hubungan etnik esei complete

62
Bahagian A: Tajuk : Bincangkan perkembangan masyarakat pluralistik di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak selepas tahun 1870. Pengertian Pluralistik : Pluralistik ialah wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak- pihak tertentu yang berkepentingan iaitu pada era penjajah British. Garis masa masyarakat Malaysia : Rajah 1 : Penjajahan Tanah Melayu sehingga pembentukan Malaysia zaman tahun Kesultanan Melayu Melaka 1402-1511 Penjajahan Portugis 1509-1641 Penjajahan Belanda 1641-1824 Penjajahan British 1826-1941 1946-1948 Penjajahan Jepun 1941-1945 Kemerdekaan 1957 Pembentukan Malaysia 1963 Dengan melalui garis masa masyarakat Malaysia dalam rajah di atas, maka perkembangan masyarakat pluralistik di Tanah 1

Upload: jason-ngui-ching-hung

Post on 07-Dec-2014

278 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan Etnik Esei Complete

Bahagian A:

Tajuk :

Bincangkan perkembangan masyarakat pluralistik di Tanah Melayu, Sabah dan

Sarawak selepas tahun 1870.

Pengertian Pluralistik :

Pluralistik ialah wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu

masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan

iaitu pada era penjajah British.

Garis masa masyarakat Malaysia :

Rajah 1 : Penjajahan Tanah Melayu sehingga pembentukan Malaysia

zaman tahun

Kesultanan Melayu Melaka 1402-1511

Penjajahan Portugis 1509-1641

Penjajahan Belanda 1641-1824

Penjajahan British 1826-1941

1946-1948

Penjajahan Jepun 1941-1945

Kemerdekaan 1957

Pembentukan Malaysia 1963

Dengan melalui garis masa masyarakat Malaysia dalam rajah di atas, maka

perkembangan masyarakat pluralistik di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak selepas

tahun 1870 adalah berfokus pada masa penjajahan British hingga ke masa kini.

Perkembangan masyarakat pluralistik selepas tahun 1870 :

Terdapat tiga fasa perkembangan masyarakat pluralistik :

I. Pembentukan masyarakat pluralistik oleh penjajah

II. Pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia

III. Masyarakat pluralistik selepas merdeka

1

Page 2: Hubungan Etnik Esei Complete

I. PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK OLEH PENJAJAH

TANAH MELAYU

Masyarakat pluralistik di Tanah Melayu terbentuk selepas kedatangan

penjajah khususnya penjajah Inggeris. Hal ini disebabkan penghijrahan masuk orang

Cina dan India ke Tanah Melayu telah digalakkan oleh British untuk memajukan

kepentingan ekonomi dan politik mereka. Contohnya, orang cina digalakkan masuk

ke Tanah Melayu untuk bekerja dengan membukakan lombong-lombong bijih timah

dan emas. Golongan penghijrahan ini dibawa masuk oleh British tanpa disertai kaum

keluarga seperti isteri dan anak mereka iaitu tanpa dikuti oleh keluarga. Hal ini

kerana fokus kemasukan golongan ini hanya untuk memenuhi kepentingan ekonomi

dan politik British. Kesannya, walaupun ada masyarakat pluralistik tetapi asimilasi

budaya dan cara hidup antara kumpulan etnik tidak berlaku. Masyarakat pluralistik

ini hanya menjalankan kehidupan dalam kelompok masyarakat masing-masing.

Namun, kehidupan yang harmonis antara kaum tetap dan terus wujud dalam bentuk

akomodasi sosial iaitu menghormati budaya lain dan meneruskan budaya sendiri

secara harmonis . Akomodasi sosial telah membenarkan setiap kaum iaitu Melayu,

Cina dan India menjalani kehidupan berasaskan sistem sosial masing-masing

secara harmonis. Keharmonian ini terus berkekalan sehingga ke hari ini.

Namun, penjajahan British yang membentukan masyarakat pluralistik telah

banyak memberi kesan ke atas Tanah Melayu. Yang pertama iaitu dari segi corak

pemerintahan. Corak pemerintahan British adalah berbeza dengan penjajahan

Portugis dan Belanda sebelum itu kerana penjajahan British adalah berorientasikan

imperialisme dan kolonialisme. Imperialisme ialah menjajah fizikal iaitu segala

kekayaan seperti bijih timah, emas, getah dan sebagainya diambil demi kekayaan

negara mereka manakala kolonialisme ialah memperkenalkan sistem kehidupan

mereka seumpama politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya,

kepada penduduk tempatan. Ini dapat dibuktikan menerusi beberapa perkara.

Antaranya ialah dari segi politik dan pemerintahan. Penjajah British telah

mengubah sistem pentadbiran dan agama yang menyatukan agama dan

pentadbiran di bawah satu sistem kepada sistem politik kerajaan yang memisahkan

agama dan pemerintahan di bawah dua pentadbiran yang berbeza. Tegasnya ,

agama diletakkan di bawah tadbir urus sultan dan negara pula di bawah tadbir urus

2

Page 3: Hubungan Etnik Esei Complete

kerajaan. Di samping itu, penjajah British turut memperkenalkan sistem pentadbiran

berdasarkan pengagihan kuasa antara tiga unsur penting iaitu kehakiman, eksekutif

dan perundangan. Tiga pihak ini hanya menjalankan bidang kuasa masing-masing

dan tidak boleh bercampur aduk. Keadaan ini berbeza dengan sistem pemerintahan

zaman sebelum kedatangan British menyebabkan tiada agihan kuasa berlaku

kerana raja atau sultan mempunyai kuasa mutlak. Seterusnya ialah dari segi sistem

dan struktur. Sebelum kedatangan penjajah, sistem pemerintahan seperti kuasa

pentadbiran, kuasa mengutip cukai, kuasa dari segi undang-undang dan sebagainya

berada di tangan raja-raja Melayu. Selepas penjajahan khususnya selepas

pengenalan Malayan Union kuasa tersebut telah berpindah ke tangan gabenor

British. Pemisahan tersebut tidak terhad kepada pemerintahan dan pentadbiran

sahaja tetapi merebak kepada seluruh sistem hidup seperti ekonomi dan

sebagainya.

Kesan yang kedua ialah perubahan konsep ilmu iaitu epistemologi telah

berlaku. Kedatangan British ke Alam Melayu bukanlah dengan tangan kosong tetapi

mereka telah lama maju dari segi ilmu pengetahuan. Ertinya, mereka merupakan

penjajah yang telah mempunyai ilmu pengetahuan tinggi dalam bidang sosial

kemanusiaan dan sains tulen. Perdebatan ilmu begitu hangat selama berabad-abad

di dunia mereka sehingga berlakunya pemisahan besar antara agama dan sains

moden pada abad ke -15 Masihi. Apabila penjajah British datang menjajah Alam

Melayu, Khususnya Tanah Melayu, Eropah telah mengalami perubahan

epistemologi iaitu pemisahan antara negara dan agama. Akibat daripada

pertelingkahan antara para agamawan saintis di Eropah, ilmu pengetahuan akhirnya

terpisah dua iaitu agama dan sains moden. Kedua-duanya dinamakan sebagai

Rocks of Ages : science and Religion in the Fullness of Life oleh Stephen Jay Gould

apabila beliau menulis buku mengenai dua perkara pokok di sepanjang sejarah

kehidupan manusia. Masyarakat secara umumnya terpisah kepada dua iaitu pihak

menyokong agama dan pihak menyokong sains moden. Namun, ilmu berasaskan

sains moden mendapat sokongan majoriti penduduk Eropah dan ini akhirnya

menyebabkan agama menjadi anutan individu sahaja. Faktor yang menjadikan

masyarakat berpegang kepada kepercayaan bahawa agama hanya perlu pada

peringkat individu sahaja ialah agama dianggap sebagai penyumbang kepada

perselisihan pendapat dalam kalangan manusia dan seterusnya akan membawa

kepada pergaduhan dan peperangan. Sebaliknya, ilmu sains mempunyai sifat

3

Page 4: Hubungan Etnik Esei Complete

sarwajagat yang boleh menyatukan manusia di bawah payung kefahaman yang

sama dan ini membolehkan manusia hidup secara aman dan damai. Berasaskan

fahaman ini, ilmu sains telah diterima sebagai ilmu penting dan asasi dalam

kehidupan sosial duniawi manusia.

II. PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

TANAH MELAYU

Sebelum tahun 1848, hampir kesemua penduduk Tanah Melayu terdiri

daripada Orang Melayu. Namun demikian, perkembangan perusahaan bijih timah

mulai pertengahan abad ke -19 dan perusahaan getah mulai awal abad ke-20 telah

mengakibatkan penghijrahan orang cina dan india secara besar-besaran ke Tanah

Melayu. Menjelang tahun 1931, jumlah penduduk bukan Melayu melebihi jumlah

penduduk melayu. Kewujudan pelbagai kaum yang mengekalkan kebudayaan

masing-masing telah mengakibatkan satu masyarakat majmuk di Tanah Melayu

dibentukan. Tiap-tiap kaum mempunyai agama, bahasa dan cara hidup yang

berlainan.

Pada umumnya, terdapat persefahaman dan hubungan yang baik antara

komuniti etnik melayu, cina dan India. Keharmonian hubungan etnik ini wujud

berterusan dan terbukti apabila mereka sama-sama berjuang untuk mendapatkan

kemerdekaan Tanah Meayu daripada penjajah British pada 31 Ogos 1957 dan

pembentukan Malaysia pada 16 september 1963. Keharmonian tersebut berterusan

kekal sehingga ke hari ini.

Penjajahan British memberi dampak yang sangat besar terhadap masyarakat

di Malaysia sama ada dalam bentuk material mahupun bukan material. Antaranya,

pemerintahan british telah menyumbang terhadap penambahbaikan kehidupan

rakyat Malaysia, terdapat kritikan bahawa mereka bertanggungjawab secara

beransur-ansur menyisihkan dominasi Islam daripada kehidupan masyarakat

Malaysia. Sebagai contoh : Al-Attas telah mengkritik kehadiran kolonialisme Barat

( termasuk British ) sebagai suatu dasar tekal memisahkan orang Islam daripada

agama mereka.

4

Page 5: Hubungan Etnik Esei Complete

Para sejarahwan mencatatkan bahawa dampak dasar dan birokrasi British

boleh dilihat dengan jelas dalam perkara-perkara berikut. Yang pertama ialah British

mula bertapak kukuh menerusi satu campur tangan secara tidak langsung pada

tahun 1786 apabila Pulau Pinang diperoleh dari Kedah. British seterusnya telah

bercampur tangan secara langsung dan menguasai pentadbiran negeri-negeri

Melayu yang secara tradisionalnya terletak di bawah tadbir urus sultan melayu.

Mengikut perjanjian Pangkor 1874, sultan perak bersetuju dengan menerima

seorang Residen British yang akan menasihati baginda dalam semunya perkara

kecuali yang menyentuh agama dan adat istiadat Melayu. Menjelang tahun 1895,

sistem Residen ini telah diasaskan dengan kukuhnya di Perak, Selangor, Pahang,

dan negeri Sembilan. Melalui empat negeri berkenaan telah disatukan di bawah satu

pemerintahan pusat dan mula dikenali sebagai negeri-negeri Melayu bersekutu.

British seterusnya memperluaskan kuasa mereka ke atas Kedah, Perlis, Kelantan

dan Terengganu melalui Perjanjian Bangkok 1909 dengan Siam (Thailand) .Seorang

penasihat British dilantik bagi tiap-tiap negeri berkenaan.

5

Page 6: Hubungan Etnik Esei Complete

SABAH

Sabah telah ditadbir oleh pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara

(SBUB) mulai tahun 1881 hingga tahun 1946. Menurut perangkaan tahun 2007,

penduduk Sabah berjumlah 3.1 juta orang yang terdiri daripada lebih 30 suku kaum

dan tertutur dalam 80 dialek tempatan. Masyarakat Bumiputera (peribumi)

merupakan golongan majoriti dan diikuti oleh kaum imigran seperti orang Cina, serta

rakyat asing yang berhijrah dari negara jiran seperti Filipina dan Indonesia. Maka,

masyarakat pluralistik telah dibentukan dengan kemasukan golongan imigran ke

Sabah.

Dalam kalangan masyarakat Bumiputera, tiga golongan yang terbesar terdiri

daripada kaum Kadazan-Dusun, Murut, dan Bajau. Kemudian diikuti oleh suku kaum

minoriti Bumiputera yang lain seperti Bisaya, Kadayun, Orang Sungai, Suang Latut,

Melayu-Brunei dan lain-lain. Dalam ini, Kadazan-Dusun meliputi sebanyak 24.8

peratus daripada jumlah populasi masyarakat Sabah diikuti oleh kategori peribumi

yang lain sebanyak 20.6 peratus, Bajau sebanyak 18.5 peratus dan Melayu

sebanyak 18.5 peratus. Masyarakat Peribumi di Sabah dikatakan berasal daripada

Tanah Besar Asia yang bertutur dalam kelompok bahasa Austronesia.

Kadazan-Dusun merupakan suku kaum terbesar di Sabah yang meliputi satu

pertiga daripada jumlah penduduk di negeri Sabah. Mereka telah menetap di

kawasan pedalaman pada masa dahulu. Kemudian, ramai di antara mereka telah

berpindah ke kawasan Residen Pantai Barat. Kegiatan ekonomi utama yang

dijalankan oleh mereka adalah menanam padi dan menternak lembu. Dengan ini,

kawasan petempatan mereka terkenal sebagai ‘jelapang padi’ di Sabah. Perayaan

utama orang Kadazan ialah ‘Pesta Menuai’ yang disambut pada bulan Mei setiap

tahun selepas musim menuai. Antara acara yang terpenting dalam perayaan ini

adalah persembahan tarian Sumazau.

Seterusnya, Orang Bajau kebanyakannya tinggal di kawasan pantai,

terutamanya di kawasan pantai barat daya Sabah. Mereka berasal dari kawasan

pantai Pulau Mindanao dan Sulu. Mereka menganut agama Islam. Pada masa

dahulu, orang Bajau ialah pedagang laut. Mereka juga terkenal sebagai penunggang

kuda yang handal. Sekarang ini, ramai di antara mereka terlibat dalam perusahaan

6

Page 7: Hubungan Etnik Esei Complete

perikanan dan ada juga yang mengusahakan tanaman padi, terutamanya di sekitar

Kota Belud, Tuaran, Papar dan Kawang.

Di samping itu, Orang Murut tinggal di kawasan-kawasan bukit di Residensi

Pedalaman, iaitu dari Keningau ke selatan sehingga kawasan sempadan Sabah

dengan Sarawak dan Kalimantan. Selain itu, ada juga orang Murut yang menetap di

bahagian hilir Sungai Padas (di sekitar Beaufort), serta di tanah datar Tenom, Sook

dan Keningau. Orang Murut dipercayai berasal dari Annam dan berhijrah ke Broneo

melalui Finipina. Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh mereka ialah menanam

padi huma, berburu dan memungut hasil hutan. Mereka telah tinggal di rumah

panjang dan petempatan mereka sering berpindah-randah.

Orang Melayu-Brunei pula datang ke Sabah semasa negeri Sabah berada di

bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Mereka yang beragama Islam turut sama

memainkan peranan dalam menyebarkan agama Islam di Sabah. Pada awalnya,

ada sebilangan daripada mereka yang dihantar oleh Sultan Brunei untuk berkhidmat

sebagai pentadbir di Sabah. Kebanyakan orang Melayu-Brunei menetap di Kimanis,

Papar dan Padas-Kalias. Kegiatan ekonomi mereka tertumpu kepada berdagang,

bertani dan memungut hasil hutan.

Tambahan pula, terdapat majoriti orang Suluk menetap di kawasan pantai

timur dan utara Sabah. Mereka menganut agama Islam dan dikatakan berasal dari

Sulu di selatan Filipina. Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh mereka adalah

memungut sarang burut, hasil hutan dan hasil laut.

Kemasukan golongan imigran telah membentukan masyarakat pluralistik di

Sabah. Golongan imigran yang masuk ke Sabah terdiri daripada orang Cina, orang

Indonesia dan orang India. Kemasukan mereka adalah bertujuan untuk mencari

kerja, berdagang dan sebagainya. Orang Cina di Sabah agak berbeza dengan

Tanah Melayu kerana kedatangan mereka tidak didorong oleh pembukaan kawasan

lombong bijih timah. Sebaliknya kedatangan orang Cina di Sabah adalah akibat

daripada galakan yang diberikan oleh syarikat-syarikat tembakau dan Kompeni

Berpiagam Borneo Utara British. Pada tahun 1880-an, ladang tembakau mula

dibuka di Sabah dan hampir kesemua tenaga buruhnya dibawah masuk dari negeri

China. Selain itu, perkembangan perusahaan getah pada awal abad ke-20 juga

7

Page 8: Hubungan Etnik Esei Complete

menarik perhatian buruh-buruh Cina untuk datang ke Sabah dengan mencari

pekerjaan. Pada tahun 1930, terdapat 30 ladang getah dengan hampir seluruh

tenaga buruhnya terdiri daripada orang Cina. Terdapat dua suku kaum Cina besar

yang datang ke Sabah. Antaranya adalah orang Hakka dan orang Canton. Melebihi

50% orang Hakka melibatkan diri dalam bidang pertanian dan mereka bertumpu di

kawasan desa. Orang Canton pula merupakan suku kaum Cina yang kedua besar di

Sabah. Kawasan tumpuan bagi orang Canton adalah di kawasan Bandar, Santakan,

Kota Kinabalu, Tuaran dan Papar.

Selain itu, buruh dari Jawa iaitu orang Indonesia juga digalakkan masuk ke

Sabah oleh pihak Kompeni untuk bekerja di ladang tembakau dan getah. Buruh-

buruh dari Jawa mula tiba di sabah pada tahun 1882, iaitu seramai 70 orang yang

dibawa masuk dari Singapura oleh seorang agen Kompeni, W.H. Read. Buruh dari

Jawa dibawa ke Silam untuk bekerja di Stesen Percubaan Pertanian Kerajaan. Mulai

tahun 1907, pengambilan buruh dari Jawa dilakukan secara teratur apabila pihak

kompeni menjalin satu persetujuan dengan Kerajaan Belanda untuk mendapatkan

buruh kontrak selama tiga tahun akibat daripada perkembangan pesat perusahaan

getah di Sabah. Sebelum Perang Dunia Pertama, bilangan buruh dari Jawa yang

tiba di Sabah semakin bertambah ramai, iaitu ketika perusahaan getah berkembang

dengan pesat. Pada tahun 1911, bilangan buruh Jawa yang tiba di Sabah berjumlah

5510 orang. Pada tahun 1921, bilangan orang Indonesia yang tiba di Sabah telah

meningkat kepada 11223 orang dan seterusnya kepada 10014 orang pada tahun

1931. Kebanyakan orang Indonesia datang untuk mencari pekerjaan sementara dan

ramai di antara mereka yang berulang-alik di antara Sabah dengan tempat asal

masing-masing.

Orang India seperti masyarakat imigran yang lain mula bertapak di Sabah

sejak di bawah pentadbiran Kompeni. Pada awalnya kehadiran mereka lebih

tertumpu dalam beberapa sektor tertentu seperti bidang pentadbiran, sokongan dan

teknikal. Mereka terdiri daripada orang Sikh, Pathan, Telegu dan Tamil yang

ditempatkan di beberapa buah jabatan seperti Jabatan Audit, Pelabuhan, Pas dan

Telegraf, Keselamatan, Polis dan Penjara. Mereka diambil berkhidmat sebagai

kakitangan sama ada pada peringkat pentadbiran ataupun pada peringkat bawahan.

Perkembangan ini amat menarik kerana kemasukan mereka agak berbeza dengan

masyarakat India di Tanah Melayu, khususnya orang Tamil yang dibawa masuk

8

Page 9: Hubungan Etnik Esei Complete

untuk bekerja sebagai buruh di ladang getah. Sebaliknya masyarakat India di Sabah

dibawa masuk untuk mengisi jawatan dalam jabatan-jabatan di bawah pentadbiran

Kompeni. Keadaan ini berlaku kerana pihak Kompeni menghadapi masalah

kekurangan kakitangan akibat daripada keengganan bangsa Eropah yang lain untuk

berkhidmat di Sabah atas alasan bahawa Sabah masih merupakan sebuah negeri

yang mundur. Mereka lebih gemar dihantar berkhidmat ke Hong Kong, Singapura

dan Tanah Melayu.

Dengan ini, taburan penduduk di Sabah adalah tidak seimbang kerana lebih

ramai penduduk bertumpu di bahagian Pantai Timur Sabah berbanding dengan

pedalaman yang diliputi hutan rimba. Petempatan ini memberikan gambaran

wujudnya dua sistem kepercayaan dalam kalangan penduduk bumiputera di Sabah,

iaitu kumpulan etnik Bumiputera bukan Islam yang merangkumi Dusun, Murut dan

Rungus serta subetniknya mengamalkan kepercayaan animism, manakala

masyarakat Bumiputera Islam pula terdiri daripada Bajau, Idahan, Iranun, Sulu,

Bisaya, Melayu-Brunei dan Orang Sungai. Walaupun terdapat pengasingan

kawasan petempatan dan pegangan agama mengikut etnik tetapi perhubungan etnik

yang harmoni telah wujud di Sabah dan berkekalan sehingga kini. Hal ini kerana

penduduk lebih meletakkan keutamaan kepada kebudayaan dalam urusan

kehidupan bermasyarakat mereka berbanding dengan perbezaan agama.

Keharmonian hubungan etnik di Sabah juga disebabkan wujudnya perkahwinan

antara kumpulan etnik sama ada antara kumpulan etnik Bumiputera atau antara

kumpulan etnik Bumiputera dengan kaum lain.

Kesimpulannya, kedatangan golongan imigran bukan sahaja dapat

meningkatkan bilangan penduduk dan ekonomi di Sabah pada zaman penjajahan,

maka juga merupakan penyumbang utama kepada kemunculan masyarakat yang

berbilang kaum dan pluralistik di Sabah.

9

Page 10: Hubungan Etnik Esei Complete

SARAWAK

Kaum bumiputera yang utama di Sarawak ialah orang Iban, Bidayuh, Melayu

dan Melanau. Pada tahun 1803, Sarawak telah ditadbir oleh pemerintahan Keluarga

Brooke. Keluarga Brooke yang memerintah di Sarawak telah menggalakkan

kemasukan orang Cina untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong.

Maka, masyarakat pluralistik telah dibentukan dengan kemasukan golongan imigran

ke Sarawak.

Dalam kalangan penduduk di Sarawak, masyarakat Bumiputera terdiri

daripada suku kaum Iban, Melanau, Melayu, Bidayuh, Murut, Kayan, Kenyah,

Kelabit, Bisaya, Punan dan suku kaum peribumi yang lain. Suku kaum seperti Iban,

Bidayuh, Kenyah dan Punan menetap di kawasan pedalaman manakala orang

Melayu dan Melanau pula tertumpu di kawasan persisiran pantai.

Terdapat suku kaum Melayu dan suku kaum Melanau telah bertumpu di

kawasan persisiran pantai. Orang Melayu merupakan golongan yang berkelompok

besar di Sarawak, iaitu meliputi 21% daripada jumlah penduduk di Sarawak. Mereka

secara tradisinya menetap di kawasan persisiran pantai dan bahagian muara sungai

berdasarkan dengan kegiatan ekonomi yang dilakukan. Orang Melayu telah bekerja

sebagai nelayan, petani dan peniaga. Selain itu, ada yang juga di antara mereka

yang berhijrah ke bandar untuk melibatkan diri dalam pelbagai bidang pekerjaan

terutamanya dalam sektor ekonomi moden serta berkhidmat dengan pihak kerajaan.

Berdasarkan sejarah Alam Melayu, orang Melayu merupakan golongan yang

terawal dan dipercayai menetap di Sarawak sejak abad ke-15. Lidah Tanah yang

terletak di sekitar Sungai Sarawak merupakan kawasan perkampungan orang

Melayu. Akibat daripada kaya dengan sumber alam, kawasan ini pernah ditakluki

oleh kerajaan Brunei pada abad ke-16 sebelum penjajahan Barat. Pada masa

dahulu, orang Melayu berperanan sebagai ‘orang tengah’ dalam menguruskan

perdagangan di antara suku kaum di kawasan pedalaman, iaitu antara orang

Bidayuh dengan pedagang luar untuk menjual barangan seperti garam, kain, pisau

dan tempayan.

Selain itu, orang Melayu menganut agama Islam dan mempelajarinya dari

sekolah pondok. Mereka juga mendirikan masjid dan surau sebagai tempat ibadat

10

Page 11: Hubungan Etnik Esei Complete

untuk menyebarkan agama Islam. Orang Melayu amat kuat berpegang dengan

agama Islam. Situasi ini dapat digambarkan melalui budaya, kesenian dan adat

istiadat yang diamalkan oleh mereka dalam kehidupan harian .

Seterusnya, bagi orang Melanau pula, mereka dipercayai adalah penduduk

asal di Sarawak. Petempatan mereka tertumpu di Bahagian Ketiga dan Keempat

serta di bahagian hilir beberapa batang sungai seperti Sungai Igan, Oya, Mukah,

Balingian, Tatau dan Kemena untuk memudahkan kegiatan perikanan dijalankan.

Kawasan perkampungan orang Melanau adalah sama seperti perkampungan orang

Melayu. Secara tradisinya orang Melanau bekerja sebagai nelayan. Mereka juga

mahir dalam kesenian dan tukang kayu. Ini dapat dibuktikan melalui penghasilan

sampan dan kerja tangan yang dibuat oleh mereka. Mereka juga terlibat diri dalam

penghasilkan sagu sebagai bahan makanan dan sumber perniagaan yang utama.

Walaupun orang Melanau dan Melayu berbeza dari segi etnik, tetapi amalan

kehidupan bagi kedua-dua ini tidak banyak berbeza, khususnya mereka yang

menetap di kawasan bandar. Malah ramai juga di antara orang Melanau yang

menganut agama Islam.

Tambahan pula, terdapat suku kaum Iban, suku kaum Bidayuh dan orang Ulu

bertumpu di kawasan pedalaman. Orang Iban atau dikenali juga sebagai Dayak Laut

merupakan suku kaum terbesar yang meliputi 30% daripada jumlah penduduk di

Sarawak. Kebanyakan mereka menetap di kawasan pedalaman mula berhijrah ke

Sarawak pada abad ke-15. Kawasan petempatan awal orang Iban yang berhijrah

dari Kalimantan ialah sekitar lembah sungai di Batang Ai, Sungai Skrang, Saribas

dan Sungai Rajang. Bentuk rumah orang Iban adalah panjang yang dikenali sebagai

rumah panjang. Ketua rumah panjang dikenali sebagai ‘Tuai Rumah’. Setiap rumah

panjang itu biasanya mempunyai di antara 10 hingga 60 buah bilik dengan setiap

bilik didiami oleh sebuah keluarga. Kerja-kerja rumah hendaklah dilakukan di

hadapan rumah oleh orang perempuan.

Selain itu, orang Iban juga terkenal dengan ‘tuak’, iaitu sejenis minuman yang

dihidangkan sewaktu menyambut tetamu atau merayakan sesuatu perayaan besar.

Seperti suku kaum lain, orang Iban juga mempunyai agama dan kepercayaan

sendiri, iaitu mereka percaya kepada roh dan kuasa ghaib. Mereka juga

11

Page 12: Hubungan Etnik Esei Complete

mengamalkan adat-adat tertentu bagi upacara-upacara berlainan seperti dalam

upacara kelahiran, perkahwinan dan kematian. Kebanyakan orang Iban merupakan

penganut agama Kristian. Mereka juga merayakan pelbagai jenis perayaan

terutmanya Hari Gawai yang disambut pada 1 Jun setiap tahun. Hari Gawai

mengandungi beberapa perayaan seperti Gawai Dayak, Gawai Kenyalang dan

Gawai Antu.

Seterusnya, Orang Bidayuh merupakan golongan yang berasal dari

Kalimantan Barat dan menetap di rumah panjang yang jauh di kawasan bukit.

Mereka juga menetap perumahan di pedalaman Sarawak, terutamanya di sekitar

Baud dan Serian. Pekerjaan utama mereka adalah menanam padi huma.

Berdasarkan tempat perumahan dan pekerjaan, orang Bidayuh juga dikenali sebagai

‘Dayak Darat’. Orang Bidayuh bertutur dalam beberapa dialek yang berkait antara

satu sama lain. Walaupun ada dalam kalangan mereka yang masih mengamalkan

kepercayaan tradisi, tetapi kebanyakan orang Bidayuh kini beragama Kristian.

Di samping itu, ‘Orang Ulu’ adalah satu istilah yang digunakan secara kolektif

yang merujuk kepada suku kaum yang mendiami kawasan hulu sungai di

pedalaman Sarawak. Kebanyakan orang Ulu berketurunan dari suku kaum Kayan

dan Kenyah. Terdapat juga kelompok minoriti yang berhampiran seperti Kajang,

Kejaman, Punan, Ukit dan Penan. Istilah itu kini juga termasuk suku kaum yang

menetap di kawasan kuala sungai seperti Lun Bawang, Lun Dayeh, Murut, Berawan

dan Kelabit. Orang Ulu merupakan kelompok kecil yang meliputi kira-kira 5.5%

daripada jumlah penduduk di Sarawak. Mereka mendiami rumah panjang yang

dihiasi dengan pelbagai lukisan dan ukiran kayu. Ini dapat membuktikan bahawa

orang Ulu mempunyai kemahiran dalam kesenian. Walaupun sebahagian besar

Orang Ulu yang menganut agama Kristian, tetapi kepercayaan tradisional masih

diamalkan di sesetengah tempat.

Akibat daripada Kedatangan golongan imigran di Sarawak, maka masyarakat

pluralistik telah dibentuk. Golongan-golongan imigran yang ramai telah banyak

meningkatkan bilangan penduduk di Sarawak semasa pemerintahan Keluarga

Brooke. Golongan-golongan ini bukan sahaja meningkatkan dan menambah banyak

bilangan penduduk di Sarawak, tetapi juga menyebabkan perubahan terutamanya

dari ekonomi dan sosial. Sarawak merupakan negeri yang kaya dengan bahan

12

Page 13: Hubungan Etnik Esei Complete

mentah. Aikbat daripada ingin memenuhi kepentingan ekonomi, Keluarga Brooke

telah menggalakkan dan membawa masuk tenaga pekerja secara beramai-ramai

dari negara-negara lain untuk bekerja di Sarawak, terutamanya orang Cina dan

orang India.

Kemasukan orang Cina secara beramai-ramai amat digalakkan oleh Keluarga

Brooke sebagai tenaga pekerja di Sarawak pada zaman pemerintahan mereka.

Kekayaan sumber yang terdapat di Sarawak dan peluang pekerjaan yang banyak

merupakan faktor yang menarik kedatangan orang Cina ke Sarawak. Keadaan ini

turut memberi kesan terhadap peningkatan bilangan orang Cina di Sarawak dan

menjadi golongan yang terbesar dalam kalangan masyarakat bukan Bumiputera iaitu

meliputi 29% daripada jumlah penduduk Sarawak. Kawasan petempatan golongan

Cina lebih tertumpu di bandar-bandar besar. Golongan Cina di Sarawak dibahagikan

kepada beberapa suku kaum seperti Hokkien, Foochow, Hakka, Teochew, Kantonis

dan Henghua. Suku kaum berlainan ini telah mengamalkan tradisi yang sama iaitu

bertutur dengan bahasa Mandarin dan Hokkien.

Pada awalnya, hanya sejumlah kecil orang Cina yang telah menetap di

Sarawak, terutamanya suku kaum Hakka dan menjalankan kegiatan seperti

berdagang, melombong emas dan bercucuk tanam . Pada zaman pemerintahan

Keluarga Brooke, jumlah orang Cina yang berhijrah ke Sarawak semakin ramai pada

akhir abad ke-19 dan awal abab ke-20, terutamanya semasa pemerintahan Charles

Anthony Brooke. Kebanyakan mereka berasal dari China Selatan, iaitu wilayah

Canton, Fukien dan Kwantung.

Kedatangan orang Cina bukan terus dari negeri China, tetapi melalui

kawasan Sambas ke Pontianak di Kalimantan iaitu jalan utama bagi orang Cina

berhijrah ke Sarawak. Selain itu, kawasan itu merupakan kawasan bagi golongan

Cina daripada suku kaum Hakka untuk melombong emas sejak tahun 1760-an.

Kegiatan perlombongan emas berlangsung sejak tahun itu sehingga pihak Belanda

menguasai kawasan pantai barat Kalimantan pada tahun 1823. Penjajahan pihak

Belanda telah menyebabkan longgakan emas semakin berkurangan di kawasan itu

pada tahun 1830-an. Keadaan ini telah menyebabkan pelombong Cina terpaksa

berpindah ke kawasan lain, iaitu kawasan Bau yang terletak di hulu Sungai Sarawak.

Sehingga awal tahun 1840-an, hampir semua orang Cina di Sarawak terdiri daripada

13

Page 14: Hubungan Etnik Esei Complete

suku kaum Hakka. Selain daripada suku kaum Hakka, pedagang Cina daripada suku

kaum Hokkien juga menetap di Kuching, Sarawak mulai tahun 1840-an apabila

kedatangan James Brooke.

Bagi orang India pula, kemasukan mereka juga amat diperlukan sebagai

pekerja di Sarawak semasa pemerintahan James Brooke. Walaupun begitu, orang

India merupakan kelompok yang terkecil dalam kalangan masyarakat bukan

Bumiputera di Sarawak. Hal ini demikian kerana kebanyakan orang India lebih

tertumpu kepada Tanah Melayu untuk bekerja di kawasan perladangan.

Selain itu, kedudukan Sarawak yang agak jauh daripada benua India dari segi

geografi juga merupakan faktor yang menyebabkan bilangan kemasukan orang India

tidak ramai. Hanya mereka yang terdiri daripada orang Sikh dan Punjabi Muslim

barulah dibawa masuk oleh James Brooke untuk bekerja sebagai polis di Sarawak.

Selain daripada orang Sikh dan Punjabi Muslim, terdapat juga sejumlah kecil orang

India yang berketurunan India Muslim juga datang ke Sarawak sebagai peniaga kain

dan pedagang.

Kesimpulannya, kedatangan golongan dari Negara China dan India bukan

sahaja dapat meningkatkan bilangan penduduk dan ekonomi di Sarawak pada

zaman penjajahan, maka juga merupakan penyumbang utama kepada kemunculan

masyarakat yang berbilang kaum dan pluralistik.

14

Page 15: Hubungan Etnik Esei Complete

III. MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA

Perkembangan masyarakat pluralistic selepas merdeka boleh kita lihat dari segi

politik, perlembagaan, pendidikan, ekonomi dan sosial.

POLITIK

Politik Malaysia tidak terlepas daripada dipengaruhi oleh aspek etnik. Oleh itu,

usaha untuk memelihara kestabilan politik yang bersandarkan kepada kerjasama

antara etnik terus menjadi agenda utama negara. Walaupun berhadapan dengan

pelbagai cabaran, Malaysia masih lagi dianggap sebagai sebuah negara yang

berupaya melaksanakan sistem demokrasi secara berkesan. Dalam konteks politik

domestik, demokrasi di negara ini telah berjalan lancar terutamanya sejak pilihan

raya umum pertama tahun 1955 kerana orang melayu, Cina dan India telah bersatu

untuk mendesak British memberikan kemerdekaan.

Pada peringkat ini, perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi pengikat bagi

ketiga-tiga kumpulan etnik untuk bersatu dalam satu pakatan parti, iaitu Perikatan.

Parti Perikatan terdiri daripada United Malays National Organisation (UMNO),

Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC). Selain itu,

pimpinan parti perikatan yang mengamalkan sikap bertolak ansur juga turut

mengukuhkan kerjasama antara kumpulan etnik yang mereka wakili. Menurut R.K.

Vasil, pakatan dalam parti perikatan pada dasarnya telah menerima kepimpinan

Melayu tanpa menjejaskan hubungan harmonis antara kumpulan etnik. Dalam

Pilihan Raya Persekutuan 1955, Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) Berjaya

memenangi 51 daripada 52 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan yang

dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman diterima sebagai Perdana Menteri pertama

oleh kumpulan-kumpulan etnik lain berdasarkan keupayaan beliau mempengaruhi

orang melayu dan bukan melayu untuk bertolak ansur dalam beberapa perkara

asas.

Parti terawal yang ditubuhkan di Sarawak pada tahun 1959 ialah Parti

Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). SUPP mendapat galakan daripada pentadbiran

colonial kerana penubuhannya dianggap sebagai persediaan awal ke arah

pemerintahan sendiri yang dirancang oleh pentadbiran colonial Inggeris. Pemimpin-

pemimpin utama SUPP ialah Ong Kee Hui dan Stephen Yong. Parti Negara

Sarawak (PANAS) yang ditubuhkan pada tahun 1960 dan dipimpin oleh Abang Haji

15

Page 16: Hubungan Etnik Esei Complete

Mustapha. Stephen Kalong Ningkan telah menubuhkan Parti Kebangsaan Sarawak

atau Sarawak National Party (SNAP), manakala kaum Tuanku Haji Bujang dari

Lembah Rejang pula menubuhkan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) pada

tahun 1961. Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) ditubuhkan oleh Temenggung

Jugah dari Rejang dan Sarawak Chinese Association (SCA) telah ditubuhkan pada

tahun 1962. Semua parti di atas kecuali SUPP bergabung untuk membentuk Parti

Perikatan Sarawak dan diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan.

Selepas era 1960-an, politik Malaysia terus berkembang secara dinamik.

Kerjasama dan perbincangan berdasarkan konsep musyawarah antara etnik yang

diwakili oleh parti-parti politik telah diperluas lagi. Parti Perikatan yang diketuai

UMNO diperbesar bilangan anggotanya pada tahun 1972 dengan kemasukan ahli

komponen baharu iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Gerakan dan Sarawak United

People’s Party (SUPP). Sehubungan dengan itu, parti Perikatan ditukarkan namanya

kepada Barisan Nasional (BN). Kerjasama parti-parti politik dalam pakatan parti

pemerintah telah berkembang dengan peningkatan keahliannya.

Pada akhir 1970-an Democratic Action Party (DAP) muncul di Sarawak

sebagai pesaing kepada SUPP untuk mendapat sokongan orang Cina. Sejak

kemunculannya, DAP telah mengalami nasib politik yang turun naik. Pada masa-

masa tertentu, kejayaan DAP di Sarawak hanya terhad kepada keupayaannya

menawan beberapa kawasan majority Cina. Secara keseluruhan, kejayaan DAP

dalam kawasan Cina di Sarawak tidak sampai ke tahap menjejaskan kedudukan

SUPP dalam pakatan BN.

Parti Bumiputera bukan sahaja Berjaya menyatupadukan Melayu dan

Melanau tetapi juga Berjaya mendominasi politik dan kerajaan semenjak tahun

1970. Kekuatan politik Melayu dan Melanau meningkat apabila Temenggung Jugah

membawa PESAKA bergabung dengan Parti Bumiputera untuk membentuk Parti

Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada tahun 1973. Walaupun sokongan etnik

Dayak adalah kecil, namun masih memberi gambaran bahawa etnik Bumiputera

bersatu di belakang Abdul Rahman Ya’akub dan Abdul Taib Mahmud dari PBB.

Kepimpinan PBB sering menghadapi cabaran khasnya daripada golongan Melayu

yang mendakwa kepentingan mereka diketepikan dalam perti. Cabaran ini

melahirkan Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS) pada tahun 1987 yang

16

Page 17: Hubungan Etnik Esei Complete

dipimpin oleh beberapa tokoh Melayu dan Melanau seperti Abdul Rahman Ya’akub,

Salleh Jafaruddin, Sharifah Habsah dan Bujang Ulis.

Pada pilihan raya umum negeri 1987, pakatan PERMAS dan Parti Bansa

Dayak Sarawak (PBDS) hampir berjaya menumbangkan kerajaan pimpinan Abdul

Taib Mahmud. Walaupun SNAP menjadi pilihan etnik Dayak sepanjang tempoh

1970-1976, perpaduan Dayak di bawah SNAP telah dirobohkan dengan penajaan

PBDS pada tahun 1983. masyarakat di Sarawak terpisah-pisah kepada beberapa

parti politik yang berbeza-beza, namun semangat untuk menjalin dan memupuk

kerjasama antara kelompok etnik masih tetap berlangsung.

Sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963, kerjasama antara kelompok

etnik di Sabah telah terjelma dalam cara parti politik dibentuk dan kerjasama antara

parti politik. Keadaan ini bermula dengan Donald Stephens @ Tun Fuad Stephens

yang menubuhkan sebuah parti bagi menyatupadukan Kadazan Dusun dan

Bumiputera bukan Islam. Beliau mengetuai United Kadazan National Organization

(UNKO) yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1961. Bagi etnik Bajau, Suluk dan etnik

lain, Tun Dato’ Mustapha Dato’ Harun telah menubuhkan United Sabah National

Organization (USNO) pada bulan Disember 1961. Sementara itu, orang Cina

bernaung di bawah Sabah Chinese Association (SCA). Berasaskan model UMNO-

MCA-MIC, UNKO, USNO dan SCA bergabung untuk menubuhkan Parti Perikatan di

Sabah.

Pasok Momogun yang ditubuhkan oleh G. S. Sundang pada tahun 1962.

Pasok Momogun bersaing dengan UNKO, khasnya bagi mendapatkan sokongan

daripada kalangan bumiputera bukan Islam. Orang Cina menubuhkan United Party

(UP) dan Democratic Party. Namun, kedua-duanya tidak tahan lama. Selepas

penubuhannya, dua parti itu telah bergabung pada bulan Oktober 1962 untuk

menjadi Parti Kebangsaan Borneo Utara.

Kerajaan Sabah pertama yang diketuai oleh Donald Stephens (UNKO)

dibentuk dalam kerangka menjalin pakatan antara etnik dalam Parti Perikatan.

Sementara itu, Mustapha Harun menjadi Gabenor dalam kerangka berkongsi kuasa

antara Bumiputera Islam dan bukan Islam. Masalah pergelutan kuasa antara

Stephens dan Mustapha menyebabkan perancangan peralihan kuasa yang

17

Page 18: Hubungan Etnik Esei Complete

melibatkan Peter Lo Su Yin yang dilantik sebagai Ketua Menteri bagi suatu tempoh.

Mustapha Harun dan USNO mengetuai pemerintahan parti Perikatan di Sabah untuk

selama lebih kurang satu dasawarsa yang berakhir pada pertengahan 1970-an.

Selama Mustapha Harun dan USNO mengetuai tampuk pemerintahan negeri,

semua etnik turut berada dalam pakatan Perikatan. Teraju kepimpinan negeri

diambil alih oleh Tun Fuad Stephens dan kemudiannya oleh Haris Salleh selepas

parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) memenangi pilihan raya pada tahun

1976.

BERJAYA yang ditubuhkan pada bulan Julai 1975 ialah sebuah parti

berbilang etnik yang dianggotai Bumiputera Islam dan bukan Islam. Walau

bagaimanapun, pucuk pimpinan BERJAYA jelas dimonopoli oleh Bumiputera Islam.

Corak kepimpinan Harris Salleh memerintah Sabah menyebabkan beliau hilang

sokongan daripada pemimpin pusat yang kurang senang terhadap tindakan beliau.

Kepimpinan Haris Salleh yang dianggap keras menyebabkan sesetengah pemimpin

Sabah dan juga rakyat negeri itu tidak puas hati. Tentangan terhadap Harris Salleh

dan BERJAYA melahirkan sebuah parti baharu, iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS)

yang ditubuhkan oleh Joseph Pairin Kitingan.

Parti Bersatu Sabah merupakan parti multietnik walaupun jelas

kepimpinannya dimonopoli oleh Bumiputera bukan Islam. Seperti parti-parti

sebelumnya, PBS memerintah lebih kurang satu dasawarsa sebelum pemerintahan

diambil alih oleh BN yang ditunjangi oleh UMNO yang bertapak di Sabah mulai awal

tahun 1990-an. Dalam pilihan raya Negeri Sabah 1994, PBS menang tips, iaitu

hanya mendapat 25 daripada 48 kerusi manakala BN mendapat sebanyak 23 kerusi.

Akan tetapi, selepas beberapa hari keputusan Pilihan Raya diumumkan, seramai 12

ADUN PBS telah keluar dari parti dan menubuhkan parti-parti baharu yang

kemudiannya diterima menyertai BN. Akibatnya pada 17 Mac 1994, Datuk Joseph

Pairin Kitingan yang mengetuai Kerajaan Negeri Sabah dengan kemenangan yang

tipi situ terpaksa membubarkan kerajaan dan sekaligus memberi laluan kepada BN

untuk menerajui Kerajaan Negeri Sabah. Dengan kemasukan PBS ke dalam BN

pada tahun 2003 semua parti yang bersaing untuk mendapatkan sokongan Kadazan

Dusun ialah ahli komponen BN. Dengan kata lain, perbezaan pandangan dalam

kalangan etnik Kadazan Dusun ditampung dalm bentuk kerjasama dalam BN.

18

Page 19: Hubungan Etnik Esei Complete

Keadaan tersebut menunjukkan bahawa kerjasama antara etnik dalam proses politik

bukan suatu perkara yang mustahil.

Dalam tempoh 1957-1959, politik Malaysia telah melalui perjalanan yang

berliku-liku. Terdapat beberapa pergolakan dalaman anggota parti perikatan. MCA

menghadapi kemelut kepimpinan apabila terdapat golongan yang tidak puas hati

terhadap kepimpinan Tan Cheng Lock sehingga akhirnya memaksa beliau

digantikan oleh Dr. Lim Chong Eu. Dr. Lim memberikan tekanan kepada parti

perikatan untuk memberi kerusi yang lebih kepada MCA dalam pilihan raya umum

1959. risis MCA yang berterusan membawa kepada perpecahan dalaman dan

akhirnya Dr. Lim Chong Eu meletak jawatan. Parti MIC juga tidak terlepas daripada

menghadapi kemelut dalaman apabila terdapat segelintir pihak yang menunjukkan

sikap tidak puas hati terhadap parti perikatan. Namun demikian, melalui proses

perundingan dalam kalangan pemimpin parti yang terlibat, segala kemelut dapat

diatasi dengan cara yang baik.

Semenjak Pilihan Raya Umum 1974 sehingga kini, BN pada peringkat

parlimen telah terus menerus dipilih oleh rakyat untuk menerajui negara. Kejayaan

tersebut merupakan cerminan daripada keyakinan rakyat terhadap BN yang

meneruskan tradisi kerjasama etnik dalam pelbagai bidang. Faktor yang mendasari

kerjasama etnik ini ialah keinginan secara sedar untuk mencapai tujuan

pembangunan politik yang utama, iaitu membina negara bangsa Malaysia seperti

yang dinyatakan dengan jelas dalam Wawasan 2020.

Hal ini terbukti melalui penubuhan Barisan Naiosnal kini sebahagian adalah

kerana wujudnya kerjasama dan merancang serta melaksana program

pembangunan negara secara berterusan telah berjaya mendapat sokongan rakyat

setiap kali pilihan raya umum diadakan. Dasar-dasar kerajaan dalam menguruskan

pelbagai perkara yang berkaitan dengan perhubungan etnik melalui formula tolak

ansur telah berjaya mengekang pihak tertentu seperti parti pembangkang yang cuba

memecahbelahkannya. Justeru, struktur hubungan etnik di Malaysia kini dipengaruhi

oleh kumpulan etnik yang memiliki batas etnik yang nipis. Bentuk perhubungan

mereka berasaskan perkiraan bukan etnik. Secara rasional, hubungan mereka lebih

bersifat utilitarian dan mengikat mereka dalam jaringan silang budaya dan merentas

etnik masing-masing.

19

Page 20: Hubungan Etnik Esei Complete

PERLEMBAGAAN

Perlembangaan persekutuan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi

yang menjadi sumber kepada segala perundangan lain yang wujud di negara kita.

Perlembangaan merupakan panduan asas kepada pelaksanaan sistem politik di

negara kita. Perlembagaan menyatakan secara jelas pembahagian kuasa antara

semua badan dengan institusi yang terlibat dengan pemerintahan dan pentadbiran

negara, serta bagaimana kuasa tersebut dilaksanakan. Perlembagaan juga

mengandungi prinsip-prinsip tentang perkaitan antara satu badan pemerintah

dengan badan pemerintah yang lain seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman

dengan memperincikan secara khusus bidang kuasa, serta peranan setiap badan itu

dalam kerangka pemerintahan negara.

Perlembangan tokoh Melayu merupakan panduan asas yang berlandaskan

suatu kontrak sosial yang persetujuan antara kaum di negara kita. Dari segi sejarah,

terdapat dua peringkat kontrak sosial di Alam Melayu, berlaku pada zaman pluraliti

iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja. Janji taat setia

dan saling menghormati ini diistilahkan sebagai waad. Perkara ini berlaku antara

Demang Lebar Daun mewakili pihak rakyat dan Sang Sapirba mewakili raja atau

pemerintah. Oleh itu, kita boleh memahami dengan mudah mengapa orang Melayu

sangat setia kepada pemerintah mereka daripada kalangan sultan atau raja.

Kontrak sosial kedua berlaku dalam konteks masyarakat pluralistik hasil daripada

syarat yang dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada

Tanah Melayu. Antara perkara penting yang sering dikaitan dengan kontrak sosial ini

ialah soal kerakyatan. Orang Melayu bersetuju menerima kehadiran orang bukan

Melayu dengan persetujuan memberikan taraf kerakyatan sebagai satu hak istimewa

kepada orang bukan melayu. Pada masa yang sama, orang bukan Melayu bersetuju

ke atas peruntukan hak-hak istimewa orang melayu. Setiap kumpulan entik mestilah

mencapai persetujuan untuk hidup bersama-sama secara aman dan damai dalam

negara Malaysia.

Sehubungan dengan ini, pada tahun 1949 Jawatankuasa Hubungan Antara

Kaum (Communities Liasan Committee –CLC) telah terbentuk. CLC tersebut

merupakan usaha bersama antara Tan Cheng Lock dan Dato’Onn bin Jaafar,

dengan sokongan pemerintah Kolonial , sebagai tanda awal ke arah menyelesaikan

isu-isu antara etnik di Tanah Melayu. CLC ditubuhkan sebagai sebuah badan

20

Page 21: Hubungan Etnik Esei Complete

berbilang etnik dengan tujuan untuk mewujudkan kesefahaman dan kerjasama yang

lebih baik dalam kalangan pelbagai etnik di Tanah Melayu. Oleh itu, persetujuan ini

kemudiannya menjadi acuan atau model kepada penggabungan parti politik antara

kaum seterusnya sama ada mewakili pemerintah mahupun pembangkang. Jadi,

secara alamiahnya kelangsungan parti politik di Malaysia ialah parti-parti politik tidak

mampu hidup secara individu.

Perlembagaan persekutuan mengandungi 183 Perkara dalam 15 Bahagian.

Perlembagaan ini menggabungkan beberapa unsur tradisi Melayu yang diwarisi dari

zaman prapenjajahan dengan ciri-ciri yang terkandung dalam pemerintahan dan

pentadbiran negara kita. Perlembagaan persekutuan, 1957 telah dijadikan asas

kepada pembentukan sebuah negara baharu yang dikenali sebagai Persekutuan

Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Negara baharu ini telah diisytiharkan sebagai

“Malaysia” pada 16 september 1963 setelah kemasukan Sabah dan Sarawak ke

dalam Persekutuan. Perlembagaan persekutuan telah dijadikan sebagai kontrak

Sosial antara kaum. Perlembagaan persekutuan 1957 telah mengekalkan

kewujudan institusi beraja, mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,

Islam sebagai agama rasmi dan kedudukan istimewa orang Melayu. Semua

peruntukan ini dikenali sebagai unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan.

Perlembagaan Persekutuan 1957 juga membuka ruang kepada kaum bukan Melayu

untuk diterima menjadi warganegara Persekutuan dengan diberi hak dan kedudukan

yang sama dengan penduduk peribumi serta menikmati semua peluang lain seperti

yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Pengekalan unsur-unsur

tradisi dan peruntukan tentang kewarganegaraan mempunyai kedudukan yang

penting dalam perlembagaan. Kedua-duanya menjadi faktor yang mencorakkan rupa

bentuk penduduk Malaysia pada masa kini, di samping membentuk identiti Malaysia

sebagai sebuah negara yang berbilang kaum.

Selepas kemerdekaan, institusi pemerintahan beraja dikekalkan sebagai satu

daripada ciri keperibadian Melayu dalam sebuah negara yang baharu. Sering

dengan sistem demokrasi yang dianuti, beberapa pengubahsuaian dilakukan

terhadap institusi beraja untuk diselaraskan dengan amalan demokrasi berparlimen.

Sistem beraja mutlak dimansuhkan dan digantikan oleh sistem raja

berperlembagaan. Di bawah sistem raja berperlembagaan, kuasa raja dibataskan

oleh perlembagaan dan raja dikehendaki menjalankan kuasa pemerintahan

21

Page 22: Hubungan Etnik Esei Complete

berpandukan peruntukan yang terkandung dalam perlembagaan dan undang-

undang negara. Kewujudan institusi beraja amat penting dalam masyarakat

berbilang kaum seperti di Malaysia kerana mempunyai peranan yang penting

sebagai tonggak kepada kestabilan politik negara, serta menjadi lambang

perpaduan kaum di Malaysia.

Selain itu, Agama Islam menjadi agama rasmi persekutuan. Pada masa yang

sama, kebebasan beragama juga dipertahankan dan agama-agama lain boleh

diamalkan dalam keadaan aman di mana-mana bahagian dalam persekutuan.

Selaras kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Kerajaan Pusat dan

Kerajaan Negeri diberi kuasa oleh perlembagaan untuk menubuhkan,

menyelenggara atau membantu pertubuhan dan institusi Islam, atau mengeluarkan

peruntukan tertentu untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undang Syariah

serta majlis-majlis keagamaan yang berkaitan dengan Islam. Perlembagaan

Persekutuan juga membenarkan sejumlah peruntulkan disediakan untuk pengajaran

agama Islam kepada para pelajar yang beragama Islam di semua sekolah bantuan

penuh kerajaan dengan syarat jumlah pelajar Islam di sekolah itu tidak kurang

daripada 15 orang.

Seterusnya, Bahasa melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan di bawah

Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan, tanpa menghalang hak kaum bukan

Melayu untuk terus menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Pada tahun 1967,

Akta Bahasa Kebangsaan telah digubal untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi yang tunggal dan pada tahun 1969, nama bahasa Melayu ditukar

kepada bahasa Malaysia. Alasan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal bertujuan menyatukan rakyat berbilang

kaum melalui penggunaan satu bahasa yang sama serta sebagai pengenalan

kepada bangsa dan negara Malaysia. Kejayaan menjadikan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan dapat dilihat apabila rakyat mula memahami dan bertutur dalam

bahasa Melayu yang baik. Malah, bahasa Melayu kini telah menjadi alat

penghubung yang penting dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia, bukan

sahaja dalam urusan rasmi kerajaan,tetapi juga meliputi kehidupan seharian.

Di samping itu, Kedudukan istimewa orang Melayu juga termaktub di bawah

Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan bermaksud Yang di-Pertuan Agong

22

Page 23: Hubungan Etnik Esei Complete

dikehendaki melaksanakan dasar-dasar bagi melindungi kedudukan istimewa orang

Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak dari segi jawatan dalam

perkhidmatan awam, pemberian biasiswa dan bantuan, kemudahan pelajaran, serta

lesen untuk perniagaan serta kepentingan sah kaum-kaum lain yang meliputi

perkara seperti hak memperoleh kewarganegaraan menurut peruntukan dalam

perlembagaan, hak untuk menganut dan mengamalkan agama pilihan masing-

masing, hak untuk menggunakan dan mengembangkan bahasa ibunda serta

mengamalkan budaya masing-masing secara bebas, hak untuk memiliki harta yang

sah secara peribadi dan hak untuk mendapat layanan yang adil dan peluang yang

sama rata seperti mengundi dan bertanding dalam pilihan raya, dipilih menjadi

pemimpin, peluang memasuki perkhidmatan awam dan terlibat dalam kegiatan

ekonomi.

Kesimpulannya, konsep “perlembagaan” secara umumnya merujuk kepada

satu dokumen yang mengandungi himpunan undang-undang dasar tentang prinsip-

prinsip asas yang dianggap penting untuk pemerintahan dan pentadbiran sesebuah

negara. Dengan adanya perlembagaan Persekutuan Malaysia, maka, keharmonian

dan kedamaian rakyat Malaysia yang bersifat pluralistik dapat hidup secara aman

dan damai.

23

Page 24: Hubungan Etnik Esei Complete

PENDIDIKAN

Dasar-dasar pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah British terhadap

kumpulan-kumpulan etnik di Tanah Melayu telah membuktikan bahawa sistem

pendidikan mengikut kaum merupakan proses atau langkah yang agak susah untuk

menyemai sifat perpaduan dalam kalangan kumpulan ini. Hal ini bukan bermakna

sistem pendidikan bukan satu cara yang terbaik untuk memupuk perpaduan, hanya

pihak penjajah tidak melaksanakannya dengan betul dan baik. Hal ini demikian

kerana pihak penjajah hanya bergantung kepada dasar pecah dan perintah

sehingga kekurangan interaksi antara satu sama lain.

Menurut fakta sejarah yang dikemukakan oleh Syed Husin Ali pada tahun

1985, beliau mengatakan bahawa orang Melayu merupakan penduduk asal atau

peribumi di Tanah Melayu, manakala orang Cina dan India dianggap sebagai kaum

imigran yang dibawa masuk sebagai pekerja oleh penjajah untuk mengekalkan

kuasa politik dan ekonomi mereka di Tanah Melayu. Golongan Cina dan India

dipisahkan berdasarkan sektor pekerjaan terutamanya melalui dasar pecah dan

perintah. Selain itu, perbezaan dari segi agama dan kebudayaan juga menyebabkan

proses interaksi antara satu sama lain terganggu semasa zaman penjajahan.

Oleh itu, sistem pendidikan pasca merdeka harus berorientasikan unsur-

unsur tempatan melalui dasar pendidikan kebangsaan. Pendidikan kebangsaan ini

bermaksud sistem pendidikan yang berasaskan kepada kurikulum, orientasi dan

sukatan mata pelajaran yang seragam untuk memupuk sifat perpaduan dalam

kalangan masyarakat pelbagai etnik ini. Dengan kata lain, ia merupakan wadah yang

penting untuk menyatukan kepelbagai budaya, nilai dan norma masyarakat dalam

pembentukan masyarakat yang bersatupadu selepas tahun 1957.

Usaha-usaha membina interaksi sosial dan perpaduan masyarakat melalui

pendidikan dapat dikenalpasti melalui laporan-laporan pendidikan, Ordinan

Pendidikan, Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Usaha pertama

ke arah menggalakkan integrasi sosial melalui pendidikan ialah Penyata Barnes atau

Laporan Barnes (1950). Laporan Barnes telah mencadangkan sistem pendidikan

kebangsaan secara percuma kepada semua kumpulan etnik berumur enam ke dua

belas tahun pendidikan rendah. Laporan ini juga mencadangkan penubuhan dua

sistem persekolahan sahaja atau dikenali sebagai sistem bilingual pada peringkat

24

Page 25: Hubungan Etnik Esei Complete

sekolah rendah, iaitu sekolah Inggeris dan sekolah Melayu yang akan

mencerminkan identiti kebangsaan. Pada peringkat ini, bahasa Inggeris dan bahasa

Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar. Pada peringkat sekolah menengah

pula, hanya bahasa Inggeris dicadangkan sebagai bahasa pengantar. Oleh itu,

sekolah-sekolah Inggeris akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan dikenali

dengan sekolah kebangsaan atau National Schools.

Selain itu, sekolah Cina dan Tamil juga dicadangkan dimansuhkan secara

berperingkat-peringkat melalui laporan ini, tetapi bahasa Cina dan Tamil hanya

diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan. Laporan ini juga

mencadangkan bahawa bantuan kewangan kerajaan kepada kedua-dua jenis

sekolah ini harus diambil balik supaya tidak menggalakkan perkembangannya serta

memberhentikan sistem persekolahan komunal. Cadangan ini telah menimbulkan

bantahan daripada etnik Cina yang mendakwa Penyata Barnes akan menghapuskan

sekolah-sekolah Cina. Penyata ini juga dianggap sebagai tujuan menekan dan

mendiskriminasikan kebudayaan kaum lain. Oleh itu, Penyata Barnes dibantahkan

dengan mengemukakan Laporan Fenn-Wu pada tahun 1951.

Laporan Fenn-Wu dikemukakan pada tahun 1951 sebagai tindakbalas

kepada bantahan terhadap Penyata Barnes. Menurut Laporan Fenn-Wu, dasar-

dasar pendidikan tidak seharusnya menghapuskan atau menekan kebudayaan Cina.

Sebaliknya, sekolah-sekolah Cina dicadangkan diteruskan demi mencapai

perpaduan. Dalam laporan ini, sekolah Cina dicadangkan menggunakan Bahasa

Melayu dan Bahasa Inggeris supaya dapat mengguasai tiga bahasa.

Ordinan Pelajaran 1952 juga diwujudkan. Ordinan ini berusaha

mengurangkan jurang perbezaan yang terdapat dalam sistem persekolahan di

Tanah Melayu dengan menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sahaja

sebagai bahasa pengantar di sekolah. Tentangan Melayu terhadap Ordinan

Pelajaran 1952 telah dipelopori oleh Kesatuan Persekutuan Guru-guru Melayu

Semenanjung. Pada asalnya, kesatuan tersebut meminta supaya taraf sekolah-

sekolah Melayu ditingkatkan dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa

rasmi dan taraf guru-guru sekolah Melayu ditingkatkan.

25

Page 26: Hubungan Etnik Esei Complete

Penyata Razak juga menekankan bahawa kepentingan polisi pendidikan

dalam memuaskan aspirasi unggul setiap kumpulan utama budaya. Semenjak

laporan Razak, penyata-penyata pendidikan selepasnya sentiasa mengambil

perhatian kepada langkah mengintegrasikan rakyat. Laporan Razak juga

mencadangkan kurikulum yang sama dan ‘bercorak Tanah Melayu’ bagi semua

sekolah rendah termasuk sekolah rendah Cina dan sekolah Tamil. Pada tahun 1960,

Penyata Razak telah dikaji semula oleh Penyata Rahman Talib (1960) yang telah

diperakui juga menekankan kepentingan pendidikan sebagai laluan untuk mencapai

perpaduan. Menurut Penyata Rahman Talib, hanya semua peperiksaan awam

dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sahaja untuk memperkukuhkan lagi

integrasi sosial pelajar pelbagai kaum. Bahasa Melayu diberi keutamaan yang mana

kelulusan dalam Sijil Rendah Pelajaran adalah wajib. Hal ini bermaksud pelajar

daripada pelbagai kumpulan etnik akan mengikuti satu bahasa yang sama.

Seterusnya, ideologi Rukun Negara amat penting untuk mewujudkan

perpaduan nasional melalui pendidikan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Rukun

Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Rukun ini merupakan satu falsafah serta

ideologi negara untuk menentukan kehidupan rakyat serta masa depan mereka.

Matlamatnya adalah untuk mencapai Negara bersatu dalam masyarakat plural,

ketaatan kepada Negara, masyarakat yang adil dengan kesamaan peluang. Bagi

mencapai Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk membasmi

kemiskinan dalam kalangan semua rakyat yang pelbagai kaum juga dilaksanakan.

Tambahan pula, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dihasilkan. Falsafah

ini bermatlamat untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar melalui sikap

toleransi, bekerjasama dan hormati-menghormati dan amalan nilai muirid dalam

kalangan murid pelbagai etnik. Falsafah dianggap sebagai satu proses aktiviti

pendidikan yang mencerminkan pemikiran dan integrasi nasional. Oleh hal yang

demikian, Falsafah Pendidikan Negara merupakan proses menyatupadukan rakyat

melalui aktiviti pendidikan.

Kesimpulannya, sistem pendidikan amat penting untuk meningkatkan

integrasi sosial dalam kalangan pelajar yang pelbagai kaum. Usaha-usaha untuk

menggalakkan integrasi sosial harus sentiasa dititikberatkan supaya tidak

berlakunya perselisihan faham antara kumpulan-kumpulan etnik seperti peristiwa

26

Page 27: Hubungan Etnik Esei Complete

yang berlaku pada 13 Mei 1969. Dengan ini, perpaduan pelbagai suku kaum dapat

diwujudkan dan diamalkan demi ketenteraman hidup.

EKONOMI

Sistem Residen yang diperkenalkan oleh penjajah British di negeri-negeri

Melayu menjelang akhir ke-19 bukan sahaja menandakan permulaan perubahan

dari segi politik, malah juga melibatkan bidang ekonomi dan sosial. Langkah tersebut

berjaya memulihkan kekacauan yang tercetus akibat daripada perebutan kuasa

dalam kalangan pembesar Melayu dan pergaduhan antara kongsi gelap Cina.

Perubahan tersebut telah mewujudkan suatu suasana yang membolehkan ekonomi

Tanah Melayu berkembang dengan pesat dan seterusnya memberikan peluang

kepada British untuk mengubah ekonomi Tanah Melayu daripada kegiatan pertanian

sara diri kepada kegiatan ekonomi yang bercorak komersil secara beransur-ansur.

Selain mendapat modal tempatan daripada golongan saudagar di Negeri-

negeri selat, pIhak British juga membawa masuk pelabuhan asing untuk dilaburkan

dalam sektor ekonomi yang sedang berkembang seperti perlombongan dan

perladangan bagi tujuan eksport. Perkembangan yang berlaku pada peringkat

antarabangsa seperti keperluan memperoleh bahan mentah oleh negera

perindustrian di Barat, penggunaan kapal wap yang mengurangkan masa pelayaran

serta pembukaan Terusan Suez (1869) yang memendekkan jarak dan masa

pelayaran turut mempengaruhi perubahan ekonomi di Tanah Melayu.

Kedudukan negeri-negeri melayu yang kaya dengan sumber bahan mentah

menarik minat kuasa Barat, khususnya pihak British untuk meluaskan pengaruh

mereka di negeri-negeri Melayu. Usaha ini diperkukh oleh kesediaan sultan atau raja

dan para pembesar untuk menerima pengaruh dan teknologi dari luar.

Perkembangan ini membawa kepada pembukaan lebih banyak lombong bijih dan

ladang getah serta penemuan beberapa sumber galian yang lain seperti emas,

arang batu, bauksit dan bijih besi. Pada masa yang sama berlaku kemasukan

tenaga buruh secara besar-besaran, terutamanya dari China dan India untuk bekerja

dalam sektor perlombongan dan perladangan.

27

Page 28: Hubungan Etnik Esei Complete

Kemajuan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan seperti jalan raya,

jalan kereta api dan penggunaan kapal wap menggalakkan perkembangan ekonomi

di Tanah Melayu. Jalan raya dan jalan kereta api dibina untuk menghubungan

ladang getah dan lombong bijih timah dengan kawasan pelabuhan supaya bahan-

bahan tersebut mudah diangkat keluar bagi tujuan eksport. Selain itu, kemudahan

bekalan air dan elektik juga disediakan. Kemudahan ini lebih tertumpuan di kawasan

yang berhampiran dengan pusat perusahaan tersebut. Pembangunan infrastruktur

ini ternyata lebih terbatas di kawasan yang kaya dengan kedua-dua bahan komoniti

berkenaan.

Identifikasi kaum mengikut petempatan dan pekerjaan

Walaupun ekonomi Tanah Melayu berkembang dengan pesat, namun

penjajahan British terus membiarkan orang Melayu kekal dalam kegiatan pertanian

bercorak tradisional tanpa diberi peluang untuk diserapkan dalam kegiatan ekonomi

moden seperti sektor perlombongan atau perladangan. Penjajah British lebih

mementingkan jaminan supaya jentera ekonomi dapat bergerak dengan cekap dan

teratur. Mereka merasakan struktur masyarakat orang Melayu yang sedia ada tidak

perlu diganggu. Akibat daripada dasar ini, orang Melayu terus terpisah daripada arus

kepesatan ekonomi yang sedang berlaku.

Dasar pecah dan perintah penjajah ini telah membentuk kawasan petempatan

yang berasingan antara ketiga-tiga kaum yang utama. Sebahagian besar orang

Melayu kekal dengan kegiatan ekonomi di luar bandar sebagai petani dan nelayan.

Orang cina yang tertumpu di kawasan bandar menjadi peniaga dan pelombong,

manakala orang India yang menetap di ladang getah bekerja sebagai penoreh

getah.

Melalui dasar ini, kaum bukan Melayu dapat melibatkan diri secara langsung

dalam kegiatan ekonomi moden, terutama bidang perniagaan dan seterusnya

memberikan peluang kepada mereka untuk mmeperbaiki dan memajukan

kedudukan ekonomi masing-masing berbading dengan kaum Melayu yang masih

kekal di luar bandar.

Dasar British yang memisahkan kaum Melayu dan bukan Melayu ini telah

melahirkan satu masyarakat majmuk dan kepelbagaian budaya dalam kalangan

28

Page 29: Hubungan Etnik Esei Complete

penduduk berbilanga kaum di Tanah Melayu, selaras dengan dasar British yang

ingin melihat setiapkaum supaya terus mengekalkan identiti kaum masing-masing.

Ketidakseimbangan ekonomi antara kaum

Dasar pecah dan perintah ini tidak membantu orang Melayu untuk

menghadapi perubahan atau menyesuaikan diri dengan kehidupan ekonomi moden.

Di sebalik perkembangan ekonomi moden yang pesat , kedudukan mereka tidak

banyak berubah dan mereka masih meneruskan kegiatan ekonomi secara

tradisional. Kegiatan ekonomi moden seperti perdagangan, perlombongan dan

perladangan lebih tertumpu di kawasan pantai barat Tanah Melayu kerana terdapat

sistem pengangkutan yang baik. perkembangan ini secara tidak langsung telah

membiarkan sistem ekonomi tradisional kekal di kawasan lain seiring dengan

kepesatan ekonomi moden.

Akibatnya, jurang kemiskinan dalam kalangan masyarakat semakin meluas,

terutama di luar bandar masih mengamalkan ekonomi sara diri. Pola perbezaan

ekonomi mengikut kaum ini menimbulkan masalah ekonomi yang tidak seimbang

antara kaum Melayu dengan kaum bukan Melayu selepas mederka. Sektor pekebun

kecil, iaitu aktiviti pertanian tradisional yang sebahagian besarnya diwakili oleh orang

Melayu kurang diberi perhatian oleh penjajahan British. mereka tidak diberikan

peluang menerima kemudahan serta informasi bagi memajukan aktiviti pertanian.

Halangan terhadap perkembangan sektor tradisonal ini yang majoritinya

orang Melayu, menyebabkan sektor ini tidak berkembang maju, mengalami

kelembapan, produktiviti serta kadar pendapatan yang rendah. Kelembapan

ekonomi pertanian ini memberi implikasi terhadap perkembangan peluang-peluang

pekerjaan. Peluang pekerjaan gagal diwujudkan berbanding dengan pertambahan

pendudukan di Tanah Melayu.

Ketidakseimbangan ekonomi bandar dengan luar bandar

Walaupun pihak British terlibat dalam membangunkan ekonomi Tanah

Melayu, tetapi usaha tersebut hanya dijalankan untuk memelihara kepentingan

mereka. Oelh itu, kegiatan ekonomi hanya tertumpu di kawasan yang mempunyai

banyak sumber ekonomi, terutamanya di pantai barat Tanah Melayu. Tindakan ini

menyebabkan kegiatan ekonomi lebih tertumpu di negeri-negeri pantai barat yang

29

Page 30: Hubungan Etnik Esei Complete

kaya dengan sumber bahan mentah seperti bijih timah dan getah, di samping

wujudnya sistem pengangkutan yang baik. Akibatnya, negara mewarisi struktur

ekonomi yang disebut sebagai "dwiekonomi".

"Dwiekonomi" ialah keadaan ekonomi yangbersifat moden dan pesat

membangun di kawasan bandar, lombong, ladang dan kawasan perdagangan di

sepanjang pantai barat Tanah Melayu, dan pada masa yang sama, ekonomi yang

bersifat tradisinal dan sara diri serta berpusatdi kawasan luar luar bandar terus

wujud. keadaan ini menyebabkan pembangunan ekonomi yang tidak seimbang

antara wilayah. Negeri-negeri di pantai timur yang mempunyai bilangan penduduk

yang sedikit dan sistem perhubungan yang terbatas tidak mengalami banyak

perubahan. Sebaliknya, pembangunan dan pertumbuhan bandar-bandar lebih

tertumpu di sepanjang pantai barat seperti di negeri Perak, Selangor, Negeri

Sembilang dan Johor, khasnya di sekitar kawasan pengeluaran bilih timah dan

getah.

Kesan yang paling serius ialah wujud jurang ekonomi antara kaum Melayu

dengan bukan Melayu. Kebanyakan kaum Melayu tertumpu di luar bandar dan

terlibat dalam kegiatan pertanian, manakala kaum bukan Melayu terlibat dalam

kegiatan ekonomi moden di kawasan bandar.

Usaha pemulihan ekonomi selepas mederka

Selepas mederka , kerajaan memberikan perhatian berat terhadap uasah

membangunkan negara, terutama di kawasan luar bandar. Kemerosotan harga

getah akibat daripada persaingan getah tiruan memperlihatkan kelemahan struktur

asas ekonomi negara yang terlalu bergantung pada dua jenis komoditi utama, iaitu

getah dan bijih timah.

kejaraan mengambil langkah untuk mempelbagaikan asas ekonomi bagi

mengatasi keadaan keadaan ini. Antara usaha yang dibuat adalah memperkenalkan

beberapa komoditi lain seperti kelapa sawit, koko, lada hitam, dan kayu balak di

samping memberikan tumpuan kepada eksport barang pembuatan, tekstil, makanan

yang diproses dan keluaran hasil getah.

30

Page 31: Hubungan Etnik Esei Complete

Kemajuan yang dicapai agak membanggakan, khususnya dalam bidang

pertanian, perusahaan, kemudahan asas dan perkhidmatan. Malaysia juga telah

mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi pada kadar 6% setahun pada

1960-an, iaitu melebihi matlamat pembangunan negara sedang membangun dalam

dekad kedua pembangunan yang ditetapkan oleh Bank Dunia.

Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi ini tidak

cukup untuk mengubah struktur sosioekonomi yang diwarisi daripada penjajah.

Tidak banyak perubahan yang berlaku untuk mengurangkan pertumbuhan "ekonomi

dualisme" atau "dwiekonomi" dengan berkesan serta mengatasi masalah jurang

pendapatan antara pendapatan rendah dengan pendapatan tinggi.

Dasar-dasar yang dilaksanakan ternyata tidak memadai untuk memenuhi

matlamat mengurangkan pengangguran, mengagihan pendapatan yang adil dan

mengurangkan kadar kemisikinan isi rumah di semenanjung Malaysia berada di

bawah garis kemiskinan dengan sebahagian besarnya tertumpu di luar bandar.

Perubahan yang dilaksanakan selepas tahun 1970-an bertujuan mengubah

struktur sosioekonomi yang diwarisi dari zaman penjajahan dengan melaksanakan

dasar-dasar dan langkah yang lebih bersifat radikal untuk mencapai perpaduan

kaum demi mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu di Malaysia.

31

Page 32: Hubungan Etnik Esei Complete

Rancangan pembangunan negara fasa pertama

Selepas merdeka, kerajaan memberikan perhatian yang lebih terhadap usaha

membangunkan negara, terutamanya di kawasan luar bandar. Kemerosotan harga

getah akibat daripada persaingan daripada getah tiruan memperlihatkan struktur

asas ekonomi negara yang terlalu bergantung kepada dua jenis komoditi, iaitu getah

dan bijih timah.

Oleh yang demikian, kerajaan mengambil langkah dengan mempelbagaikan

asas ekonomi bagi mengatasi keadaan ini dengan memperkenalkan komoditi lain

selain getah dan bijih timah.

Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)

Rancangan Malaya Pertama adalah lanjutan daripada draft Development

Plan of Malaya (1950-1955) . Rancangan Malaya Pertama merupakan rancangan

pembangunan pertama negara selepas mencapai kemerdekaan. Rancangan ini

memberikan tumpuan terhadap pembangunan luar bandar, terutamanya untuk

memulihkan perusahaan getah supaya dapat bersaing dengan getah tiruan.

Pemimpin tempatan juga telah diasuh dan diberi tanggungjawab

mengendalikan proses pembangunan melalui pemerintahan sendiri yang terbatas

selepas Pilihan Raya Umun tahun 1955 dan kemudiannya melalui pemberian

kemerdekaan pada 31 ogos 1957.

Rancangan ini menumpukan kepada dua matlamat utama iaitu

membangunkan sektor ekonomi di luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan

pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar serta

mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)Rancangan Melaya Kedua memberi tumpuan untuk menyediakan lebih

banyak kemudahan asas dan mempelbagaikan ekonomi di kawasan luar bandar.

Rancangan ini menekankan matlamat berikut iaitu mengurangkan jurang perbezaan

taraf hidup antara kawasan, mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk di luar

bandar, menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan

pelajaran dan perumahan untuk penduduk di luar bandar dan mempelbagaikan

32

Page 33: Hubungan Etnik Esei Complete

kegiatan pertanian dengan menekankan pengeluaran pertanian yang lain sebagai

tambahan kepada tanaman getah.

Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

Rancangan Malaysia Pertama memberikan tumpuan terhadap pembangunan

negara secara menyeluruh yang meliputi semua bidang ekonomi. Program

pembangunan negara melalui rancangan ini berasaskan satu rancangan bersepadu

berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia.

Antara objektifnya adalah untuk memajukan ekonomi di seluruh negara untuk

kebajikan rakyat dan mengeratkan perpaduan rakyat, ingin meningkat pendapatan

penduduk yang miskin, membangunkan ekonomi luar bandar seperti masyarakat

kampung, ingin mempertingkatkan usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi negara,

membantu rakyat dengan mengurangkan pengganguran dan memajukan sektor

perindustrian tempatan.

Matlamat utama bagi Rancangan Malaysia Pertama adalah mempelbagaikan

kegiatan ekonomi dalam sektor perindustrianuntuk mengurangkan kebergantungan

kepada getah dan bijih timah, mengadakan peluang pekerjaan sebagai usaha untuk

mengurangkan pengganguran, meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber

bagi rakyat berpendapatan rendah serta mempercepat intergrasi dalam kalangan

penduduk dan negeri di Malaysia.

Rancangan Pembangunan Negara Fasa Kedua

Rancangan Malaysia kedua

Walaupun orang Melayu membentuk kumpulan majoriti dalam kalangan

penduduk Malaysia, penguasaan ekonomi mereka tidak setara dengan kedudukan

tersebut. Pada tahun 1970, golongan Bumiputera hanya memiliki 19% ekonomi

Malaysia, manakala golongan bukan Melayu (kebanyakan orang cina) mempunyai

37.4 dan selebihnya dipegang oleh orang asing.

Berikutan ketidaksamaan ini, perkara 153 Perlembangaan Malaysia menuntut

kerajaan menyediakan kuotabagi pengagihan biasiswa dan jawatan dalam

perkhimatan awan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu. Namun,

RMP dilihat telah gagal mengatasi masalah ketidakseimbanagn ekonomi ini. Dasar-

33

Page 34: Hubungan Etnik Esei Complete

dasarnya juga menghasilkan ketidakpuasan hati masyarakat bukan Melayu rata-

ratanya menyokong parti-parti pembangkang yang lebih menyenangi pengurangan

atau pemansuhan tindakan afirmatif bagi golongan Bumputera, sewaktu Pilihan

Raya Umum 1969.

Perintah darurat diisytiharkan dan Parlimen digantung. Majlis Gerakan

Negara (MAGERAN) dibentuk bagi memerintah Malaysia sehingga tahun 1971

apabila Parlimen bersiang semula. Semasa berkuasa, MAGERAN melaksanakan

DEB dengan tujuan utamanya adalah untuk membasmi kemiskinan di samping

menyingkirkan "pengenalan kaum mengikut peranan ekonomi" melalui sebuah

"ekonomi yang pesat berkembang". Selain itu, DEB menyasarkan pegangan

ekonomi Bumiputera sehingga 30% dalam jangka masa 20 tahun. Malah rangka

Rancangan Jangka Panjang dibentuk dengan tujuan yang sama seperti DEB.

Kedua-duanya disusun supaya tamat pada tahun 1990, manakala RMK2 diluluskan

oleh Parlimen dengan tujuan kedua-dua polisi ini.

Rancangan ini merupakan satu rancangan pembangunan ekonomi yang

diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan sasaran melaksanakan Dasar

Ekonomi Baru (DEB). Tujuan rancangan ini diwujudkan adalah untuk menyusun

semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang asing

dalam sektor ekonomi di Malaysia sekali gus memperbaiki kedudukan ekonomi

orang Melayu.

Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) 1971-1975, merupakan satu rancangan

pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan sasaran

melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Matlamat DEB adalah untuk mencapai

perpaduan negara yang dilaksanakan melalui serampang dua mata antaranya

bertujuan mengurangkan dan seterusnya mambasmi kemiskinan, mempercepat

proses penyusunan semula masyarakat Malaysia, mewujudkan peluang pekerjaan

dalam pelbagai sektor unutk diisi oleh semua kaum, mengurangkan jurang

perbezaan pendapatan antara kaum dengan wilayah, meningkatkan daya

pengeluaran dan berpendapatan dengan menambahkan kemudahan untuk semua

golongan miskin di bandar dan luar bandar dan memperbaiki taraf hidup dan kualiti

kehidupan melalui pelajaran, latihan, kesihatan dan kemudahan infrastruktur serta

mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum.

34

Page 35: Hubungan Etnik Esei Complete

RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama(RMP) yang mempunyai

tujuan yang sama, iaitu menangani masalah kemiskinan dalam kalangan orang

Melayu. Namun begitu, RMP dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini,

sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei

1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur.

Agensi-agensi kerajaan berikut telah ditubuhkan bagi memenuhi sasaran

kerajaan dalam RMK2, iaitu Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN)--berfungsi

menentukan harga padi yang berpatutan supaya petani dapat menambah hasil

pengeluaran mereka, Lembaga Kemajuan Ikan Melaysia(LKIM)-- berperanan

memajukan industri perikanan dan menggalakkan nelayan menggunakan teknologi

moden, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)--

ditugaskan memberikan bantuan kewangan dan galakan kepada pekebun-pekebun

kecil getah.

Agensi kerajaan lain seperti FELDA meneruskan usaha dalam pembukaan

tanah dan penempatan baharu di negeri Kedah, Terengganu, Johor dan Sabah.

Projek-projek pengairan juga telah dilaksanakan seperti di Sungai Muda (Kedah),

Sungai Kemubu (Kelantan) dan Sungai Kinabatangan (Sabah).

Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)

RMK3 merupakan peringkat kedua DEB. Buat pertama kali rancangan

pembangunan wilayah diperkenalkan dalam rancangan pembangunan negara.

Tujuan utama diberikan kepada penanaman getah dan kelapa sawit untuk tujuan

eksport. Isu perpaduan masih menjadi perhatian utama dalam pembangunan

ekonomi.

Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)

RMK4 ialah rancangan untuk memperkemas langkah dan program yang

terkandung dalam Rancangan Malaysia Kedua dan Rancangan Malaysia Ketiga

untuk mencapai sosioekonomi DEB.

Program pembangunan masih diteruskan dengan memberikan terutamaan

kepada sektor perusahaan dan pertanian. Penekanan diberikan kepada perusahaan

berat berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan

35

Page 36: Hubungan Etnik Esei Complete

tenaga pekerja yang mahir. Pada tahun 1979, permodalan Nasional Berhad (PNB)

ditubuhkan untuk uruskan pelabuhan Skim Amanah Saham Nasional (yang

diperkenalkan pada tahun 1981).

Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

RMK5 masih meneruskan pembangunan ektor pertanian dan dilaksanakan

melalui penggunaan tanah dengan lebih cekap, memaksimumkan sumber tenaga

manusia dan menambahkan peluang latihan kemahiran dalam sektor awam dan

swasta. Usaha mempercepat perkembangan sektor perusahaan diperkenalkan

dengan meningkatkan peranan sektor swasta dan kecekapan pengurusan dalam

kelangan agensi kerajaan serta mempergiat perusahaan pembuatan dengan

menubuhkan Perusahaan Automobil Nasional Berhad (PROTON), iaitu perusahaan

membuat kereta nasional negara.

Rancangan Pembangunan Negara Fasa Ketiga

Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)

RMK6 digubal untuk mengekalkan pembangunan dan menguruskan kejayaan

ekonomi negara supaya pembangunan seimbang dapat dicapai selaras dengan

objektif yang ditetapkan oleh Dasar Pembangunan Nasional. Dasar Pembangunan

Nasional (DPN) ialah dasar yang digubal untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru

(DEB). DPN bermula dari tahun 1991-2000.

Matlamat utama DPN mewujudkan perpaduan negara yang menjadi asas

kestabilan sosial dan politik serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang

berterusan. DPN menggunakan dasar yang digunakan untuk mencapai taraf sebuah

negara maju dalam semua segi, iaitu dari segi sosial, nilai, etika, moral, kestabilan

politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi.

Strategi yang digariskan untuk mencapai matlamat RMK6 adalah

meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi dengan menggalakkan

penglibatan sektor swasta dalam mengembangkan ekonomi negara, mengurangkan

penyertaan secara langsung sektor awam dengan meningkatkan keupayaan sedia

ada sektor swasta untuk melaksanakan program pembangunan infrastruktur,

pembangunan sumber manusia dan penyediaan perkhimatan sosial, menggalakkan

pertumbuhan pesat proses perindustrian dengan menggunakan teknologi yang lebih

36

Page 37: Hubungan Etnik Esei Complete

canggih untuk menghasilkan keluaran yang berkualiti untuk memenuhi keperluan

pasaran di negara maju dan mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan

modal supaya tabungan dalam negara dapat ditingkatkan dan disalurkan sacara

cekap kepada sektor-sektor ekonomi yang produktif.

Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)

RMK7 diubal seiring dengan hasrat negara menyokong dan mengekalkan

proses pembangunan. Teras RMK7 adalah untuk meningkatkan pertumbuhan

potensi keluaran, memesatkan peralihan struktur dan pembangunan seimbang.

Tumpuan RMK7 adalah untuk meningkatkan produk dan kecekapan, terutamanya

melalui pemberian insentif kepada sektor swasta.

Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)

RMK8 merupakan rancangan pembangunan pertama dalam Rangka

Rancangan Jangka Panjang. Dasar Wawasan negara yang terkandung dalam

RRJP3 berperanan menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama

abad ke-21. Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) memberikan perhatian ke

atas industri berteraskan k-ekonomi.

RMK8 menggandungi strategi, program dan projek yang dirangka bagi

mencapai objektif Dasar Wawasan Negara, iaitu menjamin pertumbuhan mapan dan

pengukuhan daya tahan ekonomi negara serta mewujudkan masyarakat yang

bersatu dan saksama. Dasar Wawasan Negera menggabungkan teras dan dua

dasar pembangunan terdahulu, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan

Nasional dengan objektif utamanya untuk mencapai perpaduan nasional.

pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan

pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama Dasar Wawasan

Negara.

Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010)

RMK9 merupakan peringkat kedua pelaksanaan RRJP3 dan fasa kedua

pelaksanaan Wawasan 2020. Dalam RMK9 (2006-2010), tumpuan diberikan tidak

hanya kepada industri berteraskan k-ekonomi tetapi turut memberikan perhatian

kepada isi pembangunan manusia atau disebut sebagai "modal insan".

37

Page 38: Hubungan Etnik Esei Complete

Pada umumnya, Dasar-dasar Pembangunan Negara diselaraskan dengan

nilai-nilai sosioekonomi, politik, sumber kekayaan, asprirasi masyarakat serta

persekitaran global. Walau bagaimanapun, sesuatu dasar itu akan melalui proses

penilaian berterusan di samping menitik beratkan faktor-faktor nilai masyarakat dan

pucuk pimpian.

Dalam konteks hubungan etnik,dasar-dasar pembangunan negara dipisahkan

lagi melakukan perubahan dari aspek sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi

supaya seimbang dan adil bagi semua kaum. Oleh itu, salah satu dasar

pembangunan negara,iaitu fasa yang ketiga dikenali sebagai Dasar Wawasan

Negara atau lebih dikenali sebagai Wawasan 2020.

Era Wawasan 2020 ini bertujuan mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu

padu, progresif dan makmur serta meningkatkan daya tahan dan daya saing

ekonomi Malaysia. Dasar Pembangunan Negara fasa ketiga ini merupakan

responds kepada perkembangan ekonomi dan politik yang berpusat pada peringkat

nasional dan antarabangsa.

Bagi merealisasikan Wawasan 2020 ini, sembilan cabaran telah dikenal pasti.

Antaranya adalah membentuk negara, Malaysia yang bersatu padu serta satu

bangsa yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara, mewujudkan

masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri

sendiri, bangga dengan apa yang ada dan gagah menghadapi pelbagai masalah,

membentuk masyarakat demokrasi yang matang dan mengamalkan satu bentuk

demokrasi Malaysia yang unggul berasaskan muafakat dan musyawarah dan dapat

dicontohi oleh banyak negara membangun, mewujudkan masyarakat bermoral dan

beretika sepenuhnya dengan warganegaranya mempunyai nilai keagamaan dan

kerohanian dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama

meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara, mewujudkan masyarakat saintifik

dan progresif serta berdaya cipta dan berpandangan jauh, yakni masyarakat bukan

sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun

saintifik dan teknologi masa depan, membentuk masyarakat berbudi dan berbudaya

penyayang, sebuah masyarakat yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri

sendiri, membentuk masyarakat yang adil ekonominya, yakni masyarakat yang

melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama dan terakhir

38

Page 39: Hubungan Etnik Esei Complete

ialah membentuk masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu

menghadapi persaingan, bersifat dinamik dan mempunyai daya ketahanan.

Wawasan 2020 merupakan satu rangka kerja tindakan bagi semua pihak iaitu

kerajaan dan rakya sebagai satu entiti yang berpadu. Wawasan 2020 memandang

jauh ke hadapan menitik beratkan pengisian modal insan yang diterjemahkan

melalui program pendidikan, aspek kejiwaan, iaitu sikap dan nilai yang unggul, sains

dan teknologi terkini dan perancangan yang sistematik dan dinamik.

39

Page 40: Hubungan Etnik Esei Complete

Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan

oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat

utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula

ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat

bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah

negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan

sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang

untuk memperbaiki keadaan ini.

Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah

berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak

menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang

Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum

lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang

sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula

dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah

Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu

penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya

menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Ketua adalah

pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai,

strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan

kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira

49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis

kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira

86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat,

kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui

kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu,

keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan

seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan

tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir

pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan

40

Page 41: Hubungan Etnik Esei Complete

Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara

pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.

Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan

telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama,

menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan

pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa

program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan,

pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua

dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya mengurangkan

keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan

pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh

mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990; mempastikan pembentukan

sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan

kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-

kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi; menambah

dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian

khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika

dibandingkan dengan kaum-kaum lain; meninggikan daya pengeluaran dan taraf

kehidupan golongan miskin di luar bandar.

Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan

Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada

perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

41

Page 42: Hubungan Etnik Esei Complete

SOSIAL

Dalam jangka masa lebih daripada satu ratus lima puluh tahun pemerintahan

kolonial British di Tanah Melayu (1786 hingga 1957), masyarakat homogenis Melayu

Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenis yang

mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.

Menjelang kemerdekaan pada tahun 1957, Melayu membentuk 49.8 peratus

daripada penduduk, Cina 37.2 peratus dan India 11.3 peratus. Baki etnik-etnik lain

adalah daripada kalangan Bajau, Iban, Orang Asli, Arab, Armenian, Eurasian dan

lain-lain.

Dari segi kepercayaan, Melayu masih mengekalkan Islam sebagai agama

mereka. Walau bagaimanapun kaum-kaum imigran secara majoritinya tidak

mengasimilasikan kepercayaan mereka dengan agama orang-orang tempatan. Etnik

Cina dan India mengekalkan kepercayaan yang dibawa oleh mereka sendiri. Lebih

kurang 80 peratus imigran India adalah Hindu. Sementara itu, kaum Cina selalu

dianggap sebagai pihak yang paling bersikap toleransi dan ringkas dalam perkara

agama. Mereka merupakan golongan yang mempercayai roh dan tuhan yang

berada bersama-sama mereka di mana-mana jua mereka berada sebagai

sebahagian daripada dunia material di sekeliling mereka. Sungguhpun begitu

kebanyakan daripada mereka boleh dikategorikan sebagai sama ada mengamalkan

kepercayaan Buddha, Konfusius, Taoist dan Kristian.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada 31

Ogos 1957, ia mewarisi pelbagai masalah yang ditinggalkan oleh penjajah British.

Antara yang terpenting ialah berhubung dengan masalah kependudukan. Dasar

penjajah British yang membawa masuk buruh-buruh asing terutama dari Negara

China dan India untuk tujuan ekonomi telah mengubah struktur demografi negara ini

hingga menimbulkan masalah apabila negara mencapai kemerdekaan dan apabila

negara hendak memulakan dasar-dasar berhubung dengan kenegaraan.

Banci penduduk Tanah Melayu yang dibuat pada tahun 1947, 1957 dan 1970

menunjukkan bahawa bilangan orang-orang Melayu hampir 50% daripada jumlah

penduduk manakala sebahagian yang lain terdiri daripada penduduk-penduduk

kaum seperti rajah dibawah. Perbezaan etnik ini lebih ketara lagi dengan

terdapatnya perbezaan dari segi bahasa, agama, kebudayaan, pengalaman sejarah,

42

Page 43: Hubungan Etnik Esei Complete

aktiviti-aktiviti ekonomi dan corak penempatan. Jurang perbezaan yang begitu luas

dalam kalangan kumpulan etnik di Negara ini menjadikan penghidupan begitu

mencabar dan tidak juga menakutkan.

Rajah : Jumlah Penduduk Berdasarkan Kumpulan Etnik

1970 1957 1947

Kumpulan Etnik Jumlah

Penduduk

% Jumlah

Penduduk

% Jumlah

Penduduk

%

Melayu 468838 53.2 3125474 49.8 2427834 49.5

Cina 312350 35.4 2333756 37.2 1844534 38.4

India 93629 10.6 735038 11.7 530638 10.8

Lain-lain 69531 0.8 84450 1.3 65080 1.3

Jumlah 881348 100 6278718 100 4908086 100

Sumber: Malaysia, 1970 Population and Housing Census of Malaysia

43