8. pdp sirah

Click here to load reader

Post on 19-Dec-2015

252 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

p

TRANSCRIPT

  • Konsep & TEKNIK Pembelajaran Sirah

  • Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu uswahtul hasanah (contoh ikutan yang terbaik) iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan balasan baik di akhirat.

  • PendahuluanMembincangkan tentang konsep dan TEKNIK pengajaran dan pembelajaran sirahTEKNIK ini akan digunakan untuk melaksanakan kurikulum yang dibentuk supaya dapat berkembang mengikut matlamat yang ditentukanMemudahkan guru pendidikan Islam dalam melancarkan proses pengajaran mereka.

  • KepentinganPendidikan sirah merupakan salah satu bahagian dalam mata pelajaran pendidikan IslamPenghayatan pelajar terhadap ajaran Islam akan lebih mudah difahami Menggalakkan pelajar untuk terus mencintai mereka, meneladani sifat dan akhlak mereka yang terpuji dan amalan cara hidup Islam .

  • Sambungan..Mewujudkan dalam jiwa pelajar agar menjadikan Rasulullah s.a.w. dan tokoh2 Islam sebagai idola Mempelajari sejarah lalu untuk bermuhasabah terhadap diri, iaitu adakah mereka mengikut langkah kejayaan atau mengikut langkah keutuhan tamadun yang lalu

  • Konsep

  • KonsepKonsep pendidikan yang bersatu(unified) berdasarkan konsep ilmu yang bersepadu (integrated) membawa kepada keseimbangan antara akal dan wahyu.Berlawanan dengan konsep barat yang memisahkan ilmu kepada dua bahagian yang disebut theology dan science atau religious knowledge.

  • TEKNIK BerceritaPandang dan dengar.Latih tubiPerbincangan kumpulan Kuliah atau peneranganProjekSimulasiPengurusan grafikTunjuk cara atau demonstrasiForumMeramal masa depanLain-lain

  • TEKNIK berceritaRasulullah s.a.w juga menggunakan TEKNIK bercerita dalam menyampaikan ajaran sirahnyasatu TEKNIK yang dapat menarik perhatian pelajar ketika proses P&P berlaku kerana bersesuaian dengan sifat semula jadi manusiamenerapkan nilai murni ke dalam diri pelajar. Bahkan ayat-ayat al-Quran juga diturunkan dalam bentuk cerita supaya manusia meneladaninya

  • Pandang dan Dengardapat melihat bukti peristiwa lampau dan riwayat hidup seseorang tokoh melalui gambaran yang sebenar.bahan atau pengajaran disampaikan melalui perantaraan media elektronik seperti television, LCD dan video.

  • ProjekTEKNIK ini berdasarkan teori bahawa pelajar akan mudah untuk memahami isi pelajaran dengan mengalami dan membuatnya sendiri .memperoleh pengalaman yang lebih luas dan dapat mengembangkan potensi diri mereka secara global dan menyeluruh.

  • contoh TEKNIK projek pengajaran sirahDaya ingatan seseorang pelajar adalah berbeza-beza. Sesuatu pengajaran yang disampaikan tidak semestinya mudah untuk pelajar mengingatinya. Sesetengah pelajar lebih gemar menghafaz sesuatu pengajaran yang berbentuk fakta dengan menggunakan pelbagai cara. Antara yang yang efektif adalah berbentuk hiburan (Ahmad, 1997: 179)Dalam kes ini guru boleh menyuruh pelajar melaksanakan sebuah projek mencipta lirik lagu tenang riwayat hidup Rasulullah s.a.w. Dengan cara ini, pelajar mudah mengingat fakta penting di samping melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.

  • TEKNIK Lawatan Aktiviti susulan yang dapat memberikan pendedahan kepada pelajar selepas selesai mempelajari sesuatu topik Lawatan yang dibuat boleh menimbulkan minat para pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang lagi tentang sesuatu perkara yang tidak dapat dilihat dengan jelas semasa proses P&P

  • Sambungan.Pelajar akan dapat mencari maklumat dan bahan P&P melalui pemerhatian dan pengkajian Cerapan secara terus ini akan membuka minda para pelajar Seperti kata pepatah Melayu Jauh perjalanan luas pengalaman. Rasulullah sendiri juga mengamalkan TEKNIK ini dalam pengajaran sirah sejajar dengan firman AllaH s.w.t:

  • Sambungan.Terjemahan: Katakanlah, Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah memulakan ciptaan makhluk dari asal jadinya: kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(Al-Ankabut, 29:20)

  • TEKNIK Syarahan, Kuliah atau Khutbah Melibatkan guru sebagai penyampai maklumat melalui huraian, penjelasan serta penerangan kepada pelajarMelahirkan perasaan hormat dan sanjungan pelajar kepada guru dan ini menimbulkan perasaan kasih sayang antara pelajar dengan guru TEKNIK ini juga menjadi lebih menarik apabila diselitkan dengan cerita atau kisah teladan.

  • Sambungan.Kadangkala menyebabkan para pelajar mengantuk dan berasa bosanRasulullah S.A.W tidak menggalakan khutbah atau syarahan yang disampaikan dengan masa yang panjang sebagimana sabdanya yang diriwayatkan oleh ammar (muslim, 2001; 303)Guru perlu mempelbagaikan teknik serta cara dengan menggunkan alat bantu mengajar seperti slaid, projektor, poster, papan hitam, gambar dan sebagainya

  • TEKNIK LakaranMelibatkan simbol untuk memberikan kefahaman terhadap sesuatu maksudIni boleh dilihat apabila rasulullah sendiri pernah menggunakan TEKNIK ini dalam menyampaikan dakwahnya. Sabda Rasulullah (Ahmad, 1994: 2536)Terjemahan; Daripada Ibn abbas katanya: Rasulullah s.a.w melakar di atas tanah empat garisan. Baginda s.a.w bertanya, Tahukah kamu apakah ini? lalu para sahabat berkata, Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui(maksudnya). Kemudian Rasulullah s.a.w menjelaskan bahwa wanita terbaik ahli syurga adalah Khadijah bt Khuwailid, Fatimah bt Muhammad, Asiah bt Mazahim iaitu isteri firaun dan Maryam Ibnat Imran r.a

  • SambunganTEKNIK ini bolah dipelbagaikan dengan penggunaan grafik seperti menara induktif, pemetaan minda, rajah tulang ikan, carta organisasi, pusingan rentetan, pemetaan cerita dan carta masa atau kronologi

  • RumusanSesuatu pengajaran yang tidak dirancang boleh menyebabkan pengajaran menjadi tidak sempurna dan tidak tersusun.Setiap TEKNIK yang digunakan dalam pengajaran sirah mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Justeru, diharapkan guru dapat mengaplikasikan TEKNIK yang dicadangkan dalam bab ini bagi mencapai objektif PdP Pendidikan Islam di sekolah masing-masing.