hukum dm (diterangkan - menerangkan

2
HUKUM DM dalam FRASA NAMA 1. (D) merujuk kepada “Diterangkan” manakala (M) merujuk kepada “Menerangkan”. 2. Sesuatu perkara yang mahu “Diterangkan” harus dinyatakan dahulu sebelum disusuli perkataan yang “Menerangkan”. 3. Misalnya, apabila kita mahu merujuk kepada pisang yang digoreng, seharusnya kita menyatakan “pisang” sebagai kata nama yang diterangkan barulah disusuli “goreng” sebagai perkataan yang menerangkan pisang berkenaan. Maka, susunan frasa yang betul ialah “pisang goreng” bukannya “goreng pisang” kerana ia merujuk kepada frasa kerja (perbuatan menggoreng pisang) bukannya frasa nama. Unsur Diterangkan (D) Unsur Menerangkan (M) Keterangan Frasa Kelapa Muda Buah kelapa yang muda. Orang Tua Orang yang sudah tua. Guru Bahasa Guru yang mengajarkan bahasa. Serbuk Cili Serbuk yang dibuat daripada cili. Sos Tomato Sos yang dibuat daripada tomato. Kedai Tayar Haris Kedai tayar kepunyaan Haris. Keledek Goreng Keledek yang telah digoreng. Rendang Daging Rending yang dibuat daripada daging. Susu Lembu Susu yang diambil daripada lembu. Lembu Susu Lembu yang mengeluarkan susu. Kekeliruan dalam Hukum DM Bentuk yang Salah Bentuk yang Betul Lain – lain hal Hal lain – lain Lain – lain kata Kata – kata lain Warung goreng pisang Warung pisang goreng Pencuci serbuk Serbuk pencuci

Upload: tuisyen-dewan-hj-ali

Post on 19-Jun-2015

2.608 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Nota Tatabahasa (HUKUM DM)

TRANSCRIPT

Page 1: Hukum DM (Diterangkan - Menerangkan

HUKUM DM dalam FRASA NAMA

1. (D) merujuk kepada “Diterangkan” manakala (M) merujuk kepada “Menerangkan”. 2. Sesuatu perkara yang mahu “Diterangkan” harus dinyatakan dahulu sebelum disusuli

perkataan yang “Menerangkan”. 3. Misalnya, apabila kita mahu merujuk kepada pisang yang digoreng, seharusnya kita

menyatakan “pisang” sebagai kata nama yang diterangkan barulah disusuli “goreng” sebagai perkataan yang menerangkan pisang berkenaan. Maka, susunan frasa yang betul ialah “pisang goreng” bukannya “goreng pisang” kerana ia merujuk kepada frasa kerja (perbuatan menggoreng pisang) bukannya frasa nama.

Unsur Diterangkan

(D) Unsur

Menerangkan (M) Keterangan Frasa

Kelapa Muda Buah kelapa yang muda. Orang Tua Orang yang sudah tua. Guru Bahasa Guru yang mengajarkan bahasa.

Serbuk Cili Serbuk yang dibuat daripada cili.

Sos Tomato Sos yang dibuat daripada tomato.

Kedai Tayar Haris Kedai tayar kepunyaan Haris. Keledek Goreng Keledek yang telah digoreng. Rendang Daging Rending yang dibuat daripada

daging.

Susu Lembu Susu yang diambil daripada lembu.

Lembu Susu Lembu yang mengeluarkan susu.

Kekeliruan dalam Hukum DM

Bentuk yang Salah Bentuk yang Betul

Lain – lain hal Hal lain – lain Lain – lain kata Kata – kata lain

Warung goreng pisang Warung pisang goreng Pencuci serbuk Serbuk pencuci

Page 2: Hukum DM (Diterangkan - Menerangkan

Petroleum gas Gas petroleum Kain sutera batik Kain batik sutera

Lim Klinik Gigi Klinik Gigi Lim Tukang Jahit Marlia Marlia Tukang Jahit

Kekecualian dalam Hukum DM

1. Kekecualian Hukum DM berlaku apabila penerang mendahului unsur yang diterangkan.

2. Berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan (terutamanya pada nama jawatan)

Menerangkan (M) Diterangkan (D)

Perdana Menteri pembantu penyelidik naib canselor naib presiden ibu pejabat timbalan pengurus

Cari kesalahan dalam ayat – ayat di bawah. 1. Dia mengalami sakit perut kerana makan cili sos secara berlebihan. 2. Semasa tinggal di asrama, kami selalu dihidangi goreng telur atau roti bakar sebagai

hidangan utama. 3. Lain – lain pelajar yang melanggar disiplin telah dikenakan hukuman kelas tahanan,

manakala Ahmad pula dikenakan hukuman rotan. 4. Bapa mendapatkan rawatan di Hidayat Poliklinik pada setiap bulan. 5. Emak memasukkan telur kuning ke dalam adunan kek itu sebelum membakar kek

tersebut. 6. Emak menggunakan cili serbuk untuk menambahkan keenakan masakannya. 7. Pemandu mini bas itu sudah berkhidmat dengan syarikat tesebut hampir sepuluh tahun. 8. Abang saya menukar tayar di Silverstone Pusat Servis Tayar kerana tayar keretanya

telah haus. 9. Encik Sani menghadiahi isterinya sehelai mini telekung yang bersulamkan benang

emas. 10. Ahmad telah ditahan oleh tentera polis kerana melarikan diri daripada tugasnya

sebagai askar. 11. Negara – Negara Tenggara Asia bekerjasama dalam pelbagai bidang melalui

pertubuhan ASEAN. 12. Satu rampasan mercun terbesar telah berjaya dilakukan oleh pihak kastam Perlis. 13. Dia membuka gerai menjual goreng kerepek di hadapan rumahnya untuk

menambahkan pendapatan.