esei hubungan etnik waj3106

46
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang telah mencacat keamanan dan keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Tiada siapa yang dapat menyangka api kebencian tersebut bertukar menjadi tragedi yang sukar dilupakan. Walau bagaimanapun, bibit-bibit perpecahan kaum ini wujud sejak negara mencapai kemerdekaan lagi disebabkan ketidakpuasan hati kaum lain terhadap hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya yang menyentuh mengenai bahasa dan pelajaran. Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikan khususnya oleh kaum Cina. Perkara ini semakin ketara apabila di dalam kempen Pilihanraya 1969. Tanpa menghiraukan sensitiviti serta isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi di kalangan kaum, orang-orang Cina telah mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Keadaan kempen yang tidak dikawal ini merupakan punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Hal ini seolah-olah ada suatu elemen yang tidak harmonis antara kaum dalam Negara khususnya antara masyarakat Melayu dan Cina yang mendominasi majoriti kaum di Malaysia. 1.1 Pengajaran Daripada Peristiwa 13 Mei 1969

Upload: jaiarie

Post on 08-Dec-2014

264 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Hubungan etnik

TRANSCRIPT

Page 1: Esei Hubungan Etnik Waj3106

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang telah mencacat keamanan

dan keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Tiada siapa yang dapat

menyangka api kebencian tersebut bertukar menjadi tragedi yang sukar dilupakan.

Walau bagaimanapun, bibit-bibit perpecahan kaum ini wujud sejak negara mencapai

kemerdekaan lagi disebabkan ketidakpuasan hati kaum lain terhadap hak-hak

keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan

terutamanya yang menyentuh mengenai bahasa dan pelajaran.

Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus

kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikan khususnya oleh kaum

Cina. Perkara ini semakin ketara apabila di dalam kempen Pilihanraya 1969. Tanpa

menghiraukan sensitiviti serta isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi di

kalangan kaum, orang-orang Cina telah mencabar hak-hak keistimewaan orang

Melayu seperti yang termaktub di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.

Keadaan kempen yang tidak dikawal ini merupakan punca tercetusnya peristiwa 13

Mei 1969. 

Hal ini seolah-olah ada suatu elemen yang tidak harmonis antara kaum dalam

Negara khususnya antara masyarakat Melayu dan Cina yang mendominasi

majoriti kaum di Malaysia.

1.1 Pengajaran Daripada Peristiwa 13 Mei 1969

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak

meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat

Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang

berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya

merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah

berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan

salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu

kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada

peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak

merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.

Page 2: Esei Hubungan Etnik Waj3106

Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang

negatif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera

amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang

jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata

selepas penjajahan British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh

kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi

kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

Ekoran daripada Peristiwa 13 Mei 1969, Jabatan Perpaduan Negara (kini

dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniandan Warisan) ditubuhkan

bagi menggerakkan program-program yang boleh memupuk perpaduan dan

muhibah dalam masyarakat. Selanjutnya pelbagai program dari Rukun

Tetangga sehingga kepada program Sekolah Wawasan dan Program

Khidmat Negara, telah direka dan dilaksanakan sebegitu rupa untuk

menangani dan memupuk perpaduan serta integrasi secara lebih

menyeluruh. Selain Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pula cuba

membangun para remaja agar lebih patriotik dan cinta kepada negara dengan

pengisian pelbagai aktiviti yang melibatkan fizikal, mental, pembinaan

karektor, kenegaraan dan kemasyarakatan. Walaupun pada awal tahun

pelaksanaannya ia menerima pelbagai reaksi dan kritikan lebih-lebih lagi dari

segi pengurusan, namun kini diakui oleh pelbagai pihak bahawa program ini

dapat membentuk sikap yang lebih positifdi kalangan generasi muda pelbagai

kaum terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Di samping itu,

pergaulan di antara etnik juga dapat diperbaiki dengan penglibatan semua

peserta dalam aktiviti kerjasama dan berkumpulan

2. Kepentingan Hubungan Etnik

Untuk mengukuhkan kestabilan dan keharmonian sesebuah negara termasuk

aspek politik, ekonomi dan sosial maka kayu ukur hubungan antara kaum

yang mendiami sesebuah negara menjadi teras utama. Dalam konteks

negara Malaysia, selepas peristiwa 13 Mei 1969, status kstabilan negara

semakin pulih. Banyak perancangan dibuat dan diimplimentasikan.

Antara perancangan yang dibuat ialah menubuhkan Jabatan Perpaduan

Negara dan Integrasi Nasional pada tahun 1969. Tujuan utama merapatkan

hubungan anatara kaum di Malaysia seperti Bangsa Melayu, Cina dan India.

Page 3: Esei Hubungan Etnik Waj3106

Disamping itu juga, merapatkan hubungan antara masyarakat di Sabah serta

Sarawak.

Rukun Negara turut diperkenalkan. Rukun negara merupakan Ideologi

Kebangsaan. Rukun Negara akan dihayati oleh semua kaum yang berada

dalam Negara dan merupakan teras serta tiang Negara.

Disamping itu, kerajaan turut memperkenalkan usaha yang lain untuk

menjamin kestabilan Negara. Antaranya :-

i. Dasar Ekonomi Baru

ii. Dasar Pendidikan Kebangsaan

iii. Satu Parti Majoriti mentadbir Negara

iv. Dasar Kebudayaaan

Namun untuk mengecapi nikmat kestabilan negara, buka sahaja pihak kerajaan

yang perlu lebih berusaha ke arah itu. Tetapi perkara yang lebih besar ialah

gabungan masyarakat seperti individu, pihak persatuan, pertubuhan dan kesatuan

perlu menyedari kepentingan perpaduan.

Akhir sekali, hubungan etnik yang baik dan harmonis memberi jaminan untuk

mengukuhkan pentadbiran negara. “ Negara Aman Rakyat Makmur ”.

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

1. Bagaimanakah konsep integrasi berbeza daripada konsep

asimilasi dalam konteks memupuk perpaduan nasional?

Page 4: Esei Hubungan Etnik Waj3106

Perbezaan konsep integrasi daripada konsep asimilasi dalam

konteks memupuk perpaduan nasional adalah Integrasi merupakan

satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan

kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi

dalam sesebuah unit politik. Proses integrasi berlaku melalui

integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan dan

politik. Proses untuk menghasilkan sebuah masyarakat integrasi

adalah suatu proses yang sukar dan amat kompleks.

Asimilasi pula merupakan proses percantuman antara etnik

berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan

kebudayaan dan identiti yang sama. Proses asimilasi apabila

wujudnya interaksi yang erat ahli kumpulan etnik yang berbeza

dalam jangka masa yang lama. Asimilasi berjaya apabila etnik

minoriti sanggup menerima identiti atau budaya etnik majoriti yang

lebih dominan sebagai cara hidup mereka seharian.

2. Jelaskan kepentingan memahami konsep-konsep asas hubungan

etnik dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia?

Kepentingan memahami konsep-konsep asas hubungan etnik dalam

konteks masyarakat majmuk Malaysia:

i. Mengetahui sifat struktur sosial, keadaan sosial dan ikatan

sosial masyarakat, darjah pluralisme sosial dan kebudayaan,

punca konflik dan struktur masyarakat bersifat kolonial.

ii. Memberi gambaran perkembangan sejarah dan kemampuan

sosioekonomi sesebuah negara.

iii. Mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial.

iv. Menggambarkan faktor personaliti dalam menentukan tingkah

laku masyarakat, isu prasangka dan diskriminasi.

3. Huraikan aplikasi tiga konsep asas hubungan etnik dalam konteks

Masyarakat Malaysia.

a. Konsep Masyarakat

Page 5: Esei Hubungan Etnik Waj3106

Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan

hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat.

Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup

bermasyarakat. Manusia juga perlu memahami budaya

masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain serta memupuk

kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat

lain.

b. Konsep Budaya

Dapat membina imej negara kearah mewujudkan

keperibadian serta identiti; dan kedua, memupuk kesedaran

kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian,

kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya memberikan

identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara

pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan

kepada satu keturunan. Maka ‘manusia itu sendiri membentuk

budaya’ dan perkembangan budaya akan mengikut

perkembangan masyarakat itu sendiri

c. Konsep Perpaduan dan Integrasi

Konsep Perpaduan harus diperluaskan melalui acara-acara

peringkat setempat supaya perpaduan kaum benar-benar

wujud dan bukan semata-mata dalam acara-acara formal saja

seperti tradisi rumah terbuka kebangsaan ini bukan saja untuk

Hari Raya tetapi juga untuk lima perayaan utama lain iaitu

Krismas, Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Keamatan dan

Hari Gawai. Integrasi ialah suatu proses yang sangat

kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi

darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu

segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu

amalgamasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah

dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai.

Perhubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik

dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan

perasaan harmonis antara pelbagai etnik.

Page 6: Esei Hubungan Etnik Waj3106

PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH

Dua konsep yang sering digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri Asia Tenggara ialah

plurality dan masyarakat plural (plural society).

Pluraliti : istilah yang digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa

di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah ( Eropah ) yang

terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di

sebaliknya.

Masyarakat Plural : ianya terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang

Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India ke Asia

Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal

berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan system social-politik-agama yang

wujud di Asia Tenggara. Kesannya daripada itu wujudlah kelompok-kelompok

masyarakat yang hidup terasing daripada kelompok yang lain walaupun tinggal di

tempat yang sama (Masyarakat Majmuk).

Penjajahan Barat menjadi titik pemisah antara Pluraliti dan Masyarakat Plural.

Di mana mereka telah memperkenalkan sistem mereka yang menggalakkan

perkembangan masyarakat pluralistik.

Pluraliti alam Melayu boleh dikaji berdasarkan plurality social dan alam sekitar.

Pluraliti social dapat dilihat berdasarkan reality kehidupan masyarakat yang ada.

Pluraliti alam sekitar merujuk kepada leadaan alam sekitar dan muka bumi alam

Melayu yang begitu mudah berinteraksi dengan kawasan-kawasan lain di dunia.

Contohnya, Bunga raya adalah dibawa dari Kepulauan Pasifik, manakala getah pula

berasal dari Brazil.

Pembentukan Pluraliti di alam Melayu

1. Hubungan dengan China dan India.

Page 7: Esei Hubungan Etnik Waj3106

Hubungan antara alam Melayu dengan China dan India ini telah lama berlaku.

Hubungan yang terjalin ini adalah disebabkan oleh faktor perdagangan dari kedua-

dua benua

tersebut. Di mana alam Melayu merupakan tempat persinggahan para pedagang

bagi memperdagangkan bahan-bahan yang mereka bawa bersama. Hubungan

perdagangan secara langsung antara Gugusan Kepulauan Melayu dengan China

telah diasaskan pada awal a bad ke-5 Masihi. Hubungan tersebut gterladi

disebabkan oleh beberapa faktor seperti perdagangan dan pendidikan. Alam Melayu

juga terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan sejak

abad ke-7 Masihi.

2. Zaman Hinduisme dan Buddhisme.

Pembentukan Pluraliti di alam Melayu juga dipengaruhi oleh agama dan kebudayaan

India. Di mana masyarakat alam Melayu terutamanya dalam kalangan raja dan

bangsawan telah menerima unsur-unsur agama Hindu dan Buddha yang tidak

bercanggah dengan kepercayaan tempatan. Pengaruh Hinduuisme dan Buddhisme

tidak member kesan yang besar dalam kehidupan rakyat biasa berbeza dengan

pengaruh Islam (menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas). Satu aspek lagi

menurut Al-Attas ialah tidak terdapat jitab-kitab yang membincangkan idea-idea

besar seperti falsafah, ketuhanan, metafizik dan sebagainya berasaskan Hinduisme

dan Buddhisme di alam Melayu. Apa yang ada atau terdapat cuma kitab-kitab yang

bersifat keseniaan terutamanya dalam bahasa Jawa.

Hinduisme dan Buddhisme diterima baik di kalangan pemerintah alam Melayu

sebelum kedatangan Islam. Mitos Hinduisme telah mengukuhkan lagi institusi raja di

alam Melayu. Kebesaran raja-raja juga digambarkan menerusi candi-candi yang

didirikan.

3. Penjelmaan dari segi material dan non-material.

Penjelmaan ini dapat dilihat dan difahami berdasarkan perubahan yang bersifat

epistemological yang dibawa oleh penjajah British. Epistemologikal bererti asal mula

sesuatu ilmu pengetahuan. Perubahan epistemologikal dari segi ilmu pengetahuan

yang melibatkan cara berfikir dan cara melihat sesuatu yang seterusnya akan

melibatkan perubahan terhadap cara memahami sesuatu.

Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, ilmu pengetahuan di alam Melayu banyak

berasaskan epistemologikal yang bercorak metafizik atau ilmu yang bersumberkan

alam ghaib. Amalan perubatan perdukunan dan perbomohan yang menggunakan

Page 8: Esei Hubungan Etnik Waj3106

jampi serapah dalam berinteraksi dengan pihak alam ghaib adalah manifestasi yang

jelas mengenai ilmu metafizik alam Melayu.

Kedatangan Inggeris telah mengubah epistemologi yang bersifat non-material ini

kepada epistemology fizikal yang bersifat rasional atau saintifik. Asasnya ialah

pembuktian sesuatu material menerusi pancaindera dan kenudiannya

dipertingkatkan menerusi alat-alat saintifik seperti mikroskop dan sebagainya. Kesan

daripada itu muncullah pelbagai ilmu dan institusi moden, pengenalan kepada

ekonomi kapitalis yang berorientasikan pasaran dan birokrasi politik. Kesemua ini

kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial.

PUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU: EMPAYAR MELAKA (KESULTANAN

MELAKA) MERCU HUBUNGAN ETNIK PRA-PENJAJAHAN.

Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak

keagungan kerajaan Melayu. Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesaryang

berpandangan jauh. Di mana empayar Melaka pada masa itu merupakan tempat

pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok dunia sehingga ianya digelar “The

Venice of The East”.

Dari segi pemerintahan:

Pemerintahan dijalankan dengan sikap penuh diplomasi dan terbuka. Para pegawai

istana terdiri daripada campuran orang-orang Melayu tempatan dengan bangsa-

bangsa asing yang dating berdagang dan menetap di istana. Perkhawinan campur

telah berlaku antara pemerintah Melaka dengan anak perempuan pemerintah

Negara China dan lain-lain. Pemerintahan Melaka pada masa itu telah mengambil

kira keharmonian antara kaum.

Perlembagaan Melaka yang berasaskan ajaran Islam iaitu (Hukum Kanun Melaka

dan Undang-undang Laut Melaka) telah menyumbangkan atau menggalakkan

kepada kemakmuran dan kemajuan system pemerintahan Melaka.

Perdagangan Melaka pada waktu itu berjalan dengan lancer hasil daripada system

pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang cekap. Malah pelaksanaan

Undang-undang Laut Melaka itu sendiri telah menjamin tahap keselamatan yang

tinggi kepada ribuan kapal pedagang. Kecekapan kawalan terhadap hasil rempah-

ratus yang menjadi tarikan kepada kedatangan pedagang asing berdagang ke

Melaka.

Page 9: Esei Hubungan Etnik Waj3106

Kependudukan.

Zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka adalah merupakan zaman plurality

kerana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi atau alamiah tanpa ada

paksaan daripada mana-mana pihak di mana mereka tidak memerlukan passport

dan visa untukm memasuki sesuatu kawasan. Pedagang dari Arab, Cina , India dan

negara-negara lain datang berdagang secara sukarela. Mereka telah berakomodasi

dengan penduduk tempatan dan sistemnya dengan baik. Ini mewujudkan kategori

masyarakat yang baik yang tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba.

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka telah memperlihatkan wujudnya interaksi

aktif di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di Melaka.

Kebudayaan:

Keterbukaan pemerintah Empayar Melaka menerima kehadiran para pedagang

daripada seluiruh pelosok dunia tanpa syarat-syarat yang menyulitkan

memungkinkan pelabuhan Melaka berkembang sebagai pelabuhan penting dunia.

Kemajuan perdagangan dan kemajuan sebagai kota metropolitan memungkinkan

Melaka wujud sebagai kota multi-budaya di mana setiap budaya mempunyai tempat

masing-masing.

Pluralisme budaya bukanlah suatu fenomena baharu dalam alam Melayu. Interaksi

antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam

dan Eropah (Portugis, Belanda & British) dengan budaya alam Melayu telah berlaku

sekurang-kurangnya sejak abad ke-5 Masihi lagi. Pertemuan dan pertembungan

budaya-budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu cirri fenomena

kepluralitian budaya.

Pengasas Masyarakat Plural

Kedatangan penjajah British ke alam Melayu khususnya Tanah Melayu telah

membawa bersama-sama dasar pentadbiran yang selaras dengan kemajuan

mereka dari segi ilmu pengetahuan. Prinsip, system, struktur dan dasar yang

diamalkan dalam pemerintahan mereka jauh berbeza dengan sistem yang ada di

alam Melayu.

Perubahan epistemologikal yang besar ialah dari segi pemisahan di antara Negara

dan Agama. Kesannya di alam Melayu, pemerintahan Negara dikawal oleh penjajah

manakala agama dan adat istiadat peribumi di bawah pengawasan sultan Melayu.

Sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa di antara tiga unsure penting iaitu

Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman telah diperkenalkan oleh penjajah. Ianya

Page 10: Esei Hubungan Etnik Waj3106

berbeza dengan kuasa mutlak raja yang tiada agihan kuasa. Hasil daripada

pemerintahan moden ini berkembangnya sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan

ekonomi perindustrian dan perdagangan. Sistem ekonomi ini bergantung kepada

pasaran, modal dan buruh. Perkembangan pesat ekonomi kapitalis inilah yang

mendorong kepada kewujudan masyarakat plural di alam Melayu dengan

kemasukan bangsa asing yang dibawa oleh penjajah untuk tujuan

pengeksploitasiam ekonomi dengan segera dan menguntungkan.

LATARBELAKANG BANGSA MALAYSIA DALAM KONTEKS KEPULAUAN

MELAYU.

Aspek Geo.budaya.

Kepulauan Melayu (Nusantara): ianya terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu,

Pulau Borneo, selatan Filipina, gugusan Kepulauan Maluku, Jawa dan Sumatera.

Masyarakat terawal ialah orang Melayu yang terdiri daripada pelbagai suku etnik dan

mempunyai pelbagai kepercayaan dan cara hidup. Mereka ini terangkum sebagai

Rumpun Melayu (mempunyai cirri-ciri persamaan budaya yang jelas antara satu

suku dengan suku yang lain.

Aspek Rumpun Bangsa

Di Semenanjung Tanah Melayu penduduknya ialah terdiri daripada kelompok

Melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu serta mengamalkan cara hidup orang

Melayu dan beragama Islam. Selain daripada itu terdapat juga sebahagiannya

datang dari sekitar Kepulauan Melayu seperti Jawa, Banjar, Bugis, Minangkabau,

Melayu-Patani. Selain itu terdapat juga suku kaum asli iaitu Jakun, Sakai, Senoi dan

lain-lain.

Penduduk di sabah - penduduknya lebih heterogenes dan dikenali sebagai

bumiputera. Terdapat pelbagai suku kaum peribumi seperti Kadazan dusun, Murut,

Bajau, Bisaya, Suluk, Iranun, Idahan, Melayu-Brunei, Kedayan dan lain-lain. Suku

kaum ini pula terdiri dua iaitu Islam dan bukan Islam. Kaum yang beragama Islam

seperti kaum Bajau, Melayu-Brunei, Bisaya, Suluk manakala kaum Kadazan Dusun

dan Murut ialah masyarakat bumiputera yang bukan beragama Islam (beragama

Kristian dan fahaman animism) tetapi sebahagiannya juga beragama Islam.

Penduduk di Sarawak - penduduknya lebih heterogenes dan dikenali sebagai

bumiputera. Terdapat pelbagai suku kaum peribumi iaitu Iban, Melanau, Kelabit,

Bidayuh, Penan, Melayu, Murut, Kenyah, Kayan, Kedayan dan lain-lain. Melayu,

Page 11: Esei Hubungan Etnik Waj3106

Melanau dan Kedayan merupakan masyarakat bumiputera yangb beragama Islam.

Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan dan Bisaya merupakan masyarakat bumiputera

bukan Islam (beragama Kristian dan fahaman animism) tetapi sebahagiannya juga

beragama Islam.

Aspek Bahasa.

Bahasa Melayu adalah berasal daripada bahasa Austronesia atau juga dikenali

sebagai bahasa Malay-Polinesia. Bahasa Melayu berkembang menjadi 150 cabang

bahasa lain mengikut suku kaum yang ada di Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu

mula berubah setelah kedatangan ajaran Hindu di mana pengaruh bahasa Sanskrit

dalam bahasa Melayu kuno. Dengan kedatangan pengaruh Islam pada abad ke-13

dan ke-14 Masihi, bahasa Melayu berkembang pesat. Pengenalan tulisan Jawi

menyebabkan perkembangan ilmu (Kesusasteraan, Teologi, Falsafah dan Tasawuf).

Bahasa Melayu adalah bersifat dinamik. Ianya menjadi bahasa Lingua-franca di

alam Melayu terutamanya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Kerajaan Tradisi Melayu – Pada zaman Hindu-Buddha mengamalkan sistem

pemerintahan beraja. Ini dapat dilihat seperti Kerajaan Kedah Tua, Langkasuka,

Srivijaya dan Majapahit. Pada zaman pemerintahan Islam seperti Kerajaan Melaka

dan Kerajaan Aceh telah memainkan peranan dalam bangsa Melayu. Selepas

Kerajaan Melaka maka munculm pula kerajaan Johor-Riau dan Brunei.

CAMPURTANGAN BRITISH DAN KELAHIRAN MASYARAKAT PLURALISTIK

Penguasaan kuasa penjajah ke atas Melaka oleh bangsa Portugis pada tahun 1511,

Belanda pada tahun 1641. Ini diikuti oleh British yang menguasai ke atas pelabuhan

Pulau Pinang pada tahun 1786, Melaka pada tahun 1824 dan Singapura pada 1826

bermulalah penguasaan British ke atas Tanah Melayu. Ini diperkuatkan lagi dengan

terbentuknya satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-Belanda pada

tahun 1824. Perjanjian ini telah membentuk satu pembentukan sempadan

Kepulauan Melayu di bawah pengaruh British dan Belanda.

Pada tahun 1874 pihak British telah memberkenalkan pentadbiran ke atas Tanah

Melayu iaitu Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Sistem

Penasihat di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Page 12: Esei Hubungan Etnik Waj3106

Di Sarawak pula kaum Bumiputera yang utama ialah orang Iban, Bidayuh, Melayu

dan Melanau. Penguasaan keluarga Brooke pada tahun 1841 – 1946 telah

menggalakkan kemasukan orang Cina untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan

pelombong. Di Sabah ianya dikuasai oleh Pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo

Utara British (SBBUB) pada tahun 1881 – 1946 juga telah menggalakkan

penghijrahan masuk orang Cina ke Sabah.

Dalam proses campurtangan ke atas kerajaan Melayu, kuasa Barat (British) telah

mengiktiraf orang Melayu sebagai Tuan kepada tanah airnya. Manakala pihak British

terus berhubung dengan sultan-sultan Melayu untuk mendapatkan persetujuan

mereka.

Akibat daripada penjajahan ini juga telah menimbulkan penentangan tokoh atau

masyarakat tempatan ke atas kuasa Barat. Sebagai contohnya, di mana penasihat

British pertama yang mati dibunuh iaiatu J.W.W Birch. Penjajahan British ini telah

meninggalkan kesan yang sangat besar dalam politik, demografik dan sosio-

ekonomi Tanah Melayu

KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK ATAU PLURALISTIK

Kewujudan ini berkait rapat dengan dasar British mengeksploitasi ekonomi Tanah

Melayu untuk keuntungan yang cepat dan maksimum. Dasar British yang membawa

masuk orang Cina dari Kwangtung dan Fukien melalui sistem kontrak buruh, tiket

kredit, secara berkumpulan dan persendirian. Masyarakat Cina ini bertumpu di

sekitar Pulau Pinang hingga ke Singapura dan negeri-negari pantai barat. Pada

tahun 1895 hingga 1927 terdapat lebih daripada 6 juta oranjg Cina berhijrah ke

Tanah Melayu. Dengan ini pada tahun 1931 didapati 34 % daripada penduduk

Tanah Melayu ialah orang Cina. Di Sarawak orang Cina bertumpu di kawasan

Bandar Sibu, Miri dan Bintulu manakala di Sabah, Syarikat Berpiagam Borneo Utara

British membawa masuk buruh asing seperti orang Cina, Filipina, Jawa dan Jepun

untuk bekerja di lading tembakau, getah, kelapa, pembalakan dan pemeliharaan

mutiara.

Selain daripada orang Cina, migrasi orang India dari selatan India dan di bawa

melalui sistem Kangani. Ianya bermula pada tahun 1880an dan pesat pada abad ke-

20. Pada tahun 1911, orang India hanya 10 % daripada penduduk Tanah Melayu

dan telah meningkat kepada 15 % pada tahun 1921. Mereka ini di bawa masuk

untuk bekerja di lading-ladang getah, sektor perkhidmatan dan kerja raya.

Page 13: Esei Hubungan Etnik Waj3106

Migrasi penduduk melayu dari Indonesia, Jawa dan Sumatera datang ke Tanah

Melayu untuk bekerja dalam sector pertanian dan tinggal di luar Bandar. Selain

daripada itu terdapat juga migrasi penduduk Arab-Parsi dan Ceylon.

Imigran yang masih tinggal di Tanah Melayu membentuk satu masyarakat yang

tetap dan mengasaskan organisasi social masing-masing. Contohnya orang-orang

cina telah membentuk persatuan dan pertubuhan social masyarakat mereka

(Huatuan). British telah melaksanakan dasar Pecah dan Perintah bagi

memudahkan kawalan ke atas imigran tersebut. Kesannya, pengenalan kaum

mengikut fungsi ekonomi, pengasingan tempat tinggal dan pengasingan sistem

pendidikan. Dasar British telah mengasingkan kaum menceburi sector ekonomi

adalah berbeza iaitu : Melayu sebagai nelayan dan petani (sektor luar Bandar ), Cina

bekerja perlombongan dan perdagangan dan kaum India bekerja di perladangan dan

kerja raya.

Dengan ini timbullah Sistem Ekonomi Duaan/Dualisme Ekonomi. Perkembangan

sistem Ekonomi Moden dan Ekonomi Tradisional tidak seimbang. Penjajah juga

telah membezakan sistem pendidikan bagi setiap kaum iaitu Sekolah Inggeris,

sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. Pada dasarnya hubungan kaum

baik dalam konteks ‘bercampur tetapi tidak berssatu’.

MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA.

Politik:

Malaysia dianggap sebagai sebuah Negara yang berupaya melaksanakan sistem

demokrasi dengan berkesan. Demokrasi di Negara ini telah berjalan lancer

terutamanya semenjak pilihan raya umum pertama pada tahun 1955, di mana tiga

kumpulan etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak

British memberikan kemerdekaan.

Selepas era 1960an perjalanan politik terus berkembang secara dinamik. Kerjasama

parti-parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah berkembang dengan

peningkatan keahliannya, contoh penubuhan Barisan Nasional tahun 1974. Dasar-

dasar kerajaan berkaitan perhubungan etnik melalui formula tolak ansur telah

berjaya mengekalkan keharmonian masyarakat di Malaysia.

Perlembagaan:

Kontrak social merupakan satu kesepakatan yang telah dirunding, pembentukan

parti-parti etnik dan ‘coalition’sebagai model permuafakatan politik (Parti Perikatan,

Page 14: Esei Hubungan Etnik Waj3106

Barisan sosialis, barisan nasional, Barisan Alternatif). Perlembagaan merupakan

panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di Negara ini. Perlembagaan

mencatatkan kontrak social yang dipersetujui bersama antara kaum di Negara ini.

Dari segi sejarah terdapat dua peringkat kontrak social di alam Melayu iaitu:

Pertama- berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati

antara rakyat dan raja. Janji taat setia dan saling menghormati ini diistilahkan

sebagai waad.

Kedua – berlaku dalam komnteks masyarakat pluralistic hasil daripda syarat yang

dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah

Melayu.

Setiap etnik mempunyai wakil dalam bentuk parti politik dan mencapai persepakatan

untuknhidup dalam aman dan damai. Dengan itu terbentuklah jawatankuasa

Hubungan Antara Kaum (Communities Liason Committee – CLC) pada tahun 1949.

Ini usaha bersama tan Cheng Lock dan Dato’ Onn Jaafar.

Pendidikan:

Sebelum Penyata Razak, ada 4 aliran dalam sistem pendidikan iaitu aliran Inggeris,

Melayu, Cina dan India. Setiap aliran ini mempunyai adunan dan acuan pendidikan

yang berbeza. Semasa penjajah ianya dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu:

Pertama – pendidikan British rendah dan menengah yang mana anak-anak di

kalangan bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan India. Kedua, sekolah Melayu

peringkat rendah yang dibantu oleh British untuk jadi petani yang pandai sikit.

Terdapat juga sekolah agama dan mengaji Quran.dan ketiga pula sekolah

vernacular Cina dan India.

Sistem pendidikan Kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum,

sukatan mata pelajaran dan orientasi, iaitu Laporan Razak 1956b dan Laporan

Rahman taib 1960.

Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua laporan tersebut ialah untuk

menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan

kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa

Melayu. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan 1957,

Bahasa Inggeris masih bahasa rasmi.

Pucuk pimpinan parti Perikatan telah mencapai kesepakatan pada tahun 1956 dan

bersetuju dengan Akta Pendidikan 1957 di atas prinsip:

Page 15: Esei Hubungan Etnik Waj3106

a) Sekolah pelbagai aliran di benarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda

masing-masing dibenarkan;

b) Oleh sebab bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, maka di

sekolah-sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar bahasa Melayu sebagai

salah satu daripada mata pelajaran;

c) Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku-buku teks yang

lain mestilah berteraskan Malaysia;

d) Bukan lagi berteraskan Negara China dan India (John Lowe, 1960).

Ekonomi:

Selepas mendapat kemerdekaan tahun 1957, kerajaan telah menggiatkan usaha

untuk mengatasi pelbagai masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik. Rancangan

pembangunan ekonomi Negara dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:

1. Rancangan pramerdeka iaitu Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah

Melayu (1950 -1955) dan rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama

(1956 – 1960);

2. Perancangan selepas merdeka, merangkumi Rancangan Prsekutuan Tanah

Melayu Kedua (1961 – 1966) dan sebahagian daripada Raancangan

Malaysia Pertama (1966 -1970);

3. Perancangan dan era Dasar Ekonomi Baru; dan

4. Dasar-Dasar Pembangunan Negara.

Sistem ekonomi dualism ini merujuk kepada dua orientasi dan tumpuan yang

bberbeza namun bergerak seiring dengan garis etnik:

Pertama – sistem ekonomi moden yang mendominasi keseluruhan organisasi

pengeluaran (getah dan bijih timah),

Kedua – sistem ekonomi tradisional diidentifikasikan dengan sektor ekonomi

pertanian. Komoditi utamanya ialah padi dan perikanan. Teknik pengeluarann ya,

pemasaran, tenaga kerja serta modal adalah didominasi oleh etnik Melayu. Ia

bercirikan budaya luar Bandar (Ness, 1967).

Ketiga – jelas terdapat ketidakseimbangan antara etnik. Etnik Cina menguasai

separuh daripada keseluruhan sektor ini, manakala etnik Melayu dan India masing-

masing Cuma menguasai satu perempat sahaja.

Isu yangb berkaitan dengan ekonomi memerlukan iltizam yang kuat daripada semua

pihak untuk merapatkan jurang yang sedia ada. Keperluan untuk memperbetulkan

Page 16: Esei Hubungan Etnik Waj3106

kedudukan dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia menjadi sebagai salah

satu asas dalam memupuk kerjasama antara etnik. Ketidakseimbangan kedudukan

ekonomi berdasarkan etnik juga harus diatasi kerana ia dapat menjadi sumber

pencetus konflik. ( contohnya, 13 Mei 1969).

KESIMPULAN

Memahami plurality adalah asas penting kea rah memahami pembentukan

masyarakat plural.Pluraliti telah sedia wujud di alam Melayu. Ideologi secular telah

mempengaruhi perubahan dalam sistem masyarakat sepadu. Pluraliti masyarakat

Malaysia diperkukuhkan melalui dasar-dasar Negara yang dibentuk berteraskan

persetujuan bersama. Persefahaman dan kerjasama inilah yang membolehkan

Negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan seterusnya

mempergiatkan usaha untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian

kaum.

Page 17: Esei Hubungan Etnik Waj3106

Huraikan bagaimana prosses dan tindakan politik boleh memupuk

hubungan etnik yang harmonis di Malaysia.

Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum dengan latar belakang

sejarah, keturunan, budaya, agama dan kepercayaan serta cara hidup dan nilai

hidup yang berbeza. Dasar penjajah British telah menggalakkan kemasukan imigran

asing (dari China dan India) ke Malaysia pada abad ke-19 dan awal abad ke-20

untuk mengembangkan sistem ekonomi penjajah. Orang Cina digalakkan datang

kerana keperluan sebagai tenaga buruh di sektor perlombongan bijih timah. Orang

India pula sebagai sumber tenaga buruh dalam sektor perladangan.Kedua-dua

sektor ekonomi (perlombongan & perladangan) adalah tulang belakang ekonomi

British di negara ini. Kehadiran imigran asing telah melahirkan masyarakat berbilang

kaum di Malaysia; setiap kaum dipisahkan dengan kegiatan ekonomi, tempat tinggal

dan sistem persekolahan yang berbeza.

Kepelbagaian etnik di Malaysia telah mempengaruhi dan mencorakkan

pembangunan politik di Negara ini. Perkembangan Politik Kepartian Melayu, Cina &

India Sebelum penubuhan parti-parti politik, kesedaran politik di kalangan penduduk

berbilang kaum telah lahir. Di kalangan orang Melayu, telah bermula kesedaran

berteraskan keagamaan, kemudian berkembang kepada pembentukan persatuan

kenegerian dan seterusnya pertubuhan bercorak politik sebelum penubuhan parti

politik. Kesedaran politik orang Cina dan orang India berteraskan kepada pergolakan

politik di negara China & India sebelum lahirnya parti politik kaum itu sendiri di

Tanah Melayu.

Berbeza dengan orang Melayu, kegiatan politik orang Cina dan India di Tanah

Melayu berdasarkan kepada peristiwa politik di negara asal mereka, China dan

India. Ini kerana kedatangan mereka ke Tanah Melayu pada awalnya hanyalah

Page 18: Esei Hubungan Etnik Waj3106

untuk mencari kekayaan sebelum kembali ke negara asal mereka. Budaya

berpersatuan telah diamalkan oleh orang Cina sejak di China.

United Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan oleh orang Melayu

kesan daripada bantahan terhadap rancangan Malayan Union yang diperkenalkan

oleh British pada tahun 1946. Antara 1 - 4 Mac 1946, 41 pertubuhan Melayu dari

pelbagai bahagian Tanah Melayu dan Singapura berhimpun di Kelab Selangor,

Kuala Lumpur, untuk membantah perlembagaan Malayan Union. Pada 11 Mei 1946,

persetujuan dicapai untuk membentuk UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu

Bersatu (PEKEMBAR). Kelahiran UMNO adalah hasil cetusan semangat

kebangsaan orang Melayu dalam memperjuangkan kepentingan dan hak-hak

mereka di bawah Rancangan Malayan Union. Melihat kepada perkembangan politik

di Tanah Melayu, orang Cina menubuhkan parti mereka.

Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) dimulakan pada satu majlis

makan malam di rumah Yong Shook Lin pada 15 Disember 1948. Pada peringkat

awal, MCA lebih menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sosial dalam membantu

orang Cina menghadapi zaman Darurat di Tanah Melayu.

Orang India menubuhkan Malayan Indian Congress (MIC) pada Ogos 1946.

MIC diketuai oleh John A. Thivy (1946-1947). Penubuhannya bertujuan untuk

membantu dan memperjuangkan kepentingan politik, ekonomi dan sosial orang

India di Tanah Melayu. UMNO berjaya mencapai kesepakatan dengan Malayan

Chinese Association (MCA) dalam membentuk Perikatan UMNO-MCA dalam

menghadapi persaingan politik di Tanah Melayu. Kerjasama itu kemudian

diperkukuhkan dengan penyertaan Malayan Indian Congress (MIC) pada tahun 1954

dan membentuk Perikatan UMNO-MCA-MIC. Perikatan telah berjaya dalam

pilihanraya & dapat mengukuhkan kedudukannya ke arah memperjuangkan

berkerajaan sendiri dan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Kemenangan parti perikatan dalam pilihan raya 1955 teal menjadi bukti

bahawa kerjasama politik dan perkongsian kuasa antara etnik boleh berjalan dengan

baik. Suruhanjaya Reid menghasilkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

1957 yang dianggap sebagai kontrak sosial merupakan satu persetujuan yang

dicapai antara etnik Melayu,Cina dan India

Page 19: Esei Hubungan Etnik Waj3106

Perjanjian Malaysia 1963 merupakan satu lagi persetujuan yang dicapai

antara para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu , Sabah, Sarawak dan Singapura

untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia. Perkembangan tersebut sangat penting

untuk memahami proses politik antara etnik dan hubungan antara Kerajaan Pusat

serta Kerajaan Negeri, khasnya berkaitan Sabah dan Sarawak.Pergabungan parti-

parti politik yang beasaskan etnik telah membawa kepada pemupukan hubungan

etnik yang lebih harmonis.

i) Jelaskan sikap akomodatif yang wujud semasa penggubalan Perlembagaan

Malaysia.

KONSEP AKOMODASI

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik

menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik yg lain & tetap

mempertahankan budaya hidup masing-masing. Pelbagai kumpulan etnik hidup

secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat

pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi

dan pendidikan dan mereka saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan

di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka

dalam keadaan harmoni.

Perlembagaan ialah kumpulan peraturan atau undang-undang sama adayang

bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian

kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip- prinsip umum bagaimana kuasa-

kuasa tersebut dilaksanakan. Perlembagaan juga berperanan sebagai panduan bagi

membentuk undang-undang sama ada oleh pihak kerajaan atau rakyat.

Semangat akomodatif yang dapat dilihat ialah persefahaman orang bukan

Melayu terhadap keistimewaan orang Melayu. Dengan pengenalan Persekutuan

Tanah Melayu, kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin kuat .

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ( Communities Liason Comittee

– CLC ) 1949 yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik telah menyelesaikan

sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat

permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik. CLC juga merupakan organisasi

pertama ditubuhkan secara tidak rasmi bagi membincangkan pelbagai isu seperti

Page 20: Esei Hubungan Etnik Waj3106

kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan.

Antara tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato’ Onn Jaafar, Dato’

Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C. C. Tan, Dr J. S. Goonting dan E.E.C.

Thuraisingham. Jawatankuasa ini telah berjaya memupuk persefahaman antara

pemimpin pelbagai kaum.

Kesediaan dan rela berkongsi kuasa dapat menggambarkan dengan jelas

sikap akomodarif yang wujud pada masa itu di mana orang Melayu dengan penuh

rela hati menyokong calon- calon Parti Perikatan berbangsa Cina dan India.

Pemimpin Melayu sanggup melepaskan kerusi- kerusi mereka kepada pemimpin

dari kaum Cina dan India. Dalam pilihanraya 1955 Perikatan yang diterajui oleh

UMNO telah meminta 40 kerusi diberikan kepada UMNO atas alasa jumlah

pengundi Melayu ialah 84.2 peratus, tetapi demi perpaduan dan mengamalkan

konsep perkongsian kuasa, UMNO diperuntukkan 35 kerusi sahaja, MCA 15 kerusi

dan MIC sebanyak 2 kerusi. Kerjasama yang lebih erat antara orang Melayu dan

bukan Melayu terus terjalin apabila British mensyaratkan kemerdekaan hanya

diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu dan bekerjasama.

Orang Melayu memberikan pengorbanan yang begitu banyak daripada hak-

hak sebagai Bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa bukan Melayu. Walaupun

ada jaminan hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perjanjian Persekutuan , tetapi

ini tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa bukan Melayu daripada

mencapai kesenangan dan kejayaan. Sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu

itu masih belum menghasilkan keadaan yang setaraf antara orang Melayu dengan

orang bukan Melayu, hal ini jelas dapat disimpulkan sebagai semangat akomodatif

yang wujud semasa penggubalan perlembagaan Malaysia.

ii) Huraikan peranan dan kepentingan unsur- unsur tradisi dan kontrak social dalam

konteks hubungan etnik di Malaysia.

KONSEP KONTRAK SOSIAL

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara

kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat

dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian

kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka

wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam

Page 21: Esei Hubungan Etnik Waj3106

Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapidari perspektif lain, kontrak sosial

sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah

yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk

negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan

sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan.

Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha

untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus

dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana

mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan

Malaysia.

Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan

perkongsian hidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam

masyarakat majmuk di negara ini. Seperti dalam mana-mana kontrak atau

perjanjian, walaupun ada sebahagiannya yang tidak disuratkan dan boleh

dipindamengikut keadaan, namun segala perubahan itu mestilah merupakan

persetujuan bersama atau keizinan bersama. Kontrak atau perjanjian tidak boleh

diubah secara satu pihak sahaja. Semua yangterlibat dalam perjanjian itu mesti

setuju kepada perubahan dan pindaan. Apatah lagi kontrak sosial itu telah

diinstitusikan dengan menyuratkannya ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Di

samping itu, asal usul dan rentetan sejarah kontrak sosial ini mesti didedahkan,

diperturunkan, dipelajari dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, terutama

generasi muda daripada kalangan anak-anak Melayu, Cina dan India. Mereka mesti

memahami dan menghargai apa yang tersirat dan yang tersurat dalam kontrak

sosial itu. Hal ini amat penting kerana kontrak sosial dapat diertikan sebagai resipi

kehidupan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, aman makmur dan harmoni.

Penyebaran luas maklumat mengenai kontrak sosial perlu dijalankan secara

sungguh-sungguh, terutamamelalui sistem pendidikan di pelbagai peringkat sama

ada rendah, menengah, kolej dan universiti.

KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL

Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak

sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia

tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya

Page 22: Esei Hubungan Etnik Waj3106

membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah

ditetapkan oleh perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang

terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi

melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan

mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan

akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum.

Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu

berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman

damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di

negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat

untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan.

Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontrak

sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan

kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran.

Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai

sesuatu yang sudah berlalu.Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan

kerana bagi mereka iaadalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa

hak istimewa masyarakat bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak

sosial. Jika golongan bukan Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat

tertentu, masyarakat bumiputera pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam

Perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu. Masyarakat bukan Melayu perlu

memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan

pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula harus memahami

hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan

Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan

membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling

memahami. Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain

tidak dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan.

Penulis teringat polemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang pernah ditimbulkan oleh

Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu)

satu ketika dahulu iaitu tentang 83 tuntutan yang antaranya menuntut agar semua

orang Cina mendapat semua perkara yang dianggap sebagai hak mereka dan

menghapuskan hak istimewa orang Melayu.[Utusan Malaysia, "Suqiu keterlaluan –

PM -Kerajaan menolak sama sekali tuntutan hapuskan hak istimewa orang Melayu",

Page 23: Esei Hubungan Etnik Waj3106

24 Disember 1998]. Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh Presiden Gerakan,

Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik melupakan formula

kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai

kemerdekaan.[Utusan Malaysia, "Lupakan formula kontrak sosial antara kaum –

Keng Yaik", 14 Ogos 2005]. Menurut beliau, formula kontrak sosial itu membuatkan

masyarakat Cina dan India merasa kecil hati.

Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin

keharmonian kaum di Malaysia. Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak

sedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara

perpaduan antara kaum. Mungkin jika kontrak sosial ini dibincangkan secara terbuka

akan memberi lebih banyak kesan kepada setiap kaum di Malaysia. Ini kerana jika

ini sudah tentu orang Melayu akan memprotes dan ini sekaligus boleh menimbulkan

ketidaksefahaman dan sangsi dengan kaum lain. Oleh itu bagi mengelakkan rasa

prejudus ini dan mengelak perkara yang tidak dijangka adalah lebih wajar jika kita

mengambil jalan mudah dengan tidak membicarakan tentang kontrak sosial secara

terbuka.

KEPENTINGAN UNSUR-UNSUR TRADISI

Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada

perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu

merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan.

Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang

mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi

mengekalkan keistimewaan mereka iaitu institusi beraja, hak keistimewaan orang

Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan.

Empat perkara tersebutlah yang di ambil kira semasa membentuk

perlembagaan iaitu Bahasa Kebangsaan, agama persekutuan ,Kedudukan

keistimewaan orang melayu dan pemerintahan beraja. Semua unsur-unsur tradisi

tersebut memainkan peranan yang penting dalam konteks hubungan etnik di

Malaysia.

i) Bahasa Kebangsaan

Bahasa kebangsaan diwujudkan untuk komunikasi dan bahasa pertuturan

umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum

Page 24: Esei Hubungan Etnik Waj3106

di Malaysia. Isu bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati

diri sesebuah negara dan kontrak sosial. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang

menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk

menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa

pertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan

tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152

Perlembagaaan Persekutuan.

ii) Kedudukan istimewa orang melayu

Masyarakat Melayu bimbang dengan undang-undang yang diperkenalkan

Oleh British. Selain itu juga, masyarakat Melayu risau kedudukan dan hak mereka

sebagai penduduk pribumi akan tergugat dengan kemasukan pendatang dari negara

China dan India. Kerana itu, kontark sosial antara kaum di Malaysia member

jaminan kepada masyarakat pribumi. Perlembagaan Malaysia mempunyai satu

peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan

bumiputera Sabah dan Sarawak. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-

Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa

menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan

Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam,

agihan biasiswa atau

pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan

termasuk permit atau lesen perniagaan.

Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara

89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada

undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada

diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu

dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu

sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai

sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.

iii) Agama Persekutuan

Selain itu juga, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah

satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan

orang Melayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:

“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh

Page 25: Esei Hubungan Etnik Waj3106

diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”

[Perkara 3: Perlembagaan Persekutuan]

Islam sebagai agama rasmi negara tidak membimbangkan kaum lain kerana

kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan

iv) Pemerintahan beraja

Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah. Apabila

Tanah Melayu dijajah, raja-raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka mula

tergugat. Semasa penjajahan British,kuasa mutlak raja telah dihadkan hanya kepada

hal adat istiadat dan agama islam sahaja. British memperkenalkan Malayan Union

yang menghapuskan sistem beraja sebelum memberikemerdekaan kepada Tanah

Melayu. Pada tahun 1957, akhirnya kemerdekaan diberikan kepada Semenanjung

Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya

dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan [Salleh

Abbas, 1997].

Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan

kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara.

Masyarakat bukan melayu harus memahami sejarah ini dan .......

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kontrak sosial dan undus-unsur tradisi adalah satu

formula mewujudkan satu cara hidup yang dinamik, aman dan terus membangun

melalui perpaduan dalam kepelbagaian berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama,

toleransi dan bersatu padu.

Formula ini sebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan,

yang diamalkan secara bijaksana dalam satu pakatan agung negara dengan

inspirasi untuk membawa Malaysia muncul dalam peta dunia sebagai sebuah

negara maju.

Tugas rakyat Malaysia ialah menghayati semangat kontak sosial dan unsur

tradisi ini dengan menolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme;

dan pada masa yang sama terus memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk ini

dalam satu ikatan yang erat dan padu serta mengadunkannya dalam acuan

tersendiri yang unik dan menyenangkan.

Dalam kata-kata yang ringkas, unsur-unsur tradisi dan kontrak sosial

menjunjung semangat keadilan dan perpaduan berasaskan kepada prinsip “duduk

Page 26: Esei Hubungan Etnik Waj3106

sama rendah, berdiri sama tinggi”. Dan inilah semangat kontrak sosia dan unsur

tradisil yang perlu kita pertahankan bersama dalam sebuah masyarakat majmuk di

Malaysia bagi menjamin keamanan negara.

BERDASARKAN PEMBACAAN ANDA, SEDIAKAN SATU PELAN TINDAKAN

TENTANG USAHA ANDA UNTUK MENGERATKAN PERHUBUNGAN ANTARA

ETNIK MURID SEKOLAH ANDA.

Dewasa ini, masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu dari

segi pakaian dan makanan. Contohnya, pelajar perempuan bukan Melayu

memakai baju kurung ke sekolah. Dari segi pemakanan pula di kantin, pelbagai

makanan dari pelbagai kaum perlulah disediakan dimana sedikit sebanyak pelajar

dapat mengenali pemakanan kaum tersebut.

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, berlakunya rusuhan kaum yang mengancam

keselamatan negara. Kerajaan menyedari bahawa pendidikan menjadi alat

perpaduan untuk membina rakyat yang bersatu padu dan merapatkan jurang

kemiskinan. Kerajaan sedar bahawa pembangunan pendidikan haruslah selaras

dengan ideologi dan hasrat negara untuk mencapai perpaduan kaum dan

mewujudkan integrasi nasional. Lantaran itu Rukun Negara telah digubal

berasaskan lima (5) prinsip utama dan telah diterapkan dalam rancangan kurikulum

di sekolah .

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai

perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu

cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara

akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang

liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;

membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi

moden. Melalui cara ini, kanak-kanak akan dilatih atau diasuh serta diserapkan nilai-

Page 27: Esei Hubungan Etnik Waj3106

nilai murni dan norma-norma masyarakat dalam proses pendidikan dan

mengamalkannya dalam kehidupan mereka demi mewujudkan perpaduan di antara

kaum. Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum

yang dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah

dipergiat dan dipertingkatkan. Aktiviti kokurikulum hendaklah dilaksanakan secara

berkumpulan di mana setiap kumpulan itu terdiri daripada pelbagai kaum.

Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum

seperti keluarga angkat di mana ibu bapa secara tidak langsung akan dapat

memupuk perpaduan dan tali persahabatan yang erat. Persatuan dan badan

beruniform juga boleh memainkan peranan penting didalam memupuk perpaduan

dan haruslah di sertai oleh pelbagai kaum. Walaubagaimanapun guru haruslah

pandai memainkan peranan didalam usaha memujuk pelbagai kaum menyertai

dengan memberi penjelasan serta huraian akan kebaikan penyertaan. Jelaslah

bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu

disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.

Selain itu, sebagai salah satu pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan

kaum dan integrasi nasional pelajar adalah dengan mengadakan program interaksi

antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur etnik dalam kurikulum serta

meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik lain.

Sehubungan dengan itu, para pelajar hendaklah di terapkan dengan nilai-nilai murni

melalui bahasa kebangsaan agar komunikasi di antara mereka boleh berjalan

dengan lebih lancar dan efektif tanpa mengenepikan bahasa ibunda mereka.

Penerangan tentang budaya, amalan dan agama semua kaum juga perlu di

terangkan dengan lebih terperinci agar setiap golongan lebih perihatin dan lebih

menghormati serta tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan itu.

Kesenian dan kebudayaan seperti kelas-kelas seni tari, kraf tangan, permainan

tradisional, kelas gamelan, kompang, tarian tradisional, tarian singa, pertunjukan

pentas dan lain-lain juga merupakan salah satu cara perpaduan.

Page 28: Esei Hubungan Etnik Waj3106

Dari segi semangat perpaduan pula di sekolah-sekolah, gotong-royong melibatkan

pelbagai kaum juga merupakan satu kaedah untuk menyatu padukan pelbagai kaum

selain dari projek-projek kecil seperti tanaman sayur-sayuran di sekolah-sekolah.

Berdasarkan kepada pembacaan dan pemerhatian anda,hasilkan

satu laporan ringkas yang mengandungi maklumat tentang

peranan sekolah anda dalam mengeratkan hubungan etnik dalam

kalangan pelajar.

Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk,perpaduan rakyat

sangat penting.Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah

untuk mengukuhkan perpaduan.Sekolah memainkan peranan penting

untuk merobohkan tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dan

mengeratkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar.Langkah-langkah

yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan

kaum sesama pelajar dan memperkasakan sekolah.

Langkah-langkah berikut telah dilaksanakan di sekolah kami untuk

mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar seperti melaksanakan

melalui:

1. Aktiviti –aktiviti kurikulum

Peranan guru-guru adalah sangat penting.Guru mesti

menunjukkan contoh yang baik.Guru harus menyedarkan pelajar

tentang pentingnya perpaduan kaum seperti kata pepatah “Bersatu

kita teguh,Bercerai kita roboh”.Hakikat ini perlu disedari dan

dihayati bersama.Di dalam kelas semua kegiatan kurikulum

hendaklah melibatkan semua pelajar tanpa mengira kaum

berinteraksi dan bergaul antara satu sama lain seperti

perbincangan,diskusi,forum dan kegiatan akedemik yang lain.

Page 29: Esei Hubungan Etnik Waj3106

2. Aktiviti-aktiviti KoKurikulum

Selain aktiviti dalam bilik darjah,kerjasama pelajar berlainan

bangsa boleh dipupuk melalui aktiviti di luar bilik darjah atau

kokurikulum seperti permainan dan sukan.Selain menyihatkan

tubuh badan, sukan boleh meneguhkan lagi pembentukan sikap

kenegaraan dan moral kerana pelajar berpeluang berinteraksi

dengan pelbagai kaum,mendisplinkan diri mematuhi

peraturan,bekerjasama dalam pasukan dan mengamalkan sikap

toleransi terhadap rakan.

Melalui aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan pula, pelajar

dapat berinteraksi di antara satu sama lain,berpeluang memupuk

nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan semangat kekitaan dalam

usaha menjayakan projek yang dirancang.

Begitu juga melalui aktiviti-aktiviti Unit Beruniform dapat

membentuk sikap kenegaraan melalui aktiviti

kawad,berkhemah,gotong royong,latihan kecemasan dan

sebagainya.Ini akan dapat menyemai sikap kerjasama,memupuk

nilai-nilai murni dan semangat kemasyarakatan.Semua aktiviti ini

akan dapat menghapuskan benteng yang memisahkan pelajar-

pelajar antara kaum.

3. Program-program yang dianjurkan oleh sekolah.

Demi memperkukuhkan keharmonian dan perasaan muhibah

antara kaum dalam kalangan pelajar ,mereka boleh didorong untuk

bergaul melalui kerja-kerja berkumpulan atau berpasukan.Pelajar

perlu diberi kesempatan untuk merancang aktiviti-aktiviti penting di

sekolah seperti sambutan Hari Guru,Temasya Sukan Tahunan dan

pesta-pesta kebudayaan.Penglibatan pelajar ini akan mendorong

mereka berinteraksi dan bergaul serta bertukar-tukar idea dan

saling memahami.

Para pelajar patut digalakkan untuk mengadakan lawatan

sambil belajar,perkhemahan dan perkelahan.Aktiviti seperti ini akan

Page 30: Esei Hubungan Etnik Waj3106

menggalakkan mereka bergaul mesra.Pelajar-pelajar juga boleh

digalakkan mengadakan jamuan di dalam kelas mengikut musim

perayaan seperti Hari Raya Puasa,Tahun Baru Cina,Deepavali dan

Krismas.Sambutan bersama perayaan kaum-kaum lain memberi

impak yang kukuh dalam hubungan persahabatan antara kaum.

4. Kegiatan gotong –royong dan kerja amal

Pelajar perlu disemai untuk sentiasa bersifat tolong menolong

dan toleransi.Kegiatan gotong-royong yang dianjurkan di sekolah

dapat mewujudkan semangat sayangkan sekolah,cintakan

kebersihan dan memupuk semangat muhibah antara pelajar.Melalui

kerja-kerja amal seperti mengadakan pungutan derma bagi

membantu mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum

akan dapat mengeratkan lagi rasa kekitaan dan perpaduan di

kalangan pelajar.

5. Memupuk kesedaran sivik

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mendidik pelajar

supaya menghormati hak orang lain,membentuk peribadi mulia dan

menjadi model kepada rakan-rakan,mempamerkan sifat-sifat mulia

di sekolah dan di luar sekolah.Kesedaran ini akan mewujudkan

semangat kekitaan dan sikap bertanggungjawab terhadap diri

sendiri,sekolah,masyarakat dan negara.Hal ini akan mendorong

wujudnya hubungan baik sesama insan dan secara tidak langsung

hubungan dapat dipereratkan

6. Pendidikan Sejarah

Bertepatan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan para

guru,perlu menanamkan bibit-bibit kesedaran dan semangat

patriotism bagi tujuan penyatuan perpaduan dan pembangunan

kewarganegaraan.Pelajar perlu peka bahawa asas-asas pembinaan

Page 31: Esei Hubungan Etnik Waj3106

negara bangsa ini merujuk kepada pendidikan sejarah.Sejarah awal

ketamadunan bangsa,sejarah perjuangan bangsa dan sejarah

pembinaan semula masa depan nasib bangsa perlu dimantapkan

sesuai peranannya sebagai alat sosialisasi bagi pembinaan bangsa

Malaysia.Pelajaran sejarah mempunyai kaitan erat dengan proses

perpaduan kaum dan membina masyarakat yang bersatu padu di

negara kita.Pelajar-pelajar akan mengenal erti

patriotism,nasionalisme dan identiti bangsa.Generasi muda akan

celik sejarah dan akan menghargai semangat juang generasi

terdahulu mempertahankan hak dan rasa cinta akan tanah air demi

kemakmuran bangsa dan negara.Sambutan Hari Kemerdekaan

melalui kempen kibar jalur gemilang yang melibatkan penyertaan

semua pelajar akan menyemarakkan perpaduan kaum.

7. Program Bahasa

Selaras dengan tujuan kerajaan memperkasakan Bahasa

Kebangsaan sebagai alat perpaduan antara kaum pelbagai program

Kebahasaan dan Kesusasteraan boleh dilaksanakan di sekolah

seperti minggu Bahasa,Pelajar digalakkan menyertai pertandingan

deklamasi sajak,berbalas pantun,syarahan dan pidato serta

pertandingan menulis cerpen.Melalui aktiviti ini pelajar dapat

berinteraksi sesama mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar.

Kesimpulan

Sebagai pendidik kita harus meletakkan kepentingan nasional

dan negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan

diri.Hal ini dapat dilakukan dengan memberi sokongan dan

dorongan kepada usaha-usaha murni dan program-program yang

sistematik. Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan

mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia.