methodologi al hadith

35
PEMARKAHAN PJJ SEMESTER 5 SESI 2013/2014 HIH 3013 ILMU-ILMU HADITH TUGASAN INDIVIDU Bincangkan Metodologi Al-Hadith Dikumpulkan Dan Dibukukan Sehingga Berada Dalam Himpunan Hadith Sunan Sittah Atau Sunan Tisa’ah Untuk Menolak Dakwaan Penyelewengan Terhadap Kesahihan Al-Sunnah DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK ROSNI BINTI ISMAIL D20112054622 PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI02 (A131PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: DR AHMAD YUNUS KASIM

Upload: husinabu

Post on 24-Nov-2015

90 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

agama

TRANSCRIPT

PEMARKAHAN

PJJ SEMESTER 5 SESI 2013/2014HIH 3013ILMU-ILMU HADITH

TUGASAN INDIVIDUBincangkan Metodologi Al-Hadith Dikumpulkan Dan Dibukukan Sehingga Berada Dalam Himpunan Hadith Sunan Sittah Atau Sunan Tisaah Untuk Menolak Dakwaan Penyelewengan Terhadap Kesahihan Al-Sunnah

DISEDIAKAN OLEH

NAMANO. MATRIK

ROSNI BINTI ISMAILD20112054622

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI02 (A131PJJ)NAMA TUTOR E-LEARNING: DR AHMAD YUNUS KASIMTARIKH SERAH: 01.05.20141.0 PENDAHULUAN

Hadith menurut bahasa bermaksud Al-Jadid iaitu sesuatu yang baru. Ia juga bermaksud sesuatu yang dikatakan, dicakapkan atau disebut dari seseorang kepada orang yang lain. Jamaknya ialah Ahadiith. Firman Allah subhanahu wa ta'ala:

"Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keteranganal-Quran ini.(Al-Kahfi 18: 6)

Dalam ayat Al-Quran di atas, Hadithbermaksud Al-Quran al-Karim.

Firman Allah ta'ala dalam surah yang lain:

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklahengkau sebut-sebutkan (dan zahirkan)sebagai bersyukur kepadaNya. (Al-Dhuha 93:11)

Maksud Hadith dari sudut Istilah menurut Ahl al-Hadith, Muhaddithun(Ulama' Hadith) bermaksud Segala sesuatu yang bersumber daripada Rasulullahsallallahu 'alaihi wasallamsama ada perkataan, perbuatan, ketetapan, ciri-ciri tubuh badan, akhlak dan tingkah laku atau perjalanan hidup (sirah) beliau sama ada sebelum atau sesudah beliau diangkat menjadi Rasul.Definisi Hadith isisiUsuliyyin(Ulama Usul) pula ialah Segala sesuatu yang diriwayatkan daripada Rasulullahsallallahu 'alaihi wasallamsetelah kenabian sama ada perkataan atau perbuatan atau ketetapan beliau.

Menurut para Usuliyyin masa sebelum kenabian tidak dikategorikan sebagai hadith kerana yang dimaksudkan hadith ialah segala amalan Nabi yang mengandungi hukum syara' dan tidak berlaku melainkan setelah Rasulullahsallallahu 'alaihi wasallamdiangkat menjadi Rasul. Pandangan ini turut dipegang oleh para Fuqaha (Ahli Fiqh) kerana hukum fiqh hanya terdapat pada perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullahsallallahu 'alaihi wasallamsahaja sedangkan sifat fizikal dan tingkah laku tidak mengandungi dasar fiqh (halal dan haram).

Pendapat usuliyyin mengenai definisi hadith ini turut dipersetujui oleh salah seorang Ulama' besar dalam Mazhab Hanbali iaitu Ibn Taimiyyah. Berkata Ibn Taimiyyah rahimahullah: Kitab yang mengandungi riwayat tentang Rasulullahsallallahu 'alaihi wasallamantaranya ialah kitab-kitab tafsir, sirah dan al-Maghazi (peperangan) dan kitab-kitab hadith. Kitab-kitab hadith mencakupi segala sesuatu setelah kenabian secara khas walaupun di dalamnya terdapat perkara-perkara yang berlaku sebelum kenabian. Ini kerana perkara sebelum kenabian tidak dihafaz dan diambil sebagai dalil syara'. Bahkan umat Islam telah sepakat bahawa perkara-perkara yang wajib diimani dan diamalkan ialah apa-apa yang dibawa oleh Rasulullahsallallahu 'alaihi wasallamsetelah kenabian.[footnoteRef:2] [2: Fatawa Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah 18/110]

2.0 KATEGORI HADITH 2.1 Hadith Bersifat Qauliyyah (perkataan ) NabiSecara mudahnya difahami sebagai apa yang disebut, dikata, dilafazkan dari mulut Nabi dan didengari oleh para sahabat. Hadith dalam kategori ini mempunyai lafaz Qalam Rasulullah (Rasulullah berkata/ bersabda) dan yang seumpama dengannya. Contohnya hadith

Maksudnya : Daripada Alqamah bin Waqqas Al-Laithi berkata, saya pernah mendengar Umar bin Al Khathhab diatas mimbar berkata; saya mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Semua perbuatan bergantung atas niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (tergantung) apa yang diniatkan; Barangsiapa niat hijrahnya karena dunia yang ingin dicapainya atau karena seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia niatkan"(Riwayat Al-Bukhari no.1; Muslim no. 1907 dan selain mereka)

2.2 Hadith bersifat Fi'iliyyah (perbuatan) NabiIaitu apa juga perkara yang dilakukan oleh Rasulullah sama ada berkaitan cara solat, wudhu', haji, sumpah, dan sebagainya. Kebanyakan hadith ini diriwayatkan oleh para sahabat yang melihat Rasulullah melakukan seperti itu lalu diceritakan semula oleh para sahabat. Ianya digelar hadith dan bukannya Athar al-Sahabat sebagaimana yang disebut oleh sebahagian pihak. Ini kerana walaupun ianya disebut oleh Sahabat namun riwayat itu berkaitan dan disandarkan kepada Nabi . Contohnya hadith seperti:

Maksudnya : Daripada Abdullah bin Zaid berkata bahawa Nabi pernah berwudhu dua kali-dua kali (basuhan).(Riwayat Al-Bukhari no. 158; Abu Daud no. 136; Al-Tirmizi no. 43)

2.3 Hadith bersifat Taqririyyah (pengakuan) Rasulullahterhadap sesuatu Iaitu kebenaran, pengakuan, pengiktirafan Rasulullah terhadap sesuatu perkara yang dilakukan oleh para Sahabat sekalipun ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah. Diamnya Rasulullah terhadap sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat termasuk dalam tanda taqririyah Nabi kerana antara salah satu sifat Rasulullah ialah baginda tidak akan diam terhadap perkara maksiat, munkar dan bertentangan dengan syariat.Contoh hadith dalam kategori ini ialah hadith Rasulullah tidak melarang sahabat makan daging Dhab iaitu sejenis biawak padang pasir:

: :

Maksudnya : Daripada Abdullah bin Abbas bahwa Khalid bin Walid yang di juluki dengan pedang Allah telah mengkhabarkan kepadanya; bahawa dia bersama dengan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah menemui Maimunah isteri Nabi sallallahu 'alaihi wasallam -dia adalah ibu saudara (sebelah ibu) Khalid dan juga Ibnu Abbas- lantas dia mendapati daging Dhab (sejenis biawak padang pasir) yang telah di bakar, kiriman dari saudara perempuanya yaitu Hufaidah binti Al-Harith dari Najd, lalu daging Dhab tersebut dihidangkan kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Sangat jarang beliau dihidangkan makanan hingga beliau diberitahu nama makanan yang dihidang itu, ketika Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam hendak mengambil daging Dhab tersebut, seorang wanita dari beberapa wanita yang hadir berkata, "Beritahukanlah kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengenai daging yang kalian hidangkan!" Kami lalu mengatakan, "Itu adalah daging Dhab, wahai Rasulullah!" Seketika itu juga Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengangkat tangannya, Khalid bin Walid pun berkata, "Wahai Rasulullah, adakah daging Dhab (biawak padang pasir) itu haram?" Beliau menjawab: "Tidak, namun di negeri kaumku tidak pernah aku jumpai daging tersebut, maka aku enggan (memakannya)." Khalid berkata, "Lalu aku mendekati daging tersebut dan memakannya, sementara Rasulullah melihatku dan tidak melarangnya."(Riwayat Muslim no. 1946; Ibn Majah no. 3241; An-Nasai no. 4316)

2.4 Hadith yang bersifat Khalqiyyah (Kejadian) Rasulullahsallallahu alaihi wasallamIanya merangkumi sifat fizikan serta tubuh badan Nabi sallallahu alaihi wasallam. Kebiasaan hadith ini diceritakan oleh para sahabat yang pernah menyaksikan sendiri sifat-sifat yang terdapat pada tubuh badan baginda seperti kebanyakan riwayat-riwayat yang terdapat dalam Syamail Muhammadiah karya Imam Al-Tirmizi rahimahullah. Contoh hadith yang menceritakan sifat tubuh badan Rasulullahsallallahu alaihi wasallamialah:

Maksudnya : Daripada Al-Bara berkata: Aku tidak pernah melihat seseorang yang rambutnya berkilat lebih bagus ketika memakai pakaian berwarna merah daripada Rasulullah. Beliau memiliki rambut yang mendekati kedua bahu beliau, tidak panjang dan tidak pendek.(Riwayat Muslim no. 2337;Al-Tirmizi no. 3635; Abu Daud no. 4183)

2.5 Hadith yang bersifat Khuliqiyyah (Akhlak) Rasulullahsallallahu 'alaihi wasallamSeperti sifat bercakap,malu, senyum, berjalan dan sebagainya. Antara hadith dalam kategori ini ialah:

Maksudnya : Daripada Anas bin Malik dia berkata; Rasulullahsallallahu 'alaihi wasallamsering mengulang perkataannya hingga tiga kali agar dapat difahami." (Riwayat Al-Tirmizi no. 3640)

3.0 SEJARAH DAN METHODOLOGI PENGUMPULAN HADITS3.1 Tempoh riwayat Hadith dengan Lisan dan Menjaganya dengan Hafalan (abad ke-I H)Pada tempoh itu (para sahabat dan tabi'in) hadith belum dibukukan melainkan dijaga dalam hafalan, kerana nabi S.A.W pernah melarang mereka menulis hadith-hadith beliau sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud Janganlah kalian menulisi dariku selain al-Qur'an, dan barangsiapa yang telah menulis sesuatu selain al-Qur'an maka ia harus menghapusnya.

Walaupun akhirnya beliau nabi S.A.W membolehkannya, yaitu pada hari pembukaan Makkah pada para sahabat sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Tulislah apa yang aku sampaikan untuk abu Syah. Dan membolehkan AbduLLAH bin Amr bin Ash untk menulis hadits-hadits darinya.

Ketika nabi S.A.W wafat para sahabat mengambil langkah untuk menulis al-Qur'an dalam bentuk mushaf dan tidak membukukan hadits nabi s.a.w melainkan bersungguh-sungguh menyebarkannya dalam bentuk hafalan mereka.3.2 Tempoh Penulisan dan Pembukuan Hadith (abad ke-II H)Apabila Islam telah berkembang,maka telah tersebar para sahabat ke seluruh alam dan sebahagian lagi telah wafat, maka mulai terasa perlunya pembukuan hadits. Hal ini menggerakkan khalifah Umar bin Abdul Aziz (99H-101H) memerintahkan para ulama terutama Abubakar bin Muhammad bin Amr bin Hazm (qadhi Madinah) dan Muhammad bin Muslim bin Ubaidillah bin Abdullah bin Syihab az Zuhri al-Madani (tokoh ulama Hijaz dan Syam 124 H).Setelah kedua tokoh ulama ini bangun mengumpul hadith maka mulailah banyak yang mengikutinya mereka seperti Ibnu Juraij (150-H) dan Ibnu Ishaq (151-H) di Makkah; Ma'mar (153-H) di Yaman; al-Auza'i (156-H) di Syam; Malik (179-H), Abu Arubah (156-H) dan Hammah bin Salamah (176-H) di Madinah; Sufyan ats-Tsauri (161-H) di Kufah; AbduLLAH bin Mubarak (181-H) di Khurasan; Husyaim (188-H) di Wasith; Jarir bin abdul Hamid (188-H) di Ray. Mereka tidak hanya menulis hadits-hadits nabi S.A.W saja, tetapi juga sifat-sifat Rasulullah S.A.WKitab-kitab hadits yang masyhur pada masa itu adalah :1. Mushannaf oleh Syu'bah bin al-Hajjaj (160-H)2. Mushannaf oleh Al-Laits bin Sa'ad (175-H)3. Al-Muwaththa' oleh Malik bin Anas al-Madani, Imam Darul Hijrah (179-H).4. Mushannaf oleh Sufyan bin Uyainah (198-H)5. Al-Musnad oleh asy-Syafi'i (204-H)3.3 Tempoh pengasingan Hadith dari Perkataan para Shahabat dan Tabi'in (abad ke-III H)Dipilih hanya hadith-hadith nabi s.a.w sahaja, ulama mula menyusun kitab-kitab musnad yang bersih dari fatwa-fatwa, seperti musnad Imam Ahmad bin Hanbal. Walaupun demikian, masih bercampur dengan hadith-hadith dha'if dan juga hadith maudhu', sehingga pada pertengahan abad-III para ulama membuat kaedah-kaedah dan syarat-syarat dalam pengumpulan hadith shahih. Sehingga muncul idea-idea untuk mengumpulkan hadith-hadith yang sahih-sahih saja yang disusun oleh Imam Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Bardizbah al-Bukhari (Imam Bukhari) dengan karyanya Jami'us Shahih dan disusul oleh muridnya Imam Muslim bin Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi an-Naisaburi (Imam Muslim), sehingga abad ini merupakan abad keemasan bagi ilmu hadith dengan munculnya para ahli hadith terkemuka dan dinamakan kutubus-sittah (6 kumpulan hadits) yang memuat hampir seluruh hadits-hadits yang shahih. Diantara kitab-kitab hadits yang sudah tersusun waktu itu adalah :1. Mushannaf Said bin Manshur (227-H)2. Mushannaf Ibnu Abi Syaibah (235-H)3. Musnad Imam Ahmad bin Hanbal (241-H)4. Shahih al-Bukhari (251-H)5. Shahih Muslim (261-H)6. Sunan Abu Daud (273-H)7. Sunan Ibnu Majah (273-H)8. Sunan At-Tirmidzi (279-H)9. Sunan An-Nasa'i (303-H)10. Al-Muntaqa fil Ahkam Ibnu Jarud (307-H)11. Tahdzibul Atsar Ibnu Jarir at-Thabari (310-H)

3.4 Penyempurnaan (Abad-IV H)Permisahan antara ulama mutaqaddimin (salaf) kaedah mereka adalah berusaha dalam meneliti setiap perawi, menghafal hadith serta menyelidiki sanad hadith itu sampai kepada sahabat dan tabi'in. Sedangkan ulama muta'akhkhirin (khalaf) mereka dalam menyusun hadith adalah dengan memetik dari kitab-kitab yang telah disusun oleh ulama salaf mereka mensyarahnya (memberikan ulasan tentang isi hadits-hadits tersebut). Kitab-kitab hadits yang termasyhur pada abad ini diantaranya adalah :1. Shahih Ibnu Khuzaimah (311-H)2. Shahih Abu Awwanah (316-H)3. Shahih Ibnu Hibban (354-H)4. Mu'jamul Kabir, Ausath dan Shaghir, oleh At-Thabrani (360-H)5. Sunan Daraquthni (385-H)

3.5 Penyusunan Kitab-kitab Hadits (Abad-V H)mereka menyusunkan hadits-hadith dari segi kandungan dan tajuk-tajuk yang sama. Disamping itu juga menghurai dan meringkaskan kitab-kitab hadith sebelumnya, sehingga muncullah berbagai kitab-kitab hadith hukum seperti :1. Sunanul Kubra, al-Baihaqi (384-458 H).2. Muntaqal Akhbar, Majduddin al-Harrani (652-H).3. Bulughul Maram min Adillatil Ahkam, Ibnu Hajar al-Asqalani (852-H).Dan berbagai kitab targhib wa tarhib (kitab fadhilat untuk mendatangkan keghairahan untuk beramal dan mengancam bagi yang lalai), seperti :1. At-Targhib wa Tarhib, Imam al-Mundziri (656-H).2. Riyadhus Shalihin, oleh Imam Nawawi (767-H).

4.0 RAHSIA PENGAJIAN KITAB SUNAN SITTAH

Sunan Sittah mahsyurnya diistilahkan kepada enam kitab hadis iaitu, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Nasaie, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmizi, dan Sunan Ibnu Majah. Ada pula pendapat yang mengatakan di tempat Sunan Ibnu Majah lebih sesuai dengan al-Muwatta atau Sunan Darimi kerana darjatnya lebih tinggi berbanding Sunan Ibnu Majah yang mengandungi pelbagai status hadis termasuklah hadis maudu. Namun, melihat kepada sistem pengajian hadis, Sunan Ibnu Majah adalah lebih sesuai dimasukkan dalam silibus pengajian kerana mempunyai kelebihan dan kepentingannya tersendiri. Adapun susunan (mengikut tertib) pengajian hadis adalah seperti berikut;1. Sunan Tirmizi: (Menyebut ikhtilaf ulamak)Kitab hadis yang pertama yang perlu dipelajari adalah Sunan Tirmizi. Melaluinya kita dapat melihat sejauh manakah ikhtilaf yang berlaku di kalangan ulamak dalam sesuatu perkara.2. Sunan Abu Daud: (Menyebut dalil masing-masing ulamak)Setelah melihat ikhtilaf ulamak, perlulah kita mengetahui dalil-dalil yang dijadikan sandaran oleh mereka.3. Sahih Bukhari: (Mengajar cara istinbad hukum dan menyatakan hadis paling sahih)Setelah mengetahui dalil-dalil sekelian ulamak, maka Sahih Bukhari pula dipelajari untuk mengetahui dalil-dalil yang paling sahih. Melalui pengajian Sahih Bukhari juga, kita akan diajar cara untuk menginstinbad hukum daripada hadis, ini dapat kita lihat pada setiap tarjamatul bab (tajuk bab) yang telah diistinbadkan oleh beliau daripada ayat Quran atau hadis yang diletakkan di bawah bab berkenaan.4. Sahih Muslim: (Memperbanyakkan hadis sahih)Imam Muslim memperbanyakkan hadis sahih dengan mengulanginya walaupun pada lafaznya sama tetapi melalui turuq (jalan sanad) yang berbeza, seolah-olah ingin menyatakan hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari banyak diriwayatkan oleh perawi-perawi hadis yang lain yang tidak disebutkan Imam Bukhari di dalam kitabnya. Ini kerana, hadis yang dimuatkan oleh Imam Bukhari di bawah tarjamatul babnya tidaklah banyak disebabkan syaratnya yang terlalu tinggi.

5. Sunan Nasaie: (Mengajar supaya meneliti hadis perawi)Imam Nasaie menjelaskan status perawi dari sudut yang sahih dan kecacatan (illal) pada matan sesebuah hadis, dan apa sebenarnya yang difahami oleh ahli ilmu berkenaan lafaz sesebuah hadis itu.6. Sunan ibnu Majah: (Sebagai menguji kefahaman dalam bidang hadis)Ini merupakan langkah terakhir untuk menjadi alim dalam ilmu hadis, kerana padanya ada pelbagai hadis termasuklah yang maudu, maka para pelajar dikehendaki menyatakan sendiri status hadis yang terdapat dalam kitab ini. Sekiranya maudu, maka apakah sebabnya? Begitulah seterusnya, semuanya untuk menguji kefahaman mereka dalam bidang hadis.

5.0 KEUNIKAN METHODOLOGI DAN KEISTEMEWAAN PENULISAN HADIS SAHIHDalam sejarah menghimpun dan penulisan hadis mengalami perkembangan yang agak lambat dan bertahap dibandingkan dengan perkembangan dan penulisan al-Quran. Hal ini kerana al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w sudah ditulis al-Quran itu walaupun sedikit, dan mulai dibukukan pada zaman Abu Bakar khalifah pertama sekalipun penyempurnaannya dilakukan pada zaman khalifah Osman bin Affan yang disebut dengan mushaf Osman. Sedangkan penulisan hadis pada masa Rasulullah s.a.w hanya secara umum kerana dilarang oleh baginda S.A.W. Pembukuan hadis bermula pada abad ke 2 hijrah, pengumpulan dan penulisan hadis mengalami proses pengembangan yang lambat, melibatkan banyak orang dari masa ke masa dan menghadapi pelbagai masalah.

Keadaan hadis pada masa perkembangan sebelum pengumpulan dan penulisan pernah mengalami masalah yang berliku di tengah masyarakat . Oleh kerana itu, para ulama bangkit mengadakan kajian hadis-hadis yang beredar dan meletakkan dasar kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang ketat bagi orang yang meriwayatkan hadis. Dr. M. Syuhudi Ismail menjelaskan perlunya penelitian hadis kerana hadis Nabi sebagai salah satu sumber ajaran Islam. Tidak seluruh hadis ditulis ketika Nabi masih hidup. Telah timbul pelbagai pemalsuan hadis, dan proses pembukuan hadis memakan waktu yang lama.

Dengan demikian, penyusunan hadis pada hakikatnya sama antara ahli hadis yang lain kerana pola penyusunan hadis telah ditetapkan para ulama-ulama terdahulu. Begitu juga dengan pola penyusunan hadis Imam Bukhari dan hadis Imam Muslim, berdasarkan ilmu hadis yang telah ditetapkan oleh para ulama terdahulu, pada dasarnya pola penyusunan hadis kedua-dua imam tersebut iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim adalah sama. Oleh kerana itu, pola penyusunan hadis Imam Muslim banyak kepada pola penyusunan hadis Imam Bukhari, namun jika diteliti ada perbezaan antara keduanya.

Sahih Bukhari dan Sahih Muslim merupakan dua kitab yang paling sahih setelah al-Quran. Melalui kedua-dua kitab ini, ilmu hadis menjadi lebih tersebar kerana pengaruh kedua kitab sahih itu terhadap orang Islam terkemudian ini. Kedua-dua kitab ini telah membuktikan adanya gerakan menghimpun dan meriwayatkan hadis pada masa Imam Bukhari dan Imam Muslim, sehingga taraf kedua kitab itu tidak dapat ditandingi oleh karya imam-imam hadis sesudahnya.

Setelah melihat bentuk metod dan pola penyusunan kitab hadis yang dilakukan Imam Bukhari dan Imam Muslim, sebagai seorang muslim, banyak memberikan kelebihan yang besar daripada kedua imam ini. Berkat jasa beliau berdualah, hadis dapat terjaga terutama dari kalangan oreantalis yang selalu mengkritik dan memandang rendah para ahli hadis termasuk salah satunya adalah Imam Bukhari. Kitab Sahih Imam Bukhari banyak mendapat kritikan dari para oreantalis yang berkaitan dengan metod dan pola punyusunan kitab tersebut.

Namun kedudukan kitab hadis Sahih Bukhari sehingga sekarang banyak menjadi rujukan, sedangkan kitab hadis Sahih Muslim merupakan kitab hadis kedua setelah kitab hadis Sahih Imam Bukhari. Walaupun ada perbezaan antara keduanya, namun tidak ada perselisihan dan perpecahan antara ulama-ulama ahli hadis tentang pola penyusunan kitab hadis kedua imaminit. Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa dalam penulisan dan pola penyusunan kitab hadis, antara Imam Bukhari dan Imam Muslim pada hakikatnya tidak ada perbezaan yang ketara, tetapi pada bahagian-bahagian tertentu yang membezakan antara keduanya terutama perkara utama kitab hadis yang ditulis.

5.1 Metodologi Penulisan Kitab Hadis Sahih Imam Bukhari

Imam Bukhari adalah ahli hadis yang termasyhur diantara para ahli hadis sejak dulu hingga kini bersama dengan Imam Ahmad, Imam Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasai, dan Ibnu Majah. Dalam kitab-kitab fiqh dan hadis, hadis-hadis beliau memiliki darjat yang tinggi. Sebahagian menyebut dengan jolokan Amirul Mukminin fil Hadis iaitu pemimpin kaum mukmin dalam ilmu hadis. Dalam bidang ini, hampir semua ulama di dunia merujuk kepadanya.

Nama lengkap Imam Bukhari adalah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn Mughirah al-Jafi ibn Bardizbah al-Bukhari, salah seorang dari perawi dan ahli hadis yang terkenal. Beliau lebih dikenal dengan nama al-Bukhari, hal ini disandarkan pada tempat kelahirannya iaitu Bukhari.Ada sumber mengatakan bahawa Imam Bukhari dilahirkan di Bukhara, Uzbekistan, Asia Tengah. Beliau lahir pada hari Jumaat,13 Syawal 194 H pada 21 Julai 810 M. Ayahnya yang bernama Ismail terkenal sebagai seorang ulama yang soleh. Tempat beliau lahir kini termasuk wilayah Rusia, yang waktu itu memang menjadi pusat kebudayaan ilmu pengetahuan Islam sesudah Madinah, Damaskus dan Baghdad. Daerah itu pula yang telah melahirkan ilmuan-ilmuan besar seperti al-Farabi dan Ibnu Sina. Bahkan ulama-ulama besar seperti Zamaksyari, al-Durdjani, al-Bairuni dan lain-lain, juga dilahirkan di Asia Tengah. Sekalipun daerah tersebut telah jatuh di bawah kekuasaan Soviet Union. Kedudukan Imam Bukhari bukan sahaja dikenali dikalangan umat Islam sahaja, namun seluruh umat manusia mengetahui kehebatan beliau. Kitab hadis Sahih Imam Bukhari merupakan kitab hadis pertama yang menjadi rujukan para ahli hadis hingga sekarang terutama dikalangan para ilmuwan muslim mahupun bukan Islam terutama tentang method dan pola penyusunan kitab hadis tersebut.

Di antara kota yang pernah beliau kunjungi dalam rangka mencari ilmu hadis adalah ke Maru, Naisaburi, Ray, Baghdad, Basrah, Kuffah, Madinah, Mekkah, Mesir, Damaskus dan Asqalani. Guru-gurunya dalam bidang hadis lebih dari 1000 orang. Beliau sendiri pernah menyebutkan bahawa kitab al-Jami al-Sahih atau yang terkenal dengan nama Sahih al-Bukhari, disusun hasil dari menemui 1080 orang guru dalam bidang ilmu hadis. Dari perjalanan beliau tersebut, Imam Bukhari berhasil mengumpulkan hadis sebanyak 600 000 hadis, 300 000 hadis di antaranya beliau hafal, yang terdiri atas 200 000 hadis hasan, dan 100 000 hadis yang sahih.

Beliau seorang intelektual yang berdisiplin tinggi. Imam Bukhari dikenali sebagai pengarang kitab yang produktif. Karya-karyanya tidak hanya dalam disiplin ilmu hadis, tetapi juga ilmu-ilmu lain, seperti tafsir, fiqh, dan sejarah. Fatwa-fatwanya selalu menjadi pegangan umat sehingga mencapai darjat sebagai mujtahid mustaqil iaitu ulama yang ijtihadnya terbuka, tidak terikat pada mazhab tertentu, sehingga mempunyai autoriti tersendiri dalam pendapat berkaitan hukum. Pendapat-pendapat beliau sealiran dengan Imam Abu Hanifah iaitu Imam Hanafi yang berpendirian mazhab hanafi, tetapi ada juga sedikit perbezaannya. Sehingga pola penyusunan dan pola pimikiran beliau tentang hadis tidak bergantung kepada satu mazhab saja, namun beliau mengambil dari berbagai pemikiran para ulama-ulama dalam penyusunan kitab hadis tersebut.

Imam Bukhari diakui memiliki daya hafalan yang tinggi, diakui oleh kakaknya Rasyid bin Ismail. Kakak beliau pernah menceritakan, pernah Bukhari semasa remaja dan beberapa murid lain mengikuti kuliah dan ceramah di Balkh. Tidak seperti murid lain, Bukhari tidak pernah membuat catatan semasa kuliah. Beliau sering dicemuh kerana membuang masa tidak mencatat, namun Bukhari diam tidak menjawab. Suatu hari, kerana sering dicemuh, Bukhari meminta kawan-kawannya membawa catatan mereka, kemudian beliau membacakan secara tepat apa yang pernah disampaikan dalam kuliah dan ceramah tersebut. Tercenganglah mereka semua. Ternyata Bukhari menghafal di luar kepala 15 000 hadis, lengkap dengan keterangan yang tidak sempat mereka catat.

Berpandukan pada pendapat tersebut, dapat dikatakan bahawa Imam Bukhari merupakan seorang yang pintar dan cerdas. Beliau pada usia muda telah menunjukan kecintaan kepada ilmu hadis. Dalam menghimpun hadis-hadis sahih dalam kitabnya tersebut, Imam Bukhari menggunakan kaedah-kaedah penelitian secara ilmiah dan terperinci yang menyebabkan kesahahihan hadis-hadisnya. Beliau berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meneliti dan menyelidiki keadaan para perawi, serta berusaha mencari kesahihan hadis-hadis yang diriwayatkannya.5.1.1Keistemewaan Penulisan Kitab Hadis Sahih Imam BukhariKedudukan hadis dalam Islam sebagai sumber hukum. Para ulama juga telah bersepakat bahawa dasar hukum Islam adalah al-Quran dan Sunnah iaitu al-Hadis. Kitab sahih Imam Bukhari telah memperoleh penghargaan tertinggi dari para ulama. Para ulama telah bersepakat bahawa Sahih al-Bukhari adalah satu-satunya kitab yang paling sahih sesudah al-Quran. Kitab Sahih Imam Bukhari diterima oleh para ulama secara sepenuhnya di setiap masa dan keistimewaan kitab Imam Bukhari yang diungkapkan oleh para ulama, diantaranya:

i. Imam al-Tirmidzi berkata: Aku tidak melihat dalam ilmu IIlal iaitu cacat yang tersembunyi dalam hadis dan para tokoh hadis seorang yang lebih mengetahui dari Al-Bukhari.ii. Ibn Khuzaimah berkata: Aku tidak melihat sesorang yang lebih mengetahui hadis Rasulullah S.A.W dan yang lebih hafalan daripada Muhammad bin Ismail Al-Bukhari.iii. Al-Hafizh Adz-Dzahabi berkata: Dia adalah kitab Islam yang paling agung setelah kitab Allah.

Di antara kelebihan daya ingatan dan kecerdasan Imam Bukhari ialah mampu membawa 100 pasangan sanad hadis dan matan yang sengaja diajukan oleh 10 ulama Baghdad semasa menguji kekuatan daya ingatan dan intelektual Imam Bukhari dalam periwayatan hadis. Semua itu dapat dijawab oleh Imam Bukhari dengan baik. Para ulama yang mengambil hadis dari Imam Bukhari antaranya yang sangat popular adalah Al-Tirmidzi, Imam Muslim, An-Nasai, Ibrahim bin Ishaq al-Hurri, Muhammad bin Ahmad Ad-Daulabi, Manshur bin Muhammad al-Bazdawi. Imam Bukhari meninggal dunia 1 Syawal 256 H/31 Ogos 870 M pada hari jumat malam sabtu iaitu malam Hari Raya Idul Fitri dalam usia 62 tahun kurang 13 hari di Samarkand.

Disamping cerdas, Imam Bukhari termasuk para ahli hadis yang kuat dan banyak hafalannya, sehingga para ulama menempatkan kitabnya hadis Sahih Bukhari kitab yang paling sahih setelah al-Quran. Namun disisi lain, terutama dari kalangan orientalis tidak berhenti mengkritik Imam Bukhari terutama tentang metod dan pola penyusunan kitab hadisnya. Di antara kalangan dan tokoh orientalis yang mengkritik Imam Bukhari adalah, Ignaz Goldziher, seorang orientalis berasal dari Hungaria dari keluarga Yahudi yang menjadi pelopor pengkritik Imam Bukhari dalam periwayatan hadis. Prof. Dr. MM Azami dalam bukunya Dirasat fil Hadis an-Nabawi wa Tarikh Tadwinih menyatakan bahawa Ignaz Goldziher menuduh rujukan hadis yang dilakukan oleh ulama terdahulu terutama Imam Bukhari tidak dapat disahihkan secara ilmiah kerana kelemahan metodnya. Menurut Goldziher kerana para ulama lebih banyak menggunakan metod kritik sanad, dan kurang menggunakan metod kritik matan. Goldziher kemudian mencadangkan metod kritik baru iaitu kritik matan saja. Apabila diteliti cadangan Ignaz Goldziher, sebenarnya para ulama terdahulu sudah menggunakan metod kritik matan. Apa yang dimaksud kritik matan oleh Ignaz Goldziher itu berbeza dengan metod kritik matan yang digunakan oleh para ulama. Menurutnya, kritik matan hadis itu mencakupi berbagai aspek seperti politik, sains, sosial dan lain-lain. Beliau mengatakan bahawa dalam kitab Sahih Bukhari, Imam Bukhari hanya melakukan kritik sanad dan tidak melakukan kritik matan. Sehingga setelah dilakukan kritik matan oleh Ignaz Goldziher, hadis itu ternyata palsu.

Diantara para penulis moden atau intelektual Islam yang berfikikiran orientalis ini adalah Profesor Ahmad Amin. Dalam bukunya Fajr al-Islam, beliau juga merendahkan ulama hadis secara umum. Kemudian secara khusus, Imam Bukhari dikritiknya. Katanya, Kita melihat sendiri, meskipun tinggi reputasi ilmiahnya dan cermat penelitiannya, Imam Bukhari ternyata menetapkan hadis-hadis yang tidak sahih dilihat dari segi perkembangan zaman dan penemuan ilmiah, kerana penelitian beliau hanya terbatas pada kritik sanad saja. Menurut Ahmad Amin, banyak hadis-hadis Bukhari yang yang tidak sahih, atau secara tepatnya palsu. Diantaranya adalah sebuah hadis di mana Rasulullah S.A.W bersabda, Seratus tahun lagi tidak ada orang yang masih hidup diatas bumi ini. Hadis ini oleh Ahmad Amin dinilai palsu, kerana ternyata setelah seratus tahun sejak Rasulullah S.A.W mengatakan hal itu masih banyak orang yang hidup diatas bumi ini. Seorang pakar hadis berasal dari Indonesia, Prof. Dr. Ali Musthafa Yaqub dalam bukunya kritik hadis menyatakan, adalah suatu tindakan yang sangat tidak ilmiah apabila ada orang yang terburu-buru menilai bahawa suatu hadis itu palsu menurut penilaiannya, kerana bertentangan dengan al-Quran dan bertentangan dengan hadis yang lain yang sedarjat kualitinya sebelum melihat karya tulisan para ulama terdahulu yang membahas masalah tersebut. Kejahilan seseorang dalam memahami maksud suatu hadis tidak dapat dijadikan alasan untuk menilai bahawa hadis tersebut palsu.

Dengan demikian, bahawa para orientalis tidak ilmiah dalam menilai bahawa dalam hadis-hadis Imam Bukhari terdapat riwayat-riwayat yang palsu dan bertentangan dengan al-Quran, kerana kritikan mereka tidak ilmiah. Namun dalam berdasarkan kritikan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh orientalis kepada Imam Bukhari, hanya perkara kecil iaitu dalam pola penyusunan hadis yang dilakukan oleh Imam Bukhari hanya menggunakan pendekatan sanad saja, beliau mengabaikan pengkajian hadis yang disandarkan kepada matan.

Disinilah yang menjadi perbezaan antara pola penyusunan kitab hadis antara Imam Bukhari dan Imam Muslim iaitu terletak pada sanad dan matan. Berdasarkan pada kitab hadis Imam Bukhari dan Imam Muslim, bahawa metod atau pola penyusunan kitab hadis yang dilakukan Imam Bukhari adalah menggunakan pendekatan kepada sanad, sedangkan Imam Muslim adalah menggunakan pendekatan sanad dan matan. Akan tetapi bahawa Imam Muslim lebih mengutamakan kepada pendekatan matan dibandingakan dengan gurunya Imam Bukhari.

6.0 METHODOLOGI PENULISAN KITAB SAHIH MUSLIM.

Kitab hadis Sahih Muslim telah ditahqiqkan oleh Imam Nawawi menggunakan pelbagai disiplin ilmu metodologi hadis. Terdapat dua metodologi yang digunakan dalam menulis kitab sahih Muslim iaitu metodologi secara umum berkaitan dengan kitab ini dan metodologipenulisanyangkhususyangtelahdigunakanolehImamMuslimdalampenulisanhadisnya.Metodologi umum, dari segi penggunaaan tulisan, Imam Muslim menggunakan tulisan dalambentukKhatNasakh.Beliaumenulistajukataukitab,bab,sanad,matandanayatal-Quran. Tulisan hadis ditulis dengan saiz yang kecil. Beliau meletakkan baris pada semua kalimah, hadis-hadis serta ayat-ayat al-Quran. Dari segi penyusunan kitab, kitab ini dimulakan dengan terjemahan Imam Muslim yang dikarang oleh Imam Nawawi. Terjemahan ini memuatkan serba sedikit tentang biodata Imam Muslim sama ada dalam kehidupan mahupun pendidikan. Kemudian, Imam Nawawi mengulas tentang Kitab Sahih Muslim secara ringkas dan menguraikan sedikit methodologinya. PenulisanbeliaudisertakandenganMukaddimahyangdidahuluidenganbasmalah.Seterusnya,masuk kepada kitab pertama hingga kitab terakhir iaitu dimulai dengan kitab Iman dan berakhir dengan kitab Tafsir. Jumlah tajuk yang terdapat dalam Sahih Muslim ada kemungkinan berbeza antara edisi dengan edisi yang lain. Menurut satu pendapat di dalam sahih Muslim, terdapat 54 kitab yang dicatatkan di dalam kitab tersebut. Tajuk utama diletakkan pada setiap helaian mukasurat yang baru dan ditebalkan tulisan. Setiap hadis disambung dengan sanad dan matan yang sahih dan pada penghujung hadis diletakkan ayat-ayat al-Quran bagi menguatkan hadith tersebut. Berdasarkan kepada metodologi yang digunakan dalam kitab Sahih Muslim ini, beliau menyebut kalimah Haddasani danHaddasanasebelum dinyatakan sanad dan matan hadis tersebut.

kemudian, beliau meletakkan bilangan hadis pada setiap tajuk dan disertakan juga dengan nombor hadis yang tidak berulang. Ini bertujuan memudahkan para pengkaji danpembacamembuatrujukanpadakitabsyarahSahihMuslimdandapatmengetahuibilangan hadis yang terdapat pada setiap tajuk dengan mudah. Dari segi gaya bahasa, Imam Muslim menggunakan bahasa yang sederhana, bolehdifahami dan diterjemahkan sesuai dengan proses pembelajaran. Beliau memuatkan hadis-hadis yang mudah diingati dan difahami. Metodologi secara khusus, Imam Muslim mengambil masa selama 16 tahun untukmenyelesaikan susunan kitabnya dengan membuat kajian terhadap 300 000 hadis yang dikumpulpada peringkatawalnya. Beliau membahagikan kitabnyakepada beberapatajuk yangdinamakan kitab berjumlah 54 kitab.

Walaupun Imam Muslim menyusun kitab sahihnya kepada beberapa kitab, tetapi beliau tidak membawa tajuk-tajuk bab seperti yang terdapat dalam Sahih Bukhari. Perkara ini merupakan suatu perbezaan yang nyata antara Sahih Bukhari dengan Sahih Muslim. Imam Muslim menyusun hadis dengan sanad yang berlainan pada satu tempat. Jika terdapat kelainan lafaz pada sesuatu riwayat, beliau akan menerangkan bahawa lafaz hadis itu daripadaperawiitu.Beliaumenjelaskanhaltersebutdenganperkataan al-lafz lahu. Kaedah seperti ini menunjukkan ketelitian dan sifat amanahnya dalam meriwayatkan hadis.

Imam Muslim juga mendahului sahihnya dengan suatu pendahuluan dengan menerangkan objektif penyusunannya, menerangkan bahawa seseorang itu hendaklah meriwayatkan hadis daripada perawi yang thiqah dan jangan meriwayatkan hadis daripadaperawi yang dusta dan juga menerangkan bahawa hadis al-Muanan boleh dijadikan hujah.

Seperti Imam Bukhari, Imam Muslim juga tidak menegaskan dengan jelas dalam sahihnya syarat-syarat perawi yang diterima hadis mereka. Ahli-ahli hadis telah mengkaji hadis-hadis yang terdapat dalam Sahih Muslim dan mereka telah merumuskan bahawa Imam Muslim mensyaratkan bahawa hadis yang diriwayatkan itu mestilah diriwayatkan oleh perawi-perawiyang thiqah sehingga sampai kepada peringkat sahabat dan sanadnya pula hendaklah berhubung dari awal sanadnya sampai kepada sahabat yang menerima hadis daripada Rasulullah s.a.w.

Namunbegitu,terdapatbeberapaorangyangditinggalkanolehImamBukharidarimeriwayat hadis mereka, telah diterima oleh Imam Muslim setelah beliau meneliti kebenaran hadis-hadisyang diriwayatkan oleh perawi-perawi tersebut. Antara perawi-perawi tersebut ialah Hammadbin Salamah,Suhail binAbu Salih,Dawud binHindun, Abu Al-Zubirdanal-Alak bin Abd. al-Rahman.

Ciri-ciri karya kitab Sahih, Imam Muslim tidak memberi perhatian pada petikan hukum. Beliau juga tidak menyebut bab-bab yang ditambahnya kemudian. Perkara yang lebih diberiperhatian ialah mutabaatdansyawahid. Kedudukan kitab ini adalah selepas sahih Bukhari dan beberapa banyak penulisan tentang hadis dapt dikeluarkan daripada kitab ini. ImamMuslimtelah mempersembahkan kitabnya kepada seorang pengkritik hadis yang teragung iaitu Abu Zurah. Apa-apa kecaca tan hadis yang didapati oleh Abu Zurah, maka Imam Muslim membuangnya tanpa bantahan kerana beliau tidak mahu mencatat hadis-hadis sahih menurut kriterianya sahaja. Beliau mencatat hadis-hadis hanya daripada perawi-perawi yang ketulenan hadis-hadis mereka diterima dalam kalangan ulama. Ini jelas daripada kenyataan beliau sendiri dalam kitab sahih bahawa beliau mencatat hadis yang diterima ramai sahaja sebagai suatu yang tulen.Jumlah hadis yang terdapat dalam Sahih Muslim adalah sebanyak 7275 hadis. yangberasaldaripada300000hadisyangdikumpulpadaperingkatawalnya.Apabiladikirahadis yang tidak berulang, maka jumlahnya adalah sebanyak 4000 hadis. Menurut perkiraan Muhammad Fuwad Abd al-Baqi, Sahih Muslim mengandungi 3033 bilangan hadis. Kaedahperkiraannya tidaklahberdasarkan sistemisnad, tetapiberdasarkan tajuk-tajuksahaja. Lazimnyakita ketahui bahawa ahli-ahli hadis menghitung berdasarka isnad. Oleh itu, jika kita menggunakan kaedah mereka itu, maka bilangannya akan bertambah mungkin dua kali ganda.

Imam Muslim telah menerangkan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Khatib Al-Baghdadibahawabeliautelahmengumpulkan hadisyangterdapatdidalamsahihnyaitudaripada 300 000 hadis yang telah dipelajarinya. Daripada jumlah tersebut beliau telah memilih 4000 hadis. Tidak termasuk yang berulang. Jika termasuk yang berulang, jumlahnya melebihi hadis Sahih Bukhari kerana Imam Muslim membanyakkan thariq(jalan) dalam hadis yangdikumpulkan itu. Menurut al- Araqi(seorang Ulamahadis) sebagaimana yang dinaqalkan olehAl-Suyuti ialah sebanyak 12 000 hadis.

7.0 METOD IMAM ABU DAUD DALAM PENYUSUNAN SUNAN-NYA

Kitab-kitab hadith seperti Jami Musnad mengandungi hadis-hadis hukum, hadis-hadis yang berkenaan dengan amal-amal yang terpuji (fada'il a'mal), kisah-kisah, nasihat-nasihat (mawa'iz), adab dan tafsir. Cara penyusunan kitab hadith mengikut cara demikian tetap berlangsung sehingga datangnya Imam Abu Daud. Maka, Imam Abu Daud menyusun kitabnya, khusus hanya memuat hadis hukum dan sunnah-sunnah yang menyangkut hukum. Ketika selesai menyusun kitabnya, Imam Abu Daud menyerahkan kitab itu kepada Imam Ahmad bin Hanbal, dan Imam Ahmad bin Hanbal memujinya sebagai kitab yang indah dan baik.

Imam Abu Daud dalam sunannya tidak hanya memasukkan hadis yang sahih semata-mata sebagaimana yang telah dilakukan Imam Bukhari dan Imam Muslim, tetapi beliau juga turut memasukkan kedalamnya hadis sahih, hadis hasan, hadis dha'if yang tidak terlalu lemah dan hadis yang tidak disepakati oleh para imam untuk ditinggalkannya. hadis yang sangat lemah, beliau jelaskan kelemahannya.

Cara yang beliau gunakan dalam kitabnya itu dapat diketahui melalui suratnya yang beliau kirimkan kepada penduduk Mekah sebagai jawapan keatas pertanyaan yang diajukan oleh mereka mengenai kitab Sunannya. Abu Dawud menulis:"Aku mendengar dan menulis hadith Rasulullah S.A.W sebanyak 500 000 buah hadith. Daripada keseluruhan jumlah itu, aku memilih sebanyak 4800 buah hadith yang kemudiannya aku masukkan kedalam kitab Sunan ini. Dalam kitab tersebut, aku himpunkan hadith-hadith yang sahih, hadith-hadith yang menyerupai hadith sahih dan hadith-hadith yang mendekati shahih. Dalam kitab itu, aku tidak memasukkankan sebuah hadith pun yang telah disepakati oleh para ulama untuk ditinggalkan. Segala hadith yang sangat dhaif akan aku jelaskan kelemahannya. Adapun hadith yang tidak aku berikan penjelasan sedikit pun, maka hadith tersebut bertaraf sahih dan sebahagian dari hadith yang sahih ini ada yang lebih sahih daripada yang lain. Aku tidak mengetahui sebuah kitab, sesudah al-Quran, yang harus dipelajari selain daripada kitab ini. Empat buah hadith saja dari kitab ini sudah cukup menjadi pegangan bagi setiap orang. Hadith tersebut adalah:Pertama: "Segala amal itu hanyalah menurut niatnya, dan tiap-tiap orang memperolehi apa yang dia niatkan. Kerana itu, maka barang siapa berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya pula. Dan barang siapa hijrahnya kerana untuk mendapatkan dunia atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya hanyalah kepada apa yang dia hijrah kepadanya itu."Kedua: "Termasuk kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak berguna baginya."Ketiga: "Tidaklah seseorang beriman menjadi mukmin sejati sebelum ia merelakan untuk saudaranya apa-apa yang ia rela untuk dirinya."Keempat: "Yang halal itu sudah jelas, dan yang haram pun telah jelas pula. Di antara keduanya terdapat hal-hal syubhat(samar) yang tidak diketahui oleh ramai orang. Barang siapa menghindari syubhat, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatan dirinya dan barang siapa terjerumus ke dalam syubhat, maka dia telah terjerumus ke dalam perbuatan haram, ibarat penggembala yang menggembalakan ternaknya dekat dengan kawasan yang terlarang. Ketahuilah, sesungguhnya setiap penguasa itu mempunyai larangan. Ketahuilah, sesungguhnya larangan Allah adalah segala yang diharamkan-Nya. Ingatlah, di dalam tubuh badan ini terdapat segumpal daging, jika ia baik, maka baik pulalah semua tubuh dan jika rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh. ketahuilah, sesungguhnya ia adalah hati."

Demikianlah penegasan Imam Abu Daud dalam suratnya. Perkataan Imam Abu Daud itu dapat dijelaskan sebagai berikut: i. Hadith pertama adalah ajaran tentang niat dan keikhlasan yang merupakan asas utama bagi semua amal perbuatan diniah(agama) dan duniawiah.ii. Hadith kedua merupakan tuntunan dan dorongan bagi umat Islam agar selalu melakukan setiap yang bermanfaat bagi agama dan dunia.iii. Hadith ketiga, mengatur tentang hak-hak keluarga dan tetangga, berlaku baik dalam pergaulan dengan orang lain, meninggalkan sifat-sifat takabur, dan membuang sifat iri hati, dengki dan benci dari hati masing-masing.iv. Hadith keempat merupakan dasar utama bagi pengetahuan tentang halal dan haram, serta cara memperoleh atau mencapai sifat wara', iaitu dengan cara menjauhi hal-halyang samar dan masih diragukan status hukumnya oleh para ulama.

Dengan hadith ini nyatalah bahawa keempat hadith di atas, secara umum, telah cukup untuk membawa dan menciptakan kebahagiaan.

BIBLOGRAFI

Mohd Napiah Abdullah(1989) IkhtisarSejarahPerkembanganDanKaedahPenyusunanHadith.1989. SelangorDarulEhsan :DewanBahasaDanPustaka.

WanHasanBinWanEmbongJurnal Kajian Takhrij Hadith Sahih Berkaitan Dengan Iman Yang Diriwayatkan Oleh Imam Bukhari Dan Muslim UTM.PusatPengajianIslamDanPembangunanSosial.

Hadi Mahsan(1985) Pengenalan Kitab-Kitab, Hadis Sunan Muslim Kuala Lumpur: Dewan BahasaDanPustaka.

Muhammad Mustafa Azami.(1989.) (ter: Engku Ibrahim Engku Ismail) KajianMetodologidanPenulisanHadith. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka