unit 1 sirah

163
UNIT 1 PENGENALAN SIRAH DAN KEPENTINGANNYA HASIL PEMBELAJARAN Setelah mengikuti pelajaran di dalam unit ini pelajar dapat: i. Menerangkan pengertian sirah dari sudut bahasa dan istilah serta kepentingannya. ii. Menghuraikan kelahiran dan kehidupan Rasulullah serta menganalisa pendekatan strategik Rasulullah semasa umat Islam di Madinah. iii. Menjelaskan secara kronologi tentang proses penguasaan kembali kota Mekah daripada tangan kaum musyrikin serta kesannya terhadap keunggulan ummah. iv. Menjelaskan keunggulan serta sumbangan para tokoh yang banyak menyokong misi Rasulullah s.a.w. menegakkan Islam dalam masyarakat. 1

Upload: noorlela-shariff

Post on 21-Jan-2015

2.055 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 1 sirah

UNIT 1

PENGENALAN

SIRAH

DAN KEPENTINGANNYA

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti pelajaran di dalam unit ini pelajar dapat:

i.

Menerangkan pengertian sirah dari sudut bahasa dan istilah serta

kepentingannya.

ii.

Menghuraikan kelahiran dan kehidupan Rasulullah serta menganalisa

pendekatan strategik Rasulullah semasa umat Islam di Madinah.

iii.

Menjelaskan secara kronologi tentang proses penguasaan kembali kota

Mekah daripada tangan kaum musyrikin serta kesannya terhadap

keunggulan ummah.

iv.

Menjelaskan keunggulan serta sumbangan para tokoh yang banyak

menyokong misi Rasulullah s.a.w. menegakkan Islam dalam masyarakat.

v.

Menjelaskan perbezaan corak pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin dengan

1

Page 2: Unit 1 sirah

Bani Umaiyyah.

vi.

Membincangkan sejarah pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin dan

sumbangannya.

vii.

Mengsyorkan aplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran ( P & P ) sirah.

ARAHAN

Pelajar dikehendaki:

i.

Menjawab soalan pra yang disediakan sebelum terus membaca modul

ii.

Membaca isi modul yang disediakan dengan teliti

iii.

Membuat rujukan perpustakaan dan mengakses maklumat dari internet

perkara-perkara berkaitan dengan tajuk/unit ini.

9

2

Page 3: Unit 1 sirah

UJIAN PRA

Sebelum anda meneruskan bacaan unit ini, cuba anda dapatkan jawapan dari manamana

bahan bacaan untuk menjawab beberapa soalan berikut:

i. Apakah yang anda tahu tentang pengertian sirah.

ii. Huraikan kepentingan atau keperluan umat Islam mempelajari sirah.

iii. Apakah yang anda ketahui tentang ketokohan dan kebijaksanaan Rasulullah

s.a.w.?.

iv. Cuba anda berikan contoh-contoh pembaharuan yang dibuat oleh Khalifah

al-Rasyidin.

v. Huraikan perbezaan corak pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dengan

Umar Abdul Aziz.

10

3

Page 4: Unit 1 sirah

UNIT 2

2.1 APAKAH SIRAH

Sirah bermaksud perjalanan, keadaan dan situasi seseorang. Sirah daripada sudut

bahasa bermaksud perjalanan keadaan dan situasi seseorang. Ia berasal daripada

perkataan ‘saara’, ‘yasiiru’ yang bermakna berjalan.

Sirah dari sudut istilah bererti perjalanan hidup, iaitu keadaan kehidupan Rasulullah

s.a.w. daripada zaman kelahirannya sehinggalah kepada kewafatan baginda s.a.w. dan

juga perkembangan Islam itu sendiri.

Adakah sirah Rasulullah s.a.w. ini penting kepada kita? Sirah Rasulullah s.a.w. adalah

sesuatu yang amat penting bagi setiap orang Islam. Ia menggambarkan keseluruhan

kehidupan manusia yang paling di sayangi Allah s.w.t. dan merupakan kekasihNya.

2.2 TUJUAN MEMPELAJARI SIRAH:

1.Supaya memperolehi sokongan padu untuk memahami Kitab Allah dan mengecapi roh

al-Qur’an.

2.Ia menjadi medium untuk mengumpulkan seberapa banyak sumber maklumat dan

pengajaran Islam, sama ada masalah yang berhubung dengan akidah, hukum-hakam

atau yang berhubung kait dengan akhlak.

3.Mempelajari sirah adalah untuk memahami Islam.

4.Mengetahui peristiwa-peristiwa di zaman nabi, cerita-cerita aneh, indah dan sedap

didengar.

5.Mengenali tokoh-tokoh yang terkemuka dan berjasa pada zaman awal Islam,

menghargai dan mencontohi perjuangan mereka.

4

Page 5: Unit 1 sirah

6.Mengetahui sumbangan-sumbangan tokoh yang diketengahkan sewaktu pengajaran

dan pembelajaran.

11

5

Page 6: Unit 1 sirah

7.Memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat tentang keagungan peribadi

Rasulullah SAW.

8.Mempelajari mengenai gerak-geri, tindak tanduk dan juga perangai nabi s.a.w. yang

dikenali dengan ‘Sirah Nabawiyyah’.

09.Supaya dapat gambaran (tasawwur) yang jelas tentang hakikat Islam yang wujud

dalam hidup Nabi Muhammad s.a.w.. Ia memerlukan kepada contoh teladan yang baik.

10.Mendalami ilmu tentang Sirah Nabawiyyah itu dengan tujuan mendapatkan tafsiran

yang sebenar untuk mengetahui hakikat mengenai Islam.

2.3SEJARAH KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW:

2.1 Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w.

(a) Peringkat Kelahiran dan Asuhannya.

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan dalam keluarga yang ternama daripada masyarakat

Quraisy. Ayahanda Nabi Muhammad s.a.w. ialah Abdullah bin Abd al-Muttalib. Abdullah

telah melangsungkan perkahwinan dengan Aminah binti Wahab ketika usianya 24

tahun. Semasa dalam perjalanannya dari Syam ke Makkah, Abdullah telah meninggal

dunia di Yathrib. Sewaktu meninggal dunia beliau berusia 25 tahun dan isterinya sedang

mengandung.

Siti Aminah melahirkan Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiul Awal bersamaan 20

April 571 M, tahun Gajah. Menurut ahli ilmu falak Mesir, Mahmud Basya, kelahiran Nabi

adalah tanggal 9 Rabiul Awal tahun Gajah, bertepatan dengan 20 April tahun 571 M.

Sebaik sahaja Nabi dilahirkan baginda dibawa oleh datuknya, Abd Muttalib memasuki

Kaabah dan diberikan nama ‘Muhammad’ (yang terpuji). Setelah menyusu dengan

6

Page 7: Unit 1 sirah

ibunya selama tiga hari, Baginda disusukan dan diasuh oleh Suwaibah al-Aslamiyyah di

desa. Antara tujuannya ialah supaya mempunyai kesihatan yang sempurna, boleh

berbahasa Arab baku (Arab fushah) dan dilatih dengan kehidupan di desa.

Selepas itu, Halimah al-Sa’diyah telah mengambil Nabi sebagai kanak-kanak

asuhannya. Pada tahun ketiga atau kelima berlakulah peristiwa pembedahan dada

12

7

Page 8: Unit 1 sirah

baginda oleh dua orang malaikat Halimah al-Sa’diyah berasa terkejut dengan berita itu,

lalu membuat keputusan untuk memulangkan Nabi Muhammad kepada ibunya, Aminah.

Setelah berusia lima tahun, Baginda dan ibunya menziarahi pusara bapanya di Yathrib.

Dalam perjalanan pulang, ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia di suatu tempat

bernama Abwa’. Usia Nabi pada ketika itu enam tahun, maka Baginda menjadi yatim

piatu.

(b) Nabi Yatim Piatu dan Dipelihara Oleh Abd Muttalib.

Datuknya, Abd al-Muttalib telah menerima tugas memelihara Nabi selepas kewafatan

Siti Aminah, tetapi selepas dua tahun datuknya pula meninggal dunia. Setelah itu, Nabi

dijaga oleh bapa saudaranya Abu Talib. Ketika bersama-sama bapa saudaranya,

Baginda bekerja mengembala kambing atau biri-biri untuk mendapatkan upah dan

meringankan tanggungjawab bapa saudaranya. Ketika berusia 12 tahun Baginda

dibawa ke Syam oleh bapa saudaranya untuk membantu beliau menguruskan

perniagaan di sana.

(c) Nabi Di bawah Jagaan Bapa Saudaranya Abu Talib.

Sewaktu sampai di Busra, sebuah pekan kecil di Selatan Syam, mereka bertemu

seorang rahib (paderi) bernama Bahirah. Bahirah dikatakan mendapat tanda-tanda

kerasulan pada diri Nabi dan menasihatkan Abu Talib supaya membawa anak

saudaranya pulang segera kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menganiayainya.

Sejak peristiwa itu, Abu Talib tidak berani lagi membawa Nabi ke Syam atau ke tempattempat

yang jauh dari Kota Makkah.

(d) Kegiatan Nabi Semasa Remaja.

Pemergian Nabi ke Syam telah memberinya pengajaran yang besar untuk jangka

8

Page 9: Unit 1 sirah

panjang kerana Baginda dapat mengetahui tempat-tempat bersejarah, mengenali

masyarakat Syam dari dekat, mengikuti berita kerajaan Rom yang memerintah negeri

Syam ketika itu, mengetahui ajaran agama Nasrani dan agama-agama lain yang dianuti

oleh penduduk Syam. Setelah itu, Baginda tetap menjalankan aktiviti perdagangan di

13

9

Page 10: Unit 1 sirah

sekitar Kota Makkah dan pasar-pasar yang berdekatan seperti Ukaz, Majannah dan Dhu

al-Majaz. Baginda juga telah menimba ilmu pengetahuan, iaitu cara-cara berpidato,

bersyair dan bersajak daripada tokoh-tokoh yang terkenal daripada bangsa Arab,

Yahudi dan Nasrani.

Nabi Muhammad s.a.w. dikatakan turut serta membantu kaum Quraisy dalam

peperangan al-Fijar. Pada ketika itu usia baginda ialah 14-15 tahun. Setelah tamat

peperangan al-Fijar, berlaku pula peristiwa penting iaitu perjanjian yang dikenali sebagai

Hilf al-Fudul. Nabi Muhammad s.a.w dikatakan turut serta dalam menyokong perjanjian

ini di atas inisiatif bapa saudaranya, al-Zubair bin Abd. al-Muttalib. Usia baginda pada

ketika itu ialah 20 tahun.

(e) Nabi Berkahwin Dengan Siti Khadijah.

Sewaktu berkahwin dengan Siti Khadijah usia baginda mencapai 25 tahun. Pada waktu

itu baginda menjadi manusia yang sudah matang dan boleh memikul segala

tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Malah baginda sudah dikenali ramai

sebagai seorang usahawan yang pintar lagi dihormati. Beliau mengenali Nabi menerusi

Abu Talib sebagai rakan perdagangannya.

Pada waktu Khadijah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w., beliau telah berusia 40

tahun. Perkahwinan Nabi dengan Siti Khadijah telah membawa tuah. Bagi pihak Nabi

walaupun Siti Khadijah seorang janda dan jauh lebih tua, tetapi dengan kedudukannya

sebagai seorang hartawan yang berpengaruh telah banyak membantu baginda dalam

urusan dakwah.

Selain bantuan harta benda yang diberikan, baginda berpeluang sekali lagi menziarahi

negeri Syam menerusi misi perdagangan Siti Khadijah bagi menambah ilmu

10

Page 11: Unit 1 sirah

pengetahuan kerana di Syam terdapat ramai para ilmuan dan ahli agama yang

berkebolehan. Bagi pihak Siti Khadijah pula merasa bertuah kerana dapat bersamasama

Nabi, seorang pemuda tampan dan mempunyai sifat-sifat mulia yang telah

membawanya ke arah hidayat, petunjuk dan keimanan. Hasil perkahwinan Nabi dengan

Siti Khadijah telah melahirkan enam orang cahaya mata iaitu dua lelaki dan empat

perempuan.

14

11

Page 12: Unit 1 sirah

Walaupun isterinya seorang hartawan dan bangsawan Quraisy, namun Baginda terus

hidup dalam keadaan sederhana dan hidup bermasyarakat. Walaupun ada puak-puak

tertentu yang cuba memboikot Nabi kerana perasaan iri hati terhadapnya setelah

berkahwin dengan Siti Khadijah, tetapi usaha itu dikatakan gagal. Ini adalah disebabkan

Nabi sudah mengikat tali kekeluargaan dengan suku-suku berpengaruh menerusi

perkahwinan puteri-puterinya. Ini merupakan satu taktik dan strategi jangka panjang

Baginda bagi mendapatkan sokongan di kalangan penduduk Makkah.

(f) Peristiwa Meletakkan Hajarul Aswad.

Semasa peristiwa Kota Makkah dilanda banjir kilat dan setelah hampir siap untuk

diperbaiki, berlaku suatu pertelagahan antara puak-puak Quraisy kerana mereka

berebut-rebut hendak meletakkan Hajarul Aswad ke tempat asalnya di Bangunan

Kaabah. Baginda akhirnya telah dilantik sebagai hakim dalam pertikaian ini. Baginda

meletakkan Hajarul Aswad itu di atas sehelai serban, kemudian menyuruh wakil setiap

suku yang bertelagah mengangkat bersama-sama. Apabila hampir ke tempatnya, Nabi

sendiri mengambil Hajarul Aswad itu lalu meletakkan ke tempat asalnya. Dengan cara

ini kesemua pihak berpuas hati dan sekali gus terhindarlah pergaduhan yang hampir

berlaku.

Peristiwa ini penting bagi Nabi Muhammad s.a.w. kerana kedudukan Baginda di

kalangan kaum Quraisy menjadi semakin menonjol berikutan kejayaannya

menyelesaikan perbalahan antara kaum dan sekali gus dianggap sebagai seorang

pemimpin masyarakat dan hakim yang adil lagi bijaksana, sedangkan usianya pada

ketika itu hanyalah di sekitar 35 tahun. Ia juga menunjukkan kejahilan masyarakat

Quraisy pada ketika itu, bukan sahaja kerana fahaman khurafat terhadap kesucian

kaabah, tetapi juga dari segi ilmu pengetahuan. Justeru itu, keadaan ini memperlihatkan

masyarakat Arab bukan sahaja perlu mempunyai ketua yang berkelibar, tetapi juga

12

Page 13: Unit 1 sirah

pemimpin dari segi akidah dan ketamadunan.

15

13

Page 14: Unit 1 sirah

(g) Nabi Bertahannuth Di Gua Hira’.

Nabi Muhammad s.a.w. turut melakukan tahannuth sekali dalam setahun iaitu pada

bulan Ramadhan. Baginda bertahannuth di Gua Hira’ dan berulang-ulang kali ke gua itu

di sepanjang bulan Ramadhan beberapa tahun sebelum menerima wahyu. Di Gua Hira’,

baginda mencari ketenangan sambil bertafakur mencari petunjuk dan kebenaran

daripada Allah. Baginda adalah pengikut syariat Nabi Ibrahim a.s dan menolak agama

berhala, tidak berjudi, tidak minum arak, dan tidak melakukan sebarang maksiat.

Begitulah setiap hari sepanjang bulan Ramadhan selama enam tahun sehingga

turunnya wahyu.

Rumusan:

Sepanjang kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Allah telah pun memperlihatkan tandatanda

kenabian dan kerasulannya. Baginda telah menerima wahyu pertama pada 17

Ramadhan (16 Ogos 610 M) dengan surah al-‘Alaq ayat 1 – 5. Dengan ini baginda

secara rasmi dilantik sebagai Nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan. Setelah itu diikuti

pula surah al-Muddathir ayat 1 – 7 yang menandakan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

16

14

Page 15: Unit 1 sirah

UNIT 3

3 .Bi’thah Hingga Hijrah Ke Madinah.

3.1 Peristiwa Wahyu Pertama Di Gua Hira’

Apabila umur baginda s.a.w. menghampiri 40 tahun, Rasulullah s.a.w. sering

mengasingkan diri di Gua Hira’, Bukit al-Nur untuk beribadah dan menenangkan fikiran.

Ketika berumur 40 tahun, pada suatu malam di Gua Hira’, tiba-tiba kelihatan Jibril a.s

datang menemui Rasulullah dan berkata, “Bacalah”. Rasulullah s.a.w. menjawab, “Saya

tidak tahu membaca”.

Perkataan Jibril a.s ini diulang sebanyak 3 kali dan jawapan Rasulullah s.a.w. tetap

sama, “Saya tidak tahu membaca”. Setiap kali mendengar jawapan Rasulullah s.a.w.,

Jibril akan memeluk baginda sehingga lemas. Seterusnya Jibril membaca firman Allah

s.w.t. dalam surah al-Alaq ayat 1 hingga lima (sila rujuk al-Qur’an).

Rasulullah s.a.w. terkejut dan cemas dengan peristiwa tersebut, lalu memberitahu

isterinya Siti Khadijah r.a. Khadijah r.a membawa Rasulullah s.a.w. bertemu sepupunya

Waraqah bin Naufal. Selepas mendengar cerita Rasulullah s.a.w. Waraqah berkata,

“Inilah pembawa wahyu, iaitu Jibril a.s yang pernah datang kepada nabi Musa a.s mogamoga

aku masih kuat dan gagah ketika engkau diusir oleh kaummu”. Selang beberapa

lama selepas itu, Waraqah meninggal dunia.

3.2 Wahyu Kedua dan Arahan untuk Berdakwah.

Setelah 40 hari daripada peristiwa di Gua Hira’, Jibril a.s datang untuk kali kedua. Nabi

15

Page 16: Unit 1 sirah

Muhammad s.a.w. sedang berselimut ketika Jibril a.s menemui baginda. Lalu Jibril a.s

17

16

Page 17: Unit 1 sirah

menurunkan wahyu kedua buat nabi s.a.w. yang mengandungi permulaan urusan

dakwah dan menyampaikan ajaran Allah s.w.t. kepada seluruh manusia diturunkan

surah al-Mudaththir ayat 1 hingga 7 (Sila rujuk al-Qur’an).

Maka, bermulalah dakwah Rasulullah s.a.w. kepada seluruh manusia secara rahsia dan

masuknya beberapa ahli keluarga terdekat Rasulullah s.a.w. ke dalam Islam berserta

beberapa orang sahabat baginda. Orang yang mula-mula memeluk agama Islam ialah

isteri baginda Siti Khadijah bt. Khuwailid, seterusnya hambanya Zaid bin Harithah,

sepupu baginda Ali bin Abi Talib dan sahabatnya Abu Bakar al-Siddiq.

3.3 Hijrah ke Habsah.

Hijrah ertinya perpindahan iaitu perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah

(Yathrib). Penghijrahan bermula pada 1 Muharam 1 H (16 Julai 622 M) yang

menandakan juga bermulanya tahun Islam. Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke

Madinah sememangnya didorong oleh faktor-faktor dalaman dan luaran.

3.3.1 Faktor-Faktor Dalaman.

Faktor-faktor dalaman adalah sebab-sebab penghijrahan yang berkaitan dengan hal-hal

peribadi Nabi Muhammad s.a.w.

(a) Peribadi Nabi.

Faktor-faktor dalaman adalah sebab-sebab penghijrahan yang berkaitan dengan hal-hal

peribadi Nabi Muhammad s.a.w. Madinah merupakan tempat yang sering dikunjungi

oleh Baginda, terutamanya untuk menziarahi pusara ayahandanya, Abdullah bin Abd.al-

Muttalib dan bondanya, Aminah binti Wahab. Faktor ini berkait langsung dengan

pengetahuan Nabi tentang kedudukan masyarakat dan komposisi penduduk Madinah.

Pengetahuan dan maklumat ini memudahkan Baginda melakukan hijrah dan

17

Page 18: Unit 1 sirah

penyebaran Islam.

18

18

Page 19: Unit 1 sirah

(b) Hubungan Kekeluargaan Nabi Di Madinah.

Hubungan kekeluargaan Nabi dengan penduduk Madinah di sebelah datuk

perempuannya. Faktor ini ada kaitan dengan sokongan moral masyarakat Arab Madinah

terhadap Nabi. Justeru itu, kaum Aus dan Khazraj daripada keturunan Arab tidak raguragu

berusaha untuk mengadakan hubungan dengan Baginda menerusi Perjanjian

Aqabah.

(c) Memperluaskan Islam Ke Utara Semenanjung Arab.

Baginda juga didorong dengan cita-cita untuk memperluaskan penyebaran agama Islam

di bahagian utara Semenanjung Arab. Faktor ini ada kaitannya dengan ekspedisi

ketenteraan di sempadan Syam iaitu ke Dumat al-Jandal pada 5 H/626 M yang dipimpin

oleh Baginda dan pimpinan Abd al-Rahman bin Auf pada 6 H/627 M. Ia menandakan

perancangan awal Baginda untuk memperluaskan pengaruh Islam ke kawasan jajahan

takluk kerajaan Byzantine. Penaklukan wilayah Dumat al-Jandal yang terletak di antara

Madinah dengan Syam adalah penting bagi menjaga keamanan dan keselamatan

golongan peniaga Islam yang berdagang di Syam.

(d) Surat Utusan.

Faktor ini juga berkaitan dengan perancangan Baginda untuk menghantar surat utusan

kepada raja-raja Mesir, Byzantine dan Parsi. Selepas hijrah, Baginda telah mengutuskan

surat untuk dibawa oleh wakilnya iaitu Hatib bin Abi Balta’ah kepada Muqawqis-Raja

Mesir, Dihyah bin Khalifah al-Khalbi kepada Qaisar Maharaja – Byzantine dan Abdullah

bin Hudhafah al-Sahmi kepada Kisra-Maharaja Parsi. Ia penting bukan sahaja kepada

kesempatan memperluaskan Islam, bahkan hubungan diplomatik dengan kerajaankerajaan

berkenaan.

19

19

Page 20: Unit 1 sirah

20

Page 21: Unit 1 sirah

3.3.2 Faktor Luaran.

(a) Kedudukan geografi dan struktur sosial Madinah.

Antara faktor luaran pula, Madinah telah dipilih sebagai tempat hijrah kerana

kesesuaiannya sama ada dari segi geografi ataupun dari segi struktur sosialnya. Aspek

geografi, Madinah yang sesuai sebagai kawasan penempatan kerana tanah yang subur

dan terletak di jalan perdagangan yang strategik sama ada jalan darat atau laut. Struktur

sosialnya pula mudah dibentuk dan dibimbing kerana masyarakat Madinah lebih

memahami aspek kerohanian dalam hal-hal agama, tidak sebagaimana kaum Quraisy di

Makkah. Tambahan pula dengan adanya Perjanjian Aqabah telah menjadi perintis

kepada penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w.

(b) Perjanjian Aqabah.

Perjanjian Aqabah yang berlaku pada tahun kedua belas kerasulan Nabi dan diikuti pula

pada tahun berikutnya telah membentuk asas-asas yang diperlukan sebagai persediaan

sebelum berhijrah. Antaranya termasuklah menanam dan menyemai aqidah Islam di

kalangan kaum Khazraj dan kaum Aus, serta menghantar 12 orang naqib untuk

menyebarkan Islam di Madinah.

(c) Kejayaan Hijrah Rombongan Yang Pertama.

Faktor kejayaan rombongan yang pertama berhijrah ke Madinah seramai 70 orang dan

beberapa kumpulan kecil lagi telah memberi perangsang kepada Baginda untuk

meneruskan usaha tersebut. Nabi, beberapa orang sahabat dan mereka yang menjadi

tawanan kaum Quraisy terpaksa menangguhkan penghijrahan mereka. Penghijrahan ini

menimbulkan rasa kurang senang di kalangan kaum Musyrikin Quraisy kerana dikhuatiri

Baginda akan mewujudkan kuasa baru di Madinah.

20

21

Page 22: Unit 1 sirah

22

Page 23: Unit 1 sirah

(d) Kecewa Dengan Sikap Permusuhan Kaum Quraisy.

Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah bukanlah kerana takut atau cuba melarikan diri

daripada kaum musyrikin atau cuba melarikan diri daripada kaum musyrikin Makkah,

tetapi baginda kecewa dengan sikap permusuhan kaum musyrikin terhadap orang

Islam.Perjuangan baginda selama hampir 14 tahun di Makkah secara relatifnya gagal

kerana tidak ramai penduduknya yang memeluk agama Islam. Sebaliknya, penentangan

mereka semakin hebat dari semasa ke semasa. Ini termasuklah menyeksa umat Islam,

memulau keluarga Bani Hasyim dan akhirnya ialah percubaan membunuh nabi sendiri.

(e) Bimbingan Wahyu.

Dalam pada itu, Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai matlamat jangka panjang menerusi

bimbingan wahyu dan perintah Allah. Baginda dan pengikut-pengikutnya telah

diperintahkan oleh Allah untuk berhijrah bagi menyebarkan ajaran Islam dengan cara

yang lebih berkesan. Arah dan tempat hijrah juga telah ditentukan.

? FIKIR:

Ingatkah anda akan maksud hijrah yang telah kita bincangkan dalam tajuk

sebelum ini?

? FIKIR LAGI:

‘Hijrah adalah suatu proses evolusi dan bukan revolusi.’ Bincangkan pernyataan

ini secara kritis dengan kawan-kawan anda dalam konteks penghijrahan Nabi

Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah.

21

23

Page 24: Unit 1 sirah

24

Page 25: Unit 1 sirah

PROSES DAKWAH DAN PENENTANGAN KAUM QURAISY

“Sekiranya mereka letakkan matahari ditangan kananku dan bulan di tangan kiriku

supaya aku tinggalkan seruan ini, aku tidak akan sekali-kali meninggalkannya sehingga

Allah memberi kejayaan atau aku dibinasa kerananya.”

Petikan tersebut adalah daripada Nabi Muhammad s.a.w. Tujuannya untuk menjawab

rayuan bapa saudaranya, Abu Talib yang mewakili kaum Quraisy dalam masalah

dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi Nabi Muhammad s.a.w. berkeras dengan

pendiriannya tidak mahu tunduk di atas segala tuntutan kaum Musyrikin Makkah.

Pernyataan tersebut bermaksud jika apapun bentuk anugerah yang diberikan oleh kaum

Quraisy, Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan sekali-kali meninggalkan usaha dakwah itu.

Dengan pernyataan ini akhirnya Abu Talib menyebelahi Baginda dalam usaha

mengembangkan dakwah Islam dan menghadapi penentangan kaum Quraisy. Proses

dakwah yang dilakukan oleh Baginda boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu

dakwah secara sulit dan terang-terangan.

(a) Dakwah secara sulit

Nabi Muhammad s.a.w. telah berdakwah secara sulit dengan memberi tumpuan kepada

keluarga, kaum kerabat dan teman-teman rapatnya. Baginda menyeru mereka supaya

beriman kepada Allah dan RasulNya dengan melakukan kebaikan dan meninggalkan

kemungkaran. Dakwah yang dijalankan oleh Baginda adalah secara lemah lembut dan

penuh hikmah.

Kira-kira selama tiga tahun dakwah Nabi Muhammad s.a.w. dilakukan secara sulit, tetapi

hanya beberapa orang sahaja daripada penduduk Makkah yang memeluk agama Islam.

25

Page 26: Unit 1 sirah

Antaranya ialah Siti Khadijah, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar al-

Siddiq. Dengan berkat usaha Abu Bakar al-Siddiq lebih ramai kaum Quraisy memeluk

Islam seperti Uthman bin Affan, al-Zubair al-Awwam, Abdul Rahman Auf dan lain-lain.

Senarai nama orang Islam ini bukan sahaja terdiri daripada orang-orang miskin, malah

termasuk juga golongan hartawan dan para pembesar Quraisy. Selain Abu Bakar al-

Siddiq, al-Arqam bin Abi al-Arqam telah menghadiahkan rumahnya untuk dijadikan

markas dakwah Islamiyah yang pertama selepas rumah Nabi.

22

26

Page 27: Unit 1 sirah

(b) Dakwah secara terang-terangan

Berikutan perintah supaya berdakwah secara terang-terangan, maka Nabi Muhammad

s.a.w. telah mengadakan suatu Majlis jamuan makan dirumahnya dan diikuti pula

dengan rapat umum di Bukit Safa. Akan tetapi, kedua-dua usaha baginda ini telah

menemui kegagalan, malah beliau ditentang kuat oleh bapa saudaranya, Abu Lahab.

Semenjak peristiwa itu orang Musyrikin Quraisy mulai melakukan tindakan-tindakan

ganas serta menyeksa orang Islam. Kaum Quraisy mengejek dan menghina Nabi

menerusi para penyair mereka.

Pada mulanya kaum Quraisy tidak mempedulikan seruan Nabi kepada ajaran tauhid.

Akan tetapi apabila baginda menyelar agama berhala maka pembesar-pembesar

Quraisy merasa terhina lalu bertindak dengan meminta Abu Talib menasihati Nabi

Muhammad, sebaliknya Abu Talib pula menyokong perjuangan Baginda.

Pihak pembesar-pembesar Quraisy masih tidak berputus asa lalu mereka memujuk Nabi

dengan menawarkan harta, pangkat dan perempuan serta berkompromi antara agama

berhala dan agama Islam. Akan tetapi semua tawaran tersebut ditolak oleh Nabi.

Akhirnya, kaum Quraisy mengambil tindakan keras dengan melakukan penyeksaan ke

atas orang-orang Islam. Pada peringkat ini mereka menyeksa golongan yang lemah

termasuk golongan hamba, fakir miskin dan yang bernaung di bawah ketua-ketua kaum

Quraisy. Antara mereka yang disiksa ialah Bilal bin Rabah, Ammar bin Yasir dan

Khabbab bin al-Aratt.

Semakin ramai memeluk Islam maka semakin ganas pula tindakan kaum Quraisy

terhadap mereka. Setelah melihat keadaan yang serius ini, Nabi menasihatkan para

sahabatnya supaya pergi ke Habsyah. Tujuan ke sana bukan semata-mata untuk

mengelakkan penyeksaan kaum Quraisy, tetapi juga mempunyai matlamat jangka

27

Page 28: Unit 1 sirah

panjang iaitu berdakwah untuk menyebarkan Islam di kalangan orang Habsyah.

Habsyah dipilih kerana di sana terdapat seorang raja yang adil bernama Najasyi yang

menganut agama Kristian. Peristiwa pemergian mereka ke Habsyah berlaku pada bulan

Rejab tahun kelima Kerasulan Nabi (tahun 615 M). Jumlah mereka yang pergi ke

Habsyah ialah 82 (83) orang, tidak termasuk wanita dan kanak-kanak. Sementara Nabi

dan para sahabat yang lain tinggal di Makkah untuk meneruskan dakwah.

23

28

Page 29: Unit 1 sirah

Walau bagaimanapun, dua orang misi Quraisy, iaitu Abdullah bin Rabi’ah dan Amru bin

al-As bertemu raja Habsyah untuk meminta orang-orang Islam kembali semula ke

Makkah. Akan tetapi usaha mereka gagal. Dalam tempoh ini juga kaum Quraisy

menuduh Nabi seperti ahli sihir, ahli nujum dan orang gila. Kata-kata mereka itu tidak

dipedulikan oleh Baginda.

Umar al-Khattab telah mengisytiharkan diri sebagai seorang Islam pada bulan Zulhijjah

tahun ke 6 kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Pengislaman Umar boleh dianggap

sebagai suatu peristiwa bersejarah dalam perkembangan Islam kerana beliau seorang

pemimpin yang sangat berpengaruh di kalangan masyarakat di Makkah. Salah satu

kesan daripada pengislaman beliau ialah kepulangan orang Islam dari Habsyah.

Abu Jahal dan rakan-rakannya telah mengambil inisiatif untuk memulau Bani Hasyim

dan Bani al-Muttalib selagi Nabi Muhammad tidak diserahkan kepada mereka.

Permulaan ini berlaku selama tiga tahun dan hanya pada musim haji sahaja mereka

boleh keluar. Kesempatan ini telah digunakan oleh Baginda untuk menyebarkan Islam

kepada jemaah haji seluruh Semenanjung Arab yang datang ke Makkah.

Selepas peristiwa pemulauan maka berlakulah peristiwa kematian Abu Talib, bapa

saudara Nabi dan isterinya, Siti Khadijah. Selepas kematian dua orang tokoh berkenaan

yang selama ini menjadi pelindung kepada Baginda maka penentangan kaum Quraisy

terhadap Nabi semakin kuat kerana ketika itu tidak ada sesiapa yang boleh menyekat

penentangan mereka.

Penentangan yang hebat daripada kaum Quraisy mendorong Nabi Muhammad s.a.w.

berdakwah di Taif. Sewaktu di Taif, Baginda berpeluang bertemu dengan pemimpinpemimpin

tempatan daripada suku Thaqif. Akan tetapi mereka enggan menerima

29

Page 30: Unit 1 sirah

dakwah Nabi sebaliknya menghina Baginda.

Kegagalan di Taif tidak sedikit pun melemahkan Nabi untuk meneruskan perjuangannya

bagi menegakkan agama Islam. Sewaktu di Makkah baginda menyeru kabilah-kabilah

Arab yang datang untuk menunaikan haji supaya beriman dan mentauhidkan Allah.

24

30

Page 31: Unit 1 sirah

Malangnya tidak seorang pun mendengar dakwah Nabi itu. Baginda merasa tersisih

daripada masyarakat Makkah dan diluar Makkah.

Dalam suasana yang tertekan akibat ancaman kaum Quraisy tiba-tiba berlaku peristiwa

yang menakjubkan iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa ini berlaku pada akhir era

Makkah iaitu 27 Rejab tahun kesebelas kerasulan. Namun begitu dengan terjadinya

peristiwa ini telah mengemparkan masyarakat kaum Quraisy Makkah kerana tidak

pernah didengar sebelum ini, lalu mereka menjadikan peristiwa ini sebagai modal untuk

menuduh Nabi sebagai seorang pembohong.

Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad telah berjaya mengadakan hubungan dengan

penduduk Madinah menerusi Perjanjian Aqabah. Keadaan ini menimbulkan perasaan

kurang senang kaum Musyrikin kerana orang Islam berhijrah ke Madinah. Mereka

bimbang kerana khuatir Baginda akan mewujudkan kuasa baru di Madinah. Akhirnya

Abu Jahal mencadangkan supaya Nabi dibunuh. Baginda telah diberitahu oleh malaikat

tentang komplot kaum Quraisy itu. Maka Baginda bersama-sama Abu Bakar al-Siddiq

pun mula berhijrah ke Madinah yang menandakan era baru dakwah Islamiyah.

Sebenarnya terdapat beberapa sebab mengapa kaum Quraisy menentang Nabi

Muhammad s.a.w., di antaranya ialah:

Pertama: Kaum Quraisy ingin mengubah kuasa dan pengaruh kepimpinan mereka di

kota Makkah yang terletak di tangan Bani Hasyim. Jika mereka memeluk Islam dan

mengikut Nabi bermakna kepimpinan itu akan terus berada di tangan Bani Hasyim.

Kedua: Agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah agama

tauhid yang menyeru kepada keadilan sosial dan persamaan taraf sesama manusia. Hal

31

Page 32: Unit 1 sirah

ini sangat bertentangan dengan sistem sosial Jahiliah yang masih berpegang dengan

taraf dan kedudukan sosial yang berbeza.

Ketiga: Kaum Quraisy mahu mempertahankan pusaka nenek moyang mereka yang

bukan sahaja melibatkan taraf sosial dan politik, tetapi juga berkaitan dengan taraf

ekonomi mereka yang mengamalkan penjualan patung-patung berhala. Andainya

25

32

Page 33: Unit 1 sirah

mereka memeluk Islam, maka sudah tentulah punca rezeki daripada penjualan ini akan

hilang kerana Islam tidak membenarkannya.

Keempat: Kaum Quraisy takut dan bimbang akan hari pembalasan. Oleh sebab mereka

sedar terlalu banyak perkara keji yang ditegah oleh agama Islam telah dilakukan. Jika

agama berhala, segala dosa itu dapat dihapuskan menerusi pengorbanan mereka

kepada berhala. Cara seperti ini sudah tentu lebih mudah bagi mereka melakukan

kejahatan kerana ia dapat dihapuskan di dunia tanpa menerima pembalasan pada hari

kiamat kelak.

Kelima: Mereka menentang Nabi dan Islam kerana perasaan iri hati terhadap

kedudukan Nabi Muhammad sebagai seorang Nabi dan Rasul. Antaranya ialah

Umayyah bin Ali al-Salt dan al-Walid bin al-Mughirah.

Kesimpulan:

Gambaran ini menunjukkan bahawa dua peringkat dakwah Nabi Muhammad s.a.w. iaitu

secara sulit dan terang-terangan. Ia jelas menunjukkan kegigihan Baginda menjalankan

tugas ini tanpa mengenal putus asa, walaupun sambutan kurang memuaskan semasa di

Makkah. Dengan penghijrahan Baginda ke Madinah keadaan penentangan kaum

Quraisy berubah dengan lebih radikal dan agresif lagi. Walau bagaimanapun, semua

penentangan yang dilakukan oleh kaum Quraisy ke atas Nabi telah menemui kegagalan

dan Islam terus berkembang maju semasa berpusat di Madinah.

BAI’AH ‘AQABAH

33

Page 34: Unit 1 sirah

Termeterainya Perjanjian ‘Aqabah mengundang dan membuka jalan yang penuh

bergaya bagi proses Hijrah dalam sejarah Islam. Melalui perjanjian ini, Nabi telah meraih

sambutan dan jaminan keselamatan penduduk Madinah bagi memastikan kelangsungan

dakwah dan syiar Islam. Dalam Perjanjian ‘Aqabah pertama, hanya 12 orang yang

terlibat; manakala dalam Perjanjian ‘Aqabah kedua, bilangannya telah meningkat

kepada 73 orang. Orang Madinah bukan sahaja mahu menerima Islam tetapi sanggup

memberi perlindungan kepada Nabi dan umat Islam. Pelawaan tapak dan pentas baru

bagi Islam berpijak dan berkembang adalah bibit-bibit utama kejayaan proses hijrah ini.

26

34

Page 35: Unit 1 sirah

LATIHAN DI RUMAH:

Huraikan peristiwa Aqabah 1 dan Aqabah 11. Bincangkan implikasinya ke atas

penyebaran Islam di Madinah sebelum berlakunya Hijrah.

TEKANAN MUSYRIKIN MEKAH

Tekanan atau ancaman dari musyrikin Makkah telah mendorong Nabi dan umat Islam

berhijrah ke Madinah. Nabi dan orang-orang Islam bukan sekadar telah dihina, diejek,

diseksa dan dipulau, malah Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah diancam untuk dibunuh.

Orang-orang Musyrikin mula menunjukkan penentangan merek apabila Nabi

menyebarkan Islam secara terbuka. Mereka bimbang kedudukan mereka dari segi

politik, ekonomi dan sosial akan terjejas di samping mereka adalah penyembah berhala

yang tegar dibawah kongkongan system jahiliah yang mereka ciptakan sendiri. Tekanan

ini boleh membantutkan usaha penyebaran dakwah Islam sedangkan risalah murni ini

mesti diteruskan. Justeru, Makkah bukanlah lokasi yang kondusif bagi aktiviti dakwah

dan pelaksanaan syariat Islam di saat itu hinggalah Allah mengizinkan umat Islam

berhijrah ke Madinah sebagai pusat penyebaran Islam yang baru.

CETUSAN IDEA ANDA:

“Sekiranya mereka letakkan matahari ditangan kananku dan bulan di tangan kiriku

supaya aku tinggalkan seruan ini, aku tidak akan sekali-kali meninggalkannya

sehingga Allah memberi kejayaan atau aku dibinasa kerananya.”

Bincangkan pernyataan di atas dalam konteks proses dakwah yang disampaikan

35

Page 36: Unit 1 sirah

oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan penentangan kaum Quraisy di Makkah.

PENOLAKAN DAKWAH DI TAIF

Apabila Rasulullah s.a.w mendapati penentangan yang amat kuat di Makkah, baginda

pun mencuba nasib untuk berdakwah kepada penduduk di Taif pula. Rupa-rupanya,

Bani Thaqif di Taif pun menolak dakwah Islam daripada nabi Muhammad s.a.w, bahkan

respon mereka seawal ketibaan Nabi adalah terlalu buruk hingga baginda dilontarkan

27

36

Page 37: Unit 1 sirah

batu yang membawa kecederaan tubuh baginda yang mulia yang ditemani Zaid bin

Harithah r.a ketika itu. Namun Nabi tidak kenal kecewa dan putus asa.

Setelah penduduk taif menolak dakwah Islam ini, maka Nabi cuba menglihkan perhatian

ke tempat lain, iaitu Madinah. Kedatangan penduduk Madinah ke Makkah dan

kesungguhan mereka untuk meneriam dan menyebarkan Islam memberi satu gambaran

baik kepada Nabi. Sebenarnya, penduduk Taif ternyata tidak mahu menerima Islam

memandangkan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di

Makkah.

KEMATIAN ABU TALIB DAN KHADIJAH

Kematian Abu Talib dan Khadijah telah menyebabkan Nabi kehilangan tempat untuk

berlindung. Ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan ke atas Nabi. Khadijah adalah

seorang isteri yang sangat setia dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Nabi

dan orang Islam. Abu Talib pula walaupun tidak menerima Islam, tetapi beliau tetap

melindungi Nabi dari ancaman.

MENCARI TEMPAT BARU UNTUK BERDAKWAH

Nabi berhasrat untuk mendapatkan tempat baru untuk berdakwah memandangkan

sambutan daripada penduduk Makkah kurang menggalakkan. Sikap penduduk Makkah

amat mengecewakan. Di Makkah selama 13 tahun, bilangan yang menerima Islam agak

kecil berbanding Madinah. Oleh itu, adalah diharapkan hijrah ke Madinah membawa

kegemilangan prospek dakwah Islam.

37

Page 38: Unit 1 sirah

PERSEDIAAN PENDUDUK MADINAH MENERIMA ISLAM

Persediaan penduduk Madinah menerima Nabi telah mendorong Nabi untuk berhijrah ke

sana. Di samping itu, penduduk Madinah berharap Nabi dapat memberi sinar

perdamaian terhadap perbalahan antara orang Arab dan Arab, khususnya antara Aus

dan Khazraj. Perbalahan ini berpunca daripada perebutan kuasa di Madinah.

28

38

Page 39: Unit 1 sirah

LOKASI MADINAH YANG STRATEGIK

Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman

sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam. Ia juga berpotensi

sebagai pusat perdagangan dan perkembangan ekonomi serantau. Dengan ini, Madinah

bukan sahaja dapat dijadikan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segi penyebaran

dakwah tetapi juga politik dan ekonomi.

PENDUDUK MADINAH HAMPIR SAMA DENGAN AGAMA SAMAWI

Penduduk Madinah kebanyakannya sudah mengetahui serba sedikit tentang agama

Samawi, terutamanya melalui cerita-cerita yang dibawa oleh orang Yahudi.

Pengetahuan ini memudahkan mereka memahami menerima ajaran yang dibawa oleh

Nabi. Lagipun, penduduk Madinah mempunyai sifat-sifat semula jadi yang lebih lembut

berbanding penduduk Makkah.

HIJRAH KE MADINAH:

Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah merupakan salah satu

episod yang penting semasa hayatnya dalam usaha mengembangkan agama Islam.

Ramai penulis zaman moden menterjemahkan perkataan hijrah bererti lari (flight).

Terjemahan ini tidak tepat kerana hijrah ialah perkataan Arab yang diambil dari kata

dasar ha ja ra ertinya berpindah dan kata terbitan hijrah ertinya perpindahan (migration).

Peristiwa hijrah tidak boleh dianggap sebagai ‘suatu revolusi’ atau ‘suatu titik peralihan’

39

Page 40: Unit 1 sirah

yang memisahkan antara era Makkah dengan era Madinah, sebagaimana yang pernah

diperkatakan oleh kebanyakan para orientalis. Kesilapan anggapan para orientalis ini

telah diperbetulkan oleh H.A.R. Gibb dengan disokong oleh beberapa sarjana Islam

seperti Muhammad Diyauddin El-Rayes dan Mahyudin Haji Yahya.

Hijrah dari segi bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Dari segi istilah sejarah pula, hijrah bermaksud perpindahan Nabi dan umat Islam dari

kota Makkah ke kota Madinah pada 12 Rabi’ul Awal tahun ke 14 kerasulan bersamaan

29

40

Page 41: Unit 1 sirah

tahun 622 Masihi sebagai mentaati titah perintah Tuhan dan demi memastikan dakwah

Islam terus berjalan.

Latar Belakang Hijrah:

Peristiwa hijrah telah menjadi satu titik peralihan kepada dakwah Nabi s.a.w. bersama

para Sahabat dan strategi bijak bagi memaju perkembangan agama Islam di

Semenanjung Tanah Arab dan dunia umumnya. Penghijrahan ini dilakukan secara

diam-diam bagi mengelakkan diketahui oleh musyrikin Makkah. Mereka berpindah pun

dalam kumpulan yang kecil. Nabi sendiri hanya ditemani oleh Abu Bakar sebelum

bertolak ke Madinah.

Awal Muharam tahun pertama Hijrah bersamaan 16 Julai tahun 622 Masihi adalah

permulaan peristiwa Hijrah berlangsung dan Baginda s.a.w. bersama Abu Bakar r.a

telah tiba di Quba’, pintu masuk Madinah, pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun pertama

Hijrah bersamaan 24 September 622 Masihi. 12 Rabiul Awal ini sama tepatnya dengan

tarikh kelahiran dan kewafatan baginda bagi membuktikan ketentuan Ilahi Yang Maha

Kuasa.

Pengajaran Peristiwa Hijrah:

Peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah mempunyai pengajaran yang boleh diteladani.

Pertama, hijrah merupakan suatu penyelesaian yang terbaik bagi menggiatkan

penyebaran agama Islam. Melalui hijrah, umat Islam dapat mengatur strategi baru yang

lebih berkesan.

Kedua, hijrah merupakan suatu proses jangka panjang dalam perjuangan Islam. Ia

41

Page 42: Unit 1 sirah

dilakukan secara terancang dan teratur sama ada dari segi kerohanian ataupun

kebendaan. Sebagai contoh, baginda sanggup mengupah Abdullah bin Arqat untuk

memandu jalan ke Madinah, meskipun Abdullah seorang kafir (musyrik). Sebenarnya

tidak salah untuk mendapatkan bantuan orang kafir bagi kemanfaatan orang Islam

selagi ia bersifat ikhlas dan jujur.

30

42

Page 43: Unit 1 sirah

Ketiga, mendapatkan teman atau sahabat yang setia, jujur dan ikhlas untuk

mengharungi perjuangan. Ali dan Abu Bakar adalah dua orang sahabat Nabi yang boleh

dijadikan contoh sebagai teman.

Keempat, keredhaan dan restu daripada Ilahi perlu dipohon pada setiap waktu sama

ada waktu senang atau susah. Sewaktu dalam perjalanan ke Madinah Nabi tidak hentihenti

berzikir dan beribadat untuk mendapatkan perlindungan dan pertolongan.

Kelima, berhijrah dari suatu kawasan ke kawasan lain bagi menegakkan hak dan

kebenaran bukanlah bererti suatu kekalahan atau kekecewaan. Hijrah bukan takutkan

musuh ataupun kekecewaan tetapi dapat membina dan mengukuhkan gerakan Islam.

Keenam, niat hijrah mestilah bersih kerana Allah dan Rasul-Nya.

Ketujuh, Yathrib telah diubah kepada nama Madinah apabila berlakunya peristiwa

hijrah. Hal ini perlu kerana Yathrib bererti ‘ seseorang yang bercakap tentang keburukan

dan kehinaan orang lain ‘. Oleh sebab maknanya terlampau buruk, maka namanya

ditukar kepada Madinah yang membawa maksud ‘bandar dan pembandaran’. Maksud

Madinah itu melambangkan pembangunan fizikal dan kerohanian berlandaskan lunaslunas

Islam.

Dapatlah dirumuskan di sini bahawa hijrah merupakan peristiwa bersejarah dalam Islam

yang perlu dihayati oleh setiap orang Islam tentang hikmat dan pengajarannya. Ia telah

membantu mengubah kedudukan umat Islam dalam semua aspek kehidupan sama ada

dari aspek politik, ekonomi ataupun sosial.

Tindakan Rasulullah S.A.W Selepas Memasuki Kota Mekah

43

Page 44: Unit 1 sirah

Sejurus memasuki kota Mekah, Rasulullah s.a.w melaksanakan beberapa tindakan:

a) Memusnahkan Berhala

Rasulullah s.a.w telah memusnahkan berhala yang berada di sekeliling Kaabah

berjumlah sebanyak 360 berhala yang mempunyai bemacam-macam nama dan

31

44

Page 45: Unit 1 sirah

panggilan. Kerja-kerja memusnahkan berhala ini diteruskan oleh para sahabat

untuk memusnahkan berhala-berhala tersebut.

b) Menunaikan Solat Sunat

Rasulullah s.a.w menunaikan solat sunat lapan rakaat di Maqam Ibrahim sebaik

sahaja tiba di Masjidil Haram dan selesai mengerjakan tawaf.

c) Laungan Azan Bilal

Rasulullah s.a.w mengarahkan Bilal bin Rabah untuk melaungkan azan di atas

bumbung Kaabah. Azan ini juga merupakan azan yang pertama dilaungkan di

bumi Mekah Muqarramah.

d) Ucapan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w memberikan ucapan pertama di Kota Mekah kepada penduduk

Mekah dan tenetra Islam Madinah. Dalam ucapan tersebut, baginda menyatakan

bahawa Allah s.w.t. telah menarik kesombongan jahiliyah dan sikap mengagungagungkan

keturunan. Baginda menyatakan bahawa semua manusia adalah

sama, iaitu berasal daripada tanah. Yang membezakan manusia ialah

ketakwaannya kepada Allah s.w.t.

e) Memberi Pengampunan kepada Musuh

Rasulullah s.a.w juga telah mengisytiharkan pengampunan secara beramairamai

kepada pihak Musyrikin Mekah yang pernah bermusuh dengan Rasulullah

45

Page 46: Unit 1 sirah

s.a.w.

32

46

Page 47: Unit 1 sirah

Faktor Kejayaan Pembukaan Kota Mekah

Strategi Rasulullah s.a.w. yang bijak dan rapi sehingga melumpuhkan kekuatan kaum

Musyrikin Quraisy antara faktor utama kejayaan Rasulullah s.a.w. untuk membuka Kota

Mekah daripada tangan pembesar Musyrikin. Selain itu juga, semangat yang kuat dan

jihad yang tinggi dikalangan tentera dan umat Islam menjadi punca utama pembukaan

Kota Mekah. Para sahabat dan muslimin yang berda di Madinah antara mereka yang

membantu kejayaan pembukaan Kota Mekah ini.

Selain itu juga, penduduk Mekah juga mula tertarik dengan dakwah atau ajaran

Rasulullah s.a.w. selepas terjadinya Perjanjian Hudaibiyah. Antara lain, kekuatan

persaudaraan dan kasih saying yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. menjalinkan

hubungan yang sangat kuat di kalangan umat Islam samada yang baru memeluk Islam.

Kaum Quraisy semakin lemah kerana banyak daripada kalangan pembesar dan

pahlawan mereka memeluk Islam seperti Khalid bin al-Walid dan Abu Sufian.

Kesan Pembukaan Kota Mekah

Kesan daripada pembukaan Kota Mekah ialah:

Tanah Haram menjadi kawasan larangan kepada mereka yang bukan Islam

sehingga kini.

Penduduk Mekah dapat hidup aman dan damai di bawah naungan Islam.

Penduduk Mekah memeluk Islam secara beramai-ramai.

47

Page 48: Unit 1 sirah

Dakwah Islam semakin berkembang pesat sehingga menjangkau ke luar

semenanjung Tanah Arab.

33

48

Page 49: Unit 1 sirah

UNIT 4

KEPIMPINAN RASULULLAH S.A.W. DALAM PEMBANGUNAN UMMAH:

Untuk menjadi pemimpin yang disegani, khususnya pada peringkat sebuah negara,

ketokohan pemimpin itu memainkan peranan yang sangat besar, apatah lagi dalam

usaha membentuk imej negara yang dipimpinnya. Dalam konteks ini, kajian mendapati

Rasulullah s.a.w. telah menggarap strategi ini dengan berusaha mempersiapkan diri

dengan nilai dan ketokohan yang unggul sebagai seorang pemimpin.

Dari perspektif sejarah, sewaktu di Makkah selama 13 tahun, iaitu sejak turunnya wahyu

pada tahun 610 M, hingga hijrah ke Madinah pada tahun 622 M. Baginda lebih dikenali

sebagai seorang Nabi dan Rasul yang membawa agama Islam. Berbagai-bagai reaksi

yang timbul terhadap ajaran Islam yang dibawanya itu, ada yang menyokong dan ada

yang menentang.

Semasa menyebarkan agama, Nabi Muhammad s.a.w. telah menunjukkan sifat-sifat

kepimpinannya dengan bersikap sabar, lemah lembut, toleransi, tetapi tegas dan

berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya. Walaupun nyawanya diancam, namun

baginda tetap dengan pendiriannya. Kaum Musyrikin Quraisy telah menawarkan harta

benda, wanita dan takhta kepadanya supaya meninggalkan ajaran yang dibawa, tetapi

semuanya ditolak. Baginda telah melaksanakan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi

bukan sahaja di kalangan kaum Quraisy, tetapi juga di kalangan suku-suku Arab yang

datang berkunjung ke Makkah pada setiap musim haji, termasuk juga pembesarpembesar

negara asing di Habsyah.

49

Page 50: Unit 1 sirah

Nabi Muhammad s.a.w. sendiri telah mencerminkan ajaran-ajaran al-Qur’an menerusi

tingkah laku, pemikiran dan perwatakannya yang tersimpul dalam akhlak. Baginda

berakhlak menurut akhlak al-Qur’an dan dididik dengan didikan al-Qur’an sehingga

menjadi insan yang paling sempurna dan menjadi tempat ikutan (uswah hasanah).

Sekiranya al-Qur’an merupakan sumber utama ajaran Islam, maka diri Nabi adalah

sumber kedua yang mencerminkan sumber utama menerusi amalan dan tingkah

34

50

Page 51: Unit 1 sirah

lakunya yang dapat ditonton oleh masyarakat manusia untuk dijadikan contoh dan

teladan.

Sebagai pemimpin agama, baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin

kesejahteraan masyarakat. Bidang-bidang tersebut ialah ibadat (seperti solat, puasa,

zakat dan sebagainya), mu’amalat (seperti urusan pentadbiran, jual beli dan

seumpamanya), munakahat (nikah kahwin), jinayat, ketatanegaraan dan hubungan

antarabangsa.

Baginda sudah terkenal sebagai pemimpin masyarakat dan negarawan yang dihormati

sejak sebelum menjadi Rasul lagi. Beliau terkenal sebagai seorang yang beramanah (al-

Amin) di kalangan masyarakat Makkah. Akan tetapi disebabkan ajaran Islam yang

dibawanya menyebabkan kepimpinan baginda itu diketepikan begitu sahaja oleh

masyarakat Quraisy.

Ketika berlaku perdamaian Hudaibiyah terdapat beberapa syarat perdamaian yang pada

zahirnya seakan-akan lebih menguntungkan pihak musuh. Umpamanya, berangsiapa

dari kalangan Quraisy yang berhijrah ke Madinah kerana mengikuti Rasulullah s.a.w.

tetapi tidak mendapat keizinan walinya – majoriti wali adalah orang-orang kafir Quraisy –

maka hendaklah dipulangkan kepada walinya diri kepada pihak Quraisy tidak harus

dikembalikan kepada Rasulullah s.a.w. Pada asasnya perjanjian Hudaibiyah ini

mendapat bangkangan dari sebahagian besar sahabat Rasulullah s.a.w., termasuk Abu

Bakar al-Siddiq dan Umar al-Khattab kerana anggapan mereka menguntungkan pihak

Quraisy. Sungguhpun begitu, perjanjian tetap dimateraikan dan banyak memberikan

keuntungan kepada kaum Muslimin.

Semasa di Madinah, sifat-sifat kepimpinan baginda dalam masyarakat terserlah kembali.

51

Page 52: Unit 1 sirah

Sebagai bukti, baginda telah berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang

berbilang agama dan keturunan setelah berlaku perpecahan begitu lama. Di samping

itu, baginda mempereratkan hubungan di kalangan masyarakat Islam sendiri menerusi

usaha gigihnya melalui persaudaraan antara kaum Muhajirin dengan Ansar. Menerusi

penyatuan ini sama ada sesama Islam atau antara orang Islam dengan bukan Islam

menyebabkan masyarakat Madinah menjadi lebih kuat, aman dan stabil dari segi politik

dan ekonominya.

35

52

Page 53: Unit 1 sirah

Bagi mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah. Baginda menyeru supaya mereka

bekerjasama dan bantu-membantu serta sama-sama memikul tanggungjawab

mempertahankan kota Madinah. Perkara ini dinyatakan di dalam Piagam Madinah. Di

samping menghormati agama islam dan nilai-nilai Islam, ia juga tidak menafikan agamaagama

lain dan adat budaya orang bukan Islam.

Struktur masyarakat yang berbilang agama, keturunan dan suku kaum dikekalkan

seperti sedia ada serta dihormati. Ketua-ketua suku diberikan peranan khusus bagi

mengendalikan anggota suku masing-masing. Sebagai contoh, sebelum hukuman

dijatuhkan ke atas kaum Yahudi Bani Quraizah yang berkomplot menentang kerajaan

Islam bersama kaum Musyrikin Quraisy, Nabi menyerahkan kuasanya kepada Sa’d bin

Ubadah, ketua kaum khazraj dan Sa’d bin Mu’adh untuk menentukan hukumannya

kerana beliau lebih arif tentang kedudukan Bani Quraizah.

Memperkenalkan khidmat masyarakat bagi membantu dan meringankan bebanan yang

dihadapi oleh orang lain dengan menggunakan beberapa kaedah dan pendekatan

sehingga tercapainya objektif yang dituju. Dalam konteks perjuangan Rasulullah s.a.w.

selain daripada merupakan takaful; tanggungjawab sebagai seorang Muslim terhadap

Muslim yang lain, program khidmat masyarakat juga merupakan satu strategi politik

Rasulullah s.a.w. yang bertujuan mendapatkan sokongan masyarakat bagi

memudahkan usaha untuk membentuk negara Islam. Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w.

menganjurkan program Dar al-Qurra’ iaitu program mempelajari al-Qur’an serta

mendalami ilmu-ilmu yang terdapat di dalamnya, mendirikan al-Shuffah, sebagai tempat

tinggal sementara, khidmat kesihatan yang dikenali dengan al-Rufaidah al-Islamiyah dan

lain-lain lagi.

Bagi mengendalikan masalah-masalah yang lebih besar di peringkat antarabangsa,

53

Page 54: Unit 1 sirah

baginda telah membentuk suatu ikatan yang lebih besar, iaitu konsep ummah (komuniti).

Menerusi ikatan perpaduan ummah batas-batas suku dengan sendirinya terhapus

kerana konsep ummah mempunyai pengertian dan implikasi yang lebih luas, di samping

akidah dan ketakwaan di kalangan umat Islam yang memberikan makna dan implikasi

sejagat. Hal ini menunjukkan suatu dasar demokratik yang adil lagi bijaksana.

Menerusinya baginda telah berjaya menubuhkan sebuah negara Islam di Madinah.

36

54

Page 55: Unit 1 sirah

Kepimpinan politik Nabi Muhammad s.a.w. memang sudah terserlah sejak baginda

masih di kota Makkah lagi, iaitu apabila baginda berjaya menyelesaikan masalah

pemindahan Hajar al-Asward ke tempat asalnya di Kaabah. Ekoran daripada itu berlaku

pula peristiwa Perjanjian Aqabah dan baginda telah menunjukkan kepimpinan politik

yang matang. Akan tetapi peristiwa itu hampir dilupakan oleh musuh-musuhnya kerana

mereka menganggap penghijrahan itu merupakan satu kekalahan politik kepada pihak

Nabi. Kaum Yahudi seolah-olah menerima Nabi sebagai orang pelarian dan sekali gus

memberikan penghormatan yang besar kepada kaum Musyrikin Makkah kerana berjaya

menghalau Nabi dari kota itu. Akan tetapi niat buruk di hati mereka itu terbongkar sebaik

sahaja orang Islam memenangi perang Badar pada tahun 2 H. Namun begitu, sebagai

seorang pemimpin politik yang berkelibar, Nabi Muhammad s.a.w. tidak menunjukkan

permusuhannya terhadap kaum Yahudi, malah baginda terus mengadakan perundingan

dengan mereka. Setelah perundingan ini gagal, barulah baginda membuat tindakan

menyingkir mereka dari bumi Madinah. Penyingkiran mereka ini dilakukan secara

terhormat.

Kepimpinan politik Nabi bukan hanya terserlah di peringkat tempatan, tetapi turut

terserlah di peringkat antarabangsa. Baginda telah dianggap sebagai seorang diplomat

yang berjaya kerana inisiatifnya menghantar perwakilan ke luar negara seperti Habsyah,

Mesir, Byzantine dan Parsi bagi memperkenalkan ajaran islam kepada mereka. Kesan

daripada misi diplomatik ini segera dicapai kerana tidak sampai setengah abad lamanya

semua negara berkenaan telah tunduk di bawah pemerintahan Islam.

Baginda juga berjaya menerusi bimbingan wahyu, memperkenalkan sistem syura

(musyawarah). Sistem syura ini dilaksanakan di semua peringkat dalam semua bidang,

khususnya dalam bidang politik dan ekonomi. Misalnya, pengadilan terhadap tawanan

Yahudi Bani Quraizah dilakukan secara syura. Lanjutan daripada inilah suatu majlis

55

Page 56: Unit 1 sirah

syura ditubuhkan secara rasmi pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.

Dari sudut perancang ekonomi, Nabi turut memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi

menggantikan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliah.

Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras dan bergiat aktif dalam urusan

perniagaan dan pertanian. Usaha-usaha mencari kekayaan dan kesenangan di dunia

37

56

Page 57: Unit 1 sirah

diharuskan, asalkan tidak melibatkan riba serta menunaikan bayaran zakat setelah

sampai haul dan nisabnya.

Baginda sendiri berusaha untuk membangunkan ekonomi orang Islam. Umpamanya,

tanah-tanah yang terbiar telah diusahakan semula, serta tanah-tanah yang tergadai

kepada kaum Yahudi berjaya ditebus semula dan dikerjakan. Begitu juga, baginda

berjaya mempertingkatkan usaha menyekat kegiatan kaum Quraisy yang memonopoli

aktiviti perdagangan, terutamanya berkaitan dengan ekspedisi-ekspedisi kafilah

pedagang kaum Quraisy pada zaman itu.

Baginda juga telah menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang

ketenteraan. Setiap ekspedisi ketenteraan yang disertainya, bagindalah yang menjadi

pemimpinnya. Asas kepimpinan baginda sama ada dalam bidang ketenteraan atau

lainnya adalah berdasarkan akidah, syariat dan akhlak yang mulia. Menerusi akidah,

baginda dan para sahabatnya mempunyai keyakinan ketika menghadapi tentera musuh.

Melalui peraturan-peraturan peperangan yang disyariatkan oleh Allah. Baginda dan para

sahabatnya bertindak mengikut batas-batas yang ditetapkan seperti tidak memerangi

golongan yang lemah dan orang yang tidak bersenjata, tidak memusnahkan harta benda

seperti bangunan dan tanaman serta segala etika sewaktu berperang.

Di samping itu, baginda telah menunjukkan contoh-contoh akhlak yang baik seperti

dalam peperangan di Hunayn dan Ta’if. Baginda telah menunjukkan perasaan

perikemanusiaan dengan memulangkan semula harta benda yang ditawan kepada

pihak musuh. Tindakan ini telah memikat hati musuh, lantas mereka memeluk Islam.

Baginda turut mengamalkan sifat amanah semasa memimpin ekspedisi ketenteraan.

Dalam semua ekspedisi yang dipimpinnya, baginda telah melaksanakan amanah Tuhan

57

Page 58: Unit 1 sirah

dan amanah umat Islam bagi memimpin tentera untuk mencapai kejayaan di medan

peperangan. Andainya tentera Islam tewas, seperti yang berlaku dalam perang Uhud

pada tahun ke 3 H, baginda tetap tidak berganjak. Kekalahan ini juga tidak melemahkan

semangatnya untuk meneruskan perjuangan menghadapi musuh.

Baginda juga sentiasa bertindak adil kepada semua orang, tidak kira kawan atau lawan.

Keadilan terhadap kawan seperti membahagikan harta rampasan perang sama rata

38

58

Page 59: Unit 1 sirah

kepada tentera-tentera yang menyertai peperangan. Keadilan kepada lawan pula ialah

tidak melakukan pencerobohan seperti tidak mengejar musuh yang sudah lari dari

medan peperangan, tidak memerangi golongan yang lemah dan semua bentuk etika

peperangan dalam Islam. Dengan adanya sifat-sifat kepimpinan yang tinggi lagi mulia ini

menyebabkan baginda dihormati oleh kawan dan juga lawan.

Baginda juga boleh dianggap seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam

ketenteraan. Dengan ilmu dan pengalamannya yang luas dalam bidang ketenteraan.

Baginda telah berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan seperti yang ditunjukkan

dalam beberapa peperangan seperti perang Badar, perang Khandak dan perang Ta’if.

Semasa perang Badar, baginda telah menggunakan taktik “tunggu dan lihat” serta telah

menyusun tentera Islam dengan sistem saff (berbaris). Dalam perang Khandak pula,

baginda telah menggunakan taktik “bertahan” dengan menggali parit di sekeliling kota

Madinah untuk dijadikan benteng pertahanan. Manakala perang Ta’if, baginda

menggunakan taktik mengepung benteng pertahanan musuh dan seterusnya

melancarkan serangan bertubi-tubi sehingga musuh tidak sempat bersedia. Taktik dan

strategi ini menyebabkan semua tentera musuh terpaksa mengaku kalah.

Kesimpulannya, melalui perbincangan di atas jelas menunjukkan Nabi Muhammad

s.a.w. bukan sahaja sebagai seorang Nabi dan Rasul, malahan baginda sebagai

pemimpin masyarakat, negarawan, perancang ekonomi dan penglima tentera yang

berjaya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa baginda cuba menonjolkan agama Islam

bukannya mementingkan aspek aqidah sahaja, bahkan juga hal ehwal kehidupan

seharian. Justeru itu, tidak hairanlah dalam masa yang singkat sahaja baginda berjaya

membina tamadun Islam dan diwarisi pula oleh khalifah kemudiannya.

BINCANGKAN:

59

Page 60: Unit 1 sirah

Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul, tetapi juga seorang

pemimpin masyarakat, negarawan, perancang ekonomi dan panglima tentera yang

berjaya.

39

60

Page 61: Unit 1 sirah

UNIT 5

PERANAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN:

Sebelum kita bincangkan peranan khulafa al-Rasyidin elok juga dijelaskan istilah

khilafah, imamah dan umara dalam institusi pemerintahan Islam secara ringkas.

Perkataan khalifah bermakna “pengganti atau wakil”. Keempat-empat orang khulafa al-

Rasyidin itu digelar Khalifah Rasulullah, yakni pengganti Rasulullah s.a.w. dalam

mengurus hal rakyat dan agama Islam.

Imamah berasal daripada perkataan imam, iaitu “ketua atau ikutan”. Imamah dan

khilafah ialah suatu bentuk pemerintahan yang memimpin dan mengurus kaum

muslimin. Tugas ini dipikul oleh seorang ketua yang dinamakan khalifah atau imam.

Pemilihannya adalah secara musyawarah, yakni melalui proses demokrasi. Caranya

mungkin berbeza antara sebuah negeri dengan yang lain.

Umara pula berasal daripada perkataan amir yang bererti “raja”, pemerintah, atau

ketua”. Pemilihan amir biasanya lebih bersifat tertutup berbanding dengan khalifah dan

imam. Ketiga-tiga istilah ini diguna pakai bagi institusi pemerintahan dalam Islam.

? FIKIR:

Siapakah Khulafa’ al-Rasyidin? Senaraikan nama mereka mengikut keutamaan.

Khalifah ialah kalimah Arab yang bererti “wakil atau pembantu” . Khulafa al-Rasyidin

61

Page 62: Unit 1 sirah

ialah empat orang sahabat besar yang menggantikan Rasulullah s.a.w. memerintah

negara Islam Madinah selepas kewafatan baginda s.a.w. Khulafa al-Rasyidin ialah Abu

Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib.

Mereka bertanggungjawab meneruskan tugas mengembangkan dan memajukan Islam

berdasarkan ajaran yang telah diletakkan oleh Rasulullah s.a.w. Antara peranan mereka

ialah:

40

62

Page 63: Unit 1 sirah

Menggantikan Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara Islam Madinah.

Memimpin umat Islam dan kerajaan Islam Madinah dan mengurus kepentingan

umat Islam.

Memperkukuh kedaulatan dan kewibawaan kerajaan Islam Madinah dan

wilayah-wilayah Islam di luar dari Semenanjung Tanah Arab.

Memperluas pengaruh Islam ke kawasan luar dari Semenanjung Tanah Arab.

Memajukan ibu kota Islam di Madinah sebagai pusat kebudayaan dan tamadun

Islam.

Zaman Khulafa al-Rasyidin merupakan zaman pemerintahan Islam yang paling adil dan

telus selepas zaman Rasulullah s.a.w. Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w.

yang bermaksud:

“Sebaik-baik kurun ialah kurun aku ini, selepas itu kurun sahabatku, kemudian kurun

selepasnya dan selepasnya”.

CETUSAN IDEA ANDA

Dengan bantuan lakaran grafik, senaraikan peranan Khulafa al-Rasyidin seperti

yang dinyatakan dalam teks tadi. Mungkin anda perlu membentuk lakaran grafik

yang berbeza daripada rajah untuk peranan Rasulullah bagi mengekalkan ingatan

anda lagi.

63

Page 64: Unit 1 sirah

KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ:

Abu Bakar as-Siddiq merupakan Khulafa’ al-Rasyidin yang pertama dan memerintah

antara tahun 11-13 H/632-4 M. Nama sebenar beliau berasal daripada suku Taim, iaitu

salah satu cabang suku keturunan Quraisy. Pada zaman Jahiliyah nama beliau ialah

Abd al-Kaabah (penyembah Kaabah) tetapi pada zaman Islam namanya ditukar kepada

Abdullah (penyembah Allah) oleh Rasulullah s.a.w. Abu Bakar as-Siddiq dilahirkan di

kota Makkah kira-kira dua tahun setengah selepas keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau terlibat dalam bidang perniagaan dan terkenal sebagai seorang pakar ilmu

41

64

Page 65: Unit 1 sirah

keturunan (geneologi). Beliau juga terkenal sebagai seorang yang jujur, pemurah dan

baik hati. Sifat-sifat inilah yang kemudian membolehkannya mendapat gelaran Abu

Bakar as-Siddiq kerana membenarkan segala ajaran yang dibawa oleh Nabi

Muhammadd s.a.w. Setelah itu gelaran Atiq kerana beliau menyumbangkan harta

bendanya ke jalan Allah.

Setelah kewafatan Rasulullah, baginda tidak ada meninggalkan wasiat hingga

menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat Islam tentang siapa yang akan menjadi

khalifah untuk memimpin umat Islam selpasnya. Maka terdapat perselisihan faham

tentang proses perlantikan khalifah serta dorongan oleh kepentingan yang berbezabeza,

maka timbullah pelbagai golongan atau puak yang ingin berkuasa. Sekurangkurangnya

terdapat tiga golongan yang bersaing untuk merebut jawatan khalifah

berikutan kewafatan Rasulullah, Bani Hasyim, Muhajirin dan Ansar.

Sebaik sahaja berita kewafatan Nabi dihebahkan puak Ansar pun membuat tindakan

memilih calonnya untuk menjadi khalifah. Orang yang dipilih itu ialah Sa’d b. Ubadah

daripada suku Khazraj. Beliau seorang tokoh yang terkenal di Madinah. Beliau juga

banyak berjasa kepada Nabi dan setiap ekspedisi yang diketuai Nabi beliau turut serta

dan ada kalanya Nabi menyerahkan kuasa menjaga kota Madinah kepada Sa’d

sewaktu ekspedisi ke Abwa’.

Pemilihan tersebut dibuat dalam perhimpunan yang diadakan di Saqifah Bani Sa’idah.

Saqifah merupakan sebuah balai atau dewan mesyuarat yang terletak berhampiran

dengan masjid Nabi di perkampungan Bani Sa’idah dan berfungsi seperti dewan

mesyuarat Dar al-Nadwah di Makkah. Bani Sa’idah merupakan sub-suku kaum Khazraj

yang paling berpengaruh di Madinah. Dalam perhimpunan itu, Sa’d b. Ubadah

mengatakan kepada kaumnya bahawa mereka berhak menjawat jawatan khalifah

65

Page 66: Unit 1 sirah

memandangkan kedudukan mereka sebagai tuan rumah dan telah menunjukkan

kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Rasulullah s.a.w dan kaum Muhajirin.

Majoriti suku kaum Khazraj bersetuju dengan pandangan Sa’d b. Ubadah itu telah

memberikan sokongan mereka kepadanya.

Peristiwa tentang perhimpunan yang diadakan di Saqifah Bani Sa’idah itu tidak diketahui

oleh kaum keluarga Nabi seperti Ali, al-Abbas dan tokoh-tokoh Quraisy termasuk Umar

42

66

Page 67: Unit 1 sirah

al-Khattab and Abu Bakar as-Siddiq. Mereka dikatakan sedang berada di rumah

Sayyidah Aisyah untuk melawat jenazah Rasulullah s.a.w.

Walau bagaimanapun, dua orang penduduk Madinah iaitu Uwaim b. Sa’idah dan Ma’n b.

Adi telah datang memberitahu Abu Bakar dan Umar tentang peristiwa yang sedang

berlaku di Saqifah Bani Sa’idah. Dengan tidak berlengah-lengah lagi Abu Bakar dan

Umar bergegas ke sana dengan meninggalkan kaum keluarga Rasulullah untuk

menguruskan jenazah Baginda. Di pertengahan jalan mereka disertai oleh Abu Ubaidah

b. al-Jarrah dan beberapa orang tokoh kaum Ansar, termasuk Usaid b. Hudair dan Zaid

b. Thabit.

Sewaktu mereka tiba di Saqifah Bani Sa’idah, sebarang keputusan belum dicapai

kerana terdapat beberapa pihak yang kurang bersetuju dengan percalonan Sa’d b.

Ubadah, khususnya kaum Aus. Keengganan kaum Aus menerima pencalonan Sa’d b.

Ubadah daripada suku Khazraj sebagai khalifah kerana kedua-dua pihak sering berebut

kuasa serta berperang sebelum Islam , khususnya lagi. Setelah mereka memluk Islam

masalah ini dapat diselesaikan menerusi perantaraan Rasulullah. Namun begitu,

perasaan iri hati antar satu sama lain masih wujud, khususnya selepas ketiadaan

Rasulullah s.a.w.

Menyedari hakikat inilah, Abu Bakar mencadangkan supaya khalifah yang akan dipilih

itu mestilah datang daripada golongan Muhajirin. Oleh sebab mereka yang mula-mula

memeluk Islam dan ramai pula di antara mereka yang terdiri daripada kaum keluarga

Rasulullah s.a.w. Di samping itu beliau turut memuji jasa dan bakti yang dicurahkan

oleh kaum Aus dan Khazraj terhadap Islam.

Semasa Abu Bakar memberikan iba-tiba Hubab b. al-Mundhir daripada suku Khazraj

67

Page 68: Unit 1 sirah

mencadangkan supaya dilantik dua orang ketua, seorang daripada golongan Muhajirin

dan seorang lagi daripada golongan Ansar. Akan tetapi cadangan itu ditolak oleh Umar

kerana ia boleh menimbulkan perbalahan dan perselisihan faham yang mungkin

membawa keruntuhan Negara. Walau bagaimanapun, Abu Bakar as-Siddiq telah

menunjukan sikap lebih terbuka bagi menenangkan perasaan kaum Ansar dengan

mengatakan bahawa : “Kami adalah ketua (umara’) dan kamu adalah pembantu

43

68

Page 69: Unit 1 sirah

(wuzara’). Apabila mendengarkan kata-kata itu, maka Sa’d b. Ubadah pun bersetuju

dengan pandangan Abu Bakar.

Sebelum mereka membuat apa-apa keputusan tiba-tiba Umar mengangkat tangan Abu

Bakar dan membai’ahnya. Riwayat lain mengatakan bahawa sebelum Abu Bakar

menerima pencalonannya itu beliau mencadangkan supaya Umar atau Abu Ubaidah

dilantik menjadi khalifah, tetapi kedua-du tokoh tersebut menolak dengan memberikan

alasan bahawa Abu Bakar adalah orang yang paling layak mengisi jawatan tersebut.

Tindakan Umar itu diikuti pula oleh peserta-peserta lain yang berada di Saqifah Bani

Sa’idah yang terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar. Sa’d b. Ubadah yang sebelum

ini dicalonkan menjadi khalifah oleh suku Khazraj turut membai’ah Abu Bakar. Sa’d

membai’ah Abu Bakar agak terlewat sedikit daripada peserta-peserta lain, bukan kerana

tidak bersetuju dengan Abu Bakar tetapi kerana tidak bersetuju dengan Abu Bakar tetapi

kerana keuzurannya. Tuduhan yang mengatakan Sa’d tidak membai’ah Abu Bakar, tidak

bersembahyang berjemaah dan tidak menunaikan fardhu haji bersama-sama kaum

muslimin lain atau tidak muncul di khalayak ramai, atau yang mengatakan beliau

melarikan diri ke Syam berikutan perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah dan seterusnya

membai’ah Umar, atau yang mengatakan Sa’d dibunuh oleh jin sewaktu di Syam adalah

tidak benar. Kesemua dakwaan ini boleh dianggap tuduhan tidak berasaskan fakta

sejarah dilemparkan oleh musuh-musuh Islam.

Ali b. Abi Talib juga turut membai’ah Abu Bakar sebaik sahaja perlantikan itu dibuat ke

atas Abu Bakar. Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa Ali membantah perlantikan

Abu Bakar sebagai khalifah. Riwayat yang mengatakan pembai’ahan Ali hanya berlaku

selepas enam bulan perlantikan Abu Bakar berikutan kematian isterinya, Fatimah masih

hidup, amatlah diragukan kerana sewaktu Fatimah masih hidup, Ali telah menunjukkan

69

Page 70: Unit 1 sirah

kesefahaman dan kerjasamanya yang erat dengan Khalifah Abu Bakar. Sebagai contoh,

apabila tentera Usamah b. Zaid dihantar ke sempadan Syam, khalifah Abu Bakar

melantik beberapa orang panglima tenteranya untuk mengawal kota Madinah. Antara

panglima-panglima tentera yang dilantik itu termasuklah Ali b. Abi Talib.

Di kalangan orientalis seperti H. Lammens T.Arnold dan B.Lewis telah menuduh Abu

Bakar, Umar dan Abu Ubaidah berpakat melantik Abu Bakar menjadi khalifah sebelum

44

70

Page 71: Unit 1 sirah

Saqifah diadakan. Akan tetapi ternyata bahawa tuduhan tersebut hanya sengaja diadaadakan

bagi tujuan memburuk-burukkan nama baik para sahabat Nabi. Tuduhan itu

tidak berasakan fakta sejarah. Kemungkinan sumber yang digunakan oleh orientalis itu

adalah sumber syi’ah.

Kesimpulannya, proses perlantikan Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah adalah melalui

majlis syura dan mendapat persetujuan semua golongan masyarakat Islam. Pemilihan

beliau menepati keperluan zaman itu kerana masyarakat Islam sedang berada dalam

keadaan kriktikal. Beliau telah memerintah lebih dua tahun iaitu 11-3 H, atau 632-4 M.

Sepanjang pemerintahannya, beliau telah berjaya menyelamatkan masyarakat dan

negara Islam khususnya dalam menghadapi golongan ar-Riddah serta perluasan

jajahan ke wilayah Parsi dan Byzantine.

Pada zaman pemerintahan Abu Bakar, tidak banyak perubahan yang dapat

dilakukannya dalam pemerintahan dan pentadbiran kerana tempoh pemerintahannya

sangat singkat, iaitu dua tahun sahaja (632-634 M). Walaupun demikian Abu Bakar telah

berjaya memadamkan beberapa pemberontakan yang timbul sebaik-baik sahaja

Rasulullah s.a.w. wafat. Antaranya termasuklah:

Menghapuskan pengikut nabi palsu dan membunuh ketuanya, iaitu Musailamah

al-Kazab dan Talaihah al-Asady.

Menundukkan kumpulan yang tidak mahu membayar zakat yang diketuai oleh

Malik bin Nuwairah.

Menghantar tentera ke Ghassan yang diketuai oleh Usamah bin Zaid untuk

71

Page 72: Unit 1 sirah

menuntut bela atas kematian ayahnya Zaid bin Harithah utusan Rasulullah

s.a.w. yang dibunuh tanpa sebab. Tentera ini disiapkan pada zaman Rasulullah

s.a.w. lagi, tetapi tidak sempat berangkat kerana kewafatan Rasulullah s.a.w.

CETUSAN IDEA ANDA:

Dalam teks ini ada beberapa jasa khalifah Islam yang pertama ini. Dengan

memperkaya bahan bacaan anda, tambahkan lagi jasa-jasa yang telah

disumbangkan beliau.

45

72

Page 73: Unit 1 sirah

KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB:

Umar al-Khattab dipilih menjadi khalifah setelah dicalonkan oleh Abu Bakar dengan

persetujuan para sahabat yang lain. Antara ucapan dasar Umar semasa dilantik menjadi

khalifah ialah beliau berjanji memimpin menurut perintah Allah dan Rasulnya seperti

yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar. Khalifah Umar telah memerintah selama kirakira

10 tahun iaitu antara 13-23 H / 634-44 M. Sepanjang pemerintahannya, beliau telah

mengotakan janjinya dengan mengadakan pelbagai pembaharuan dalam bidang politik,

ekonomi, sosial dan agama.

Dari segi politik dan pentadbiran, Khalifah Umar telah menghadapi masalah kesan

daripada kejayaan tentera Islam menakluki kawasan yang luas, meliputi dari sempadan

negeri China di sebelah timur hingga ke Eropah di sebelah barat. Untuk mengatasi

masalah ini, Khalifah Umar menbahagikan wilayah-wilayah Islam kepada beberapa

bahagian bagi memudahkan pentadbirannya. Wilayah-wilayah itu ialah Kufah, Basrah,

Syam, Jazirah ( Mesopotamia ), Mawsil, Yaman dan Bahrain.

Setiap wilayah tersebut dilantik beberapa orang pegawai yang terdiri daripada seorang

wali ( gabenor ) dan seorang setiausaha dengan dibantu oleh pegawai-pegawai tertentu

di beberapa buah jabatan seperti Jabatan Setiausaha Tentera ( Katib al-Diwan ),

Jabatan Percukaian ( Sahib al-Kharaj ), Pegawai Polis ( Sahib al-Syurtah ), Pegawai

Perbendaharaan Negara (Sahib Bait al-Mal ) dan seorang kadi.

Semua pegawai yang dilantik itu termasuk gabenor telah diberikan surat perintah oleh

Khalifah Umar. Surat perintah ini menyebutkan tugas-tugas dan kuasa mereka. Sebelum

seseorang pegawai itu dihantar ke wilayah-wilayah berkenaan, rakyat terlebih dahulu

73

Page 74: Unit 1 sirah

diberitahu tentang kuasa dan tugas-tugas pegawai tersebut supaya tidak timbul

kekeliruan semasa mereka menjalankan tugas. Begitu juga, apabila seorang pegawai itu

dilantik ia terlebih dahulu diperiksa harta benda dan juga peribadinya sebagai langkah

ke arah mencegah berlakunya penyalahgunaan kuasa. Apabila seorang pegawai

berhenti kerja segala hartanya dihitung sekali lagi. Jika terdapat hartanya berlebihan dan

terbukti harta itu didapatinya dengan cara melanggar peraturan negara, maka harta itu

akan diambil dan diserahkan kepada perbendaharaan negara ( Bait al-Mal ).

46

74

Page 75: Unit 1 sirah

Setiap tahun pada musim haji pegawai-pegawai kerajaan diminta hadir ke tanah suci

Makkah untuk memberikan laporan tentang sebarang perkara berhubung dengan

pentadbiran wilayah. Di samping itu, rakyat jelata yang mengerjakan ibadat haji

diberikan hak untuk menyuarakan sebarang kezaliman yang dilakukan oleh pegawaipegawai

berkenaan. Khalifah Umar tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke

atas mereka.

Dalam bidang ekonomi, Khalifah Umar merupakan orang yang pertama menubuhkan

institusi Bait al-Mal atau Perbendaharaan Negara, iaitu tempat semua harta kerajaan

disimpan. Sebuah buku kira-kira negara disediakan untuk mengetahui wang keluarmasuk

dari segi pendapatan dan perbelanjaan negara. Sumber-sumber kewangan

negara berpunca daripada pendapatan bayaran zakat, ghanimah ( harta rampasan

perang ), fay ( harta rampasan tanpa perang ), jizyah ( cukai perlindungan ), kharaj

(cukai tanah), usyur ( cukai perniagaan ), dan harta peninggalan orang mati yang tidak

mempunyai waris.

Pentadbiran tanah yang teratur dan sistematik juga telah diperkenalkan oleh Khalifah

Umar. Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam telah dibahagikan kepada dua jenis

; pertama, tanah dhimmah iaitu tanah yang tidak bertuan. Tanah dhimmah ditadbir oleh

pemilik-pemilik yang asal. Kedua, tanah sawafi ditadbir oleh pemegang-pemegang

amanah yang dilantik daripada golongan Ahl al-Ayyam iaitu golongan peneroka ( Ahl al-

Fay’ ). Tanah-tanah ini tidak boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa bagi mengelakkan

berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam.

CETUSAN IDEA ANDA:

Dalam teks ini, banyak terdapat perkataan bahasa Arab seperti jizyah, safawi,

75

Page 76: Unit 1 sirah

ghanimah, fay dan lain-lain. Cuba anda senaraikan perkataan yang seumpama

dengannya dan bina satu glosari ringkas sebagai nota kecil anda.

Khalifah Umar turut memperkenalkan struktur organisasi sosial rakyat agar dapat

mewujudkan masyarakat yang tersusun dan harmoni. Ia bermaksud bahawa penduduk

di setiap wilayah yang dikuasai oleh tentera Islam telah disusun mengikut sistem unit

47

76

Page 77: Unit 1 sirah

(‘Arafah) yang terdiri daripada tujuh unit suku iaitu suku Kinanah dan sekutunya. Jadilah

Bani Amr b. Qais Ailan, Buda’ dan sekutunya. Madhhij dan sekutunya, Tamim dan

sekutunya, Iyad dan sekutunya. Setiap unit sosial ini mempunyai perkampungan dan

ketua masing-masing serta dibayar gaji / elaun mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Dewan tentera turut diperkenalkan oleh Khalifah Umar dengan digubal suatu skim baru

bagi menentukan gaji / elaun tentera. Skim ini adalah seperti berikut :

1.

Muhajirin dan Ansar menerima sebanyak 3000-5000 dirham setahun.

2.

Ahl al-Ayyam menerima sebanyak 3000 dirham setahun.

3.

Peserta-peserta dalam Peperangan Yarmuk dan Qadisyah menerima sebanyak

2000 dirham setahun.

4.

Pendatang-pendatang baru ( Rawadif ) yang tiba selepas Perang Yarmuk dan

Qadisyah menerima antara 1500 -2000 dirham setahun.

Perubahan yang ketara dalam ketenteraan ialah pengambilan tentera. Jika pada zaman

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq bilangan yang terlibat dalam peperangan pembukaan

wilayah tidaklah begitu ramai dan terhad pula kepada golongan yang tidak pernah

murtad. Akan tetapi, pada zaman Khalifah Umar bilangan tentera Islam semakin

bertambah ramai disebabkan perubahan dasar yang dilakukan oleh beliau, iaitu

mengambil bekas murtad sebagai tentera baru Islam bagi menyertai peperangan.

Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan kedudukan tentera Islam bagi menghadapi

musuh. Ia juga boleh menyatupadukan umat Islam tanpa mengira asal usul dan latar

belakang diri mereka bagi menyebarkan ajaran Islam. Dengan sebab itulah didapati

77

Page 78: Unit 1 sirah

ramai pemimpin bekas kaum murtad membarisi tentera Islam dalam peperangan pada

zaman Umar, termasuk Qais b. Maksyuh, Tuhailah b. Khuwailid dan al-Asy’ath b. Qais

al-Kindi.

Khalifah Umar juga telah mengadakan pakaian seragam tentera untuk membezakannya

dengan orang awam. Sebuah penyiasatan jenayah atau jabatan perisik tentera telah

diadakan untuk mengawal tindak tanduk tentera daripada melakukan penyelewengan.

48

78

Page 79: Unit 1 sirah

? FIKIR:

Dalam teks tersebut, kharaj dikenakan kepada orang bukan Islam. Bolehkah anda

dapatkan pengertian mengenai kharaj dan bezakannya dengan jizyah.

Selain penbaharuan yang dikemukakan di atas, Khalifah Umar telah mengadakan

pelbagai pembaharuan untuk kemudahan dan melambangkan kemajuan umat Islam

ketika itu. Antaranya beliau merupakan orang yang pertama mengadakan takwim Islam

berdasarkan tahun Hijrah iaitu bermula pada 1 Muharram (16 Julai 622 M). Penubuhan

takwim Islam ini dibuat pada tahun 17 H, tujuannya bagi memudahkan urusan

pentadbiran negara.

Satu lagi usaha beliau ialah pembaharuan dalam bidang pendidikan. Khalifah Umar

mengambil berat tentang kemajuan dalam bidang pendidikan berdasarkan ajaran alQur’an

dan hadith. Pendidikan Islam dan kelas-kelas membaca al-Qur’an diadakan di

seluruh wilayah Islam. Usaha Khalifah Umar seterusnya ialah pengumpulan al-Qur’an

bagi menyambung usaha yang telah dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.

Khalifah Umar turut membina bandar-bandar tentera ( masalih ) seperti bandar Kufah,

Basrah, Damsyik dan Fustat. Bandar-bandar ini dijadikan pusat tentera dan didirikan

khemah-khemah tentera. Tujuannya untuk kemudahan tentera Islam apabila selesai

menjalankan ekspedisi , mereka akan kembali ke situ dan tidak perlu lagi ke Madinah

kerana terlalu jauh. Ia juga bertujuan untuk mengawal sempadan wilayah-wilayah yang

sudah ditakluki dari bandar-bandar tersebut. Di tengah-tengah bandar tersebut didirikan

pula masjid-masjid sebagai tempat ibadah dan pusat penyatuan masyarakat Islam. Dari

bandar-bandar tentera itu kemudiannya agama dan kebudayaan Islam disebarkan dan

dikembangkan ke seluruh tanah jajahan Islam. Binaan-binaan masjid yang terdapat di

79

Page 80: Unit 1 sirah

bandar-bandar itu kemudiannya menjadi lambang seni bina Islam.

Sistem kerja raya turut diadakan. Khalifah Umar telah membina beberapa buah terusan

seperti Terusan Abu Musa al-Asy’ari di Iraq dan Terusan Amir al-Mukminin di Mesir.

Terusan Abu Musa al-Asy’ari menghubungkan Sungai Dajlah dengan Kota Basrah,

sementara Terusan Amir al-Mukminin di Mesir menghubungkan Sungai Nil denagn Laut

Merah.

49

80

Page 81: Unit 1 sirah

Bagi menjaga kemurniaan ajaran Islam, beliau membuat suatu peraturan baru, iaitu

tidak membenarkan para sahabat Nabi berhijrah ke luar Hijaz kerana bimbang

dipengaruhi pemikiran dan budaya asing. Dengan sebab itu apabila selesai sahaja

ekspedisi, para sahabat yang terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar yang

merupakan tonggak ilmu dan pemikiran Islam pada waktu itu diarah pulang ke Hijaz

(Madinah, Makkah dan Taif). Dasar ini kemudiannya diubah oleh Khalifah Uthman

ekoran daripada perubahan masyarakat pada masa itu.

Khalifah Umar seterusnya membentuk suatu majlis yang dipanggil Majlis Syura. Majlis

ini dianggotai oleh enam orang tokoh Islam dan sahabat Nabi iaitu Uthman b. Affan, Ali

b. Abi Talib, Sa’ad b. Waqqas, Abd al-Rahman b. ’Auf, Talhah dan al-Zubair. Fungsi

utamanya ialah bagi menentukan jawatan khalifah.

Dalam hal-hal keadilan pula Khalifah Umar telah melantik hakim-hakim yang

berkelayakan bagi memutuskan sesuatu hukuman. Mahkamah keadilan diwujudkan dan

ia dipisahkan daripada jabatan-jabatan lain. Secara keseluruhannya beliau mengambil

berat tentang kehidupan rakyat jelata.

Kesimpulannya, perbincangan di atas jelas menunjukkan bahawa Khalifah Umar b. Al-

Khattab banyak memberikan sumbangan kepada meninggikan martabat Islam. Ia tidak

terhad kepada perluasan jajahan sahaja, malah pembaharuan dan pembangunan

merangkumi semua aspek agama, politik, ekonomi dan sosial. Jelaslah bahawa

kejayaan beliau ini adalah hasil kecekapan dan kebijaksanaannya mengendalikan

pentadbiran negara, di samping kestabilan dan keamanan yang diwarisi dari Khalifah

Abu Bakar as-Siddiq.

50

81

Page 82: Unit 1 sirah

82

Page 83: Unit 1 sirah

CETUSAN IDEA ANDA:

Setelah anda membaca perubahan dan pembaharuan dalam pentadbiran yang

telah dilakukan oleh Umar, buat satu lakaran grafik atau nota-nota kecil untuk

memudahkan anda mengingat isi-isi pentingnya.

LATIHAN :

Terangkan tiga perubahan yang dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab daripada

aspek pentadbiran.

KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN

Uthman bin Affan daripada keturunan Bani Umaiyah iaitu salah satu cabang keturunan

Quraisy. Beliau terpilih sebagai khalifah setelah pemilihan dilakukan di antara Ali bin Abi

Talib, Sa’d bin Abi Waqqas, al-Zubair bin Awwam, Abd. al-Rahman bin Auf dan Talhah

bin Ubaidillah, termasuk Uthman bin Affan sendiri. Khalifah Uthman telah dibai’ah pada

bulan Zulhijjah tahun 23 H dan ditabalkan menjadi khalifah pada bulan Muharram tahun

24 H. sewaktu dilantik menjadi khalifah, beliau bersetuju untuk meneruskan dasar

pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. Akan

tetapi masyarakat yang begitu cepat menyebabkan beliau terpaksa menggubal satu

dasar baru yang difikirkan sesuai untuk dilaksanakan pada ketika itu. Namun begitu,

Khalifah Uthman boleh dianggap sebagai khalifah yang teraniaya dan menjadi sasaran

fitnah, khususnya daripada kalangan para orientalis Barat. Di bawah ini diperturunkan

beberapa fitnah atau tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau serta penjelasanpenjelasan

tentangnya.

83

Page 84: Unit 1 sirah

Memihak kepada kaum keluarga (nepotisme). Khalifah Uthman dituduh bersikap

nepotisme dalam perlantikan jawatan-jawatan penting seperti gabenor di wilayahwilayah

pemerintahannya. Contohnya, jawatan Gabenor Mesir yang dipegang oleh

Amru bin al-As telah digantikan dengan Abdullah bin Da’d bin Abi Sarah, saudara

angkat Khalifah Uthman.

51

84

Page 85: Unit 1 sirah

Abdullah bin Da’d bin Abi Sarah telah dituduh sebagai seorang gabenor yang tidak adil

kerana memberi keistimewaan kepada pihak tentera, khususnya tentera yang baru

berkhidmat di Mesir. Beliau juga dituduh bersikap zalim kerana memaksa penduduk

Mesir membayar cukai yang lebih dan tidak membahagi-bahagikan harta rampasan

perang seperti yang diamalkan oleh khalifah-khalifah sebelumnya. Bagi memburukkan

lagi kedudukannya, ada pula yang mengungkit sejarah lampau beliau sebagai salah

seorang bekas kaum murtad.

Tuduhan pertama mereka terhadap gabenor Abdullah bin Da’d bin Abi Sarah tidak

sepatutnya diterima begitu sahaja tanpa mengkaji secara teliti akan situasi yang

dihadapi oleh beliau ketika itu. Pada ketika beliau dilantik menjadi gabenor, keadaan

negeri Mesir sedang menghadapi ancaman tentera laut Byzantine. Bagi menyekat

serangan musuh, beliau terpaksa memperkuatkan angkatan tentera lautnya-angkatan

tentera laut Islam hanya dibina pada zaman Khalifah Uthman. Ini sudah tentu

memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Dengan sebab itulah beliau terpaksa memberikan

tumpuan yang lebih banyak kepada aspek ketenteraan, khususnya tentera laut yang

memerlukan peralatan seperti kapal dan senjata. Bagi menjayakan projek raksasa ini

beliau terpaksa mengerah rakyatnya membayar cukai lebih daripada biasa.

Tindakan Khalifah Uthman tidak mengagihkan harta rampasan perang juga ada

kaitannya dengan keperluan membiayai perbelanjaan tersebut lebih-lebih lagi

kedudukan ekonomi orang Islam pada zaman Khalifah Uthman agak lembab berbanding

dengan zaman khalifah sebelumnya. Antara sebabnya adalah kerana aktiviti perluasan

jajahan pada zaman Khalifah Uthman berjalan agak perlahan. Justeru itu, hasil daripada

harta rampasan perang sudah tentu berkurangan.

Kedudukan Abdullah bin Abi Sarah sebagai ‘bekas kaum murtad’ tidak patut diungkitungkitkan

85

Page 86: Unit 1 sirah

lagi kerana beliau sudah lama bertaubat di atas kesalahannya itu malah; Nabi

sendiri telah memaafkannya. Walaupun kedudukan bekas murtad masih diragukan

tentang keikhlasan dan kejujuran mereka pada zaman Khalifah Abu Bakar, tetapi

keraguan ini telah beransur hilang pada zaman Khalifah Umar. Oleh sebab ramai di

kalangan bekas-bekas murtad itu mempunyai kebolehan, maka peluang ini tidak disiasiakan

oleh Khalifah Uthman.

52

86

Page 87: Unit 1 sirah

Sebenarnya bukan sahaja Abdullah bin Abi Sarah yang dilantik di kalangan bekas-bekas

murtad, tetapi ramai lagi, termasuk Asy’ath bin Qais al-Kindi, salah seorang ketua kaum

murtad daripada suku Kindah telah dilantik menjadi panglima tentera dan Gabenor

Adharbayjan. Selain Abdullah, al-Walid bin Uqbah dan Sa’id bin al-As, Gabenor Kufah,

Abdullah bin Amir, Gabenor Basrah dan Marwan bin al-Hakam, Setiausaha Negara yang

dilantik. Mereka ini kaum keluarga sepupu Khalifah Uthman. Mereka dilantik

berdasarkan kebolehan dan pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran serta

telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang.

Sekiranya mereka gagal menunjukkan contoh yang baik, seperti yang dilakukan oleh al-

Walid, maka beliau segera dipecat. Jika Khalifah Uthman bersifat taksub kepada kaum

keluarganya, maka sudah tentu beliau menghalang pemecatan al-Walid sebagai

Gabenor Kufah kerana beliau mempunyai kuasa sebagai khalifah.

Khalifah Uthman melantik keluarganya menjadi pegawai-pegawai kerajaan juga ada

kewajarannya kerana mereka lebih dipercayai. Pada zaman itu, atau lebih umumnya

pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, kerajaan pusat tidak mengamalkan dasar ‘pemusatan

kuasa’ sepenuhnya, tidak seperti zaman Bani Umaiyyah iaitu banyak perkara yang

berkaitan dengan wilayah berkenaan tanpa merujuk kepada khalifah atau kerajaan

pusat Madinah. Sementara itu, usia Khalifah Uthman sudah lanjut, sudah tentu

memerlukan seorang gabenor yang benar-benar boleh dipercayai, jika tidak maka sudah

tentu lebih banyak masalah yang akan timbul.

Hidup boros dan mengambil wang Bait al-Mal. Khalifah Uthman dituduh juga sebagai

seorang khalifah yang boros kerana telah membelanjakan wang yang banyak dan

dikatakan diambil dari Bait al-Mal. Malah beliau dituduh membelanjakan wang itu untuk

diberikan kepada kaum keluarganya. Sebagai contoh, beliau telah memberi kuasa

87

Page 88: Unit 1 sirah

kepada gabenornya di Mesir, Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah, menggunakan satu

perlima daripada harta rampasan perang di Tripoli. Akibatnya, penduduk Mesir marah

dan memberontak. Adakah tuduhan mereka ini wajar diterima?

Tuduhan pertama yang menganggap Khalifah Uthman seorang khalifah yang boros

serta menggunakan wang Bait al-Mal kerana kepentingan kaum keluarganya adalah

palsu dan tidak berasas sama sekali. Beliau sudah terkenal sebagai seorang hartawan

53

88

Page 89: Unit 1 sirah

dan dermawan sejak zaman Jahiliah lagi. Jika sekiranya beliau sanggup dan mampu

menderma sebanyak 100 ekor dan 1000 dinar kepada orang lain pada zaman Nabi

dahulu, kenapa pula tidak sanggup mendermakan wang dan harta bendanya kepada

kaum keluarganya sendiri? Mengapa beliau perlu mengambil wang dari Bait al-Mal,

sedangkan beliau seorang hartawan dan dermawan?

Sebagaimana kebiasaan apabila seseorang itu dilantik menjadi khalifah, beliau diberikan

segala kemudahan untuk menguruskan rumah tangganya serta dilarang menjalankan

urusan perniagaan atau seumpamanya supaya beliau dapat menumpukan sepenuh

perhatian kepada kerja-kerja dan tugasnya sebagai khalifah. Peraturan ini sudah

dimulakan sejak zaman Khalifah Abu Bakar lagi. Oleh sebab sudah ada kemudahan

yang disediakan, maka Khalifah Uthman tidak perlu bersusah-payah menyimpan harta

benda yang banyak, dengan sebab itu harta benda dan wang dimilikinya diberikan

kepada kaum keluarganya, termasuk Marwan al-Hakam.

Mengenai satu perlima daripada harta rampasan perang yang diberi kuasa kepada

Abdullah untuk menggunakannya bukanlah untuk kegunaan peribadinya, tetapi bagi

menampung perbelanjaan pembinaan tentera laut Mesir dan membayar gaji pegawai

kerajaan. Tambahan pula, khalifah atau kerajaan pusat berhak menerima satu perlima

daripada harta rampasan perang, seperti yang tersebut di dalam al-Quran, Surah al-

Anfal bagi kegunaan awam.

Membenarkan sahabat memiliki tanah di Iraq. Khalifah Uthman dituduh memberi

tanah atau ladang kepada para sahabat dan ketua-ketua kabilah. Tanah-tanah tersebut

dinamakan tanah sawafi, iaitu tanah-tanah yang tidak bertuan, seperti yang dinyatakan

di atas. Dalam kes ini, dikaitkan juga dengan tindakan khalifah membenarkan para

sahabat Nabi berhijrah keluar dari Hijaz.

89

Page 90: Unit 1 sirah

Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab tanah-tanah sawafi itu diamanahkan kepada

golongan Ahl al-Ayyam, iaitu sebahagian daripada peserta-peserta yang tiba awal ke

negeri Iraq. Di samping itu, ramai lagi peserta yang tiba awal dan menyertai ekspedisi

pembukaan negeri Iraq termasuk kaum Muhajirin, Ansar dan bekas murtad.

54

90

Page 91: Unit 1 sirah

Setiap golongan ini kemudiannya diberikan peluang oleh Khalifah Uthman untuk

mendapatkan saham kerana penyertaan mereka dalam ekspedisi tersebut melalui skim

pertukaran hak milik tanah yang disediakan oleh khalifah. Ertinya, mereka bukanlah

mendapat tanah-tanah itu secara percuma, tetapi dengan pertukaran tanah yang

mereka miliki di semenanjung Arab. Sebagai contoh, Talhah bin Ubaidullah, bekas

parajurit di Iraq, telah menukarkan tanahnya di Khaybar dengan tanah sawafi di

kawasan Nashstaj di Iraq. Orang yang menikmati skim pertukaran tanah ini bukan

daripada golongan Muhajirin dan Ansar, tetapi juga bekas murtad termasuk Asy’ath bin

Qais. Oleh itu, tidak wajarlah bagi golongan pemberontak yang dikendalikan oleh

sebilangan daripada golongan Ahl al-Ayyam (kemudiannya dikenali sebagai al-qurra’)

memusuhi Khalifah Uthman kerana tindakan khalifah itu amat adil. Mereka menuduh

khalifah zalim, lalu mereka bertindak membunuhnya.

Memihak kaum Quraisy dan bekas murtad. Khalifah Uthman juga dituduh memihak

kaum Quraisy akibat tindakan gabenornya di Kufah, Sa’id bin al-‘As mengisytiharkan

tanah di Iraq (sawad) kepunyaan kaum Quraisy.

Tindakan Sa’id itu selaras dengan jasa serta kedudukan kaum Quraisy yang sentiasa

dipandang tinggi oleh masyarakat pada zaman itu. Maksud Sa’id bertindak sedemikian

ialah supaya kaum Quraisy mengendalikan tanah-tanah di Iraq agar mereka terus

dipandang tinggi dan dihormati. Sebelum ini pun hampir kesemua pemimpin yang

dilantik, sama ada dalam tentera atau perkhidmatan awam adalah daripada keturunan

Quraisy.

Membakar nasakh al-Qur’an. Khalifah Uthman juga dituduh mencemarkan kesucian al-

Quran kerana tindakannya membakar nasakh-nasakh al-Qur’an.

91

Page 92: Unit 1 sirah

Tindakan beliau itu hanya semata-mata bagi mewujudkan sebuah nasakh al-Quran yang

seragam/standard. Bagi melaksanakan tujuan ini, beliau telah melantik sebuah

jawatankuasa bagi mengkaji nasakh-nasakh al-Qur’an yang ditulis dan disebarkan pada

waktu itu. Hasil kajian mereka terdapat pelbagai naskah al-Quran yang ditulis dengan

berbagai-bagai loghat tempatan dan disebarkan di wilayah-wilayah Islam. Keadaan ini

agak menyulitkan.

55

92

Page 93: Unit 1 sirah

Dengan sebab tersebut, Khalifah Uthman memutuskan supaya diadakan satu bentuk al-

Quran sahaja iaitu mengikut loghat Quraisy dan ia kemudiannya dinamakan Musyaf

Uthmani. Walaupun tindakan khalifah itu betul dan wajar, tetapi oleh sebab wujudnya

semangat kedaerahan dan kesukuan menyebabkan projek yang dilaksanakan oleh

khalifah itu dituduh sebagai suatu percubaan memperluaskan kuasa dalam bidang

keagamaan.

Kesimpulannya, semua tuduhan yang dilemparkan ke atas Khalifah Uthman

kebanyakannya tertumpu kepada sikap dan tindakan khalifah yang secara kebetulannya

berketurunan Bani Umaiyyah. Tindakan yang serupa juga dilakukan ke atas Mu’awiyah

dan pemimpin-pemimpin Bani Umaiyyah yang lain. Keadaannya agak berbeza dengan

tindakan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.

Kedua-duanya sangat menghormati kedudukan dan kebolehan kaum keluarga Bani

Umaiyyah, khususnya dalam bidang pentadbiran. Ramai di antara mereka telah dilantik

ke jawatan-jawatan penting. Justeru itu, dengan sangkalan-sangkalan yang

dikemukakan dapat membuktikan bahawa tuduhan mereka tidak berasaskan sejarah,

hanya melainkan sangka buruk terhadap keturunan Bani Umaiyyah, termasuklah

kepada Khalifah Uthman.

KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB

Saidina Ali bin Talib dilantik menjadi khalifah pada 25 Zulhijjah tahun 35 H/23 Jun 656 M

oleh masyarakat Islam Madnah, termasuklah kaum pemberontak Kufah dan kaum Ansar

di Madinah. Pada mulanya beliau enggan menerima jawatan itu, tetapi kesemua calon

seperti Talhah Ubaidullah dan al-Zubair menolak. Maka Saidina Ali dalam keadaan yang

serba salah terpaksa menerimanya kerana untuk memenuhi jawatan khalifah yang wajib

93

Page 94: Unit 1 sirah

dilaksanakan di negara Islam dan menerima sokongan yang begitu kuat daripada

penduduk Madinah (Ansar). Pihak penentang Khalifah Uthman ang diketuai oleh al-

Asyrat turut sama membai’ah Saidina Ali menjdai khalifah. Setelah itu diikuti pula ole

orang ramai dan seluruh Negara Islam kecuali Syam.

Walau bagaimanapun, dengan adanya sokongan golongan pemberontak di belakang

Khalifah Ali menyebabkan Talhah dan al-Zubair yang pada mulanya menyokong

56

94

Page 95: Unit 1 sirah

Khalifah Ali telah mengubah sikap mereka kepada menentangnya. Mereka juga telah

menuduh Khalifah Ali bersubahat dalam kes pembunuhan Khalifah Uthman. Isu ini

ditimbulkan kerana mereka cuba mendapatkan sokongan daripada rakyat supaya

Khalifah Ali ditentang. Namun begitu, sebaliknya mereka mempunyai motif lain iaitu

bimbang terhadap golongan pemberontak jika menguasai suasana politik dan oonomi di

Iraq. Menurut al-Tabari, Talhah dan al-Zubair mempunyai kepentingan di Iraq kerana

sebelum itu mereka pernah meminta untuk dilantik menjadi gabenor di Kufah dan

Basrah daripada Khalifah Ali.

Sementara itu antara gabenor-gabenor yang paling kuat menentang Khalifah Ali ialah

Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Mu’awiyah bukan sahaja membantah arahan Khalifah Ali

supaya turun dari jawatan gabenor Syam, malah berusaha pula untuk menjatuhkan

Khalifah Ali. Beliau terus tidak mengakui perlantikan Khalifah Ali sebagai khalifah yang

sah. Malah beliau terang-terang menuduh Khalifah Ali telah terlibat dalam kes

pembunuhan Khalifah Uthman. Tuduhan tersebut dapat dibuktikan dengan; Pertama,

sikap Khalifah Ali yang membiarkan penentang-penentang Khalifah Uthman

bermaharajalela di Madinah. Kedua, tindakannya memecat Muawiyah memecat jawatan

gabenor Syam, sedangkan beliau seorang ahli pentadbir dan ahli politik tang bijak.

Ketiga, tindakan Khalifah Ali melambat-lambatkan usaha menghukum pemberontakpemberontak

yang terlibat dalam pembunuhan Khalifah Uthman.

Dalam pada itu, pertukaran jawatan khalifah ke tangan Khalifah Ali juga beerti

pertukaran semula kekuasan politik kepada Bani Hasyim setelah ia berada di tangan

Umaiyyah pada zaman Khalifah Uthman. Hal ini sudah pasti menimbulkan krisis

kepimpinan di antara kedua-dua suku berkenaan. Walau bagaimanapun, peperangan

antara Khalifah Ali dengan Mu’awiyah tidak berlaku melainkan setelah peristiwa perang

Jamal.

95

Page 96: Unit 1 sirah

Kaum muslimin di bawah pimpinan Khalifah Ali di Madinah masih siuk mencari

penyelesaian supaya umat Islam bersatu padu. Kemudian, beliau diberitahu bahawa

orang-oran Makkah telah bersiap sedia untuk memeranginya. Mereka diketuai oleh

Talahah dan al-Zubair. Penentangan ini bukanlah untuk membela kematian Khalifah

Uthman tetapi untuk menjaga kepentingan mereka di Iraq yang telah dikuasai oleh

Khalifah Ali dan penyokong-penyokongnya. Siti Aisyah, bekas isteri Nabi, turut

57

96

Page 97: Unit 1 sirah

menyokong Talhah dan al-Zubair kerana mereka daripada suku yang sama ( suku Taim)

sementara al-Zubair pula ialah saudara iparnya. Akan tetapi oleh kerana Aisyah adalah

bekas isteri Nabi, maka nama beliaulah yang lebih ditonjolkan. Di samping itu,

pemimpin-pemimpin Bani Umaiyah yang dipecat oleh Khalifah Ali seperti Abdullah b.

Amir, bekas gabenor Yaman dan lain-lain lagi turut menyokong Talhah dan al-Zubair.

Walau bagaimanapun, sokongan Bani Umaiyah terhadap Talhah dan al-Zubair tidak

kekal lama kerana kedua-duanya mempunyai kepentinagn sendiri. Pihak keluarga Bani

Umaiyah mahukan keluarga Khalifah Uthmanyang memegang tampuk pemerintahan,

sedangkan pihak Talhah dan al-Zubair mahukan Muhajirin yang memerintah. Justeru itu,

kaum keluarga Bani Umaiyah telah keluar beramai-ramai dari barisan tentera Talhah

dan al-Zubair.

Setelah itu, Talhah mencadangkan supaya pergi ke Basrah untuk mendapatkan

sokongan kerana di sana terdapat ramai penyokon Khalifah Uthman yang mempunyai

hubungan erat dengan Talhah sendiri. Cadangan ini telah diterima sebulat suara dan

seterusnya mereka menyediakan bala tentera seramai 1000 orang untuk pergi ke

Basrah. Apabila sampai di Basrah, mereka dibantu oleh majority penduduk di situ dan

Berjaya menguasai Basrah. Rancangan mereka yang seterusnya adalah untuk

menguasai negeri Iraq.

Berita penguasaan kota Basrah oleh Talhah dan al-Zubair telah disampaikan kepada

Khalifah Ali. Lalu beliau menyediakan bala tentera seramai 1 000 (6 000) orang. Setelah

itu mereka disertai oleh penduduk di sekitar Hijaz dan menjadikan jumlah tenteranya

seramai 10 000 orang sewaktu beliau tiba di Dhu Qar. Di sana beliau mendapat pula

bantuan daripada penduduk Kufah seramai 9 000 orang.

97

Page 98: Unit 1 sirah

Sebelum berlakunya Perang Jamal beberapa usaha damai telah dikemukakan oleh

Khalifah Ali, tetapi kesemuanya menemui jalan buntu. Kegagalan ini adalah disebabkan

oleh gesaan kaum Nuffar (golongan yang terlibat dengan penentangan terhadap

Khalifah Uthman) untuk berperang dan menewaskan musuh.

58

98

Page 99: Unit 1 sirah

CETUSAN IDEA ANDA:

Tahukah anda mengapa tidak berlaku pembaharuan dan peluasan negara Islam

semasa pemerintahan Ali. Catatkan apa yang anda tahu.

Perang Jamal berlaku pada 11 Jamadilakhir tahun 36 H / Disember 657 M dalam masa

tidak sampai sehari dan kemenangan berpihak kepada Khalifah Ali. Dalam peperangan

ini ramai yang terkorban antaranya Talhah dan al-Zubair, sementara Siti Aishah ditawan

dan dibawa ke Madinah dengan selamat. Akibat peperangan ini, sebanyak 600 000

dirham diperolehi dari perbendaharaan Basrah. Setelah itu, Khalifah Ali melantik

Abdullah sebagai Gabenor Basrah, Qais bin Sa’d sebagai Gabenor Mesir dan Ziyad bin

Abihi sebagai Pengarah Jabatan Kharaj (cukai perlindungan).

Setelah selesai Perang Jamal, usaha Khalifah Ali untuk mewujudkan perpaduan umat

Islam diteruskan. Bagi tujuan ini beliau merancang mengadakan usaha damai dengan

Mu’awiyah dan pengikut-pengikutnya di Syam. Langkah yang di ambil adalah

menghantar utusan kepada Mu’awiyah untuk mengadakan persetujan damai. Antara

utusan yang dihantar ialah Jarir b. Abdullah al-Bajali. Walau bagaimanapun, Mu’awiyah

telah menolak cadangan damaiyang dikemukakan oleh Khalifah Ali itu. Seterusnya

Mu’awiyah menuduh Khalifah Ali terlibat dalam pembunuhan Khalifah Uthman dan

pembunuhan Umat Islam dalam Perang Jamal. Sementara itu, Mu’awiyah juga

mengutus wakilnya bernama Abu Muslim al-Khawlani untuk berunding dengan Khalifah

Ali, tetapi perundingan dua hala ini berakhir dengan kegagalan.

Pada hakikatnya, Khalifah Ali tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak

langsung dalam kes pembunuhan Khalifah Uthman. Malah beliau telah menghantar

kedua-dua puteranya Hasan dan Husain untuk melindungi Khalifah Uthman Penglibatan

99

Page 100: Unit 1 sirah

Ali dalam pembunuhan Khalifah Uthman merupakan satu tuduhan yang dilemparkan

oleh kaum keluarga Bani Umaiyyah yang bertujuan untuk memburukkan nama Khalifah

Ali. Namun begitu, tidaklah dapat dinafikan bahawa kaum pemberontak yang terlibat

secara langsung dalam kes pembunuhan kuat Khalifah Uthman ialah penyokongpenyokong

kuat Khalifah Ali. Mereka inilah yang sebenarnya telah mencalonkan Ali

sebagai khalifah untuk menggantikan Khalifah Uthman. Di atas kesalahan inilah

mungkin kaum keluarga Bani Umaiyyah dan penyokong-penyokong mereka menuduh

59

100

Page 101: Unit 1 sirah

Khalifah Ali bersubahat dengan pembunuh-pembunuh Khalifah Uthman dan menuduh

beliau orang yang tidak bertanggungjawab dalam pembunuhan itu.

Mu’awiyah mempunyai angkatan tentera yang tersusun dan bersatu-padu. Mereka

berdiri teguh di belakangnya. Sementara tentera Khalifah Ali, walaupun lebih ramai

tetapi mereka telah berpecah dan setiap kelompok mempunyai latar belakang yang

berbeza. Secara kasar, ia terbahagi kepada tiga golongan iaitu kaum Ansar, al-Qurra’

(terlibat secara langsung dalam penentangan ke atas pentadbiran Khalifah Uthman) dan

lain-lain termasuk bekas murtad. Namun begitu, mereka telah bersatu tenaga dengan

Khalifah Ali bagi menentang Mu’awiyah.

? FIKIR:

Bolehkah anda senaraikan nama sahabat dan kaum kerabat Rasulullah s.a.w.

yang terlibat dalam peperangan Siffin dan peperangan Jamal.

Bilangan tentera Mu’awiyah berjumlah seramai 70 000 orang sementara tentera Ali

seramai 150 000 orang. Kedua-dua belah pihak telah berkhemah di Lembah Siffin

selama kira-kira tiga bulan (Zulhijjah, Muharam dan Safar tahun 37 H / Mei, Jun dan

Julai 657 M). Dalam tempoh tersebut telah berlaku sebanyak 90 kali pertempuran kecil

yang diselangi beberapa perundingan. Akhirnya, berlaku suatu pertempuran hebat yang

dinamakan Laila al-Harir pada awal bulan Safar tahun 37 H. Dalam peperangan ini

tentera Khalifah Ali hampir mencapai kejayaan. Menyedari kelemahan tentera Syam,

Amru bin al-‘As mencadangkan kepada Mua’wiyah supaya diadakan rundingan damai

dengan Khalifah Ali dan kembali kepada Kitab Allah (al-Quran).

Apabila seruan dibuat untuk memberhentikan peperangan dan mengadakan rundingan

101

Page 102: Unit 1 sirah

ramai, pihak tentera Khalifah Ali telah berbelah bagi. Ada yang menyokong dan ada

yang menentang tetapi majoritinya menyokong cadangan damai itu, hanya segelintir

kecil yang diketuai al-Asytar bersetuju meneruskan peperangan. Khalifah Ali sendiri

berada di pihak yang kedua. Beliau cuba meyakinkan golongan pertama dengan

mengatakan bahawa itu adalah tipu muslihat Mu’awiyah. Akan tetapi, oleh sebab

golongan pertama merupakan golongan majoriti dan tidak berganjak daripada pendirian

mereka menyebabkan Khalifah Ali terpaksa menurut walaupun dia tidak bersetuju dan

60

102

Page 103: Unit 1 sirah

pihak al-Asytar juga akhirnya terpaksa bersetuju. Perundingan ini seterusnya membawa

kepada pembentukan Majlis Tahkim pada bulan Safar tahun 37 H yang banyak

membawa implikasi kepada kedua-dua pihak dalam pertikaian ini.

Kesimpulannya, perbincangan di atas jelas menunjukkan bahawa Khalifah Ali bin Abi

Talib berada dalam keadaan tersepit kesan tuduhan bersubahat dalam pembunuhan

Khalifah Uthman. Implikasi peristiwa ini menyebabkan berlakunya peperangan sesama

umat Islam yang pertama iaitu Perang Jamal. Peristiwa ini bertambah buruk lagi dengan

berlakunya Perang Siffin yang akhirnya membawa kepada kesan negatif dalam politik

dan kepimpinan Khalifah Ali. Suasana negara yang kucar-kacir menyebabkan Khalifah

Ali tidak berkesempatan untuk membuat pembangunan dan kemajuan.

61

103

Page 104: Unit 1 sirah

UNIT 6

KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ

Umar bin Abd al-Aziz atau Umar 11 adalah khalifah ke 8 Bani Umaiyyah yang

menggantikan Sulaiman bin Abd al-Malik. Nama lengkapnya ialah Abu Jaafar Umar bin

Abd al-Aziz bin Marwan bin al-Hakam. Ibunya bernama Laila binti ‘Asim bin Umar al-

Khattab. Beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 63 Hijrah/683 M. Antara tahun 87-93

H/704 – 12 M, beliau dilantik menjadi gabenor Hijaz oleh Khalifah al-Walid bin Abd al-

Malik. Khalifah Sulaiman telah membantu Umar memegang jawatan khalifah melalui

wasiat bertulis kerana memandangkan ketokohan dan jasanya yang membantu beliau

dalam mempertahankan haknya sebagai putera mahkota yang mahu dihapuskan oleh

Khalifah al-Walid bin Abd al-Malik. Khalifah Umar telah memerintah antara tahun 99 –

101H.

Khalifah Umar dianggap sebagai warak dan patuh kepada ajaran Islam. Beliau juga alim

dalam bidang perundangan Islam dan Hadith serta pernah berguru dengan Imam Malik

bin Anas, ‘Urwah bin Zubair, Said bin Musayyib dan lain-lain lagi. Beliau dan

keluarganya juga telah mengenepikan semua kemewahan istana dan hidup cara

sederhana sahaja. Menurut Ibn Abd al-Hakam dalam kitab: Sirah Umar bin Abd al-Aziz,

sifat-sifat Umar yang baik, warak dan zuhud sejak dilantik menjadi khalifah telah banyak

mempengaruhi dasar pemerintahannya. Dalam hal ini beliau bukan sahaja seorang

Khalifah yang warak dan zuhud, tetapi juga seorang pemimpin yang dinamis dan radikal.

Dari segi politik, Khalifah Umar telah melakukan beberapa perubahan secara radikal

104

Page 105: Unit 1 sirah

terhadap dasar pemerintahan Bani Umaiyyah, terutama yang berkaitan dengan

perlaksanaan undang-undang Islam. Beliau telah berusaha melaksanakan dasar

pemerintahan Islam seperti yang dilakukan oleh Khalifah al-Rasyidin, khususnya

Khalifah Umar al-Khattab. Beliau turut menghapuskan pengawal peribadi dan pengawal

istana. Dengan terhapusnya sistem lama ini, maka rakyat jelata boleh menemui beliau

tanpa apa-apa sekatan bagi membolehkan mereka membuat pengaduan terus

kepadanya.

62

105

Page 106: Unit 1 sirah

Khalifah Umar juga telah melaksanakan dasar menghentikan serta merta semua

kegiatan peperangan dan penaklukan. Tentera Bani Umaiyyah yang sedang

mengepung ibu kota Constantinople yang diketuai oleh Musallamah bin Abd al-Malik

dan kawasan-kawasan bekas jajahan Byzantine di arahkan pulang. Dasar ini sudah

tentu berlawanan dengan dasar khalifah-khalifah Bani Umaiyyah sebelumnya. Tujuan

beliau adalah untuk mewujudkan keamanan serta memberi peluang kepada tenteranya

berehat dan pulang bersama-sama keluarga mereka, di samping mengembangkan

agama Islam secara hikmah.

Khalifah Umar turut mengambil langkah radikal dengan melaksanakan dasar berbaikbaik

terhadap musuh kerajaan Bani Umaiyyah. Ia termasuklah musuh-musuh dari luar,

mahupun dalam negara seperti kaum Khawarij dan Syiah. Sebelum ini kerajaan Bani

Umaiyyah telah menunjukkan sikap permusuhan terhadap mereka. Akan tetapi Umar

telah mengubah dasar itu kepada sikap

Syawdhab pemimpin puak Khawarij yang cuba menentang Khalifah Umar telah tunduk

dan menghentikan rancangan menentang beliau apabila mendengarkan hujjah dan dalil

yang dikemukakannya. Beliau turut menghapuskan dasar cercaan terhadap Khalifah Ali

dalam khutbah Jumaat yang telah dimulakan sejak zaman Muawiyyah lagi. Begitu juga,

beliau telah memulangkan beberapa kawasan kebun kepada keluarga Ali dan harta

kepunyaan keluarga Talhah di Makkah.

Dari segi sosial pula, bagi memastikan masyarakat berada dalam keadaan aman dan

stabil, beliau menggalakkan kahwin campur antara Arab dengan bukan Arab. Sebelum

ini, kedua-dua golongan tersebut sering bermusuhan antara satu sama lain akibat dasar

perkauman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau juga cuba mengamankan ketegangan

perhubungan di antara golongan Arab Utara dan Arab Selatan. Tidak seperti Khalifah

106

Page 107: Unit 1 sirah

Bani Umaiyyah yang lain, beliau enggan menyebelahi mana-mana pihak dalam

perbalahan ini.

Khalifah Umar juga melaksanakan berbagai-bagai projek bagi kesejahteraan negara dan

rakyat. Antaranya ialah memperbanyakkan rumah tumpangan bagi para musafir,

bantuan khas kepada orang cacat dan sakit, membina saliran dan jalan raya. Dalam

63

107

Page 108: Unit 1 sirah

masa yang sama beliau telah banyak membina masjid dan mengumpul hadith

Rasulullah s.a.w.

Sikap adil pada semua rakyat tidak kira bangsa, agama atau keturunan yang

ditunjukkan oleh Umar menyebabkan ramai penganut agama lain sama ada Yahudi,

Kristian atau Majusi menghormatinya. Malah ramai pula di kalangan bangsa-bangsa

bukan Arab, khususnya bangsa Parsi dan Barbar telah memeluk agama Islam

contohnya, Jarrah bin Abdullah, Gabenor Khurasan sahaja telah berjaya mengislamkan

seramai 4000 orang keturunan Parsi. Bagi memperluaskan dakwah Islamiyyah, beliau

menghantar guru-guru agama ke seluruh negara, termasuk sepuluh orang yang dihantar

ke Afrika Utara bagi menyebarkan ajaran Islam di kalangan kaum Barbar yang baru

memeluk Islam. Bagi mereka yang belum memeluk Islam. Bagi mereka yang belum

memeluk Islam diberikan hak dan kebebasan beribadat mengikut agama masingmasing,

rumah ibadat mereka dipelihara.

Namun begitu, mereka tidak dibenarkan mendirikan rumah ibadat yang baru sebagai

langkah untuk membataskan penyebaran agama-agama lain, selain agama Islam

kerana agama ini adalah agama rasmi negara. Beliau juga menyeru raja dan pembesar

asing supaya menerima Islam. Contohnya, Raja Sind di India telah menyahut seruan ini.

Bagi mencapai matlamat memperluaskan lagi penyebaran agama Islam. Khalifah Umar

telah mengeluarkan arahan kepada semua gabenor agar sesiapa sahaja yang memeluk

agama Islam tanpa mengira keturunan dikecualikan daripada membayar cukai jizyah .

Hal ini bertentangan dengan amalan kerajaan Bani Umaiyyah sejak zaman al-Hajjaj

yang mengenakan cukai jizyah kepada orang-orang Islam bukan Arab (mawali).

Walaupun cukai jizyah tidak dikenakan namun cukai-cukai lain termasuk cukai kharaj,

cukai perniagaan dan zakat tetap dikenakan ke atas orang bukan Arab yang beragama

108

Page 109: Unit 1 sirah

Islam sama seperti orang Arab Islam yang lain berdasarkan hak dan tanggungjawab

yang serupa. Ini menunjukkan bahawa beliau cuba mewujudkan sebuah masyarakat

baru dalam Negara berlandaskan akidah Islam dan tidak berlandaskan bangsa atau

keturunan.

64

109

Page 110: Unit 1 sirah

Tindakan Umar menghapuskan cukai jizyah ke atas orang Islam bukan Arab ini telah

ditentang oleh beberapa orang gabenor termasuk Gabenor Mesir dengan mengatakan

bahawa tindakan tersebut boleh member kesan buruk kepada kedudukan kewangan

Negara. Umar telah menjawabnya iaitu, “Hapuskan jizyah daripada orang Islam,

sesungguhnya Allah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. ialah sebagai penunjuk dan

bukan sebagai pengutip cukai”. Jawapan yang tegas daripada Umar ini adalah bertujuan

untuk menegakkan syiar Islam dan mewujudkan sistem sosial Islam yang adil lagi

saksama.

Dari segi ekonomi, memanglah tindakan radikal Umar itu boleh mengurangkan hasil

pendapatan negara, tetapi dalam pada itu beliau telah berjaya menyelesaikan masalah

tersebut menerusi dasar ekonomi barunya. Dasar baru ini dapat menjamin ketinggian

Islam dan keperluan negara pada ketika itu. Terdapat tiga penyelesaian yang dibuat

menerusi dasar ekonomi baru bagi menambah pendapatan negara.

Pertama: Cukai tanah (kharaj) iaitu tanah tersebut menjadi hak milik bersama orang-

orang Islam dan hasil tanamannya dikenakan cukai oleh kerajaan. Tanah kharaj tidak

boleh dijual beli atau diagih-agihkan kepada sesiapa pun, sama ada dalam bentuk

hadiah atau kurnia.

Kedua: Pada zaman Umar, cukai jizyah dikenakan ke atas sesiapa yang memiliki atas

orang Islam.

Ketiga: Memansuhkan segala jenis perayaan (mahrajan), upacara-upacara perasmian

kerajaan, hadiah-hadiah kepada tetamu dan perbelanjaan-perbelanjaan lain yang

membazir. Hak dan harta negara digunakan untuk perkara yang berfaedah sahaja.

110

Page 111: Unit 1 sirah

Dengan terlaksananya dasar ekonomi baru yang berteraskan ajaran al-Qur’an itu, maka

kedudukan kewangan negara menjadi semakin kukuh. Justeru itu, beliau berupaya

mengurangkan kadar cukai kepada kadar yang mampu dibayar oleh pembayarpembayar

cukai, terutama golongan dhimmi tanpa menjejaskan kedudukan ekonomi

negara. Beliau dikatakan telah berjaya memakmurkan masyarakat Islam pada

zamannya sehingga tiada siapa yang layak menerima zakat. Seterusnya beliau

membenarkan mereka yang baru memeluk Islam berpindah ke bandar-bandar yang

65

111

Page 112: Unit 1 sirah

mana sebelum ini ditegah oleh al-Hajjaj kerana katanya akan menjejaskan kedudukan

sosial dan ekonomi di bandar.

Khalifah Umar juga menguatkuasakan semula undang-undang yang dikenakan pada

zaman Khalifah Umar al-Khattab yang melarang orang-orang Arab berhijrah atau

membeli tanah di luar Jazirah Arab. Umar juga membuat sistem cukai yang selaras

untuk seluruh negara. Perkara ini untuk mengelakkan pegawai-pegawai daripada

menyalahgunakan kuasa dalam pentadbiran negara.

Kemajuan infrustruktur terus berkembang pada zaman Khalifah Umar Abd al-Aziz,

misalnya jalan raya menghubungkan di antara Khurasan dengan Makkah bagi

kemudahan jemaah-jemaah haji. Bidang pendidikan dan keilmuan turut berkembang

maju, terutama bidang agama dan sains. Pusat perubatan telah dipindahkan dari

Iskandariyah ke Antioch dan Harron untuk mengurangkan pengaruh asing dalam

perubatan Islam.

Kesimpulannya, Khalifah Umar telah memerintah selama kira-kira dua tahun setengah

sahaja, tetapi beliau telah banyak membuat perubahan secara radikal dalam aspek

politik, ekonomi mahupun sosial. Oleh itu, beliau boleh dianggap pemimpin yang warak

lagi dinamis. Dengan sebab itu juga beliau pernah dianggap oleh ahli-ahli sejarah

sebagai Khalifah al-Rasyidin Kelima. Usaha Umar bin Abd. al-Aziz bagi menegakkan

sebuah masyarakat dan negara Islam tulen telah berakhir dengan kewafatannya pada

bulan Rejab tahun 101 H/ Februari 750 M. Dengan cara ini, baginda berjaya melahirkan

suatu masyarakat dan negara Islam yang aman damai dan dihormati oleh kawan dan

lawan seperti yang pernah wujud pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

66

112

Page 113: Unit 1 sirah

113

Page 114: Unit 1 sirah

UNIT 7

KHALIFAH HARUN AL-RASYID:

Harun al-Rasyid (170-93 H/786-809 M) adalah seorang khalifah yang sangat masyhur

kerana sejak zaman beliau bermulanya era pembangunan dan perkembangan ilmu

pengetahuan pada zaman Abbasiyah. Beliau dilahirkan di al-Rayy pada bulan Zulhijah

tahun 145 H/765 M, mempunyai keperibadian yang tinggi serta berpengalaman luas

dalam bidang politik dan ketenteraan. Beliau seorang yang pintar dan gemar kepada

ilmu pengetahuan. Manakala puteranya, al-Ma’mun dilantik menjadi putera mahkota

bersama-sama al-Amin ketika usianya 13 tahun oleh Harun al-Rasyid dan beliau

berkuasa di Wilayah Timur, dari Khurasan hingga ke Hamadhan. Beliau dilantik menjadi

khalifah setelah berjaya membunuh Khalifah al-Amin pada tahun 198 H/ 813 M dan

memerintah sehingga tahun 218 H/ 833 M. Beliau telah Berjaya memperkembang dan

memperluaskan kegiatan ilmu pengetahuan sebagai menyambung kepada usaha Harun

al-Rasyid.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada perkembangan ilmu pengetahuan

pada zaman Harun al-Rasyid dan al-Ma’mun. Antaranya ialah sikap kedua-dua tokoh ini

yang sangat gemar ilmu pengetahuan dan mereka menjadi penaung ke atas

perkembangannya. Al-Ma’mun adalah salah seorang cendikiawan yang pintar

terutamanya dalam bidang agama, astronomi dan kesusasteraan. Ini ditambah dengan

faktor warisan kegiatan para cendikiawan Islam pada zaman sebelumnya. Ia bermula

daripada kesedaran umat Islam terhadap kepentingan ilmu pengetahuan dengan

berusaha mencari dan menyebarkannya. Malah mereka mendapat kerjasama yang baik

114

Page 115: Unit 1 sirah

daripada para sarjana asing seperti orang Parsi, Kristian, Yahudi dan India.

Para sarjana asing pula mendapat perhatian dan layanan yang baik daripada khalifah.

Ini memudahkan proses penterjemah dan mengolah berbagai-bagai ilmu pengetahuan

pada zaman tersebut. Kebetulan pula kilang kertas yang mula dibina di China telah

67

115

Page 116: Unit 1 sirah

mempengaruhi benua Islam bagi membolehkan kegiatan penulisan giat dijalankan.

Pada zaman al-Ma’mun, pengaruh pemikiran yang menjadi factor utama pada

penyebaran ilmu. Kumpulan ini disifatkan sebagai golongan rasional dan sangat

mementingkan ilmu pengetahuan serta melibatkan diri dalam bidang teologi (usuluddin).

Pada zaman Harun al-Rasyid, kota Baghdad telah dijadikan sebagai pusat intelektual

dan ramai cendikiawan datang bernaung di istananya. Pada zamannya telah lahir ramai

tokoh ilmuan, antaranya ialah Qadi Abu Yusuf, seorang ulama’ yang terkenal, keluarga

Baramikah iaitu Yahya dan al-Fadl, kedua-duanya anak Khalid al-Barmaki, para

sasterawan dan ahli bahasa seperti Abu Ata’iyah dan al-Asma’I, Khalil (ahli filologi),

Ibrahim al-Khalili dan al-Nasa’. Beliau telah membenarkan penyebaran ilmu

pengetahuan asing masuk ke Negara. Fenomena ini lebih jelas kelihatan pada zaman

puteranya, al-Ma’mun sama ada dalam bidang ilmu agama ataupun ilmu bukan agama.

Dari segi ilmu agama, ilmu tafsir, hadith dan fikah telah berkembang pesat kerana

kemunculan ramai tokoh agama seperti Ahmad bin Hambal, Abu Yusof dan lain-lain.

Ilmu tafsir pada ketika itu telah disusun secara khusus dan tidak dicampur-adukkan

dengan ilmu hadith atau kata-kata para sahabat. Hadith atau kata-kata sahabat hanya

dijadikan sebagai hujah-hujah sahaja. Bidang tafsir pula telah diperluaskan mengikut

jenis masing-masing. Ada orang menumpukan bidang hukum, ada yang menumpukan

bidang bahasa dan sebagainya. Tafsir-tafsir ini kemudiannya disusun semula oleh

Tabari.

Penulisan Hadith pula sudah bermula sejak zaman Rasulullah lagi serta disusun dan

dibukukan pada zaman Umar bin Abd.Aziz. Akan tetapi pada zaman al-Ma’mun kegiatan

penulisan dan penyusunan hadith menjadi semakin pesat. Hal ini telah mempengaruhi

zaman-zaman selepasnya sehingga lahir ilmu Mustalah Hadith iaitu ilmu yang

116

Page 117: Unit 1 sirah

menunjukkan cara bagi membezakan hadith sahih dengan dhaif. Kaedah ini

berdasarkan sistem isnad (sanad) iaitu perawi. Oleh sebab bidang ini semakin

berkembang, maka lahirlah tokoh-tokoh hadith seperti al-Bukhari (m.256 H), Muslim bin

al-Hajjaj (m.261 H), Abu Daud (m.275 H), al-Tirmizi (m.279 H), al-Nasa’ie (m.302 H) dan

lain-lain lagi.

68

117

Page 118: Unit 1 sirah

? FIKIR:

Khalifah Umar bin Abd al-Aziz bukan sahaja seorang khalifah yang warak, tetapi

juga seorang pemimpin yang dinamis dan radikal pada zaman pemerintahan Bani

Umaiyyah. Bincangkan pernyataan ini dengan merujuk kepada sistem politik,

ekonomi dan sosial pada zamannya.

Ilmu fiqah juga turut berkembang . Sebelum al-Ma’mun, terdapat beberapa orang tokoh

ilmu fikah termasuklah dua orang tokoh yang telah mengemukakan mazhab masingmasing

iaitu Abu Hanifah (m.150 H) dan Malik bin Anas (m.179 H). Pada zaman alMa’mun

muncul dua orang lagi tokoh ilmu fikah iaitu Syafi’i (m.204 H) dan Ahmad bin

Hambal (m. 241H). Dengan itu maka lengkaplah empat mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i

dan Hambali. Di samping itu, lahir pula tokoh-tokoh ulama’ seperti Abu Yusuf dengan

kitabnya al-Kharaj. Kitab ini bukan sahaja membicarakan ilmu fikah tetapi juga yang

berkaitan dengan masalah tanah dan cukai tanah. Ia dihasilkan pada zaman Harun al-

Rasyid, tetapi penggunaannya amat terserlah pada zaman al-Ma’mun.

Dari segi ilmu bukan agama, ilmu sains, falsafah, perubatan dan matematik turut

berkembang. Ini disebabkan adanya semangat dan galakan daripada pihak pemerintah

untuk menterjemahkan buku-buku Yunani dan India ke dalam bahasa Arab. Pada

hakikatnya ilmu-ilmu ini sudah mula berkembang sejak zaman Harun al-Rasyid lagi.

Harun al-Rasyid pernah menjemput salah seorang ahli fizik India bernama Mankah ke

Baghdad. Kaum keluarga Baramikah pula telah mengusahakan terjemahan buku-buku

perubatan India ke bahasa Arab. Ilmu perubatan juga telah mencapai kemajuan pesat

khususnya bidang pathology dan penyakit mata. Antara faktor yang terkenal ketika itu

ialah Ibn Abbas al-Majusi.

118

Page 119: Unit 1 sirah

Pada zaman al-Ma’mun, kegiatan menterjemah pelbagai ilmu telah diperluaskan

menerusi institusi Bait al-Hikmah yang didirikan di Baghdad. Institusi ini juga berfungsi

mengumpul semua karya yang dihasilkan sama ada berbentuk agama atau bukan

agama. Al-M a’mun juga pernah membeli buku-buku falsafah Yunani atau lebih

69

119

Page 120: Unit 1 sirah

khususnya buku-buku Aristotle, dan berjaya memperluaskan idea-idea falsafah Yunani

sehingga menghasilkan beberapa teori falsafah yang telah diubah suai menurut ajaran

Islam. Malah beliau juga telah menggunakan idea-idea falsafah itu dalam sains tabii,

meteorology, astrologi dan sains ketenteraan. Beliau telah menulis lebih daripada 25

jenis ilmu ketenteraan dari pelbagai negeri termasuklah Yaman, Sri Lanka, Perancis dan

Rusia.

? FIKIR:

Bincangkan perkembangan dan kegiatan ilmu pengetahuan pada zaman Harun al-

Rasyid dan puteranya, al-Ma’mun.

Dalam bidang matematik dan astronomi, terdapat beberapa buah buku karangan

Ptolemy dan Euclid telah diterjemahkan ke bahasa Arab berjudul Egale Syntaxis

(Almagest of the Arabs), iaitu sebuah buku tentang astronomi karangan Ptolemy yang

diterjemahkan ke bahasa Aarb oleh al-Hajjaj bin Yusuf di atas arahan al-Ma’mun.

Sebelum itu al-Hajjaj sudah menterjemahkan buku astronomi daripada bahasa Urdu ke

bahasa Arab. Al-Khawarizmi turut menyusun sebuah buku Aljabar berdasarkan buku

Ptolemy berjudul Geographi ke Hyphegesis.

Dalam bidang tatabahasa, pada zaman al-Ma’mun dengan munculnya puak-puak

seperti Khawarij, Syiah, Murji’ah, Muktazilah dan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Mereka

ini mempunyai pandangan yang berbeza-beza dalam bidang agama dan politik. Puak

Khawarij bersikap ekstrim dan mereka tidak mengikhtiraf golongan lain dan

menganggap mereka kafir termasuklah Khalifah Ali sendiri. Hal ini bertentangan dengan

pendapat Syiah yang menganggap Khalifah Ali manusia suci dan keturunannya juga

dianggap suci (ma’sum) ertinya tidak berdosa.

120

Page 121: Unit 1 sirah

Kesimpulannya, Harun al-Rasyid telah Berjaya mengukuh dan memperkembangkan

ilmu pengetahuan untuk dilanjutkan oleh anaknya, al-Ma’mun. Zaman al-Ma’mun pula

mencapai kemuncaknya sehingga dianggap sebagai zaman Augustine Age of Islam

kerana kemajuan pelbagai ilmu pengetahuan. Kemajuan ini membolehkan zaman itu

dianggap sebagai zaman keemasan kerajaan Abbasiyah kerana sumbangannya yang

besar kepada dunia dalam bidang ilmu pengetahuan.

70

121

Page 122: Unit 1 sirah

BIBLIOGRAFI

RUJUKAN DALAM BAHASA ARAB:

Al-Buti, Sa’id Ramadhan,1989, Fiqah al-Sirah al-Nabawiyyah, cet. 17, Dar al-Fikr

Damsyiq.

Al-Ghazali, Muhammad, Syaikh, 1985, Fiqh al-Sirah, cet. 2, Nasyr al-Kutub al-Haditsah,

Ibn Hisyam, ‘Abd al-Malik bin Hisyam,1977, al-Sirah al-Nabawiyyah, tahqiq: Mushthafa

al-Saqa, Mushafa al-Babi al-Halabi, Mesir.

RUJUKAN DALAM BAHASA MELAYU:

Abdul Hadi Awang, 1989, Fiqh al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah, Pustaka Fajar, Kuala

Lumpur.

Abdul Hamid Judah As-Sahar,1999, Sejarah Nabi Muhammad, Mizan, Cet. VIII.

Abul Hasan Ali Al-Hasany An-Nadwy, (terj. Bey Arifin, Yunus Ali Muhdhar),1983,

Riwayat Hidup Rasulullah SAW, Pustaka Nasional Singapura.

Al-Khudhari Bik, Muhammad, Syaikh, (terj. Mohd. Asri Haji Hashim), 1998, Sirah

Rasulullah, Pustaka Salam, Kuala Lumpur.

122

Page 123: Unit 1 sirah

Azhar Yaakub (Dr), 2006, Analisis Strategi Rasulullah Dalam Pembentukan Negara

Madinah, Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur.

Danial Zainal Abidin (Dr), 2007, Bukti-Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad,

PTS, Batu Caves, Selangor.

Hamka (Dr.) 2002, Sejarah Umat Islam (Edisi Baru), Cet. 4, Pustaka Nasional,

Singapura.

M.H. Yahya, M.S. Esa,1995, Sejarah Islam, Fajar Bakti, Shah Alam.

Mohd. Nor Jusoh, 2006, Tamadun Islam, NurQurra Trading, Kuala Lumpur.

Mohd. Yusuf Ahmad, 2007, Pengajian Islam, Universiti Terbuka Malaysia.

71

123

Page 124: Unit 1 sirah

Nik Abdul Aziz Nik Mat, 2006, Sirah Nabawiyyah, Nufair Street, Kuala Lumpur.

Nik Abdul Aziz Nik Mat, 2008, Muhammad SAW, Anbakri Publika, Kuala Lumpur.

72

124

Page 125: Unit 1 sirah

125