assignment setle(kenegaraan)

29
Group 1 //210187 dayat//210216 nain//210160 stylo//210253 macha@majid//210257 apek MALAYSIA KEARAH PERPADUAN NEGARA:MENUJU PUNCAK. 1.Pendahuluan Salah satu daripada naluri semulajadi manusia ialah ingin hidup berkelompok dan bermasyarakat. Maka untuk mempastikan tercapainya hasrat tersebut manusia berusaha dengan sedaya upaya kehidupan bermasyarakat itu terlaksana. Mereka mahu atau tidak mahu terpaksa mengenepikan beberapa kepentingan diri sendiri. Walau bagaimanapun, disebabkan kelemahan manusia sendiri maka seringkali tercetusnya permusuhan, perkelahian dan peperangan. Permusuhan dan peperangan sering terjadi sekalipun dalam satu bangsa. Permusuhan dan peperangan tercetus apabila kesabaran sudah tidak dapat dipertahankan dan apabila syaitan mula menguasai fikiran seseorang. Sebenarnya tidak ada kebaikan yang dapat dihasilkan menerusi permusuhan dan peperangan. Peperangan merosakkan harta benda, memusnahkan segala kemudahan yang sedia ada, memutuskan kasih sayang, di samping banyak melahirkan orang-orang yang cacat, yatim piatu dan janda serta balu. Malah bagi sesuatu bangsa, peperangan dan permusuhan akan melemahkan bangsa itu sendiri sekalipun tidak melenyapkannya dari muka bumi ini. Justeru, Islam mengingatkan umatnya supaya sentiasa hidup rukun dan damai serta berpadu erat antara satu sama lain. 2. Definisi Perkataan 'perpaduan' ini asalnya dari perkataan 'padu' iaitu 'mampat', 'pejal' dan 'padat'. 'Perpaduan ialah 'penggabungan'. Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. Lawan bagi 'perpaduan' ialah 'permusuhan', 'kehancuran' dan 'perpecahan'. Jadi, perpaduan dilihat dari tuntutan Islam adalah satu perkara yang baik iaitu 'ma’rof' manakala perpecahan pula satu 1

Upload: mark-dudi

Post on 24-Jun-2015

1.858 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Setle(Kenegaraan)

Group 1

//210187 dayat//210216 nain//210160 stylo//210253 macha@majid//210257 apek

MALAYSIA KEARAH PERPADUAN NEGARA:MENUJU PUNCAK.

1.Pendahuluan

Salah satu daripada naluri semulajadi manusia ialah ingin hidup berkelompok dan bermasyarakat. Maka untuk mempastikan tercapainya hasrat tersebut manusia berusaha dengan sedaya upaya kehidupan bermasyarakat itu terlaksana. Mereka mahu atau tidak mahu terpaksa mengenepikan beberapa kepentingan diri sendiri.Walau bagaimanapun, disebabkan kelemahan manusia sendiri maka seringkali tercetusnya permusuhan, perkelahian dan peperangan. Permusuhan dan peperangan sering terjadi sekalipun dalam satu bangsa. Permusuhan dan peperangan tercetus apabila kesabaran sudah tidak dapat dipertahankan dan apabila syaitan mula menguasai fikiran seseorang.Sebenarnya tidak ada kebaikan yang dapat dihasilkan menerusi permusuhan dan peperangan. Peperangan merosakkan harta benda, memusnahkan segala kemudahan yang sedia ada, memutuskan kasih sayang, di samping banyak melahirkan orang-orang yang cacat, yatim piatu dan janda serta balu. Malah bagi sesuatu bangsa, peperangan dan permusuhan akan melemahkan bangsa itu sendiri sekalipun tidak melenyapkannya dari muka bumi ini. Justeru, Islam mengingatkan umatnya supaya sentiasa hidup rukun dan damai serta berpadu erat antara satu sama lain.

2. Definisi

Perkataan 'perpaduan' ini asalnya dari perkataan 'padu' iaitu 'mampat', 'pejal' dan 'padat'. 'Perpaduan ialah 'penggabungan'. Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. Lawan bagi 'perpaduan' ialah 'permusuhan', 'kehancuran' dan 'perpecahan'.Jadi, perpaduan dilihat dari tuntutan Islam adalah satu perkara yang baik iaitu 'ma’rof' manakala perpecahan pula satu perkara yang keji atau tidak baik iaitu 'mungkar'. Dalam al-Qur’an Allah mengingatkan umat Islam dengan Firman-Nya yang bermaksud:

'Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya.'(Surah Ali Imran : 104)

2. Masyarakat Majmuk

Ciri yang nyata dalam sesebuah masyarakat yang bersifat majmuk ialah wujudnya jurang perpisahan di antara berbagai golongan etnik atau bangsa yang tinggal di dalam masyarakat yang berkenaan. Di negara kita, perpisahan sedemikian iaitu secara fizikal, telah lama wujud di kalangan penduduk di satu-satu petempatan bahkan pada zaman Kesultanan Melaka keadaan ini wujud untuk memudahkan perjalanan sistem pentadbiran – iaitu satu-satu

1

Page 2: Assignment Setle(Kenegaraan)

golongan pendatang itu biasanya diletakkan di bawah ketua golongan itu sendiri. Maka muncullah perkampungan Cina, Jawa, India dan sebagainya.

Terdapat perbezaan yang besar di antara keadaan dahulu, iaitu seperti di zaman kesultanan Melaka dengan keadaan yang wujud semasa zaman penjajah. Dahulu, orang asing yang bermastautin di Malaysia ini tidak ramai, apa lagi mereka yang mengambil keputusan untuk berintegrasi dengan penduduk pribumi dan seterusnya menghilangkan keperibadian asalnya. Pastinya soal status politik penduduk asing itu tidak pernah dipertikaikan : orang mendatang mempunyai negara ibunda masing-masing; kehadiran mereka di kawasan ini hanyalah sebagai penduduk sementara walaupun, pada hakikatnya, ramai juga yang akhirnya dikebumikan di negara ini.

Walau bagaimanapun, akibat penjajahan pada abad ke 19 terutamanya di Asia Tenggara telah membawa perubahan yang besar kepada komposisi penduduk di beberapa negara jajahan takluk. Wujudnya pentadbiran British di negara ini menggalakkan lebih ramai orang Cina berhijrah masuk kerana permintaan bijih timah yang meningkat di Eropah. Untuk mempercepatkan lagi pengeluaran hasil ladang terutamanya getah, kaum Tamil telah dibawa masuk ke negara ini dari India yang sememangnya sudah menjadi tanah jajahan British. Perkembangan ekonomi yang semakin peast ini sedikit sebanyak mengubah keadaan. Penduduk negara luar semakin ramai di negara ini dan masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.

Pada tahun-tahun 1920-an, pola masyarakat majmuk semakin nyata. Orang Melayu tinggal di kawasan desa atau pinggir bandar; orang Cina di kawasan bandar dan orang India di ladang-ladang getah. Perpisahan fizikal ini menyebabkan hubunbgan antara kaum menjadi semakin minima.

3.Dasar Perpaduan

Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi.

Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Menurut Vender Zanden, seorang ahli sosiologi, asimilasi adalah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.

Cara-cara mencapai perpaduanPolitik Sosial Ekonomi

Integrasi politik Integrasi kebudayaan Integrasi sosial Integrasi pendidikan Integrasi wilayah

2

Page 3: Assignment Setle(Kenegaraan)

Integrasi ekonomi

4.Halangan

Dalam mencapai perpaduan hidup bermasyarakat dan bernegara, manusia tidak terlepas dari menghadapi rintangan dan halangan. Halangan-halangan itu ada yang berpunca dari dalam diri seseorang individu itu sendiri dan tidak kurang juga datangnya dari luar diri manusia sendiri sama ada sesama manusia atau makhluk Allah yang lain iaitu syaitan.Sifat sombong dan bangga diri sendiri sering menjadi penghalang utama bagi seseorang untuk menerima pendapat atau buah fikiran orang lain. Sikap ini akan mendorong berlakunya keretakan dan perpecahan baik di peringkat rumahtangga, keluarga, masyarakat dan bernegara. Sikap sombong sering membawa individu atau kumpulan melakukan keganasan dan kekerasan kepada orang lain. Akhirnya ia mencetuskan permusuhan dan peperangan. Allah mengutuk manusia yang bersikap demikian.Berlaku tidak jujur atau bersifat keras terhadap orang lain sering menimbulkan rasa tidak puashati dan dendam antara sesama manusia, lebih-lebih lagi antara yang memerintah dengan yang diperintah. Perbuatan keras akan merenggangkan perhubungan dan menghapuskan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain. Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayainya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)...'(Muttafak ‘alaihi)

Perbuatan suka mengintip dan menyebarkan keburukan orang lain juga merupakan punca yang menghalang perpaduan. Sesungguhnya tidak ada sesiapa yang suka dirinya diintip dan juga tidak rela apa jua keburukannya didedah dan dihebahkan yang boleh menjatuhkan maruah dan air mukanya. Islam memberi perhatian tentang perbuatan keji seumpama ini. Dalam hubungan ini, Allah dan Rasul-Nya mengingatkan umat Islam supaya menjauhi perbuatan intip mengintip dan mengumpat keji sesama sendiri. Allah berfirman yang bermaksud:

'Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengah yang lain...'(Surah al-Hujurat : 12)

Selain daripada perbuatan mengumpat dan mendedahkan keburukan orang lain menjadi faktor penghalang perpaduan, perbuatan suka menghina dan merendah-rendahkan orang lain dengan memberi gelaran-gelaran yang hina juga adalah faktor penghalang perpaduan yang utama dalam masyarakat umat Islam hari ini termasuklah di kalangan umat Islam di Malaysia. Nama-nama serta gelaran yang buruk ini lebih ketara dalam ucapan ahli-ahli politik ketika memburuk-burukkan lawannya di musim kempen pilihanraya, termasuklah ucapan mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang-pejuang Islam tulen. Gelaran-gelaran sebagai 'thghut', 'fir’aun' dan sebagainya sering diberikan kepada individu atau pihak-pihak tertentu. Berkenaan hal ini, antara lain Allah berfirman yang bermaksud:

3

Page 4: Assignment Setle(Kenegaraan)

'...Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk...'(Surah al-Hujurat : 11)

a).Punca masalah perpaduan – Sistem pendidikan yang berbeza

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian.

Pelajaran Cina telah membarai kesedaran kebangsaaan pemuda –pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China.

Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Walau bagaimanapun, keadaan sekolah Tamil tidak pernah setanding dengan sekolah-sekolah Cina, Melayu atau Inggeris.

Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik – berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernacular – yang tidak mempunyai pandangan dunia (world – view) yang sama.

Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

5.Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia

Dr Rahmat Ghazali

Usaha kerajaan untuk mewujudkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman.

4

Page 5: Assignment Setle(Kenegaraan)

Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai ‘kontrak sosial’ antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia.

Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi ‘pecah dan perintah’. Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang ‘they mix but do not combine’ atau dalam bahasa ibunda, ‘mereka bercampur tetapi tidak bersatu.’ Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara. Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan ‘fungsional daripada hubungan empatetik’. Makudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut.

Sebaliknya kita juga sedar bahawa ‘perpaduan kaum’ adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan ‘empatetik’ sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama kita.

Pada suatu ektrim tertentu saya melihat bahawa usaha jitu kerajaan untuk memakmurkan dan menyuburkan perpaduan kaum melalui program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang etnik telah banyak terganggu dan kadangkala terbantut pada kadar yang tidak sanggup kita perakui. Tanpa niat mencabar Perlembagaan, melalui falsafah yang didokong oleh Artikel 152 (memberi hak kepenggunaan bahasa minoriti), saya melihat seakan-akan wujud konflik dengan falsafah yang didokong oleh Artikel 153 (menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi).

Saya juga terlihat Artikel 152 telah menyuburkan kewujudan sekolah-sekolah monoetnik, dan media massa monoetnik yang memberikan tumpuan kepada etnik-etnik yang diperwakilkan melalui bahasa ibunda masing-masing. Malah kita lihat papan tanda iklan kedai-kedai di mana-mana bandar di Malaysia lebih mengutamakan bahasa ibunda masing-masing daripada mengangkat falsafah Artikel 153.

Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian saya lihat aliran dan hala tuju perpaduan kaum tidak menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh sistem sekolah

5

Page 6: Assignment Setle(Kenegaraan)

monoetknik, dan begitu juga media massa monoetnik. Hal ini menjadi semakin rumit apabila institusi politik kita juga di lihat tertegak atas falsafah monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralisme Furnival.

Profesor Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam, pernah mencatatkan bahawa daripada tahun 1945 hingga 1969 sejumlah dua puluh dua insiden pergeseran etnik telah berlaku, dengan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai insiden yang paling dahsyat. Saya gusar dan sangsi jika statistik sedemikian menurun kerana kadangkala diri kita sendiri seringkali menutup sebelah mata untuk mendedahkan secara serius isu-isu sedemikian.

Misalnya Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan etnik seperti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian pendidikan pada tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan ‘Operasi Lalang’, yang menurut beberapa pemerhati politik, hampir sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. Perbalahan pengurusan sebuah kuil Hindu dan masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung Medan pada tahun 2001, peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN, dan isu mahasiswa UM (malah di semua universiti di Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam bentuk hubungan silang-etnik, mungkin mengundang kita untuk sama-sama memikirkan tentang kejayaan dasar dan modus operandi perpaduan kaum negara.

Mungkin juga pada suatu ekstrim yang lain, peristiwa-peristiwa berkenaan hanya sekadar kes-kes terpinggir yang tidak harus dilihat sebagai perbalahan etnik tetapi sebaliknya hanyalah perbalahan dua pihak yang boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri, dan bukan sekadar dalam persepsi silang-etnik. Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa ‘sedangkan lidah lagi tergigit’ apatah lagi situasi iklim kepelbagaian etnik di Malaysia yang bersandar kepada perbezaan bahasa, budaya dan agama sebagai komponen sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita.

Walau bagaimanapun kita tidak boleh memandang ringan pada perkembangan hubungan ethnik kontemporari sebagaimana terpancar daripada usaha kerajaan untuk menubuhkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ yang akan berpusat di Putrajaya. Nampaknya dengan tertubuhnya sistem sedemikian, kerajaan telah mencari pendekatan ‘adhoc’ iaitu mencegah perbalahan etnik daripada mencambahkan dan menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum. Mungkin persepsi saya salah, kerana sebenarnya kerajaan mengutamakan kedua-duanya sekali.

Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya melihat bahawa terdapat elemen-elemen pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina perpaduan kaum, agak berbeza dengan pendekatan yang dianggap sebagai arus perdana di Barat. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan kaum yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana.

Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep ‘melting pot’ atau ‘acuan pelebur’ dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam proses peleburan itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna, teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun di Malaysia kita lihat konsep ‘acuan pelebur’ itu tidak wujud, sebaliknya yang wujud ialah konsep ‘salad bowl’ atau ‘mangkuk sayur-

6

Page 7: Assignment Setle(Kenegaraan)

mayur’ yang tidak meleburkan mana-mana unsur etnik tetapi mempersatukan kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu persekitaran ynag sama.

Dalam konteks yang sama di Britain, sama ada mereka bersetuju atau tidak, juga telah berlaku proses asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa dan budaya nenek moyang golongan minoriti tertentu.

Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai satu bentuk ‘penjajahan dalaman’ kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Namun dalam banyak contoh di sebelah Barat, golongan majoriti itu adalah juga merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti atas nama perpaduan kaum.

Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland. Berbeda dengan Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali kewujudan sekolah-sekolah monoetnik dan media massa monoetnik.

Dalam konteks perpaduan kaum, Malaysia juga menghadapi banyak masalah kerana kepercayaan dan perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku. Asimilasi dalam konteks budaya juga tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya dan tamadun bangsa mereka masing-masing lebih dominan daripada yang lain. Orang-orang India melihat keagungan tamadun Indus yang bermula pada 2500 S.M. lebih agung daripada tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada kira-kira lima ratus tahun dahulu (jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat ketamadunan China yang bermula kira-kira 2000 S.M. di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun Melayu. Banyaklah elemen-elemen ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong kelangsungan budaya mereka masing-masing.

Dengan perkiraan sebegini kadangkala saya lihat bahawa kerajaan juga menjadi serba salah dalam hal menentukan halatuju kebudayaan nasional. Misalnya, pada tahun 1982, Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa ‘Budaya Melayu harus menjadi ciri-ciri utama budaya nasional, supaya diterima dan diamalkan oleh semua kaum. Malah terdapat juga yang mahukan budaya Melayu dijadikan satu-satunya elemen budaya nasional’ (dipetik daripada Munro-Kua 1996).

Walau bagaimanapun pada tahun 1995, Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang berasaskan budaya Melayu. Menurut Tun, ‘Bangsa Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. Untuk merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-masing seada-adanya, tanpa mengira kaum dan agama’ (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik 2002). Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina

7

Page 8: Assignment Setle(Kenegaraan)

dan India sebagimana terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Konsep ini condong kepada konsep pluralisme Furnival.

Namun pendirian kerajaan yang sedemikian terhadap perpaduan kaum seperti berdiri atas platform yang berbeza pula jika dilihat pada matlamat yang didokong oleh Wawasan 2020, kerana ia diangkat sebagai suatu ‘Bangsa Malaysia’ tanpa melihat perbedaan warna kulit dan amalan budaya. Secara idealnya tidak akan wujud lagi Melayu, Cina atau India jika Wawasan 2020 direalisasikan. Konsep ini condong pula kepada konsep asimilasi.

Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi dirujuk semula kerana saya kira pendekatan inilah dilihat sebagai yang terbaik untuk membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen, sekurang-kurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti. Pendekatan sedemikian telah lama dibuktikan terbaik bagi Malaysia, misalnya dalam konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga di Pulau Pinang, golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang, dan Arab Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Malah di kalangan golongan Baba Nyonya tercipta bahasa ‘kreol’ mereka yang tersendiri yang pastinya terbina daripada improvisasi bahasa ibunda golongan majoriti Melayu yang lebih dominan.

Amat jelas juga kita lihat bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun secara halusnya terdapat perbezaan di sana-sini. Namun, jika budaya nasional Malaysia boleh diterjemahkan sebagai budaya etnik peribumi Melayu sebagai asasnya, maka saya lihat bahawa budaya Baba Nyonya, India Peranakan dan Arab Peranakan ini telah menjelmakan satu proses perpaduan kaum yang utuh dan tulen.

Namun realitinya dalam konteks kontemporari, dasar perpaduan kaum Kerajaan Malaysia amat mesra dan bertoleransi terhadap bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak pernah dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-mana sekolah di Malaysia, meskipun di sekolah-sekolah kebangsaan. Malah diwujudkan pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran.

Dengan ekstrim pendekatan pluralisme atau konsep ‘mangkuk sayur-mayur’ seperti di Malaysia kita lihat bahawa dalam situasi tertentu bahasa rasmi menjadi bahasa rojak, malah dicampuradukkan pula dengan bahasa Inggeris mungkin untuk menyuntik ciri-ciri lenggok komunikasi antarabangsa. Bahasa Melayu lisan telor Cina dan telor India menjadi tegar diamalkan bukan sahaja apabila golongan ini berkomunikasi sesama mereka, malah disokong dan disuburkan oleh golongan Melayu sendiri ketika berkomunikasi dengan kaum India dan Cina.

Saya percaya bahawa untuk menjaga martabat bahasa rasmi, penggunaannya mesti juga terlaksana dalam situasi yang tidak formal, bukan sekadar dalam kandang situasi yang rasmi dan formal sahaja. Hanya golongan yang amat sensitif dan insaf sahaja yang beria-ia berjuang untuk mempertahankan gaya dan hukum-hukum tatabahasa bahasa rasmi negara, tetapi malangnya golongan ini seperti Tan Sri Profesor Ameritus Dr Awang Had Salleh, Tan Sri Profesor Dr Ismail Hussien, Profesor Dr Nik Safiah Karim, Dr Awang Sariyan, Dr Chandra Muzaffar, YB Dr Rais Yatim, dan SN A Samad Said, (sekadar menyebut beberapa nama) sudah seperti kehilangan golongan pelapis. Adakah ini suatu kepincangan dalam proses

8

Page 9: Assignment Setle(Kenegaraan)

perpaduan kaum yang dicita-citakan Malaysia atau ia suatu kelebihan dan kekuatan pendekatan ‘mangkuk sayur-mayur’ Malaysia?

Akhir-akhir ini pula, kita lihat DBP mahu dinobatkan secara legitimasinya sebagai ‘polis bahasa’. Saya tidak tahu bagaimana polis ini akan melaksanakan tanggungjawabnya apabila melihat di kebanyakan bandar di Malaysia, papan-papan iklan seringkali mengabaikan penggunaan dan pengutamaan bahasa Melayu. Malah bahasa rojak yang haru-biru dan celaru sudah menjadi identiti yang tegar di papan-papan tanda kedai. Namun pada sudut yang amat jauh dalam hati kecil ini, saya optimistik bahawa DBP akan berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang yang penuh onak dan duri, dan sekali gus menyuburkan perpaduan kaum. Saya juga yakin bahawa kejayaan tersebut haruslah dimulakan dengan semangat kecintaan yang tinggi setiap rakyat terhadap negara ini.

6.Dasar-dasar Kerajaan Dalam Membentuk Perpaduan

1) DASAR PENDIDIKAN – Bagaimana pendidikan boleh membentuk perpaduan

2) AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu.

3) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

4) SUKAN ALAT PERPADUAN

5) DASAR WAWASAN NEGARA ASAS PERPADUAN

9

Page 10: Assignment Setle(Kenegaraan)

1) DASAR PENDIDIKAN – Bagaimana pendidikan boleh membentuk perpaduan

Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.

Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari :

“ Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah suatu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

Asas-asas perpaduan sistem pendidikan

Sistem persekolahan yang sama bagi semua

Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan.

Seterusnya walaupun pada peringkat rendah ini sekolah-sekolah diasingkan oleh bahasa pengantar yang berbeza namun sukatan pelajaran dan sistem persekolahan disamakan. Pada peringkat menengah pula ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan pengantar bahasa Melayu dan semua kanak-kanak akan memasuki sama ada Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Inggeris tanpa mengira bahasa pengantar yang dilaluinya pada peringkat rendah.

Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

Kurikulum yang sama

10

Page 11: Assignment Setle(Kenegaraan)

Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikilum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.

Sukatan pelajaran yang seragam

Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara.

Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dlam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam.

Peperiksaan yang seragam

Rancangan kerajaan untuk menseragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

2) AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu.

Akta ini diluluskan pada tahun 1967. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan & menjadi jaminan kepada

perpaduan rakyat Malaysia. Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di

sekolah dan menjadi bahasa yang digunakan di mahkamah pada 1990.

Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu

kaum dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa curiga.

3) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dasar ini menjadi panduan pembentukan & pengekalan identiti rakyat Malaysia.

Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan.

Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrwarna Malaysia pada tahun 2001

11

Page 12: Assignment Setle(Kenegaraan)

yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu, tujuannya

juga ialah memelihara keperibadian kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan rakyat

Malaysia.

4) SUKAN ALAT PERPADUAN

Dasar ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik rakyat. Majlis Sukan-Sukan

Malaysia (MSSM) yang ditubuhkan pada peringkat sekolah & Temasya Sukan Malaysia

(SUKMA) adalah contoh dasar ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum & hubungan antara

negeri.

Jika kita lihat sekarang ini,acara-acara sukan yang besr seperti komanwel,olimpik.dan sukan

sea  yang berlangsung telah menyemarakkan semangat patriotik rakyat negara kita. Pelbagai

kaum bersatu padu memberi sokongan & dorongan untuk membolehkan Malaysia mendapat

pingat.

5)DASAR WAWASAN NEGARA ASAS PERPADUAN

RAMAI pelawat asing kagum apabila melihat rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kebudayaan dapat hidup secara aman dan harmoni.

Ada yang juga terperanjat bahawa krisis ekonomi 1997 tidak memecahbelahkan rakyat negara ini. Ada pula yang cuba menghasut rakyat Malaysia supaya menggerakkan reformasi untuk menumpaskan kerajaan kini juga tidak membawa kesan yang diharapkan.

Sememangnya rakyat Malaysia dapat hidup secara aman dan harmoni berkait rapat dengan dasar pembangunan yang dilaksanakan. Keistimewaan dasar pembangunan negara ialah ia mengimbangkan amalan ekonomi bebas dan campur tangan kerajaan.

Sebelum tahun 1969, amalan ekonomi bebas diberi keutamaan dan ia telah membawa kepada ketidakseimbangan sosioekonomi di antara kaum di negara kita. Tidak kurang yang mengaitkan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 dengan jurang perbezaan sosioekonomi di antara kaum.

Walaupun peristiwa 13 Mei membawa maut dan kerosakan harta benda, ia juga menyedarkan para pemimpin negara dan masyarakat bahawa sesuatu tindakan yang tegas harus diambil.

Pasaran ekonomi bebas tidak boleh dibiarkan mencari haluan sendiri. Sebaliknya, campur tangan kerajaan amat penting dalam dasar pembangunan negara.

Dalam konteks inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) yang bertujuan untuk mencapai perpaduan rakyat melalui strategi penyusunan masyarakat dan pembasmian kemiskinan.

12

Page 13: Assignment Setle(Kenegaraan)

Semangat dan falsafah DEB kemudiannya dilanjutkan Dasar Wawasan Negara (1991-2020) di mana Dasar Pembangunan Negara merupakan fasa pertama.

Untuk jangka 2001-2010, Dasar Wawasan Negara akan menjadi strategi dan program di bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 (RRJK-3).

Pelaksanaan dasar-dasar pembangunan negara telah membawa kesan-kesan positif. Kesan yang paling jelas ialah peningkatan taraf sosioekonomi mereka yang kurang berada, khasnya golongan bumiputera.

Pada tahun 1970, lebih kurang 49 peratus daripada 1.6 juta isi rumah di Semenanjung Malaysia hidup di bawah garis kemiskinan. Pada tahun 1999 pula, kadar kemiskinan di negara kita telah dikurangkan kepada 7.5 peratus.

Ini bermakna negara kita telah membangun daripada keadaan kemiskinan berleluasa pada 30 tahun lalu hingga kini di mana kemiskinan bukan lagi isu yang penting.

Pada masa yang sama, pendapatan rakyat Malaysia telah meningkat dengan jelasnya. Pada tahun 1970, pendapat purata seisi rumah sebulan ialah RM269 di Semenanjung Malaysia. Ia telah meningkat kepada RM2,607 seisi rumah sebulan pada tahun 1997. Untuk kaum Melayu secara khasnya, ia meningkat daripada RM178 pada tahun 1970 kepada RM2,038 pada tahun 1997.

Begitu juga, dasar pembangunan negara juga memperlihatkan wujudnya satu komuniti kelas menengah bumiputera.

Golongan bumiputera yang serba kekurangan pada 30 tahun yang lalu kini telah dapat memegang ekuiti korporat yang lebih banyak.

Pada tahun 1970, pegangan hak milik dalam syarikat-syarikat berhad oleh kaum Melayu di Semenanjung Malaysia hanya 2.4 peratus. Pada tahun 1995 pula, pegangan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat telah meningkat kepada 20.6 peratus.

Mudah-mudahan, sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus akan dicapai menjelang tahun 2010 seperti yang dinyatakan dalam RRJK-3. Sasaran ini bukan susah dicapaikan sekiranya pegangan ekuiti bumiputera hanya dapat dijual kepada bumiputera.

Kejayaan dasar pembangunan negara tidak terhad kepada bidang sosioekonomi. Bagi kaum bumiputera secara khasnya, peluang untuk berpendidikan tinggi, memegang jawatan penting dan membuat keputusan telah memberi keyakinan dan menguatkan moral. Aspek-aspek psikologi ini telah mengukuhkan asas kaum bumiputera untuk mencapai sasaran yang lebih tinggi.

Kejayaan yang dicapai oleh kaum bumiputera tidak bermakna kemunduran bagi bukan bumiputera. Sebagai misalan, bagi kaum Cina, pendapatan purata seisi rumah sebulan telah meningkat daripada RM387 pada tahun 1970 kepada RM3,737 pada tahun 1997. Bagi kaum India, ia meningkat daripada RM310 kepada RM2,896 dalam jangka yang sama.

Apa yang jelas ialah pelaksanaan dasar pembangunan yang menekankan kesaksamaan antara kaum telah membawa darjah perpaduan yang lebih tinggi.

13

Page 14: Assignment Setle(Kenegaraan)

Cuba bayangkan apa yang berlaku di negara jiran di mana jurang perbedaan ekonomi antara kaum dan kemiskinan telah membawa kekecohan apabila krisis ekonomi berlaku.

Pada masa yang sama, dasar pembangunan negara kita telah dapat menyahut cabaran krisis ekonomi 1997 dan memastikan rakyat pelbagai kaum dapat terus hidup dalam aman dan damai.

Maka, tidak hairanlah terdapat pelawat asing yang menyatakan keinginan untuk menetap di negara kita sekiranya diberi peluang.

14

Page 15: Assignment Setle(Kenegaraan)

7.KRONOLOGI NEGARA DALAM MEMBINA PERPADUAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI.

1930 - April Parti pertama di Tanah Melayu ditubuhkan. Parti Komunis Malaya (PKM). 

1941 8 Disember - Jepun mulakan kempen ke atas Tanah Melayu.

1942 15 Februari - Jepun menguasai seluruh Tanah Melayu dan Singapura. British dikalahkan.Sabah dan Sarawak juga dikalahkan dalam tempoh yang sama . Penduduk Cina menderita. Masalah perkauman tercetus. 

1943 - Cadangan menubuhkan Malayan Union oleh British.(bagi menyelesaikan masalah perkauman).

1945 15 Ogos - Jepun menyerah kalah dari tanah.

1945 10 Oktober - Parlimen British luluskan Malayan Union. 

1946 1 Mac - 38 buah Parti Melayu dari seluruh Malaya dan Singapura berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman menentang Malayan Union. 

1946 11 Mei - UMNO di tubuhkan di Istana Besar Johor Bahru oleh Dato' Onn Jaafar. 

1948 - PKM memulakan penentangan bersenjata terhadap British. PKM inginmenubuhkan sebuah negara Komunis. 

1948 - Disember Dato' Onn, Presiden UMNO panggil mesyuarat dengan kaum Cina.

1948 12 Januari - Darurat diisytiharkan sebab ancaman PKM. 

1948 21 Januari - UMNO dengan kerjasama Raja-raja Melayu menubuhkan Kerajaan Persekutuan Malaya menggantikan Malayan Union. 

1949 Januari - Pesuruhjaya Tinggi British, Malcolm MacDonald panggil mesyuarat Melayu dan Cina, tubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (Communities Liason Committee).

1949 27 Februari - Ketua AMCJA (All Malaya Council of Joint Action), Tan Cheng Lock tubuhkan MCA, di sokong oleh Leong Yew Koh dan T.H. Tan. 

1949 - PKM lempar bom tangan di Dewan MCA Perak. Tan Cheng Lock dan 4 lain cedera.

15

Page 16: Assignment Setle(Kenegaraan)

 

1950 - Rusuhan Natrah di Singapura. 

1950 - Dato' Onn Jaafar berbalah dengan UMNO. 

1951 - Dato' Onn Jaafar meninggalkan UMNO kerana cuba membuka pintu kepadabangsa-bangsa lain ke dalam UMNO. 

1954 - Gerakan menuntut pilihanraya di mulakan.- Majlis Meja Bulat, UMNO dan MCA di adakan.- UMNO dan MCA menang bersih pilihanraya tempatan dan bandaran.- MIC menyertai Parti Perikatan.

1955 31 Julai - Pesuruhjaya Tinggi British tawarkan 10 kerusi kabinet dan 10 kerusi untuk pegawai kerajaan. 

1955 - Pelampau Cina, melalui Persekutuan Guru-guru Sekolah Cina menuntut supaya bahasa Cina di jadikan sebagai salah satu bahasa rasmi. 

1955 - Tunku, Tan Cheng Lock dan wakil Guru, berbincang di rumah TCL. 

1955 - Manifesto Perikatan di capai. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.

1955 27 Julai - Pilihanraya pertama di Malaya, UMNO menang 51 dari 52 kerusi yangdipertandingkan. 

1955 7 Oktober - Setelah perikatan menang, ucapan radio mengatakan PKM bersetuju untukberjumpa Tunku Abdul Rahman. 

1955 28 Disember - Rundingan Tunku Abdul Rahman disertai oleh Dato' Sir Tan Cheng Lock, David Marshal, Too Joo Hing, T. H. Tan dan setiausaha sulit Tunku, Shafie Abdullah dengan ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng disertai oleh Rashid Maidin dan Chien Tien di Baling, Kedah. Chin Peng tidak percaya British akan memberi kemerdekaan kepada Malaysia. Berjanji untuk berhenti berjuang jika Malaya merdeka. Chin Peng tidak berbuat demikian setelah Malaya merdeka. 

1957 31 Ogos - Malaya mencapai kemerdekaan secara Perlembagaan melalui perikatan,(UMNO, MCA & MIC) yang diterajui oleh Allahyarham Tunku Abdrul Rahman."

1957 - Falsafah PKM menyusup di Parti Rakyat Malaya dan Parti Buruh Malaya(masing-masing di Malaya dan Singapura. Mereka bergabung dalam Barisan Sosialis Rakyat Malaysia. 

16

Page 17: Assignment Setle(Kenegaraan)

1959 - MCA di susupi golongan muda, pimpinan Dr. Lim Chong Eu mahu menamatkanapa yang di sangka sebagai penguasaan UMNO kepada Parti Perikatan.Menuntut supaya bahasa Cina menjadi bahasa rasmi negara. 

1959 12 Julai - Tunku menolak semua tuntutan segelintir dari pemimpin golongan muda MCA.Tunku tetap menghargai pemimpin-pemimpin Cina lain sepertiTan Siew Sin, Tun Ong Yok Lin dan T. H. Tan. 

1959 - MCA berpecah dua. Pemimpin MCA lama menjadi parti bebas dan MCA baru diterajui oleh Tun Tan Siew Sin. 

1959 - Disebabkan tuntutan MCA itu Tunku mengugut untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri untuk di serahkan kepada Tun Abdul Razak sekiranya MCA baru di bawah pimpinan Tan Siew Sin. 

1959 - PAS dan UMNO bertikam lidah. PAS mahukan semua orang Cina di hantar balikke negara Cina. 

1959 - Yang dipertuan Agong mengeluarkan arahan kepada mereka supayapeperangan mulut dihentikan kerana khuatir menjadi pergaduhan dan rusuhan. 

1959 - Perikatan menang 74 kerusi dari 103 kerusi yang dipertandingkan.(Perikatan 74,PAS 13, Parti Sosialis 8, Parti Progresif Rakyat 4, Parti Negara 1, Parti Malaya 1dan Bebas 3). 

1959 - Dr. Lim Chong Eu meminta maaf kepada Tunku Abdul Rahman dan mengaku termakan dihasut oleh Persatuan Guru-guru Sekolah Cina. 

1959 - Hubungan UMNO, MCA dan MIC menjadi erat. 

1959 - Disember "Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar ditubuhkan.Tun Abdul Razak masih lagi menteri pertahanan dan Menteri Dalam Negeri." 

1959 - Pada mulanya Tun Tan Siew Sin curiga dengan UMNO kerana melihat Dato' Onn Jaafar yang mengasaskan UMNO sendiri telah keluar dari UMNO. Kemudiannya Tun Tan Siew Sin menjadi seorang pemimpin kuat dalam Parti Perikatan. (Tunku bertanya mengapa perubahan itu berlaku? Tun Tan Siew Sin kemudiannya menjelaskan melalui surat yang panjang kepada Tunku Abdul Rahman, antaranya ialah ucapan terima kasih beliau memberikan kerakyatan kepada bangsa-bangsa lain terutamanya Cina dan India. 

17

Page 18: Assignment Setle(Kenegaraan)

1960 - Falsafah yang nasionalis tetapi pro-sosialis, pro-sukarno, pro-komunis telah menyerap masuk ke dalam akhbar Utusan Melayu. Majoriti pemegang saham Utusan Melayu ialah ahli UMNO. Utusan Melayu dipulaukan sehingga menjatuhkan pasaran. Pengurusannya gagal bayar gaji pekerja. 

1960 31 Julai - Agong isytiharkan darurat dari ancaman komunis tamat iaitu selepas 12 tahun. 

1960 - Pembukaan tanah-tanah di luar bandar oleh Tun Abdul Razak.

1961 - UMNO ambil alih Utusan Melayu. Wartawan-wartawannya mogok dan ia diketuaioleh wartawan Singapura, Said Zahari yang dikatakan pro-sosialis, pro-sukarno dan berhaluan kiri. Said Zahari pula mengatakan beliau hanya mempertahankan kebebasan akhbar. 

1961 27 Mei - Tunku Abdul Rahman menyatakan hasrat pergabungan Singapura, Sabah,Sarawak dan Brunei perlu bergabung dengan Malaya. 

1961 03 Jun - Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, menyatakan sokongan kepada Tunku Abdul Rahman. Singapura belum merdeka lagi pada waktu ini. 

1961 Oktober - Parlimen Malaya meluluskan sokongan gagasan tersebut. 

1961 04 November - UMNO menganggap gagasan tersebut sebagai Melayu Raya.

1962 21 Julai - Sultan Brunei, Sir Omar Saifudin mengumumkan Dewan Undangan Bruneimenerima konsep Malaysia. 

1962 - Pemberontakan oleh pergerakan bawah tanah,Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) di bawah Parti Rakyat Bruneidi ketuai oleh A.M. Azahari bin Sheikh Mahmud. 

1963 - Brunei membatalkan hasrat menyertai Malaysia kerana syarat-syaratyang tidak menguntungkan mereka. 

1963 16 September - Singapura menyertai Malaysia.

1963 - Lee Kuan Yew mengenakan dasar "Malaysian Malaysia" berdasarkan meritokrasi. 

1963 19 Oktober - Alex Jossey dari 'Buletin Australia' memuji LKY, kaum China dan Disnasti China dan mengatakan Melayu berketurunan lanun. 

1963 Disember - 8 perajurit Malaysia terkorban di bom tangan tentera PKI di Kelabakan,Tawau, Sabah. 

18

Page 19: Assignment Setle(Kenegaraan)

1964 - Sukarno dengan kerjasama PKI melakukan operasi tentera Ganyang Malaysia.

1964 - Tidak lama selepas operasi Ganyang Malaysia, pemimpin PAS, Dr. Burhanuddin, pemimpin Parti Rakyat, Ahmad Boestamam dan pemimpin Barisan Sosialis Rakyat Malaysia, Ishak Haji Mohammad (Pak Sako) telah di tahan bersama yang lain-lain (Dato' Raja Abu Hanifah, Dato' Kampo Rajo, Aziz Ishak dan Rais Anuar).

1964 23 April - Dato Dr. Ismail Dato' Abd Rahman, Menteri KDN menandatangani Kertas Putih Kerajaan Malaysia bertajuk "Hasrat Indonesia Terhadap Malaysia". 

1964 - Pilihanraya. Perikatan menang 89 kerusi dari 104 kerusi. 

1965 - Malaysia menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. 

1965 - Sukarno dihancurkan oleh Presiden Suharto melaui pemberontakan Gestapo.

1965 Mei - Ucapan terakhir LKY, mengatakan "hak istimewa orang Melayu danbahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukanlah jawapan kepadamasalah ekonomi Melayu.'' 

Ucapan Mahathir dalam masa yang sama mengatakan ''cara Kuala Lumpur memerintah orang Cina tidak boleh dilaksanakan di Singapura. Mereka tidak pernah diperintah orang Melayu dan taktik memulas tangan pastinya akan menghadapi tentangan yang keras". Mahathir benar-benar rasa tercabar. 

1965 01 Jun - LKY mendesak supaya "Malaysian Malaysia" ditentukan oleh Singapura, Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang sendiri menentukannya. 

1965 Jun - Tunku berada di London menghadiri Persidangan Perdana Menteri Komanwel di London tetapi terpaksa berada di hospital kerana diserang penyakit ''Kayap.''

1965 9 Ogos - Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Lee Kuan Yew menangis disiarkan oleh RTM.

1965 - Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tan Sri Syed Jaafar Albar meletak jawatan.

1966 11 Mac - Suharto mengambilalih kuasa dari Sukarno. Konfrantasi Ganyang Malaysiadi tamatkan.

1969 13 Mei - Rusuhan kaum di Malaysia tercetus.

1974 - Tunjuk perasaan oleh pelajar-pelajar kerana mendakwa penduduk di Baling miskin dan mati kebuluran.

19

Page 20: Assignment Setle(Kenegaraan)

1974 - 20 Komunis keluar hutan kerana menyangka pelajar telah bangkit dan PKM akan mendapat sokongan rakyat.

1974 14 Disember - Anwar Ibrahim ditahan ISA kerana menghasut pelajar

1975 5 Januari - Tunjuk perasaan tiada asas dan disifatkan sebagai dusta.

8.Kesimpulan

Sikap kita

Melihat betapa pentingnya perpaduan dalam menentukan kejayaan umat dan negara, maka kita mestilah sentiasa memupuk kesedaran masyarakat supaya menghargai nilai perpaduan ini serta berusaha menjaga dan memperelokkannya.Kita juga mestilah mengajak masyarakat supaya menjauhi gejala-gejala yang boleh membawa perpecahan di samping mengajak mereka berpegang dengan nilai-nilai hidup murni yang berupa kasih sayang, hormat menghormati dan sebagainya.Dan yang paling utama, kita sendiri mestilah memulakan cara hidup Islam yang mulia ini sebelum kita mengharapkan orang lain dapat mengamalkannya.

Penutup

Demikianlah sedikit penjelasan tentang betapa pentingnya perpaduan dalam menetukan kesejahteraan dalam negara ini. Tanpa kesedaran yang tinggi dan usaha yang gigih dan teratur, masa depan kepimpinan Islam masih belum pasti. Ayuhlah bersama menjayakannya.

20