kak zaini -assigment kenegaraan

21
Peranan subjek sejarah di peringkat sekolah dalam memupuk semangat patriotisme generasi muda. Bincangkan. Pengenalan Sejarah bukanlah satu mata pelajaran yang baharu malah telah menjadi subjek teras sejak bertahun-tahun lalu di peringkat sekolah menengah. Cuma kini dengan transformasi pendidikan maka subjek ini akan diterapkan dengan unsur kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan bagi memastikan pelajar memahami serta menghayati sejarah negara secara lebih mendalam di peringkat sekolah. Pengumuman Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, tentang pengajaran mata pelajaran Sejarah pada peringkat sekolah rendah merupakan perkembangan pragmatik dan positif pendidikan negara dalam usaha menanam semangat patriotisme di kalangan pelajar. Tanggal 26 Oktober 2010 menyaksikan keputusan kerajaan menetapkan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 dan menjadikannya mata pelajaran teras dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2014.

Upload: zaininie

Post on 25-Jul-2015

372 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAK ZAINI -Assigment Kenegaraan

Peranan subjek sejarah di peringkat sekolah dalam memupuk semangat patriotisme generasi muda. Bincangkan.

Pengenalan

Sejarah bukanlah satu mata pelajaran yang baharu malah telah menjadi subjek

teras sejak bertahun-tahun lalu di peringkat sekolah menengah. Cuma kini dengan

transformasi pendidikan maka subjek ini akan diterapkan dengan unsur kewarganegaraan,

patriotisme dan perlembagaan bagi memastikan pelajar memahami serta menghayati

sejarah negara secara lebih mendalam di peringkat sekolah.

Pengumuman Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri

Muhyiddin Mohd. Yassin, tentang pengajaran mata pelajaran Sejarah pada peringkat

sekolah rendah merupakan perkembangan pragmatik dan positif pendidikan negara dalam

usaha menanam semangat patriotisme di kalangan pelajar. Tanggal 26 Oktober 2010

menyaksikan keputusan kerajaan menetapkan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek

wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 dan menjadikannya mata

pelajaran teras dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2014.

Definisi

Menurut Wikipedia, sebuah ensiklopedia bebas, sejarah merupakan pembelajaran

mengenai masa lampau terutamanya menggunakan catatan bertulis. Sejarah membentuk

pemupukan kemahiran berfikir dan kemahiran pemikiran sejarah dalam setiap kalangan

warganegara disamping menerapkan nilai-nilai murni dan semangat patriotik dalam

usaha mencapai aspirasi membentuk negara bangsa yang berkualiti.

Page 2: KAK ZAINI -Assigment Kenegaraan

Dari segi konsepnya, semangat patriotik boleh didefinisikan sebagai semangat

cinta akan tanah air dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara

tercinta. Bill Totten (1998) menjelaskan patriotisme bermaksud semangat cintakan

negara. Menurut beliau tidak ada bangsa, keluarga, pasukan dan kumpulan dalam apa

bentuk yang boleh berfungsi dengan baik melainkan semua ahli cintakan negara. Doob

(1964) beranggapan patriotisme ialah the more or less concious convictionof the person

that his own welfare and of that signifikant group he belongs to are depended uponthe

preservationn of the power and culture of his society. Secara ringkasnya semangat

patriotisme berkait rapat dengan emosi mempertahankan kedaulatan negara, institusi

politik dan undang-undang negara daripada dicerobohi oleh kuasa asing. Semangat

patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan harmoni.yang dibina ,

berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara. Setiap

warganegara perlu dibimbing untuk menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara

rasional. Natijah daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara, seluruh rakyat

dapat membina kekuatan semangat cinta akan negara.

Tidak dinafikan sistem pendidikan di negara kita mendukung semangat

patriotisme. Buktinya Buku Panduan Pemupukan Patriotisme Di Sekolah Rendah

(Kementerian Pelajaran:1994) telah menetapkan garis panduan agar nilai-nilai patriotime

perlu diterapkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum. Oleh itu, subjek-subjek seperti

Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Moral, Kajian Tempatan dan

lain-lain subjek sekolah rendah perlu menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam proses

pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah penggabungjalinan. Begitu juga semasa

aktiviti ko kurikulum. Di peringkat sekolah menengah pula, penerapan nilai-nilai

Page 3: KAK ZAINI -Assigment Kenegaraan

patriotisme dibuat melalui subjek Sejarah, Pendidikan Moral, Geografi ,Pendidikan Islam

dan lain-lain. Walaupun demikian, didapati bahawa tahap penghayatan generasi muda

akan semangat patriotisme agak rendah malah amat mendukacitakan.

Kebelakangan ini sejarah negara yang merupakan asas kepada pembentukan

peradaban bangsa sekaligus ecintaan yang mendalam kepada negara semakin dilupakan.

Negara pernah menyaksikan detik pahit apabila golongan tertentu di negara kita yang

pernah menjual maruah Malaysia di persada antarabangsa dengan insiden seperti

membakar Jalur Gemilang dan pengubahsuaian lirik lagu ’Negaraku suatu ketika dahulu.

Malahan pernah terpapar di dada- dada akhbar tentang perilaku anak-anak Malaysia yang

berada di luar negara tergamak melempar kata-kata berupa nista yang memburukkan

nama negara. Alpanya mereka bertutur sesuatu yang menjejaskan imej dan nama negara

ibarat “mengumpat” ibunda mereka sendiri, tanah tumpah darah mereka yang banyak

berjasa pada mereka. Generasi muda ini tidak mengenang jasa ibu pertiwi, seumpama

kacang lupakan kulit. Ini membuktikan tipisnya semangat patriotisme di kalangan

generasi muda kini. Generasi muda hari ini seolah telah lupa untuk memelihara dan

mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai etnik dan kaum seperti yang

diwarisi di Malaysia.

Biasanya, golongan remaja yang tidak menyedari kepentingan sejarah silam tidak

memiliki semangat patriotik. Maka kerajaan telah memutuskan untuk menekankan betapa

pentingnya metodologi subjek sejarah melalui satu transformasi besar supaya pengajaran

dan pembelajarannya menjadi lebih relevan lagi menarik sekali gus berjaya mendorong

pelajar menghayati ilmu yang begitu penting dalam kehidupan manusia ini. Kita juga

Page 4: KAK ZAINI -Assigment Kenegaraan

lupa tentang kesengsaraan dan perjuangan perit generasi terdahulu kerana kita tidak

pernah mengalaminya. Jika disorot, pasti ramai di antara anak-anak kita yang tidak

mengetahui  nama-nama terbilang seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Dato' Bahaman,

Abdul Rahman Limbong, Dol Said, Rentap dan ramai lagi kerana saban hari mereka

disogokkan dengan cerita-cerita hero khayalan seperti Spiderman atau Superman yang

lebih menyeronokkan dan mengkhayalkan.

Bagi memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia, maka pendedahan awal di

peringkat sekolah rendah kepada subjek ini amat penting. Membina bangsa dengan

semangat patriotisme mestilah bermula dari bangku sekolah. Melalui mata pelajaran

Sejarah serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang jelas mendidik dan

memberikan ilmu ke arah semangat cinta negara. Usaha sebegini dapat melahirkan

warganegara Malaysia yang peka akan sejarah negara dan bangsanya dan yang paling

penting melahirkan semangat patriotik di peringkat awal lagi kerana diperingkat ini

mereka mudah menerima ilmu, membentuk nilai diri dan perspektif. Pada masa yang

sama sejarah memberi kita peluang menghayati dan memahami kerelevenan sejarah

dalam kehidupan harian dan kehidupan masa depan. Cara memupuk semangat

patriotisme kepada pelajar mestilah melalui kesedaran dan ilmu sejarah.

Justeru itu, Sejarah yang akan menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2014 akan menerapkan unsur kewarganegaraan,

patriotisme dan perlembagaan bagi memastikan murid memahami serta menghayati

sejarah negara secara mendalam. Matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu

transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik

Page 5: KAK ZAINI -Assigment Kenegaraan

kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi,

kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan

kurikulum di sekolah.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, elemen sejarah

yang diajar melalui subjek Kajian Tempatan di sekolah rendah pada ketika ini kurang

menerapkan ketiga-tiga unsur terbabit. Jadi, kita mahu menekankan perkara ini supaya

mata pelajaran Sejarah dapat dihayati dan difahami oleh semua golongan masyarakat,

terutama generasi muda.

Ketiga-tiga unsur terbabit akan diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran

subjek sejarah yang menggunakan konsep ‘pendidikan itu menyeronokkan’ membabitkan

pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah, forum, perbahasan, lakonan dan

drama bagi mengelakkan murid sekolah rendah bosan ketika menghadapi pelajaran serta

dapat meningkatkan tahap pembelajaran di sekolah.

Menerusi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah murid-murid

sekolah rendah berpeluang untuk meningkatkan semangat patriotisme. Sejarah dapat

menyemaikan bibit-bibit semangat perpaduan dan patriotik di kalangan pelajar. Ini

sekaligus bagi mendedahkan pelajar kepada sejarah pembangunan negara bermula dari

peringkat umur rendah.

Pelbagai unsur patriotisme beleh diselitkan dalam sukatan Sejarah agar melalui

proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah boleh memupuk semangat patriotisme yang

tinggi dalam diri pelajar.

Antara peranan yang dimainkan oleh subjek sejarah ialah sebagai pemangkin

kepada perpaduan. Perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara lebih-lebih lagi

Page 6: KAK ZAINI -Assigment Kenegaraan

negara berbilang kaum.  Hal ini demikian kerana perpaduan merupakan asas

pembentukan sebuah negara yang progresif dan maju. Pepatah Melayu ada mengatakan

bahawa bulat air kerana pembentung, bulan manusia kerana muafakat.  Remaja, sebagai

pewaris negara ini dan mereka memainkan peranan penting untuk terus memupuk

semangat perpaduan. Negara pernah menyaksikan detik apabila perpaduan antara kaum

telah dicemari oleh insiden 13 Mei 1969. Oleh yang demikian, sebagai generasi yang

akan meneruskan legasi agenda perpaduan untuk generasi akan datang maka wajarlah

generasi muda hari ini menghargai dan teruskan mengekalkan bibit perpaduan yang telah

terbina sekian lama.

Pembelajaran mata pelajaran Sejarah dapat meningkatkan pengetahuan pelajar

mengenai asal-usul negara. Sukatan Sejarah yang cukup komprehensif izharnya dapat

memberi kesedaran kepada pelajar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan suatu ketika

dahulu bukanlah sesuatu yang mudah. Dengan kolaborasi dan sinergi antara kaum

Melayu, Cina dan India berkat usahasama Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan

Tun V.T. Sambathan, barulah kita dapat merasai nikmat kemerdekaan. Perkara ini

sepatutnya perlu diketahui oleh setiap warganegara kerana “sesiapa yang melupakan akar

bangsanya ibarat si Tenggang menderhakai ibunya”. Sehubungan dengan itu, mata

pelajaran Sejarah berperanan sebagai satu platform yang cukup utuh untuk

mengetengahkan kembali warisan sejarah kita suatu ketika dahulu.

Generasi muda hendaklah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah

negara.  Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air

dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat dihindarkan.  Sebagai contoh.

tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat

Page 7: KAK ZAINI -Assigment Kenegaraan

semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.  Ahli

falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan

kesilapan yang sama.  Oleh itu remaja hari ini hendaklah diterapkan dengan pengetahuan

sejarah secara lebih serius.  Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan

mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih

bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah

negara majmuk seperti Malaysia.  Jadi, remaja mestilah mengambil iktibar daripada

sejarah sebagai pemangkin semangat perpaduan yang jitu.

Penghayatan mata pelajaran Sejarah membolehkan kita membaca tentang masalah

perkauman dan perebutan kuasa yang berlaku  antara pembesar-pembesar  pada zaman

Kesultanan Melayu Melaka  telah membuka pintu kepada penjejahan imperialis-

imperialis Barat selama 446 tahun. Nasib rakyat peribumi tidak terbela dan mereka hidup

merana. Oleh itu,sudah tentu masyarakat pada zaman ini tidak menginginkan peristiwa

pahit tersebut berulang . Mereka akan berdiri, berfikir dan bertindak sebagai  bangsa

Malaysia dan bukannya mengikut etnik masing-masing.

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Begitu besar harapan bangsa pada

generasi muda hari ini. Maka adalah penting bagi mereka mempelajari nilai-nilai

patriotisme kerana mereka masih dalam proses menuju dewasa. Patriotisme mengajar

remaja mendisiplinkan diri. Generasi berdisiplin dan prodiktif adalah kemudi

pembangunan kepimpinan negra pada masa akan datang (Mahathir dan Belia; dalam

Saifuddin:2002). Jadi apabila nilai-nilai patriotisme disemai dalam jiwa setiap rakyat

Malaysia maka kita tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur asing yang

mempamerkan budaya dan acuan lain luar dari ciri-ciri Malaysia.

Page 8: KAK ZAINI -Assigment Kenegaraan

Rata-rata generasi muda hari ini memiliki kehidupan yang serba senang dan

mudah di kalangan generasi muda masa kini adalah satu faktor yang dikhuatiri

mengurangkan semangat patriotisme di kalangan mereka. Pelbagai kemudahan sosial,

kemajuan ekonomi, kehadiran berbagai-bagai barangan dan perkhidmatan di pasaran,

aneka bentuk hiburan, semua ini boleh melekakan dan mengalpakan generasi muda

daripada hal-hal yang lebih serius seperti soal kedudukan dan kemajuan bangsanya atau

peranan dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan negara. Era globalisasi dan

liberasi melihatkan ledakan maklumat melalui kemajuan teknologi yang semakin hari

semakin canggih. Apabila remaja selesa menikmati kehidupan sebegini semangat

patriotisme jelas akan menipis.

Seterusnya Sejarah juga mengajar kita agar mengelakkan diri daripada

mementingkan diri dan bersikap etnosentrisme.  Sikap etnosentrisme ialah sikap yang

mementingkan kelompok etnik sendiri.  Sikap seperti ini akan menjejaskan hubungan

dengan kaum-kaum lagi di negara ini.  Remaja perlu menghayati dan mengamalkan

Gagasan 1 Malaysia yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas ke arah

pembentukan sebuah negara yang progresif.  Remaja perlu menerima segala perbezaan

yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati yang terbuka.  Contohnya, remaja

tidak harus menyentuh isu-isu sensitif seperti hak istimewa sesuatu kaum yang sudah

termaktub dalam perlembagaan. Natijahnya, negara akan menjadi mundur, masa depan

negara kabur jika generasi pelapis luntur semangat patriotiknya. Mereka hendaklah

mengamalkan sikap di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.  Jika semangat ini

dapat diamalkan oleh setiap remaja, nescaya negara kita akan terhindar daripada sebarang

malapetaka akibat perpaduan yang rapuh.

Page 9: KAK ZAINI -Assigment Kenegaraan

Subjek Sejarah adalah satu-satunya saluran untuk menyampaikan warisan negara

dan legasi kebudayaan kepada generasi masa kini.. Melalui subjek Sejarah, para pelajar

akan didedahkan kepada kesusahan dan kepayahan masyarakat lalu berjuang

mempertahankan negara. Contohnya, melalui sejarah, penentangan yang berlaku di Bukit

Kepong. Para anggota polis telah bersusah payah untuk menentang pihak komunis

sehingga sanggup mengorbankan nyawa dan keluarga mereka. Hal ini sedikit sebanyak

akan menimbulkan perasaan cinta yang mendalam para pelajar kepada tanah air sehingga

menyebabkan mereka bersemangat tinggi untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah

dikecapi.

Pembelajaran Sejarah bukan setakat kita memperoleh ilmu tentang sejarah negara

kita, malah berupaya memberi ikhtibar dan pengajaran kepada kita agar menjadikan

sejarah lampau yang melanda negara tidak berulang kembali. Saya masih ingat kata-kata

dari guru Sejarah saya yang menyatakan ‘Sejarah ini ibarat roda’, ia sentiasa berputar.

Peristiwa yang lampau boleh berulang kembali. Jika kita mempunyai ilmu dan

pengetahuan tentang ‘sejarah’ yang telah berlaku, setentunya kita berupaya mengubah

‘sejarah’ yang bakal berlaku. Pengertian ini  bertunjangkan hasrat  untuk mencapai status

negara maju. Syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini

akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu. Negara yang bersatu padu

hanya dapat dicapai dengan mempunyai rakyat yang mempunyai semangat patriotisme

yang tinggi.

Mata pelajaran Sejarah juga membolehkan kita mengetahui kebudayaan dan

falsafah hidup rakyat majmuk. Kita mengetahui asal usul pelbagai kaum di Malaysia.

Kita juga sedar bahawa pembangunan Malaysia hasil daripada pengorbanan tiga kaum

Page 10: KAK ZAINI -Assigment Kenegaraan

utama. Dengan itu persefahaman yang lebih erat dapat dipupuk. Sikap toleransi antara

kaum dapat diwujudkan. Semangat kekitaan dapat dilahirkan. Prasangka antara kaum

dapat dielakkan. Semua sikap positif ini haruslah dimiliki oleh setiap rakyat sekiranya

gagasan Satu Malaysia mencapai matlamatnya.

Umum mengetahui bahawa subjek sejarah membolehkan kita  membuat

penilaian, mengetahui sebab, akibat dan kepentingan sesuatu peristiwa, memahami

sejarah tamadun awal bangsa kita, melahirkan perasaan jati diri yang tinggi, membentuk

keperibadian bangsa, menghargai jasa pemimpin negara yang telah berkhidmat dan

berbakti demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara serta memajukan negara

dari segi ekonomi dan sosial.

Namun tidak dinafikan juga subjek sejarah juga mengingatkan kita agar tidak

mengulangi kesilapan masa lalu, merangka wawasan masa depan dengan penuh

keyakinan, berusaha mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara dalam

semua bidang malah menjadi panduan dan iktibar dalam hidup kita pada masa kini dan

masa hadapan.

Ini seterusnya mengundang pelbagai soalan tentang kerelevanan pengajaran dan

pembelajaran matapelajaran sejarah khususnya di peringkat sekolah terutama sekolah

rendah.

Antara tujuan subjek sejarah diperkenalkan di peringkat sekolah adalah sebagai

usaha menyemai kefahaman Sejarah di peringkat awal bertujuan melahirkan generasi

baharu yang mampu menilai dan menghayati sejarah. Kandungan kurikulum yang

dirangka bagi sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas seharusnya

Page 11: KAK ZAINI -Assigment Kenegaraan

memupuk perasaan taat setia kepada bangsa dan negara. Fokus juga diberikan kepada

pemahaman menyeluruh tentang sejarah negara yang merangkumi jangka masa lima ratus

tahun dan dibuat secara kronologis iaitu mengikut susunan tahun. Dasar mewajibkan

pelajar sekolah memepelajari subjek sejarah adalah menepati kehendak Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang inginkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan

intelek pelajar secara seimbang.

Walaupun demikian perlu diingat generasi muda bukan hanya mempelajari

semangat nilai-nilai patriotisme daripada subjek sejarah yang di ajar secara fomal

mengggunakan kurikulum sahaja. Kita tidak mahu mereka hanya membaca dan

menghafal untuk lulus peperiksaan semata-mata yang akhirnya lupa dengan segera apa

yang dihafal. Selain mewajibkan kelulusan subjek Sejarah di peringkat peperiksaan

sekolah, ia juga perlu dipastikan agar dipelajari dan dihayati sepenuhnya oleh anak-anak

kita. Pembacaan sahaja tidak membuktikan individu tersebut kenal sejarah. Pendidikan

secara tidak formal perlu dijalankan sepanjang masa tanpa henti.

Antaranya peranan ibu bapa .Ibu bapa boleh mengajak anak-anak ke tempat

bersejarah.Contoh tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah Kota 'A' Famosa di

Melaka.Ibu bapa juga boleh menceritakan tentang kejatuhan kerajaan Melaka dan

Portugis membina 'A' Famosa.Ibu bapa juga boleh bercerita kepada anak-anak tentang

kisah bagaimana tokoh zaman dahulu membangunkan negara. Ibu bapa boleh

membelikan anak-anak buku,DVD dan sebagainya yang mengandungi isu-isu berkaitan

patriotisme. Perkara ini sesuai dilakukan kepada anak-anak sejak kecil kerana "melentur

Page 12: KAK ZAINI -Assigment Kenegaraan

buluh biarlah dari rebungnya".Jelaslah ibu bapa merupakan orang yang kuat

mempengaruhi anak-anak dengan semangat patriotisme.

Guru juga boleh mengajak pelajar-pelajar menyertai pelbagai seperti

ucapan,pidato,bahas dan sebagainya.Pada bulan kemerdekaan,guru boleh mengajak

pelajar menyertai sambutan hari kemerdekaan.Antara acara yang boleh dijalankan

termasuk nyanyian lagu patriotik,tayangan filem berkaitan semangat patriotik dan

sebagainya.Jelaslah,pihak sekolah turut sama berperanan untuk menyemai semangat

patriotisme dalam kalangan pelajar sepanjang tahun mereka berada di sekolah.

Media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk

menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.Dengan

perkataan lain,televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang

dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-

pejuang kemerdekaan negara.Selain itu,media elektronik itu juga hendaklah menyiarkan

filem seperti "Bukit Kepong","Paloh"dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat

cinta akan negara.Jelaslah bahawa media massa juga seharusnya memainkan peranan

dalam menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan

menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat

yang memperjuangkan semangat kemerdekaan suatu masa dahulu.Aktiviti tersebut bukan

sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara

kaum di negara kita.

Page 13: KAK ZAINI -Assigment Kenegaraan

Begitu juga menerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang

membolehkan remaja Malaysia berusia 18 tahun ditanam dengan semangat patriotik

Sementara Biro Tata Negara yang ditubuhkan pada tahun 1974, dipertanggungjawabkan

untuk menyalurkan pendidikan kenegaraan bagi memupuk semangat patriotisme secara

berterusan kepada semua lapisan masyarakat termasuk anggota komuniti institusi

pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota pertubuhan, serta pemimpin dan

pemaju masyarakat.

Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah di sekolah negara

penting untuk melahirkan generasi muda yang tidak buta sejarah, yang tidak

mempersoalkan fakta sejarah negara atau generasi yang menghafal fakta sejarah semata –

mata untuk lulus peperiksaan peringkat sekolah tetapi gagal menghayati, mengambil

pengajaran dan teladan apa yang tersirat daripada peristiwa yang berlaku. Kita perlu

melahirkan generasi yang memahami sejarah tempatan berpaksikan inisiatif untuk

meningkatkan semangat cintakan negara dan perjuangan bangsa, seterusnya dapat

memupuk perpaduan dan sinergi kesinambungan semangat patriotisme generasi muda

akan datang. Kita bimbang tanpa pengetahuan sejarah, generasi muda tidak dapat

menghayati apatah lagi mendukung semangat gagasan 1Malaysia dan pentingnya

perpaduan antara kaum yang hanya dapat dibina berlandaskan keunggulan jati diri yang

dipelajari melalui ilmu sejarah.