hubungan antara kecerdasan emosi dengan … filedi tahap yang tinggi. manakala analisis inferensi...

23
HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN PRESTASI KEMAHIRAN ASAS PENDIDIKAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SKUDAI, JOHOR. NURAIN BINTI MION AHMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 03-Sep-2019

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN PRESTASI

KEMAHIRAN ASAS PENDIDIKAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI

PENDIDIKAN, UTM SKUDAI, JOHOR.

NURAIN BINTI MION AHMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN PRESTASI

KEMAHIRAN ASAS PENDIDIKAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI

PENDIDIKAN, UTM SKUDAI, JOHOR.

NURAIN BINTI MION AHMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 3: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)”

Tandatangan :………………………………………………………….

Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Mohamed Najib Bin Abdul Ghafar

Tarikh : APRIL 2010

Page 4: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

iii

“Saya akui bahawa karya ini adalah karya saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :…………………………………………………

Nama Penulis : NURAIN BINTI MION AHMAD

Tarikh : APRIL 2010

Page 5: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

iv

DEDIKASI

Teristimewa buat,

Ayah dan ibu yang disayangi,

Mion Ahmad bin Kulop Mat Piah

Norriza binti Zainal Abidin

Nasihat dan amanatmu sentiasa menjadi panduan.

Adik-beradik, teman istemewa dan rakan seperjuangan,

Pengorbanan, dorongan dan harapan dari kalian amat dihargai.

Page 6: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani. Segala

puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W kerana dengan taufik dan hidayahnya, maka saya telah diberi

kekuatan dan ketabahan untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing iaitu Prof.

Madya Dr. Mohamed Najib Bin Abdul Ghafar di atas bimbingan, tunjuk ajar,

perbincangan dan pandangan yang diberikan oleh beliau sepanjang tempoh

menyiapkan tugasan ini.

Buat ayah dan ibu serta keluarga tersayang, teman istimewa dan juga rakan-

rakan seperjuangan, terima kasih di atas pengorbanan, sokongan, dorongan dan

kerjasama kalian.

Page 7: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji hubungan antara kecerdasan emosi

dengan prestasi kemahiran asas pendidikan. Seramai 377 orang pelajar tahun akhir

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor telah dipilih

sebagai sampel kajian. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan

borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data dan seterusnya data

yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif

dan analisis statistik inferensi dengan bantuan Statistical Packages For Social

Sciences (SPPP versi 11.00 untuk windows). Instrumen yang digunakan adalah soal

selidik kecerdasan emosi yang telah diambil dari Mohd Najib (2003). Dapatan

analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi responden adalah

di tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud

hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi kemahiran asas

pendidikan pelajar. Di samping itu, dikemukakan juga cadangan kajian untuk

meningkatkan lagi tahap kecerdasan emosi pelajar.

Page 8: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

vii

ABSTRACT

The study is carried out to find the relationship between emotional

intelligence and the level of foundation of education skills. A total of 377 final year

students of the Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

was chosen as the study sample. The study was done by using questionnaire as an

instrument to obtain data and and the data was analysed using descriptive statistical

analysis Statistical Packages for Social Sciences (SPSS version 11 for windows).

The instrument employed for this research was adapted from Mohd Najib (2003).

The findings indicate that emotional intelligence of the respondents are at high level.

The inferential analyses showed no significant relationship between emotional

intelligence with the level of foundation of education skills. In addition, several

recommendations were given to further improve the level of emotional intelligence

of students.

Page 9: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

x

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENGENALAN

1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Konsep dan Operasional 8

1.8.1 Kecerdasan Emosi 8

1.8.2 Kemahiran Asas Pendidikan 9

Page 10: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

ix

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

11

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Konsep Kecerdasan 11

2.3 Teori Kecerdasan Emosi 12

2.4 Kemahiran Asas Pendidikan 17

2.5 Kajian-kajian Lepas Tentang Kecerdasan Emosi

20

BAB 3 METODOLOGI

24

3.1 Pendahuluan 24

3.2 Reka Bentuk Kajian 24

3.3 Populasi dan Sampel 25

3.4 Instrumen Kajian 27

3.4.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 27

3.4.2 Bahagian B: Kecerdasan Emosi 27

3.5 Kajian Rintis 29

3.6 Analisis Data 29

3.7 Taqwim Penyelidikan 35

Page 11: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

x

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

36

4.1 Pendahuluan 36

4.2 Analisis Deskriptif 36

4.2.1 Analisis Latar Belakang Responden 37

4.2.1.1 Jantina dan Etnik 38

4.2.1.2 Umur dan Program Pengajian 39

4.2.1.3 Prestasi Kemahiran Asas

Pendidikan

41

4.2.2 Analisis Tahap Kecerdasan Emosi 44

4.2.2.1 Konstruk Mengenal Emosi 44

4.2.2.2 Konstruk Mengurus Emosi 46

4.2.2.3 Konstruk Motivasi Diri Sendiri 47

4.2.2.4 Konstruk Timbang Rasa 49

4.2.2.5 Konstruk Kemahiran Sosial 51

4.3 Analisis Inferensi 53

4.4 Rumusan Hasil Kajian 57

Page 12: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

xi

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

59

5.1 Pendahuluan 59

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 60

5.2.1 Tahap Kecerdasan Emosi 60

5.2.1.1 Konstruk Mengenal Emosi 61

5.2.1.2 Konstruk Mengurus Emosi 62

5.2.1.3 Konstruk Motivasi Diri Sendiri 62

5.2.1.4 Konstruk Timbang Rasa 63

5.2.1.5 Konstruk Kemahiran Sosial 63

5.2.2 Prestasi Kemahiran Asas Pendidikan 63

5.2.3 Hubungan Antara Kecerdasan Emosi

Dengan Prestasi Kemahiran Asas

Pendidikan

64

5.3 Implikasi Hasil Kajian 66

5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 67

5.5 Kesimpulan 68

RUJUKAN 69

LAMPIRAN A 72

Page 13: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

xii

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL

TAJUK MUKA

SURAT

2.1 Sinopsis Mata Pelajaran Kemahiran Asas

Pendidikan

18

3.1 Bilangan Pelajar mengikut Program 26

3.2 Skor Maklum Balas Skala Likert 27

3.3 Spsifikasi Jumlah Item Bagi Kategori Kecerdasan

Emosi

28

3.4 Mata Nilai Gred Pencapaian Mata Pelajaran

Kemahiran Asas Pendidikan

30

3.5 Jam Kredit bagi setiap Mata Pelajaran Kemahiran

Asas Pendidikan

31

3.6 Cara Pengiraan PNGK Mata Pelajaran Kemahiran

Asas Pendidikan

32

3.7 Kriteria untuk Mentaksir Kekuatan Hubungan

Antara Dua Pembolehubah

34

4.1 Jadual Rentas Etnik dengan Jantina Responden 38

4.2 Jadual Rentas Umur dengan Program Pengajian

Responden

39

4.3 Jadual Keputusan Mata Pelajaran Kemahiran Asas

Pendidikan

41

4.4 Jadual Keputusan Keseluruhan PNGK Mata

Pelajaran Kemahiran Asas Pendidikan

43

4.5 Jadual Kekerapan Item mengikut Konstruk

Mengenal Emosi

45

4.6 Jadual Kekerapan Item mengikut Konstruk

Mengurus Emosi

46

Page 14: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

xiii

4.7

Jadual Kekerapan Item mengikut Konstruk Motivasi

Diri Sendiri

47

4.8 Jadual Kekerapan Item mengikut Konstruk Timbang

Rasa

49

4.9 Jadual Kekerapan Item mengikut Konstruk

Kemahiran Sosial

51

4.10 Taburan Min Dan Tahap Penerimaan Responden

Bagi Konstruk-Konstruk Kecerdasan Emosi Secara

Keseluruhan

52

4.11 Hubungan Korelasi Antara Konstruk Kecerdasan

Emosi Dengan Prestasi Kemahiran Asas Pendidikan

54

4.12 Hubungan Korelasi Antara Kecerdasan Emosi

Dengan Prestasi Kemahiran Asas Pendidikan

56

Page 15: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

xiv

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH

TAJUK MUKA

SURAT

2.1 Kerangka Teori Kecerdasan Emosi 14

2.2 Aliran Ciri Kecerdasan Emosi 16

4.1 Taburan Min bagi gred pencapaian Mata Pelajaran

Kemahiran Asas Pendidikan

42

4.2 Taburan kekerapan (frekuensi) bagi PNGK Mata

Pelajaran Kemahiran Asas Pendidikan

44

4.3 Taburan Min dan Tahap Penerimaan Responden

Bagi Konstruk-konstruk Kecerdasan Emosi serta

Kecerdasan Emosi Secara Keseluruhan

53

Page 16: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

xv

SENARAI LAMPIRAN

NO.

LAMPIRAN

TAJUK MUKA

SURAT

A Borang Soal Selidik 72

Page 17: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Ramai yang berpendapat bahawa kecerdasan intelek (IQ atau intelligence

quotient) seseorang yang melambangkan kepada kejayaan individu itu sendiri dalam

kehidupannya. Kebiasaannya sekolah akan menjalankan ujian IQ seperti peperiksaan

akhir tahun untuk memilih kelompok pelajar yang bijak pandai bagi tujuan

pengelasan. Bermakna pelajar yang bijak akan ditempatkan dalam satu kelas dan

yang kurang bijak akan ditempatkan dalam satu kelas yang lain dan begitulah

seterusnya. Walaubagaimanapun, kecerdasan intelek bukanlah 100% faktor yang

akan menjamin kesejahteraan hidup seseorang itu. Kenyataan ini telah disokong oleh

seorang psikologi iaitu Goleman yang telah mempopularkan kecerdasan emosi (EQ)

pada tahun 1995 menyatakan “IQ menyumbangkan hanya 20 peratus faktor yang

membawa kepada kejayaan hidup dan selebihnya iaitu 80 peratus adalah bergantung

kepada kecerdasan emosi (EQ) seseorang” (Goleman, 1995).

Kenyataan ini sudah cukup jelas menggambarkan bahawa kecerdasan emosi

bagi seseorang individu itu adalah sangat penting kerana apabila emosi stabil,

seseorang itu dapat membuat suatu keputusan atau tindakan dengan bijak. Penilaian

seseorang individu bukan sahaja berasaskan pada keintelektualannya (IQ) malah

kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya.

Page 18: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

12

Menurut O‟Neil, (1996) dalam Recker (2001) kecerdasan emosi adalah satu

jalan lain untuk menjadi seorang hebat. Kecerdasan emosi merangkumi keupayaan

memahami dan menggunakan emosi dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia dapat

memotivasikan, bersifat empati serta berkeupayaan kemahiran sosial.

Konsep kecerdasan emosi (EQ atau Emotional Quotient) ini adalah satu

konsep kecerdasan yang luas dan mempunyai kaitan dengan kesedaran terhadap

emosi dan perasaan dan bagaimana perasaan boleh berinteraksi dengan kecerdasan

mental atau IQ (Koharuddin, 2004). Menurut pelopor yang mula-mula

memperkenalkan konsep EQ, Mayer dan Salovey (1993) dalam Koharuddin (2004)

menyatakan bahawa kecerdasan emosi membenarkan seseorang untuk berfikir

secara kreatif dan menggunakan emosi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Kecerdasan emosi bagi individu itu merangkumi empat bahagian iaitu mengenal,

menggunakan, memahami dan mengawal emosi. Ini jelas menunjukkan bahawa

seseorang individu yang berupaya menjelaskan atau menyedari emosinya,

menggunakan emosinya dengan bijak, memahami emosinya, dan mengawal

emosinya dianggap mempunyai kecerdasan emosi (EQ).

Dalam konteks kajian pula, kemahiran asas pendidikan menjadi ukuran.

Kemahiran asas pendidikan adalah kemahiran asas untuk menjadi guru. Kemahiran

ini meliputi kemahiran mengajar, kurikulum, penilaian, tingkah laku pelajar dan cara

menyelidik. Dengan kata lain, kemahiran asas pendidikan adalah adalah kursus yang

perlu diambil oleh pelajar yang memilih bidang perguruan. Di UTM contohnya,

pelajar Fakulti Pendidikan perlu mengambil kursus kemahiran asas pendidikan

untuk membolehkannya memperolehi ijazah sarjana muda pendidikan. Antara mata

pelajaran bagi kursus Kemahiran Asas Pendidikan yang perlu di ambil adalah seperti

berikut:

i. Falsafah Pendidikan

ii. Psikologi Pendidikan

iii. Asas Pedagogi

iv. Pengukuran dan Penilaian Pendidikan

v. Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

vi. Kaedah Mengajar

vii. Sosiologi dan Profesionalisme Pendidikan

Page 19: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

13

Mohd Najib (2000) menyatakan bahawa seorang guru tidak seharusnya

hanya mempunyai kecekapan mental dan fizikal tetapi juga emosi untuk

menghadapi „cabaran‟ kerjaya dalam alam pendidikan.

Cabaran dalam sistem pendidikan kini memerlukan guru dan pendidik

mempunyai kemahiran yang tinggi, bersemangat kental, mempunyai tahap

kecerdasan intelek yang tinggi dan tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Ini kerana

guru bukan sahaja berperanan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada

pelajar malah guru juga berperanan untuk membolehkan perubahan tingkah laku

berlaku kepada seseorang pelajar iaitu berubah daripada menjadi seorang yang tidak

berilmu kepada seorang yang berilmu. Ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan

Negara iaitu :

Program pendidikan perguruan perlu mengambil kira semua aspek penting

untuk melatih dan melahirkan bakal guru yang berdedikasi dan professional. Pelatih

yang menjalani latihan perguruan tidak semuanya memenuhi kriteria seorang guru.

Tugas untuk melengkapkan ciri seorang guru harus dipikul oleh program tersebut.

(Mohd Najib, 2000).

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Page 20: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

14

1.2 Latar Belakang Masalah

Profesion perguruan bukan semudah yang disangka umum. Tugas menjadi

pendidik adalah satu tugas yang berat kerana memegang amanah ibubapa untuk

mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang mulia sekaligus memegang harapan

Negara untuk melahirkan genarasi yang berintelek serta bersahsiah mulia. Guru juga

bertindak untuk pengurusan dan pengawalan disiplin di kelas khasnya dan di sekolah

amnya.

Kebelakangan ini banyak di laporkan di media massa tentang kes penderaan

yang dilakukan oleh guru terhadap pelajar. Guru dikatakan memberi denda yang

malampau kepada pelajar. Sejauh manakah kebenarannya? Apakah punca kepada

berlakunya masalah ini?

Antara berita yang terbaru adalah siasatan kes guru memukul pelajar dimana

tiga pelajar perempuan di Chendering yang mendakwa dipukul oleh guru mereka

baru-baru ini. Salah seorang pelajar berkenaan turut mendakwa pening dan pitam

akibat pukulan guru tersebut (Utusan Malaysia, 3 Mei 2009).

Selain itu, di Sibu, pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang

Assan dipaksa oleh warden supaya berendam selama lebih kurang satu jam dalam

kolam ketika hujan lebat selepas salah seorang pelajar membuang tuala wanita ke

dalam mangkuk tandas sekolah (Utusan Malaysia, 21 julai 2009).

Menurut Aristotle dalam Goleman (1995), marah adalah suatu perkara yang

mudah, maka sesiapa sahaja boleh menjadi marah. Walaubagaimanapun, untuk

marah kepada orang, masa, tempat, tujuan dan pendekatan yang benar adalah susah

dan bukan semua orang dapat melakukannya.

Kenyataan di atas, menunjukkan sebagai manusia biasa, amat sukar untuk

seseorang mengawal diri apabila berada dalam keadaan marah. Walaupun

mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, sekiranya tidak mempunyai kecerdasan

emosi yang tinggi, maka hidup tetap tidak bermakna. Pada masa kini, guru akan

melayani pelbagai karenah generasi alaf baru, maka cabaran yang bakal ditempuhi

di sekolah amatlah besar. Guru perlu berfikir secara rasional sebelum bertindak

Page 21: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

15

mengenakan hukuman ke atas pelajar. Apabila seorang guru itu bertindak mengikut

emosi, maka berlakulah kejadian yang tidak sepatutnya seperti penderaan dan

memukul pelajar.

Bekas Menteri Pelajaran Malaysia, Hishamuddin (Utusan Malaysia, 21 Julai

2009) dalam kenyataanya berkata, pendekatan Kementerian Pendidikan ialah

mendidik guru-guru baru agar dapat mengawal emosi mereka supaya kejadian

mendera pelajar dapat dielakkan.Berdasarkan kepada kenyataan tersebut, mahasiswa

yang sedang mengambil pengajian dalam pendidikan haruslah bersedia dengan

pelbagai ilmu bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga kecerdasan emosi agar

dapat menguruskan palajar dengan sebaiknya kelak. Adakah bakal guru keluaran

Universiti Teknologi Malaysia mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi

untuk menghadapi cabaran semasa di alam pekerjaan kelak?

Menurut Mohd Najib (2000), kecerdasan emosi ialah kebijaksanaan atau

kepakaran dalam menggunakan emosi untuk mengarahkan sikap bagi menyelesaikan

sesuatu masalah yang dihadapi.

1.3 Penyataan Masalah

Pengetahuan dalam kemahiran asas pendidikan adalah penting untuk

kegunaan di alam pekerjaan kelak. Salah satu daripada ciri guru yang berkaliber

adalah guru yang berjaya mengawal emosinya dengan baik agar tidak membuat

sesuatu keputusan yang merugikan. Seni perguruan juga ini perlu disertakan dengan

tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Seseorang yang mempunyai tahap kecerdasasn

emosi yang tinggi secara tidak langsung akan memiliki kestabilan emosi yang tinggi.

Apabila mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi seseorang itu akan bijak

mengawal masalah dalam apa jua keadaan sekalipun. Dari sini, penyelidik ingin

mengkaji tahap kecerdasan emosi serta prestasi kemahiran asas pendidikan pelajar

dan adakah terdapat kaitan antara kecerdasan emosi (EQ) dengan prestasi kemahiran

asas pendidikan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor.

Page 22: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

16

1.4 Objektif Kajian

Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti tahap kecerdasan emosi pelajar tahun akhir Fakulti

Pendidikan UTM, Skudai, Johor.

ii. Mengenal pasti prestasi kemahiran asas pendidikan pelajar tahun

akhir Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor.

iii. Mengenal pasti hubungan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

kemahiran asas pendidikan palajar tahun akhir Fakulti Pendidikan

UTM, Skudai, Johor.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan bagi kajian ini adalah seperti berikut:

i. Apakah tahap kecerdasaan emosi pelajar tahun akhir Fakulti

Pendidikan UTM, Skudai, Johor?

a. Apakah tahap kecerdasan emosi pelajar tahun akhir Fakulti

Pendidikan UTM, Skudai berdasarkan konstruk mengenal

emosi?

b. Apakah tahap kecerdasan emosi pelajar tahun akhir Fakulti

Pendidikan UTM, Skudai berdasarkan konstruk mengurus

emosi?

c. Apakah tahap kecerdasan emosi pelajartahun akhir Fakulti

Pendidikan UTM, Skudai berdasarkan konstruk motivasi diri

sendiri?

d. Apakah tahap kecerdasan emosi pelajar tahun akhir Fakulti

Pendidikan UTM, Skudai berdasarkan konstruk timbang rasa

(empati)?

e. Apakah tahap kecerdasan emosi pelajar tahun akhir Fakulti

Pendidikan UTM, Skudai berdasarkan konstruk kemahiran

sosial?

Page 23: HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … filedi tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi

17

ii. Apakah prestasi kemahiran asas pendidikan pelajar tahun akhir

Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor?

iii. Adakah kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang signifikan

dengan prestasi kemahiran asas pendidikan pelajar tahun akhir

Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor?

1.6 Kepentingan Kajian

Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini dapat membantu bakal-bakal

guru, pihak Fakulti Pendidikan dan pihak Kementerian Pelajaran menyedari tentang

kepentingan kecerdasan emosi ke atas bakal-bakal guru. Oleh itu, pihak-pihak yang

berkenaan boleh membantu bakal-bakal guru ini untuk menerap dan memupuk

aspek kecerdasan emosi dalam proses pembelajaran melalui kurikulum di universiti

yang seterusnya akan mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kemahiran asas

pendidikan.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini melihat hubungan kecerdasan emosi Goleman sahaja dengan

kemahiran asas pendidikan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan menerusi lima

konstruk iaitu mengenal emosi sendiri, mengurus emosi, motivasi diri sendiri,

empati dan kemahiran sosial.

Kajian ini hanya dilakukan di kalangan pelajar tahun akhir di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai sahaja. Kesemua maklumat yang

dikumpulkan adalah bertujuan untuk melihat hubungan di antara tahap kecerdasan

emosi dengan prestasi kemahiran asas pendidikan pelajar tahun akhir di Fakulti

Pendidikan. Oleh sebab sampel dipilih hanya daripada pelajar Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai sahaja, maka hasil kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada

semua pelajar yang mengambil kursus pendidikan di dalam negara ini.