sukan / nasional hari rabu 12 jun 2019 23 skuad negara ... · unit kenegaraan, bahagian kenegaraan...

1
HARI RABU 19 JUN 2019 NASIONAL 23 Perkenalkan budaya negara melalui Kem Musim Panas BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 Jun. - Kem Musim Panas Sekolah Antarabangsa Jerudong 2019 (Jerudong International School Summer Camp - JIS SC) akan berlangsung pada 1 hingga 20 Julai depan. Dalam temu bual Pelita Brunei bersama salah seorang Pegawai JIS, Anne Dickson menjelaskan, program akan disertai oleh lebih 40 pelajar dari China, Viet Nam, India, Malaysia, Perancis, Jerman dan Brunei yang merangkumi sebanyak tiga peringkat program, iaitu Kem Minggu Pertama; Kem Minggu Kedua dan Kem Minggu Ketiga. ''Kem Minggu Pertama akan diadakan pada 1 hingga 6 Julai 2019; Kem Minggu Kedua akan diadakan pada 8 hingga 13 Julai 2019; dan Kem Minggu Ketiga pada 5 hingga 20 Julai 2019,'' jelasnya. Sementara itu, Penolong Pegawai JIS, Dayang Naqiyah binti Yussof pula menyatakan, para pelajar yang ikut serta dalam program tersebut berpeluang untuk memilih bagi menyertai program secara penuh atau mengikut peringkat pilihan kem mingguan yang dikehendaki. Katanya, pelbagai acara dan aktiviti disusun sepanjang kem diadakan nanti seperti membuat lawatan ke tempat-tempat menarik Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman Majlis Doa Selamat dan Ramah Mesra bersama bakal Jemaah Haji, 27 Jun BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 Jun. - Majlis Doa Selamat dan Ramah Mesra bersama bakal Jemaah Haji bagi Tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi akan diadakan pada Khamis, 22 Syawal 1440H bersamaan 27 Jun 2019M, jam 9.00 pagi, bertempat di Dewan Banquet Bridex, Jerudong. Bakal-bakal Jemaah Haji adalah dialu-alukan hadir ke majlis anjuran Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Syarikat-syarikat Pengendali Haji dan Umrah yang beroperasi pada Musim Haji 1440H / 2019M, iaitu Syarikat Darussalam Holdings Sendirian Berhad; Straits Central Agencies (B) Sendirian Berhad; Raudah Al-Amin Sendirian Berhad; dan At-Taqwa & Tours Sendirian Berhad. Selain untuk meraikan bakal-bakal jemaah haji yang akan menunaikan ibadat haji setelah selesai berkursus haji, majlis yang merupakan aktiviti tahunan Jabatan Urusan Haji, KHEU dengan kerjasama Syarikat-syarikat Pengendali Haji dan Umrah yang beroperasi pada Musim Haji 1440H / 2019M itu juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara bakal-bakal jemaah haji juga syarikat-syarikat pengendali pakej haji dan umrah bersama KHEU. Di samping itu, majlis yang diadakan untuk memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar bakal jemaah haji sentiasa mendapat perlindungan, keselamatan dan dipermudahkan segala urusan juga akan beroleh haji yang mabrur. Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Ugama PEGAWAI Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), Anne Dickson (kiri) dan Penolong Pegawai JIS, Dayang Naqiyah binti Yussof (kanan) semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei. KEM Musim Panas Sekolah Antarabangsa Jerudong 2019 (Jerudong International School Summer Camp - JIS SC) akan berlangsung pada 1 hingga 20 Julai depan. Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei Terlibat dengan kes pukul SERIA, Selasa, 18 Jun. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Balai Polis Seria menghadapkan tiga orang lelaki, warganegara tempatan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan kerana dipercayai terlibat dengan kes pukul yang dilaporkan berlaku di kawasan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Lorong Tiga Selatan, Seria. Tahanan pertama, Yusmadi bin Busrah, berusia 47 tahun; tahanan kedua, Mohd. Keril bin Yusof, berusia 29 tahun; dan tahanan ketiga, Jamal bin Yunus, 48 tahun. Kesemua tahanan tidak bekerja. Ketiga-tiga tahanan dihadapkan ke Mahkamah Majistret bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 yang boleh dihukum penjara selama satu tempoh yang boleh sampai 15 tahun dan sebat. Kes dihadapkan oleh DPP Muizzah, di hadapan Magistrate Honourable Judge Muhamed Faisal di Mahkamah Perantaraan. Hasil perintah mahkamah, yang mana semua tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin. Sebutan kes seterusnya akan dibuat pada 27 Jun 2019. JAMAL bin Yunus, berusia 48 tahun dan tidak bekerja. MOHD. Keril bin Yusof, berusia 29 tahun dan tidak bekerja. YUSMADI bin Busrah, berusia 47 tahun dan tidak bekerja. di Negara Brunei Darussalam; pembelajaran Bahasa Inggeris dan Sains; aktiviti seni dan reka bentuk dan sebagainya. Kem Musim Panas diadakan dengan tujuan untuk mempromosi Negara Brunei Darussalam kepada orang luar, terutama sekali yang baru pernah memasuki negara ini dengan memperkenalkan hidup dan budaya orang Brunei, selain menikmati tempat-tempat menarik di negara ini. Ia juga sebagai platform bagi sekolah yang menganjurkan program tersebut, di mana pada masa akan datang pelajar luar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran akan mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai sekolah berkenaan. Sementara itu, Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) juga tidak ketinggalan mengadakan program yang sama, iaitu pada 16 Julai hingga 8 Ogos 2019 yang turut memuatkan pelbagai aktiviti bagi para pelajar yang menyertai program berkenaan. ISB SC 2019 dibahagikan kepada tiga kategori program mengikut umur, iaitu bagi para pelajar berumur 3 hingga 4 tahun; berumur 5 hingga 8 tahun; dan berumur 9 hingga 14 tahun.

Upload: lyhanh

Post on 21-Jun-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUKAN / NASIONAL HARI RABU 12 JUN 2019 23 Skuad negara ... · Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan mengadakan Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati

HARI RABU 19 JUN 2019NASIONAL 23

Perkenalkan budaya negaramelalui Kem Musim Panas

BANDAR SERI BEGAWAN,Selasa, 18 Jun. - Kem MusimPanas Sekolah AntarabangsaJerudong 2019 (JerudongInternational School SummerCamp - JIS SC) akan berlangsungpada 1 hingga 20 Julai depan.

Dalam temu bual Pelita Bruneibersama salah seorang PegawaiJIS, Anne Dickson menjelaskan,program akan disertai oleh lebih40 pelajar dari China, Viet Nam,India, Malaysia, Perancis, Jermandan Brunei yang merangkumisebanyak tiga peringkat program,iaitu Kem Minggu Pertama; KemMinggu Kedua dan Kem MingguKetiga.

''Kem Minggu Pertama akan

diadakan pada 1 hingga 6 Julai2019; Kem Minggu Kedua akandiadakan pada 8 hingga 13 Julai2019; dan Kem Minggu Ketigapada 5 hingga 20 Julai 2019,''jelasnya.

Sementara itu, PenolongPegawai JIS, Dayang Naqiyahbinti Yussof pula menyatakan, parapelajar yang ikut serta dalamprogram tersebut berpeluang untukmemilih bagi menyertai programsecara penuh atau mengikutperingkat pilihan kem mingguanyang dikehendaki.

Katanya, pelbagai acara danaktiviti disusun sepanjang kemdiadakan nanti seperti membuatlawatan ke tempat-tempat menarik

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji AhmadFoto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

Majlis Doa Selamat danRamah Mesra bersama bakal

Jemaah Haji, 27 Jun

BANDAR SERI BEGAWAN,Selasa, 18 Jun. - Majlis DoaSelamat dan Ramah Mesrabersama bakal Jemaah Haji bagiTahun 1440 Hijrah / 2019 Masihiakan diadakan pada Khamis,22 Syawal 1440H bersamaan27 Jun 2019M, jam 9.00 pagi,bertempat di Dewan BanquetBridex, Jerudong.

Bakal-bakal Jemaah Hajiadalah dialu-alukan hadir kemajlis anjuran Jabatan UrusanHaji, Kementerian Hal EhwalUgama (KHEU) dengankerjasama Syarikat-syarikatPengendali Haji dan Umrah yangberoperasi pada Musim Haji1440H / 2019M, iaitu SyarikatDarussalam Holdings SendirianBerhad; Straits Central Agencies(B) Sendirian Berhad; RaudahAl-Amin Sendirian Berhad; danAt-Taqwa & Tours SendirianBerhad.

Selain untuk meraikanbakal-bakal jemaah haji yangakan menunaikan ibadat hajisetelah selesai berkursus haji,majlis yang merupakan aktivititahunan Jabatan Urusan Haji,KHEU dengan kerjasamaSyarikat-syarikat Pengendali Hajidan Umrah yang beroperasi padaMusim Haji 1440H / 2019M itujuga bertujuan untuk mengeratkanhubungan silaturahim di antarabakal-bakal jemaah haji jugasyarikat-syarikat pengendalipakej haji dan umrah bersamaKHEU.

Di samping itu, majlis yangdiadakan untuk memohon kehadrat Allah SubhanahuWata'ala agar bakal jemaahhaji sentiasa mendapatperlindungan, keselamatan dandipermudahkan segala urusanjuga akan beroleh haji yangmabrur.

Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Ugama

PEGAWAI Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), Anne Dickson (kiri) dan Penolong Pegawai JIS, Dayang Naqiyahbinti Yussof (kanan) semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei.

KEM Musim Panas Sekolah Antarabangsa Jerudong 2019 (JerudongInternational School Summer Camp - JIS SC) akan berlangsung pada1 hingga 20 Julai depan.

Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei

Terlibat dengan kes pukul

SERIA, Selasa, 18 Jun. - PasukanPolis Diraja Brunei (PPDB)melalui Balai Polis Seriamenghadapkan tiga orang lelaki,warganegara tempatan keMahkamah Majistret, Bandar SeriBegawan kerana dipercayaiterlibat dengan kes pukul yangdilaporkan berlaku di kawasanSkim Tanah Kurnia Rakyat Jati

Lorong Tiga Selatan, Seria.Tahanan pertama, Yusmadi bin

Busrah, berusia 47 tahun; tahanankedua, Mohd. Keril bin Yusof,berusia 29 tahun; dan tahananketiga, Jamal bin Yunus, 48 tahun.Kesemua tahanan tidak bekerja.

Ketiga-tiga tahanan dihadapkanke Mahkamah Majistret bagimenghadapi pertuduhan di bawah

Seksyen 326 Kanun HukumanJenayah Penggal 22 yang bolehdihukum penjara selama satutempoh yang boleh sampai15 tahun dan sebat.

Kes dihadapkan oleh DPPMuizzah, di hadapan MagistrateHonourable Judge MuhamedFaisal di Mahkamah Perantaraan.

Hasil perintah mahkamah, yangmana semua tertuduh dilepaskandengan ikat jamin.

Sebutan kes seterusnya akandibuat pada 27 Jun 2019.

JAMAL bin Yunus, berusia 48 tahundan tidak bekerja.

MOHD. Keril bin Yusof, berusia 29tahun dan tidak bekerja.

YUSMADI bin Busrah, berusia47 tahun dan tidak bekerja.

di Negara Brunei Darussalam;pembelajaran Bahasa Inggeris danSains; aktiviti seni dan reka bentukdan sebagainya.

Kem Musim Panas diadakandengan tujuan untuk mempromosiNegara Brunei Darussalam kepadaorang luar, terutama sekali yangbaru pernah memasuki negara inidengan memperkenalkan hidupdan budaya orang Brunei, selainmenikmati tempat-tempat menarikdi negara ini.

Ia juga sebagai platform bagisekolah yang menganjurkanprogram tersebut, di mana padamasa akan datang pelajar luaryang berminat untuk melanjutkanpelajaran akan mengetahui denganlebih lanjut lagi mengenai sekolahberkenaan.

Sementara itu, SekolahAntarabangsa Brunei (ISB) jugatidak ketinggalan mengadakanprogram yang sama, iaitu pada

16 Julai hingga 8 Ogos 2019 yangturut memuatkan pelbagai aktivitibagi para pelajar yang menyertaiprogram berkenaan.

ISB SC 2019 dibahagikan

kepada tiga kategori programmengikut umur, iaitu bagi parapelajar berumur 3 hingga 4 tahun;berumur 5 hingga 8 tahun; danberumur 9 hingga 14 tahun.