ar complete

62
MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN IMBUHAN DALAM PENULISAN JAWI BAGI MURID-MURID TAHUN 4BESTARI S.K. KOTA JEMBAL ASHROF BIN YAACOB Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Agama INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU SEPTEMBER 2010 1

Upload: shahrul-azwan

Post on 23-Jun-2015

4.646 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: AR Complete

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN IMBUHAN DALAM PENULISAN

JAWI BAGI MURID-MURID TAHUN 4BESTARI S.K. KOTA JEMBAL

ASHROF BIN YAACOB

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Pengajian Agama

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KOTA BHARU

SEPTEMBER 2010

1

Page 2: AR Complete

“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini

dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi

skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Pengajian Islam.”

Tandatangan : ……………………………………………………………………………

Nama Penyelia : …………………………………………………………………………..

Tarikh : …………………………..

2

Page 3: AR Complete

“Saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nurkilan dan ringkasan yang

tiap– tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya “

Tandatangan : …………………………………………………………...

Nama penulis : …………………………………………………………...

Tarikh : …………………………………………………………..

3

Page 4: AR Complete

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan

kepada penyelia penyelidikan tindakan ini, Dr. Sha’rani Mohd Naim di atas kesudian beliau

memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta kritikan yang membina bagi memastikan

penyelidikan ini dapat disiapkan dengan jayanya. Selain itu, pengkaji turut merakamkan

ribuan terima kasih kepada pensyarah–pensyarah di Jabatan Pengajian Islam dan Moral IPG

Kampus Kota Bharu kerana telah memberikan tunjuk ajar, nasihat serta sumbangan yang

baik dari segi buah fikiran, tenaga dan kelengkapan bagi memastikan penyelidikan ini dapat

disiapkan..

Sekalung penghargaan kepada rakan-rakan sekuliah yang banyak menyumbang idea

bernas mahupun kritikan membina. Bantuan mereka telah melancarkan lagi urusan dan kerja

penyelidik di samping memberi semangat untuk menghasilkan penyelidikan ini. Tidak

dilupakan juga kepada warga Sekolah Kebangsaan Kota Jembal yang telah memberi

sokongan padu kepada penyelidik untuk menjalankan penyelidikan di sekolah tersebut.

Sesungguhnya segala bantuan yang diberikan amat besar nilainya untuk membantu

penyelidik menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan setinggi-

tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu secara

langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan penyelidikan ini. Tanpa kerjasama

dari semua pihak, adalah sukar untuk penyelidik menyiapkan tugasan ini.

Oleh yang demikian, diharap kajian yang disiapkan ini menepati kehendak pihak

penilai dari segi kesesuaian menepati objektif dan kemahiran. Penyelidik juga berharap agar

kajian ini memberi bermanfaat kepada semua individu yang memerlukan sama ada sebagai

bahan rujukan ataupun digunakan dalam kajian–kajian seterusnya. Sesungguhnya yang baik

itu datangnya dari Allah dan yang kurang sempurna itu datangnya dari kelemahan penyelidik

jua.

4

Page 5: AR Complete

ABSTRAK

Satu kajian tindakan telah dilaksanakan bertujuan meningkatkan penguasaan penggunaan

imbuhan dalam penulisan ayat khususnya dalam Jawi. Penyelidikan penggunaan imbuhan

dalam Jawi ini dijalankan kerana ia merupakan satu aspek tatabahasa yang sering silap

penulisannya. Dalam penyelidikan ini, beberapa instrumen telah digunakan. Bahan-bahan

pelajaran digunakan untuk meningkatkan kefahaman kosep imbuhan. Di samping bahan-

bahan latihan dan ujian. Seramai 5 orang murid daripada tahun empat Bestari dari Sekolah

Kebangsaan Kota Jembal telah dipilih sebagai responden kajian berdasarkan pemerhatian

kesalahan yang telah dilakukan murid ini semasa dalam kelas. Penyelidik telah

memfokuskan kajiannya kepada imbuhan ’meng’ dan’ men’ kerana pemerhatian

menunjukkan masalah paling banyak yang dilakukan murid ialah kesalahan penulisan

imbuhan ini. Data telah dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pos bagi menilai

peningkatan markah yang diperolehi pelajar selepas tindakan–tindakan yang dilakukan

penyelidik. Hasil kajian ini memperlihatkan bahawa kesilapan-kesilapan yang dilakukan

oleh responden dipengaruhi oleh pemahaman konsep yang tidak mantap tentang

penggunannya dalam Bahasa Melayu. Di samping itu kesilapan-kesilapan ini juga berpunca

daripada kurangnya penekanan penggunaan imbuhan ini dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dan kurangnya penekanan oleh guru. Dapatan ujian pos menunjukkan

bahawa tindakan yang dilaksanakan telah dapat membantu murid mengatasi masalah

tersebut.

5

Page 6: AR Complete

ABSTRACT

A study was carried out actions aimed at improving the control of the use of compensation in

writing verse, especially in Jawi. Research using the Jawi remuneration was carried out

because it is a grammatical aspect that is often mistaken writings. In this research, several

instruments have been used. Materials used to enhance understanding of concept of

remuneration. In addition to training materials and tests. A total of five students from four

years of the Smart Schools Jembal City responded to the study based on observation of the

offense was committed while students in the class. Research has focused his research on the

remuneration of 'clicking' and 'men' because observations show that the problem most

students are done writing the remuneration of this offense. Data were collected through pre

and post test to assess the increase in the mark of the student actions that do research. The

results of this study show that the errors committed by the respondent is influenced by not

understanding the concept of user-established in the Malay language. In addition, errors are

also due to the lack of emphasis on the use of remuneration in the process of teaching and

learning and the lack of emphasis by the teacher. Post test findings show that action has

been implemented to help students overcome these problems.

6

Page 7: AR Complete

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Beberapa masalah yang sukar diatasi kerana melibatkan para pelajar dalam

meninggalkan keyakinan mereka sebelum ini.  Sebagai contoh, sebuah keyakinan bahawa

belajar jawi adalah sukar. Berdasarkan pengalaman pengkaji selama praktikum, pengkaji

tahu bahawa murid tersebut mengalami kesukaran dalam memahami huruf dan

bunyinya. Ada terlalu banyak huruf dan bunyi bagi pelajar untuk memahami dan

mengingati. Selain itu, bunyi yang hampir sama yang tumpang tindih dan menimbulkan

kebingungan. Jika pelajar tidak dapat memahami perbezaannya mereka tidak dapat

memahami pelajaran.

Dalam mengajar murid menyatakan perbezaan bunyi, pengkaji mendapati bahawa

kebanyakan daripada mereka hampir memahami perbezaan bunyi huruf ketika ditunjukkan

huruf tersebut dan mampu menyelesaikan kerja yang diberikan. Meskipun pengkaji telah

mengulangi pelajaran dua kali tapi hasilnya masih sama. Mereka cenderung untuk menyalin

jawapan dengan kawan daripada cuba untuk memahami perbezaan sebutan ini. Pelajar

mudah untuk menulis jawi ke rumi tetapi sebaliknya jika menulis rumi ke jawi. 

Pengkaji telah melakukan contoh sebutan bunyi beberapa contoh sehingga pelajar

dapat mengikuti dengan baik. Murid menunjukkan penyertaan aktif mereka dalam kelas,

tetapi sayangnya mereka tidak benar-benar memahami perbezaan bunyinya. Semasa sesi soal

jawab di akhir pelajaran, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan murid masih belum mahir

dalam menukarkan perkataan rumi kedalam jawi lebih-lebih lagi jika bunyi suku kata hampir

sama.

7

Page 8: AR Complete

Pepatah China, "Aku mendengar dan aku lupa, aku melihat dan aku ingat, aku

lakukan dan aku mengerti" berkata kepada kita bahawa pengalaman mendapatkan melalui

hanya satu akal tidak cukup untuk mencapai pemahaman. Konstruktivisme adalah teori yang

menyatakan pengetahuan yang tidak dapat wujud di luar fikiran murid tetapi dibina dalam

minda berdasarkan pengalaman nyata. (Hiang, 2005)

Proses belajar-mengajar masa ini didasarkan pada pendekatan Konstruktivisme di

mana pelajar mengkonstruksi pengetahuan mereka sendiri. Di sini, pengkaji mendapati

bahawa telah membuat kesalahan dalam melakukan pengajaran di dalam kelas. pengkaji

harus membiarkan murid-murid menjadi peserta dan tidak hanya pemerhati. Pengkaji

membuat demonstrasi tapi tidak memberikan pelajar peluang untuk melakukannya.

Pengajaran dengan menjelaskan dan menunjukkan segalanya harus diminimakan dengan

menerapkan unsure penglibatan murid itu sendiri dalam pembelajaran mereka.

Jadi, untuk mengatasi masalah ini, pengkaji telah keluar dengan idea untuk

menggunakan permainan dan latih tubi dalam mengajar dan proses pembelajaran. Permainan

harus menjadi salah satu kaedah menarik kerana melibatkan pelajar secara aktif. Ini

berpadanan kerana peranan guru dalam pendekatan konstruktivis. Guru adalah pengurus

persekitaran yang menetapkan secara jelas dan berhati-hati dan proses belajar mengajar dari

perspektif anak-anak. Guru adalah penyelaras masyarakat yang mendorong serta

pembangunan hubungan “public relations”.

Permainan bukanlah aktiviti semata-mata untuk menikmati, tetapi diadakan untuk

memberikan peluang pelajar untuk menggunakan dan memahami apa yang mereka telah di

pelajari di dalam kelas. Perancangan aktiviti menarik yang penting untuk pelajar untuk

8

Page 9: AR Complete

belajar ilmu pengetahuan sehingga mereka akan lebih tertarik dengan sesuatu

pelajaran. "Seluruh ilmu pengetahuan tidak lebih daripada penyempurnaan pemikiran sehari-

hari" - Albert Einstein.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Ketika menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Kota Jembal, pengkaji

mendapati terdapat banyak kesalahan penulisan jawi yang dilakukan oleh murid–murid.

Antara masalah yang kerap kali dilakukan murid semasa menulis ayat ialah kesalahan

penulisan Imbuhan. Kesalahan penulisan ini seringkali dilakukan pelajar ketika membina

ayat terutamanya bagi murid–murid yang lemah dalam kemahiran menulis Jawi. Murid–

murid ini seringkali terkeliru tentang penulisan ’meng’, ’me’, dan ’men’. Kekeliruan ini

menyebabkan berlakunya kesilapan dalam penulisan dalam Jawi dan membuat ayat pendek

dalam Jawi.

Kesilapan-kesilapan ini perlu diperbaiki untuk menghasilkan penulisan khususnya

dalam penulisan Jawi yang bebas daripada kesalahan seumpama ini. Berdasarkan sistem

pemarkahan penulisan sama ada ayat atau karangan pendek, setiap satu kesalahan ejaan akan

ditolak markahnya. Adalah merugikan murid-murid yang boleh mengeja dengan betul

ditolak markahnya hanya sekadar salah penggunaan imbuhan. Sekiranya masalah ini tidak

dibetulkan, pasti murid tidak dapat menulis dengan baik dalam Jawi seterusnya akan

menyebabkan masalah tersebut dibawa ke peringkat sekolah menengah jika tidak diambil

tindakan oleh guru-guru matapelajaran dan seterusnya pelajar mengalami kesulitan untuk

menjawab dalam peperiksaan yang besar seperti PMR, SPM dan seterusnya.

9

Page 10: AR Complete

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Masalah yang dihadapi murid dalam menguasai penulisan Jawi merupakan masalah

yang tidak boleh dipandang mudah oleh guru kerana kegagalan murid adalah disebabkan

kegagalan guru dalam menangani permasalahan pelajar. Maka, pengkaji berasa perlu

membuat sesuatu bagi meningkatkan kemahiran dalam penulisan Jawi agar dapat membantu

murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran tidak terus tercicir. Seorang guru

yang bertanggungjawab, sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi muridnya walaupun

masalah tersebut merupakan masalah yang kecil. Sekiranya masalah ini tidak diambil

perhatian, murid–murid akan berterusan membuat kesalahan tersebut. Bagi sesetengah guru,

mereka berpendapat masalah penggunaan imbuhan dalam Jawi di kalangan murid

merupakan masalah biasa. Namun, pengkaji beranggapan, bahawa masalah yang besar

mungkin timbul sekiranya masalah yang kecil tidak diselesaikan terlebih dahulu. Oleh itu,

menjadi satu kewajiban dan amanah kepada pengkaji untuk membantu murid–murid yang

mempunyai masalah dalam penulisan Jawi dalam Imbuhan untuk memastikan murid–murid

ini tidak berterusan melakukan kesilapan kelak.

10

Page 11: AR Complete

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

Kemahiran menulis khususnya Jawi merupakan kemahiran asas yang perlu dimiliki

oleh setiap individu. Hasil penulisan yang baik memerlukan penelitian dalam aspek ejaan,

dan betul struktur ayatnya serta bebas daripada kesalahan ejaan. Oleh yang demikian,

sekiranya murid tidak mengambil berat tentang aspek-aspek tersebut maka secara tidak

langsung dapat menjejaskan kualiti penulisan murid. Di Sekolah Kebangsaan Kota jembal,

keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam berada pada tahap yang

sederhana. Perkara tersebut berlaku adalah disebabkan oleh kelemahan dalam membaca dan

menulis dalam Jawi. Aspek bahasa merupakan perkara yang penting dalam penulisan Jawi.

Kesalahan ejaan perlu diambil kira. Oleh itu, murid-murid yang sudah terbiasa dengan

kesalahan dalam penulisan Jawi perlu diberi penegasan. Begitu juga dengan kesalahan

penggunaan imbuhan.

Guru-guru Pendidikan Islam memang menghadapi cabaran yang besar untuk

membetulkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid. Hal ini demikian

kerana cuma guru-guru matapelajaran subjek Bahasa Melayu sahaja yang menitikberatkan

aspek tatabahasa seumpama ini manakala guru subjek lain kurang menitik beratkan

kesalahan seumpama ini seperti dalam aspek kesalahan tatabahasa . Sekiranya masalah ini

tidak diatasi dari awal lagi, masalah ini akan berterusan sehingga murid–murid ini

melangkah ke darjah lima dan enam seterusnya keperingkat sekolah menengah.

11

Page 12: AR Complete

Oleh itu, penting bagi pengkaji untuk mencari satu masalah yang mampu

diselesaikan sekaligus membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi pelajar–pelajar

lemah dalam subjek Pendidikan Islam ini. Maka pengkaji akan fokuskan kajian ini terhadap

masalah penguasaan penulisan Imbuhan dalam Jawi. Hasil penelitian pengkaji dalam

menyemak buku tulis murid–murid saya mendapati murid-murid ini kerapkali melakukan

kesilapan dalam penulisan imbuhan ’men’, ’me’ dan ’meng’. Mereka kerap kali keliru

tentang penulisannya di dalam ayat.

Di samping itu, kesilapan-kesilapan ini juga berpunca dari kurangnya penekanan

penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini menyebabkan murid tidak

mahir tentang penulisannya. Bagi mengkaji masalah ini, pengkaji perlu mencari satu kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dengan demikian, pengkaji merancang untuk

menggunakan kaedah latih tubi dan permainan dalam kajian ini untuk meningkatkan

kemampuan pelajar dalam menulis imbuhan ini. Dengan kaedah demikian diharapkan dapat

meningkatkan lagi keupayaan murid memahami serta meningkatkan kemahiran

penggunaannya dalam penulisan karangan pada masa akan datang.

Memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam proses belajar mengajar sangat penting

kerana dapat membantu pelajar untuk memahami konsep dan menarik perhatian pelajar. Hari

ini, kaedah berpusatkan guru ini masih digunakan secara meluas di sekolah. Di sini, murid-

murid bertindak seperti pengamat dan guru memainkan peranan penting.  Strategi

berpusatkan Guru ketika proses belajar-mengajar lebih bosan dan murid tidak tertarik untuk

belajar. Murid tidak tertarik untuk belajar dan sukar untuk memahami sesuatu konsep.

12

Page 13: AR Complete

Jawi dapat menjadi subjek sukar bagi pelajar untuk menguasai, dan itu akan lebih

rumit dari sehari kesehari jika dibiarkan. Menggunakan permainan untuk mengajar ilmu

pengetahuan, dapat membantu pelajar belajar ilmu pengetahuan dalam beberapa cara

tertentu. Permainan membantu pelajar untuk berlatih formula penting, fakta dan

proses. Murid tidak hanya mempelajari asas-asas, tapi permainan juga memberi peluang

kepada mereka untuk melaksanakan apa yang mereka telah pelajari. Jenis amalan ini juga

membantu pelajar untuk melaksanakan maklumat dalam situasi ujian.

 Kurangnya minat menyebabkan kurangnya motivasi ketika mereka datang untuk

belajar. Menggunakan permainan untuk mengajar ilmu membuat subjek lebih menarik, dan

bahkan boleh membuat kelas menjadi seronok. Untuk pelajar lebih muda, permainan boleh

mencipta rasa daya saing, memotivasi pelajar terhadap prestasi yang baik selama ketika

permainan dijalankan.

Selain itu, permainan boleh membantu meringankan kebimbangan murid ketika

datang untuk menjawab soalan di dalam kelas atau membuat ujian. Ini Kerena jika ilmu

sukar difahami, pelajar sering merasa cemas ketika melakukan ujian dengan cara apa pun

ketika didalam kelas mahupun peperiksaan. Selain permainan digunakan untuk mengajar

ilmu pengetahuan, ia dapat membantu meningkatkan pemahaman pelajar dari berbagai

konsep yang terlibat dalam kelas. 

Hal ini berbeza dari kelas. Kelas boleh memberitahu pelajar jika mereka telah gagal

untuk belajar sesuatu, tapi karena berbagai alasan, pelajar tidak boleh menggunakan maklum

13

Page 14: AR Complete

balas yang baik. Pada waktu murid-murid mendapatkan nilai-nilai mereka, sering kali

terlambat untuk melakukan sesuatu tentang mereka. Jadi tidak mungkin untuk memperbaiki

kesalahan tersebut. Nilai nilai ini untuk mendapatkan hasil yang bukan sebahagian daripada

proses pembelajaran seperti persetujuan orang tua, mengurangkan insurans kereta, akses

kepada pekerjaan yang baik atau sekolah perubatan. Mungkin tidak ada cara untuk melarikan

diri dari memberi nilai, tapi permainan yang membolehkan pelajar untuk mengadar

pengetahuan mereka sendiri memberi mereka peluang untuk melihat di mana mereka

mengalami kesukaran sebelum ujian.

Ada banyak jenis permainan yang boleh digunakan dalam mengajar.   Untuk

kajian ini, saya hendak menggunakan salah satu permainan iaitu Sahibba dalam

meningkatkan pelajar belajar mengeja dalam jawi. Di sini, saya akan fokus untuk kedua

individu dan prestasi kumpulan. Hal ini lebih berkesan kerana semua pelajar akan terlibat

dalam kegiatan ini dan belajar bersama. Melalui permainan, pelajar akan belajar tentang

tanggung jawab dan kerjasama dengan orang lain.

Para guru sering meremehkan keberkesanan permainan dalam pengajaran kemahiran

anak-anak dan konsep. Anak-anak semuda usia satu tahun boleh menggunakan permainan

mudah. Ada permainan untuk semua umur, termasuk orang dewasa. Yang terbaik dari

permainan adalah kenikmatan yang dialami oleh murid-murid ketika mereka

menyelesaikannya. Crossword puzzle (Sahibba) mungkin cukup sederhana untuk anak-anak

berumur 7 atau sangat sulit untuk orang dewasa. Crossword puzzle boleh digunakan untuk

mengajar Jawi. Pemain perlu menggunakan kata arahan untuk menentukan kata yang tepat

untuk masuk ke dalam teka-teki silang, baik di teka-teki atau atas dan bawah.  Di sini, murid-

14

Page 15: AR Complete

murid dapat mengingati konsep ilmu pengetahuan kerana mereka telah menemui jawapan

oleh mereka sendiri. Terlepas dari menyenangkan, itu juga lebih kepada pelajar bertumpu

strategi mana pelajar bertanggung jawab untuk belajar mereka sendiri. Permainan boleh

menjadi kaedah yang sangat baik ilmu mengajar. Pelajar boleh mendapatkan tertarik pada

subjek yang mereka nikmati, dan permainan membantu menciptakan kenikmatan

itu. Dengan sedikit imaginasi, guru dapat dengan mudah menyesuaikan permainan dan

mencipta persekitaran belajar yang menyenangkan dan menarik.

Kaedah latih tubi juga tidak kurang pentingnya dalam memantapkan penguasaan

sesuatu isi pelajaran terhadap pelajaran yang lepas. Apabila sesuatu perkara itu dilakukan

berulang-ulang, secara tidak langsung ia akan melekat di dalam ruang minda pelajar itu

secara tidak langsung. Ini menyebabkan sesuatu isi pelajaran atau tajuk tersebut akan mudah

difahami oleh pelajar dan pelajar tidak akan melakukan kesalahan yang sama pada masa

akan dating. Ini dapat dilihat keberkesanan kaedah latih tubi dalam meningkatkan

penguasaan isi pelajaran dalam jiwa seseorang pelajar tersebut.

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

15

Page 16: AR Complete

Permainan adalah salah satu kaedah menarik yang boleh digunakan sebagai bantuan

dalam membantu pelajar dalam belajar . Beberapa kajian yang telah dilakukan dalam

membuktikan bagaimana permainan dapat meningkatkan kemampuan belajar dan

kebanyakan dari mereka menunjukkan hasil yang positif. Penelitian telah dilakukan dengan

menggunakan permainan bahasa untuk meningkatkan penyertaan pelajar dalam belajar. (Siti

Hajar,1996). Keputusan kajian menunjukkan bahawa permainan boleh meningkatkan

penyertaan pelajar sehingga membantu mereka untuk memahami pelajaran. Hal itu

membuatkan pelajaran menjadi lebih menyenangkan dan menarik kepada pelajar.

Kajian lain telah dilakukan dalam membuktikan bagaimana belajar melalui

strategi bermain boleh digunakan untuk mengajar anak-anak muda. (Normaizam Hamid,

2006). Keputusan menunjukkan bahawa belajar melalui bermain adalah kaedah yang paling

sesuai kerana sifat anak-anak yang suka bermain. Seorang guru seharusnya tidak hanya

membuat “achievement” murid dalam bidang akademik sebagai keutamaan mereka. Hal ini

akan mengurangkan minat pelajar untuk senang belajar.

Menurut Vygotsky, perkembangan kanak-kanak merupakan hasil interaksi antara

anak dan persekitaran sosial mereka. Interaksi ini termasuk mereka yang mempunyai orang

tua dan guru, teman bermain dan teman sekelas, dan saudara-saudari. Mereka juga

melibatkan hubungan dengan objek yang signifikan, seperti buku atau mainan, dan budaya

amalan tertentu bahawa anak-anak terlibat dalam kelas, di rumah, dan di tempat

16

Page 17: AR Complete

bermain. Anak-anak adalah rakan yang aktif dalam interaksi, membangun pengetahuan,

kemahiran, dan sikap dan tidak hanya mencerminkan dunia disekitar mereka. (Leong, 2001)

Vygotsky juga mengakui pentingnya bermain untuk anak-anak. Dia percaya bahawa bermain

memberikan asas bagi anak-anak mengembangkan kemahiran yang penting untuk kegiatan

sosial, peribadi, dan profesional. (Lev semenovich Vygotsky (1896-1934))

Menurut Al-Ghazali, "ada pengetahuan yang berpotensi dalam jiwa manusia seperti

benih di tanah, dengan mempelajari potensi menjadi aktual." Guru tidak boleh mengkritik

subjek yang diajar oleh yang lain. Dia harus menyesuaikan diri dengan kemampuan

mengajar murid dan kemampuan, dan tidak membebankan kapasiti murid itu, atau

memberinya ketakutan. Dia harus menghormati murid yang kurang berbakat, yang mungkin

jika hilang; meninggalkan fondasi dalam untuk standard dia tidak akan pernah

mencapai. Dan setelah sekolah, Al-Ghazali menegaskan, murid harus dibenarkan untuk

memiliki rekreasi. (Civlilsation, 2001)

Bloomfield (1933) dalam teori pembelajaran pembentukan kebiasaan, penguasaan

sesuatu bahasa bukanlah satu hal pengetahuan, penguasaan tersebut adalah satu hal latihan.

Dalam teori ini menegaskan latihan dan latih tubi secara berpola dapat membentuk satu

kebiasaan baru para pelajar. Aliran ini juga menganggap pembelajaran bahasa merupakan

satu kebiasaan yang diperoleh dengan mengulang-ulang aktiviti yang hendak dikuasai. Bagi

aliran ini, pengukuhan, pemerhatian, sifat-sifat ingin tahu dan aktiviti meniru adalah faktor

utama dalam pembelajaran bahasa.

17

Page 18: AR Complete

Dapat disimpulkan bahawa bermain penting bagi pelajar kerana melalui bermain, pelajar

dapat mengembangkan sikap semulajadi mereka selain dari membuat mereka sihat. Bermain

juga boleh membawa mereka kebahagiaan dan relaksasi setelah berjuang untuk

belajar. Belajar melalui bermain harus dilakukan dengan mempertimbangkan hasil

pembelajaran yang harus dicapai. Bahan juga harus bermanfaat bagi perkembangan

pelajar. Melalui pendekatan ini, dapat menguatkan konsep pembelajaran dari umum ke yang

lebih spesifik.

Bermain merupakan cara semulajadi untuk anak-anak muda untuk belajar. Sebuah

persekitaran yang terancang dalam dan luar bilik sangat penting dalam memberikan anak-

anak menyerap dan merangsang kegiatan yang membolehkan mereka untuk belajar melalui

pengalaman bermain yang bermakna. Permainan menggalakkan perkembangan otak yang

sihat anak-anak. Game membolehkan anak-anak untuk mendapatkan kompetensi dan

kemahiran yang membantu mereka merasa baik tentang diri mereka sendiri. Permainan

memberi peluang untuk belajar kemahiran sosial yang penting: untuk bergiliran, untuk

berkongsi dan bekerja sama. Anak-anak belajar lebih banyak ketika mereka bermain.

Permainan dapat mengembangkan otak serta kekuatan otot.  Mereka belajar bagaimana jauh

untuk peregangan untuk mencapai yang bergetar. Mereka mulai membayangkan bagaimana

berpadanan dalam satu kontena lain. Mereka mula menggunakan dan menafsirkan simbol.

Contohnya, mereka berpura-pura air adalah kopi. Mereka menjadi ayah atau ibu. Melalui

permainan, anak-anak belajar untuk bergaul dengan mereka sendiri dan bersama orang

18

Page 19: AR Complete

lain. Permainan memberikan anak-anak berpandu atas apa yang berlaku. Ini juga membina

kawalan diri. Mereka belajar untuk berkongsi boneka, meminta sesuatu yang mereka

inginkan.

Menurut John Dewey, "Semuanya bergantung pada kualiti dari pengalaman yang

sudah. Kualiti pengalaman memiliki dua aspek. Ada suatu aspek langsung dari keramahan

atau “disagreeableness” dan ada pengaruh terhadap pengalaman kemudian (Martin, 2005).

Permainan menawarkan peluang bagi pelajar untuk mempelajari kedua-dua ilmu

pengetahuan dan kosa kata yang berkaitan dengan cara yang menarik. Bahasa pengambil

alihan dan kenikmatan dapat dipromosikan secara efektif melalui penggunaan permainan ini.

Strategi pengajaran yang berkaitan boleh digunakan secara berkesan untuk meningkatkan

belajar dan memberikan motivasi dan pembangunan jangka panjang dari sikap positif

terhadap sesuatu subjek. Namun, bermain harus dirancang dan dikendalikan.  Untuk

permainan digunakan secara produktif, pelajar harus member tumpuan pada tugas dan

permainan yang harus memotivasi dan menyenangkan. Permainan juga boleh baik untuk

membantu pelajar dengan keras untuk mempelajari fakta-fakta. (Ward, Roden, Hewlett, &

Foreman, 2008)

19

Page 20: AR Complete

3.0 Objektif Kajian

1. Membuktikan bahawa permainan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.

2. Merancang permainan sesuai yang dapat membantu pelajar menguasai Jawi.

3. Menentukan keberkesanan permainan dalam meningkatkan pemahaman murid

dalam subjek Jawi.

Permasalahan Kajian

1. Bagaimana permainan dapat menarik minat pelajar untuk belajar?

2. Bagaimana permainan dapat membantu pelajar dalam memahami Jawi dengan lebih

berkesan?

3. Adakah permainan ini dapat meningkatkan pemahaman dan minat pelajar dalam

pelajaran Jawi?

20

Page 21: AR Complete

4.0 Kumpulan Sasaran

Responden untuk kajian ini adalah dari pelajar kelas 4Bestari di Sekolah Kebangsaan kota

Jembal. Semua dari mereka adalah dari kelas ketiga yang kebanyakannya mempunyai

masalah dalam menukar perkataan Rumi ke Jawi dan dikhususkan kepada permasalahan

dalam menulis perkataan yang mengandungi imbuhan.

5.0 Tindakan yang dijalankan

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu. Semasa pengkaji

menjalankan kajian ini, pengkaji menjalankan latih tubi dalam penulisan jawi seperti

menukarkan teks dari Rumi ke Jawi dan dari Jawi ke Rumi. Pengkaji telah memperuntukkan

dua waktu untuk melakukan perbincangan setelah latih tubi diberikan kepada pelajar yang

diselesaikan dirumah. Murid telah menjalankan ujian Pos setelah dua minggu latih tubi

diberikan. Selepas ujian Pos, murid diminta memenuhkan borang soal selidik untuk

mendapatkan maklumat dari mereka. Tujuan boring soal selidik dipilih berbanding temubual

ialah supaya murid lebih bebas memberikan pandangan dan pendapat mereka berbanding

mendapatkan maklumat secara temubual. Pengkaji juga telah melakukan temubual untuk

mengetahui kaedah mana yang selalu digunakan oleh guru semasa Proses Pengajaran

dilakukan dan menerima pandangan mereka untuk melakukan pemulihan bagi pelajar yang

lemah.

21

Page 22: AR Complete

Pengkaji telah merancang beberapa tindakan atau kegiatan untuk menyelesaikan masalah

murid dalam memahami pelajaran Jawi. Misalnya menggunakan menggunakan teka-teki

silang(Sahibba) untuk mengajar menukarkan ayat rumi ke Jawi. Di sini, kegiatan akan

dilakukan tidak hanya dalam kelompok tetapi juga secara individu sehingga akan menjadi

lebih berkesan.

Aktiviti 1

Untuk langkah pertama dan proses mengajar dan belajar, pengkaji telah memperkenalkan

contoh sebutan huruf Jawi dengan sebutan yang betul kepada pelajar sebelum menetapkan

permainan ini. Pengkaji telah menggunakan teka-teki silang dalam mengajar murid pelajaran

Jawi ini. Kegiatan ini telah dilakukan secara individu dahulu.

Setelah mengajar cara sebutan yang betul, pengkaji telah mengedarkan lembaran teka-teki

silang bagi setiap murid di kelas. Mereka harus menyelesaikan permainan “puzzle” ini. Di

sini, mereka akan cuba untuk mengingati apa yang telah mereka pelajari.

Menggunakan teka-teki dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat menarik minat

mereka dari latihan yang hanya memberikan lembar kerja. Hal ini akan mencabar minda

mereka dan mereka akan menjadi lebih tertarik untuk menyelesaikan teka-teki selepas

mereka telah menemui satu jawapan bagi soalan-soalan.

22

Page 23: AR Complete

Aktiviti 2  

Untuk pelajaran berikutnya, pengkaji telah menggunakan teka-teki silang tetapi kegiatan

tersebut akan dilakukan dalam kumpulan. Setelah permainan bermula, pelajar akan disajikan

dengan serangkaian pertanyaan. Pelajar akan dibahagikan menjadi 4-5 kumpulan, maka

mereka harus memilih soalan dan cuba untuk menjawab dengan menuliskan kata-

kata. Pelajar boleh membincangkan jawapan dengan rakan-rakan mereka.

Jika jawapan betul, pelajar akan dihargai oleh bintang.  Jika mereka memberikan jawapan

yang salah, bintang akan dihapuskan dan mereka akan kehilangan giliran. Kumpulan-

kumpulan yang mengumpulkan bintang yang paling banyak akan menjadi pemenang. Soalan

akan dibina berkaitan dengan menukarkan perkataan Rumi ke tulisan Jawi

23

Page 24: AR Complete

CARA TINDAKAN PERMAINAN YANG DIJALANKAN

1. Selepas murid menjalani ujian Pra, saya telah menjalankan beberapa aktiviti

permainan antaranya ialah Sahibba, dan Roda Impian. Dalam permainan sahibba, murid

dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Setiap kumpulan akan mencari huruf bagi membina perkataan yang telah ditentukan.

Masa bagi murid mencari dan membina perkataan dicatatkan bagi setiap kumpulan bagi

melihat kumpulan manakah yang dapat membina perkataan tersebut dalam masa yang paling

singkat.

3. Setelah huruf-huruf tersebut dicari dan diselesaikan, perkataan yang Berjaya dibina

akan diletakkan diatas papan sahibba dan seterusnya perkataan lain pula akan dibuat melalui

kaedah yang sama.

4. Pelajar akan berlumba-lumba dalam mencari dan menyiapkan perkataan melalui

huruf-huruf dalam permainan ini.

5. Kumpulan yang Berjaya membina perkataan yang diberikan dalam masa yang paling

singkat akan dikira sebagai pemenang.

6.0 Cara Pengumpulan Data

24

Page 25: AR Complete

Beberapa kaedah yang telah digunakan dalam pengumpulan data untuk kajian

ini. Wawancara, Ujian Pra dan Ujian post, soal selidik, temubual dan transkrip gambar juga

akan digunakan untuk mendapatkan data yang diperlukan

Pemerhatian

Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid semasa proses

pembelajaran dan pengajaran dijalankan sebelum dan selepas kajian saya. Sebelum kajian

dijalankan, murid tidak menunjukkan semangat ingin belajar dan tidak member tindakbalas

kepada soalan yang diajukan. Hanya sebilangan murid sahaja yang memberikan tindakbalas

yang positif dan ianya hanya melibatkan murid yang sama setiap kali sesi pembelajaran.

Walaupun ada murid yang mampu menjawab soalan yang diberikan, tetapi mereka hanya

menjawab tidak tahu dan tidak pandai.

Ujian Pra dan Pos

Ujian pra diberikan untuk mengetahui sejauh mana penguasaan mereka terhadap tajuk jawi

ini khususnya dalam menulis dan mengeja perkataan yang mengandungi imbuhan. Soalan

yang diberi pengkaji bina mengikut aras kemampuan pelajar supaya tidak menyukarkan

mereka untuk menjawabnya. Selepas pengkaji menyemaknya, didapati ada pelajar yang

tidak menjawab langsung soalan yang diberikan dan ini menyukarkan pengkaji untuk

mengetahui permasalahan yang dialami oleh pelajar itu sedangkan pelajar tersebut dapat

menulis jawi walaupun tidak begitu baik. Selepas pengkaji menyemak jawapan, pengkaji

tidak memulangkan kertas tersebut kepada pelajar. Melalui ujian pra ini, pengkaji dapat

mengenalpasti pelajar mengikut kategori iaitu lemah, sederhana dan baik. Kebanyakan

pelajar tergolong dalam kumpulan lemah, ini mungkin kerana kebanyakan pelajar masih

25

Page 26: AR Complete

tidak dapat menguasai kemahiran asas membaca dan menulis jawi. Selepas 3minggu murid

diberi peneguhan dan latihan yang berterusan, ujian pos diberikan. Melalui pemerhatian

awal, ada sedikit kenaikan terhadap markah berbanding ujian sebelumnya.

Soal selidik

Borang soal selidik telah diberikan kepada pelajar untuk mengetahui sejauh mana peranan

guru mereka dalam memupuk semangat mereka untuk mempelajari bidang jawi ini dan

usaha-usaha yang telah dilakukan oleh guru sebelum ini dalam menarik minat mereka untuk

terus mempelajari dan menguasai kemahiran penulisan jawi ini khususnya dalam menulis

perkataan yang mengandungi imbuhan

Temubual

Sebanyak 6 orang Guru Pendidikan Islam telah ditemubual oleh pengkaji untuk mengetahui

sejauh mana pencapaian pelajar dalam matapelajaran khususnya dalam mencari pandangan

guru-guru dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam kemahiran penulisan Jawi

khususnya menulis perkataan yang mengandungi imbuhan ini.

Rakaman

Kegiatan dilakukan dan aktiviti yang dilakukan diimej dan direkodkan. Ini akan digunakan

sebagai bukti tentang bagaimana permainan dilakukan didalam kelas. 

Reka Bentuk Kajian

26

Page 27: AR Complete

Penyelidikan ini akan menggunakan kaedah kajian tindakan dengan berdasarkan pelan

tindakan lima peringkat langkah:

Peringkat langkah 1 : Tijauan isu dan masalah yang dikaji iaitu membanding

keberkesanan pengajaran menggunakan permainan

dalam menarik minat pelajar .

Peringkat langkah 2 : Merancang kajian kaedah permainan yang sesuai.

Peringkat langkah 3 : Pelaksanaan tindakan(Bertindak).

Peringkat langkah 4 : Pemerhatian tindakan(Memerhati).

Peringkat langkah 5 : Refleksi dan penilaian kendiri(Mereflek).

27

Page 28: AR Complete

Alat Instrumen Kajian

Soalan Permainan : Untuk menentukan tahap pencapaian dan pengetahuan

murid terhadap minat mereka dalam penguasaan

menukarkan tulisan Rumi ke Jawi.

Temubual : Mendapat maklum balas daripada murid mengenai

minat mereka ketika sesi permainan berbanding

latihan biasa.

Pemerhatian : Untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan

mengenalpasti amalan pembelajaran murid.

Analisis Dapatan Kajian

i- Soalan Kaji selidik : Analisis minat murid.

ii- Temubual : Analisis kandungan.

iii- Pemerhatian : Analisis secara perbincangan.

28

Page 29: AR Complete

7.0 Analisis Data dan Interpretasi

Data dari wawancara telah dianalisis untuk mencari tahu apa yang pelajar rasakan ketika

melakukan permainan. Selain dari itu, dari wawancara, saya boleh mengenalpasti seberapa

jauh pelajar memahami tulisan Jawi dan keberkesanan penggunaan permainan dalam

meningkatkan minat pelajar untuk belajar Jawi .

Borang Soal Selidik

8 soalan telah digunakan untuk membuktikan bagaimana permainan boleh menarik minat

murid untuk belajar Jawi.

Soalan Betul Salah

Saya selalu suka jika guru melakukan permainan

Permainan dapat membantu saya dalam tulisan Jawi

Permainan lebih menyeronokkan dari latihan bertulis

Saya tak dapat siapkan permainan kerana soalan terlalu sukar

Saya memahami perbezaan sebutan pada bunyi yang hampir sama

Adakah anda bosan dengan permainan seperti ini?

Adakah anda mahu bermain lagi seperti ini?

Saya boleh bekerjasama ketika melakukan permainan

Pelajaran Jawi itu mudah

29

Page 30: AR Complete

Jadual Kerja

No Aktiviti Tarikh Catatan

1 Mencari maklumat dari Jurnal yang berkaitan 7/3/10

2 Membuat analisis untuk Kajian Tindakan. Mencari

maklumat mengenai apa yang menarik minat

pelajar.

8/3/10

3 Perbincangan memilih tajuk dengan tajuk 12/3/10

4 Perbincangan-kesesuaian topik kajian tindakan 13/3/10

5 Perbincangan plan Kajian Tindakan- membuat

peta minda

13/3/10

6 Briefing bagaimana untuk menulis Proposal

Kajian Tindakan oleh Pensyarah.

13/3/10

7 Memilih Tajuk untuk Kajian Tindakan-

Keberkesanan Permainan dalam menarik minat

pelajar

14/3/10

8 Memilih bahan untuk Kajian Tindakan 15/3/10

9 Menulis Proposal Kajian tindakan 16/3/10 Draft 1

10 Menunukkan draft untuk Kajian tindakan 20/3/10 Draft 1

11 Menulis proposal Kajian tindakan 20/3/10 Draft 2

12 Berbincang draf proposal dengan Pensyarah

penyelia

21/3/10 Draft 2

13 Berbincang refleksi untuk proposal Kajian

tindakan

22/3/10

14 Menulis semula refleksi proposal Kajian tindakan 23/3/10

14 Membuat suntingan proposal Kajian tindakan 25/3/10 Draft 3

15 Membuat suntingan proposal Kajian tindakan

-Refleksi-Objektif Kajian -Metodologi

26/3/10 Draft 4

16 Menunjukkan draf kepada Pensyarah Penyelia 28/3/10 Draft 4

17 Membuat suntingan proposal Kajian tindakan 29/3/10 Draft 5

30

Page 31: AR Complete

-Refleksi-Fokus Kajian-Abstrak

18 Membuat suntingan proposal Kajian tindakan

-Kos Kajian-Skedul Kerja-Objektif Kajian-Metodologi

31/3/10 Draft 6

31

Page 32: AR Complete

ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Analisis pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati:

- Murid lebih berminat dan menunjukkan semangat ingin belajar berbanding sebelum

kajian dilakukan.

- Murid Berjaya mengeja dan menulis imbuhan awalan dengan lebih sempurna

berbanding sebelumnya.

- Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, kaedah permainan berjaya membantu pelajar dalam

meningkatkan tahap penguasaan penulisan jawi khususnya bagi perkataan yang mempunyai

imbuhan. Ini kerana, melalui aktiviti seumpama ini seperti bermain, ia merupakan salah satu

terapi untuk melibatkan pelajar aktif khususnya secara kumpulan dan ini secara tidak

langsung memberi semangat kepada mereka untuk terus mencuba menjawab soalan yang

diberikan. Melalui kaedah ini juga dapat dilihat pelajar berlumba-lumba untuk

menyelesaikan soalan yang diberikan dengan mendapat masa yang terpantas

32

Page 33: AR Complete

Analisis Ujian Pra dan Pos

Perbandingan pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Pos adalah seperti berikut:

Perbandingan Jawapan yang betul dijawab oleh responden mengikut jumlah soalan

Perbandingan Jawapan yang betul dijawab dalam Ujian Pra & Post

33

Page 34: AR Complete

Analisis Pecahan Soalan yang di jawab oleh pelajar

34

Page 35: AR Complete

Carta Pai dibawah menunjukkan pembahagian soalan yang dijawab dengan betul (Warna

Biru), salah (Warna Merah) dan jawapan yang boleh dipertingkatkan lagi kerana

mengandungi kesalahan yang kecil (Warna Hijau) seperti tidak menyambungkan huruf

dengan sempurna dan kesalahan imbuhan

UJIAN PRA UJIAN POST

Responden ini menunjukkan peningkatan dalam menjawab soalan. Dalam ujian Pra,

responden ini hanya betul 3 soalan dari 16 soalan yang dijawab. Selepas ujian Post

dilakukan, responden ini Berjaya menjawab 8 soalan dengan betul. Ini menunjukkan

peningkatan lebih 100% daripada 3 soalan kepada 8 soalan Berjaya dijawab dengan betul.

35

Page 36: AR Complete

UJIAN PRA UJIAN POST

Responden ini menunjukkan peningkatan dalam menjawab soalan dengan betul. Dalam ujian

Pra, responden ini hanya betul 7 soalan dari 16 soalan yang dijawab. Selepas ujian Post

dilakukan, responden ini Berjaya menjawab 8 soalan dengan betul. Ini menunjukkan

peningkatan 14% daripada 7 soalan kepada 8 soalan Berjaya dijawab dengan betul.

Walaupun tidak banyak peningkatan ditunjukkan, namun jumlah soalan yang salah dijawab

dapat dikurangkan.

36

Page 37: AR Complete

UJIAN PRA UJIAN POST

Responden ini menunjukkan peningkatan dalam menjawab soalan. Dalam ujian Pra,

responden ini hanya betul 2 soalan dari 16 soalan yang dijawab. Selepas ujian Post

dilakukan, responden ini Berjaya menjawab 6 soalan dengan betul. Ini menunjukkan

peningkatan lebih 300% daripada 2 soalan kepada 6 soalan yang Berjaya dijawab dengan

betul sekaligus mengurangkan jumlah soalan yang salah dijawab.

37

Page 38: AR Complete

UJIAN PRA UJIAN POST

ini menunjukkan peningkatan dalam menjawab soalan paling banyak. Dalam ujian Pra,

responden ini hanya betul 2 soalan dari 16 soalan yang dijawab. Selepas ujian Post

dilakukan, responden ini Berjaya menjawab 9 soalan dengan betul. Ini menunjukkan

peningkatan lebih 450% daripada 2 soalan kepada 9 soalan Berjaya dijawab dengan betul.

Responden ini menunjukkan peningkatan yang paling memberangsangkan.

38

Page 39: AR Complete

UJIAN PRA UJIAN POST

Responden ini tidak menunjukkan peningkatan dalam menjawab soalan. Dalam ujian Pra,

responden ini Berjaya menjawab 12 soalan dengan betul dari 16 soalan yang dijawab.

Selepas ujian Post dilakukan, responden ini tidak menunjukkan peningkatan dalam bilangan

soalan yang betul dijawab dengan tetap memberikan jumlah 12 soalan yang Berjaya dijawab

dengan betul. Namun begitu, responden ini menunjukkan peningkatan dari segi penulisan

dengan kemas dan sempurna secara kesuluruhannya.

39

Page 40: AR Complete

Secara keseluruhannya, dapatan Ujian Pra dan Pos menunjukkan terdapat peningkatan dalam

tahap penguasaan murid dalam menulis jawi khususnya dalam membina imbuhan. Walaupun

masih ada murid yang belum menguasai kemahiran menulis sepenuhnya, namun melalui

kajian ini dilihat mereka lebih menunjukkan semangat ingin belajar melalui aktiviti yang

dijalankan.

Analisis Soal Selidik

Murid telah memberikan respons yang positif dengan menunjukkan minat dalam

mempelajari kemahiran menulis jawi ini. Guru-guru juga telah memberikan cadangan yang

membina dalam menambahbaikan kemahiran yang perlu dipertingkatkan semasa proses

pengajaran dilakukan supaya murid tidak terlalu bosan dengan cara yang sama sepanjang

masa.

Analisis Temubual Guru

Beberapa contoh komen yang telah diberikan oleh guru ialah:

Kaedah Latih tubi merupakan kaedah yang paling berkesan dalam meningkatkan tahap

penguasaan murid dalam kemahiran membaca dan menulis khususnya bidang Jawi ini.

Disamping itu, kaedah permainan dapat digunakan sebagai galakan atau rangsangan kepada

pelajar untuk terus mengikuti atau mempelajari kemahiran menulis imbuhan Jawi dan

sekiranya pelajar itu belum menguasai kemahiran menulis ini, kaedah pengenalan suku kata

40

Page 41: AR Complete

boleh digunakan sebagai pendedahan awal kepada pelajar dalam membaca dan menulis Jawi

ini.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

1. Selepas murid menjalani ujian Pra, saya telah menjalankan beberapa aktiviti

permainan antaranya ialah Sahibba, dan Roda Impian. Dalam permainan sahibba, murid

dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Setiap kumpulan akan mencari huruf bagi membina perkataan yang telah ditentukan.

Masa bagi murid mencari dan membina perkataan dicatatkan bagi setiap kumpulan bagi

melihat kumpulan manakah yang dapat membina perkataan tersebut dalam masa yang paling

singkat.

3. Setelah huruf-huruf tersebut dicari dan diselesaikan, perkataan yang Berjaya dibina

akan diletakkan diatas papan sahibba dan seterusnya perkataan lain pula akan dibuat melalui

kaedah yang sama.

4. Pelajar akan berlumba-lumba dalam mencari dan menyiapkan perkataan melalui

huruf-huruf dalam permainan ini.

5. Kumpulan yang Berjaya membina perkataan yang diberikan dalam masa yang paling

singkat akan dikira sebagai pemenang.

41

Page 42: AR Complete

8.0 REFLEKSI KAJIAN

Pencapaian murid dalam ujian Pra dan Pos menunjukkan peningkatan yang boleh

dibanggakan walaupun sedikit. Ini kerana hampir separuh pelajar dari kelas ini gagal dalam

subjek Pendidikan Islam pada kebiasaan ujian yang dilakukan. Ini kerana sebahagian besar

dari mereka masih belum menguasai kemahiran asas dalam membaca tulisan Jawi dan ini

memberi kesan secara langsung dalam penguasaan mereka dalam menulis jawi.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Kaedah bermain dapat membantu murid dalam

meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari

disamping menjadikan suasana P&P lebih ceria bdan menyeronokkan. Masih terdapat murid

yang gagal dalam ujian Pos dan ini mungkin disebabkan mereka tidak menjawab latih tubi

yang diberikan dengan pelbagai alasan dan ini menyebabkan kemahiran mereka untuk

menjawab pada ujian Pos mengalami kesulitan berbanding pelajar yang membuat latih tubi

yang diberi. Saya sepatutnya memberi penekanan dan perhatian kepada mereka supaya

menyiapkan latih tubi yang diberikan dan seharusnya lebih tegas terhadap segelintir pelajar

terutama lelaki yang agak malas dan sambil lewa.

42

Page 43: AR Complete

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pengkaji berharap aspek penulisan imbuhan dalam Jawi dapat diperluaskan oleh pengkaji

lain. Pengkaji juga berharap melalui kajian tindakan yang dijalankan ini dapat mengatasi

masalah pembelajaran murid-murid khususnya bagi mengatasi masalah kemahiran

penggunaan imbuhan. Hasil kajian tindakan ini juga diharapkan dapat digunakan untuk

membuat penyelidikan beberapa masalah pembelajaran yang lain dengan menggunakan

pendekatan hasil dari kajian tindakan ini.

Pengkaji juga berharap kajian tindakan ini dapat dijadikan sebagai rujukan dan

panduan kepada para pengkaji bagi menjalankan kajian tindakan terhadap masalah yang

timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini juga diharapkan

dapat membantu Guru Pendidikan Islam sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Tiada

masalah yang tidak dapat diatasi oleh guru sekiranya mereka tahu menggunakan kaedah dan

teknik yang sesuai ke atas murid. Sekiranya kaedah dan teknik yang digunakan adalah

bersesuaian dan bertepatan dengan kehendak murid, pasti masalah ini dapat diatasi dengan

baik dan lebih berkesan sekiranya semua pihak bekerjasama dalam mengatasinya.

Hasil Kajian dari penyelidikan yang dijalankan, penkaji mendapati terdapat

perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid.

Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

43

Page 44: AR Complete

BIBLIOGRAFI

Civlilsation, F. f. (2001, December 9). Imam Al-Ghazali’s views on children's education . Retrieved January 25, 2010, from The modern religion: http://www.themodernreligion.com/misc/edu/ghazali-edu.html

Leong, D. J. (2001, January). Pioneers In Our Field: Lev Vygotsky - Playing to Learn. Retrieved January 26, 2010, from Scholastic: http://www2.scholastic.com/browse/article.jsp?id=3549

Lev Semenovich Vygotsky (1896 - 1934). (n.d.). Retrieved January 25, 2010, from http://www.coe.ufl.edu/webtech/greatideas/pages/peoplepage/vygotsky.htm

Normaizam Hamid, A. M. (2006). Pelaksanaan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Prasekolah. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPSMB , 110-120.

Siti Hajar, H. A. (1996). Permainan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal IPBA , 108-119.

44