangan tersebut masih kekal seperti sedia kala dan tidak membabitkan hak orang lain.

Penghutang wajib memulangkan semula barangan tersebut jika diminta oleh pemiutang.

Jika barangan tersebut masih wujud tetapi keadaannya telah berubah, (Contoh: Kambing yang sudah disembelih/ gandum yang sudah dikisar)/ ia telah membabitkan hak orang lain (contoh : gadaian oleh penghutang), pemiutang tidak berhak meminta semula hutang asal tadi.

Jika penghutang hanya menyewakan barangan tersebut kepada orang lain, pemiutang masih berhak memintanya semula.

Pemiutang juga berhak meminta semula hutang walaupun wujud penambahan yang dilakukan pada barangan sama ada penambahan tersebut bercantum / berasingan.

Benda yang bercantum perlu mengikut asalnya Bagi yang berasingan pula, sudah tentu tidak menghalang barangan asalnya

dipulangkan. Walau bagaimanapun, penghutang memegang hak milik tambahan yang wujud

kerana pertambahan ini berlaku ketika barangan tersebut dalam hak miliknya.

Page 10: Hutang (Muamalat)

Implikasi HutangPendapat Keduao Penghutang tidak mempunyai hak milik ke atas hutang kecuali

barangan tersebut digunakan dengan cara yang menunjukkan berlaku peralihan hak milik.o Contohnya, barangan tersebut dihadiahkan atau dijual beli atau dirosakkan

atau digunakano Pemiutang masih berhak meminta semula barangan tersebut sebelum itu

(digunakan) dan penghutang juga berhak memulangkannya.

Perbezaan kedua pendapat dalam (perbelanjaan hutang / pengeluaran hasil)o Pendapat pertama : Penghutang perlu mengeluarkan perbelanjaan dan dia

berhak memperolehi sebarang hasil sebaik sahaja menerimanya. Walaupun dia masih belum menggunakannya.

o Pendapat kedua: Perbelanjaan tersebut akan ditanggung oleh pemiutang. Segala hasil yang diperolehi sebelum digunakan oleh penghutang adalah haknya.

Page 11: Hutang (Muamalat)

Bayaran Hutang Pembayaran hutang perlu menggunakan barangan yang sama

dengannya jika ada. Jika tidak, ia wajib dibayar dengan barangan yang sama nilainya. Jika hutang tersebut adalah hutang qiymi

Pembayaran perlu menggunakan dengan barangan yang sama Contoh: Penghutang berhutang seekor kambing, dia perlu membayar semula

seekor kambing yang sama sifatnya. Pendapat lain: Hutang bagi barangan qiymi perlu dibayar menggunakan

barangan yang sama nilainya. Alasannya, Barangan Mithli perlu dibayar dengan barangan yang sama dengannya

jika ada, dan jika tiada, ia perlu dibayar dengan barangan yang sama nilainya. Pembayaran balik mesti berdasarkan nilai pada masa penerimaan (pertukaran hak

milik). Jika pemiutang dan penghutang tidak sependapat dalam menentukan nilai

sebenar / ciri-ciri barangan yang sama dengannya, pengakuan yang diterima adalah pengakuan penghutang yang perlu disertakan dengan sumpah.

Page 12: Hutang (Muamalat)

Bilakah hutang dituntuto Pemiutang berhak menuntut penghutang membayar semula

hutang pada bila-bila masa selepas penghutang menerima barangan tersebut.

o Hukum Hutang: Penghutang diwajibkan memulangkan semula hutang pada ketika pemiutang menuntutnya semula.

o Kontrak ini tidak boleh membabitkan bayaran tambahan dan dengan itu, tidak boleh membabitkan tempoh tertentu.

Syarat Hutang1) Syarat yang boleh membatalkan kontrak hutang

o Semua syarat yang tiada kene mengena dengan kontrak dan memberi keuntungan kepada pemiutang.

o Contohnya, pemiutang memberikan hutang dengan syarat terdapat bayaran tambahan / dengan syarat penghutang menjualkan kepadanya rumahnya.

o Hadis Rasulullah S.A.W “Semua hutang yang membawa keuntungan adalah Riba”o Tujuan hutang: Memberikan dengan rasa belas ihsan dan keinginan untuk membantu

penghutang.

Page 13: Hutang (Muamalat)

Syarat HutangKeuntungan yang tidak Disyaratkan

o Apakah hukum penghutang membayar hutang lebih daripada hutang asal / penghutang memberikan hadiah sebagai tambahan tanpa sebarang syarat diletakkan oleh pemiutang?

o Jika manfaat tersebut diberikan sebelum hutang dibayar sepenuhnya, adalah lebih baik jika ia ditolak.

o Kecuali amalan bertukar-tukar manfaat tersebut telah menjadi kebiasaan kedua-dua pihak sebelum kontrak hutang dilakukan.

o Hukum makruh ini akan dikecualikan jika pemiutang turut memberi hadiah kepada penghutang sebagai membalas (mengimbangi) manfaat yang diberikan oleh penghutang.

o Jika manfaat tersebut diberikan selepas hutang dibayar, tindakan ini tidak salah dan pemiutang tidak dimakruhkan untuk mengambilnya kerana hutang telah selesai dibayar.

o Penghutang digalakkan berbuat demikian kerana mencontohi perbuatan dan juga perintah Rasulullah S.A.W yang menyuruh umat Islam membayar hutang mereka dengan cara yang baik.

o Perkara memberi manfaat (sebelum/selepas hutang dibayar) hanya dibenarkan jika ia tidak menjadi amalan (uruf) orang ramai kerana amalan ini boleh diibaratkan seperti syarat.

Page 14: Hutang (Muamalat)

Syarat Hutang2) Syarat yang tidak diterima paaki dan tidak membatalkan kontrak hutang

o Syarat-syarat yang tiada kene mengena dengan kontrak dan tidak membawa sembarang manfaat kepada kedua-dua pihak atau hanya memberi manfaat kepada penghutang.

o Contoh : Meletakkan syarat supaya penghutang memulangkan barangan yang cacat sebagai ganti kepada barangan yang sempurna / barangan yang tidak elok kepada barangan yang elok

Syarat Tempoh Tertentuo Jika terdapat tempoh tertentu yang dijadikan sebagai syarat dalam kontrak,

pemiutang tidak perlu memenuhi syarat tersebut dan ia dianggap sebagai syarat yang tidak diterima pakai.

o Namun adakah syarat ini memberi kesan kepada kontrak tersebut?o Jika tempoh yang ditetapkan adalah untuk manfaat pemiutang, (contoh: waktu tersebut

adalah musim rompakan dan pemiutang meletakkan tempoh tersebut keadaan telah aman). Syarat ini dikira membatalkan kontrak kerana syarat ini memberikan manfaat tambahan kepada pemiutang.

o Jika syarat yang ditetapkan bukan untuk manfaat pemiutang, syarat tersebut tidak membatalkan kontrak dan tempoh tersebut tidak berkuatkuasa. Tetapi digalakkan supaya tempoh tersebut dipenuhi kerana ia adalah janji yang membawa kepada kebaikan.

Page 15: Hutang (Muamalat)

Syarat Hutang3) Syarat yang perlu dilaksanakan

o Sebarang syarat yang ditetapkan bertujuan mengukuhkan lagi kontrak tersebut dan mengesahkan hak pihak yang terbabit.

o Contohnya: Syarat yang memetapkan perlu disertakan gadaian atau penjamin/saksi bagi kontrak tersebut

o Kontrak tersebut mesti disokong oleh hakim/wujud catatan bagi hutang tersebut.