huraian methodologi penulisan sirah dr muhammad said ramadhan a1

6
Huraian Methodologi Penulisan Sirah Dr Muhammad Said Ramadhan al-Buti Sumber utama penulisannya adalah al Quran. Ianya merupakan sumber utama untuk memahami garis-garis kasar penghidupan Muhammad RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Pendedahan sejarah hidup RasuluLlah dalam al-Qur’an melalui salah satu aliran dengan memaparkan beberapa bahagian dati penghidupan baginda, seperti ayat-ayat yang diturunkan mengenainya. Kitab Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (Hadith hadith) merupakan sumber kedua penulisan sirah selepas al Quran. Sumber yang kedua ini lebih luas dan terperinci serta menerangkan tentang ayat al Quran yang terlalu umum. Kitab-kitab Sejarah Rasullullah pula merupakan sumber ketiga penulisan sirah Rasullullah. Terdapat beberapa orang cuba mencatit riwayat hidup RasuluLlah seperti ‘Urwah Ibnu Al Zubair (wafat, 92H), Abari bin ‘Othnan (wafat, 105H), Wahb in Manbah (wafat, I1OH),Syarhabil bin Sa’d (wafat. 123H) dan Ibnu Syihab Al Zubri (wafat, 124H). Dr Muhammad Said Ramadhan al- Buti menggunakan sistem kajian ilmiah dalam penulisan. Beliau memaparkan kajian sirah disertakan dengan peristiwa-peristiwa sejarahnya.Kemudian disusuli pula dengan analisis dan pengajaran. Antara aspek yang diberi penekanan dalam penulisannya adalah peristiwa yang diceritakan adalah ringkas serta mengemukakan iktibar dan pengajaran yang tersirat di sebalik peristiwa. Selain itu,

Upload: hafizah-saruji

Post on 24-Apr-2015

74 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Huraian Methodologi Penulisan Sirah Dr Muhammad Said Ramadhan a1

Huraian Methodologi Penulisan Sirah Dr Muhammad Said Ramadhan al-Buti

Sumber utama penulisannya adalah al Quran. Ianya merupakan sumber

utama untuk memahami garis-garis kasar penghidupan Muhammad RasuluLlah

SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Pendedahan sejarah hidup RasuluLlah dalam al-Qur’an

melalui salah satu aliran dengan memaparkan beberapa bahagian dati penghidupan

baginda, seperti ayat-ayat yang diturunkan mengenainya.

Kitab Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (Hadith hadith) merupakan sumber kedua

penulisan sirah selepas al Quran. Sumber yang kedua ini lebih luas dan terperinci

serta menerangkan tentang ayat al Quran yang terlalu umum. Kitab-kitab Sejarah

Rasullullah pula merupakan sumber ketiga penulisan sirah Rasullullah. Terdapat

beberapa orang cuba mencatit riwayat hidup RasuluLlah seperti ‘Urwah Ibnu Al

Zubair (wafat, 92H), Abari bin ‘Othnan (wafat, 105H), Wahb in Manbah (wafat,

I1OH),Syarhabil bin Sa’d (wafat. 123H) dan Ibnu Syihab Al Zubri (wafat, 124H).

Dr Muhammad Said Ramadhan al- Buti menggunakan sistem kajian ilmiah

dalam penulisan. Beliau memaparkan kajian sirah disertakan dengan peristiwa-

peristiwa sejarahnya.Kemudian disusuli pula dengan analisis dan pengajaran.

Antara aspek yang diberi penekanan dalam penulisannya adalah peristiwa yang

diceritakan adalah ringkas serta mengemukakan iktibar dan pengajaran yang

tersirat di sebalik peristiwa. Selain itu, pengajaran yang digunakan hendaklah

meliputi skop yang luas dan menafikan orientalis yang mengatakan nabi itu cerdik.

Unsur-unsur seperti suri teladan yang menceritakan akhlak

pergaulan,muamalat dan tanggungjawab nabi s.a.w. sering dititikberatkan.

Penghuraian tentang beberapa peristiwa seperti perang badar dan hukum hakam

mestilah dikaitkan dengan penghuraian al Quran. Di samping itu, unsur

penggabungjalinan seperti kepentingan da’wah dalam kehidupan turut ditekankan.

Page 2: Huraian Methodologi Penulisan Sirah Dr Muhammad Said Ramadhan a1

Huraian Methodologi Penulisan Sirah Dr Mustafa As Siba’ie

Al-Quran merupakan sumber rujukan asas Sirah Nabi s.a.w. Al-Quran turut

membicarakan tentang keperitan dan sikap degil yang dihadapi oleh Baginda s.a.w.

di jalan dakwah. Sunnah Nabi s.a.w. yang sahih juga diterangkan dalam kitab

karangan para imam hadis yang diakui kejujuran mereka. Antara Kitab-kitab yang

masyhur adalah Kitab Sunan Sittah (enam buah kitab hadis): Sunnah Nabi s.a.w.

yang sahih terkandung dalam kitab karangan para imam hadis yang diakui kejujuran

mereka lagi dipercayai di dunia Islam. Kitab-kitab itu ialah Kitab Sunan Sittah (enam

buah kitab hadis): Iaitu kitab Sahih Bukhari, Sahih Muslim.

Selain itu, sirah nabi Muhammad S.A.W juga boleh dipelajari daripada syair

arab pada zaman kerasulan. Hal ini adalah kerana orang arab musyrik ketika itu

sangat gemar untuk bersyair bagi meluahkan pendapat masing-masing. Kitab-kitab

sirah seperti Sirah Ibnu Hisyam, Tabaqat Ibnu Saad dan Syamail Muhammadiah

Imam Tirmidzi turut menjadi salah satu rujukan yang sahih.

Berbeza dengan Dr Mohamad Said, Dr Mustafa As Siba’ie lebih menekankan

unsur keistimewaan yang terdapat dalam sirah nabi sebagai metodologi penulisan

sirahnya. Hal ini disebabkan beliau telah mengenalpasti beberapa keistimewaan

sirah rasullullah yang tidak terdapat pada rasul-rasul yang lain. Pertama, sirah yang

menceritakan sejarah nabi utusan Allah ataupun sejarah keagungan seorang tokoh

islah yang paling sahih. Kedua, Kehidupan Rasulullah s.a.w. pada setiap peringkat

hidupnya yang diceritakan daripada sumber-sumber di atas dari lahir sehingga wafat

dengan jelas.

Sirah Rasulullah s.a.w. juga menceritakan perjalanan hidup seorang manusia

yang dimuliakan Allah dengan risalah-Nya yakni al Quran. Selain itu, sirah

Rasulullah s.a.w. turut meliputi setiap sudut kemanusiaan yang dimiiiki manusia. Ia

menceritakan kepada kita perjalanan hidup Muhammad s.a.w. selaku pemuda yang

amanah dan berakhlak mulia, iaitu sebelum Allah memuliakan Baginda dengan

risalah-Nya.

Page 3: Huraian Methodologi Penulisan Sirah Dr Muhammad Said Ramadhan a1

Pandangan sejarawan Islam terhadap penulisan sirah

Said Ramadan al-Buti

Penulisan sirah adalah penulisan yang mengkaji riwayat hidup Rasulullah dan menganalisis tentang kejadian-kejadian yang bersejarah yang memaparkan cerita-cerita yang bermakna sahaja. “menerusi sirah nabawiyah manusia akan mendapati sesuatu yang boleh membantu memahami kitabullah Azza wa Jalla” (Mukaddimah Feqh al-Sirah al-Nabawiyah)

Sofiyuddin al-Mubarakfuri

Sirah Nabawiyah itu sendiri merupakan risalah yang dibawa oleh nabi SAW yang telah berjaya mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya. Sirah Nabawiyah pada hakikatnya adalah ibarat satu risalah yang dibawa oleh nabi SAW untuk seluruh manusia sama ada perkataan, perbuatan dan keperibadian. Dengannya kehidupan telah berubah, kebaikan telah mengambil tempat kejahatan. Ia juga mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya dan daripada penyembahan sesama manusia kepada Ibadatullah, sehingga mencipta sejarah dan mengubah alam kehidupan manusia. (Mukaddimah al-Rahiq al-Makhtum)

Dr. Mustafa As-Syibaie

Sirah yang menceritakan sejarah nabi utusan Allah ataupun sejarah keagungan seorang tokoh Islam yang paling sahih. Sirah Rasulullah S.A.W diterima melalui susur galur ilmiah yang paling tepat dan paling pasti. Sirah menceritakan mengenai perjalanan hidup Rasulullah sebagai seorang suami dan bapa yang mempamerkan sikap belas kasihan, hubungan yang baik serta memberi perbezaan jelas antara yang hak dan mana kewajiban untuk suami, isteri dan anak-anak.

Pandangan sejarawan Barat terhadap penulisan sirah

Mahatma Gandhi

Beliau lebih dari yakin bahawa bukan pedanglah yang memberikan kebesaran pada Islam pada masanya. Tapi ia datang dari kesederhanaan, kebersahajaan, keberhati-hatian Muhammad; serta pengabdian luar biasa kepada teman dan pengikutnya, tekadnya, keberaniannya, serta keyakinannya pada Tuhan dan tugasnya. Semua ini (dan bukan pedang ) menyingkirkan segala halangan. Ketika saya menutup halaman terakhir volume 2 (biografi Muhammad), saya sedih kerana tiada lagi cerita yang tersisa dari hidupnya yang agung.”

Page 4: Huraian Methodologi Penulisan Sirah Dr Muhammad Said Ramadhan a1

Sir George Bernard Shaw

Beliau berpendapat bahawa agama Islam adalah agama yang berpeluang menguasai Inggeris bahkan Eropah. Beliau sentiasa menghormati agama Muhammad kerana potensi yang dimilikinya. Ini adalah satu-satunya agama yang bagi saya memiliki kemampuan menyatukan dan mengubah peradaban. Beliau sudah mempelajari Muhammad yang mempunyai peribadi agung yang jauh dari kesan seorang anti-kristian, dia harus dipanggil ’sang penyelamat kemanusiaan’ Beliau meyakini orang seperti Muhammad memegang kekuasaan tunggal di dunia moden ini, dia akan berhasil mengatasi segala permasalahan sedemikian hingga membawa kedamaian dan kebahagiaan yang diperlukan dunia.

Thomas Carlyle

Beliau menganggap nabi Muhammad sebagai yang dapat mengubah suku-suku yang saling berperang dan kaum nomad menjadi sebuah bangsa yang paling maju dan paling bertamadun yakni hanya dalam waktu kurang dari dua dekad. Penipuan yang dipropagandakan kaum Barat yang diselimutkan kepada orang ini (Muhammad) hanyalah memalukan orang barat sendiri. Jiwa besar dan tenang akan menerangi dunia.