hubungan antara tahap kecerdasan emosi dengan …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang...

22

Upload: others

Post on 19-Nov-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki
Page 2: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki
Page 3: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki

HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN TAHAP

KERISAUAN PELAJAR TAHUN SATU, FAKULTI PENDIDIKAN

CHAN JENN LI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2006

Page 4: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki

ii

Page 5: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki

iii

DEDIKASI

Buatmu ayah (Chan Cheng Choon) dan ibu (Wong Seow Eng) yang dikasihi,

Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita

Serta panduan perjuangku dalam kehidupan ini

Buatmu insan yang tersayang,

Terima Kasih atas sokongan, nasihat,

Kepercayaan dan kesabaran yang diberikan selama ini

Buatmu pembimbing yang disanjungi,

Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasamu yang diberikan

Tidak akan saya lupai

Buatmu teman-teman yang dirindui,

Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini

Akan kukenangi selamanya

Page 6: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada

penyelia Projek Sarjana Muda saya, PM. Dr. Othman bin Md Johan atas dorongan

dan bimbingan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan Projek Sarjana Muda

ini. Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar tanpa rasa jemu dalam proses

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pelajar-pelajar 1 SPM,

1SPT, 1SPK dan 1SPC sudi meluangkan masa untuk membantu penulis. Kerjasama

daripada mereka dalam penyelidikan Projek Sarjana Muda ini amatlah dihargai.

Penghargaan turut ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan serta mereka

yang telibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan projek ini.

Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak di atas, Projek Sarjana Muda

ini tidak akan disiapkan dengan begitu lancar dan sempurna.

Segala kerjasama, tunjuk ajar dan maklumat serta dorongan daripada semua

pihak di atas amat penulis hargai. Penulis tidak dapat membalas budi baik kalian dan

hanya dapat merakamkan ucapan jutaan terima kasih. Semoga kalian sentiasa sihat

sejahtera dan diberkati oleh Tuhan.

Page 7: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kecerdasan emosi dan tahap

kerisauan pelajar tahun satu di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai Johor. Ia juga bertujuan untuk melihat perbezaan tahap kecerdasan emosi

dan kerisauan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dan seterusnya

mengenalpasti adakah terdapat hubungan antara tahap kecerdasan emosi dan

kerisauan. Data kajian dikumpul daripada 92 sampel yang dipilih secara rawak

berstrata. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik. Data yang dikumpul

dianalisis secara deskriptif untuk memperolehi kekerapan, peratusan dan min bagi

tujuan mengetahui tahap kecerdasan emosi dan kerisauan yang dikaji. Pekali

korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan antara kecerdasan emosi dengan

kerisauan. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar tahun satu mempunyai

tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar tahun

satu memiliki tahap kerisauan yang sederhana. Peratusan pelajar perempuan yang

berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar

lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki yang berada pada tahap kerisauan yang

sederhana lebih besar berbanding pelajar perempuan. Ujian korelasi pula

menunjukkan tiada hubungan yang signifikan di antara kecerdasan emosi dengan

kerisauan pelajar tahun satu.

Page 8: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to determine emotional intelligence and

anxiety level among the first year students of the Faculty of Education, University

Technology Malaysia, Skudai Johore. It also aims to identify the difference in the

level of the emotional intelligence and anxiety between male and female students and

to determine the correlation between emotional intelligence and anxiety. A stratified

random sampling was used to select the sample of the study. The instrument used in

this research was questionnaire. The data colleted was analyzed to obtain its

frequencies, percentages and means. Pearson correlation was used to identify the

correlation between emotional intelligence and anxiety. The research findings

indicated that majority of the student have high emotional intelligence. The students

were also found to have medium anxiety. The percentage of female students having

high emotional intelligence is higher than the male students. However, more male

students were found to have medium anxiety level compared to their counterpart.

Emotional intelligence did not correlate significantly with anxiety.

Page 9: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Konsep Dan Operasional 8

1.8.1 Kecerdasan Emosi (EQ) 8

1.8.2 Pelajar 11

1.8.3 Kerisauan 11

1.9 Kesimpulan 12

Page 10: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kecerdasan Emosi 13

2.2.1 Definisi Kecerdasan Emosi 14

2.2.2 Kajian-kajian Dalam Negara 15

2.2.3 Kajian-kajian Luar Negara 18

2.2.4 Kecerdasan Emosi Dan Jantina 19

2.3 Kerisauan 19

2.3.1. Konsep Kerisauan 20

2.3.2. Teori Kerisauan 20

2.3.2.1 Teori Kerisauan Psikoanalisis Freud 21

2.3.2.2 Teori Kerisauan Keadaan -Tret 22

2.3.3. Kajian-kajian Dalam Negara 23

2.3.4. Kerisauan Dan Jantina 24

2.4 Kesimpulan 25

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 27

3.4 Prosedur Kajian 27

3.5 Instrumen Kajian 28

3.5.1. Instrumen Demografi 29

3.5.2. Instrumen Tahap Kecerdasan Emosi 29

3.5.2.1.Skala Pemarkatan Tahap EQ 30

3.5.2.2.Skoring Manual Tahap EQ 30

3.5.3. Instrumen Tahap Kerisauan 31

3.5.3.1.Skala Pemarkatan Tahap Kerisauan 32

3.5.3.2. Skoring Manual Tahap Kerisauan 32

3.6 Kajian Rintis 33

Page 11: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki

ix

3.7 Kaedah Analisis Data 34

3.7.1 Analisis Deskriptif 34

3.7.2 Analisis Inferensi 35

3.8 Kesimpulan 35

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 36

4.2 Analisis Deskriptif Mengenai Faktor Demografi 37

4.2.1 Analisis Deskriptif Jantina Responden 37

4.3 Analisis Deskriptif Mengenai Tahap EQ 37

4.3.1 Tahap EQ Responden 38

4.3.2 Tahap EQ Responden Mengikut Jantina 39

4.4 Analisis Deskriptif Mengenai Tahap Kerisauan 40

4.4.1 Tahap Kerisauan Responden 40

4.4.2 Tahap Kerisauan Responden Mengikut Jantina 41

4.5 Hubungan Antara EQ Dengan Kerisauan 42

4.6 Kesimpulan 42

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 43

5.2 Rumusan 43

5.3 Perbincangan Mengenai Dapatan Kajian 44

5.3.1. Tahap Kecerdasan Emosi 45

5.3.2. Tahap Kerisauan 46

5.3.3. Tahap Kecerdasan Emosi Mengikut Jantina 48

5.3.4. Tahap Kerisauan Mengikut Jantina 49

5.3.5. Hubungan Antara Tahap EQ Dengan Kerisauan 51

5.4. Implikasi Kajian 51

5.5 Cadangan Kajian Yang Akan Datang 52

Page 12: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki

x

SENARAI RUJUKAN 53-55

LAMPIRAN

Lampiran A-D 56-68

Page 13: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki

SENARAI JADUAL

NOMBOR

JADUAL

TAJUK MUKA

SURAT

Jadual 3.1 Taburan saiz sampel yang digunakan sebagai

responden

27

Jadual 3.2 Taburan struktur item soal selidik 29

Jadual 3.3 Skala 5 mata (bahagian B) 30

Jadual 3.4 Penentuan tahap EQ responden 30

Jadual 3.5 Struktur item positif dan negatif soal selidik

(Bahagian B)

31

Jadual 3.6 Skala 5 mata (bahagian C) 32

Jadual 3.7 Penentuan tahap kerisauan responden 32

Jadual 3.8 Struktur item positif dan negatif soal selidik

(Bahagian C)

33

Jadual 3.9 Klasifikasi kekuatan korelasi Rowntree (1981) 35

Jadual 4.1 Taburan kekerapan dan peratusan mengikut jantina 37

Jadual 4.2 Analisis tahap kecerdasan emosi responden 38

Jadual 4.3 Analisis tahap kecerdasan emosi responden mengikut

jantina

39

Jadual 4.4 Analisis tahap kerisauan responden 40

Jadual 4.5 Analisis tahap kerisauan responden mengikut jantina 41

Page 14: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki

xii

SENARAI SINGKATAN

SPSS Statistical Packages for the Social Sciences

EQ Kecerdasan Emosi

Page 15: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA

SURAT

A Item Soal Selidik Tahap EQ 56

B Item Soal Selidik Tahap Kerisauan 59

C Soal Selidik 61

D Surat Pengesahan 68

Page 16: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki

BAB I

PENDAHULUAN

1.1. Pengenalan

Intellectual Quotient (IQ) adalah satu perkataan yang sering kita temui dan

didengari. Ia sangat popular sama ada dalam dunia pendidikan, perniagaan atau apa-

apa bidang sekalipun. Masyarakat sering beranggapan jika seseorang individu yang

mempunyai tahap IQ yang tinggi akan berjaya dalam hidupnya dan di pandang

tinggi. Walaupun demikian, jika diperhatikan IQ mempunyai perkaitan kearah

kecenderungan seseorang individu untuk membahaskan idea, konsep dan prinsip

tetapi kurang berminat untuk membincangkan tentang emosi seseorang individu.

Mengikut Daniel Goleman (1995) pengarang buku "The Emotional Intelligence",

penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan yang ada

pada keintelektualannya (IQ) sahaja tetapi yang lebih penting adalah kecerdasan

emosi (EQ) yang ada pada dirinya.

Kecerdasan emosi menjadi salah satu penentu penting untuk mengukur

kejayaan dalam kehidupan seseorang individu. Kecerdasan emosi melibatkan kualiti

keupayaan individu untuk mengenalpasti dan memahami emosi diri sendiri dengan

orang lain dan mereka mampu menguruskan konflik yang terjadi pada diri sendiri.

Seringkali kita menganggap bahawa emosi adalah hal yang begitu saja terjadi

dalam hidup kita.

Page 17: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki

2

Kita menganggap bahawa perasaan marah, takut, sedih, malu, bersalah, gembira,

bosan, dan sebagainya adalah akibat dari atau hanya sekadar respon kita terhadap

pelbagai peristiwa yang terjadi pada kita. Seandainya seseorang berkebolehan

mengenal perasaan atau emosi apabila ia timbul, beliau dikatakan mempunyai sedikit

kesedaran kendiri dan seterusnya kecerdasan emosi. Sekiranya seseorang dapat

mengenali perasaan atau emosi secara mendalam, beliau lebih mudah menjalani

kehidupannya.

Selain daripada kecerdasan emosi, terdapat beberapa faktor lain yang boleh

mempengaruhi kejayaan seseorang individu terutamanya dalam kehidupan. Faktor

yang akan dibincangkan adalah kerisauan seseorang individu. Perasaan risau, sedih,

takut dan bimbang dari pelbagai aspek akan mempengaruhi seseorang individu

dalam mencapai kejayaan dan menjalani aktiviti kehidupan.

1.2. Latar Belakang Masalah

Sebelum ini hanya kepintaran intelek dianggap menyumbang kepada

kejayaan serta kecemerlangan seseorang individu. Menurut pandangan yang diberi

oleh Daniel Goleman (1995), kejayaan seseorang individu itu 80% adalah

bergantung kepada kemampuan seseorang individu untuk mengawal emosinya

manakala 20% lagi adalah bergantung kepada kepintaran inteleknya.

Hasil daripada pendapat-pendapat ini, pengkaji ingin menjalankan satu kajian

untuk melihat tahap kecerdasan emosi pelajar tahun Satu, Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia.

Page 18: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki

3

Secara umumnya, kecerdasan emosi dibahagikan kepada dua bahagian utama

iaitu emosi perhubungan kendiri (intrapersonal) dan emosi untuk perhubungan

dengan orang lain (interpersonal). Intrapersonal dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu

mengenal emosi diri, mengurus emosi diri dan memotivasikan diri.

Bagi interpersonal pula dipecahkan kepada dua bahagian iaitu mengendalikan

perhubungan yang berkesan dan mengenal emosi orang lain (Daniel Goleman, 1995).

Selain itu, kecerdasan emosi yang berasaskan 12 sub-skala yang telah

dibentuk oleh Daniel Goleman adalah seperti kesedaran diri, mengawal perasaan,

motivasi diri, mengawal diri, perhubungan antara manusia, empati, penerimaan diri,

komunikasi, tindak balas kendiri, tegas, celik akal dan sikap keterbukaan. 12 sub-

skala tersebut lebih sesuai dalam mengukur tahap kecerdasan emosi pemimpin-

pemimpin dalam sesuatu organisasi.

Dengan adanya kecerdasan emosi yang diutarakan di atas, pelajar-pelajar

dapat berkomunikasi dengan orang lain secara efektif. Seseorang yang mempunyai

kecerdasan emosi yang tinggi adalah golongan yang bukan sahaja dapat mengawal

perasaan dan tindakan sendiri bahkan juga dapat berkomunikasi secara berkesan

dengan orang lain.

Sebaliknya, seseorang yang tidak mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi

adalah golongan yang cepat bertindak mengikut emosinya dan tidak sensitif terhadap

perasaan orang lain. Seseorang yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang

rendah mempunyai kecenderungan untuk menyakiti dan memusuhi dengan orang

lain. Mereka juga tidak dapat membendung emosi sehingga menyebabkan

kehilangan pertimbangan dalam menjalankan kehidupan.

Selain itu, kerisauan terhadap sesuatu perkara juga akan mempengaruhi emosi

seseorang individu dalam menjalankan hidupnya.

Page 19: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki

4

Faktor-faktor umum yang boleh menyebabkan seseorang individu mengalami

kerisauan adalah perhubungan dengan orang lain, kesihatan, keluarga, kehamilan,

mencapai usia tua, pekerjaan, masalah kewangan, masalah harian, masalah

perhubungan peribadi dan menghadapi peperiksaan (Priest, 1983).

Perkataan risau mula diperkenalkan sejak tahun 1500, perkataan ini berasal

daripada Bahasa Latin yang membawa maksud “anxious” iaitu keadaan yang merasa

sedih dan murung. Perasaan risau lebih kepada perasaan dalaman yang

menyebabkan seseorang individu hilang kawalan diri dan risau perkara yang buruk

berlaku pada hari sebelumnya atau pada masa akan datang.

Kerisauan mempengaruhi fisiologi, kelakuan dan psikologi seseorang

individu. Dalam aspek fisiologi, kerisauan akan menyebabkan ketegangan otot,

berdebar-debar, dahaga, mulut kering atau badan mudah berpeluh. Dalam aspek

kelakuan pula, kerisauan akan mengganggu kehidupan seharian seseorang individu.

Manakala dari segi aspek psikologi, kerisauan akan menyebabkan seseorang merasa

bimbang dan gelisah. Jika terlalu bimbang dan gelisah, maka seseorang individu

akan menjadi gila dan terasa tidak ingin hidup lagi.

Terdapat dua komponen utama dalam kerisauan iaitu “free-floating anxiety”

(spontaneous panic attack) dan “situational anxiety” atau dikenali sebagai fobia.

“free-floating anxiety” yang bermaksud kerisauan tanpa sebab mempunyai petanda-

petanda seperti bernafas dengan pantas, berdebar-debar, menggigil, badan berpeluh,

loya, rasa kaku, emosi tidak stabil, takut kematian dan tidak dapat mengawal

perasaan. Fobia bermaksud seseorang individu mula mengelakkan diri dari sesuatu

perkara. Contoh situasi seseorang yang fobia pula adalah takut memandu kenderaan

bermotor atau takut berjumpa dengan doktor dan sebagainya.

Page 20: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki

5

1.3. Pernyataan Masalah

Dalam menghadapi kehidupan harian, pelajar-pelajar tidak dapat lari daripada

berhadapan dengan pelbagai masalah apatah lagi apabila mereka masih lagi pelajar

baru di institusi pengajian tinggi. Pelajar-pelajar ini terpaksa menempuh pelbagai

bentuk cabaran dan perubahan di dalam atau di luar pusat pangajian tinggi dari

semasa ke semasa.

Pelajar-pelajar yang baru dan telah melanjutkan pengajian ke peringkat yang

lebih tinggi seperti di universiti akan tinggal dan belajar hidup berdikari tanpa

bergantung kepada keluarga sahaja. Namun begitu, timbul dua persoalan di sini.

Adakah tahap kecerdasan emosi yang mereka miliki dapat mendorong mereka hidup

dengan selesa? Adakah mereka tidak merasa risau atau bimbang dalam perkara

seperti kesihatan, kewangan, kegiatan sosial, perhubungan peribadi dan akademik?

Pelajar-pelajar ini telah mendapat kelulusan yang tinggi untuk melanjutkan

pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Akan tetapi, berapa peratuskah daripadanya

yang memperolehi pencapaian yang baik yang menepati syarat untuk melayakkan

mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti di universiti dan

dapat menjamin kebahagiaan dalam hidupnya?

Sehubungan dengan itu, jika ditinjau pelajar yang telah berjaya melanjutkan

pelajaran di universiti, khususnya pelajar tahun satu kemasukkan sesi 2005/2006,

adakah tahap kecerdasan emosi yang mereka miliki boleh mendatangkan kerisauan

kepada mereka atau kerisauan boleh mengganggu kecerdasan emosi mereka?

1.4. Objektif Kajian

Kajian ini secara amnya adalah bertujuan untuk melihat hubungan antara

tahap kecerdasan emosi dengan tahap kerisauan pelajar tahun satu kemasukkan

Page 21: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki

6

2005/2006, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Secara khasnya

adalah untuk melihat perkara-perkara utama seperti di bawah:

1. Untuk melihat sejauh manakah tahap kecerdasan emosi (keupayaan

mengenal emosi kendiri, keupayaan mengurus emosi kendiri, motivasi

kendiri, keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan dan

keupayaan mengenal emosi orang lain) pelajar tahun satu.

2. Untuk melihat sejauh manakah tahap kerisauan (kesihatan, kewangan,

kegiatan sosial, perhubungan peribadi dan akademik) pelajar tahun satu.

3. Untuk melihat perbezaan tahap kecerdasan emosi pelajar (keupayaan

mengenal emosi kendiri, keupayaan mengurus emosi kendiri, motivasi

kendiri, keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan dan

keupayaan mengenal emosi orang lain) berdasarkan jantina.

4. Untuk melihat perbezaan tahap kerisauan pelajar (kesihatan, kewangan,

kegiatan sosial, perhubungan peribadi dan akademik) berdasarkan jantina.

5. Untuk mengkaji hubungan kecerdasan emosi pelajar dengan kerisauan

mereka.

1.5. Persoalan Kajian

Melalui kajian yang dilakukan ini, penyelidik berharap dapat mencari

jawapan bagi persoalan-persoalan berikut:

1. Apakah tahap kecerdasan emosi (keupayaan mengenal emosi kendiri,

keupayaan mengurus emosi kendiri, motivasi kendiri, keupayaan

mengendalikan perhubungan yang berkesan dan keupayaan mengenal

emosi orang lain) pelajar tahun satu?

2. Apakah tahap kerisauan (kesihatan, kewangan, kegiatan sosial,

perhubungan peribadi dan akademik) pelajar tahun satu?

Page 22: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN …€¦ · berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki

7

3. Adakah terdapat perbezaan dalam kecerdasan emosi pelajar (keupayaan

mengenal emosi kendiri, keupayaan mengurus emosi kendiri, motivasi

kendiri, keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan dan

keupayaan mengenal emosi orang lain) berdasarkan jantina?

4. Adakah terdapat perbezaan dalam tahap kerisauan pelajar (kesihatan,

kewangan, kegiatan sosial, perhubungan peribadi dan akademik)

berdasarkan jantina?

5. Adakah kecerdasan emosi pelajar mempunyai hubungan dengan

kerisauan mereka?

1.6. Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah penting bagi melihat tahap kecerdasan emosi pelajar tahun

satu kemasukkan sesi 2005/2006, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

dengan tahap kerisauan mereka. Melalui hasil kajian ini adalah diharapkan agar

pembelajaran pelajar tahun satu akan menjadi lebih mudah serta lancar dan

seterusnya berjaya dalam kehidupan pada masa depan.

Oleh itu, diharapkan kajian ini akan memberikan kemudahan dan maklumat

kepada:

a) Bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk mengenalpasti tahap kecerdasan emosi

pelajar tahun satu dan tahap kerisauan mereka.

b) Pihak klinik psikoterapi bagi memberikan perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling sekiranya diperlukan oleh pelajar.

c) Penyarah Fakulti Pendidikan untuk membantu para pelajar meningkatkan

tahap kecerdasan emosi mereka. Selain itu, pensyarah juga dapat

mengetahui tahap kerisauan para pelajar bagi memberikan nasihat atau

bimbingan yang sewajarnya kepada mereka.