bab 4 nota kenegaraan

32
BAB 4:KENEGARAAN DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA KESULTANAN MELAYU MELAKA Asal Melaka –sebuah kampung nelayan yang dibuka oleh putera raja Palembang bernama Parameswara pd thn 1400. Kedudukanya yang strategik di Selat Melaka – menjadi tumpuan pedagang terutama dari China & India. Aktiviti perdagangan menjadi sebab pengaruh Islam tersebar di kalangan masyarakat Melayu Melaka dan mempengaruhi sistem sosiopolitik dan hubungan etnik masyarakat. Bangsa Melayu bangsa terawal berasal dari Nusantara. Keagungan Melaka kerana menjadi: i. Pusat perdagangan ii.Pusat perkembangan Islam iii.Bahasa Melayu sbg bahasa lingua franca beserata tulisan jawi. iv.Mempunyai tanah jajahan yang

Upload: zaitonhusin

Post on 08-Dec-2014

204 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 4 Nota Kenegaraan

BAB 4:KENEGARAAN DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

KESULTANAN MELAYU MELAKA Asal Melaka –sebuah kampung nelayan yang dibuka oleh

putera raja Palembang bernama Parameswara pd thn 1400. Kedudukanya yang strategik di Selat Melaka – menjadi tumpuan

pedagang terutama dari China & India. Aktiviti perdagangan menjadi sebab pengaruh Islam tersebar di

kalangan masyarakat Melayu Melaka dan mempengaruhi sistem sosiopolitik dan hubungan etnik masyarakat.

Bangsa Melayu bangsa terawal berasal dari Nusantara. Keagungan Melaka kerana menjadi: i. Pusat perdagangan ii.Pusat perkembangan Islam iii.Bahasa Melayu sbg bahasa lingua franca beserata tulisan jawi. iv.Mempunyai tanah jajahan yang luas v.Mempunyai hbgn politik antarabangsa dengan China.

Page 2: Bab 4 Nota Kenegaraan

Kesan penerimaan Islam sbg agama rasmi dan bahasa Melayu sbg bahasa lingua franca pada zaman kerajaan Melayu Melaka menjadi sbb agama Islam dan bahasa Melayu menjadi agama rasmi dan bahasa kebangsaan pada hari ini.

Pembentukan negara Malaysia banyak dipengaruhi empayar Melayu Melaka(Rokan,Inderagiri,Kampar dan Siak).

Hubungan etnik & antara bangsa-bangsa di Kepulauan Melayu wujud pd awal masihi.

Peringkat awal hbgn etnik hanya orang Melayu dgn pedagang dr India. Hbgn etnik berkembang pada abad ke 13 setelah negeri dipesisir Selat Melaka

seperti Perlak-Pasai,Melaka,Johor dan Acheh menjadi pelabuhan entrepot akibat perdangangan antara China,India , Semenanjung Arab dan negara Barat yang berasaskan rempah ratus dan barang-barang.

Kerajaan Melayu Melaka hanya berusia 115 tahun dan diistiharkan sbg ‘Bandaraya Bersejarah’ pada 15 April 1989.

Melaka tidak mempunyai sultan ttp Tuan Yang Terutama (TYT)Yang Dipertua Negeri.

Page 3: Bab 4 Nota Kenegaraan

PENJAJAHAN BARAT

Penjajahan Barat(Portugis,Belanda ,Inggeris) selama 400 tahun telah memberi impak yang besar kepada pembentukan Malaysia.

Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia adalah lebih difokuskan kepada penaklukan Belanda dan Inggeris di Tanah Melayu.

PENAKLUKAN PORTUGIS KE ATAS MELAKA Penjajah barat pertama di Tanah Melayu- Portugis. Negeri pertama ditakluki –Melaka pada thn 1511. Kedatangan Portugis di Melaka adalah mula zaman penjajahan di seluruh Asia

Tenggara kecuali Thailand.

FAKTOR-FAKTOR PENAKLUKAN PORTUGIS KE ATAS MELAKA i.Untuk menyebarkan ajaran agama Kristian(melalui mubaligh Kristian yang mendapat sokongan dan galakan Raja Portugis) dan menentang Islam. ii.Menguasai perdagangan bahan mentah khususnya rempah yang digunakan untuk menyedapkan masakan ikan atau daging,memanaskan badan pada musim sejuk dan mengelakkan ikan atau daging supaya tidak cepat busuk atau hilang keenaknanya kerana pada ketika itu tiada sistem alat sejuk beku.

Page 4: Bab 4 Nota Kenegaraan

SERANGAN PORTUGIS KE ATAS MELAKA Tarikh rasmi Melaka jatuh ke tangan Portugis pada Ogos 1511 dan

menandakan berakhirnya pemerintahan Melayu Melaka selama lebih 100 thn.

Portugis mendirikan benteng dan kubu disekeliling kota Melaka. Mula membina Dewan Majlis Mesyuarat Negeri,rumah

Gabenor,rumah biskop,gereja,penjara,hospital dan sekolah. Untuk mengatasi kekuatan mereka yang terhad,Portugis telah

menggalakkan tentera dan pegawainya berkahwin dengan wanita tempatan dan mewujudkan satu kumpulan kakitangan kerajaan Serani.

Page 5: Bab 4 Nota Kenegaraan

DASAR-DASAR PORTUGIS DI MELAKA

i.Ekonomi ii.Politik Iii.Sosiali.Ekonomi Portugis menyerang Melaka dari tahun 1511 hingga 1640M. Negara Eropah pertama sampai ke Kepulauan Melayu. Tujuan utama adalah untuk menguasai perdagangan rempah(sblm ini dikuasai pedagang Itali) kerana mendatangkan keuntungan yang besar.ii.Politik Melaka sebagai pusat perdagangan kerana kedudukannya yang sesuai bagi

pedagang yang datang dari Timur dan Barat dan juga tumpuan pedagang dari Gugusan Kepulauan Melayu.

Melaka untuk mengawal perniagaan rempah di Maluku. Langkah pertama setelah menawan Melaka adalah mempertahankan

kedudukannya. Albuquerque membina kota di Melaka iaitu Kota A’Famosa. Melaka merupakan salah satu dari tiga pusat pentadbiran yang dikuasai Portugis

di Timur selain Afrika dan India.Goa markas Portugis di Timur.

Page 6: Bab 4 Nota Kenegaraan

Sambungan…. Portugis juga menjalin hubungan dengan orang Pegu,Jawa,Hindu,China,Siam dan Sumatera. Tujuannya – memulihkan perdangan yang terganggu akibat perang Portugis – Melaka. Portugis mengamalkan dasar monopoli di Melaka dimana kapal yang melalui Selat Melaka perlu

singgah di Melaka. Mereka mengawal eksport kain kapas dan belacu dari pelabuhan Gujerat dan Koromandel. Cukai dikenakan 10% kepada barang dari China dan 8% dari Benggala. Tahun 1511 Antonio d’Abreu & Francisco Serrao dihantar untuk menjalin hubungan persahabatan

dengan Maluku dan Pulau Banda dan satu perjanjian perdagangan telah ditandatangani dengan Sultan Tarnate.

Pada tahun 1517,angkatan Portugis yang dipimpin oleh Fernao Peres de Andrade tiba di Canton ttp gagal dan berjaya menandatangani perjanjian pada 1550 untuk membawa barang dagangan antara China dan Jepun.

Pada 1554 Portugis berjaya menubuhkan penempatan di Macau.

iii.Sosial Selain perdagangan,tujuan Portugis meluaskan pengaruhnya adalah kerana agama iaitu menyebarkan

agama Kristian Katolik. Mereka memaksa orang Melayu memeluk Kristian dan menikahi perempuan Melayu secara paksaan. Albuquerque telah membina A’Famosa dan mengarahkan membina gereja iaitu gereja Our Lady of the

Visitation. Mubaligh Kristian pertama iaitu Francis Xavier tiba di Melaka pada tahun 1545.

Page 7: Bab 4 Nota Kenegaraan

PENAKLUKAN BELANDA KE ATAS MELAKA

Belanda mula menakluk Melaka apabila mereka dtang ke Timur melalui Tanjung Harapan dan Selat Sunda.

Tujuan-Menguasai perdagangan rempah yang mereka tidak perolehi semasa Raja Philip 11 DARI Sepanyol menjajah mereka pada tahun 1594.

Beland mula menjajah Timur apabila mereka menguasi Betawi selepas Belanda mengusir Inggeris iaitu selepas pembunuhan beramai-ramai di Ambon 1623.

Cara Belanda merampas Melaka dari Portugis dengan melakukan sekatan ke atas Melaka. Sekatan sebanyak 2 kali antara tahun 1602 hingga 1603 dan pada tahun 1606 bertujuan

melemahkan kuasa Portugis dan menduga kekuatannya. Sekatan disambung semula pada 1607 apabila Laksamana Matelief berjaya mengalahkan

satu angkatan laut Portugis. Pada tahun 1633 Belanda mula melakukan satu sekatan selama tujuh ke atas Melaka

menyebabkan semua aktiviti perdagangan terhenti pada tahun 1636 serta menyebabkan kerugian.

Pada tahun 1639 Belanda membuat pakatan dengan Sultan Abdul Jalil Shah 119(Sultan Johor) dengan tujuan untuk mendapatkan bantuan Johor bagi membuat serangan darat dan mengangkat makanan untuk Belanda.

Ketika Belanda menyerang kepentingan Portugis di Goa,terjadi kepungan dan serangan ke atas Melaka.

Setelah 5 bulan 12 hari Portugis mempertahankan Melaka,akhirnya komander perang Portugis iaitu Dom Manuel de Souza Cothino menyrh kalah kepada Belanda dan menamatkan penjajahan Portugis di Melaka selama 130 tahun.

Page 8: Bab 4 Nota Kenegaraan

DASAR BELANDA DI MELAKA Tujuan menawan Melaka – untuk memastikan monopoli

Belanda ke atas keseluruhan perdagangan intra-Asia di Kepulauan Melayu-Indonesia.

Betawi menjadi pusat perdagangan dan Melaka menjadi kota raya untuk mengawal negeri-negeri Melayu yang kaya dengan bijih timah di Semenanjung Melayu.

Pada 1639,Belanda memaksa Acheh supaya membenarkan mereka membeli semua bijih timah dari Perak,ttp kuasa Acheh yang merosot menyebabkan Perak mengingkari persetujuan ini dan menjual kepada pembeli lain.

Satu perjanjian baru telah ditandatangani iaitu dengan memberikan hak-hak monopoli kepada Belanda ke atas negeri-negeri pengeluar bijih timah terutamanya Perak,Kedah dan Ujong Salang(Junk Ceylon)

Page 9: Bab 4 Nota Kenegaraan

PERJANJIAN INGGERIS – BELANDA 1824 Inggeris dan Belanda telah bermusuhan selama 200 tahun. Pada tahun 1819 Stamford Raffles telah membuka Singapura dan

mengakibatkan kemarahan Belanda. Antara tahun 1820 hingga 1823 bbrp rundingan telah dijalankan

tetapi gagal. Perjanjian antara Inggeris dan Belanda iaitu Perjanjian London

bertujuan untuk menamatkan pergeseran dan menjaga kepentingan masing-masing.

Isi perjanjian antaranya –Inggeris kekal berkuasa di Singapura dan Melaka diserahkan kpd Inggeris dan Bangkahulu kepada Belanda.

Kesan perjanjian London 1824- sejarah empayar Johor tamat kerana Riau-Lingga dibawah kuasa Belanda dan Inggeris telah menguasai Pulau Pinang,Melaka dan Singapura(Negeri-negeri Selat).

Page 10: Bab 4 Nota Kenegaraan

KEDATANGAN INGGERIS KE TANAH MELAYU Perjanjian 1824 menyebabkan Inggeris bertapak kukuh sebagai

kuasa bangsa kolonial tunggal yang mewarisi hak perdagangan Belanda di Semenanjung dan Negeri-negeri Melayu dianggap kawasan kepentingan ekonomi dan politik Inggeris yang berpengkalan di Negeri-negeri Selat.

Inggeris tidak mencampuri urusan hal ehwal politik di Negeri-negeri Melayu dan hanya melindungi jalan perdagangan ke China serta mendirikan persinggahan di seluruh Semenanjung.

Inggeris telah berjaya melaksanakan dasar-dasar yang menghakis pengaruh raja-raja dan melahirkan senario politik rdi Semenanjung serta menggerakkan dasar campurtangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri-negeri Melayu pada 1874.

Page 11: Bab 4 Nota Kenegaraan

SEBAB KEDATANGAN INGGERIS DI TANAH MELAYU Kegiatan perdagangan yang pesat meyebabkan Inggeris datang ke Tanah Melayu

dan menjalankan dasar perniagaan di Tanah Melayu. Perdangangan ini tertumpu di barat Semenanjung dan timur Semenanjung. Keadaan ini menyebabkan pedagang Melayu muflis dan hilang punca pendapatan.

Kegawatan ekonomi mendorong mereka terlibat dalam kegiatan pelanunan dan disokong oleh pihak bangsawan dan kerabat diraja. J.R Logan mengatakan bahawa pembesar Melayu membekalkan senjata dan memberikan perlindungan kepada kegiatan pelanunan.

Tanah Melayu dijadikan tumpuan pelaburan saudagar British terutamanya pelabur Cina. Petani Cina yang disokong oleh pembiaya Cina mengusahakan penanaman gambir dan lada hitam sebagai sumber pendapatan mereka yang dianggap pleh British dan Temenggung Johor.

Penanaman ubi kayu dan tebu juga dibiayai oleh pelabur dari Melaka dan Pulau Pinang.

Aktiviti perlombongan muncul sebagai sumber pendapatan baru dan banyak memberikan keuntungan dalam kalangan korporat Melayu

Page 12: Bab 4 Nota Kenegaraan

HUBUNGAN INGGERIS DENGAN NEGERI-NEGERI MELAYU Inggeris berminat untuk memasuki negeri-negeri Melayu di bawah naungan Siam

seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu untuk memperluas hubungan ekonomi dengan Siam.

Inggeris berusaha untuk memantapkan kedudukan Perak dan Selangor sebagai negeri yang benar-benra bebas daripada belenggu Siam kerana Inggeris mensasarkan negeri-negeri tersebut akan memberi kepentingan baginya di Semenanjung.

Pihak British membuat rundingan dengan pihak Siam dengan Perjanjian Burney, Perjanjian Low dan Perjanjian Anderson yang dapat mengubah jaminan perseimbangan politik di Tanah Melayu.

Perjanjian antara Perak dengan Selangor telah menetapkan Sungai Bernam sebagai sempadan.

Low bertindak melampaui arahan kerajaan India telah menandatangani perjanjian dengan Perak dan memberi jaminan akan melindungi Perak dari serangan Siam atau Selangor serta membantu Perak membentuk sebuah jentera pentadbiran.

Perjanjian Low dan Perjanjian Anderson telah menjadi asas hubungan antara kerajaan Inggeris India dengan Perak dan Siam berdiam diri dan tidak memeprluas kuasanya dia negeri itu.

Page 13: Bab 4 Nota Kenegaraan

REAKSI TERHADAP CAMPUR TANGAN INGGERIS 1831-1898 Penduduk Melayu tidak menyenangi campur tangan Inggeris di Tanah Melayu. Keadaan ini dipengaruhi oleh faktor-faktor dalaman iaitu campur tangan daripada

pihak yang tidak berpuas hati atau yang tidak mendapat bantuan Inggeris dalam persengketaan kalangan elit Melayu.

Campur tangain Inggeris hanya merancakkan gerakan penentangan yang digerakkan oleh pihak uang disokong oleh Inggeris.

Page 14: Bab 4 Nota Kenegaraan

PERLUASAN KUASA DAN DASAR PENTADIBIRAN INGGERIS DI PERAK Sistem Residen• Berasaskan konsep pemerintahan secara tak langsung yang diucapkan oleh Frank

Swettenham pada tahun 1876. Permulaan kuasa British bermula pada 20 Janiari 1874 secara rasmi dengan termetrainya Perjanjian Pangkor.

• Perluasan kuasa ini telah membawa kepada pemindahan kuasa pentadbiran daripada raja-raja Melayu kepada pegawai yang dilantik pihak Residen British dalam sesebuah negeri Melayu. Residen bertugas untuk menasihati sultan dalam semua aspek pentadbiran kecuali urusan agama Islam dan adat resam orang Melayu. Residen hanyalah menasihati dan bukannya memerintah.

• Pungutan dan kawalan cukai akan dijalankan oleh sultan tetapi disusun adan diatur menurut nasihat Residen. Residen akan dibayar gaji dan elaun hidup oleh sultan bukan kerajaan British.

Sistem Residen di Perak• British telah membuat surat perjanjian yang disebut ‘Perjanjian Pangkor’. Sultan

Perak mengaku menerima seorang pegawai British yang digelar Residen. • Residen pertama hanya akan dihantar ke Perak yang ditadbir oleh Sultan Abdullah

yang telah dilantik oleh pihak British menerusi Perjanjian Pangkor.• Sultan Absullah tidak mentadbir Perak dengan baik sehingga baginda banyak

berhutang dan terpaksa menjual daerah Kerian untuk membayar hutang.

Page 15: Bab 4 Nota Kenegaraan

PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU Jepun muncul sebagai sebuah negara yang berkuasa. Jajahan-jajahan Britain dan Perancis di Timur tidak dapat dipertahankan

menyebabkan Jepun mendapat peluang untuk meluaskan kuasanya di Asia Tenggara. Amerika Syarikat menentang tindakan Jepun dengan mengenakan sekatan ke atas bekalan minyak, getah dan besi ke atas negara Jepun. Jepun minat terhadap Asia Tenggara kerana negara-negara Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah.

Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun pada 15 Februari 1942. Penaklukan Jepun berasaskan dua kempen iaitu ‘Asia Untuk Asia’ dan ‘Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya’. Laungan ‘Asia Untuk Asia’ adalah janji Jepun untuk membebaskan negara-negara Asia Tenggara daripada penjajahan Barat dan membantu mencapai kemerdekaan. Jepun merancang untuk menguasai sumber ekonomi Asia Tenggara untuk pembangunan industri di Jepun.

Page 16: Bab 4 Nota Kenegaraan

SISTEM PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU Jepun telah memerintah Tanah Melayu selama tiga tahun lapan bulan. Jepun

berusaha melatih anak-anak negeri dalam bidang pentadbiran dengan menananm perasaan cintakan negara, menyingkirkan pengaruh Barat dan menimbulkan kesedaran untuk mencapai kemerdekaan dan menubuhkan kerajaan sendiri dalam kalangan penduduk tempatan.

Tanah Melayu dinamakan sebagai ‘Malai Baru’ dan dibahagiak kepada lapan wilayah dengan diketuai seorang Gabenor Jepunyang bertanggungjawab kepada pentadbiran pusat di Singapura.

Kakitangan dalam kalangan penduduk tempatan dikekalkan walaupun sistem pentadbiran yang diamalkan oleh British diubah. Jepun ingin memisahkan semangat keislaman yang boleh menyatukan orang Melayu untuk mengelakkan mereka bersatu menentang Jepun.

Pemerintah Jepun membahagikan daerah kepada beberapa kawasan yang kecil yang terdiri daripada unit-unit kampung, jiran tetangga dan keluarga untuk memudahkan pentadbiran dan kawalan. Setiap keluarga wajib didaftarkan dan diberi sijil yang dikenali sebagai ‘Sijil Kehidupan dan Keamanan’. Pemerintah Jepun mewajibkan setiap keluarga melaporkan kepada pihak berkuasa jika berlaku pertukaran alamat dan perjalanan. Jepun meneruskan dasar pro-Melayu dan membentuk keyakinan diri kepada orang Melayu supaya mereka dapat berdikari.

Page 17: Bab 4 Nota Kenegaraan

KEBANGKITAN SEMANGAT NASIONALISME Jepun memberikan beberapa jawatan penting kepada orang Melayu tempatan kerana

menghadapi masalah kekurangan pegawai. Peluang tersebut telah memberi keyakinan kepada masyarakat Melayu untuk menentukan nasib mereka dan tidak terlalu bergantung kepada pihak British. Semangat ‘Asia Untuk Asia’ telah berjaya membina sifat percaya kepada diri sendiri secara beransur-ansur.

Jepun membenarkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang diharamkan oleh Inggeris bergerak semula. Jepun juga menggalakkan penubuhan persatuan politik Melayu seperti Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) dan Angkatan Tentera Kebangsaan untuk digunakan Jepun apabila menyerang India. Pihak Jepun telah menggalakkan pergerakan nasionalisme Melayu dengan menggunakan seorang pemimpin Melayu yang radikal iaitu Ibrahim Yaacob untuk menyebarkan propaganda anti-British.

Ibrahim Yaacob telah menggunakan akhbar untuk menerbitkan rencana yang membangkitkan kesedaran nasionalisme orang Melayu dan mengecam penjajahan British.

Ibrahim Yaacob menubuhkan KRIS dengan bantuan Jepun pada Jun 1945 untuk menyatukan Tanah Melayu dan Indonesia untuk membentuk Indonesia Raya namun gagal kerana Jepun dikalahkan oleh British pada 15 Ogos 1945.

Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (MPAJA), Tentera Wataniah dan Gerila Force 136 merupakan kumpulan gerakan anti-Jepun. Kebanyakan gerakan anti-jepun diketuai oleh orang Cina bahkan Melayu dan India juga turut menyertai gerakan menentang Jepun. Perang Gerila berjaya menganggu dan mencabar kedudukan Jepun di Tanah Melayu tetapi gagal menamatkan pendudukan Jepun.

Page 18: Bab 4 Nota Kenegaraan

BERAKHIRNYA PENDUDUKAN JEPUN Sebuah kapal terbang Superfortress Amerika Syarikat menggugurkan bom atom

yang pertama di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan diikiuti bom atom yang kedua di Nagasaki pada 9 Ogos 1945 menyebabkan Jepun terpaksa menyerah kalah. Keputusan ini diumumkan oleh Maharaja Hirohito secara rasmi pada 15 Ogos 1945 .

Upacara penyerahan kuasa oleh tentera Jepun kepada pihal British diadakan di Kuala Lumpur dan dengan penyerahan ini maka berakhirlah pendudukan Jepun dia Tanaha Melayu selama tiga tahun setengah.

Peristiwa ini menandakan bermulanya satu zaman baharu yang dikenali sebagai ‘Zaman Pendudukan Jepun’. Pendudukan Jepun telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada penduduk tempatan.

Page 19: Bab 4 Nota Kenegaraan

MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Negeri-negeri Selat diperintah secara langsung oleh British melali seorang Gabenor dan tarafnya

adalah sebagai tanah jajahan British. Pentadbiran British dia Negeri-negeri Melayu Bersekutu terletak di bawah kuasa seorangResiden British.

Malayan Planning Unit (MPU) ditubuhkan di London untuk merangka perlembagaan baharu yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu selepas tamat perang. Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan British, George Hall telah mengumumkan kepada Parlimen tentang penyatuan politik Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union.

Sir Edward Gent telah diarahkan oleh pihak British untuk membentuk dasar-dasar yang akan dilaksanakan di Tanah Melayu apabila pihak British kembali semula ke Tanah Melayu. Dalam rancangan Malayan Union, Singapura akan dipisahkan pentadbirannya daripada negeri-negeri Tanah Melayu yang lain kerana kedudukan Singapura sebagai pusat perniagaan seberang laut yang maju disamping Singapura mempunyai kededukan ekonomi yang baik dan menguntungkan British.

Rancangan Malayan Union mengenai hak keistimewaan orang-orang Melayu dan pertukaran taraf negeri-negeri Melayu menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu. Malayan Union akan diperintah oleh Gabenor dengan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Mesyuarat Negeri.

Sir Harold Mac Michael dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan-sultan bagi mempersetujui penubuhan Malayan Union.

Kerajaan British terpaksa mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu sebagai persetujuan dan sokongan terhadap rancangan ini. Mac Michael melakukan tipu helah dan membuat ugutan untuk mendapatkan kesemua tandatangan Raja-raja Melayu pada 2 Disember 1945.

Page 20: Bab 4 Nota Kenegaraan

PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION Pentadbiran• Negeri-negeri Melayu Bersekutu ( Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan ), Negeri-negeri

Melayu Tidak Bersekutu ( Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu ) dan Negeri-negeri Selat ( Pulau Pinang dan Melaka ) digabungkan sebagai satu unit politik iaitu sebagai Malayan Union.

• Singapura diasingkan daripada Malayan Union kerana jumlah penduduk Cina ramai, kedudukan yang strategik dan taraf pelabuhan bebas.

• Kedudukan sultan-sultan dikekalkan tetapi kekuasaan dan kewibawaan dikurangkan. Sultan tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran hanya berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu iaitu dilantik sebagai Pengerusi Majlis Melayu negeri masing-masing.

• Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan sebagai badan yang menguruskan hal ehwal tempatan tetapi dikawal oleh kerajaan pusat.

• Malayan Union menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dengan pemusatan pentadbiran yang diketuai oleh Gabenor di Kuala Lumpur.

• Gabenor akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan Pusat. Majlis Penasihat juga ditubuhkan.

• Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi pentadbiran Malayan Union, Singapura dan wilayah Borneo.

Kerakyatan• Lahir di Singapura atau Tanah Melayu.• Tinggal di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun yang terdahulu sebelum 15

Februari 1942.• Lahir di uar Tanah Melayu tetapi ibu atau bapa atau kedua-duanya warganegara Malayan Union.• Mereka yang tidak layak mengikit syarat di atas boleh memohon menjadi warganegara selepas tinggal

di Tanah Melayu selama lima tahun.

Page 21: Bab 4 Nota Kenegaraan

PENENTANGAN ORANG MELAYU Orang Melayu tidak bersetuj dengan cara Mac Michael mendapatkan tandatangan persetujuan

tentang penubuhan Malayan Union kerana sultan-sultan tidak diberitahu cadangan yang terkandung dalam Perlembagaan Malayan Union. Mereka juga tidak dibenarkan berbincang dengan pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri sebelum menandatangani perjanjian tersebut. Mereka diugut akan dianggap sebagai pro-Jepun dan disingkirkan dari takhta sekiranya enggan menandatangani perjanjian itu.

Penubuhan Malayan Union akan menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan sultan. Kuasa sultan dalam hal ehwal Islam terjejas apabila British mencadangkan penubuhan Majlis Mesyuarat Agama yang dipengerusikan oleh Gabenor. Penubuhan Malayan Union akan menghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai Bumiputera Tanah Melayu. Orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh orang Cina akan bertambah besar dan keadaan ini akan meluaskan jurang ekonomi antara orang Melayu dengan orang Cina.

Orang Melayu tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar mengikut prinsip jos soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi syarat kerakyatan yang longgar kerana masih tidak yakin dengan taat setia mereka terhadap Tanah Melayu. Perlembagaan Malayan Union merupakan balas dendam British terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun semasa Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu. Orang Melayu menentang Malayan Union kerana berasa tidak puas hati terhadap pemerintahan British. Pendapat orang Melayu langsung tidak diminta oleh British.

Page 22: Bab 4 Nota Kenegaraan

Dua peringkat penentangan orang Melayu ; secara individu dan secara kolektif dan teratur. Penentangan pertama melalui akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu, Warta Negara dan Pelita Malaya.

Kedua - Sultan-sultan dan para pembesar bersatu dan bekerjasama dalam usaha menentang Malayan Union dengan menulis surat kepada Raja British untuk mendapatkan sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu dan mendesak supaya membatalkan rancangan penubuhan Malayan Union. Orang-orang Melayu juga mengadakan perarakan dan perhimpunan untuk menunujukkan bantahan terhadap Malayan Union.

Kongres Melayu Se-Malaya diadakan untuk mendesak orang Melayu supaya bersatu dan berusaha menentang Malayan Union. Orang Melayu juga telah mengadakan perkabungan untuk menunjukkan betapa sedihnya mereka akibat daripada penubuhan Malayan Union. Ahli-ahli dalam Majlis Penasihat menarik diri untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan Union.

Page 23: Bab 4 Nota Kenegaraan

REAKSI ORANG BUKAN MELAYU Orang Cina dan India tidak menunjukkan sebarang reaksi pada mulanya kerana

bagi orang Cina British telah menjanjikan hak kerakyatan jus soli. Orang Cina mula menentang melalui kesatuan, penubuhan dan akhbar-akhbar.

Mereka memperjuangkan Tanah Melayu yang bersatu dengan Singapura dan menuntut hak kerakyatan yang sama rata.

Kaum India tidak berminat langsung dengan keadaan politik di Tanah Melayu pada awalnya. Sikap orang Cina dan India mula berubah apabila UMNO dan orang Melayu menentang Malayan Union mendesak British mengadakan pindaan terhadap Malayan Union dalam soal kerakyatan.

Page 24: Bab 4 Nota Kenegaraan

PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Kerajaan British telah membatalkan cadangan menubuhkan Malayan Union.

Kerajaan British menubuhkan jawatankuasa kerja pada bulan Julai 1946 dimana jawatankuasa tersebut mencadangkan supaya kedudukan raja-raja Melayu dipulihkan, kedaulatan sultan dikembalikan, Dewan Undangan Negeri bagi setiap negeri ditubuhkan, syarat-syarat kewarganegaraan untuk kaum-kaum bukan Melayu diperketatkan serta pemberian hak istimewa kepada kaum Melayu akan terjamin.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada 21 Januari 1948 oleh 9 orang raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British. Semua orang yang telah dilahirkan di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang biasanya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan istiadat Melayu.

Semua orang yang dilahirkan di kawasan persekutuan dan ibu bapa juga dilahirkan di kawasan yang berkenaan telah menetap di situ selama 15 tahun berturut-turut dianggap sebagai warganegara. Penduduk-penduduk yang tidak disebut layak memohon dengan syarat-syarat tertentu .

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memulihkan kedudukan raja-raja Melayu dan mereka telah diberi semula hak utama dan kuasa untuk menjadi raja yang berdaulat.

Page 25: Bab 4 Nota Kenegaraan

PROSES KEMERDEKAAN United Malay National Organisation (UMNO)• Ditubuhkan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu dan ditubuhkan secara

rasmi pada 11 Mei 1946 oleh Dato’ Onn Jaafar bermatlamat untuk menentang penubuhan Kesatuan Malaya dan menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Cogan kata ‘Hidup Melayu’ digunakan untuk menyatupadukan orang Melayu dan mempertahankan kedudukan serta hak keistimewaan mereka.

• Slogan ‘Hidup Melayu’ ditukar kepada ‘Merdeka’. Dato’ Onn berpendapat British tidak akan memberi kemerdekaan jika tidak wujud perpaduan kaum. Beliau mencadangkan membuka pintu keahlian kepada kaum lain dan nama UMNO ditukar kepada Pertubuhan Kebangsaan Malaya Bersatu.

• Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) ditubuhkan pada 16 September 1951 untuk mencapai taraf berkerajaan sendiri dalam tempoh 10 tahun. IMP juga bermatlamat memalayanisasikan perkhidmatan awam dan membentuk Perkhidmatan Tanah Melayu serta memberikan pelajaran secara percuma kepada anak-anak yang berumur 6-12 tahun.

• Parti IMP tidak berjaya menarik sokongan lebih ramai orang Melayu UMNO kerana mereka tidak yakin dengan konsep parti berbilang kaum. Orang Cina juga tidak menyokong IMP kerana lebih berminat dengan MCA.

Page 26: Bab 4 Nota Kenegaraan

Parti Negara• Ditubuhkan oleh Dato’ Onn Jaafar pada bula Februari 1954. Dasar perjuangan

Parti Negara adalah memperjuangkan perpaduan perpaduan nasional dan raja berperlembagaan. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diterima sebagai bahasa rasmi. Keahliannya terbuka kepada semua kaum warga Tanah Melayu dan British.

• Parti Negara gagal dalam pilihan raya negeri tahun 1954 dan pilihan raya kebangsaan 1959.

Malayan Chinese Association (MCA)• Ditubuhkan di bawah pimpinan Tan Cheng Lock dengan matlamat :- Untuk menggalakkan dan mengekalkan hubungan baik antara kaum di Tanah

Melayu.- Untuk menjaga kepentingan dan kebajikan kaum Cina dalam soal kemasyarakatan,

ekonomi dan politik menurut lunas-lunas perlembagaan dan undang-undang.- Untuk mengekalkan undang-undang dan peraturan bagi mewujudkan Tanah

Melayu yang lebih aman dan terus maju.• MCA lebih menumpukan terhadap kerja-kerja sosial.

Page 27: Bab 4 Nota Kenegaraan

Malayan Indian Congress (MIC)• Ditubuhkan pada 8 Ogos 1946 yang dipimpin oleh John A. Thivy sebagai presiden

pertama untuk menjaga kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu.

• Pemimipin-pemimpin MIC terdiri daripada orang India Utara dan dimonopoli oleh orang India Selatan pada tahun 1950-an terutama orang Tamil.

• MIC pernah bergabung dengan parti-parti berhaluan kiri tetapi gagal.

Parti Islam Se-Melaya (PAS)• Penubuhan PAS ada hubung kait dengan UMNO dan Hizbul Muslimin. Bibit

percambahan PAS datang daripada UMNO yang memang berminat dengan Islam.• Kongres Persatuan yang diadakan di Butterworth pada 24 September 1981

disertai oleh Persatuan al-Ihya as-Syarif. PAS muncul sebagai parti politik yang penting dan berjaya menubuhkan kerajaan di Kelantan dan Terengganu.

Page 28: Bab 4 Nota Kenegaraan

KE ARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU Parti Perikatan• Cawangan UMNO dan MCA telah bersetuju mewujudkan Parti Perikatan.

Tokohnya ialah Dato’ Yahya Abd Razak dan Kolonel H.S. Lee.• Isu penting Parti Perikatan ialah desakan supaya diadakan pilihan raya

kebangsaan.• Perikatan menghantar wakil ke London untuk menemui Setiausaha Negara Tanah

Jajahan, Oliver Lyttelton. Gabungan pakatan diperluaskan lagi pada tahun 1954 apabila MIC menganggotainya menjelang Pilihan Raya Persekutuan 1955 dan menjadikan Parti Perikatan sebagai wakil tiga kaum terbesar di Malaysia.

Ke Arah Pemerintahan Sendiri• ‘Sistem Ahli’ diperkenalkan mulai April 1951 yang merupakan peringkat separuh

kementerian dan ahli Majlis yang dilantik bertanggungjawab ke atas jabatan-jabatan dan kerajaan. Semua anggota ‘Ahli’ dimasukkan ke dalam Majlis Mesyuarat pada tahun 1952 yang membolehkan mereka mendapatkan pengalaman eksekutif perundangan.

• Anggotanya dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dan bukannya dipilih.

Page 29: Bab 4 Nota Kenegaraan

Pilihan Raya 1955• Diadakan pada 27 Julai 1955. UMNO, MCA dan MIC telah bergabung dalam Parti

Perikatan bagi mewakili tiga kaum utama di Tanah Melayu.• Perkara yang menjayakan kempen Parti Perikatan ialah manifesto parti ini :- Berusaha mencapai kemerdekaan daam masa empat tahun.- Menjadikan perkhidmatan awam bercorak Tanah Melayu.- Penubuhan sekolah kebangsaan.- Melindungi kedudukan raja-raja sebagai Ketua Berperlembagaan.- Menjamin hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.- Bahasa Melayu akan menjadi bahasa kebangsaan dalam masa 10 tahun.

Rundingan Kemerdekaan• Rundingan kemerdekaan diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari

1956.• Semua wakil Tanah Melayu telah memn]berikan kata sepakat untuk mencapai

kemerdekaan sebelum ke London lagi dan ini telah memudahkan rundingan dengan pihak British.

• Pihak British telah bersetuju untuk memberikan kemerdekaan berdasarkan dua peringkat yang telah dipersetujui iaitu tahap peralihan dan pihak British berjanji akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Page 30: Bab 4 Nota Kenegaraan

Suruhanjaya Reid• Dibentuk pada Mac 1956 untuk mengesyor dan menyusun Perlembagaan Persekutuan. Anggotanya

terdiri daripada : - Lord Reid ( Hakim Inggeris sebagai Pengerusi )- Sir Ivor Jennings ( England )- Sir William McKell ( Bekas Gabenor Jeneral Australia )- Tuan B. Malik ( Ketua Hakim Mahkamah Tinggi India )- Tuan Abd. Hamid ( Pakistan )• Garis panduan penting :- Pembentukan kerajaan pusat yang kuat.- Kuasa autonomi negeri dalam bidang tertentu.- Kedudukan istimewa raja-raja Melayu.- Pelantikan seorang ketua negara berperlembagaan.- Pengekalan hak istimewa orang Melayu tapi tidak menafikan hak kaum lain.- Untuk mewujudkan satu rupa bangsa.• Menerima 131 memorendum daripada pelbagai pihak.

Perlembagaan ( bersifat parlimen )• Ketua Negara bukan politik dinamakan Yang di-Pertuan Agong.• Badan perundangan terdiri daripada dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.• Perkhidmatan awam bersifat berkecuali dan badan-badan kehakiman yang bebas.• Kedudukan istimewa orang Melayu berasaskan Perkara 153 dan kepentingan sah kaum lain.• Ditetapkan satukerakyatan atas alasan kelahiran atau memenuhi keperluan-keperluan kediaman,

bahasa dan ikrar taat setia.

Page 31: Bab 4 Nota Kenegaraan

KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Penurunan Bendera Union Jack pada 31 Ogos 1957 menandakan kemerdekaan

Tanah Melayu. Penyatuan kaum cuba dirapatkan menerusi sistem pelajaran kebangsaan supaya pemukukan semangat kenegaraan dapat dipupuk sejak bangku sekolah lagi.

Rancangan Lima Tahun Pertama ( 1956-1960 ) dilancarkan untuk membasmi kemiskinan di luar bandar dengan pembinaan infrastruktur, pembukaan tanah menerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan kegiatan-kegiatan berhubung pertanian.

Usaha Tunku Abdul Rahman adalah menarik Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melyu. Tanah Melayu telah membentuk negara baru secara rasminya dikenali sebagai Malaysia pada 16 September 1963.

Page 32: Bab 4 Nota Kenegaraan

Sekian .Disediakan oleh:Jamaliah Hasan