sirah rasulullah s.a.w

32
Dalam QS Ali Imran (3) ayat 195 Allah Berfirman: رن كف وا لأ ل ت قا و و ل ت ا وق ي ل ي سب ي ف وا وذ م وا ه ار ذت ن م وا& ج ر خ روا وا& خ ها ن ي الذ ق ض ع& ب ن م م ك ض ع& ب ي3 ث ن و ا ر ا ك ذ ن م م ك ي م ل م ل عا م ع ع ي ض لأ ا ي ن م ا ب;pma& ه م ر ه ل& ;pma& اب جG ت س ا ق& وابJ ث ل ا ن س ح ذه ي علهه والل ذ ال ي ع ن م ا& واتJ ث هار ب الأ ها حت ت ن م ;pma&ري ج ت اب ت& ح م ه لت خ ذ م ولأ ه ب ا ي سب م ه عتArtinya: “Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman), “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik.”” Dalam ayat ini, Allah ta’ala memberitakan pengabulan do’a Rasulullah kepadaNya. Bahwa Allah akhirnya mengijinkan Rasulullah SAW untuk Keluar meninggalkan negri yang kafir setelah beliau dan para sahabat diusir dari negri tersebut. Pengusiran orang kafir terhadap Rasulullah dan para sahabat itu terjadi, karena Para Rasulullah dan para sahabat tidak setuju terhadap: dasar (ideology) negara, Hukum, budaya, dan lain lain yang dianut dan dikembangkan negara kafir yang menurut penilaian Rasulullah SAW adalah JAHILIYYAH. Kata Hijrah dalam ayat ini mengandung pengertianMeninggalkan Negeri Kafir secara teritorial karena ketidak setujuan / membenci dan memusuhi negri tersebut. HIJRAH NABI MUHAMMAD S.A.W KE MADINAH: FAKTOR DAN KEPENTINGANNYA TERHADAP PENYEBARAN ISLAM Oleh: Hatika Binti Megat Jamil Nor Asyikin Binti Saman Nor Hashimah Binti Wasiuddin Norhidayah Binti Zulkefli ACS1112A Disemak oleh: Muhammad Yusri bin Yusof PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat taufik dan hidayahNya, kerja kursus CTU151 bertajuk “ Hijrah Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah: Faktor dan kepentingannya terhadap penyebaran Islam ” berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam kesempatan ini, kami ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga

Upload: yushaidy-mohamad-yunus

Post on 22-Dec-2015

95 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sirah nabi muhammad

TRANSCRIPT

Page 1: Sirah Rasulullah s.a.w

Dalam QS Ali Imran (3) ayat 195 Allah Berfirman:

وأخرجوا هاجروا فالذين بعض من بعضكم أنثى أو ذكر من منكم عامل عمل أضيع ال أني ربهم لهم فاستجاب

تحتها من تجري جنات وألدخلنهم سيئاتهم عنهم ألكفرن وقتلوا وقاتلوا سبيلي في وأوذوا ديارهم من

الثواب حسن عنده والله الله عند من ثوابا األنهار

Artinya: “Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman), “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik.””

Dalam ayat ini, Allah ta’ala memberitakan pengabulan do’a Rasulullah kepadaNya. Bahwa Allah akhirnya mengijinkan Rasulullah SAW untuk Keluar meninggalkan negri yang kafir setelah beliau dan para sahabat diusir dari negri tersebut. Pengusiran orang kafir terhadap Rasulullah dan para sahabat itu terjadi, karena Para Rasulullah dan para sahabat tidak setuju terhadap: dasar (ideology) negara, Hukum, budaya, dan lain lain yang dianut dan dikembangkan negara kafir yang menurut penilaian Rasulullah SAW adalah JAHILIYYAH.

Kata Hijrah dalam ayat ini mengandung pengertianMeninggalkan Negeri Kafir secara teritorial karena ketidak setujuan / membenci dan memusuhi negri tersebut.

HIJRAH NABI MUHAMMAD S.A.W KE MADINAH: FAKTOR DAN KEPENTINGANNYA TERHADAP

PENYEBARAN ISLAM

Oleh:

Hatika Binti Megat Jamil

Nor Asyikin Binti Saman

Nor Hashimah Binti Wasiuddin

Norhidayah Binti Zulkefli

ACS1112A

Disemak oleh:

Muhammad Yusri bin Yusof

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat taufik dan hidayahNya, kerja kursus

CTU151 bertajuk “ Hijrah Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah: Faktor dan kepentingannya terhadap

penyebaran Islam ” berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Dalam kesempatan ini, kami ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang

banyak membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga kerja kursus ini

berjaya disiapkan. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Muhammad Yusri bin Yusof @

Salleh yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami.

Page 2: Sirah Rasulullah s.a.w

PENDAHULUAN

Hijrah merupakan perkara sunat yang disarankan oleh Allah S.W.T kepada seluruh ummat Islam.

Hijrah ialah perkataan Arab yang bermakna berpindah. Pada umumnya, perpindahan berlaku dari

satu tempat ke satu tempat yang lain. Namun, dalam konteks tamadun Islam, hijrah bermaksud

perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah dalam usaha untuk memperkukuhkan

kedudukan Islam serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam.

Peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12

September tahun 622 M. Penghijrahan ini dilakukan secara rahsia dan berperingkat-peringkat. Nabi

Muhammad S.A.W berhijrah bersama-sama sahabatnya, Abu Bakar Al-Siddiq, selepas penghijrahan

orang Islam yang lain. Perjalanan baginda dan Abu Bakar Al-Siddiq ke Madinah memakan masa

selama lebih kurang 12 hari. Walaubagaimanapun, Umar Bin Al-Khattab telah berhijrah secara

sendirian dan terang-terangan kerana sifat keberaniannya.

1.0 DEFINISI HIJRAH

1.1 BAHASA

Hijrah pada bahasa bermaksud perpindahan atau perubahan daripada satu keadaaan kepada

keadaan yang lebih baik ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).

1.2 ISTILAH

Hijrah pada istilah ialah perpindahan Rasulullah S.A.W dan orang-orang Islam dari Makkah ke

Madinah untuk menyebarkan Islam ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).

1.3 KONSEP

Penghijrahan juga mempunyai pengertian yang lebih luas dan mendalam, iaitu perjuangan untuk

menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan. Hijrah juga boleh

dilambangkan dengan semangat ingin berubah dan perubahan ini boleh berlaku dalam pelbagai

keadaan seperti perubahan dari segi sikap, cara berfikir dan tingkah laku ( Muhd Bukhari Lubis,

1981 ).

Orientalis Barat mentafsirkan hijrah secara negatif, iaitu sebagai suatu pelarian. Pendapat

orientalis Barat ini boleh disangkal kerana konsep hijrah dalam Islam berbeza daripada konsep

hijrah Barat dengan menggunakan empat hujah. Yang pertama, penghijrahan orang Islam Makkah

ke Madinah adalah kerana jemputan orang Arab Madinah seperti yang tercatat dalam Perjanjian

Aqabah Kedua. Yang kedua, ketibaan orang Islam Makkah ke Madinah juga telah disambut dengan

rela dan meriahnya oleh orang Madinah. Yang ketiga, orang Islam Makkah diberikan tempat tinggal

yang sewajarnya selain dijamin tentang keselamatan mereka oleh orang Arab Madinah. Akhirnya,

Nabi Muhammad S.A.W pula telah dilantik sebagai pemimpin Madinah dan baginda diterima oleh

kesemua golongan masyarakat Madianah termasuk orang bukan Islam ( Muhd Bukhari Lubis,

1981 ).

Penghijrahan yang berlaku pada hari ini sangat berbeza daripada penghijrahan orang Islam

Makkah ke Madinah. Misalnya, pada hari ini, penghijrahan sesuatu kelompok manusia adalah

akibat peperangan, dan mereka ini dianggap pelarian. Kehadiran pelarian ini di sesebuah negara

Page 3: Sirah Rasulullah s.a.w

adalah tidak diundang, malah mereka akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing ( Muhd

Bukhari Lubis, 1981 ).

2.0 PERISTIWA HIJRAH

2.1 SEBELUM HIJRAH

Tentangan terhadap Islam semakin hebat dan pelbagai usaha dari pihak Quraisy untuk menyekat

dakwah Islam ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ). Musyrikin Makkah telah

melakukan pelbagai usaha menghalang dakwah Rasulullah S.A.W antaranya, tawaran untuk

bergilir-gilir melaksanakan agama masing-masing, menawarkan pangkat, harta dan wanita kepada

Rasulullah S.A.W, mengenakan sekatan ekonomi terhadap orang Islam, Bani Hasyim dan Bani

Abdul Mutalib selama 3 tahun. Selain itu, mereka juga telah melakuka penyeksaan terhadap orang

Islam dan membuat perancangan untuk membunuh Nabi ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam

Kamil, 2006 ).

Pada tahun 620 Masihi, beberapa orang Madinah telah datang bertemu dengan Rasulullah S.A.W

secara sulit. Pertemuan itu telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Aqabah Pertama.

Perjanjian ini dibuat pada tahun 621 Masihi bersamaan tahun ke sebelas kerasulan Nabi. Antara isi

kandungan perjanjian ini ialah tidak mensyirikkan Allah S.W.T, tidak membunuh anak, tidak

membuat fitnah atau khianat, tidak mencuri, tidak berzina, serta tidak menderhaka kepada

Rasulullah S.A.W ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).

Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 622 Masihi bersamaan tahun ke tiga belas kerasulan,

termeterai Perjanjian Aqabah Kedua yang dibuat antara Rasulullah S.A.W dengan 37 orang lelaki

dan 2 orang perempuan Madinah. Antara isi kandungan perjanjian tersebut, mereka haruslah

menerima Rasulullah S.A.W sebagai pemimpin dan berjanji mempertahankan Rasulullah.

Kemudian, mereka juga berjanji untuk berjuang mempertahankan Islam dan membantu Rasulullah

S.A.W serta orang Islam yang lain ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).

2.2 SEMASA HIJRAH

Sehari sebelum hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah, musyrikin Makkah telah berbincang bagi

menghalang Nabi daripada berhijrah. Mereka telah bersetuju untuk membunuh Nabi S.A.W semasa

baginda sedang tidur ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).

Pada malam penghijrahan, pemuda musyrikin Quraisy telah mengepung rumah Nabi untuk

membunuh baginda tetapi Allah telah menurunkan wahyu bagi memberitahu Nabi tentang

rancangan kafir Quraisy tersebut dan memerintahkan baginda agar berhijrah ke Madinah.

Manakala, Saidina Ali telah diperintahkan oleh Nabi agar tidur di atas katil baginda dan Nabi telah

berjaya keluar dari rumahnya lalu menuju ke rumah Abu Bakar untuk mengajaknya berhijrah

( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).

Kemudian, Nabi bersama Abu Bakar keluar dari Makkah menuju ke Gua Thur dan bersembunyi di

sana. Setelah 3 hari 2 malam di dalam Gua Thur, baginda meneruskan perjalanan ke Madinah

dengan dibantu oleh Abdullah Bin Arqit. Setelah itu, baginda berhenti di Quba' selama 4 hari dan

membina masjid pertama dalam Islam yang dikenali sebagai Masjid Quba' ( Zulkarnain Yunus dan

Mohd. Salam Kamil, 2006 ). Pada 2 Rabiulawal tahun ke 13 kerasulan ( 2 Julai 622 Masihi ),

Rasulullah S.A.W bersama Abu Bakar telah selamat sampai di Madinah. Mereka berdua disambut

dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Madinah ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil,

2006 ).

Page 4: Sirah Rasulullah s.a.w

2.3 SELEPAS HIJRAH

Hijrah telah mempersaudarakan antara golongan Ansar dan Muhajirin. Hijrah juga telah menjurus

kepada pembinaan masjid sebagai tempat ibadah dan lambang perpaduan umat Islam. Selain itu

juga, beberapa perjanjian telah termeterai bersama golongan Yahudi di Madinah ( Naeem Siddiqi,

1985 ).

3.0 SEJARAH HIJRAH

3.1 HIJRAH PERTAMA: HABSHAH

Pada permulaannya, penghijrahan umat islam yang pertama ialah menuju ke negeri Habsyah.

Rombongan ini terdiri daripada sepuluh orang lelaki dan empat orang wanita kemudian disusuli

oleh rombongn berikutnya sehingga mencapai seratus orang, diantaranya ialah Usman bin Affan

beserta isteri beliau Ruqayyah,Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ja’far bin Abu Talib dan

lain-lain. Penghijrahan ini berlaku pada tahun kelima kenabian tahun 615 Masihi. Setibanya di

negeri Habsyah, mereka mendapat sambutan, penerimaan dan perlindungan yang baik dari

rajanya. Ketika itu nabi tidak ikut ke Habsyah. Beliau tetap tinggal di Makkah. Orang Quraisy telah

mengutus Amr bin Ash dan Abdullah bin Abi Rabi’ah ke Habsyah supaya meminta Raja Habsyah

menolak kedatangan kaum muslimim tetapi baginda bersikap bijaksana kerana baginda tidak

hanya menerima keterangan dari sebelah pihak sahaja akhirnya permohonan kaum muslimin

untuk tinggal di Habsyah diperkenankan oleh raja dan tuntutan Quraisy ditolak ( Faisal Ismail, 1984

).

3.2 HIJRAH KEDUA: TAIF

Seterusnya, baginda berhijrah ke Taif untuk mendapat dorongan dan sokongan dari Khabilah

Tsaqif terhadap musuh-musuh islam Makkah. Beliau menggunakan tutur kata yang baik dan sikap

yang penuh dengan hormat dan bijak ketika menemui pemuda-pemuda Kabilah Tsaqif dan

mengajak mereka untuk mentauhidkan Allah dan memeluk agama Islam. Namun begitu ajakan

baginda tidak dihiraukan oleh pemuda-pamuda tersebut malah mereka menolaknya dengan kasar.

Baginda diusir, diejek, dicemuh dan dilempari dengan batu. Baginda tabah menghadapi segala

cubaan yang ditimpakan kepadanya. Baginda terpaksa kembali ke Makkah dan terus menuju ke

Baitullah lalu beliau Tawaf dan sujud berdoa semoga Allah mengampuni kaumnya ( Faisal Ismail

et.all, 1984 ).

3.3 HIJRAH KETIGA: MADINAH

Penghijrahan yang terakhir baginda ke Madinah pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September

tahun 622 Masihi. Penghijrahan ini berlaku secara rahsia dan berperingkat-peringkat. Nabi

Muhammad S.A.W berhijrah bersama-sama sahabatnya, Abu Bakar Al-Siddiq ke Madinah dan telah

memakan masa selama lebih kurang 12 hari. Namun, Umar bin al-Khattab telah berhijrah secara

bersendirian dan terang-terangan kerana sifat keberaniannya ( Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul

Rahman et.all, 2006 ).

4.0 SEBAB DAN TUJUAN HIJRAH

Page 5: Sirah Rasulullah s.a.w

Dakwah Islamiah telah disebarkan di Makkah lebih kurang 13 tahun.Pelbagai rintangan telah

dihadapi oleh nabi Muhammad S.A.W dalam masa tersebut. Untuk meneruskan dakwah Islamiah,

nabi Muhammad S.A.W telah mangambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah.

Terdapat beberapa faktor berlakunya hijrah ke Madinah. Faktor utama penghijrahan Nabi

Muhammad s.a.w ke Madinah adalah disebabkan perintah Allah menerusi wahyu. Maka dalam

wahyu ini Allah telah menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh Nabi

Muhammad S.A.W dan Allah telah memerintahkan baginda agar segera berhijrah. Perintah ini yang

berasas ayat Al-Quran, iaitu surah Al-Anfal yang telah mempercepatkan penghijrahan Nabi

Muhammad S.A.W ke kota Madinah. Dengan perlindungan Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W dan

sahabatnya, Abu Bakar Al-Siddiq selamat sampai ke Madinah.

Hijrah bertujuan untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman daripada orang Arab Quraisy telah

menjejaskan aktiviti penyebaran Islam di Makkah. Walaubagaimanapun, penghijrahan itu bukan

bererti orang Islam kecewa dengan penentangan tersebut tetapi ini merupakan strategi Nabi

Muhammad S.A.W untuk mengembangkan Islam. Bagi baginda, suasana aman di tempat baru

akan memudahkan lagi penyampaian dakwah islamiah. Selain itu, hijrah juga membolehkan

sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan.

Hijrah Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah adalah disebabkan jemputan masyarakat Arab Madinah

yang sedang menghadapi pelbagai konflik.pada ketika itu suku Aus dan Kharaj di Madinah sering

bertelagah sesame sendiri dan ekonomi mereka pula dikuasai oleh golongan Yahudi. Oleh itu,

golongan Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad S.A.W

untuk mengetuai kepimpinan di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W juga diperlukan untuk

mendamaikan masyarakat Madinah yang sentiasa bermusuhan ( Muhd Yusof bin Ibrahim et.all,

2006 ).

5.0 KEPENTINGAN HIJRAH

Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada peningkatan tamadun masyarakat Arab pada

masa itu dan masyarakat Islam pada hari ini. Setelah berlaku hijrah ke Madinah, dakwah Islamiah

dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi, sedangkan di Makkah seruan

terhadap Islam sering terganggu

( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).

Hijrah juga telah dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku,

budaya dan agama. Perpaduan ini telah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah. Ini

sangat penting kerana dengannya masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi,

agama dan kegiatan lain untuk menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup. Tanpa

perpaduan, keharmonian hidup dalam sesebuah masyarakat atau negara tidak akan wujud.

Apabila keadaan ini berlaku, matlamat dan visi masyarakat atau negara berkenaan untuk

mencapai kemajuan dan kemakuran tentu akan gagal ( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).

Sempena hijrah, wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam. Takwim hijrah ini telah mula

digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin kedua, Khalifah Umar al-Khattab. Pada

masa ini, takwim Hijrah digunakan di Negara Islam seperti Malaysia. Setiap tahun, Negara kita,

Malaysia, mengadakan sambutan “ maal hijrah ” dan matlamatnya adalah untuk mengingati

perjuangan umat Islam dahulu agar perkara itu sentiasa segar dalam ingatan generasi sekarang

( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).

Hijrah juga menunjukkkan bahawa sikap toleransi kaum dan tolong-menolong boleh melahirkan

masyarakat cemerlang. Dalam konteks hijrah ke Madinah, orang Madinah telah memberikan

bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah. Mereka sanggup memberikan

tempat tinggal, menyediakan makanan dan keperluan asas yang lain, serta menerima orang Islam

Page 6: Sirah Rasulullah s.a.w

Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah. Oleh itu, sikap sedia

berkorban, bekerjasama, dan tolong-menolong untuk membangunkan negara harus tersemat

dalam jiwa kita

( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).

Peristiwa hijrah ini telah memperlihatkan bahawa wanita juga dapat memainkan peranan penting

selain sebagai suri rumah untuk menggerakkan kemajuan sesebuah negara. Contohnya, puteri Abu

Bakar Al-Siddiq, Asma’. Beliau telah berjaya membantu perjuangan Nabi Muhammad S.A.W apabila

beliau dengan beraninya telah menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan

orang Quraisy kepada Nabi Muhammad S.A.W di Gua Thur walaupun menyedari tindakannya

berbahaya serta laluan ke Gua Thur berliku dan berbatu besar ( Rosnanaini binti Suliman et.all,

2006 ).

Hijrah juga menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad S.A.W. Baginda

sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam. Selain itu,

baginda tidak pernah berputus asa apabila menempuh kegagalan. Sifat positif ini patut dicontohi

( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).

KESIMPULAN

Berdasarkan topik yang dibincangkan iaitu berkenaan hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah, kami

dapat simpulkan bahawa hijrah yang dilakukan oleh baginda mendatangkan banyak kesan samada

dari segi kebaikan atau keburukan walaupun baginda dan sahabat menempuhi pelbagai cabaran

dan rintangan. Penghijrahan yang telah baginda lakukan ada yang disokong oleh orang

sekelilingnya dan ada juga yang menbantah. Kekuatan dan kesabaran baginda telah membuahkan

hasil apabila berjaya berhijrah ke Madinah dan menyampaikan wahyunya di negeri tersebut.

Banyak pengajaran yang boleh kita dapati melalui penghijrahan baginda. Antaranya, kita haruslah

bersabar dalam melakukan sesuatu. Seterusnya, kita juga harus bijak berfikir sebelum melakukan

sesuatu. Selain itu, kita juga hendaklah memberi keutamaan kepada agama dengan bersolat dan

berdoa dalam apa jua yang kita lakukan.

RUJUKAN

Faizal Ismail, ( 1984 ), Sejarah Dan Kebudayaan Islam Dari Zaman Permulaan Hingga Zaman

Khulafaurasyidin. Yogyakarta: CV Bina Usaha.

Muhd Bukhari Lubis, ( 1981 ), Sekitar Sejarah Dan Tamadun Islam. Bangi, Selangor:

Ustara Sendirian Berhad.

Page 7: Sirah Rasulullah s.a.w

Naeem Siddiqi, ( 1985 ), Muhammad Pembina Umat. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abdul Rahman, Muhd Yusof Bin Ibrahim, Muhammad Bukhari Bin

Ahmad, Rosnanaini Binti Sulaiman, ( 2006 ), Buku Teks Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Zulkarnain Yunus, Muhammad Salam Kamil, Xpress PMR. Selangor Darul Ehsan: Sasbadi Sdn. Bhd.

http://lebaiyusri.blogspot.com/2011/03/kepentingan-hijrah-nabi-muhammad-ke.html

Marilah kita mendalami beberapa potong ayat al-Quran yang menyentuh tentang peristiwa Hijrah dan beberapa kekuatiran, makna-makna dan dalil-dalil dari Kitab Fi Zilal al-Quran karangan As-Syahid Sayyid Qutub rahimahullah. Firman Allah: 

“Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka memikirkan tipu

daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”. (Al-Anfal: 30)

Pelajaran pertama: Konspirasi ke atas Rasulullah pada malam Hijrah

Dalam ayat di atas Allah mengingatkan tentang suasana yang berlaku di Mekah sebelum berubah keadaan dan bertukar pendirian. Allah mewahyukan dengan penuh keyakinan dan kepercayaan tentang masa depan, sepertimana Allah menarik perhatian tentang urusan ketentuan dan hikmah Allah terhadap semua perkara yang dilakukan dan dirancangkan..Umat Islam ketika ditujukan ayat ini kali pertama dapat mengetahui keadaan dengan pengetahuan yang hidup, dapat dilihat dan dirasai sendiri.   

 Memadai disebutkan perkara yang lalu dan Suasana ketakutan dan kebimbangan yang ditanggung pada ketika itu dan tiada rasa ketenangan dan ketenteraman..Perancangan orang-orang musyrikin dan tipu daya mereka terhadap Rasulullah saw dalam menghadapi tindakannya  yang ingin melepaskan diri dari mereka.

 Sesungguhnya musyrikin merancang untuk menangkap Rasulullah dan mengurungnya sehingga mati, atau membunuhnya dan menghabiskan riwayat hidupnya, atau mengusir baginda dari Mekah secara paksaan..Mereka merancang semua ini, kemudian mereka memilih untuk membunuhnya dengan menetapkan kerja keji ini disertai oleh pemuda-pemuda dari semua suku Arab supaya darah baginda nanti akan bercerai berai pada semua suku, supaya Bani Hasyim tidak mampumembalasnya kepada semua Arab, lalu rela dengan bayaran diyat dan selesailah sudah. 

Page 8: Sirah Rasulullah s.a.w

Imam Ahmad berkata: Abdul Razak telah menyampaikan kepada kami, Ma’mar memberitahu kami, Uthman al-Jariri memberitahuku, dari Maqsam utusan Ibn Abbas, bahawa Ibn Abbas memberitahunya tentang ayat:“Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu”.Beliau berkata: Pemimpin Quraisy telah bermesyuarat pada malam Hijrah di Mekah, di mana salah seorang dari mereka berkata: Apabila tiba waktu pagi kita ikat  dengan tali. Salah seorang dari berkata pula: Kita bunuhnya sahaja. Ada yang berkata: Kita usir sahaja. Lalu Allah telah memaklumkan tentang hal ini kepada nabi saw. Dengan itu Ali disuruh tidur di katil Rasulullah saw dan baginda keluar sehingga sampai di sebuah gua. Orang-orang musyrikin tidur sambil mengawal Ali yang disangka nabi Muhammad saw. Apabila tiba waktu pagi mereka telah menyerbu kepadanya. Tatkala mereka melihat Ali ternyata Allah telah menggagalkan perancangan mereka  . Lalu mereka bertanya: Di manakah sahabatmu ini?. Kata Ali: Saya tidak tahu!. Kemudian mereka telah mengikut jejak nabi. Apabila tiba di sebuah bukit mereka hati telah bercampur aduk. Lalu ada yang memanjat bukit dan melalui sebuah gua. Mereka melihat muka pintu telah ada sarang labah-labah. Mereka berkata: Kalau (nabi Muhammad) memasuki gua ini tentu sarang labah-labah ini tidak ada di muka pintunya..Nabi telah berada di gua ini selama tiga malam.

“mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”. (Al-Anfal: 30)

Gambaran yang dinyatakan Allah swt: “mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu”…Gambaran yang mendatangkan kesan mendalam..Pada ketika orang-orang Musyrikin berkumpul di Dar al-Nadwah untuk berpakat , merancang dan memikirkan tipudaya..di mana Allah sentiasa berada di sebalik mereka yang juga merancang dan menggagalkan tipu daya mereka, sedangkan mereka tidak menyedarinya!

Inilah gambaran yang menyindir orang musyrikin dan pada waktu yang sama gambaran yang menakutkan..Justeru, di manakah manusia yang lemah dan kerdil menghadapi kuasa yang sebenar?! Kuasa Allah yang Maha Perkasa dan Maha Kuat mengatasi hambanya, kuasa yang menguasai segala urusannya. Hanya bagi Allah pengawasan atas segala sesuatu.

Penjelasan al-Quran yang melukiskan gambaran mengikut susunan bahasa al-Quran yang unggul kerana boleh menggoncangkan hati dan menggerakkan perasaan sedalam-dalamnya.

Pelajaran kedua: Kemenangan adalah dari sisi Allah yang dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Firman Allah:

Page 9: Sirah Rasulullah s.a.w

“Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) Maka Sesungguhnya Allah Telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah)

sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia Berkata kepada temannya: "Janganlah

kamu berduka cita, Sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan

membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir Itulah yang rendah. dan kalimat Allah Itulah yang Tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha

Bijaksana”. (At-Taubah: 40)

Allah swt memberikan perumpamaan kepada mereka – dari reality yang mereka ketahui – tentang pertolongan Allah kepada rasulNya tanpa bantuan dari mereka dan tanpa kesetiaan mereka. Pertolongan akan diberikan kepada orang yang dikehendakiNya.

Pada ketika orang Quraisy tidak berupaya menyekat nabi Muhammad walaupun sejengkal, sebagaimana kekuatan yang palsu sentiasa tidak berupaya berhadapan dengan suara kebenaran, tidak memiliki dorongan dan tidak mampu bersabar, lalu mereka merancang dan memutuskan untuk membunuh nabi Muhammad saw, maka Allah telah mendedahkan apa yang mereka rancangkan dan mewahyukan kepada nabi supaya segera keluar dari Mekah. Dengan itu nabi keluar berseorangan yang hanya ditemani oleh sahabatnya, Abu Bakar As-Siddiq, tanpa tentera dan tanpa persiapan, sedangkan musuhnya ramai, dan kekuatan mereka dan kekuatan baginda sangat jauh berbeza. Nada ayat yang menggambarkan situasi Rasulullah dan sahabatnya: 

 “ketika keduanya berada dalam gua”.

Para musyrikin mencari jejak keduanya. Abu Bakar as-Siddiq berasa bimbang bukan ke atas dirinya tetapi ke atas sahabatnya bahawa mereka akan dapat menjumpai keduanya, lalu membunuh sahabatnya yang dicintai. Beliau berkata kepada Rasulullah saw: “Jikalau salah seorang dari mereka menundukkan kepala untuk melihat melalui dua kakinya, tentulah mereka akan melihat kami melalui kedua kakinya dan Rasulullah”. Namun Allah menurunkan ketenangan di lubuk hati Rasulullah saw, menghilangkan kegelisahan dan menenteramkan hatinya. Lalu baginda berkata kepada Abu Bakar: “Wahai Abu Bakar, jangan kamu sangka bahawa kita berdua sahaja, tetapi ketahuilah Allah adalah yang ketiga”.

Kemudian apakah akibat dari semua ini, kekuatan material seluruhnya dari satu sudut, dan Rasulullah saw bersama sahabatnya dari satu sudut tanpa apa-apa? Pertolongan yang hebat dari sisi Allah melalui tentera yang tidak dapat dilihat manusia, dan kekalahan, kehinaan dan kelemahan adalah untuk orang-orang kafir: “dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir Itulah yang rendah”..dan menjadikan kalimah Allah

Page 10: Sirah Rasulullah s.a.w

pada kedudukan tertinggi, memperolehi kemenangan, kuat dan terlaksana: “dan kalimat Allah Itulah yang Tinggi”

“Kalimat Allah” tidak dibaca dengan “mansub”, tetapi dibaca dengan “marfu” lebih kuat dari segi makna, kerana memberi makna penetapan. Kalimah Allah itu yang tertinggi adalah semula jadi dan asal, tanpa bergantung kepada peristiwa tertentu. Allah yang bersifat Maha Perkasa tidak akan membiarkan utusanNya, kerana Allah maha Bijaksana menentukan pertolongan yang sesuai dengan waktunya dan kepada orang berhak menerimanya.

Keistimewaan terpenting yang dimiliki golongan muhajirin

Firman Allah:

“(juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (karena) mencari karunia dari Allah dan keridhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan

RasulNya. mereka Itulah orang-orang yang benar”. (Al-Hasyr: 8)

Inilah gambaran yang benar yang menjelaskan tentang keistimewaan terpenting glongan Muhajirin..mereka telah diusir dari kampong halaman dan harta benda mereka, mereka dipaksa keluar dari Mekah setelah keluarga dan kaum kerabat mereka telah menyiksa dan menindas mereka, bukan disebabkan dosa yang dilakukan tetapi kerana mereka mengatakan Allah adalah Tuhan kami..Mereka telah keluar meninggalkan kampong halaman mereka dan harta benda mereka “(karena) mencari karunia dari Allah dan keridhaan-Nya” kerana mengharapkan kurnia dan keredhaan Allah. Tiada tempat perlindung untuk mereka selain Allah dan pemelihara untuk mereka selain pemeliharaan Allah..Mereka menuju ke Madinah dalam serba serba kekurangan dengan hati dan pedang mereka dalam waktu yang singkat: “dan mereka menolong Allah dan RasulNya”. “Mereka itulah orang-orang yang benar”. Orang-orang yang berkata kalimah iman dengan lidah-lidah mereka, membenarkan dengan perbuatan mereka. Mereka adalah orang yang benar janjinya dengan Allah tentang pilihan mereka kepadaNya. Mereka adalah orang yang benar janjinya dengan Rasulullah untuk mengikutinya. Mereka adalah orang yang benar janjinya bersama dengan kebenaran dalam bentuk yang hidup di muka

bumi dan dapat disaksikan oleh manusia! 

Keistimewaan terpenting orang-orang Ansar

Firman Allah:

“Dan orang-orang yang Telah menempati kota Madinah dan Telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin),

mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam

hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka

Page 11: Sirah Rasulullah s.a.w

(Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang

orang yang beruntung”. (Al-Hasyr:9)

Inilah gambaran yang bersinar dan benar yang menjelaskan tentang keistimewaan golongan Ansar. Kumpulan manusia ini begitu unggul sifatnya, sampai kepada puncak kehebatan.

Orang-orang yang tinggal di Madinah dan telah beriman sebelum kedatangan golongan Muhajirin..iaitu negeri Hijrah (Yatsrib) yang menjadi kota rasul saw yang telah menjadi tempat tinggal golongan Ansar sebelum Muhajirin dating, sama seperti mereka telah memenuhi jiwa  dengan iman, seolah-olah iman sebagai rumah mereka..yang menggambarkan iman sebagai teduhan, iaitu lebih hampir menggambarkan pendirian Ansar tentang iman mereka.

Rumah mereka, kampong mereka dan negeri mereka yang menjadi tempat tinggal hati-hati mereka, menenteramkan jiwa-jiwa mereka, menenangkannya, sama seperti memberikan seseorang dan menenteramkan dating ke rumah.

“Mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). dan mereka (Anshor) tiada menaruh

keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin)”

..Tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia seluruhnya seperti peristiwa sambutan orang Ansar ke atas orang Muhajirin dengan sambutan penuh kecintaan dan kasih saying, dengan pergorbanan yang penuh dermawan, dengan penyertaan yang penuh kerelaan, dengan berlumba-lumba untuk memikul beban sehingga dapat disaksikan bahawa seorang lelaki yang berhijrah (muhajir) di rumah seorang Ansar melainkan melalui undian. Ini kerana bilangan orang yang menawarkan

diri untuk menerima lebih ramai dari orang Muhajirin!  

“dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka

(Muhajirin)”

.Mereka tidak mengharapkan apa-apa kelebihan atau harta dari orang Muhajirin. Tiada keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa dari pengorbana ini. Mereka tidak berkata dengki atau berasa sempit, tetapi mereka hanya berkata sesuatu yang menggambarkan hati mereka yang bersih dan jujur.

“dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan”

Page 12: Sirah Rasulullah s.a.w

..Mereka mengutamakan orang Muhajirin mengatasi diri mereka sendiri sekalipun mereka berada dalam kesusahan. Pengorbanan besar orang Ansar tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia.

“dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung”

..Sifat kikir atau kedekut ini merupakan penghalang kepada semua kebaikan, kerana kebaikan memerlukan pengorbanan dalam pelbagai bentuk, pengorbanan harta, pengorbanan perasaan, pengorbanan tenaga dan pengorbanan di dalam kehidupan. Tidak mungkin menghasilkan sesuatu kebaikan jika ada sifat kikir, kerana sifat kikir sentiasa akan mendorongnya mengambil dan tidak mendorongnya memberi. Orang yang dipelihara dari sifat kedekut atau kikir, maka dia akan terpelihara dari penghalang kepada kebaikan. Oleh kerana itu, mulakanlah memberi, berkorban dan berhati mulia. Inilah keuntungan dengan makna yang

sebenarnya.    Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=17606&SecID=363

http://zadud-duat.blogspot.com/2010/12/hijrah-di-bawah-naungan-al-quran.html#.VRAqi_yUdH0

HADITS RIWAYAT BUKHARI TENTANG NIAT DAN HIJRAH seri 04Posted on 29 September 2012 by saifuddin

4. Pengertian Hijrah

Hijrah adalah perpindahan dari satu situasi atau kondisi yang satu ke kondisi atau situasi yang lain. Hijrah merupakan perbuatan yang dianjurkan oleh Allah SWT, bahkan bisa wajib tatkala sangat diperlukan. Secara garis besarnya hijrah itu terdiri yang bersifat fisik yaitu perpindahan tempat, dan yang bersifat non fisik yaitu perpindahan situasi atau mengubah keadaan. Hijrah bisa bernilai ibadah, jika untuk Allah dan mengikuti Rasul-Nya, dan tidak bernilai ibadah bila dilakukan bukan untuk mencarai ridla Allah SW. Beliau menandaskan lagi dalam sabdanya:

 

6. RهT Vي Rل إ VرVاجVه مVا RلVى إ _ه_ ت VرTجRهVف هVا TكRح_ Vن ي hةV أ VرTام TوV أ _هVا _صRيب ي Vا Tي د_ن RلVى إ _ه_ ت VرTجRه TتV Vان ك TنVوم

Barangsiapa yang hijrahnya untuk kepentingan duniawi, atau kepentingan wanita yang dinikahi, maka manfaat hijrahnya pun sesuai dengan apa yang dituju.

Hadits ini juga mengisyaratkan bahwa hijrah itu ada yang syar’i, ada pula yang tidak. Hijrah yang syar’i adalah perpindahan untuk kepentingan tegaknya al-Islam,

Page 13: Sirah Rasulullah s.a.w

demi meraih ridla Allah. Sedangkan hijrah yang tidak bernilai syar’i adalah yang bukan kepentingan jalan Allah, dan tidak bertujuan meraih ridla-Nya. Oleh karena itu, supaya segalanya bernilai ibadah, ikhlaskan tujuan untuk mencari ridla Allah dan melakukannya berdasar syari’ah Allah, serta mengikuti sunnah Rasul-Nya.

 

Vه_وVو Vمv ل VسVو RهT Vي عVل vه_ الل صVلvى Rهv الل Rس_ول Vر عVلVى VلRزT ن_ أ VالVق Tه_مVا عVن vه_ الل VيRض Vر hاسv عVب RنT اب TنVع

VثV فVمVك RةV TمVدRين ال RلVى إ VرVاجVهVف Rة VرTجRهT Rال ب VرRم_ أ vم_ ث Vة� ن Vس Vة Vر TشVع Vث VالV ث Vةv RمVك ب VثV فVمVك VينRعV ب TرV أ Tن_ اب

Vمv ل VسVو RهT Vي عVل vه_ الل صVلvى Vو_ف�ي_ ت vم_ ث VينR ن Rس Vر TشVع RهVا ب

Ibnu Abbas[1], meriwayatkan bahwa Rasûl SAW menerima wahyu ketika berusia empat puluh tahun, kemudian tetap di Mekah selama tiga belas tahun, kemudian diperintah hijrah. Beliau hijrah ke Madinah dan berada di sana selama sepuluh tahun hingga wafat. Hr. Ahmad (164-241H), al-Bukhari (194-256H), [2]

Da’wah Islam yang dilakukan Rasul SAW pada awalnya secara sembunyi-sembunyi, kemudian bertambah luas hingga jumlah kaum muslimin empat puluh orang, yang kemudian dibina secara khusus di Bait al-Arqam.[3] Kaum Quraisy berusaha menghalangi risalah dengan berbagai usaha, mulai dari berbagai tawaran, rayuan hingga kekerasan. Sejak tahun keempat kenabian, banyak kaum muslimin yang disiksa secara kejam, hingga mendorong Rasul untuk menghijrahkan shahabatnya ke Habsyah pada pertengahan tahun kelima. Rombongan pertama sebanyak sepuluh orang, antara lain Utsman bin Affan beserta istrinya, Ruqayah putri Rasul; Abdurrahman bin Auf, dan Zubair bin Awwam. Rombongan kedua dipimpin Ja’far sebanyak seratus orang. Pada bulan Dzul-hijah tahun keenam kenabian, Umar bin Khathab dan Hamzah masuk Islam, yang mengakibatkan semakin menambah kebencian musyrikin.

Pada tahun ketujuh dari kenabian, Bani Hasyim diboikot perekonomiannya hingga menyengsarakan. Walaupun kaum muslimin mendapat cobaan berat dari segala penjuru, terutama penindasan kaum musyrikin, baik dalam bidang ekonomi maupun politik, semua itu tidak menurunkan semangat Rasul SAW dalam berda’wah. Pada tahun itu juga, Abu Thalib sebagai pimpinan suku Bani Hasyim dan Siti Khadijah isteri Rasul yang mendukung da’wah baik materil maupun immateril, wafat.

Pada bulan syawal tahun kesepuluh dari kenabian (Mei-Juni 619 M), Rasul berangkat ke Tha’if. Namun ternyata orang Tha`if belum meraih hidayah, Rasul diperlakukan tidak layak oleh mereka bahkan mendapat lemparan batu dan kotoran hingga terluka. Menurut sebagian riwayat, setelah Rasul SAW kembali ke Mekkah maka tahun itu pula Isra dan Mi’raj terjadi, sekaligus turun perintah shalat lima waktu.

Page 14: Sirah Rasulullah s.a.w

Da’wah selanjutnya dilakukan dengan mendatangi berbagai lapisan masyarakat seperti Bani Kilab, Bani Hanifah, Bani Amir, dan ternyata mendapat sambutan yang menggembirakan. Pada musim haji berikutnya, berdatanganlah masyarakat dari berbagai penjuru, yang dimanfaatkan Rasul SAW untuk menda’wahi berbagai kafilah dari luar penduduk Mekah. Di awal tahun kesebelas dari kenabian banyak orang Yatsrib  yang masuk Islam seperti: Suwaib bin Shamit, Iyas bin Mu’adz, Tufail bin Amr, dan Dlamad al-Azdi.

Pada musim haji tahun kesebelas dari kenabian (Juli 620 M), jamaah Yatsrib masuk Islam. Mereka adalah kaum muda Bani Najar seperti As’ad bin Zararah dan Auf bin Haris,  dari Bani  Zuraiq seperti Rafi’ bin Malik, dari bani Salmah seperti Qathbah bin Amir, dari Bani Haram bernama Uqbah, dan dari Bani Ubaid bernama Jabir bin Abdillah. Mereka bertekad akan menda’wahkan Islam di Yatsrib sebagai kampung halamannya.

Pada musim haji tahun keduabelas (Juli 621 M), bersama lima orang yang sudah masuk Islam tahun sebelumnya (di luar Jabir), tujuh penduduk Yatsrib bangsa Khazraj yaitu Mu’adz, Dzakwan, Ubadah, Yazid dan Abbas serta bangsa Aus yaitu Abul-Haitsam dan Uwaim berbai’at kepada Rasul di Aqabah untuk diangkat menjadi juru da’wah. Inilah yang dinamakan Bai’at al-Aqabah pertama. Rasul pun mengutus Mush’ab bin Umair untuk ikut ke Yatsrib sebagai utusan dan melihat situasi di sana.

Pada musim haji tahun berikutnya (Juni 622 M), sebanyak 73 orang Yatsrib menunaikan haji dan berbai’at pada Rasul sebagai juru da’wah Islam, yang dinamakan Baiat al-Aqabah kedua. Mereka juga mengundang Rasul untuk hijrah ke Yatsrib, dilatarbelakangi antara lain: (1) memperluas da’wah, (2) menyelamatkan muslimin yang tertindas di Mekah dan (3) menjalin persaudaraan antara Aus dan Khazraj yang telah lama bermusuhan.

Di sisi lain, semakin luasnya jangkauan da’wah Rasul dan bertambahnya jumah muslimin, berakibat kaum musyrikin semakin membenci Rasul. Mulai saat itu kaum muslimin diperintah Rasul untuk hijrah ke Yatsrib secara berangsur. Pada hari Kamis, 26 Shafar (12-september- 622 M) para pembesar Quraisy semacam parlemen, berkumpul di Dar al-Nadwa yang diikuti oleh Abu Jahl bin Hisyam, Jubair bin Muth’im, Tha’imah, Harits, Syaibah, Utbah, Abu Sufyan, al-Nazhr, Abu al-Bukhturi, Zam’ah, Hakim, Nabih, Munabbih, dan Umayah bin Khalaf. Mereka bersepakat untuk mengepung dan membunuh Rasul SAW. Rasul mengetahui ancaman kaum musyrikin tersebut dan siang harinya beliau mengunjungi rumah Abu Bakr untuk mengajak hijrah, dan kembali ke rumahnya menunggu waktu malam tiba.[4]

Pada malam 27 Shafar (13-9-622 M), Rasul SAW dan Abu Bakr meninggalkan rumah, setelah berpesan pada Ali bin Abi Thalib,[5] untuk menempati tempat tidur beliau, kemudian menuju Goa Tsur.[6] Pada malam itu pula pembesar Quraisy

Page 15: Sirah Rasulullah s.a.w

sebanyak sebelas orang mengepung rumah Rasul SAW untuk melaksanakan pesan Dar al-Nadwa, padahal di rumah tersebut hanya ada Ali bin Abi Thalib. Rasul dan Abu Bakr berada di Goa Tsur selama tiga malam, hingga malam Ahad tanggal 30 Shafar.

Pada hari Senin 1 Rabi al-Awal, Rasul melanjutkan perjalanan menuju Yatsrib.[7] Senin 8 Rabi’ul-Awal /23-September-622 M (perjalanan Tsur-Quba ditempuh dalam waktu satu pekan), Rasul dengan Abu Bakr tiba di Quba dan mendirikan Masjid di depan Rumah Kalstum bin al-Hadm.[8] Di Quba, Rasul menginap empat malam dan hari Jum’at melanjutkan perjalanan. Waktu zhuhur sampai di daerah Bani Salim bin ‘Awf, perintah shalat Jum’at turun dan melakukan shalat Jum’at dengan berjamaah bersama seratus muslimin.[9] Setelah shalat Jum’at Rasul melanjutkan perjalanan dan sampai di Yatsrib tanggal 12 rabi’ul Awal. Inilah hijrah terbesar yang dilakukan Rasul SAW bersama kaum muslimin. Kota Yatsrib kemudian diberi nama al-Madinah al-Munawarah, sebagai pusat bersinarnya syi’ar Islam ke seluruh penjuru dunia.

Hijrah menurut bahasa berarti pindah, baik secara fisik maupun non fisik. Al-Qurthubi (w.671H) menandaskan:

 

vانRي Rلث ل ا Vار� Tث Rي إ األوvل Rك TرV ت وVقVصTد_ hعRضTوVم إلVى hعRضTوVم TنRم RقVال Tت اإلن VاهVا معTن الهجTرة

Hijrah berarti pindah dari satu tempat ke tempat lain dan menyengaja meninggalkan satu posisi awal menuju posisi yang ke dua.[10]

Pengertian semacam ini bisa dipahami bahwa hijrah itu perpindahan posisi, baik secara fisik maupun non fisik. Perpindahan fisik adalah pindah dari tempat yang diduduki, sedangkan pindah non fisik adalah pindah pendirian, pergantian sikap, atau perubahan tingkah laku. Menurut mufasir, orang yang berhijrah adalah:

 

الله ذVات فRي وVاإلضTطRهVاد Tنة الفRت VفTوVخ ه_م VارV دRي _وا ك VرV ت

Meninggalkan kampung halaman karena Allah demi menyelamatkan diri dari kekacauan dan penindasan.[11]

Mahmud Hijazi[12] menjelaskan bahwa yang berhijrah adalah:

 

عليه الله صلى Rي� vب Rالن ب VحVق_وا وVل RهR Tن دRي RرTصV وVن الله RةVمR Vل ك RءV إلعTال VانVطTاألوVو VلTاأله ق_وا VارVVف وسلم

Page 16: Sirah Rasulullah s.a.w

Meninggalkan keluarga dan kampung halaman untuk menegakkan kalimah Allah, membela agama dan mengikuti Rasul SAW.[13]

Orang yang berhijrah karena didasari iman dan untuk jihad, maka akan meraih rahmat dan ampunan Allah SWT. Firman-Nya:

 

vه_ وVالل Rهv الل VةVمTح Vر Vج_ون TرV ي VكR Vئ _ول أ Rهv الل RيلR ب Vس فRي وVجVاهVد_وا وا هVاجVر_ VينRذv وVال _وا ءVامVن VينRذv ال vنR إيم£ Rح Vر غVف_ور£

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Qs.2:218.

Selanjutnya arti hijrah tersirat dalam sabda Rasul SAW, sebagai berikut:

 

Vر VاجVه TنVم _مهVاجRر_ Tه_  ال عVن الله VهVى ن مVا

Orang hijrah adalah yang meninggalkan segala yang dilarang  Allah SWT. Hr. Ahmad (164-241H), Ibn Hibban (w.354 H) [14]

Menurut  riwayat al-Thabarani (260-360H), dalam khutbah Haji Wada, Rasul bersabda:

 

TنVم VاتR  الم_هVاجRر_ �ئ ي vالس VرVاجVه

Orang yang berhijrah adalah yang meninggalkan segala keburukan.[15]

 

5. Hikmah dan Fungsi Hijrah

Wahbah al-Zuhayli[16], berpendapat bahwa hijrah fisik yang dilakukan Rasul dan para shahabatnya, cukup banyak hikmah dan fungsinya. Hikmah dan fungsi hijrah yang paling penting antara lain: (1) Tegaknya  syi’ar  Islam  dan  menghindarkan konflik keagamaan. (2) Mencari dan mendapatkan kemungkinan tersebarnya ajaran Islam. Jika kaum muslimin yang tidak memiliki peluang untuk mendapat bimbingan Islam dan memahami hukumnya di suatu tempat, maka sebaiknya hijrah ke tempat lain untuk mendapatkannya. (3) Persiapan program untuk terwujudnya pemerintahan Islami dan penyebarluasan syari’at Islam ke seluruh

Page 17: Sirah Rasulullah s.a.w

penjuru dunia. Semua itu nampak sekali dapat diwujudkan melalui hijrah dari Mekah ke Madinah.[17]

 

6. Hijrah Fisik

Ibn al-Arabi,[18] berpendapat bahwa hijrah fisik diperlukan sepanjang masa hingga hari kiamat apabila berlatar belakang sebagai berikut: (1) Melepaskan diri dari  desakan perang yang merugikan muslimin, menuju ke tempat yang menguntungkan Islam dan muslimin, seperti perpindahan dari Dar al-Harbike Dar al-Islam. (2) Menghindarkan  diri  dari  perbuatan  bid’ah  demi  menyelamatkan al-Sunnah. (3) Perpindahan dari suatu tempat yang penuh maksiat dan perbuatan haram, ke tempat bersih supaya tidak terbawa arus orang durhaka. (4) Melepaskan diri dan ancaman penyakit yang apabila tidak berpindah akan membahayakan badan. (5)Menyelamatkan diri dari ancaman orang jahat karena berada di tempat yang kurang aman. (6) Menyelamatkan kekayaan yang sangat berguna bagi perjuangan Islam.

Memerhatikan uraian di atas, jelaslah bahwa hijrah fisik itu tetap diperlukan, hanya bentuk dan sifatnya bisa beraneka ragam. Namun tentang perpindahan dari Mekah ke Madinah yang diperintah Rasul SAW kepada shahabatnya hanya berlaku sebelum Futuh Mekah. Perhatikan hadits riwayat al-Bukhari berikut.

 

Vة VرTجRه Vال Vمvل VسVو RهT Vي عVل vه_ الل صVلvى Rهv الل س_ول_ Vر VالVق VالVق Tه_مVا عVن vه_ الل VيRض Vر hاسv عVب RنT اب TنVع وا TفRر_ فVان Tم_ ت TرRفT _ن ت Tاس RذVا وVإ vة£ Rي وVن هVاد£ Rج TنRكV وVل RحT TفVت ال VدTعV ب

Ibn Abbas  menerangkan bahwa Rasul SAW bersabda: Tidak ada kewajiban hijrah setelah Futuh Mekah, melainkan jihad dan niat, maka jika diseru perang segeralah penuhi panggilan tersebut. Hr. al-Bukhari (194-256H).[19]

Dengan demikian, semua hijrah itu dilakukan demi fi sabil Allah yaitu membela agama Allah. Adapun yang dimaksud RحT TفVت ال VدTعV ب Vة VرTجRه Vال tidak ada hijrah setelah Futuh Mekah, adalah tidak ada kewajiban hijrah dari Mekah ke Madinah. Hal ini tampak sekali, bahwa Rasul SAW tidak mewajibkan muslim Mekah hijrah ke Madinah, setelah Mekah beliau taklukkan dalam Futuhnya. Tanggal 10 Ramadlan tahun 8H, Rasul SAW meraih Futuh Mekah dan turun Qs. Al-Nashr, dilanjutkan dengan umrah al-Fath.

Tanggal 25 Ramadlan tahun tersebut, Khalid bin Walid menghancurkan berhala di jazirah Arab. Inilah kemenangan gemilang yang diraih kaum muslimin pada bulan Ramadlan. Setelah Futuh Mekah itu, berdasar hadits ini hijrah dimanifestasikan

Page 18: Sirah Rasulullah s.a.w

dalam memperbaiki kualitas umat dalam segala aspek kehidupannya. Itulah salah satu makna dari jihad dan niyyah, sebagaimana ditandaskan hadits ini.

 

E. Beberapa Ibrah

Dari kajian hadits di atas dapat diambil beberapa ibrah sebagai berikut: (1) Niat merupakan penentu atas nilai suatu amal, baik ucap, sikap maupun perbuatan. (2) Hijrah, nilainya bukan hanya ditentukan oleh cara, tapi juga dipengaruhi tujuan. Hijrah yang baik adalah yang ditujukan untuk kepentingan Allah dan Rasul-Nya. (3) Hijrah secara fisik dalam arti perpindahan tempat bersifat situasional. Hijrah yang mutlak dilakukan adalah perubahan sikap, dari yang kurang baik menjadi baik, terutama dalam jihad.

http://saifuddinasm.com/2012/09/29/08-hadits-riwayat-bukhari-tentang-niat-dan-hijrah-seri-04/

Faktor Berlakunya HijrahOleh: Mohamad Asrafudin Fakhrullah Bin Zakari

Pengenalan

Hijrah dari segi bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dari segi sejarah, hijrah bermaksud perpindahan Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa ini telah menjadi satu titik peralihan dalam hidup Nabi dan juga perkembangan agama Islam. Penghijrahan ini dilakukan secara diam-diam bagi mengelakkan diketahui oleh musyirikin Mekah. Mereka berpindah dalam kumpulan yang kecil. Nabi sendiri hanya ditemani oleh Abu Bakar sebelum bertolak ke Madinah. Mereka bersembunyi di Gua Thur untuk beberapa hari.

Faktor Berlakunya Hijrah

Bai'at Aqabah

Termeterainya Bai'at Aqabah mempercepatkan lagi proses Hijrah. Melalui Bai'at ini, Nabi

Page 19: Sirah Rasulullah s.a.w

telah dapat menjangka sambutan penduduk Madinah adalah lebih baik. Dalam Bai'at Aqabah pertama, hanya 12 orang yang terlibat manakala dalam Bai'at Aqabah kedua, bilangannya telah meningkat kepada 73 orang. Orang Madinah bukan sahaja mahu menerima Islam tetapi sanggup memberi perlindungan kepada Nabi dan orang Islam.

Tekanan Musyirikin Mekah

Tekanan / Ancaman dari musyirikin Mekah telah mendorong Nabi dan orang Islam berhijrah ke Mekah. Nabi dan orang-orang Islam telah dihina, diseksa dan dipulau. Malah, Nabi sendiri telah diancam untuk dibunuh. Orang-orang musyirikin mula menunjukkan penentangan mereka apabila Nabi menyebarkan Islam secara terbuka. Mereka bimbang kedudukan mereka dari segi politik, ekonomi dan sosial akan terjejas.

Kegagalan Dakwah di Taif

Kegagalan dakwah di Taif menyebabkan Nabi cuba mengalihkan perhatian ke tempat lain, iaitu Madinah. Kedatangan penduduk Madinah ke Mekah dan kesungguhan mereka untuk menerima dan menyebarkan Islam memberi satu gambaran yang baik kepada Nabi. Penduduk Taif ternyata tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah.

Kematian Abu Talib dan Khadijah

Kematian Abu Talib dan Khadijah telah menyebabkan Nabi kehilangan tempat untuk berlindung. Ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan ke atas Nabi. Khadijah adalah seorang isteri yang sangat setia dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Nabi dan orang Islam. Abu Talib pula walaupun tidak menerima Islam, tetapi beliau tetap melindungi Nabi dari ancaman.

Mencari Tempat Baru untuk Berdakwah

Nabi berhasrat untuk mendapatkan sebuah tempat baru untuk berdakwah memandangkan sambutan dari penduduk Mekah kurang menggalakkan. Nabi agak kecewa dengan sikap penduduk Mekah. Di Mekah selama 13 tahun, bilangan yang menerima Islam agak kecil berbanding dengan tempoh 10 tahun Nabi berdakwah di Madinah.

Persediaan Penduduk Madinah Menerima Nabi

Persediaan penduduk Madinah menerima Nabi telah mendorong Nabi berhijrah ke sana. Penduduk Madinah sangat berharap Nabi dapat membantu mereka menyelesaikan perbalahan antara orang Arab dan Yahudi, juga antara orang Arab dan Arab, khususnya antara Aus dan Khazraj. Perbalahan ini berpunca dari perebutan kuasa di Madinah.

Kedudukan Madinah yang Strategik

Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam. Ia juga berpotensi menyaingi

Page 20: Sirah Rasulullah s.a.w

kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan. Dengan ini, Madinah bukan sahaja dapat dijadikan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segi politik tetapi juga ekonomi.

Penduduk Madinah Hampir dengan Agama Samawi

Penduduk Madinah kebanyakannya sudah mengetahui serba sedikit tentang agama Samawi, terutamanya melalui cerita-cerita yang dibawa oleh orang Yahudi. Pengetahuan ini memudahkan mereka memahami dan menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi. Lagipun, penduduk Madinah mempunyai sifat-sifat semulajadi yang lebih lembut berbanding penduduk Mekah.

Wahyu

Hijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah yang mengizinkan orang Islam berhijrah. Wahyu tersebut ialah ayat 30, Surah al-Anfal. Ayat tersebut mengingatkan Nabi tentang pakatan yang dilakukan oleh orang musyirikin Mekah terhadap Nabi. Wahyu ini menggesa Nabi supaya segera berhijrah ke Madinah.

Kepentingan Hijrah

Perubahan Pusat Gerakan Islam

Pusat gerakan Islam berpindah ke Madinah dimana kegiatan Islam dapat dijalankan dengan lebih aman dan bebas dari ancaman kaum Quraisy. Penyebaran Islam mula dapat dijalankan secara bebas dan terbuka tanpa ancaman kaum Quraisy. Ajaran-ajaran Islam diamalkan dengan bebas tanpa kekhuatiran dimana-mana sahaja bahagian kota Mekah.

Penyebaran Islam Semakin Meluas

Ajaran Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas dan pesat. Penyebarannya begitu meluas sehingga melepasi sempadan politik Mekah dan Madinah. Nabi Muhammad telah menghantar utusan kepada pemerintah Rom, Farsi, Habsyah, Ghassan, Mesir, Bani Bakar dan sebagainya yang menyeru mereka kepada agama Allah. Di antara yang menerima utusan tersebut ialah Heraclius (Maharaja Byzantine), Muqaucis (pemimpin golongan Qibbi di Mesir), Najashy (Maharaja Habsyah) dan Kisra Farsi.

Perubahan Kedudukan Nabi

Baginda tidak lagi diancam secara fizikal atau dihina oleh kaum Quraisy. Malah baginda menjadi pemimpin utama Madinah yang dihormati dan disegani. Semasa di Madinah, baginda turut menjadi hakim, ketua negara, panglima perang, guru agama, pemimpin umat dan sebagainya. Peranan itu tidak dapat dimainkan semasa baginda di Mekah.

Pertambahan Umat Islam

Umat Islam semakin bertambah dan terdiri dari 2 golongan iaitu golongan Ansar dan Muhajirin. Golongan Ansar ialah orang Madinah yang menganut agama Islam. Majoritinya ialah kaum Aus dan Khazraj. Golongan Muhajirin ialah umat Islam Mekah yang mengikut

Page 21: Sirah Rasulullah s.a.w

Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah. Muhajirin bermakna "penghijrah". Pertumbuhan masyarakat Islam ini mewujudkan sebuah ummah Islamiyah. Umat Islam menjadi semakin kukuh dan mampu mempertahankan diri mereka.

Penubuhan Negara Islam

Kota Madinah menjadi negera Islam yang pertama di dunia apabila Nabi berjaya membentuk Piagam Madinah. Ia menukarkan imej kota Madinah yang hampir dikuasai oleh kaum Yahudi kepada sebuah kota Islam. Piagam ini dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama di dunia kerana ia mempunyai negara yang ditentukan kawasannya, mempunyai ummah yang tertentu dan menyentuh hak-hak seluruh masyarakat.

Perubahan Kehidupan Masyarakat Madinah

Sebelum Nabi Muhammad berhijrah, penduduk Madinah hidup dalam suasana Jahiliah tanpa sistem undang-undang yang teratur. Keadilan terletak pada kekuatan. Manusia yang lemah sering ditindas. Dengan kedatangan Nabi, sistem perundangan yang teratur diperkenalkan. Peraturan ini meliputi hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat seperti bidang ekonomi, kekeluargaan, pemerintahan dan sebagainya. Semua penduduk Madinah hidup bebas dari penindasan.

Menamatkan Permusuhan Tradisi Golongan Ansar

Konflik diantara suku Aus dan Khazraj ditamatkan dengan mempersaudarakan mereka dengan ikatan semangat Ukhuwwah Islamiyah. Sebelum itu, mereka saling bermusuhan. Peperangan sering tercetus sesama mereka. Peperangan yang terakhir ialah Perang Bu'ath pada 618 M di antara suku Aus dan Khazraj yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.

Permulaan Kalendar Hijrah

Tarikh penghijrahan Nabi Muhammad dijadikan sebagai titik terawal bagi pengiraan sistem kalendar Islam iaitu Tahun Hijrah. Hal ini dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab pada 634 M. Takwim ini mengikut peredaran bulan. Dalam setahun mengandungi 12 bulan atau 354 hari. Setiap bulan mempunyai 29-30 hari.

Perubahan Dasar Politik

Umat Islam mula menjalankan dasar politik bercorak offensive iaitu menentang apa sahaja penentangan Quraisy secara kekerasannya. Perubahan dasar ini dilakukan setelah turunnya Suruh al-Hajj. Sebelum itu, mereka hanya bertahan dan bersabar.

HIJRAH SEBAGAI IKTIBAR UNTUK MENGHADAPI CABARAN

Mengimbau kembali lipatan sejarah 1424 tahun yang lalu, Allah swt telah mentakdirkan satu peristiwa hijrah yang besar dan teragung yang pernah berlaku dalam sejarah Islam. Pada tanggal 1 Muharram setiap tahun, umat Islam seluruh dunia akan memperingati dan

Page 22: Sirah Rasulullah s.a.w

meraikan peristiwa hijrah sebagai tanda permulaan tahun Islam. Namun seramai mana umat Islam generasi kini dan akan datang dapat mengambil iktibar berdasarkan peristiwa hijrah tersebut sebagai panduan meniti cabaran dunia yang semakin global dari segi kemanusiaan, peradaban akhlak, kegawatan ekonomi mahupun pergolakan dunia yang semakin menuju kehancuran akibat peperangan yang berlaku.

Sebelum itu, ingin diterangkan maksud iktibar bermaksud pengajaran, contoh, ibarat dan teladan. Manakala cabaran bermaksud takut, ejekan atau celaan yang membawa perihal menguji kewibawaan seseorang.

Hijrah juga boleh difahamkan sebagai meninggalkan sesuatu yang dilarang. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Habsyi, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud “Orang-orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah. Ini membuktikan bahawa hijrah adalah satu jihad bukannya “pelarian” dan “arbitrasi” seperti yang ditafsirkan oleh sesetengah orientalis barat yang sengaja mahu menenggelamkan pengertian suci hijrah itu sendiri.

Sesungguhnya hijrah baginda Rasul saw dan para sahabat adalah satu peristiwa sejarah yang amat penting dalam perkembangan dan penyebaran Islam dipelusuk dunia kerana penghijrahan itu, memberi ruang yang lebih luas kepada pelaksanaan ajaran Islam baik dari aspek aqidah, syariat dan akhlak serta kaitannya kepada hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam sekitar.

Hijrah merupakan langkah penting melalui perancangan dan strategi yang cukup teratur untuk mengubah wajah dan perwatakan dunia serta menentukan arah masa depan sejarah manusia ke arah kesejahteraan, kebahagiaan, kemajuan serta kejayaan pembangunan manusia.Peristiwa hijrah bukan sahaja meninggalkan sejarah untuk dikenang dan dirayakan, malah membawa iktibar dan pengajaran yang cukup bermakna dalam arus cabaran kehidupan masa kini. Penghijrahan baginda Rasul saw itu sendiri adalah awal dari tekad perubahan atau dalam istilah apapun samada reformasi, tajdid, islah dan sebagainya dari situasi yang tidak menguntungkan kepada situasi yang lebih dinamik dan berkesan.

Cabaran masa kini yang harus diambil iktibar dan rujukan

1. CABARAN HIJRAH AQADIYYAH/PEGANGAN

Iaitu tekad dan komitmen penuh untuk melakukan hijrah dari berbagai tuhan dalam hidup kita seperti mengagungkan manusia seperti artis atau tokoh, harta, kedudukan, persepsi dan sebagainya daripada mengagungkan Allah swt. Betapa kekaguman kita terhadap seseorang artis contohnya dimana sebahagian sikap umat Islam memberhalakan mereka dengan mencontohi cara hidup yang jelas bertentangan dengan aqidah tanpa memikirkan kesan sebaliknya kepada generasi manusia akan datang, sesudah perpindahan atau hijrah yang positif ke arah yang lebih positif.Jelas jika kita renung kembali penghijrahan Baginda Rasul saw ke Madinah dimana setiap muslim dididik supaya patuh, menyerah dan menyembah Allah serta taat kepada ajaran Islam yang didasarkan kepada panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Berasaskan kekuatan aqidah tersebut terbinanya sebuah masyarakat Islam yang kukuh dalam mentaati perintah

Page 23: Sirah Rasulullah s.a.w

dan larangan Allah.

2. CABARAN HIJRAH TERHADAP PENGIBADATANIaitu tekad dan komitmen penuh dari umat Islam untuk melakukan perubahan konsepsi terhadap ibadah dalam Islam. Selama ini umat Islam masih memahami makna ibadah sebagai kegiatan ritual yang terlepas dari masalah sosial dalam kehidupannya. Konsekwensinya, terjadi personaliti yang berlainan atau sebaliknya di mana dalam satu keadaan merasa menjadi hamba yang soleh namun alam keadaan yang lain tanpa disedari menjadi hamba yang muflis dalam berbagai bentuk kehidupan.

Pemahaman terhadap konsepsi ibadah di atas sudah masanya direformasikan atau diubah supaya umat Islam tidak lagi kehilangan banyak kunci-kunci syurga dalam bentuk amal kemasyarakatan, pengelolaaan bangsa dan negara, pentadbiran ekonomi dan kemakmuran akhlak. Sebab dengan menyedarkan umat Islam akan makna ibadah dalam proses amal ma’aruf, penegakan keadilan dan penanaman motivasi agar umat bangkit melakukan kewajiban dunia dan akhirat selaras dengan sabda baginda Rasul saw yang bermaksud : “Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esoknya dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu hidup selama-lamanya. ”

3. CABARAN HIJRAH AKHLAK DAN TINGKAHLAKUIaitu perubahan tingkahlaku dari dari segi lahir atau batin ke arah akhlak Islamik. Akhlak yang diajarkan oleh Islam sesungguhnya adalah akhlak manusia yang universal. Contohnya, ketika di musim haji, kita akan merasakan betapa “attitude” manusia akan beragam, termasuk yang melampaui batas sehingga melompat di atas kepala jemaah haji lain yang sedang duduk berzikir, sedangkan dalam hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu duduk di antara dua orang tanpa izin keduanya, lalu bagaimana melompati kepala orang ?Cabaran akhlak yang paling ketara masa kini ialah krisis identiti diri dalam semua peringkat umur. Di mana kita sering dilaporkan tentang keruntukan akhlak remaja, sumbang mahram oleh golongan dewasa dalam keluarga, kekeruhan hubungan antara jiran tetangga, masyarakat atau hubungan diplomatik antara negara. Jelas kekurangan peratus nilai murni akhlak semakin susut selari dengan perkembangan global dunia tanpa sempandan yang bersumberkan teknologi tinggi yang boleh disalurkan dari rumah ke rumah dengan hanya memetik butang dan peristiwa negatif terpampang jelas di depan mata jika tidak dibendung secara sihat.

4. CABARAN HIJRAH USRAWIYYAH/KEKELUARGAANIaitu tekad dan komitmen baru untuk melakukan perubahan dalam pola pembangunan keluarga. Keluarga disebutkan secara khusus kerana keluarga merupakan institusi terpenting untuk melakukan perubahan-perubahan dalam kehidupan sosial kemasyarakatan. Gagalnya institusi keluarga merupakan kegagalan dalam institusi kemasyarakatan yang lebih luas.Kalau selama ini, sebahagian umat Islam terlalu mementingkan duniawi kebendaan dalam membangun kehidupan keluarganya, mungkin sudah masanya dilakukan perubahan yang lebih seimbang antara material dan spritual. Jika umat Islam terlalu termotivasi untuk mendidik anak ke peringkat tertinggi dalam bidang akademik, kini masanya keseimbangan pendidikan tertinggi itu diselaraskan dengan pendidikan rohani. Pengisian hijrah ke arah kehidupan keluarga Islamik yang sebelumnya dinodai oleh kekaburan dunia akan merubah

Page 24: Sirah Rasulullah s.a.w

konsepsi masyarakat bukan Islam kepada cara hidup Islam yang sebenar berlandaskan aqidah, ibadah, akhlak dan perundangan.

5. CABARAN HIJRAH MEMBUDAYAKAN AKAL BUDIIaitu tekad untuk memurnikan sistem pemikiran dan persepsi seorang muslim kepada penggunaan akal secara maksimum melalui kemampuan intelektual dalam membezakan perkara baik dan buruk, halal atau haram dan sebagainya. Penyalahgunaan akal kepada sesuatu yang tidak boleh dimanfaatkan akan menghadirkan implikasi yang besar kepada pandangan umum terhadap sesuatu perkara yang akhirnya diikuti tanpa dirujuk secara waras. Contohnya melihat cara hidup barat dalam pergaulan dan berpakaian serta cenderung untuk mengikutinya tanpa memikirkan kesan disebalik cara tersebut yang boleh meruntuhkan akhlak dan tanpa disedari terjebak dalam sebuah penjajahan baru yang dipanggil penjajahan intelektual.

Begitulah antara cabaran hijrah daripada banyak cabaran lain yang tidak dapat diungkapkan di sini yang perlu diberi perhatian agar iktibar hijrah baginda Rasul saw yang lalu dapat digunakan untuk memimpin generasi manusia kini dan akan datang supaya tidak lari lebih jauh dari ajaran Islam sebenar seimbang dengan kemodenan cara hidup yang sedia ada.

Kesimpulan

Pertama sekali adalah jika kita benar-benar mengimani wahyu Allah, tentu kita mempunyai sikap optimis terhadap perubahan kehidupan dari yang buruk kepada yang baik. Kemudiankita perlu sedar bahawa cabaran hidup masa kini dapat meningkatkan kesedaran dan kepekaan terhadap nasib umat Islam akan datang supaya lebih terpimpin ke jalan yang benar dan diredhai Allah.

Seterusnya, umat Islam dapat mempelajari sejarah perjuangan baginda Rasul saw dan para sahabat dalam membangunkan sejarah gemilang peradaban manusia, politik pemerintahan berasaskan syariat. Terakhir adalah kita semua harus mempersiapkan generasi Islam kini agar lebih memahami dan menghayati akhlak Islamiyyah yang tulis dalam pembentukan tingkahlaku peradaban manusia.

Ustaz Abd Aziz bin HarjinPensyarahUniversiti Teknologi MARA Perlis02600 Arau, PerlisMALAYSIA

http://ctu151.blogspot.com/2009/04/faktor-berlakunya-hijrah.html